6
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBUN JALAN AMPANG, 31400 IPOH PERAK DARUL RIDZUAN. LAPORAN PERKHEMAHAN IBADAH TARIKH : 31 OKT & 1 NOV 2014 HARI : JUMAAT & SABTU TEMPAT : NO. 35, JALAN SULTAN AZLAN SHAH. LAPORAN PERKHEMAHAN IBADAH TAHUN 6 S.K. TAMBUN

Laporan Perkhemahan Ibadah 2014

Embed Size (px)

DESCRIPTION

laporan khemah thn 6

Citation preview

Page 1: Laporan Perkhemahan Ibadah 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBUN

JALAN AMPANG, 31400 IPOH

PERAK DARUL RIDZUAN.

LAPORAN

PERKHEMAHAN IBADAH

TARIKH : 31 OKT & 1 NOV 2014

HARI : JUMAAT & SABTU

TEMPAT : NO. 35, JALAN SULTAN AZLAN SHAH.

LAPORAN PERKHEMAHAN IBADAH TAHUN 6 S.K. TAMBUN

Page 2: Laporan Perkhemahan Ibadah 2014

TARIKH : 31 Oktober Dan 1 November 2014

HARI : JUMAAT DAN SABTU

TEMPAT : No 35, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh

Pada 31 Oktober dan 1 November 2014 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Tambun telah

mengadakan perkhemahan ibadah bagi murid-murid Tahun 6. Program ini dianjurkan oleh

pihak sekolah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak adalah bertujuan untuk memberi

pendedahan, pengalaman serta kemahiran untuk peserta mengurus diri dengan lebih berkesan

dan cekap disamping menerapkan nilai agama dalam diri murid.

Pendaftaran bermula jam 2.30 petang pada hari Jumaat di Dewan SK Tambun. Selesai

pendaftaran, murid menaiki bas ke tempat perkhemahan. Sebaik sampai di tapak perkhemahan

murid diberi taklimat

Selesai sahaja taklimat, murid-murid yang telah dibahagi mengikut kumpulan telah

diarahkan memasang khemah. Selepas solat asar dan makan petang. Namun begitu

disebabkan hujan turun agak lebat, aktiviti memasang khemah diadakan agak lewat dari jadual.

Namun segalanya masih mengikut perancangan.

. Aktiviti pada waktu malam diteruskan dengan Kem Aqil Baligh oleh Pn Najiyah. Murid

menunjukkan minat dan member kerjasama yang baik sepanjang aktiviti ini berjalan. Murid

beredar untuk minum malam pada pukul 11 malam dan tidur. Murid lelaki tidur di dalam khemah

manakala murid perempuan tidur di bilik yagn disediakan.

Pada pukul 4.00 pagi murid dikejutkan untuk program qiamullail dan seterusnya solat

subuh. Selesai solat, murid melakukan aktiviti senaman pagi dan sarapan. Selesai

membersihkan diri, program seterusnya ialah Ceramah Ajaran Sesat oleh penceramah luar iaitu

Ustaz Rosidi. Pada pukul 10.30 pula aktiviti diteruskan dengan Permainan Dalam Kumpulan.

Dalam aktiviti ini, murid diuji dengan kekuatan mental dan fizikal dalam menyelesaikan

beberapa permainan yang telah disediakan oleh guru.

Pada pukul 12.00tgh murid diminta untuk bergotong royong membersihkan kawasan

perkhemahan dan makan tengahari. Kemudian murid-murid membersihkan diri untuk bersiap

sedia untuk solat zohor dan seterusnya program Khatam Al Quran. Majlis berakhir pada pukul

3.15 ptg dan majlis penutup dilakukan oleh YBH Dato’ Haji Mohd Yusop bin Husin, Pengarah

Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Pada pukul 4.00 ptg murid menaiki bas untuk pulang ke

sekolah.

Secara keseluruhannya, program perkhemahan ibadah ini berjalan dengan lancar.

Page 3: Laporan Perkhemahan Ibadah 2014

Rata-rata peserta perkhemahan memberikan komen yang positif setelah berakhirnya program

perkhemahan ini. Nyatanya mereka telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam

menjayakan semua aktiviti sepanjang program ini berlangsung. Semoga program sebegini akan

diteruskan pada masa akan datang dalam usaha untuk melahirkan murid SK. Tambun yang

seimbang dari aspek rohani, emosi, jasmani, intelek dan sahsiah. 

.

6.0 GAMBAR

Page 4: Laporan Perkhemahan Ibadah 2014

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari perkhemahan

Page 5: Laporan Perkhemahan Ibadah 2014
Page 6: Laporan Perkhemahan Ibadah 2014