Laporan Sebelum AJK Kerohanian

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Laporan Sebelum AJK Kerohanian

    1/2

    Refleksi Sebelum AJK Kerohanian

    AJK Kerohanian bagi program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2 ini adalah di ketuai oleh

    Roslin binti Ismail, dan mempunyai ajk kecil iaitu Nurul Salwa Ngamidon, Nuzafira

    Natasha Mat Zura, dan akhir sekali, Rashidah Abd Wahid. Lantikan ajk bagi ajk

    kerohanian ini adalah berdasarkan susun atur senarai nama yang sedia ada. Kami

    diberikan mandat untuk membuat satu aktiviti kerohanian atau menjaga perkara-

    perkara yang berkaitan dengan hal-hal keagamaan. Contohnya seperti perlantikan

    imam untuk setiap solat fardhu jika ustaz tidak berada di program tersebut.

    Sebelum BIG di laksanakan, kami telah membuat beberapa perancangan.Perancangan pertama adalah menentukan aktiviti kerohanian selepas waktu subuh

    dan maghrib. Bagi menentukan aktiviti ini, kami telah berjumpa dengan pensyarah

    yang menyelia bidang kerohanian iaitu Ustaz Fuad, dari JAPIM. Maka, uztaz telah

    memberikan beberapa aktiviti dan kami di minta untuk mencari sendiri maklumat-

    maklumat yang berkaitan dengan tajuk-tajuk bagi setiap aktiviti yang dijalankan

    terutamanya ceramah bagi aktiviti selepas subuh. Ini kerana, kami sebagai ajk

    kerohanian, telah diberi mandat untuk memberikan sedikit ceramah selepas waktu

    subuh. Kami merasakan arahan yang diberikan oleh ustaz ini banyak memberikan

    kami pengetahuan yang banyak. Ini kerana, sebelum kami pergi ke program BIG,

    kami akan mencari sumber-sumber, atau ilmu yang dapat menambah baik hujah

    kami sewaktu memberikan ceramah tersebut. Oleh itu, pentingnya bagi kami adalah

    untuk membuat persediaan dahulu sebelum memberikan ceramah. Pengalaman ini

    penting, kerana sebagai seorang bakal guru, kami akan mengalami perkara yang

    sama iaitu ketika ingin memberikan pengajaran, kami akan membuat persediaan

    dahulu iaitu, rancangan pengajaran harian.

    Nilai kedua yang kami dapati adalah, keyakinan. Setelah telah diminta untuk

    memberikan ceramah oleh pensyarah penyelia bahagian kerohanian, kami

    mendapati, nilai keyakinan dalam diri kami menjadi lebih baik dari sebelum ini. Ini

    boleh menjadi satu titik tolak bagi diri kami untuk terus berusaha supaya kami dapat

    mengajar dengan penuh keyakinan pada masa akan datang. Seterusnya, kami juga

    telah meminjam beberapa alatan, seperti sejadah, yasin, daripada BISA untukdigunakan sepanjang BIG. Kami diminta untuk menulis surat kepada pengerusi BISA

  • 7/29/2019 Laporan Sebelum AJK Kerohanian

    2/2

    bagi urusan peminjaman tersebut. Oleh itu, ilmu ini dapat menambahkan lagi

    pengetahuan sedia ada kami tentang protokol dan ilmu untuk menulis surat rasmi

    yang telah kami pelajari sewaktu kelas kokurikulm. Oleh itu, ilmu tersebut dapt

    diaplikasikan dengan baik dan bijak.