39
LADA HITAM Piper nigrum (Piperaceae)

LADA HITAM.pptx

Embed Size (px)

Citation preview

LADA HITAM Piper nigrum (Piperaceae)

LADA HITAMPiper nigrum (Piperaceae)

1AsalLada hitam berasal dari Asia Selatan, khususnya India. Terdapat lebih daripada 100 kultivar di seluruh dunia, dibezakan mengikut bentuk dan saiz daun serta ciri-ciri pembungaan dan pembuahan. Malaysia adalah pengeluar kelima terbesar dunia, kini mengeksport bernilai RM187.9 juta th-1. Dalam Malaysia, Sarawak adalah pengeluar utama menghasilkan 95% keluaran Malaysia yang kini mencecah 20,000 ton dan dijangkakan meningkat kepada 30,000 ton menjelang akhir 2010, kebanyakannya jumlah dari penglibatan 67,000 keluarga pekebun kecil seMalaysia.manakalaJohor (Segamat, 60 Ha) pengeluar kedua.

2Kebanyakan petani menanam 3 kultivar, iaitu Kuching, Semongok Perak dan Semongok Emas. petani digalak mengusahakan penanaman secara organik bagi mendapat pulangan lebih lumayan. Kawasan beriklim tropika, panas dan lembap amat sesuai, cukup presipitasi dengan saliran yang baik, ditambah pula dengan tanah yang subur dengan bahan organik. Tanah yang tidak begitu sesuai ialah tanah liat padat, tanah gambut, tanah pasir dan kawasan yang selalu terendam. Kecuraman lereng bukit hendaklah tidak melebihi 15 darjah, teres dibuat selebar 1.5 m. Di Johor lada hitam tumbuh subur atas tanah siri Rengam.

Pengeluar lada hitam duniaIndia (Tamil Nadu, Kerala, Karnataka)Indonesia (Lampong dan Bangka)Asia Tenggara (Vietnam, Siam),China dan Sri LankaBrazil (Amazon basin) MalaysiaDi Sarawak kaum China yang memulakan tanaman ini, kini 87% adalah pekebun kecil yang dipelopori kaum Iban dan Bidayuh.

MORFOLOGIPokok lada hitam adalah jenis memanjat, berbunga dan berbuah jambu seperti kopi (berry, 5 mm garis pusat). Bunganya bertentangan daun, bersifat bisexual serta self-pollinated dalam masa secepat 2 tahun. Mula-mula berbuah sedikit seawal tahun ke-2. Buah menjadi merah apabila masak, mengandungi satu biji setiap berry, dan setelah diproses menjadi hitam (lada hitam) atau sulah (lada putih) manakala yang hijau sahaja untuk dibuat minyak juga.

Semaian Anak BenihPembiakan adalah melalui keratan batang, seelok-eloknya keratan pucuk batang (terminal stem) biasanya terdapat antara 7 buku ruas.Jarak semaian ialah 15-20 cm, 3-4 dari 7 buku ruas ditanam ke dalam tanah. Dari buku ruas ini akan mula tumbuh tunas dalam 7-10 hari, daun-daun dan cabang-cabang serta akar adventitius menyusur kemudian. Keratan ini dijaga selama 1 bulan dalam batas selepas mana dipindah ke dalam polibag dan kemudiannya ke ladang setelah berumur 2-3 bulan.Lazimnya di Malaysia sebatang tiang kayu 3 m (dahulunya Berlian) dibuat sebagai penyokong berukuran 15 x 15 cm dan 3 m panjang; ada juga yang mengguna penyokong hidup seperti Gliricidia sepium. Dua anak benih ditanam setiap satu tiang yang terlebih awal telah ditanam teguh. Penyediaan SemaianPokok yang telah berusia antara 6-8 bulan,sedia untuk di 'potong' dan di jadikan benih Tujuan utama ia di potong adalah agar pokok lebih banyak mengeluarkan dahan dan lebih produktif.

Lada yang telah di 'potong' yang mula mengeluarkan pucuk baru.

Semaian Jarak semaian adalah 15 cm - 20 cm (6-8 inci).Semaian Benih dari batang yang di cantas. Apabila ia mula berakar dan pucuk baru telah tumbuh,ia akan dipindahkan ke kawasan kebun

semaian di tanam pada tiang sokongan(biasanya kayu Belian),ditutupi dengan daun Resam sabagai naungan dari panas matahari.

Kayu penyokong tetapDari kayu keras berukuran 15 cm x 15 cm (6 x 6 inci) dan 3 cm (12 kaki) panjang. Jenis kayu yang biasa digunakan ialah kayu balau, resak, tempinis dan cengal. Kayu penyokong tetap boleh dipacak sebelum menanam atau selepas pokok berumur 4 bulan bagi mengganti kayu penyokong sementara.Kayu penyokong yang mutunya rendah akan menjadi pembawa kulat.Penanaman

Tanaman ini diusahakan secara monocrop atau boleh juga diusahakan sebagai intercrop seperti dengan coffee. Pokok ditanam di atas busut buatan. Jarak tanaman yang diamalkan oleh petani ialah 2.4 x 1.8 m, 2.4 x 2.1 m dan 2.4 x 2.4 m yang disyorkan yang akan memberikan 1735 pokok Ha-1. Bahagian atas keratan diikat longgar pada batang dan diberi lindungan. Lindungan ini dijarangkan sedikit demi sedikit dan boleh dibuang selepas 2 bulan. Pokok ini memanjat tiang dengan akar adventitius yang melekap ke tiang dan dalam 3 tahun akan merimbun dan mencapai ketinggian 2m. Setangkai buah dipetik selang 2 minggu sekali apabila matang keras hijau tua kepada merah.

Pokok lada hitam kuat makan baja dan perlukan banyak air serta perlu menjaga jaga pH tanah, buat pengapuran. Baja campuran 13:6:18:4 (N:P2O5:K2O:MgO) diguna; pada tahun pertama dan kedua pembajaan dilakukan 2 bulan sekali, dan setahun sekali apabila masuk tahun ketiga. Kadar pembajaan mengikut kesuburan tanah dan kesuburan tanaman, sebagai panduan lazim tidak melebihi 2 kg sepokok dan berkurangan kepada 0.5 kg apabila masuk tahun ketiga.

Penyelenggaraan Amalan cantasan routin melalui 3 pusingan, iaitu pada :1. Umur 6 bulan selepas menanam untuk melatih 3 pucuk utama (leaders),2. Umur 12-14 bulan apabila pokok mencapai separuh tiang, dan3. Peringkat leaders mencapai hujung tiang. Di tahap ini pokok digalakkan berbunga.

Cantasan cabang dilakukan 3 bulan sekali bagi menyegarkan rimbun.

Selalunya, 3-4 pucuk saja yang di dibiarkan naik.Terlalu banyak pucuk akan menyukarkannya untuk di ikat , berserabut dan gelap. Keadaan ini akan mudah di serang kulat dan serangga perosak.Pucuk yang naik akan di ikat menggunakan sejenis tali khas yang di perbuat dari kulit kayu.Tali Rafia juga boleh di gunakan.

Mengawal rumpaiKerja merumput dan menimbun tanah di sekeliling perdu pokok biasanya dijalankan serentak. Sungkupan dibubuh untuk mengurangkan pertumbuhan rumput rampai dan menjaga kelembapan tanah. Jika menggunakan racun rumput "paraquat", ikut kadar yang disyorkan kerana ini adalah sesuai dan selamat.MembajaBaja campuran, 13% Nitrogen (N), 6% Phosphorus (F205), 18% Kaliam (K20) dan 4% Magnesium (MgO).

Tahunpertama- 0.9 kg (2 lb) dolomite Tahunkedua -113kg (4 lb) baja campuran/sepokok/sekali. Dibubuh 2 bulan sekali.Tahunketiga- 0.5 kg (1 lb) dolomite/sepokok/setahun, 227 gm (8 oz) baja campuran/sepokok/sekali pembajaan. Bagi pembajaan ketiga dan keempat 0.3 kg (12 oz) baja campuran / sepokok / sekali pembajaan.

MEMUNGUT HASILMasa yang sesuai untuk memetik buahnya ialah 8-9 bulan selepas berbunga.Hasil pertama diperolehi 30-36 bulan selepas menanam.Hasil tertinggi bila pokok berumur 5-8 tahun.Bila sebiji buah lada hitam dalam satu tangkai menjadi masak merah maka keseluruhan tangkai boleh dipetik.

Perosak lada hitamKumbang Lophobaris piperis (Curculionidae) serang batang, bunga dan buah. Batang yang dikorek pada buku ruas menyebabkan bahagian atas mati, bunga dan buah gugur pramatang.Kepinding Diconocoris hewitti (Tingidae) menghisap sap bunga, jadi kering, dan kepinding Dasynus piperis (Miridae) menghisap sap buah dan pucuk mengakibatkan buah gugur dan pucuk kering.Kadang kala terdapat berkumpulan benah, koya, teritip dan kutu daun menghisap sap daun, batang dan buah muda, akibatnya kekeringan.Jika simpanan tidak sempurna boleh mengundang kumbang Lasioderma serricorne (Anobiidae) yang mengorek bijilada hitam (peppercorn).

Pengawalan serangga perosakKutu penghisap daun (Pepper tingid bug)Kutu penghisap buah (Green pepper bug) ASerangga pemakan daun (Tree hopper)

Bagi ketiga-tiga musuh di atas, sembur dengan bancuhan 43 c.c. (1 1/2 oz cecair) Malathion 50% dalam 18 litre (4 gelen) air atau 42 g ( 1/2 oz) Agrocide 26 D.P. dalam 18 litre (4 gelen) air.Koya (Mealy bugs)Teritip pokok (Scale insects)BKutu daun (Aphide)

Bagi ketiga-tiga musuh di atas, sembur dengan 170 c.c.(6 oz cecair) minyak putih Albolineum dalam 11 litre ( 2 1/2 gelen) air atau 28 c.c. (1 oz cecair) Malathion 50% dalam 16 litre (3 1/2 gelen) air.

Penyakit lada hitam dan pengawalannyaReput akar (Foot rot) - Phytophthora palmivora butlerPokok menjadi kuning dan terbantut.Daun dan dahan kecil mudah gugur sehingga pokok kelihatan tidak berdaun.Reput pangkal - Phytophtora palmivoraDaun menjadi layu, kuning dan gugur. Bahagian yang berpenyakit berwarna hitam. Boleh mengakibatkan kematian pokok setinggi 70-90%.

Gunakan Captafol atau Etridiazole. Sembur keliling bahagian pangkal dan di bahagian bawah pokok pada musim hujan sekiranya Phytophthora dapat dikesan. Tentukan saliran yang baik di ladang. Cantas dahan-dahan mulai dari pangkal pokok hingga 1 kaki tinggi. Jangan guna baja nitrogen berlebihan.Buang semua pokok-pokok yang berpenyakit. Dedah tempat-tempat yang diserang supaya kena cahaya matahari.

Penyakit akar (White root) - Rigidoporus lignosus Klotzsch ImazekiGunakan Quintozene. Buang bahagian-bahagian yang kena penyakit dan basahkan di sekeliling/ pangkal pokok secukupnya dengan campuran racun ini. Cabut pokok dan musnah jika penyakit terlalu teruk. Jika membuka kawasan-kawasan baru, cabut dan abar semua tunggul-tunggul dan akar-akar. Sentiasa periksa kawasan-kawasan yang selalu terdapat penyakit ini.Penyakit virus - Stunt virus disease)Penyakit ini hanya terdapat di Sarawak sahaja.Bintik daun (Leaf spot) - Colletotrichum piperis CordaThiram/Copper oxychloride/Captan/Mencozeb pada 0.2% bahan aktif. Buang dan musnah daun-daun yang terkena penyakit.

Stunted disease

anthracnoseKarat merah (Red rust) -Cephaleuros parasiticaGuna Cuprous oxide atau sebarang racun kulat jenis ini pada kadar 0.2% bahan aktif. Buang dan musnah daun-daun yang terkena penyakit.Penyakit buah hitam (Black berry disease) - Caphaleuros virescens KunzeGuna Triadimefon atau Carbendazim. Semburan pertama bila 50% daripada sagaran telah terbentuk, diikuti dengan 2-3 kali semburan bagi tiap-tiap 2-3 minggu. Pokok tua dan pokok yang rosak adalah lebih peka. Jenis yang tahan adalah seperti Djambi.Penyakit lembut (Velvet blight) - Septobasidium spp.Guna Benomyl (0.08% bahan aktif) atau Captafol (0.2% bahan aktif) atau Copper oxychloride (0.1% bahan aktif). Sembur apabila daun, cabang-cabang dan sagaran buah yang diserang telah dibuang. Pemeriksaan ke atas pokok-pokok perlu dijalankan lebih kerap apabila kulat perosak telah dapat dikesan. Cantas dan bakar semua cabang, daun dan bahagian yang diserang.