87
Kursus Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4 Anjuran Bahagian Pembangunan Kurikulum

Kursus Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

  • Upload
    azra

  • View
    434

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kursus Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4. Anjuran. Objektif Tahun 1. Objektif utama pengajaran dan pembelajaran Tahun 1 ialah: Jalan raya merupakan tempat yang berbahaya . - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Kursus Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia

Tahun 4

Anjuran

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Page 2: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Objektif Tahun 1

Objektif utama pengajaran dan pembelajaran Tahun 1 ialah:

1) Jalan raya merupakan tempat yang berbahaya.

2) Berpimpin tangan dengan orang dewasa semasa hendak melintas atau berdekatan dengan jalan raya.

3) Lima langkah melintas dengan selamat.

Page 3: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Objektif Tahun 2

Objektif utama pengajaran dan pembelajaran Tahun 2 ialah:

1) Jalan raya merupakan tempat yang kompleks dan berbahaya.

2) Kanak-kanak mudah terdedah kepada bahaya disebabkan pembatasan tahap kematangan dan saiz.

3) Penggunaan tali pinggang keledar dan topi keledar membantu mengurangkan tahap kecederaan.

Page 4: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Objektif Tahun 4

Pada akhir pembelajaran Tahun 4 murid akan dapat:

1) menjadi pengguna jalan raya dan pengangkutan awam yang berdikari, selamat,

bertanggungjawab dan mampu membuat keputusan yang cermat dan bijak

2) menjadi pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya

Page 5: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Objektif Tahun 4 samb.

Pada akhir pembelajaran Tahun 4 murid akan dapat:

3) menjadi penunggang basikal yang selamat – menggunakan basikal yang diselenggara dengan baik, memakai topi keledar dan menggunakan laluan berbasikal yang selamat.

Page 6: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Kit Mengajar PKJR Tahun 4

• Buku Panduan Guru Tahun 4

• Buku Aktiviti Murid Tahun 4

• Video Teknikal Tahap 2

• CD Lagu

• Media (kad imbasan gambar dan poster)

Page 7: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Tajuk-tajuk Utama Tahun 4

Unit 1: Berjalan Secara BerdikariUnit 2: Peraturan dan Undang-undang Jalan RayaUnit 3: Sukarnya MelintasUnit 4: Keselamatan BerbasikalUnit 5: Berbasikal dengan SelamatUnit 6: Perjalanan Selamat Menggunakan Pengangkutan AwamUnit 7: DilemaUnit 8: Jalan Raya di Malaysia

Page 8: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

UNIT 1Sub Title

UNIT 1Berjalan Secara Berdikari

Cermat Tiba Selamat

Page 9: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Mula BERDIKARI tetapi masih memerlukan bimbingan orang dewasa kerana:

• baru belajar membuat keputusan untuk;- diri sendiri- orang lain (adik atau rakan yang lebih muda).

• fizikal (saiz);- tinggi atau besar- rendah atau kecil (lebih langkah atau masa).

Rasional Unit 1

Page 10: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Sosial (pengaruh rakan):- tindakan selamat atau tidak selamat- hilang tumpuan akibat gangguan rakan.

• Merancang perjalanan sendiri:- latihan bersama ibu bapa atau orang dewasa- pemilihan laluan yang selamat.

Rasional Unit 1 samb.

Page 11: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

1. Jalan Bersendirian

2. Cabaran Pejalan Kaki

Tajuk-tajuk Unit 1

Page 12: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Objektif tajuk 1

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) berbual-bual dengan rakan tentang aspek keselamatan jalan raya semasa perjalanan mereka ke sekolah dan keadaan jalan raya yang kurang selamat

2) membina ayat yang lengkap berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang diberi

Page 13: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Objektif tajuk 1 samb.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

3) menyenaraikan tingkah laku yang boleh menunjukkan mereka berdikari dan bertanggungjawab.

Page 14: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

1. Jalan Bersendirian

• Membincangkan apa yang dilihat dalam perjalanan ke sekolah.

• Merujuk Media 1.1.

Page 15: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Bersoal jawab mengapa sesetengah murid: - boleh berdikari atau bersendirian - perlu ditemani oleh orang dewasa atau kakak

atau abang - dapat kepercayaan penuh daripada ibu bapa.

• Segmen video “Merancang perjalanan sendirian”.

1. Jalan Bersendirian samb.

Page 16: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Sebelum memilih laluan yang selamat, fikirkan: - adakah anda terpisah dari aliran trafik?- bolehkah anda melihat kenderaan?- adakah pemandu dapat melihat anda?

1. Jalan Bersendirian samb.

Page 17: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Objektif tajuk 2

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) mengemukakan pandangan atau pendapat tentang keadaan jalan raya yang kurang selamat dengan bahasa yang betul

2) membina ayat tunggal atau ayat majmuk berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang diberi

3) menyebut lima cara untuk menangani situasi mencabar yang diberi.

Page 18: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Bagaimana menangani

situasi persekitaran

jalan raya yang mencabar

atau kurang selamat.

• Situasi di jalan raya pada Media 1.2.

• Rumusan tentang cabaran pejalan kaki.

2. Cabaran Pejalan Kaki

Page 19: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

UNIT 1Sub Title

UNIT 2Peraturan dan Undang-undang

Jalan Raya

Cermat Tiba Selamat

Page 20: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Belajar mengenali undang-undang dan peraturan asas jalan raya kerana:

- mula berdikari atau jalan bersendirian - meningkatkan keselamatan diri atau orang lain - mendisiplinkan diri - mematuhi undang-undang adalah wajib.

Rasional Unit 2

Page 21: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

1. Jadilah Pengguna Jalan Raya yang Berdisiplin

2. Perbezaan antara Undang-undang dengan Peraturan Jalan Raya

Tajuk-tajuk Unit 2

Page 22: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Objektif tajuk 1

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) berbual-bual tentang peraturan serta undang-undang jalan raya menggunakan bahasa yang betul

2) membaca ayat-ayat penyata yang diberikan oleh guru dengan sebutan yang betul

3) menyatakan perbezaan antara undang-undang dengan peraturan jalan raya serta memahami akibat jika tidak dipatuhi.

Page 23: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Perbezaan di antara undang-undang dan peraturan:

- undang-undang jalan raya merupakan satu akta yang mewajibkan sesuatu kelakuan

- peraturan jalan raya merupakan amalan keselamatan untuk pengguna jalan raya.

1. Jadilah Pengguna Jalan Raya yang Berdisiplin

Page 24: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Murid didedahkan kepada asas undang-undang dan peraturan seperti:

- memakai topi keledar atau tali pinggang keledar- mematuhi lampu isyarat pejalan kaki- berjalan menghadap lalu lintas- menggunakan laluan pejalan kaki.

• Gambar rajah labah-labah (Media 2.2).

1. Jadilah Pengguna Jalan Raya yang Berdisiplin samb.

Page 25: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Media 2.2

Gambar rajah Labah-Labah

Page 26: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Objektif tajuk 2

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul

2) menulis ayat tunggal dan majmuk berpandukan petikan

3) menyatakan perbezaan antara undang-undang dengan peraturan jalan raya serta memahami akibat apabila diingkari.

Page 27: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Menyanyikan lagu “Hati-hati di Jalan Raya”.

• Membezakan antara undang-undang dan peraturan jalan raya dalam borang jadual.

2. Perbezaan antara Undang-undang dengan Peraturan Jalan Raya

Page 28: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Hati-hati di Jalan Raya

Bila lintas jalan, jangan main-mainLihat kiri kanan, toleh ke belakangLima langkah melintas perlu dipatuhiJika tiada kereta, barulah melintas

Bila jalan kaki, ikutlah laluanLintasan belang ada di hadapanBonceng motosikal pakai topi

keledarIkat ketat-ketat pastikan selamat

Jalan raya kita tempat berbahayaIkut peraturan pasti kita selamatBerhati-hati bila di jalan rayaJagalah keselamatan tanggungjawab bersama

Melodi: Air Pasang Pagi

2. Perbezaan antara Undang-undang dengan Peraturan Jalan Raya samb.

Page 29: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

UNIT 1Sub Title

UNIT 3Sukarnya Melintas

Cermat Tiba Selamat

Page 30: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Kanak-kanak masih mempunyai kekurangan:- pandangan sisi terhad - langkah yang pendek.

• Kanak-kanak masih tidak cekap:- menganggar jarak- menganggar kelajuan- menganggar masa.

Rasional Unit 3

Page 31: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

1. Melintas Lebih Sukar daripada yang Disangka

2. Berfikir Sebelum Melintas

Tajuk-tajuk Unit 3

Page 32: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Objektif tajuk 1

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) menyatakan pendapat tentang hasil uji kaji pandangan sisi dengan bahasa yang betul

2) mencatat prosedur uji kaji yang di jalankan dengan betul

3) menyatakan prosedur penting untuk melintas jalan raya yang perlu dipelajari dan dilatih.

Page 33: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Bersoal jawab tentang langkah melihat lalu lintas: - Apakah yang perlu dilihat? - Arah manakah perlu dilihat? - Mengapa perlu menggerakkan kepala?

• Pandangan sisi kanak-kanak masih belum berkembang seperti orang dewasa.

1. Melintas Adalah Lebih Sukar dari yang Disangka

Page 34: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Uji kaji pandangan sisi: - melihat ibu jari - menggunakan kad titik buta (Media 3.1).

1. Melintas Adalah Lebih Sukar dari yang Disangka samb.

Page 35: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

1. Melintas Adalah Lebih Sukar dari yang Disangka samb.

Kad Titik Buta

Page 36: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Menyatakan hasil uji kaji.

• Terangkan kepentingan memusingkan kepala untuk melihat kenderaan.

1. Melintas Adalah Lebih Sukar dari yang Disangka samb.

Page 37: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Objektif tajuk 2

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) mendengar dan melaksanakan arahan melintas jalan raya dengan selamat

2) mencatat beberapa rumusan berkaitan aktiviti cara melintas yang selamat menggunakan bahasa yang betul

3) menyatakan elemen-elemen penting untuk melintas jalan raya yang perlu dipelajari dan dilatih.

Page 38: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Murid bersoal jawab tentang

lima langkah melintas pada

Media 3.2.

2. Berfikir Sebelum Melintas

Page 39: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Kepentingan masa dan ruang sela: - ruang sela melibatkan kelajuan, masa dan jarak.

• Simulasi tentang konsep ruang sela.

• Rumusan kepentingan memusingkan kepala.

2. Berfikir Sebelum Melintas samb.

Page 40: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

UNIT 1Sub Title

UNIT 4Keselamatan Berbasikal

Cermat Tiba Selamat

Page 41: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Berbasikal memerlukan koordinasi kemahiran yang kompleks:

- fizikal (kawalan tangan atau kaki, mengimbang) - kognitif (kebolehan berfikir atau bertindak mengikut

undang-undang dan peraturan).

Rasional Unit 4

Page 42: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

1. Cermat dan Selamat

2. Topi Keledar

Tajuk-tajuk Unit 4

Page 43: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Objektif tajuk 1

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) menyatakan pendapat tentang cara yang selamat ketika berbasikal dengan ayat yang betul

2) menulis karangan autobiografi ’Aku Sebuah Basikal’ 3) menyenaraikan ciri keselamatan yang perlu ada pada basikal dan penunggang basikal.

Page 44: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Berbincang mengenai: - keselamatan sebagai penunggang basikal - peralatan yang boleh meningkatkan keselamatan.

• Tunggang sealiran dengan trafik dan berada di sebelah kiri jalan raya.

• Segmen video

“Perjalanan menggunakan basikal”

1. Cermat dan Selamat

Page 45: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Objektif tajuk 2

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) berbincang dengan mengemukakan pendapat tentang kebaikan memakai topi keledar

2) menulis tiga kepentingan memakai topi keledar menggunakan ayat yang betul

3) menyenaraikan langkah-langkah pemakaian topi keledar yang betul.

Page 46: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Perbincangan kepentingan memakai topi keledar:

- mengapa? - akibat? - bagaimana? • Merujuk Media 4.2.

• “Uji kaji topi keledar” - keberkesanan topi keledar - rumusan.

2. Topi Keledar

Page 47: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Pemakaian topi keledar yang betul (Media 4.3).

2. Topi Keledar samb.

Page 48: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

1. Berjalan Secara Berdikari

2. Peraturan dan Undang-undang Jalan Raya

3. Sukarnya Melintas

4. Keselamatan Berbasikal

Rumusan Unit 1 - 4

Page 49: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

UNIT 1Sub Title

UNIT 5Berbasikal dengan Selamat

Cermat Tiba Selamat

Page 50: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Kanak-kanak gemar atau mudah:

- melakukan tindakan berisiko

- meniru sikap atau perlakuan

- terpengaruh oleh rakan.

Rasional Unit 5

Page 51: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

1. Peraturan Berbasikal

2. Bahaya Semasa Berbasikal

Tajuk-tajuk Unit 5

Page 52: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Objektif tajuk 1

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) memberikan pendapat dan alasan tentang risiko yang dihadapi oleh penunggang basikal

2) murid menulis cadangan tindak balas terhadap situasi yang di beri

3) menyatakan kepentingan mematuhi peraturan jalan raya dan laluan yang selamat, untuk meningkatkan keselamatan semasa

berbasikal secara bertatasusila.

Page 53: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Risiko penunggang basikal.

• Persekitaran jalan raya yang berisiko:- permukaan berbeza- berlopak- berbonggol- persimpangan- halangan (haiwan atau objek tajam)- kenderaan.

• Tindak balas berdasarkan situasi.

1. Peraturan Berbasikal

Page 54: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Objektif tajuk 2

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) menyatakan bahaya yang dihadapi semasa berbasikal dengan bahasa yang betul

2) membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul

3) menyatakan kepentingan mematuhi peraturan jalan raya dan laluan yang selamat untuk meningkatkan keselamatan semasa berbasikal.

Page 55: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Penunggang basikal di jalan raya (Media 5.1).

• Bahaya yang dihadapi:- sukar dilihat- risiko kemalangan tinggi- di laluan kongsi atau

basikal.

2. Bahaya Semasa Berbasikal

Page 56: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Peraturan yang perlu dipatuhi: - memilih laluan selamat (lorong basikal atau kongsi) - beri isyarat (membelok atau berhenti) - patuhi isyarat lalu lintas - berhati-hati akan kenderaan yang terletak di bahu

jalan - pakai pakaian cerah - pakai topi keledar.

2. Bahaya Semasa Berbasikal samb.

Page 57: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

UNIT 1Sub Title

UNIT 6Perjalanan Selamat

Menggunakan Pengangkutan Awam

Cermat Tiba Selamat

Page 58: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Pengangkutan awam: - bas sekolah atau umum.

• Keadaan yang berbahaya: - persekitaran bas - sikap suka tergesa-gesa naik atau turun bas - kurang pengalaman tentang lalu lintas - sukar dilihat oleh pemandu bas.

Rasional Unit 6

Page 59: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

1. Pengangkutan Awam di Malaysia

2. Penumpang yang Selamat dan Bertanggungjawab

Tajuk-tajuk Unit 6

Page 60: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Objektif tajuk 1

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) membentangkan maklumat tentang beberapa jenis pengangkutan awam di Malaysia

2) menulis kelebihan dan kelemahan menggunakan pengangkutan awam

3) menyatakan cara menggunakan pengangkutan awam secara berhemah.

Page 61: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Definisi pengangkutan awam: - beza dengan kenderaan persendirian - jenis-jenis pengangkutan awam.

• Sikap semasa menggunakan pengangkutan awam: - bertimbang rasa - bertanggungjawab - berhemah.

1. Pengangkutan Awam di Malaysia

Page 62: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Berbincang tentang jenis-jenis pengangkutan awam (Media 6.1).

1. Pengangkutan Awam di Malaysia samb.

Page 63: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Objektif tajuk 2

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) menyatakan kelakuan yang tidak selamat dan akibatnya jika tidak mematuhi peraturan penggunaan pengangkutan awam

2) menyenaraikan beberapa peraturan penting ketika menaiki bas

3) menyatakan cara menggunakan pengangkutan awam secara berhemah.

Page 64: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Video “Menaiki bas” dan “Menaiki LRT”

• Kelakuan selamat dan tidak selamat semasa menggunakan pengangkutan awam.

2. Pengangkutan Awam di Malaysia

Page 65: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

UNIT 1Sub Title

UNIT 7Dilema

Cermat Tiba Selamat

Page 66: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Pengaruh rakan sebaya: - perlakuan berisiko tinggi

- perlakuan mencari sensasi.

• Merasakan dirinya ‘hebat’:- tidak menghiraukan keselamatan- berupaya mengawal apa jua keadaan.

• Kurang pengalaman:- berhadapan dengan situasi bahaya.

Rasional Unit 7

Page 67: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

1. Utamakan Keselamatan

2. Keselamatan di Jalan Raya

Tajuk-tajuk Unit 7

Page 68: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Objektif tajuk 1

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) membaca dan menyatakan fakta yang terdapat dalam kad permainan Roket Dilema

2) mencatat nota sebab dan akibat sesuatu tindakan yang di ambil berdasarkan situasi tertentu dalam bentuk grafik

Page 69: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Objektif tajuk 1 samb.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

3) menyatakan akibat pengaruh rakan-rakan semasa membuat keputusan tentang situasi yang selamat di jalan raya.

Page 70: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Pendapat positif atau negatif berdasarkan poster (Media 7.1).

1. Utamakan Keselamatan

Page 71: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Memahami akibat baik atau buruk sesuatu kejadian berdasarkan keputusan yang diambil semasa di jalan raya:

- pendapat positif atau negatif - tindakan

- alasan - kesan.

1. Utamakan Keselamatan samb.

Page 72: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Roket Dilema (Media 7.2).

1. Utamakan Keselamatan samb.

Page 73: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Objektif tajuk 2

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) memberi pendapat tentang sesuatu situasi keselamatan jalan raya yang ditunjukkan

2) menulis karangan tentang pengalaman menggunakan pengangkutan awam

3) menyatakan akibat pengaruh rakan-rakan semasa membuat keputusan tentang situasi yang selamat di

jalan raya.

Page 74: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Menganalisa akibat positif atau negatif berdasarkan tindakan yang dibuat semasa di jalan raya:

- apakah pilihan saya? - apakah sebab saya membuat keputusan tersebut? - mengapa orang mempunyai pilihan yang berbeza?

• Kad Situasi (Media 7.3).

2. Keselamatan di Jalan Raya

Page 75: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

UNIT 1Sub Title

UNIT 8Jalan Raya di Malaysia

Cermat Tiba Selamat

Page 76: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Pengetahuan tentang ciri-ciri dan jenis-jenis jalan raya.

• Jalan raya yang berbeza: - had laju kenderaan - trafik atau jenis kenderaan

- keadaan jalan raya - aktiviti sepanjang jalan raya

- kemudahan.

Rasional Unit 8

Page 77: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

1. Kenali Jalan Raya di Malaysia

2. Tiba dengan Selamat

Tajuk-tajuk Unit 8

Page 78: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Objektif tajuk 1

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) memberi respons tentang ciri-ciri jalan raya di Malaysia

2) membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan grafik hierarki jalan raya dengan betul

3) melengkapkan hierarki jalan raya di Malaysia dan menyatakan kepentingan merancang perjalanan.

Page 79: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Hierarki jalan raya pada (Media 8.1).

1. Kenali Jalan Raya di Malaysia

Page 80: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Bersoal jawab tentang ciri-ciri jalan raya mengikut jenisnya:

- apakah jenis permukaan?

- berapakah bilangan lorong?

- adakah ia mempunyai tol?

- adakah ia mempunyai lorong pejalan kaki, motosikal atau laluan kecemasan?

1. Kenali Jalan Raya di Malaysia samb.

Page 81: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Rumusan ciri-ciri jalan raya di Malaysia.

• Kad gambar (Media 8.2).

1. Kenali Jalan Raya di Malaysia samb.

Page 82: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Objektif tajuk 2

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) membaca maklumat yang terdapat dalam bahan rangsangan dengan betul

2) bercerita tentang tanda dan isyarat jalan raya yang dilihat dengan bahasa yang betul

3) menyatakan kepentingan merancang perjalanan untuk tiba ke destinasi.

Page 83: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

• Kad jemputan (Media 8.3).

• Bersoal jawab maklumat yang terdapat dalam kad:

- nama jalan- bangunan atau mercu tanda- sungai, jambatan- kemudahan untuk melintas, lampu isyarat.

2. Tiba dengan Selamat

Page 84: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4
Page 85: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Rumusan

Pada akhir pembelajaran murid akan dapat:

• memahami konsep keselamatan berlandaskan undang-undang dan peraturan jalan raya

• mempamerkan sikap positif dan bertanggungjawab ketika berada di jalan raya

Page 86: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Rumusan samb.

Pada akhir pembelajaran murid akan dapat:

• mampu berdikari sebagai pengguna jalan raya yang berhemah dan selamat

• memahami kegunaan alat keselamatan dan kepentingan penyelenggaraan basikal.

Page 87: Kursus Pendidikan Keselamatan  Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4

Terima Kasih