10
PBM501- BAHASA MELAYU UNDANG-UNDANG I KULIAH 1 PENGENALAN BAHASA MELAYU UNDANG-UNDANG 1. PENGENALAN Semasa perlembagaan Tanah Melayu dirangka, wujud kesedaran akan kepentingan satu bahasa kebangsaan yang dapat menyatukan semua penduduk negara ini. Akhirnya bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan Tanah Melayu. Apabila kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan pada 31 Ogos 1957, bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan negara ini. Secara umumnya, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan amat jelas. Perkara itu tertera dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, Akta Bahasa Kebangsaan 1963 (Pindaan 1967), Perkara 150 Fasal 6A Perlembagaan Persekutuan dan Dasar Pelajaran Kebangsaan. 2. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia PM. DR. ASMA YUSOFF Jabatan Pengajian Melayu Akademi Pengajian Bahasa 2009 1

Kuliah 1 -Pbm 501 - Pengenalan Bahasa Melayu Undang-undang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kuliah 1: Pemahaman Bahasa Malaysia

Citation preview

Page 1: Kuliah 1 -Pbm 501 - Pengenalan Bahasa Melayu Undang-undang

PBM501- BAHASA MELAYU UNDANG-UNDANG I

KULIAH 1

PENGENALAN BAHASA MELAYU UNDANG-UNDANG

1. PENGENALAN

Semasa perlembagaan Tanah Melayu dirangka, wujud kesedaran akan kepentingan satu bahasa kebangsaan yang dapat menyatukan semua penduduk negara ini. Akhirnya bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan Tanah Melayu. Apabila kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan pada 31 Ogos 1957, bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan negara ini.

Secara umumnya, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan amat jelas. Perkara itu tertera dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, Akta Bahasa Kebangsaan 1963 (Pindaan 1967), Perkara 150 Fasal 6A Perlembagaan Persekutuan dan Dasar Pelajaran Kebangsaan.

2. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Perkara itu tercatat dalam Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan bahawa :

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh Parlimen dengan syarat bahawa :

PM. DR. ASMA YUSOFFJabatan Pengajian MelayuAkademi Pengajian Bahasa2009

1

Page 2: Kuliah 1 -Pbm 501 - Pengenalan Bahasa Melayu Undang-undang

PBM501- BAHASA MELAYU UNDANG-UNDANG I

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau ditegah daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.

(2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

(3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih-

(a) segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan (b) segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

(4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris:

Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.

PM. DR. ASMA YUSOFFJabatan Pengajian MelayuAkademi Pengajian Bahasa2009

2

Page 3: Kuliah 1 -Pbm 501 - Pengenalan Bahasa Melayu Undang-undang

PBM501- BAHASA MELAYU UNDANG-UNDANG I

(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

(6) Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

Berdasarkan peruntukan itu, nyata bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa rasmi negara. Ia memainkan peranan sebagai bahasa lisan pegawai kerajaan sewaktu menjalankan tugas rasmi negara, bahasa segala urusan surat-menyurat rasmi kerajaan, bahasa dalam semua kod kerajaan, bahasa untuk menuliskan semua undang-undang dan peraturan negara, dan bahasa untuk semua jenis borang urusan rasmi negara.

3. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967

Akta bahasa Kebangsaan 1963/67 menjelaskan bahawa bahasa Inggeris boleh digunakan terus dalam bidang tertentu, seperti perundangan dan kehakiman. Antara lain, Seksyen 8 akta itu memperakukan bahawa "… segala perbicaraan (melainkan keterangan yang diberikan oleh seorang saksi) dalam Mahkamah Persekutuan, mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah hendaklah dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris atau sebagainya dalam bahasa Inggeris.

PM. DR. ASMA YUSOFFJabatan Pengajian MelayuAkademi Pengajian Bahasa2009

3

Page 4: Kuliah 1 -Pbm 501 - Pengenalan Bahasa Melayu Undang-undang

PBM501- BAHASA MELAYU UNDANG-UNDANG I

Namun begitu, mahkamah boleh sama ada atas kehendaknya sendiri ataupun atas permintaan mana-mana perbicaraan dan selepas menimbangkan kepentingan keadilan dalam perbicaraan itu, memerintahkan supaya perbicaraan itu (melainkan keterangan yang diberikan oleh seorag saksi) dijalankan sama ada kesemuanya dalam bahasa kebangsaan ataupun dalam bahasa Inggeris.

Malangnya dari segi pelaksanaan sebenar, pilihan yang telah dibekalkan oleh Seksyen 8 akta tersebut telah membawa kesan negatif kepada matlamat penerapan bahasa kebangsaan di mahkamah. Ini disebabkan para hakim yang bertugas kebanyakan memilih penggunaan bahasa Inggeris, seringkali atas permintaan pihak peguam yang beraksi. Kelonggaran yang membolehkan penggunaan bahasa Inggeris itu yang sebenarnya bertujuan untuk memberi ruang kepada bilangan kecil kes-kes yang terpaksa dijalankan dalam bahasa Inggeris oleh sebab-sebab tertentu. Dengan kata lain, bahasa Inggeris dimaksudkan sebagai 'pengecualian' (exception), bukan sebaliknya. Nasib baiklah kelemahan Seksyen 8 yang dimaksudkan akhirnya disedari. Maka ia telah digugurkan dan digantikan dengan Seksyen 8 yang baru melalui Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan) 1990 yang berbunyi seperti berikut :

"8. Segala prosiding (melainkan keterangan yang diberi oleh saksi) dalam Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah hendaklah dijalankan dalam bahasa kebangsaan:

Dengan syarat bahawa mahkamah boleh sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding dan selepas menimbangkan kepentingan keadilan dalam prosiding itu, memerintahkan supaya prosiding itu, (melainkan keterangan yang diberi oleh saksi) dijalankan sebahagiannya dalam

PM. DR. ASMA YUSOFFJabatan Pengajian MelayuAkademi Pengajian Bahasa2009

4

Page 5: Kuliah 1 -Pbm 501 - Pengenalan Bahasa Melayu Undang-undang

PBM501- BAHASA MELAYU UNDANG-UNDANG I

bahasa Kebangsaan dan sebahagiannya dalam bahasa Inggeris".

Tidak dapat dinafikan bahwa peruntukan Seksyen 8 yang baru disebutkan di atas merupakan suatu kemajuan dari tahap penerapan bahasa Kebangsaan dalam sistem kehakiman dan mahkamah di negara kita. Berikutan kuat kuasa peruntukan tersebut kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 turut dipinda (lihat P.U.(A) 79/90) yang menghendaki supaya dokumen-dokumen yang digunakan di Mahkamah Tinggi disediakan dalam bahasa kebangsaan. Kesan langkah-langkah ini sangat menggalakkan. Sekarang ini kebanyakan peguam di kalangan generasi muda didapati lebih selesa menggunakan bahasa kebangsaan. Kesan negatif urusan ini ialah ia melibatkan kos yang tinggi dan masa yang lebih lama kerana dokumen mahkamah disediakan dalam dua bahasa.

Kesimpulannya dapat dikatakan bahasa Inggeris amat rapat dalam bidang perundangan. Bahasa itu digunakan sebagai teks sahih undang-undang utama di negara ini. Malah, teks yang sahih bagi Perlembagaan Malaysia menggunakan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 mewajibkan teks undang-undang kecil dalam bahasa Melayu dalam bahasa kebangsaan. Teks bahasa kebangsaan itu diperoleh daripada terjemahan teks bahasa undang-undang.

PM. DR. ASMA YUSOFFJabatan Pengajian MelayuAkademi Pengajian Bahasa2009

5

Page 6: Kuliah 1 -Pbm 501 - Pengenalan Bahasa Melayu Undang-undang

PBM501- BAHASA MELAYU UNDANG-UNDANG I

4. Keperluan Bahasa Melayu dalam Bidang Undang-Undang

1. Menulis semua undang-undang, peraturan negara, surat perjanjian, borang dan surat rasmi dalam bahasa Melayu.

2. Menjalankan perbicaraan (perhujahan) dalam bahasa Melayu sepenuhnya.

3. Menghasilkan istilah undang-undang.4. Menulis buku teks dan buku rujukan undang-undang

dalam bahasa Melayu. Oleh itu, dapat memperkayakan bahan bacaan dalam bidang undang-undang.

5. Memberi keadilan kepada semua pihak dalam perbicaraan, terutama kepada individu yang kurang mahir dalam bahasa Inggeris.

6. Membolehkan semua lapisan masyarakat memahami undang-undang.

5. Kepentingan Menguasai Bahasa Melayu dalam Bidang Undang-Undang

1. Dapat menterjemah rang undang-undang, artikel, laporan dan jurnal ke bahasa Melayu dengan baik tanpa terikat kepada naskhah asalnya dalam bahasa Inggeris. Jika terikat kepada naskhah asalnya, terjemahan ini mungkin sukar difahami oleh pembaca umum, terutama yang tidak mempunyai pengetahuan undang-undang. Juga terjemahan ini akan mengandungi ayat, klausa, frasa dan kata yang janggal.

2. Bahasa Melayu telah digunakan di Mahkamah Rendah, oleh itu peguam dan hakim perlu menguasai bahasa Melayu yang baik dan betul dari segi tatabahasa supaya perbicaraan dapat dijalankan dengan lancar dan jelas.

3. Perbicaraan dalam bahasa Melayu bukan sahaja

PM. DR. ASMA YUSOFFJabatan Pengajian MelayuAkademi Pengajian Bahasa2009

6

Page 7: Kuliah 1 -Pbm 501 - Pengenalan Bahasa Melayu Undang-undang

PBM501- BAHASA MELAYU UNDANG-UNDANG I

dilaksanakan di Mahkamah Rendah tetapi ia juga perlu dilaksanakan di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi dan lain-lain. Negara sudah mencapai kemerdekaan lebih 55 tahun, oleh itu semua pihak di bidang kehakiman perlu mengambil langkah positif menukar bahasa mahkamah daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

4. Dapat memperkasakan bahasa Melayu dalam bidang undang-undang dan memertabatkan bahasa Melayu selaras dengan fungsinya sebagai bahasa rasmi negara.

RUJUKAN

Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaaan Bahasa Malaysia. 1982. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Pauzi Mahmad. 2007. "Taraf Bahasa Melayu dalam Perlembagaan" dalam Pelita Bahasa. Ogos, halaman 13- 15.

Nik Safiah Karim dan Faiza Tamby Chik (peny.). 1994. Bahasa dan Undang-Undang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

PM. DR. ASMA YUSOFFJabatan Pengajian MelayuAkademi Pengajian Bahasa2009

7