4
Muka surat 1 daripada 4 Kenyataan Media LHDNM, 9 Julai 2015 LHDNM TERUS MENGIMARAHKAN RAMADHAN Cyberjaya, 9 Julai - Bulan Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya, namun ia tidak sedikit pun menghalang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk terus mengimarahkan bulan mulia ini dengan menggerakkan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya (CSR). Menerusi usaha beberapa Persatuan dan Kesatuan Pekerja yang bernaung di bawah LHDNM satu majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri bagi meraikan tujuh buah rumah kebajikan telah dilangsungkan di Ibu Pejabatnya di Cyberjaya. Dalam majlis yang sama anak-anak yatim dan istimewa dalam kalangan anak warga kerja LHDNM turut diraikan dan mendapat duit raya sebagai membantu persediaan mereka untuk menyambut Aidilfitri. Menurut Tan Sri Datuk Wira Dr. Mohd Shukor Mahfar, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, program seumpama ini merupakan aktiviti rutin LHDNM setiap kali tibanya Bulan Ramadhan dan menjelangnya hari raya. Setiap warga kerja LHDNM digalakkan untuk memberikan sedikit sumbangan daripada duit gaji mereka sebagai tanda berkongsi rezeki dan kesusahan golongan yang kurang bernasib baik. “Program hari ini hanyalah salah satu daripada beberapa program Ihya’ Ramadhan yang kami anjurkan di seluruh negara. Pejabat LHDNM di setiap negeri turut melaksanakan program CSR mereka masing-masing. Kami berharap wang sumbangan tersebut dapat diuruskan sebaiknya oleh semua penerima sumbangan untuk membeli barang keperluan mereka.” katanya ketika majlis penyampaian sumbangan tersebut semalam. Untuk siaran segera

LHDNM TERUS MENGIMARAHKAN RAMADHAN

  • Upload
    vuquynh

  • View
    221

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: LHDNM TERUS MENGIMARAHKAN RAMADHAN

Muka surat 1 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 9 Julai 2015

LHDNM TERUS MENGIMARAHKAN RAMADHAN

Cyberjaya, 9 Julai - Bulan Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya, namun ia tidak

sedikit pun menghalang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk terus

mengimarahkan bulan mulia ini dengan menggerakkan aktiviti tanggungjawab sosial

korporatnya (CSR).

Menerusi usaha beberapa Persatuan dan Kesatuan Pekerja yang bernaung di bawah

LHDNM satu majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri bagi meraikan tujuh buah rumah

kebajikan telah dilangsungkan di Ibu Pejabatnya di Cyberjaya. Dalam majlis yang sama

anak-anak yatim dan istimewa dalam kalangan anak warga kerja LHDNM turut diraikan

dan mendapat duit raya sebagai membantu persediaan mereka untuk menyambut

Aidilfitri.

Menurut Tan Sri Datuk Wira Dr. Mohd Shukor Mahfar, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM,

program seumpama ini merupakan aktiviti rutin LHDNM setiap kali tibanya Bulan

Ramadhan dan menjelangnya hari raya. Setiap warga kerja LHDNM digalakkan untuk

memberikan sedikit sumbangan daripada duit gaji mereka sebagai tanda berkongsi

rezeki dan kesusahan golongan yang kurang bernasib baik.

“Program hari ini hanyalah salah satu daripada beberapa program Ihya’ Ramadhan yang

kami anjurkan di seluruh negara. Pejabat LHDNM di setiap negeri turut melaksanakan

program CSR mereka masing-masing. Kami berharap wang sumbangan tersebut dapat

diuruskan sebaiknya oleh semua penerima sumbangan untuk membeli barang keperluan

mereka.” katanya ketika majlis penyampaian sumbangan tersebut semalam.

Untuk siaran segera

Page 2: LHDNM TERUS MENGIMARAHKAN RAMADHAN

Muka surat 2 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 9 Julai 2015

Ketika ditanya mengenai prestasi penerimaan Borang B Cukai Tahun Taksiran 2014 yang

telah tamat tarikh penghantarannya pada 30 Jun lalu, beliau memaklumkan bahawa

tarikh tutup 30 Jun tersebut hanya terpakai kepada kaedah penghantaran melalui Borang

Kertas atau manual. Bagi kaedah e-Filing pembayar cukai individu yang mempunyai

punca pendapatan daripada perniagaan masih mempunyai masa sehingga 15 Julai

2015. “Justeru kami nasihatkan kepada mana-mana pembayar cukai yang masih belum

hantar borang nyata mereka agar menghantarnya menggunakan kaedah e-Filing untuk

mengelak dari dikenakan penalti lewat hantar borang nyata” ujar beliau lagi.

Sebagai rekod, sehingga 9 Julai 2015, LHDNM telah menerima 396,983 borang B

berbanding 434,334 borang bagi tempoh sama pada tahun lepas. Angka ini menunjukkan

sedikit penurunan, namun LHDNM yakin angka ini boleh ditingkatkan memandangkan

masih ada lima hari lagi tempoh penghantaran Borang B Cukai Tahun Taksiran 2014

melalui kaedah e-Filing.

# # #

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh: Masrun Bin Maslim |Pegawai Perhubungan Awam (Media) Bahagian Komunikasi Korporat & Multimedia | Jabatan Khidmat Korporat | Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia : 03-8313 8888 samb. 21326 / 21333 | : 03-8313 7836 Pusat Panggilan : 1-800-88-5436 (LHDN) | Laman Web : www.hasil.gov.my

Tarikh : 9 Julai 2015

Page 3: LHDNM TERUS MENGIMARAHKAN RAMADHAN

Muka surat 3 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 9 Julai 2015

Sumbangan berupa 'Duit Raya' diberikan kepada anak-anak yatim oleh YBhg. Kolonel (K) Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Shukor bin Hj. Mahfar, Ketua Pegawai Eksekutif, LHDNM.

YBhg. Datuk Aznil bin Hj. Nawawi, Ikon Kempen Cinta Malaysia, LHDNM juga turut hadir

memeriahkan Majlis Berbuka Puasa sempena Ihya’ Ramadhan LHDNM 2015

Page 4: LHDNM TERUS MENGIMARAHKAN RAMADHAN

Muka surat 4 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 9 Julai 2015

Sesi Penyampaian Sumbangan Ihya’ Ramadhan kepada Pusat Jagaan Anak Yatim dan

Miskin Sri Kundang, Rawang.