26
Laporan Pencapaian & Pelaksanaan Tahun 2019

LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

  • Upload
    others

  • View
    9

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

Laporan Pencapaian & PelaksanaanTahun 2019

Page 2: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

Pemansuhan Syarat Permit Import (AP)bagi 54 kategori barangan transhipment

Dengan pelaksanaan syarat baharu ini, aktiviti transhipment dalam

pelabuhan negara akan lebih mudah sekali gus menjadikanpelabuhan negara juga lebih kompetitif.

Kerajaan secara prinsipnya bersetujumemansuhkan syarat permit import (AP) bagi54 kategori barangan transhipment di semua

pelabuhan negara yang membabitkan baranganseperti komoditi dan ternakan. Barangan terkawaldan berbahaya seperti senjata dan mercun pula

masih kekal dikenakan syarat AP.

Page 3: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

Pelabuhan Johor kendali 1 juta TEU kontena

Pencapaian itu adalah peningkatan 10.5 peratus berbanding kuantiti 900,000 TEU pada tahun sebelumnya. Kejayaan itu

disumbang beberapa faktor termasuk peningkatan keseluruhan produktiviti pengendalian kontena dan peralatan

berkualiti serta penyampaian komunikasi dan perkongsian maklumat yang lebih baik dengan pelanggan secara individu

mahupun menerusi persatuan. Hasilnya, syarikat pengangkut menggunakan lebih banyak perkhidmatan dan pada masa

sama menyediakan kuantiti lebih besar bagi perkhidmatan di Pelabuhan Johor.

Pelabuhan Johor mencatatkan satupencapaian penting apabila iamengendalikan lebih daripada satu juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) kontena pada 2019, kali pertama sejak pelabuhan itu memulakanoperasi terminal kontenanya pada 1993.

Page 4: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

Transformasi JomTeksiKerajaan akan meneruskan kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan

untuk membantu pemandu teksi dalam memanfaatkan teknologi dan menjadi penyelesaian transit untuk seluruh rakyat Malaysia selain

membantu pemandu teksi untuk menjadi lebih inovatif di dalam era

digital ini. Di samping itu, ia juga bagi memastikan industri teksi kekalmesra pengguna, berdaya saing dan selamat.

Menyusuri salah satu tumpuan kerajaanmelalui Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030

ialah transformasi ekosistem teksi melalui#JOMTEKSI. Ianya merupakan permulaan bagi

industri teksi untuk kembali pulihdan berdaya saing.

Page 5: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

Malaysia mengekalkan kerusi Ahli MajlisPertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO)

IMO adalah agensi khusus di bawah tanggungjawab Pertubuhan

Bangsa-bangsa Bersatu bagi keselamatan dan jaminanperkapalan selain mencegah pencemaran marin dan atmosfera

oleh kapal-kapal.

Pemilihan semula Malaysia sebagai anggota majlis di bawahKategori C adalah penting kerana ia akan meningkatkan imej

negara dalam industri maritim global.

Malaysia memperoleh 142 undi, ketiga tertinggidalam kalangan 24 calon lain untuk kategori yang

sama bagi sesi 2020-2021 berbanding131 undi bagi sesi 2018-2019.

Page 6: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

Perkhidmatan bas miniBas bersaiz lebih kecil untuk laluan-laluan tempatan yang strategik

untuk meningkatkan keselesaan penumpang dan mengoptimakankos operasi.

Penumpang menyokong penggunaan bas bersaiz lebih kecil ini di

laluan-laluan sokongan atau ‘feeder routes’ kerana laluan-laluanyang sempit dan kerap terhalang oleh kenderaan-kenderaan yang

dipakir di bahu jalan.

Perkhidmatan bas mini telah kembalidiperkenalkan sebagai percubaan bermula

1 September 2019, beroperasi dengankekerapan 15 minit pada waktu puncak dan

25 minit di luar waktu puncak.

Page 7: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

Malaysia teruskan projekSistem Transit Rapid (RTS)

P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

Malaysia akan meneruskan pelaksanaan ProjekSistem Transit Rapid (RTS) antara Johor Bahru dan Singapura dengan penjimatan sebanyak

RM1.77 billion berbanding kos asal RM4.93 bilionyang ditetapkan kerajaan terdahulu.

Digabungkan dengan kos pembinaan dan cadangan sistem rel yang

lebih murah menggunakan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) berbanding cadangan asal iaitu Transit Aliran Massa (MRT), kerajaan

berjaya mencapai penjimatan yang ketara. Kedua-dua negara sedang

memperhalusi cadangan yang dikemukakan Malaysia untuk meminda

struktur serta spesifikasi projek berkenaan dan Perjanjian Dua Hala yang

baharu dijangka akan dimeterai pada tahun 2020.

Page 8: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

Dasar Pengangkutan Negara2019-2030

P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030adalah selaras dengan Wawasan Kemakmuran

Bersama 2021-2030 yang bermatlamatkankesaksamaan keberhasilan atau ”equitability of

outcomes”.

DPN 2019-2030 memberi penekanan kepada inklusiviti dalam

penyertaan rakyat mahupun pemain industri dalam aktivitiekonomi sektor pengangkutan khususnya pengangkutan

awam.

Page 9: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

Pengenalan perkhidmatan ETS2P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

Perkhidmatan ETS2 oleh Keretapi Tanah MelayuBerhad (KTMB) menampilkan koc kelas

perniagaan dengan ciri-ciri eksklusif sepertitempat duduk yang lebih besar dan selesa.

Perkhidmatan pramugara dan pramugari disediakan khusus bagi koc

kelas perniagaan. Penumpang turut ditawarkan kemudahan khas

seperti kit perjalanan, Audio Video-On-Demand (AVoD) serta

kemudahan port USB.

Kekerapan perkhidmatan ETS ditingkatkan kepada 50 perjalanansehari bagi membolehkan 5.7 juta penumpang menggunakan ETS

setahun atau 15,600 penumpang sehari

Page 10: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

Malaysia kekal sebagai Ahli Majlis ICAObagi penggal 2019-2022

Hasil pengundian Malaysia telah memperbaiki

kedudukannya dalam Kategori III iaitu dari tangga ke-13 ketangga ke-11 dengan pertambahan sebanyak 14 undi

berbanding jumlah yang diperolehi pada perhimpunan 2016.

Secara keseluruhannya, Malaysia mendapat sokongansebanyak 143 undi iaitu 81 peratus daripada jumlah

negara yang mengundi.

Malaysia berjaya mengekalkan keahlian dalam MajlisPertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)

selama lima penggal berturut-turut bermulatahun 2007 sehingga tahun 2022.

Page 11: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

Projek Landasan BerkembarLembah Klang (KVDT2) fasa dua

Projek ini bagi menggantikan landasan berusia 25 tahun dengan yang

baharu, menaik taraf dan menyelenggara sistem elektrik, komunikasidan menambah baik stesen-stesen terbabit.

KVDT2 bakal meningkatkan mutu dan keselamatan perkhidmatan

kereta api terutama untuk kereta api komuter dan tren elektrik (ETS)

dan merancakkan ekonomi negara.

KVDT2 merangkumi menaik taraf landasankereta api KTMB sepanjang 265 km dari Salak

Selatan ke Seremban dan dari SimpangPelabuhan Klang (SPK) ke Pelabuhan Klang.

Page 12: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

Pas Mutiara untuk perkhidmatanbas Rapid Penang dan Feri Pulau Pinang

P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

Selepas kejayaan inisiatif My100 dan My50di Lembah Klang, Prasarana Malaysia Berhad

(Prasarana) melancarkan Pas Mutiara untukperjalanan tanpa had bagi perkhidmatan bas

Rapid Penang dan Feri Pulau Pinang.

Pas Mutiara membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan

bas Rapid Penang dan Feri Pulau Pinang tanpa had untuk tempoh30 hari dengan hanya RM50.

Mula dilaksanakan pada 1 September 2019, pas ini akan memberikan

penjimatan berbaloi kepada para pengguna pengangkutan awam

di Pulau Pinang dan Butterworth.

Page 13: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

Bantuan Dana Sementara BasBerhenti-henti (ISBSF)

P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

Kerajaan telah menyediakan kontrak untuktempoh 2 tahun kepada pengendali bas

berhenti-henti. Ia berbeza dengan tempoh1 tahun sahaja pada tahun sebelum ini.

Sebanyak 52 buah syarikat bas berhenti-henti yang memenuhi syarat

permohonan ISBSF telah menandatangani kontrak ISBSF pada 29 Julai 2019.

Kontrak untuk tempoh 2 tahun ini diharap dapat memberi syarikat

pengendali lebih keupayaan kewangan untuk menambahbaik

perkhidmatan. Dana ini juga adalah untuk memastikan penduduk luar

bandar agar terus dapat menikmati perkhidmatan bas henti-henti ini.

Page 14: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)dilancarkan semula

P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yangsebelum ini ditangguhkan, telah dilancarkan

semula di Tapak Terowong Dungun, RimbaBandar Bukit Bauk, Terengganu.

Jajaran baru akan menghubungkan Kota Bharu dengan Pelabuhan Klang

melalui Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Putrajaya

sejauh 648km, dipendekkan 40km dari laluan asal sejauh 688km.

Projek ini bakal memberi manfaat kepada 5,000 anak tempatan

berbanding 3,600 orang sebelum ini, termasuk melahirkan lebih ramai

pakar bidang rel menerusi Program Latihan Kemahiran Industri (PLKI-ECRL).

Page 15: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

Penguatkuasaan peraturanperkhidmatan e-hailing

Peraturan dan penguatkuasaan ini adalah semata-mata

untuk memastikan industri kenderaan perkhidmatan awamdi negara ini adalah sentiasa berkualiti selari dengan

kepesatan aplikasi teknologi pada masa kini.

Semua pemandu e-hailing yang masih belummematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh

kerajaan DIBENARKAN untuk meneruskan operasimereka selama tiga (3) bulan mulai 12 Julai 2019.

Page 16: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

Pelaksanaan peraturan baharu cermin gelapkenderaan milik persendirian

Kadar ketelusan cahaya tampak bagi bahagian cermin

depan dan cermin kiri serta kanan pemandu, kekal 70 dan 50 peratus seperti peraturan sedia ada. Pemilik kenderaan

persendirian boleh membuat permohonan menggunakan

cermin gelap sepenuhnya atas faktor keselamatan ataufaktor kesihatan.

Penggunaan lapisan filem atau cermin gelap tanpahad dibenarkan pada cermin sisi kiri dan kanan

penumpang serta cermin belakang bagi kenderaanmilik persendirian, tidak termasuk kenderaan yang

digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan.

Page 17: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

Penerbangan tambahan dengan tambangrendah tetap sempena sambutan perayaan

Peningkatan jumlah penerbangan tambahan dengan tambang rendah

tetap adalah sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memastikanbahawa permintaan yang tinggi untuk setiap musim perayaan dapat

ditampung selain mengekalkan daya saing yang sihat industri

penerbangan.

Pengumuman penerbangan tambahandengan tambang rendah tetap oleh AirAsia

untuk tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri,Hari Gawai dan Hari Kaamatan bermula dari

RM 99.00 sehingga RM 199.00.

Sumber Gambar : AirAsia

Sumber Gambar : AirAsia

Page 18: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

Sistem bidaan nombor pendaftarankenderaan dalam talian JPJeBid

JPJeBid menawarkan ketelusan bermula daripada transaksi

pendaftaran sehingga pembayaran dibuat, mesra pengguna denganmenawarkan elemen-elemen yang berteraskan User Experience (UX)

yang ringkas, meningkatkan kecekapan proses bidaan secara manual

kepada secara dalam talian, persekitaran keselamatan sistem yang

terjamin dan kebolehan mengakses sistem JPJeBid secara Online Real Time dimana-mana sahaja tanpa mengira masa.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)melancarkan system bidaan nombor

pendaftaran kenderaan dalam talian yang dikenali sebagai JPJeBid

Page 19: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

Penambahbaikan perkhidmatan Monorel

Keutamaan adalah untuk membaikpulih 5 set tren 4-gerabak yang kini berada di

Depoh Monorel di Brickfields yang telah diberhentikan perkhidmatan sejakJanuari 2018 atas faktor keselamatan penumpang dengan sasaran untuk tiga

tren pertama disiapkan dalam tempoh tiga bulan dan dua tren lagi dalam

tempoh enam bulan daripada tarikh kerja-kerja dimulakan.

7 set tren 4-gerabak baharu untuk Rapid KL LaluanMonorel dan membaik pulih 5 set tren 4-gerabak Monorel

Page 20: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

Fi LKM kenderaan perdagangandi Sabah, Sarawak diseragamkan

P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

Fi atau cukai jalan bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan perdagangan di Sabah dan Sarawakdiseragamkan menggunakan perkiraan Berat TanpaMuatan (BTM) yang membabitkan 14 kategori atau kodpenggunaan kenderaan barangan di Sabah.

Penyeragaman ini dilakukan bertujuan untuk mengurangkan ketirisan hasil kepada

kerajaan susulan proses pendaftaran kenderaan perdagangan di Sarawak yang

dianggarkan berjumlah RM64 juta dari data 2004 sehingga 2019. Ini juga akan

menyumbang kepada kos menjalankan perniagaan yang adil serta mewujudkan

suasana persaingan yang seimbang di antara kedua-dua negeri.

Page 21: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

Pelancaran kad diskaun Xtra20KTM Komuter

P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

Insentif baharu yang dikenali sebagaiXtra20 iaitu tambahan diskaun 20% ke

atas diskaun tanpa tunai (cashless) yang sedia ada bagi perkhidmatan KTM Komuter.

Xtra20 adalah merupakan satu usaha kerajaan untuk menampung kos sara

hidup para pengguna perkhidmatan komuter warganegara Malaysia yang

mampu merangsang peningkatan penumpang KTM Komuter.

Kementerian Pengangkutan mensasarkan peningkatan sebanyak 20 peratus

pada tahun 2019 iaitu daripada lebih kurang 90,000 penumpang sehari

kepada 108,000 penumpang sehari dan seterusnya tambahan 20% pada

tahun 2020 demi mencapai sasaran 130,000 orang penumpang seharidengan konsisten.

Page 22: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

Pameran Antarabangsa Maritim& Aeroangkasa 2019 (LIMA’19)

P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

LIMA’19 menyaksikan penglibatan sektor komersil telah meningkat kepada 40 peratus. Pempamersektor komersil melibatkan segmen penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih, syarikat

pembuatan pesawat dan kapal komersil, syarikat-syarikat pengendali, akademi-akademi latihanserta pemain-pemain industri aeroangkasa dan maritim.

LIMA’19 membuktikan kebolehan

Kementerian Pengangkutan Malaysia dalam menganjurkan pameran, seminar

industri, mesyuarat perniagaan dan

perbincangan untuk menggalakkanpenglibatan perniagaan serta

menampilkan inisiatif kerajaan terhadappembangunan industri kemudahan

perdagangan.

Page 23: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

Modul Pendidikan KeselamatanJalan Raya (PKJR) Semakan Sekolah Rendah

Semakan semula modul PKJR ini pada 2016 yang diterajui

JKJR telah berjaya menghasilkan Modul PKJR SemakanSekolah Rendah yang selari dengan Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) dengan pembabitan khusus guru

daripada Kementerian Pendidikan dan pihak MIROS.Modul ini ditambah baik daripada segi kandungan

pembelajaran, ilustrasi grafik, teks yang disesuaikan dengantahap murid sekolah serta pengenalan kepada

pembelajaran interaktif melalui bahan bantu mengajar

seperti video, audio dan animasi.Objektif utama pelaksanaan PKJR adalah untuk

meningkatkan ilmu pengetahuan dan kesedaran mengenaikeselamatan jalan raya dalam kalangan murid sekolah yang

bakal menjadi pengguna jalan raya pada masa depan.

Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)Semakan Sekolah Rendah peringkat kebangsaan

dilancarkan ke arah membentuk masyarakat yang peka dan berwaspada di jalan raya sejak di awal usia.

Sumber Gambar : Berita Harian

Page 24: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS)

MASwings diberi kebenaran untuk menyediakan operasi

penerbangan di 39 laluan di Sabah dan Sarawak menerusi

perjanjian baharu RAS. Manakala AirAsia mendapat

kepercayaan untuk menyediakan operasi laluan Kota

Kinabalu-Sibu dan Kota Kinabalu-Bintulu yang telah

dikeluarkan daripada senarai laluan RAS dan diklasifikasikan

sebagai laluan komersial.

RAS merupakan perkhidmatan udara yang dijalankandi pedalaman Sabah dan Sarawak untuk

menghubungkan penduduk kawasan luar bandardengan kawasan lain di dalam negara.

Page 25: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

P e n c a p a i a n & P e l a k s a n a a n 2 0 1 9 . K e m e n t e r i a n P e n g a n g k u t a n M a l a y s i a

Pelaksanaan pas perjalanantanpa had My100 dan My50

Pas perjalanan My50 melayakkan pelanggan menggunakan

semua rangkaian perkhidmatan bas Rapid KL termasuk bas perantara MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang tanpa had selama 30

hari dengan bayaran hanya RM50.

Pakej My100 pula melayakkan pelanggan untuk menggunakan

semua rangkaian perkhidmatan Rapid KL, yang dikendalikan oleh

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), daripada perkhidmatanmonorel, LRT, MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang dan perkhidmatan

bas perantarannya, BRT Laluan Sunway dan semua perkhidmatan

bas Rapid KL, yang meliputi lebih 182 laluan di sekitar Kuala Lumpur

dan Selangor.Pelaksanaan pas perjalanan tanpa had

My100 dan My50 sebagai satu inisiatifmengurangkan beban sara hidup rakyat dan

merangsang penggunaan perkhidmatanpengangkutan awam di kalangan warga kota.

Page 26: LaporanPencapaian& Pelaksanaan Tahun2019 · sepertivideo, audio dan animasi. ObjektifutamapelaksanaanPKJR adalahuntuk meningkatkanilmupengetahuandan kesedaranmengenai ... MRT Laluan

Disediakan oleh Unit Komunikasi KorporatKementerian Pengangkutan Malaysia