32
Latihan Penuh Kertas 2 [Peperiksaan Percubaan Pulau Pinang 2013] Soalan 1 : Rumusan Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan penggunaan Internet dan tanggungjawab ibu bapa untuk mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Perkembangan pesat dalam bidang telekomunikasi dan maklumat memudahkan capaian kepada aplikasi Internet malah sesiapa sahaja boleh melayarinya. Sebenarnya, kebanyakan ibu bapa bimbang akan fenomena remaja yang melayari Internet kerana hal ini akan mendatangkan pelbagai kesan negatif. Tidak dinafikan bahawa golongan remaja kerap berada di kafe siber, begitu terangsang melayari Internet kerana tarikan Internet lebih menyeronokkan berbanding dengan gajet-gajet yang lain . Keresahan dan kebimbangan ini dapat dirasakan oleh kebanyakan ibu bapa apabila (S1) remaja terpengaruh oleh budaya hedonisme dan akhirnya melalaikan kepentingan pelajaran . Faktor ini didorong oleh sesetengah ibu bapa yang buta Internet dan tidak mengetahui kebaikan dan keburukannya terus dimanipulasi oleh remaja untuk mengunjungi kafe siber. Kini didapati (S2) remaja selalu ponteng sekolah dan kelas tuisyen kerana ingin berkunjung ke kafe

LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

  • Upload
    tess15

  • View
    2.285

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

Latihan Penuh Kertas 2[Peperiksaan Percubaan Pulau Pinang 2013]

Soalan 1 : RumusanBaca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan penggunaan Internet dan tanggungjawab ibu bapa untuk mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perkembangan pesat dalam bidang telekomunikasi dan maklumat memudahkan capaian kepada aplikasi Internet malah sesiapa sahaja boleh melayarinya. Sebenarnya, kebanyakan ibu bapa bimbang akan fenomena remaja yang melayari Internet kerana hal ini akan mendatangkan pelbagai kesan negatif. Tidak dinafikan bahawa golongan remaja kerap berada di kafe siber, begitu terangsang melayari Internet kerana tarikan Internet lebih menyeronokkan berbanding dengan gajet-gajet yang lain. Keresahan dan kebimbangan ini dapat dirasakan oleh kebanyakan ibu bapa apabila (S1) remaja terpengaruh oleh budaya hedonisme dan akhirnya melalaikan kepentingan pelajaran. Faktor ini didorong oleh sesetengah ibu bapa yang buta Internet dan tidak mengetahui kebaikan dan keburukannya terus dimanipulasi oleh remaja untuk mengunjungi kafe siber.

Kini didapati (S2) remaja selalu ponteng sekolah dan kelas tuisyen kerana ingin berkunjung ke kafe siber untuk membolehkan mereka melayari Internet. Hal ini terjadi disebabkan di kebanyakan kawasan berhampiran dengan kawasan perumahan terdapat kafe siber yang menyediakan kemudahan Internet dengan bayaran yang murah. Menurut rekod Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, (S3) pelbagai jenayah siber dilakukan dalam kalangan remaja menunjukkan peningkatan iaitu mencatatkan kerugian berjumlah lebih daripada RM63 juta pada tahun 2010. Bagi tempoh lima tahun akan datang kerajaan akan menanggung kerugian RM2.73 juta sekiranya jenayah siber tidak ditangani dengan baik sejajar

Page 2: LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

dengan peningkatan bilangan individu celik teknologi maklumat yang dianggarkan mencecah 16 juta orang. Sebarang penulisan tanpa berhati-hati oleh golongan muda dalam blog juga (S4) boleh menjurus kepada provokasi dan fitnah . Sehubungan dengan itu, tindakan ini dianggap satu kesalahan yang boleh disabitkan dengan jenayah siber.

Dalam perkembangan dunia ICT, tidak salah mereka mempunyai perasaan ingin tahu dan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku di seluruh dunia tetapi menjadi kesalahan sekiranya kebebasan ini (S5) disalahgunakan oleh mereka dengan melayari laman sesawang yang memaparkan kandungan yang bertentangan dengan amalan budaya dan agama. Secara purata kanak-kanak dan remaja Malaysia yang berumur 8 hingga 18 tahun menghabiskan masa selama 19 jam setiap minggu untuk melayari Internet. Sebanyak 23 peratus masa dihabiskan atas talian untuk media sosial dan blog oleh golongan muda. (S6) Generasi muda dikatakan akan menghadapi krisis kecelaruan identiti dan jati diri kerana pengaruh budaya popular melalui filem, muzik dan lagu yang mempengaruhi pemikiran mereka.

Pengaruh Internet banyak (S7) meruntun remaja dengan gaya hidup asing serta menghakis kesantunan dalam pertuturan lisan dan perlakuan. Hal ini kerana mereka banyak didedahkan dengan bahasa singkatan atau bahasa rekaan sendiri serta pengaruh dari luar negara yang menggugat budaya. Selain itu, pengaruh alam maya ini juga (S8) mendorong golongan muda ke arah pemikiran liberal dan (S9) mereka sukar merealisasikan hala tuju negara secara menyeluruh. Oleh hal yang demikian sebelum nasi menjadi bubur, sebarang tindakan pencegahan dan kawalan perlu dilaksanakan untuk menangani masalah ini.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Atasi Kesan Internet’oleh Ami Masra,

Dewan Siswa, Jun 2013)

Page 3: LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

Pendahuluan [2 markah]Petikan membincangkan akibat/implikasi/natijah penggunaan Internet dalam kalangan remaja/golongan muda.

2m

Petikan membincangkan akibat/implikasi penggunaan Internet.

1m

Isi Tersurat [4 hingga 12 markah] - kesan-kesan penggunaan Internet S1 remaja terpengaruh oleh budaya hedonisme dan

akhirnya melalaikan kepentingan pelajaran2m

S2 remaja selalu ponteng sekolah dan kelas tuisyen 2mS3 pelbagai jenayah siber dilakukan dalam kalangan remaja

menunjukkan peningkatan2m

S4 boleh menjurus kepada provokasi dan fitnah 2mS5 disalahgunakan oleh mereka dengan melayari laman

sesawang yang memaparkan kandungan yang bertentangan dengan amalan budaya dan agama

2m

S6 Generasi muda dikatakan akan menghadapi krisis kecelaruan identiti dan jati dir

2m

S7 meruntun remaja dengan gaya hidup asing serta menghakis kesantunan dalam pertuturan lisan dan perlakuan

2m

S8 mendorong golongan muda ke arah pemikiran liberal 2mS9 mereka sukar merealisasikan hala tuju negara secara

menyeluruh2m

Isi Tersirat [4 hingga 12 markah] - tanggungjawab ibu bapa untuk mengatasinyaT1 Ibu bapa mengawasi penggunaan Internet di

rumah/menetapkan waktu penggunaan Internet di rumah2m

T2 Ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang mantap kepada anak-anak

2m

T3 Ibu bapa menetapkan lokasi penggunaan Internet di 2m

Page 4: LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

rumah/hanya pada waktu siang/meletakkan komputer di ruang tamu yang terbuka

T4 Ibu bapa mengajar etika menggunakan Internet 2mT5 Ibu bapa memasukkan perisian penapisan kandungan

Internet/memasukkan kata kunci (untuk menyekat anak-anak daripada melayari laman-laman tidak sesuai)

2m

(Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

PenutupKesimpulannya, semua pihak harus berusaha untuk mengatasi kesan buruk penggunaan Internet dalam kalangan remaja agar remaja bersahsiah tinggi dapat dilahirkan.

2m

Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud menggugat budaya. [2 markah]

(ii) Berdasarkan petikan tersebut, apakah faktor-faktor yang menggalakkan remaja mengunjungi kafe siber?

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk menangani jenayah siber melalui Internet? [4 markah]

Skema jawapan:(i) Maksud menggugat budaya...

- Mengancam/menjejaskan/mencemarkan/merosakkan peradaban/cara hidup/amalan hidup

[maksimum : 2 markah]

Page 5: LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

(ii) Faktor-faktor yang menggalakkan remaja mengunjungi kafe siber...

- tarikan Internet lebih menyeronokkan berbanding dengan gejat-gajet yang lain.

- sesetengah ibu bapa yang buta Internet dan tidak mengetahui kebaikan dan keburukannya.

- di kebanyakan kawasan berhampiran dengan kawasan perumahan terdapat kafe siber yang menyediakan kemudahan Internet dengan bayaran yang murah

[maksimum : 3 markah]

(iii) Langkah-langkah kerajaan menangani jenayah siber...

- Kerajaan menubuhkan agensi untuk mengawal laman sesawang daripada dilayari oleh golongan remaja

- Kerajaan boleh mengehadkan masa operasi kafe siber

- Mengenakan tindakan undang-undang/menguatkuasakan undang-undang.

- pemantauan pihak berkuasa di alam siber.

- Remaja perlu disedarkan tentang kesan buruk penyalahgunaan Internet di sekolah/oleh Kementerian Pendidikan.

- kempen kesedaran diadakan untuk menerapkan pengetahuan tentang jenayah siber.

- Kerajaan bekerjasama dengan negara lain untuk

Page 6: LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

membanteras jenayah siber.

- Kerajaan melatih kakitangan profesional untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang forensik komputer.

[maksimum : 4 markah](Jawapan lain boleh diterima sekiranya sesuai)

Soalan 2(b) – Petikan Prosa ModenBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ceper masih keruh airnya, tetapi masih sedikit-sedikit boleh mengalir meskipun langkahnya lambat kalau dibandingkan dengan waktu ibu rancak melompat ke sana dan berlari ke sini dulu. Waktu itu ceper bukan main lagi cergasnya bagaikan hendak bertanding dengan kecergasan ibu sendiri.

Tetapi semenjak ibu lumpuh dan kemudian ibu mati, Ceper langsung tidak terbusa dan berombak lagi. Tebing-tebingnya pun tidak ditendang lagi. Lubuk-lubuknya pun tidak dikorek lagi, malah arusnya pun rasa-rasanya begitu lambat bergerak ke kuala kerana Ceper mulai kenyang sangat-sangat dengan serbaneka serdak yang bersisa.

Sudah mula kulihat bangkai ayam, bangkai itik, bangkai biawak, bangkai ular, bangkai babi, bangkai ikan yang sudah busuk berulat, nasi manusia yang sudah berbuih dan berlendir, kain-kain buruk yang sudah kusam, sisa-sisa makanan yang berulat, karung-karung plastik warna-warni yang lusuh dan kerunyuk berarak lambat-lambat di tengah-tengah dada Sungai Ceper. Baunya sudah mulai naik ke darat dan terus masuk ke dalam lubang-lubang hidung kami.

Waktu bapa meninggal tidak pula aku teringin untuk memerhati perangai Ceper. Lagipun tidak banyak berubah apa-apa pada kehidupan Ceper. Dan bapa pun tidak lama sakit. Tiba-

Page 7: LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

tiba bapa bersungut sakit dada suatu petang sesudah beberapa lama ibu meninggal. Aku tidak berapa ingat sangat bila bapa tiba-tiba bersungut sakit dada itu. Entahlah.

Dipetik daripada cerpen ‘Ibu dan Ceper’ oleh Shahnon Ahmad, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Gambarkan situasi sungai Ceper selepas ibu meninggal dunia. [2 markah]

(ii) Banyak sungai mengalami pencemaran akibat tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah pencemaran sungai di negara ini?

[3 markah]

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu pengajaran yang lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.

[4 markah]Skema jawapan:(i) Gambarkan situasi sungai Ceper selepas ibu meninggal

dunia...- sungai Ceper langsung tidak berbusa dan berombak lagi. - tebing sungai tidak ditendang lagi- lubuk-lubuk sungai tidak dikorek lagi- arus sungai begitu lambat bergerak ke kuala- dipenuhi dengan serbaneka serdak (sampah sarap)

(ii) Banyak sungai mengalami pencemaran sebagai akibat tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah pencemaran sungai di negara ini?

Page 8: LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

- penguatkuasaan undang-undang dengan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang mencemarkan sungai

- pemasangan perangkap sampah di kawasan sungai/menggunakan bola lumpur untuk mengurangkan pencemaran.

- kempen kesedaran tentang kesan buruk pencemaran sungai

- menjadikan sungai sebagai sungai angkat kepada penduduk

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu pengajaran yang lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.

Pengajaran dalam petikan:- Kita hendaklah memelihara dan memulihara sungai.

Huraian: Sungai Ceper tercemar dengan teruk akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.

- Kita hendaklah menyayangi bapa kita.Huraian: ‘Aku’ menjaga bapa ketika bapa sakit.

Pengajaran lain yang tidak terdapat dalam petikan:- Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan

keluarga.Huraian: Sebagai anak “aku” bertanggungjawab menjaga dan menyara kehidupan ibu dan bapa apabila mereka sudah tidak berdaya.

- Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan faham antara suami dengan

Page 9: LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

isteri Huraian: Bapa seharusnya mengetahui tanggungjawabnya sebagai suami dengan menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab

- Kita mestilah berbakti kepada kedua-dua ibu bapa kita.Huraian: “Aku” mencuci najis ibu ketika ibu lumpuh dan tidak mampu bergerak.

- Kita janganlah membuang masa dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.Huraian: Bapa asyik berdenak ketitir (memikat burung ketitir) walaupun ketika banjir besar melanda.

Soalan 2(c) – Petikan Prosa TradisionalBaca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah demikian maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi pun makin sangat menangis takut akan ayahanda baginda. Maka Raja Indera Bumaya pun memujuk tuan puteri juga dengan kata yang manis-manis seraya katanya, “Ya tuanku, nyawa badan kakanda, janganlah menangis. Mata yang manis menjadi balut , suara yang merdu menjadi parau. Tuan, janganlah tuan merosakkan kalbu abang. Biarlah hilang abang seorang, mahulah lenyap kakanda seorang.” Maka kata tuan puteri, “Jika kakanda mati masakan adinda hidup. Hidup pun tiada apa gunanya.” Maka Raja Indera Bumaya pun tersenyum mendengar kata tuan puteri itu, seraya katanya, “Kasih sungguh rupa-rupanya tuan akan kakanda serta juga kakanda mati yang kasih tuan itu setelah terjunjunglah di atas batu kepala kakanda.” Maka Raja Indera Bumaya pun mencita gemala hikmat yang daripada Raja Johan Syahperi itu maka keluar jin empat ribu dari dalam gemala hikmat itu. Maka

Page 10: LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

titah baginda, “Hai saudaraku, pergilah tuan hamba berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa itu.” Maka ia pun menyembah lalu turun berperang. Maka menjadi perang besarlah kedua pihak itu gegak gempita terang cuaca menjadi kelam-kabut. Setelah seketika itu maka orang berperang pun terlalu banyaklah darah tumpah ke bumi maka bergeraklah tasik indera itu sementara itulah segala hulubalang rakyat sekalian.

Dipetik daripada ‘Hikayat Langlang Buana’ dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berikan maksud mata yang manis menjadi balut. [2 markah]

(ii) Apakah kata-kata manis Raja Indera Bumaya ketika memujuk Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi yang sedang menangis? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, wajarkah Raja Indera Bumaya berperang dengan Raja Bahrum Dewa?

Berikan tiga sebab. [3 markah]

Skema jawapan:(i) Maksud rangkai kata mata yang manis menjadi balut

ialah...

- mata yang cantik - 1 markah- menjadi bengkak - 1 markah

[Maksimum: 2 markah]

(ii) Kata-kata manis Raja Indera Bumaya memujuk Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi..

Page 11: LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

- Tuan puteri ibarat nyawanya- mata yang manis menjadi balut.- suara yang merdu menjadi parau.- berharap tuan puteri tidak merosakkan hatinya.- Raja Indera Bumaya berkata bahawa tuan puteri begitu

mengasihinya- Raja Indera Bumaya sanggup mati demi kasih tuan puteri

kepadanya.

[Maksimum: 3 markah]

(iii) Raja Indera Bumaya tidak wajar berperang dengan Raja Bahrum Dewa kerana...

- untuk mengelakkan pertumpahan darah/kematian.- mereka patut berunding/berdamai.- negara tersebut akan menjadi tidak aman/kucar-kacir.- Peperangan yang berlaku tidak adil kerana Raja Indera

Bumaya menggunakan kesaktiannya.

Raja Indera Bumaya wajar berperang dengan Raja Bahrum Dewa kerana...- mempertahankan diri- melindungi kekasihnya/Tuan puteri- yakin akan menang/mempunyai kesaktian

(Jawapan yang sesuai diterima)[Maksimum: 3 markah]

Soalan 2 (d): GurindamBaca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Page 12: LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

Gurindam 12 Fasal yang Keenam

Cahari olehmu akan sahabat, Yang boleh dijadikan ubat.

Cahari olehmu akan guru, Yang boleh tahukan tiap seteru.

Cahari olehmu akan isteri, Yang boleh menyerahkan diri.

Cahari olehmu akan kawan, Pilih segala yang setiawan.

Abu Hassan Sham (Penyelenggara) Puisi-puisi Raja Ali Haji, 1993 Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berikan maksud rangkap kedua gurindam di atas. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita disarankan supaya memilih kawan yang baik.

Berikan tiga sebab. [3 markah]

(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam gurindam ini. [4 markah]

Skema jawapan:(i) Maksud rangkap kedua gurindam ialah...

- saranan agar berguru dengan seseorang yang benar-benar berilmu – 1 markah

- berupaya mengajar kita mengenali musuh – 1 markah

Page 13: LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

[Maksimum: 2 markah]

(ii) Tiga sebab kita disarankan supaya memilih kawan yang baik...- membantu ketika susah dan senang.- menunjukkan teladan yang baik- mengelakkan diri terlibat dengan kegiatan yang negatif/

tidak bermoral.- kawan yang baik sentiasa mengajak ke arah kebaikan- bersedia mendengar masalah- membantu dalam pelajaran.

[Maksimum: 3 markah]

(iii) Dua nilai murni...

- Nilai kebijaksanaan Huraian: Kebijaksanaan seseorang memilih sahabat, guru dan isteri akan memberi manfaat kepadanya.

- Nilai ketaatan/kesetiaan Huraian: seorang isteri perlu taat dan setia kepada suaminya.

- Nilai keikhlasan Huraian: seseorang sahabat perlu ikhlas dalam menjalinkan perhubungan.

- Nilai setiakawan Huraian: seseorang itu perlu memilih kawan yang setia

(Nilai lain yang sesuai diterima)[Maksimum: 4 markah]

Page 14: LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

Soalan 3

Markah penuh 35 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan soalan.3. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.4. Perkataan digunakan sebagai kata nama khas, berikan 0 markah.5. Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah.6. Ayat yang dibina sebagai satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.9. Ayat tidak jelas, tolak ½ markah.10. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan), berikan 0 markah.

Soalan 3(a)Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) Kehampaanperasaan kecewa (kerana tidak mendapat, menemui, mencapai sesuatu yang dihajati atau dicita-citakan)• kekecewaan

Page 15: LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

• ketiadaan pengetahuan, kebodohan, kedunguan

(ii) kesukaran• perihal sukar, kesulitan, kesusahan• menderita susah (kemiskinan)

(iii) kelalaian• perihal lalai, kelengahan, kealpaan• dalam keadaan lalai

(iv) kebejatan• kerosakan, keburukan

(v) kemaslahatan• kegunaan, faedah

(vi) Kepincanganperihal pincang• keadaan yang tidak seimbang atau tidak sebagai yang sepatutnya, kekurangan,cacat cela.

[Maksimum: 6 markah]

Soalan 3(b)Nyatakan ayat-ayat perintah di bawah sama ada ayat larangan, ayat suruhan, ayat silaan atau ayat permintaan.

(i) Tolong tandatangan borang tersebut sebelum diserahkan kepada urus setia.

(ii) Jangan tampal sebarang poster di sepanjang laluan ini.(iii) “Jemputlah masuk ke rumah, emak sedang menunggu di

ruang tamu,” kata kakak kepada jirannya(iv) “Sila penuhkan tempat kosong di hadapan,” kata

pengerusi majlis kepada para hadirin.

Page 16: LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

(v) Pengguna jalan raya diminta tidak melalui kawasan runtuhan itu kerana berbahaya.

(vi) Usah dikenang peristiwa yang sedih itu

Jawapan:(i) ayat suruhan(ii) ayat larangan(iii) ayat silaan(iv) ayat silaan(v) ayat permintaan(vi) ayat larangan

[Maksimum: 6 markah]

Soalan 3(c)(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan

dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pesakit leukimia (leukemia) itu memohon simpati

daripada masyarakat memberi (memberikan)

sumbangan untuk mengubati penyakitnya.

(ii) Stesen televisyen swasta itu telah menyiarkan filem-

filem lagenda (legenda) Seniman Agung Tan Sri

P.Ramlee untuk mengingati (memperingati)

kepergiannya.

(iii) Pemakaian stokin (stoking) yang berlainan warna

Page 17: LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

telah jadi (menjadi) ikutan muda-mudi pada masa

sekarang.

[6 markah]

Jawapan: Kesalahan Pembetulan

(i) leukimia - leukemiamemberi - memberikan

(ii) lagenda - legendamengingati - memperingati

(iii) stokin - stokingjadi - menjadi

[Maksimum 6 markah]

Soalan 3(d)(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan

penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kebanyakan pekerja kilang batik di Terengganu

mahir dalam kerja-kerja melorek (mencanting /

melukis) batik kerana mewarisi kemahiran ini dari

(daripada) nenek moyang mereka.

(ii) Habis pakaian di dalam almari itu digigit (dikerit /

dikerikit) oleh tikus sejak rumah itu ditinggalkan oleh

kami (kami tinggalkan) setahun yang lalu.

Page 18: LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

(iii) Ayah memandu melebihi had laju yang ditetapkan

lalu merempuh (melanggar) isyarat lampu merah

kerana terlewat menghadiri temu janji (janji temu) .

[6 markah]

Jawapan: Kesalahan Pembetulan

(i) melorek - mencanting / melukisdari - daripada

(ii) digigit - dikerit / dikerikitditinggalkan oleh kami

- kami tinggalkan

(iii) merempuh - melanggartemu janji - janji temu

[Maksimum 6 markah]

Soalan 3(e)(e) Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan

satu peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut.

(i) Harapan Pak Abu untuk melihat anaknya berjaya dalam pelajaran hancur berkecai apabila anaknya itu terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan ditangkap oleh polis.

(ii) Doktor pakar sakit jiwa dari hospital terkenal itu berjaya mengesan punca-punca kemurungan dengan hanya memperhatikan tingkah laku kanak-kanak yang dirawatnya.

(iii) Ramli telah membelanjakan kesemua wang simpanannya apabila dikhabarkan syarikatnya akan memberikan bonus sebanyak lima bulan gaji tanpa

Page 19: LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

mengetahui bahawa perkhabaran tersebut merupakan khabar angin sahaja.

Jawapan:(i) bagai kaca terhempas ke batu(ii) hanya jauhari yang mengenal manikam(iii) mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan / yang

dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran / burung terbang dipipiskan lada

[Maksimum: 6 markah]

Soalan 4Markah penuh 15 markah

4 (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang menggambarkan persoalan pengorbanan dalam kehidupan. [7 markah]

Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah1. Persoalan pengorbanan seorang ibu terhadap anak-anaknya

Huraian: Mariana berkorban membesarkan anak-anaknya sendirian setelah kematian suami.

2. Persoalan pengorbanan seorang guru terhadap pelajar-pelajarnyaHuraian: Fuad sanggup balik lewat untuk mengendalikan kelas tambahan bagi membantu pelajar yang lemah penguasaan bahasa Inggeris.

3. Persoalan pengorbanan seorang sahabatHuraian: Fuad membantu Borhan menguruskan majlis perkahwinannya dan menghantar anaknya ke klinik pada lewat malam kerana anaknya demam panas.

4. Persoalan pengorbanan seorang anak kepada ibunyaHuraian: Farhana tergesa-gesa balik ke Kuantan untuk menjaga ibunya sakit dan dimasukkan ke hospital.

5. Persoalan pengorbanan seorang ahli keluarga Huraian: Chin sanggup berulang-alik ke Terengganu untuk berjumpa dengan Fuad seperti yang diminta oleh bapa

Page 20: LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

saudaranya Robert Lim.

Novel Kabus di Perbukitan karya Muhamad Kholid Hamzah1. Persoalan pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya

Huraian: Faridah memenuhi permintaan Melina untuk hidup berdikari walau kurang bersetuju dengan keputusan Melina dan sanggup berjauhan daripada anak-anaknya demi kebahagiaan mereka.

2. Persoalan pengorbanan seorang anak kepada ibuHuraian: Faridah sanggup berjauhan daripada suaminya Ghazali untuk menjaga ibunya yang sudah tua dan tidak sihat.

3. Persoalan pengorbanan seorang sahabatHuraian: Azrul sentiasa berusaha untuk menemani Rahayu dan memberikan nota-nota kuliah sepanjang Rahayu dirawat di hospital.

4. Persoalan pengorbanan seorang isteri kepada suamiHuraian: Melina berusaha mencari suaminya hingga terpaksa ke Dubai dalam keadaan sarat mengandung untuk berjumpa dengan suaminya.

5. Persoalan pengorbanan seorang suami kepada isteriHuraian: Soleh Johnsons sanggup berhijrah ke Malaysia dan memulakan perniagaan yang baharu kerana memenuhi keinginan isterinya Faridah untuk kembali ke Malaysia.

Skema Pemarkahan1. Beri 1 markah bagi penyataan persoalan yang betul (2

persoalan)2. Beri 1 markah bagi huraian/contoh yang lengkap/jelas (2

huraian persoalan )3. Markah isi maksimum 4 markah4. Markah bahasa maksimum 3 markah5. Maksimum 7 markah

Page 21: LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

4 (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam novel-novel tersebut. [8 markah]

Latar masyarakat dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah 1. Masyarakat kampung

Huraian: Pak Ismail, Mak Salmah dan penduduk Kampung Danau Seberang yang mengamalkan cara hidup kampung seperti masih menggunakan kayu api dan bergotong-royong menguruskan majlis perkahwinan Borhan.

2. Masyarakat bandarHuraian: Robert Lim dan Chin tinggal di bandar raya Kuala Lumpur dan mengusahakan perniagaan keluarga.

3. Masyarakat warga pendidikHuraian: Guru-guru di Sekolah Menengah Seri Setia bekerjasama mendidik pelajar dengan penuh dedikasi walaupun ada segelintir daripada mereka yang cuai terhadap tanggungjawab masing-masing.

4. Masyarakat yang bekerjasamaHuraian: Pak Ngah Lias, Pak Said dan Pak Samsudin membantu Fuad menjejaki ibu kandungnya.

5. Masyarakat yang prihatinHuraian: Fuad dan Farhana prihatin akan kelemahan pelajar mereka dalam subjek Bahasa Inggeris.

6. Masyarakat yang mentaati ajaran agamaHuraian: Fuad dan Pak Ismail mentaati ajaran agama/bersembahyang berjemaah/mengaji al-Quran.

7. Masyarakat yang mementingkan ilmuHuraian: Cikgu Abas menawarkan jawatan guru sandaran kepada Fuad untuk membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajarnya.

8. Masyarakat yang bertanggungjawabHuraian: Fuad, Farhana dan Cikgu Abas melaksanakan tanggungjawab sebagai guru dengan baik.

Page 22: LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

Latar masyarakat dalam novel Kabus Di Perbukitan karya Muhamad Kholid Hamzah1. Masyarakat pelajar universiti

Huraian: Azrul dan Rahayu merupakan penuntut Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Pertanian Malaysia.

2. Masyarakat yang cinta akan alam sekitarHuraian:Azrul dan teman-temannya banyak mengadakan program pendedahan tentang alam sekitar kepada pelajar-pelajar.

3. Masyarakat yang mengambil berat terhadap kanak-kanak istimewa. Huraian:Faridah, dan Mastura yang bertugas di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Suria menganggap berkhidmat kepada kanak-kanak istimewa ialah satu ibadah.

4. Masyarakat yang beriman kepada Tuhan. Huraian:Faridah dan Salmah dipaparkan sentiasa berdoa apabila menghadapi tekanan atau masalah hidup.

5. Masyarakat yang suka bersedekah. Huraian:Hal ini digambarkan melalui watak Soleh Johnsons yang suka bersedekah.

6. Masyarakat tenteraHuraian:Mejar (B) Kamarudin bin Ahmad merupakan bekas pegawai tentera dari 4 RAMD.

7. Masyarakat orang AsliHuraian:Tok Batin Senik merupakan Tok Batin bagi masyarakat orang asli yang menyelamatkan Faridah dan Iqbal di Bukit Kutu.

8. Masyarakat yang rindu akan anaknyaHuraian:Salmah sangat menderita kerana terlalu rindu akan anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia. Akhirnya dia meninggal dunia.

9. Masyarakat yang tabah menghadapi cabaranHuraian:Faridah yang kehilangan adik kembar, ibu, dan suaminya, tabah menghadapi dugaan dan memulakan hidup baharu di New Zealand.

Page 23: LATIHAN PENUH KERTAS 2-PULAU PINANG 2013.docx

10. Masyarakat yang berdikariHuraian:Azrul tidak mengharapkan kerja makan gaji, sebaliknya mengusahakan penternakan kambing dan tapak semaian untuk menampung kehidupannya.

11. Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan dalam memperjuangkan IslamHuraian:Hal ini digambarkan melalui watak Muhamed Attar, dan kawan-kawan Benny yang lain.

12. Masyarakat yang mempercayai kemampuan bomoh untuk menyelesaikan masalahHuraian:Sarjan Yusof mencadangkan misteri kehilangan Faridah dan Iqbal diselesaikan oleh Bomoh setelah pihak polis gagal menemui mereka.

13. Masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halusHuraian:Buyung menegaskan bahawa makhluk halus memang wujud dalam masyarakat kita.

Skema Pemarkahan1. Beri 1 markah bagi penyataan latar masyarakat yang betul

(2 latar masyarakat)2. Beri 2 markah bagi huraian/contoh yang lengkap/jelas

(2 huraian/contoh latar masyarakat )3. Markah isi maksimum 6 markah4. Markah bahasa maksimum 2 markah5. Maksimum markah 8