1
LAPORAN PERTANDINGAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH (SK JATI 2015) Pada 7 Februari 2015. Sekolah Kebangsaan Jati telah menganjurkan Pertandingan Merentas Desa peringkat sekolah. Beberapa tempat dan kawasan di sekeliling sekolah telah dikenal pasti untuk dijadikan laluan untuk pertandingan tersebut. Ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab telah dilantik dan saya serta rakan tidak terkecuali untuk terlibat dalam pertandingan tersebut. Saya dan Khoo telah dilantik untuk menjaga stesen yang pertama dalam laluan yang telah dirancang. Antara tugas yang perlu kami lakukan adalah memastikan murid mengikut laluan yang betul dan memastikan keselamatan murid-murid semasa melalui stesen ini. Trafik di kawasan tersebut dikawal untuk memastikan murid-murid dapat melalui kawasan tersebut dengan selamat. Acara telah bermula seawal jam 7:30 pagi dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tn. Hj. Mohamad Ziad Bin Dato' Hj Mohamed Zainal Abidin, ADUN Manjoi. Dua orang polis trafik turut datang bertugas bersama-sama untuk memastikan acara tersebut dapat berlangsung dengan lancar dan memastikan keselamatan murid terjamin. Peserta yang terlibat dalam acara ini hanya lah daripada Tahun 3 sehingga Tahun 6. Larian tersebut telah dimulakan oleh peserta daripada Tahun 2 dan diakhiri dengan Tahun 6. Sepanjang acara tersebut berlangsung, laluan trafik tidak begitu sesak dan mudah untuk dikawal. Trafik mulai bertambah selepas beberapa jam sehingga tengah hari. Pada pukul 11 pagi, peserta yang terakhir telah sampai ke garisan penamat dan tugasan kami telah selesai di stesen tersebut. Walaupun kami stesen yang pertama, tugas kami tidak berhenti lagi kerana laluan tersebut akan dilalui lagi sekali semasa murid menghabiskan laluan acara tersebut. Ini kerana stesen kami berada di depan kawasan sekolah. Penyampaian hadiah diteruskan setelah kesemua murid telah berehat. Pemenang-pemenang acara dibahagikan mengikut kategori iaitu Tahun Tiga, Empat, Lima, dan Enam. Pada pukul 12.30 tengah, acara telah pun selesai dan semua murid dan guru telah bersurai dan berehat.

Laporan Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

laporan

Citation preview

Page 1: Laporan Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah

LAPORAN PERTANDINGAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

(SK JATI 2015)

Pada 7 Februari 2015. Sekolah Kebangsaan Jati telah menganjurkan

Pertandingan Merentas Desa peringkat sekolah. Beberapa tempat dan kawasan di

sekeliling sekolah telah dikenal pasti untuk dijadikan laluan untuk pertandingan

tersebut.

Ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab telah dilantik dan saya serta rakan

tidak terkecuali untuk terlibat dalam pertandingan tersebut. Saya dan Khoo telah

dilantik untuk menjaga stesen yang pertama dalam laluan yang telah dirancang.

Antara tugas yang perlu kami lakukan adalah memastikan murid mengikut laluan

yang betul dan memastikan keselamatan murid-murid semasa melalui stesen ini.

Trafik di kawasan tersebut dikawal untuk memastikan murid-murid dapat melalui

kawasan tersebut dengan selamat.

Acara telah bermula seawal jam 7:30 pagi dan telah dirasmikan oleh Yang

Berhormat Tn. Hj. Mohamad Ziad Bin Dato' Hj Mohamed Zainal Abidin, ADUN

Manjoi. Dua orang polis trafik turut datang bertugas bersama-sama untuk

memastikan acara tersebut dapat berlangsung dengan lancar dan memastikan

keselamatan murid terjamin. Peserta yang terlibat dalam acara ini hanya lah

daripada Tahun 3 sehingga Tahun 6. Larian tersebut telah dimulakan oleh peserta

daripada Tahun 2 dan diakhiri dengan Tahun 6. Sepanjang acara tersebut

berlangsung, laluan trafik tidak begitu sesak dan mudah untuk dikawal. Trafik mulai

bertambah selepas beberapa jam sehingga tengah hari.

Pada pukul 11 pagi, peserta yang terakhir telah sampai ke garisan penamat

dan tugasan kami telah selesai di stesen tersebut. Walaupun kami stesen yang

pertama, tugas kami tidak berhenti lagi kerana laluan tersebut akan dilalui lagi sekali

semasa murid menghabiskan laluan acara tersebut. Ini kerana stesen kami berada

di depan kawasan sekolah. Penyampaian hadiah diteruskan setelah kesemua murid

telah berehat. Pemenang-pemenang acara dibahagikan mengikut kategori iaitu

Tahun Tiga, Empat, Lima, dan Enam.

Pada pukul 12.30 tengah, acara telah pun selesai dan semua murid dan guru

telah bersurai dan berehat.