1
UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI . CARI . Khamis, Ogos 11, 2016 | A- | A | A+| EN | RU | AR BERITA » Program Inkubasi Usahawantani UPM latih 236 peserta, 53 syarikat ditubuh Oleh Azman Zakaria Foto oleh Noor Azreen Awang Sahbani Saimin,Felo Perunding Kanan, Unit Inkubasi Usahawantani UPM SERDANG, 8 Ogos Program Inkubasi Usahawantani yang dilaksanakan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) sejak 2012, sehingga kini sudah melatih 236 peserta manakala 53 syarikat yang beroperasi di seluruh negara berjaya ditubuhkan oleh peserta. Felo Perunding Kanan, Unit Inkubasi Usahawantani UPM, Sahbani Saimin berkata nilai turnoversemua syarikat pula meningkat daripada RM300,000 pada 2013 kepada RM5 juta pada 2015, dan dijangka meningkat kepada RM7 juta pada akhir tahun ini. Justeru katanya, Program Inkubasi Usahawantani bukan sahaja dapat melahirkan usahawan tetapi juga menyumbang kepada bekalan makanan negara bagi memenuhi permintaan. Beliau berkata, program itu bertujun melahirkan graduan yang mempunyai atribut keusahawan pertanian yang berkaitan bidang pertanian merangkumi aspek pengeluaran, pemprosesan dan perniagaantani. Ia pertama kali dianjurkan oleh UPM pada 2012 dan berterusan sehingga kini. Lapan modul atau kursus ditawarkan iaitu tanaman rock melon secara fertigasi, akuakultur (ternakan ikan tilapia), ternakan ayam kampung kacukan, ternakan ruminan, bioteknologi (penghasilan biokompos), pengurusan perkhidmatan makanan, ekopelancongan, dan perdagangan (traders). Program dilaksanakan selama enam bulan secara sepenuh masa dari Januari hingga Jun. Peserta terbuka kepada graduan yang berkelayakan minimum peringkat diploma sama ada bidang pertanian atau bukan pertanian dan berumur kurang daripada 30 tahun. Pada dua bulan pertama, peserta diberi pendedahan dan pengetahuan mengenai bidang keusahawan berkaitan perundingan perniagaan berkesan, pembangunan pelan perniagaan, penulisan laporan perniagaan dan aspek motivasi serta jati diri. Peserta juga akan diberikan maklumat berkaitan tatacara penubuhan syarikat, prosedur pinjaman daripada institusi kewangan serta peranan dan dasar kerajaan berkaitan pembangunan usahawan. Bagi tempoh empat bulan berikutnya, peserta akan melaksanakan projek sebenar di lapangan mengikut modul masing-masing. Peserta dibahagikan kepada kumpulan dan diberikan pinjaman modal tanpa faedah sebanyak RM10,000 sebagai pendahuluan bagi memulakan projek. Peserta akan dilatih menguruskan projek dengan kaedah pengurusan projek terkini bermula daripada peringkat pengeluaran sehingga pemasaran produk. Ia bagi meningkatkan pengetahuan pengurusan dan teknikal projek kepada peserta bagi memastikan penggunaan sumber yang optimum dan pulangan projek yang maksimum.. - UPM RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra Malaysia Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 11 Aug 2016 MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN Page 1 of 1 Universiti Putra Malaysia 11/8/2016 http://www.upm.edu.my/berita/details/latihinkubasibm

latihinkubasibm - CORELapan modul atau kursus ditawarkan iaitu tanaman rock melon secara fertigasi, akuakultur (ternakan ikan tilapia), ternakan ayam kampung kacukan, ternakan ruminan,

  • Upload
    others

  • View
    47

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: latihinkubasibm - CORELapan modul atau kursus ditawarkan iaitu tanaman rock melon secara fertigasi, akuakultur (ternakan ikan tilapia), ternakan ayam kampung kacukan, ternakan ruminan,

UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI

.CARI .

Khamis, Ogos 11, 2016

| A- | A | A+| EN | RU | AR

BERITA »

Program Inkubasi Usahawantani UPM latih 236 peserta, 53 syarikat ditubuh

Oleh Azman ZakariaFoto oleh Noor Azreen Awang

Sahbani Saimin,Felo Perunding Kanan, Unit Inkubasi Usahawantani UPM

SERDANG, 8 Ogos – Program Inkubasi Usahawantani yang dilaksanakan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) sejak 2012, sehingga kini sudah melatih 236 peserta manakala 53 syarikat yang beroperasi di seluruh negara berjaya ditubuhkan oleh peserta.

Felo Perunding Kanan, Unit Inkubasi Usahawantani UPM, Sahbani Saimin berkata nilai ‘turnover’ semua syarikat pula meningkat daripada RM300,000 pada 2013 kepada RM5 juta pada 2015, dan dijangka meningkat kepada RM7 juta pada akhir tahun ini.

Justeru katanya, Program Inkubasi Usahawantani bukan sahaja dapat melahirkan usahawan tetapi juga menyumbang kepada bekalan makanan negara bagi memenuhi permintaan.

Beliau berkata, program itu bertujun melahirkan graduan yang mempunyai atribut keusahawan pertanian yang berkaitan bidang pertanian merangkumi aspek pengeluaran, pemprosesan dan perniagaantani. Ia pertama kali dianjurkan oleh UPM pada 2012 dan berterusan sehingga kini.

Lapan modul atau kursus ditawarkan iaitu tanaman rock melon secara fertigasi, akuakultur (ternakan ikan tilapia), ternakan ayam kampung kacukan, ternakan ruminan, bioteknologi (penghasilan biokompos), pengurusan perkhidmatan makanan, ekopelancongan, dan perdagangan (traders).

Program dilaksanakan selama enam bulan secara sepenuh masa dari Januari hingga Jun. Peserta terbuka kepada graduan yang berkelayakan minimum peringkat diploma sama ada bidang pertanian atau bukan pertanian dan berumur kurang daripada 30 tahun.

Pada dua bulan pertama, peserta diberi pendedahan dan pengetahuan mengenai bidang keusahawan berkaitan perundingan perniagaan berkesan, pembangunan pelan perniagaan, penulisan laporan perniagaan dan aspek motivasi serta jati diri.

Peserta juga akan diberikan maklumat berkaitan tatacara penubuhan syarikat, prosedur pinjaman daripada institusi kewangan serta peranan dan dasar kerajaan berkaitan pembangunan usahawan.

Bagi tempoh empat bulan berikutnya, peserta akan melaksanakan projek sebenar di lapangan mengikut modul masing-masing. Peserta dibahagikan kepada kumpulan dan diberikan pinjaman modal tanpa faedah sebanyak RM10,000 sebagai pendahuluan bagi memulakan projek.

Peserta akan dilatih menguruskan projek dengan kaedah pengurusan projek terkini bermula daripada peringkat pengeluaran sehingga pemasaran produk. Ia bagi meningkatkan pengetahuan pengurusan dan teknikal projek kepada peserta bagi memastikan penggunaan sumber yang optimum dan pulangan projek yang maksimum.. - UPM

RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra MalaysiaPaparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 11 Aug 2016

MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN

Page 1 of 1Universiti Putra Malaysia

11/8/2016http://www.upm.edu.my/berita/details/latihinkubasibm