Upload
shuhaimi-nazri
View
19
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
laporan merentas desa
Citation preview
LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH
SK SG LIUK, MUKAH
2015
5 OKTOBER 2015(SELASA)
Disediakan oleh : Disemak oleh :
............................ ..........................
Mohd Shuhaimi Bin Nazri
Setiusaha
Kejohanan Merentas Desa
Sk Sg Liuk
1. PENDAHULUAN Kejohanan merentas desa peringkat sekolah ini adalah satu acara tahunan yang dijalankan sebagai pembuka tirai untuk kejohanan sukan mengikut takwim sekolah. Kejohanan ini memupuk semangat juang pada setiap atlet yang bertanding untuk menjadi juara individu serta kerjasama berpasukan untuk memastikan pasukan yang diwakili mereka menjadi juara berpasukan. Setiap tahun Sk Sg Liuk telah berjaya menghasilkan pelari merentas desa yang baik dan kompetitif serta berupaya untuk mewakili daerah Mukah.
2. MASA DAN TEMPAT
Kejohanan ini telah diadakan pada ketetapan berikut :-
Tarikh : 5 Oktober 2015
Masa: 8.00 – 10.30 pagi
Tempat : Laluan sekitar Kampung Sk Sg Liuk.
3. KEHADIRAN DAN PENGLIBATAN
Semua warga Sk Sg Liuk telah bekerjasama untuk memastikan perjalanan kejohanan ini berjalan dengan lancar. Semua murid (kecuali yang mempunyai masalah kesihatan) telah turut serta berlari di sepanjang laluan yang telah disediakan. Para guru juga telah menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dengan begitu cemerlang. Tuan Guru Besar sendiri telah turun padang untuk melepaskan para peserta.
4. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN
Terdapat empat kategori yang telah dipertandingkan mengikut apa yang telah ditetapkan iaitu :-
1. Kategori A (Tahun 5 & 6 Lelaki dan Perempuan)
2. Kategori B (Tahun 3 & 4 Lelaki dan Perempuan)
3. Kategori C (Tahun 1 & 2 Lelaki dan Perempuan)
5. KEKUATAN
Kerjasama yang kuat dari semua pihak telah memastikan kejayaan pengelolaan kejohanan merentas desa peringkat sekolah pada kali ini. Pihak pentadbiran sekolah telah bersetuju untuk memberi dana yang diperlukan untuk perbelanjaan pengurusan. Para guru juga begitu komited dalam menjalankan tugas masing-masing. Para pelajar
pula begitu bersemangat untuk mengikuti acara ini. Ini adalah ciri-ciri positif yang telah menjadikan kejohanan ini satu kejayaan.
6. KELEMAHAN
Kelemahan yang ada sewaktu kejohanan ini memang ada tetapi ianya tidak mencacatkan perjalanan acara yang berlangsung. Salah satunya ialah kawalan lalu lintas yang kurang teratur di mana para peserta berlari menggunakan keseluruhan permukaan jalan raya sehingga menyukarkan peserta yang berpatah balik dan hamper bertembung dengan mereka. Walaubagaimanapun ia telah di kawal dengan baik oleh guru yang bertanggungjawab dalam lalu lintas iaitu En Mohd Shuhaimi bin Nazri.
7. KEWANGAN
Pihak sekolah telah meluluskan peruntukan kewangan kokurikulum untuk perbelanjaan pengurusan kejohanan ini. Duit ini telah dibelanjakan untuk membeli barang-barang serta bahan yang diperlukan.
8. PENUTUP
Pada keseluruhannya kejohanan ini telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah yang besar sepanjang berlangsungnya acara ini. Diharapkan agar kejohanan ini akan bertambah baik dalam penganjuran pada masa-masa akan datang.
Disediakan oleh:
.........................
Mohd Shuhaimi Bin Nazri
Setiusaha
Kejohanan Merentas Desa
Sk Sg Liuk