7
2/22/2014 1 AJ10203 SEJARAH SABAH & SARAWAK (1841-1963) SESI 2013/2014 SEMESTER 2 PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR. BILCHER BALA KULIAH 1 LATAR BELAKANG SABAH & SARAWAK Pengenalan Mengapa perlunya pengajian sejarah wilayah ini? 1. Matlamat sejarah – memahami kebenaran 2. Objektif sejarah - membina kefahaman Persoalan Asas: 1. Apakah Sabah & Sarawak dan bagaimanakah kewujudannya menjadi sebuah entiti politik sebelum abad Ke-19 atau sebelum tahun 1963? 2. Bagaimanakah perkembangan wilayah politik tersebut sehingga tahun 1963? Sabah & Sarawak di Pulau Borneo Geografi - Sabah di bahagian utara Borneo dan Sarawak di Barat Borneo. Sejarah Proto – Sabah & Sarawak adalah wilayah jajahan Kerajaan Brunei Tua sehingga abad Ke-19. Pendapat sarjana: Jones, Low dan Hunt. Borneo’ and ‘Brunei’ are basically the same word, and indeed no more than 100 years ago Brunei was referred to as ‘Borneo Proper’ . (L.W. Jones, 1966) …it being rarely the custom of the natives [pribumi Tanah Melayu] to apply a distinguishing name to the whole as, and collectively, but to designate each part by the name of the most powerful kingdom situated in it. (Hugh Low, 1988) Hunt (1812) - Pulo Kalimantan [Burni] adalah nama sebuah ibu kota bagi tiga buah kerajaan yang berasingan (Brunei, Sambas & Kutai) di pulau Borneo ketika itu. Menurut tradisi lisan masyarakat Brunei, terdapat lima buah negeri di bawah takluk Brunei, iaitu Kalaka, Mukah, Saribas, Samarahan dan Sarawak. Tetapi tidak terdapat fakta yang sahih untuk mengesahkan tarikh yang tepat bila berlaku kekuasaan Brunei ke atas kelima-lima jajahan tersebut.

Latar Belakang Sabah Dan Sarawak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sejarah

Citation preview

  • 2/22/2014

    1

    AJ10203 SEJARAH SABAH & SARAWAK (1841-1963)

    SESI 2013/2014

    SEMESTER 2

    PENSYARAH:

    PROFESOR MADYA DR. BILCHER BALA

    KULIAH 1

    LATAR BELAKANG SABAH & SARAWAK

    Pengenalan

    Mengapa perlunya pengajian sejarah wilayah ini?1. Matlamat sejarah memahami kebenaran2. Objektif sejarah - membina kefahaman

    Persoalan Asas:1. Apakah Sabah & Sarawak dan bagaimanakah

    kewujudannya menjadi sebuah entiti politik sebelumabad Ke-19 atau sebelum tahun 1963?

    2. Bagaimanakah perkembangan wilayah politiktersebut sehingga tahun 1963?

    Sabah & Sarawak di Pulau Borneo

    Geografi - Sabah di bahagian utara Borneo dan Sarawak di Barat Borneo.

    Sejarah Proto Sabah & Sarawak adalah wilayah jajahan Kerajaan Brunei Tua sehingga abad Ke-19.

    Pendapat sarjana: Jones, Low dan Hunt.

    Borneo and Brunei are basically the sameword, and indeed no more than 100 yearsago Brunei was referred to as BorneoProper. (L.W. Jones, 1966)

    it being rarely the custom of the natives[pribumi Tanah Melayu] to apply adistinguishing name to the whole as, andcollectively, but to designate each part bythe name of the most powerful kingdomsituated in it. (Hugh Low, 1988)

    Hunt (1812) - Pulo Kalimantan [Burni] adalahnama sebuah ibu kota bagi tiga buah kerajaanyang berasingan (Brunei, Sambas & Kutai) dipulau Borneo ketika itu.

    Menurut tradisi lisan masyarakat Brunei,terdapat lima buah negeri di bawah taklukBrunei, iaitu Kalaka, Mukah, Saribas,Samarahan dan Sarawak. Tetapi tidakterdapat fakta yang sahih untuk mengesahkantarikh yang tepat bila berlaku kekuasaanBrunei ke atas kelima-lima jajahan tersebut.

  • 2/22/2014

    2

    Cuma ahli sejarah percaya bahawa peristiwapenaklukan ke atas kelima-lima jajahantersebut telah berlaku di antara pertengahanabad Ke-14 dan awal abad Ke-15.

    Implikasi dasar perluasan kuasa penjajahBarat telah menjatuhkan entiti ataupemerintahan kerajaan Melayu tradisional.

    Hal ini telah mewujudkan jajahan Barat yangmerintis kewujudan wilayah atau entiti politikmoden, seperti Sabah dan Sarawak atauMalaysia amnya.

    SABAH, keluasan 73,620 km persegi dandinamakan Borneo Utara pada zamanpenjajahan. Dibahagikan kepada 5 Bahagianpentadbiran iaitu Tawau, Sandakan, Kudat,Pantai Barat dan Pedalaman dengan ibunegeri Bandaraya Kota Kinabalu. Bandarutama lain ialah Tawau, Semporna, LahadDatu, Sandakan, Ranau, Kudat, KotaMarudu, Kota Belud, Tuaran, Keningau,Beaufort dan Sipitang.

    SARAWAK, keluasan 123,985 kmpersegi. Nama diambil daripadaSungai Sarawak dalam BahagianKuching sejak tahun 1841. Terdiridaripada 9 Bahagian pentadbirandengan negeri Bandaraya Kuching.Bandar utama lain ialah Miri, Sibu,Bintulu, Marudi, Limbang danLawas.

    ASAL-USUL PENDUDUK ASLITidak dapat dipastikan secara tepat bila danbagaimanakah kemunculan penduduk pribumiasli bermula di Borneo. Nenek moyang pribumiasli di Borneo dipercayai telah melaluibeberapa siri migrasi sejak lebih kurang 35 ributahun yang lalu pada zaman Paleolitik (ais).

    Pendapat ini berlandaskan penemuan kajianarkeologi tentang kewujudan petempatanmanusia purba di tapak Gua Niah, Miri,Sarawak dan Tingkayu, Sandakan, Sabah.

    Penemuan kajian arkeologi terkini tentangkewujudan kebudayaan purba zaman Paleolitikadalah di Lembah Mansuli, Lahad Datu, Sabahmerupakan tapak tertua dengan angaran usiasekitar 200,000 tahun.

    Kemudian penemuan kebudayaan zamanNeolitik di Bukit Tengkorak, Semporna, Sabahdengan angaran usia 7,000 tahun. Seterusnyazaman logam di Borneo berusia 3,000 tahun(4000-1000 B.C) yang merintis migrasi ProtoAustronesian (Melayu Proto) dan pertaniandari Taiwan pada awal zaman proto-sejarah.

  • 2/22/2014

    3

    Teori Migrasi Dari Orang Asli Taiwan

    4000-1000 B.C (3,000 Tahun)

    LAGU ETNIK AMIS DIFANG ELDERS DRINKING SONG atau >> http://www.youtube.com/watch?v=6oHGUr6HEow> http://www.youtube.com/watch?v=vj9-IvE3iDY

  • 2/22/2014

    4

    Lebih kurang tahun 1370, Kerajaan Pu-ni atauBuruneng menjalin hubungan diplomatik uftidengan Dinasti Ming sehingga tahun 1424.

    Bermula empayar Majapahit pada tahun 1347telah menyebab kejatuhan empayar KerajaanPalembang di Pagaruyung, Sumatera Baratpada akhir abad Ke-14, dan telah menyebabproses migrasi orang Melayu [Ma-La-Yu] keTanah Melayu [Malaya] dan Borneo.

    Juga pada ketika berlaku penyebaran agamaIslam di Pagaruyung, iaitu bertentangan denganagama Hindu-Majapahit ketika itu.

    Perdagangan dan migrasi ke Borneo merintispenubuhan sebuah kerajaan Kesultanan [Islam]di Brunei pada awal abad Ke-15.

    Raja Brunei bernama, Awang Alak Betatar telahmemeluk agama Islam dengan gelaran SultanMuhammad Shah, dan meninggal dunia padatahun 1402 lantas dipangku oleh Pateh Berbaiyang menjadi Sultan Brunei Ke-2 gelaran SultanAhmad (1408-1425).

    Pengaruh agama Islam telah kukuh di Bruneisemasa pemerintah Sultan Ke-3, yang bergelarSultan Syarif Ali (1425-1432).

    Semasa pemerintahan Sultan Brunei Ke-5,Sultan Bolkiah @ Nakhoda Ragam (1485-1524),kekuasaan Brunei telah tersebar merentasiseluruh Borneo dan Filipina.

    Setiap jajahan Brunei telah ditadbir olah Adapatibergelar Pangiran. Semasa pemerintahanSultan Brunei Ke-9, Muhammad Hassan (1582-1598), telah melantik puteranya, Raja Bongsusebagai Adapati ke Sulu [Jolo] dan Raja Tengahsebagai Adapati ke Sarawak. Kematian SultanHassan telah merintis pemisahan jajahanSarawak dan jajahan Sulu daripada Brunei.

    Hakikatnya, empayar Kerajaan Brunei mulalemah semasa pemerintahan Sultan BruneiKe-6 yang bergelar Sultan Saiful Rizal (1533-1581). Ketika itu, kuasa Sepanyol pernahmenakluk ibunegara Brunei selama 72 hari(April-Jun) pada tahun 1578.

    Di Sarawak, Raja Tengah mengasaskansebuah Kerajaan Kesultanan Sarawak-Sambas. Manakala Raja Bongsu menaikitakhta Kerajaan Kesultanan Sulu dengangelaran Sultan Mawallil Wasit (1612-1640).

    Pada bulan Jun 1658, Pangeran BendaharaAbdul Mubin merancang untuk merampastakhta Brunei dengan bantuan sepupunyaPangeran Bakhtiar, yang baru menaiki takhtaKerajaan Kesultanan Sulu, bergelar SultanSalah-ud-Din Bakhtiar (1658-1663) denganmenawarkan jajahan di Timur-Laut [Sabah].Pada tahun 1661, Bendahara Abdul Mubintelah membunuh Sultan Muhammad Ali(1660-1661) lantas menaiki tahkta sebagaiSultan Brunei Ke-13 dengan gelaran SultanAbdul Hakkul Mubin (1661-1673), ini telahmencetuskan Perang Saudara Brunei.

  • 2/22/2014

    5

    Sultan Mubin telah melantik Pangiran BongsuMuhyiddin [cucu Sultan Mohammad Ali] menjadiPangeran Bendahara. Namun kekacauan yangberterusan mendorong Bendahara Muhyiddinmenyarankan kepada Sultan Mubin untukberpindah ke Pulau Chermin.

    Lantas Bendahara Muhyiddin melantik dirinyamenjadi Sultan Brunei (1673-1690). Setelah 1minggu di Pulau Chermin, Sultan Mubin telahmenyedari tentang penderhakaan BendaharaMuhyiddin, maka meletuslah Perang SaudaraBrunei selama 12 tahun (1661-1673).

    Semasa awal peperangan, Sultan Mubin telahberhijrah ke Kinarut, Sabah selama 10 tahunbagi mengelak serangan Bendahara Muhyiddin.Setelah Sultan Mubin kembali semula ke PulauChermin, Bendahara Muhyiddin dipercayai telahmeminta bantuan tentera Sulu untuk membantumenewas Sultan Mubin. Diyakini BendaharaMuhyiddin telah menawarkan jajahan Timur LautBorneo (Sabah) sebagai ganjaran untuk bantuanSulu itu. Angkatan Bendahara Muhyiddin telahberjaya menewaskan Sultan Mubin (membunuhdiri), tetapi bantuan Sulu tidak sempat diterimaketika itu (1673), dan tawaran tidak ditunaikan.

    Sejak itu, pemerintahan Kesultanan Bruneiadalah sangat lemah hingga menyebabkankebanyakan jajahan yang jauh mula berdirisendiri (tidak taat setia kepada Sultan Brunei)hingga kuasa British muncul pada 1878.

    Di bahagian Timur Sabah, dari Paitan hinggaSibuko, mula telah dikuasai oleh KerajaanKesultanan Sulu dan mengutuskan Adapatinyadengan gelaran, seperti Datu, Maharajalela,Panglima dan Orang Kaya untuk mengawaldan mengutip cukai di setiap muara sungaiutama.

    Manakala jajahan Brunei di bahagian UtaraSabah, Tempasuk (Kota Belud) hingga Pitasdan bahagian Pendalaman (Ranau hinggaPensiangan) dikuasai oleh Ketua Bebas dalamkalangan penduduk pribumi masing-masing.

    Kekuasaan Brunei hanya berkesan ke atasjajahan di bahagian Pantai Barat Borneo Utaradan Sarawak, dari Tempasuk (Kota Belud)hingga Sungai Sarawak, diwakili olehpembesar yang bergelar, seperti Pangiran,Dato Patinggi, Dato Temenggung, Menteridan Orang Kaya-Kaya.

    Seawal abad Ke-18, kuasa penjajah Baratmula meninjau pontensi Borneo sebagai tapakpengkalan perdagangan dengan China.Setelah termeterainya Perjanjian Paris (1783),kuasa British kehilangan jajahan di BenuaAmerika Utara dan menarut minat untukmenerokai atmosfera Timur dalam persianganmerebut sumber perdagangan bahan mentahbagi keperluan industri. Kuasa British bersaingdengan kuasa penjajah yang lain, sepertiSepanyol, Belanda, Jerman, Perancis danAmerika Syarikat.

    Malcolm MacDonald, dalam BorneoPeople (1985), menyimpulkan bahawa

    natives in the deep jungle are uncivilizedpagans. They associate together inprimitive tribal organization and are dividedamong distinct ethnological groups calledPunans, Penans, Kayans, Kenyahs, Ibans,Land Dayaks, Muruts, and various others.They are the real wild men of Borneo.

    MASYARAKAT PRIBUMI TRADISIONAL

  • 2/22/2014

    6

    Kenyataan tersebut telah menjadi asaspemikiran kepada pengkaji asing, khususnyasarjana Barat dalam pengkajian merekamengenai masyarakat pribumi di Sabah &Sarawak, malah sehingga kini pun.

    Walaupun pernah diperintah oleh kerajaan defacto Brunei dan Sulu, tetapi gambaranmasyarakat Sabah & Sarawak tidaklah tepatdilihat melalui kacamata Brunei atau Sulu itu.

    Ini kerana masyarakat Brunei didominasi olehetnik Melayu (seperti dari Jawa, Sumatra,Sulawesi, Tanah Melayu & Johor-Riau). Begitujuga masyarakat Suluk dan Bajau Sama diKepulauan Sulu.

    Semasa zaman sebelum dan selepaspemerintahan kerajaan Brunei dan Sulu,masyarakat Sabah dan Sarawak digambarkansebagai masyarakat pagan oleh parapentadbir dan juga sarjana.

    Sungguhpun ada kebenaran penggunaanistilah pagan tersebut, tetapi dari perspektifpolitik, ia bermotifkan penjajahan kuasa Barat.Terutamanya peluang penjajahan di atmosferaBarat (benua Amerika) telah tertutup selepaskemerdekaan dan kebangkitan kuasa AmerikaSyarikat dari suku akhir abad ke-19. Lantaskuasa Eropah berlumba-lumba mencari tanahjajahan di Timur. Namun masih tidak diketahuidengan jelas tentang keadaan masyarakatSabah dan Sarawak yang sebenar sebelumabad Ke-19 Masehi. Dusun, 1913

    Sumber: L. W. W. Gudgeon, British North Borneo (1913)

    Dusun di RanauSumber: Edward Owen Rutter, The Pagans of North Borneo (1926)

    Misalnya, di Sarawak, tidak terdapat sumbersejarah yang sahih dirujukkan tentang asal-usulmasyarakat pribuminya. Kebanyakan kumpulanmasyarakat pribumi dengan sumber tradisilisan mereka merujuk asal-usul dari bahagianselatan Borneo [Kalimantan]. Misalnya, kaumIban dan Bidayuh dikatakan datang darilembah Sungai Kapuas. Terdapat berbagaipandangan yang telah dikemukakan sebagaipunca migrasi tersebut, tetapi faktor utamaadalah kerana mobilisasi perekonomian,terutamanya mencari kawasan pertanian barudan yang subur.

  • 2/22/2014

    7

    Pertembungan persepsi dalam kalangan parasarjana biasa berlaku apabila menghuraikanpelbagai elemen kemanusiaan atau cirimasyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.Hakikatnya, sungguhpun wujud unsurpersamaan politik, sosial dan ekonomi yangumum dalam kalangan masyarakat pribumi,tetapi wujud variasi ciri yang ketaraberdasarkan perspektif sejarah ataupunpengalaman, misalnya pengaruh persekitaran,fungsi ekonomi dan politik, kesan prosesmigrasi dan mobiliti fizikal, dan kesan kontaksantara etnik.

    Setiap masyarakat semestinya mempunyaisistem masyarakat tradisional. Apa yang kitalihat pada hari ini kebanyakkan sistemmasyarakat telah mengalami banyakperubahan. Ini merupakan satu kemajuan danketamadunan yang dicapai ekoran perubahankemajuan masyarakat itu sendiri. Namun,sesetengah sistem masyarakat tradisionalmasih diamalkan dalam kalangan masyarakatpribumi hari ini, terutamanya aspek kebudayaandan agama.

    CIRI MASYARAKAT TRADISIONAL

    Iban (Sea Dayak) 1911Sumber: Edwin H. Gomes, Seventeen Years Among The Sea Dayaks of

    Borneo (1911)

    Perubahan sistem masyarakat berlaku ekorancampurtangan orang luar, terutamanya kuasa penjajahyang meninggalkan sistem masyarakatnya ke atastanah jajahan. Ada juga disebabkan hubungan ekonomi.Penduduk tempatan akan meniru unsur luar yangdibawa masuk oleh pedagang. Namun, tidak semuaperubahan sistem masyarakat ini mendatangkan kesannegatif. Sesetengah perkara memberikan kesan positif,contohnya, ke atas sistem ekonomi dan politik.Masyarakat dapat menyusun sistem politik yang lebihteratur, serta memajukan sektor ekanomi. Masyarakatjuga mula hidup bersatu padu dan tidak terikat dengansatu kaum sahaja.

    ADAT DAN KEPERCAYAAN ANIMISMEMasyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak memangpatuh kepada adat dan kepercayaan tradisionalberbentuk animisme dengan mendalam. Setiap kaummempunyai bentuk adat masing-masing. Sehinggasekarang sesetengah adat dan kepercayaan animismedi kalangan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawakmasih kekal. Namun, adat yang melibatkan kematianjarang berlaku dan tidak dibenarkan. Tetapi adat yangberbentuk pemujaan dan patang larang tertentu masihdiamalkan, terutamanya bagi mereka yang tinggal dikawasan pedalaman.

    Dapat disimpulkan, jika dahulu masyarakat di Sabahdan Sarawak mengamalkan kehidupan pindah randah,sejak abad Ke-19 mereka mula tinggal secara menetapbagi membolehkan mereka mengamalkan corak hidupyang lebih teratur. Dahulu mereka mengamalkanekonomi perdagangan barter dan pertanian sara diri,serta sistem politik mereka pula amat dipengaruhi olehsistem pemerintahan Brunei dan Sulu. Manakala sistemkepercayaan mereka adalah bercorak anamisme.Hanya sejak kurun ke-15 agama (Islam, Hindu-Buddha,Kristen) mula dianuti dan seterusnya diserapi olehkebudayaan Barat sepertimana gaya hidup hari ini.