9
11 KENYATAAN SEBUT HARGA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Kontraktor-kontrakor yang berpengalaman serta berkeupayaan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang 130201 dan 140201 di Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan dengan pendaftaran masih sah laku tempohnya adalah dipelawa untuk membuat tawaran harga bagi kerja-kerja berikut:- No. Sebut harga Sebut Harga Pendaftaran Kontraktor Tarikh Taklimat / Lawatan Tapak Tarikh Tutup APM BIL 10/2016 MENJALANKAN KERJA-KERJA SERVIS SET JANAKUASA TUNGGU SEDIA DI AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA Kementerian Kewangan Malaysia Kod Bidang : 130201 dan 140201 3 November 2016 (Khamis) 10.00 pagi Bilik Melur Blok AK1 Akademi Percukaian Malaysia 10 November 2016 (Khamis) 12.00 t/hari Dokumen sebut harga boleh diambil semasa sesi taklimat / lawatan tapak pada tarikh dan masa seperti di atas di:- AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA Pejabat Pendaftar, Bahagian Kewangan Persiaran Wawasan, Seksyen 14, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Kontraktor diwajibkan menghadiri sesi taklimat / lawatan tapak pada tarikh tersebut. Dokumen sebut harga tidak akan diberi sekiranya Kontraktor gagal menghadiri sesi taklimat / lawatan tapak projek. 2. Untuk makluman, tuan/puan boleh mendapatkan iklan sebut harga berkenaan melalui Laman Web LHDNM seperti berikut: http://www.hasil.gov.my.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI · PDF fileSERVIS SET JANAKUASA TUNGGU SEDIA DI AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA Percukaian ... Nota-nota Perlindungan dan resit-resit

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI  · PDF fileSERVIS SET JANAKUASA TUNGGU SEDIA DI AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA Percukaian ... Nota-nota Perlindungan dan resit-resit

11

KENYATAAN SEBUT HARGA

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Kontraktor-kontrakor yang berpengalaman serta berkeupayaan dan berdaftar dengan Kementerian

Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang 130201 dan 140201 di Daerah Hulu Langat, Selangor Darul

Ehsan dengan pendaftaran masih sah laku tempohnya adalah dipelawa untuk membuat tawaran harga

bagi kerja-kerja berikut:-

No. Sebut harga

Sebut Harga Pendaftaran Kontraktor

Tarikh Taklimat / Lawatan Tapak

Tarikh Tutup

APM BIL 10/2016

MENJALANKAN KERJA-KERJA

SERVIS SET JANAKUASA TUNGGU

SEDIA DI AKADEMI PERCUKAIAN

MALAYSIA

Kementerian Kewangan Malaysia

Kod Bidang : 130201 dan 140201

3 November 2016 (Khamis)

10.00 pagi Bilik Melur Blok AK1 Akademi

Percukaian Malaysia

10

November 2016

(Khamis)

12.00 t/hari

Dokumen sebut harga boleh diambil semasa sesi taklimat / lawatan tapak pada tarikh dan masa seperti di atas di:-

AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA Pejabat Pendaftar, Bahagian Kewangan

Persiaran Wawasan, Seksyen 14, 43650 Bandar Baru Bangi,

Selangor

Kontraktor diwajibkan menghadiri sesi taklimat / lawatan tapak pada tarikh tersebut. Dokumen sebut harga tidak akan diberi sekiranya Kontraktor gagal menghadiri sesi taklimat / lawatan tapak projek.

2. Untuk makluman, tuan/puan boleh mendapatkan iklan sebut harga berkenaan melalui

Laman Web LHDNM seperti berikut: http://www.hasil.gov.my.

Page 2: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI  · PDF fileSERVIS SET JANAKUASA TUNGGU SEDIA DI AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA Percukaian ... Nota-nota Perlindungan dan resit-resit

12

3. Kontraktor diwajibkan mengemukakan salinan Sijil Pendaftaran Asal yang masih sah

tempohnya yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) untuk

semakan sebelum dibenarkan mengambil dokumen sebut harga.

4. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang

dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. sebut harga serta tajuk sebut harga

dan dimasukkan dalam Peti Sebut Harga Akademi Percukaian Malaysia, Pejabat

Pendaftar, Bahagian Kewangan, Seksyen 14, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Dikeluarkan Oleh :

Akademi Percukaian Malaysia Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

27 Okt. 2016

No. Tel : 03-89243600 No. Faks: 03-89250645

Page 3: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI  · PDF fileSERVIS SET JANAKUASA TUNGGU SEDIA DI AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA Percukaian ... Nota-nota Perlindungan dan resit-resit

13

(Kew. 284-Pin.2/94)

LAMPIRAN Q Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

No. Sebut harga : APM BIL 10/2016

KERAJAAN MALAYSIA

(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170) NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN BARANG-BARANG/PERKHIDMATAN/KERJA

Kepada (Nama Syarikat) .......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................... No. Telefon : No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia : ……………… Gred, Kategori dan Pengkhususan yang relevan dengan Kerja-kerja ini : Kod Bidang : 130201 dan 140201

Pelawaan sebut harga dikeluarkan oleh Jabatan (Alamat Lengkap) Akademi Percukaian Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Seksyen 14, Persiaran Wawasan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. No. Telefon : 03-89243600 Tarikh : 27 Oktober 2016

Sila beri sebut harga untuk bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:-

1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan : Dengan Tangan.

1.2 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan kerja adalah berdasarkan Surat Setuju Terima.

1.3 Semua Kontraktor yang berdaftar sebagai kontrak pusat sistem panel dengan

Kementerian Kewangan Malaysia yang berminat dikehendaki mendapat dan mengemukakan dokumen sebut harga berkaitan ke Akademi Percukaian Malaysia (APM), Persiaran Wawasan, Seksyen 14, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

1.4 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda "Sebut Harga APM Bilangan 10/2016" di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

1.5 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas pada atau sebelum 10 November 2016 (Khamis), 12.00 tengah hari.

Tarikh : 27 Okt. 2016

Page 4: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI  · PDF fileSERVIS SET JANAKUASA TUNGGU SEDIA DI AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA Percukaian ... Nota-nota Perlindungan dan resit-resit

14

SYARAT-SYARAT AM KONTRAK 1. Pemeriksaan tapak bina

Kontraktor adalah dinasihatkan untuk memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina hendaklah diperolehi sendiri termasuk segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal keadaan yang mempengaruhi dan menjejas Sebutharga. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.

2. Insurans 2.1 Kontraktor hendaklah mengambil insuran atas nama bersama LHDNM dan

Kontraktor seperti berikut (yang mana berkenaan):

a. Insuran Liabiliti Awam b. Insurans Kerja c. Nombor Pendaftaran dengan PERKESO bagi kesemua pekerjanya.

2.2 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua polisi

insuran dan nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan kerja. Bagaimanapun untuk tujuan memulakan kerja sahaja, Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya kontraktor gagal mengemukakan semua polisi Insurans (yang mana berkaitan) selepas tempoh sah Nota-nota Perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pegawai Inden berhak mengambil tindakan yang sewajarnya.

3. Bon Pelaksanaan

3.1 Bagi kontrak kerja yang bernilai melebihi RM200,000, kontraktor hendaklah

menyediakan Bon Pelaksanaan yang merupakan 5% daripada nilai kontrak. Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam Ringgit Malaysia (RM) dari bank-bank atau institusi-institusi kewangan yang dibenarkan oleh Perbendaharaan.

3.2 Kontraktor hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan atas nama Ketua

Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia sama ada dalam bentuk Jaminan Bank/Syarikat Kewangan atau Jaminan Bank Islam atau Jaminan Insurans atau Jaminan Takaful atau Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia (SME Bank).

Page 5: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI  · PDF fileSERVIS SET JANAKUASA TUNGGU SEDIA DI AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA Percukaian ... Nota-nota Perlindungan dan resit-resit

15

4. Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP)

4.1 Bagi kontrak kerja yang bernilai di antara RM20,000 hingga RM50,000 Tempoh Tanggung Kecacatan hendaklah selama enam (6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap oleh LHDNM. Dalam kes-kes tertentu oleh kerana jenis dan kerumitan kerja, Tempoh Tanggung Kecacatan yang lebih lama daripada enam (6) bulan boleh dikenakan. Bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal tempoh waranti ke atas alat-alat dan loji-loji adalah dua belas (12) bulan.

4.2 Bagi kontrak kerja yang bernilai melebihi RM50,000 Tempoh Tanggung

Kecacatan hendaklah selama dua belas (12) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap oleh LHDNM. Dalam kes-kes tertentu oleh kerana jenis dan kerumitan kerja, Tempoh Tanggung Kecacatan yang lebih lama daripada dua belas (12) bulan boleh dikenakan. Bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal tempoh waranti ke atas alat-alat dan loji-loji adalah dua belas (12) bulan.

4.3 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan,

ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati sebutharga ini apabila diarahkan oleh Pegawai Inden dan dalam masa yang berpatutan. Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain atas kos Kontraktor sendiri.

4.4 Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan,

kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain seperti diarahkan, Pegawai Inden berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar kepada Kontraktor atau, jika baki itu tiada tidak mencukupi, mengeluarkan surat pengesyoran kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) untuk menggantungkan pendaftaran Kontraktor, dan menghantar salinan-salinan surat tersebut kepada Pengarah Kerja Raya/Ketua Jabatan, Bahagian Pembangunan Bumiputera, Kementerian Kerja Raya dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). Bagi kerja-kerja elektrik/mekanikal, salinan surat hendaklah dihantar kepada Pengarah Cawangan Kerja Elektrikal/ Pengarah Cawangan Kerja Mekanikal.

5. Peraturan pelaksanaan kerja

5.1 Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi spesifikasi, pelan-pelan,

butir-butir kerja dalam Ringkasan Sebutharga dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebutharga ini dan arahan Pegawai Inden atau wakilnya.

5.2 Kontraktor hendaklah mengambil gambar kemajuan kerja di tapak bina.

Gambar-gambar yang diambil hendaklah merangkumi keseluruhan kerja-kerja. Peringkat yang perlu diambil adalah seperti berikut :

i) Sebelum kerja-kerja dimulakan. ii) Semasa kerja-kerja sedang dijalankan. iii) Selepas kerja-kerja siap dilaksanakan.

Page 6: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI  · PDF fileSERVIS SET JANAKUASA TUNGGU SEDIA DI AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA Percukaian ... Nota-nota Perlindungan dan resit-resit

16

5.3 LAPORAN SIAP KERJA perlu dikemukakan dalam 3 salinan kepada pihak LHDNM selepas kerja-kerja siap dilaksanakan. LAPORAN SIAP KERJA tersebut hendaklah mengandungi, tetapi tidak terhad : i) Salinan surat tawaran daripada LHDNM. ii) Salinan polisi insurans liabiliti awam, polisi insurans kerja dan Nombor

perkeso pekerja. iii) Salinan sijil-sijil syarikat (LPIPM, PKK, MOF dan sebagainya yang

mana berkenaan). iv) Salinan Borang Sebutharga yang telah dipersetujui. v) Salinan perakuan penerimaan / kelulusan barangan daripada agensi

yang berkaitan. vi) Katalog semua barangan yang digunakan. vii) Lukisan as-built . viii) Lukisan single line diagram bagi keseluruhan sistem. ix) Keputusan ujian penerimaan mesti disaksikan oleh wakil daripada

LHDNM. Ujian tanpa kehadiran wakil LHDNM adalah tidak boleh diterima.

x) Operation Manual. xi) Orang untuk dihubungi sekiranya terdapat apa-apa masalah. xii) Gambar-gambar seperti di para 5.2 (i), (ii) dan (iii) beserta penerangan. xiii) Lain-lain yang berkaitan.

5.4 LAPORAN SIAP KERJA hendaklah dimajukan kepada LHDNM dalam tempoh satu minggu selepas hand over bersama-sama dengan tuntutan kerja (invoice).

6. Kerja-kerja awalan

6.1 Kontraktor hendaklah mengambil dan menyediakan gambar-gambar persekitaran sebelum, semasa dan selepas kerja-kerja dilaksanakan.

6.2 Kontraktor mesti menyediakan contoh-contoh bahan yang akan digunakan dan

mengemukakan kepada LHDNM sebelum memulakan kerja [Contoh: kabel, perkakasan dan lain-lain yang berkaitan]. Bahan tersebut perlu mendapat persetujuan LHDNM terlebih dahulu sebelum kerja-kerja dilakukan.

6.3 Penghantaran perkakasan hendaklah berpandukan kepada spesifikasi yang

dinyatakan.

7. Kerja-kerja pendawaian elektrik Sekiranya kontraktor utama tidak mempunyai sijil dalam kerja-kerja elektrik, kontraktor utama hendaklah melantik pembekal elektrik yang berdaftar dengan LPIPM Gred 1 ke atas/Kategori ME / Pengkhususan E04 atau E11 dan Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam kelas D ke atas sebagai sub kontraktor. Kontraktor utama hendaklah mengeluarkan surat tawaran perlantikan kepada sub-kontraktor elektrik tersebut. Kontraktor utama mesti mengemukakan sesalinan sijil-sijil dari LPIPM dan ST sub-kontraktor yang masih sah laku tempoh dan diserahkan kepada LHDNM bersama-sama dengan surat tawaran yang dinyatakan tadi. Skematik pendawaian elektrik mesti dikemukakan untuk disahkan oleh pegawai LHDNM sebelum kerja-kerja pendawaian dijalankan. Kerja-kerja akan diawasi oleh pegawai LHDNM yang berkelayakan. Kontraktor hendaklah

Page 7: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI  · PDF fileSERVIS SET JANAKUASA TUNGGU SEDIA DI AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA Percukaian ... Nota-nota Perlindungan dan resit-resit

17

membuat ujian-ujian yang berkaitan dan mentauliah sistem untuk memastikan sistem berada dalam keadaan baik dan berfungsi.

8. Kerja-kerja ICT

Sekiranya kontraktor utama tidak mempunyai sijil berkaitan dalam kerja-kerja ICT, kontraktor utama mestilah melantik pembekal/sub-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 210105 (Telecommunications/networking-supply product, infrastructure, services including maintenance).

9. Penjagaan kerja

Kontraktor akan bertanggungjawab ke atas penjagaan semua kerja-kerja, bahan-bahan yang akan dibawa masuk ke tapak bagi tujuan menjalankan kerja-kerja dalam kontrak. Kontraktor diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan tapak dan sebarang pembakaran adalah tidak dibenarkan.

10. Pembersihan tapak Kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya membersihkan kawasan tapak kerja dan membawa keluar semua sampah dan sisa kerja-kerja penyelenggaraan keluar dari tapak bina ke tempat pembuangan yang dibenarkan oleh Penguasa Tempatan berkenaan. Kerja-kerja pembersihan tapak hendaklah dilakukan secara berkala.

11. Kegagalan kontraktor memulakan kerja

Sekiranya kontraktor gagal memulakan kerja selepas 7 hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden Kerja, tanpa sebab-sebab yang munasabah, Inden Kerja akan dibatalkan oleh Pegawai Inden dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap kontraktor.

12. Sub-sewa dan Menyerahhak Kerja

Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan Kerja kepada Kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerahhak apa-apa faedah di bawah Inden ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Inden.

13. Pelarasan Harga Kontrak

Sekiranya terdapat kadar harga yang tidak munasabah dalam Dokumen Sebutharga mengikut perkiraan LHDNM, maka LHDNM berhak menyelaraskan kadar harga tersebut.

14. Penamatan perlantikan kontraktor

Page 8: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI  · PDF fileSERVIS SET JANAKUASA TUNGGU SEDIA DI AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA Percukaian ... Nota-nota Perlindungan dan resit-resit

18

Pegawai Inden berhak membatalkan Inden Kerja sekiranya kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Inden:

14.1 Sekiranya kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa

yang telah ditetapkan; 14.2 Kemajuan Kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah; 14.3 Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa

sebab yang munasabah; 14.4 Tidak mematuhi arahan Pegawai Inden tanpa apa-apa alasan yang

munasabah; 14.5 Apabila kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah dan; 14.6 Memberikan, menyewa, menyerahkan atau perkara seumpamanya kepada

pihak ketiga keseluruhan atau sebahagian kerja yang telah di anugerahkan kepada kontraktor kecuali kerja-kerja yang telah dinyatakan secara jelas dalam dokumen sebutharga atau kerja-kerja mendapat kebenaran khas daripada Pegawai Inden.

15. Perubahan kerja

15.1 Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan

yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Segala arahan untuk perubahan skop kerja, spesifikasi dan sebagainya hendaklah diterima daripada Pegawai Inden sahaja.

15.2 Sekiranya terdapat perkara/perihal/kuantiti/unit atau sebagainya yang

meragukan, kontraktor hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden untuk penjelasan lanjut. Sebarang kerja tambahan atau perubahan tidak boleh dilaksanakan tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada Pegawai Inden dan mendapat pengesahan.

15.3 Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai

Inden akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebutharga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Inden dan kontraktor hendaklah digunakan.

15.4 Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya kontraktor gagal mematuhi

arahan seperti di para 15.1 dan para 15.3 di atas. Proses bayaran kepada kontraktor akan terjejas dan LHDNM tidak akan menanggung segala kos yang mungkin timbul.

16. Denda lewat

Denda lewat menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan adalah dengan kadar RM300.00 sehari kecuali kontraktor layak menerima lanjutan masa yang diluluskan oleh Pegawai Inden.

17. Peraturan membayar selepas siap

Page 9: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI  · PDF fileSERVIS SET JANAKUASA TUNGGU SEDIA DI AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA Percukaian ... Nota-nota Perlindungan dan resit-resit

19

Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya dengan mengemukakan LAPORAN SIAP KERJA kepada pihak LHDNM. Perakuan Siap Kerja akan dikeluarkan oleh pihak LHDNM sekiranya kerja diperakui siap. Kontraktor hendaklah mengembalikan Borang-borang Inden Asal berserta invois asal kepada Pegawai Inden.

18. Perakuan Siap Kerja

Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja disiapkan dengan sempurna dan memuaskan. Tarikh siap kerja ini bermulanya Tempoh Tanggungan Kecacatan.

19. Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan

Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik sahaja kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain.

20. Penjelasan lanjut

Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebutharga yang tidak jelas atau bercanggah, kontraktor boleh menghubungi pejabat ini untuk penjelasan lanjut.

21. Pematuhan kepada undang-undang oleh kontraktor

Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-Undang Kecil dan Undang-Undang Berkanun dalam Malaysia termasuk terma-terma dalam lampiran “SYARAT-SYARAT AM KONTRAK” ini semasa pelaksanaan kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.

22. Laporan kemajuan kerja

Kontraktor hendaklah mengemukakan Laporan Kemajuan Kerja pada setiap minggu kepada Pegawai Inden.