16
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM Pendahuluan Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti tahunan yang selalu diadakan di setiap sekolah. Begitu juga dengan Sekolah Kebangsaan Kampung La di mana telah berlansungnya aktiviti perkhemahan tahunan. Aktiviti perkhemahan ini telah berjalan dengan lancarnya dari awal hingga akhir dengan disertai oleh 3 unit uniform iaitu Persatuan Pengakap, Tunas puteri dan Puteri Islam bersama guru penasihat masing-masing. Perkhemahan ini diadakan di padang Sekolah Kampung La. Tujuan perkhemahan ini diadakan ialah untuk Memupuk semangat, disiplin serta jati diri yang kental dikalangan pelajar. Selain daripada itu ia juga dapat mewujudkan pelajar yang bersasiah tinggi dan mempunyai daya kepimpinan yang menyerlah di samping dapat Memotivasikan pelajar ke arah kejayaan dan daya juang yang tinggi. Ia juga dapat menyemai semangat setia kawan , kerjasama dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang berwawasan serta dapat mengeratkan hubungan mesra antara guru dan murid. semua peserta dikehendaki mendaftarkan diri di kaunter yang disediakan. Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul mengikut unit masing-masing di padang sekolah. Taklimat diberikan oleh guru mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum memulakan aktiviti perkhemahan ini. Tarikh / Hari kejohanan Perkhemahan ini diadakan pada tarikh dan hari di bawah: 1

Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sk Kampung La

Embed Size (px)

DESCRIPTION

laporan

Citation preview

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORMPendahuluanAktiviti perkhemahan merupakan aktiviti tahunan yang selalu diadakan di setiap sekolah. Begitu juga dengan Sekolah Kebangsaan Kampung La di mana telah berlansungnya aktiviti perkhemahan tahunan. Aktiviti perkhemahan ini telah berjalan dengan lancarnya dari awal hingga akhir dengan disertai oleh 3 unit uniform iaitu Persatuan Pengakap, Tunas puteri dan Puteri Islam bersama guru penasihat masing-masing. Perkhemahan ini diadakan di padang Sekolah Kampung La. Tujuan perkhemahan ini diadakan ialah untuk Memupuk semangat, disiplin serta jati diri yang kental dikalangan pelajar. Selain daripada itu ia juga dapat mewujudkan pelajar yang bersasiah tinggi dan mempunyai daya kepimpinan yang menyerlah di samping dapat Memotivasikan pelajar ke arah kejayaan dan daya juang yang tinggi. Ia juga dapat menyemai semangat setia kawan , kerjasama dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang berwawasan serta dapat mengeratkan hubungan mesra antara guru dan murid. semua peserta dikehendaki mendaftarkan diri di kaunter yang disediakan. Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul mengikut unit masing-masing di padang sekolah. Taklimat diberikan oleh guru mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum memulakan aktiviti perkhemahan ini. Tarikh / Hari kejohananPerkhemahan ini diadakan pada tarikh dan hari di bawah:Hari: Khamis, Jumaat dan SabtuTarikh: 5, 6 dan 7 Mac 2015Bilangan PenyertaanPasukan unit beruniform yang melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan ini ialah:1.Pasukan Tunas Puteri - 20 orang2.Pasukan Pengakap - 20 orang3.Pasukan puteri Islam - 20 orangPelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang tiga hari perkhemahan tersebut.Antara aktiviti yang dijalankan ialah balutan dan Pertolongan Cemas, Malam Kebudayaan, Aktiviti Keagamaan, ,Pertandingan Kawad Kaki dan Pertandingan Memasak. Prosedur dan jadual kerjaUntuk menjayakan program perkhemahan ini, beberapa kali mesyuarat telah diadakan untuk mengemaskini segala aktiviti yang dirancangkan. Semua guru telah diagihkan dengan tugasan masing-masing beserta dengan jadual kerja yang telah ditetapkan.. Untuk tidak membebankan guru dengan tugasan yang banyak, satu jadual tugas telah disusunatur dengan rapi supaya guru dapat hadir ke tapak perkhemahan mengikut giliran dan masa yang ditetapkan, dan diharapkan segala program atau aktiviti yang telah dirancang berlansung mengikut jadual dan dikendalikan dengan baik oleh guru yang bertugas.Jemputan yang hadirAntara jemputan yang hadir untuk memeriahkan lagi program perkhemahan ini ialah PPD, AJK PIBG, pasukan RELA, Pegawai Perhubungan Sekolah, Pegawai Polis Perhubungan Sekolah, Pengerusi Belia 4B dan ibubapa murid yang datang pada malam kebudayaan untuk melihat anak-anak mereka membuat persembahan. Selain daripada itu wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah turut hadir pada hari terakhir perkhemahan untuk majlis perasmian penutup. Kehadiran AJK PIBG dan juga anggota RELA telah banyak membantu pihak sekolah dalam menjayakan program perkhemahan tersebut.Jawatankuasa Kerja PerkhemahanBerikut ialah jawatankuasa kerja yang terlibat dalam program perkhemahan ini.Penaung: En .Abd Razak bin Ali (Guru Besar)Penasihat: En. Mahadi bin Maarof ( GPK KOKU )Pengerusi: Pn. Nor Aizan bt Mohd YusofNaib Pengerusi: Pn. Mek Siti bt EndutSetiausaha: En. Yusman bin Che ManBendahari: Pn. Razana bt AzmiKem Komandan: En. Yusman bin Abd rahmanJuru gambar: Pn. Mahani bt Awang Teh En. Aizizudin bin MohdUrusetia: En. Makhtar Mohamed Pn. Asiah bt Abdullah Pn. Azimah bt OmarAktiviti: En Yusman bin Abd Rahman Pn. Azlina bt Ali Pn Razana bt Azmi Pn Rohani bt Awang TehMakanan: Pn Masni bt Kadir@ Ibrahim Pn Rosnani Yaakob Pn Habsah bt Salleh Cik Salmaliza bt Awang Pn Asiah bt AbdullahPeralatan: En Baizuri Abd Ghani En Ishak bin Latif En Kamaruddin Nawawi Cik Salmaliza bt Awang Pn Asiah bt AbdullahKeselamatan: En wan Sapian bin Wan Ismail Pn Mahani bt Awang TheBuku Program: Pn Rafidah bt Abd Aziz En Aizuddin bin MohdPersembahan: Pn Rinda Melissa bt Abd Ghani Pn Siti Zubaidah bt Pusiran

Aturcara dan aktiviti yang dilaksanakanKhamis ( 5. 3. 2015 )Bermula jam 2.00 petang, para peserta telah mula mendaftarkan diri. Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul mengikut unit uniform masing-masing didataran perhimpunan Sk Kampung La. Taklimat diberikan oleh guru mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum memulakan aktiviti perkhemahan ini. Kemudian murid mula bergerak ke tapak perkhemahan, dan aktiviti pertama yang dilakukan ialah setiap unit ialah mendirikan khemah bersama dengan guru unit masing-masing.

Taklimat pesertaPada pukul 4.00 petang, semua murid berkumpul untuk minum petang dan mendirikan solat asar. Selepas itu aktiviti mendirikan khemah dan persiapan tempat disambung semula sehingga jam 7.00 malam, semua aktiviti diarahkan berhenti untuk Solat Maghrib, bacaan Yaasin dan juga solat Isyak. Selepas solat Isyak, diadakan pula ceramah agama yang dikendalikan oleh bahagian kerohanian. Selepas itu murid kembali ke khemah dan menyiapkan apa yang perlu . Pada pukul 11.00 malam murid bersiap diri untuk tidur.

Jumaat ( 6.3.2015 )Murid dikejutkan pada pukul 5.00pagi untuk mandi dan bersiap bagi menunaikan solat subuh berjemaah dan diikuti dengan kuliah subuh.Sebelum aktiviti seterusnya dijalankan, ketua bagi setiap kumpulan diminta melaporkan bilangan ahli kepada kem komandan. Pada jam 7.00 pagi aktiviti senaman pagi diadakan dikendalikan oleh guru yang bertugas. Kemudian murid menikmati sarapan pagi. Selepas sarapan pagi, murid bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya iaitu pertandingan kawad kaki. Pertandingan tersebut diadakan pada pukul 8.30 pagi dan berlansung lebih kurang 2 jam. Pertandingan kawad kaki ini diadili oleh ahli rela yang datang bertugas. Selepas pertandingan selesai murid berehat seketika. Lebih kurang pukul 11.00 pagi, berlansung pula aktiviti yang kedua iaitu aktiviti pertolongan cemas. Aktiviti pertolongan cemas ini disertai oleh 4 orang murid dari setiap unit. Komitmen yang diberikan oleh para peserta sangat baik.Pertandingan kawad kakiAktiviti pertolongan cemas ini berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Selepas itu Murid bersiap sedia untuk makan tengahari dan bagi murid lelaki mereka akan bergerak ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Mereka berjalan kaki menuju ke masjid yang berhampiran dengan sekolah. Pada sebelah petang aktiviti bermula pada pukul 2.30 petang, dan aktiviti yang berlansung pada sebelah petang ialah pertandingan mebuat gajet.. Setiap unit dikehendaki menghantar 4 orang wakil. Murid bebas untuk menghasilkan gajet masing-masing. Berbagai ragam peserta yang dapat dilihat semasa pertandingan dijalankan.. Aktiviti ini berakhir lebih kurang pada pukul 4.00 petang. Selepas itu murid terus ke khemah masing-masing dan mengambil minum petang serta bersiap untuk ke surau bagi menunaikan solat Asar. Selepas solat Asar satu lagi pertandingan dijalankan iaitu pertandingan memasak. Setiap unit diwakili seramai 5 orang peserta. Pertandingan memasak ini berlansung selama 2 jam, dan cukup meriah dengan sorakan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh rakan-rakan seunit.

Sekitar pertandingan membuat gajet dan memasak

Pada jam 7.00 malam, semua peserta perkhemahan diarahkan ke khemah masing-masing untuk makan malam, mandi dan bersiap untuk ke surau bagi menunaikan solat maghrib diikuti dengan tazkirah dan seterusnya menunaikan solat isyak. Selepas solat Isyak murid beredar ke khemah masing-masing dan bersiap sedia untuk aktiviti malam kebudayaan.

Suasana malam kebudayaanIbubapa murid mula hadir untuk menyaksikan anak-anak mereka membuat persembahan . Berbagai ragam gaya pakaian di kenakan bersesuaian persembahan yang akan diadakan kelak. Suasana pada malam itu sungguh meriah. Semua pesrta perkhemahan dikehendaki terlibat dengan persembahan pada malam itu. Ramai guru yang hadir walaupun mereka tidak bertugas pada malam tersebut. Aktiviti malam kebudayaan itu berakhir lebih kurang pada pukul 11.30 malam. Semua peserta bergerak ke khemah masing-masing untuk bersiap diri dan tidur.Sabtu (7.3.2015 )Hari ini merupakan hari terakhir program perkhemahan. Seperti biasa murid dikejutkan sekitar jam 5.00 pagi untuk mandi dan bersiap untuk ke surau bagi menunaikan solat subuh berjemaah, seterusnya mengikuti kuliah subuh. Pada jam 7.00 pagi diadakan pula senaman pagi dikendali oleh guru yang bertugas. Selepas itu murid mengambil sarapan pagi. Lebih kurang pada pukul 8.30 pagi murid diarahkan oleh kem komandan untuk berkumpul dihadapan tapak perkhemahan kerana majlis penutupan rasmi akan berlansung. Majlis perasmian penutup ini akan disempurnakan oleh Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah. Semua murid berkumpul dengan pakaian unit uniform yang kemas dan dalam keadaan berkawad. Majlis berakhir pada pukul 10.30 pagi. Selepas itu para peserta perkhemahan di arahkan ke khemah masing-masing untuk menurunkan khemah , membersihkan kawasan perkhemahan dan mengemas segala alatan. Majlis bersurai pada pukul 12.30 tengahari.

Sekitar majlis penyampaian hadiah dan penutup

KewanganBerikut disenaraikan kos yang telah diperuntukkan untuk program perkhemahan tersebut.BilAlatanNilai

1.2.3.4.5.6.

Hadiah Makan Alatan Cenderamata Sijil Perbelanjaan luar jangkaRM 200.00RM 1500.00RM 200.00RM 100.00RM 50.00RM 200.00

JumlahRM 2250.00

Dapatan: 1. KekuatanPeserta perkhemahan mendapat pendedahan tentang realiti kehidupan melalui aktiviti yang dijalankan. Setiap peserta perlu mematuhi masa dan disiplin diri sepanjang perkhemahan ini. Aktiviti yang dijalankan pula dapat memberi pengetahuan dan pengalaman baru yang berguna untuk melengkapkan diri setiap peserta agar lebih bersedia menghadapi cabaran pada masa depan. Program kerohanian yang dijalankan dapat membentuk disiplin dan akhlak peserta melalui tazkirah-tazkirah yang disampaikan. Aktiviti-aktiviti fizikal yang diadakan dapat memberi jati diri yang kuat kepada para peserta disamping dapat memupuk semangat kerjasama dan setiakawan yang tinggi antara satu sama lain. Selain daripada itu, ia juga dapat membentuk nilai kepimpinan. Melalui perkhemahan ini, peserta-peserta akan dididik untuk menjadi pemimpin dalam kumpulan mereka. Ini akan menghapuskan rasa malu mereka untuk berinteraksi dengan orang lain.2. KelemahanSudah menjadi adat dalam sesuatu perkara yang dilakukan, mesti ada kekuatan dan kelemahannya. Begitu juga dengan program perkhemahan ini. Ada beberapa kelemahan yang diperhatikan dan perlu penambahbaikan di masa akan datang. Antara kelemahan yang didapati ialah stamina para peserta perkhemahan. Kekurangan latihan menyebabkan para peserta kelihatan kurang bermaya dan cepat keletihan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Selain daripada itu terdapat juga guru yang bertugas tidak hadir semasa aktiviti dijalankan menyebabkan aktiviti sedikit terganggu dan kurang lancar. Begitu juga dari segi ketepatan masa, para peserta kurang mematuhi jadual yang ditetapakan menyebabkan ada aktiviti yang berjalan tidak mengikut masa yang ditetapkan. Terdapat segelintir guru yang masih tidak memakai pakaian seragam unit beruniform semasa upacara perasmian perkhemahan berlangsung.Cadangan penambahbaikan1. Para peserta mestilah bersedia dari segi fizikal dengan mengadakan latihan yang mengcukupi sebelum tiba hari perkhemahan.2. Para guru hendaklah sentiasa mematuhi jadual tugas yang telah ditetapkan agar semua program yang telah disusun atur dapat berjalan mengikut masa dan lancar.3. Kem komandan dan guru yang bertugas hendaklah memastikan para peserta perkhemahan sentiasa mematuhi masa .4. Guru penolong kanan KoKurikulum hendaklah memastikan semua guru memakai pakaian lengkap unit uniform semasa majlis perasmian penutup , supaya ianya menjadi contoh disiplin yang baik kepada para peserta perkhemahan.Maklum balas dan penilaian menyeluruhSecara keseluruhannya, program perkhemahan unit beruniform ini telah dapat dijalankan dengan jayanya. Segala aktiviti dan preogram yang dirancangkan telah dapat dilaksanakan. Melalui program ini telah dapat menyerlahkan kerjasama yang erat antara sesama peserta perkhemahan , dengan para guru, Ajk PIBG, Anggota RELA dan kakitangan yang terlibat. Program telah berjalan dengan lancar dan ahli jawatankuasa yang dibentuk telah memainkan peranan masing-masing dengan baik. Program ini juga telah dapat menyerlahkan bakat para peserta perkhemahan melalui aktiviti yang diadakan. Selain daripada itu para peserta telah mendapat banyak pendedahan melalui aktiviti yang dijalankan.PenutupSesungguhnya Aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform SK Kampung La ini telah memberikan banyak manfaat dan pengalaman berguna kepada semua peserta dan AJK Penganjur.Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menjayakan aktiviti ini benar-benar dapat menjadikan program ini lebih lancar dan teratur.AJK Penganjur ingin merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada semua guru, Urusetia Perkhemahan,YDP dan AJK PIBG, anggota RELA dan semua peserta perkhemahan yang telah menjayakan aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform Sk Kampung La. Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jatidiri dan sifat ingin berdikari.Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka. Dengan berakhirnya program ini, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama itu dengan lebih baik.

Disedikan Oleh : Disahkan oleh : .( MEK SITI BT ENDUT )( EN. ABD RAZAK BIN ALI )Naib Pengerusi Perkhemahan Unit Beruniform,Guru Besar ,Sk. Kampung La, 2015Sk Kampung La.Jerteh, Terengganu.Jerteh Terengganu.

Disahkan Oleh :

( EN WAN ISMAIL BIN WAN ABDULLAH ) Penyelaras PPG, 2015, Universiti Sultan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu.11