Author
anonymous-oaie0u
View
164
Download
6
Embed Size (px)
DESCRIPTION
laporan
PERKHEMAHAN BERSEPADU TKRS & NGO PERINGKAT SEKOLAH
JARINGAN 2015.
Pada hari Jumaat, 31 Julai 2015 yang lalu, TKRS SK Agama (MIS) Sibu telah
menghantar peserta bagi menyertai Perkhemahan Bersepadu TKRS & Badan NGO Peringkat
Sekolah Jaringan selama dua hari satu malam bertempat di SK Batu 15, Kem Oya, Sibu.
Perkhemahan ini disertai oleh seramai 31 orang murid SK Agama (MIS) Sibu bersama 7
orang guru pembimbing. Perkhemahan ini bermula jam 3:00 petang dengan pendaftaran dan
taklimat. Disusuli dengan aktiviti pemasangan khemah. Pada sebelah malam dijalankan
aktiviti malam kebudayaan. Peserta dibahagikan mengikut kumpulan berkonsepkan RIMUP
dan sentiasa bergerak dalam kumpulan sepanjang aktiviti berlangusng. Pagi Sabtu (1 Ogos
2015) aktiviti kawad kaki, ikatan, bantu mula dan pemasangan khemah dijalankan serentak
berkonsepkan ‘station’ di mana setiap kumpulan akan pergi ke satu station sehingga siren
dibunyikan. Kemudian mereka akan bergerak ke station lain secara kitaran. Pada masa ini
peserta mempelajari dan berlatih kawad kaki, ikatan seperti buku sila, simpul manuk dan
bunga geti. Selain itu di station perkhemahan pula peserta belajar cara memasang khemah
dengan betul sementara di station bantu mula peserta mempelajari cara member bantu mula
dengan cara yang betul. Selepas itu, aktiviti diteruskan lagi dengan masakan rimba. Aktiviti
berjalan dengan lancar mengikut masa yang ditetapkan. Setelah selesai semua aktiviti, aktiviti
diteruskan lagi dengan majlis perasmian penutup yang dirasmikan oleh Penolong Kanan
Kurikulum SK Batu 15. Majlis Perasmian Penutup ini telah tamat pada jam 1:00 petang.
Perkhemahan ini dapat memberikan banyak pengalaman dan pengetahuan kepada peserta. Di
harap ia dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.
Disediakan oleh, 07 Julai 2015
....................................................
(NOR HAZLILA BINTI BASIRAN)
Guru Penasihat TKRS
SK Agama (MIS) Sibu
LAPORAN BERGAMBAR SEPANJANG PERKHEMAHAN BERJALAN.