15
LAPORAN DOKUMENTASI PROGRAM MERENTAS DESA ( 1MURID 1SUKAN) PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK DANAU KOTA KUALA LUMPUR TARIKH : 28 MAC 2015 (SABTU) MASA : 07.30 pagi hingga 12.00 tengahari TEMPAT : Kem Wardieburn KEHADIRAN : Guru : 1. Juraidah Binti Mat Jan 2. Liza Binti Ramli 3. Nur Aliyah Binti Azeme 4. Munirah Binti Mokhtar 5. Nazri Bin Mat Noor 6. Nor Haida Bt. Mohammad 7. Norazilla Binti Abdullah 8. Norzilawati Bt Md Nasir 9. Salmanizam Binti Ramli 10. Siti Zaimah Binti Abdul Rahman 11. Sarinah Binti Abdullah 12. Norhamidah Binti Azizan 13. Nadiah Binti Abu Bakar 14. Muhammad Ridzuan Bin Azmi

Laporan Dokumentasi Program Merentas Desa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

LAPORAN AKTIVITI PPKI

Citation preview

Page 1: Laporan Dokumentasi Program Merentas Desa

LAPORAN DOKUMENTASI PROGRAM MERENTAS DESA ( 1MURID 1SUKAN)

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK DANAU KOTA KUALA LUMPUR

TARIKH : 28 MAC 2015 (SABTU)

MASA : 07.30 pagi hingga 12.00 tengahari

TEMPAT : Kem Wardieburn

KEHADIRAN :

Guru :

1. Juraidah Binti Mat Jan

2. Liza Binti Ramli

3. Nur Aliyah Binti Azeme

4. Munirah Binti Mokhtar

5. Nazri Bin Mat Noor

6. Nor Haida Bt. Mohammad

7. Norazilla Binti Abdullah

8. Norzilawati Bt Md Nasir

9. Salmanizam Binti Ramli

10.Siti Zaimah Binti Abdul Rahman

11.Sarinah Binti Abdullah

12.Norhamidah Binti Azizan

13.Nadiah Binti Abu Bakar

14.Muhammad Ridzuan Bin Azmi

Page 2: Laporan Dokumentasi Program Merentas Desa

Murid :

1. Muhammad Imran Syahmi B. Mohd Amran

2. Muhammad Amir Firdaus Bin Johan

3. Wardina Syakira Bt.Baharin

4. Wardina Munawarah Bt. Baharin

5. Atiqah Ayuni Binti Khalil Khusiri

6. Mohamad Batruh B. Maidi

7. Syed Azmil Hasif Bin Syed Zulhisham

8. Muhammad Adam Bin Shamsul

9. Siti Ainul Mardiah Bt Ahmad Nazahari

10.Haziyah Musrifah Bt. Badrul Hishiam

11.Mai Anis Awadah Binti Meor Baharuddin

PERASMI : Mejar Arif B. Mat Jusoh

Yang Di-Pertua PIBG SK Danau Kota

Page 3: Laporan Dokumentasi Program Merentas Desa

LAPORAN DOKUMENTASI PROGRAM MERENTAS DESA ( 1MURID 1SUKAN)

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK DANAU KOTA KUALA LUMPUR

SEBELUM

Seminggu sebelum Program Merentas Desa dijalankan, penyelaras kokurikulum

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) iaitu En Mohd Nazri bin Mat Nor telah mengadakan

ujian saringan dan pemeriksaan kesihatan ke atas semua murid PPKI di sekolah. Hal ini

kerana hanya murid yang sesuai dari segi kekuatan fizikal dan mempunyai kesihatan yang

baik akan dipilih untuk menyertai program ini. Setelah pemeriksaan dibuat, terdapat 28 orang

murid PPKI yang telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam program tersebut.

SEMASA

Walaubagaimanapun, hanya 11 orang murid yang hadir pada hari berkenaan dan

mengambil bahagian sepanjang program dijalankan. Program telah bermula dengan

perhimpunan dan taklimat ringkas pada jam 7.45 pagi. Semua murid PPKI berkumpul di tapak

perhimpunan dan seterusnya bergerak ke kawasan Kem Wardieburn diiringi oleh guru-guru

PPKI.

Pada jam 8.30 pagi, program diteruskan dengan sesi senaman dan senamrobik yang

diketuai oleh En. Mohd Sabri bin Wagiman. Sesi tersebut diadakan selama 20 minit bertujuan

untuk memanaskan badan murid-murid sebelum acara merentas desa bermula. Setelah

selesai acara senaman dan senamrobik, semua murid berkumpul di tempat permulaan larian,

didahului dengan murid-murid PPKI.

Tepat jam 9 pagi, Mejar Arif B. Mat Jusoh membunyikan hon menandakan larian

merentas desa telah bermula. Murid-murid PPKI dilepaskan 10 minit lebih awal dari murid-

murid kelas perdana. Hal ini untuk memberi peluang kepada murid PPKI mendapat ruang

yang lebih selamat dan mengelakkan sebarang kemalangan atau kecederaan.

Sepanjang larian mengelilingi kawasan kem, semua murid PPKI diiringi oleh guru-guru

yang telah ditugaskan iaitu Pn. Sarinah binti Abdullah, Pn. Norazilla binti Abdullah dan Cik Nur

Page 4: Laporan Dokumentasi Program Merentas Desa

Aliyah binti Azeme. Manakala, beberapa guru lain telah ditugaskan di kawasan penamat

sebagai hakim penamat iaitu Pn. Nor Haida binti Mohammad dan Pn. Norazilla binti Nasir.

Kedua-dua guru berkenaan bertanggungjawab untuk memastikan giliran pemenang larian

merentas desa bagi murid-murid PPKI.

Larian merentas desa tersebut telah mengambil masa lebih kurang 15 minit sehingga

peserta PPKI yang pertama tiba di kawasan penamat. Keputusan bagi acara merentas desa

murid-murid PPKI adalah seperti berikut :

1. Muhammad Amir Firdaus Bin Johan

2. Mohamad Batruh B. Maidi

3. Wardina Syakira Bt.Baharin

4. Siti Ainul Mardiah Bt Ahmad Nazahari

5. Haziyah Musrifah Bt. Badrul Hishiam

6. Atiqah Ayuni Binti Khalil Khusiri

7. Wardina Munawarah Bt. Baharin

8. Syed Azmil Hasif Bin Syed Zulhisham

9. Mai Anis Awadah Binti Meor Baharuddin

10.Muhammad Imran Syahmi B. Mohd Amran

11.Muhammad Adam Bin Shamsul

Setelah semua murid berjaya menamatkan larian, guru pengiring membawa semua murid

PPKI bergerak semula ke kawasan sekolah untuk acara seterusnya. Murid-murid dibawa ke

Bilik Rekreasi PPKI untuk berehat dan menjamu selera.

Pada jam 11 pagi, program diteruskan lagi dengan Majlis Perasmian Penutup oleh

Mejar Arif b. Mat Jusoh dan ucapan Guru Besar SKDK, Pn. Zainab binti Mohamad. Selepas

itu, diikuti dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang dan semua murid PPKI

telah menerima hadiah No 1 hingga No 11 yang telah disampaikan oleh Guru Besar SKDK.

Page 5: Laporan Dokumentasi Program Merentas Desa

SELEPAS

Setelah acara penyampaian hadiah selesai, semua murid PPKI dibenarkan pulang

pada jam 12.00 tengahari bersama ibu bapa masing-masing.

IMPAK

Program yang dijalankan tentunya memberikan impak yang bermakna kepada semua

murid khususnya murid-murid PPKI. Penglibatan mereka dalam program yang dijalankan

sedikit sebanyak memberi impak yang sangat positif kepada diri masing-masing. Walaupun

kelihatan sangat letih setelah melakukan larian merentas desa, namun semua murid PPKI

memberikan komitmen yang baik dan seronok dengan acara yang dijalankan. Bermula

daripada acara senamrobik dan seterusnya larian, mereka menunjukkan minat yang tinggi dan

semangat yang bersungguh-sungguh. Secara keseluruhannya, program ini memberikan impak

yang sangat positif dari pelbagai aspek fizikal, rohani, kesihatan dan emosi murid-murid serta

guru-guru PPKI yang terlibat. Selain itu, program ini juga telah merapatkan sillaturrahim antara

semua warga PPKI dan SK Danau Kota.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berikutan dengan program yang telah dijalankan, terdapat beberapa cadangan

penambahbaikan yang telah dicadangkan oleh pihak guru dan ibu bapa. Antara cadangannya

ialah :

I. Program dijalankan pada hari persekolahan supaya lebih ramai murid PPKI dapat

melibatkan diri

II. Menggalakkan penglibatan ibu bapa untuk sama-sama mengambil bahagian dalam

program yang dijalankan.

III. Merancang waktu program dengan lebih sistematik supaya perjalanan program lebih

efisien.

Page 6: Laporan Dokumentasi Program Merentas Desa

PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan mencapai

objektif yang dirancang.. Semua guru dan murid menunjukkan komitmen yang baik sepanjang

program dijalankan. Diharap agar program ini dapat dijalankan setiap tahun bagi membentuk

murid-murid yang positif dan terbaik dari pelbagai aspek fizikal, mental, emosi dan kesihatan.

DILAPORKAN OLEH : DISAHKAN OLEH :

…………………………… ……………………………..

(NADIAH BINTI ABU BAKAR) (JURAIDAH BINTI MAT JAN)

GPK PEND KHAS

SK DANAU KOTA

TARIKH : 13 APRIL 2015

Page 7: Laporan Dokumentasi Program Merentas Desa

LAPORAN DOKUMENTASI PROGRAM MERENTAS DESA ( 1MURID 1SUKAN)

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK DANAU KOTA KUALA LUMPUR

Page 8: Laporan Dokumentasi Program Merentas Desa
Page 9: Laporan Dokumentasi Program Merentas Desa
Page 10: Laporan Dokumentasi Program Merentas Desa
Page 11: Laporan Dokumentasi Program Merentas Desa
Page 12: Laporan Dokumentasi Program Merentas Desa