14
BALIK PULAU , PULAU PINANG. Salah satu kajian untuk pembanguan ekonomi di kawasan Pulau Penang ialah Balik Pulau. Balik Pulau terletak di daerah barat daya Pulau Pinang dan di belakang Bukit Bendera dan mengadap Lautan Hindi dan Selat Melaka . Oleh itu ia terdedah kepada obak besar seperti tsunami 2004. Ini merupakan sesuatu tragedi yang tidak dilupai bagi orang tempatan di sini kerana banyak orang terkorban. Pekan ini agak terpencil dan lambat membangun berbanding dengan bandar raya George Town . Jalan perhubungan yang paling kerap digunakan ialah jalan raya dan satu lain yang kerap digunakan ialah bot nelayan . Jalan raya dari Bayan Lepas di selatan , dari Teluk Bahang di utara dan Jalan tengah dari Relau . Secara congak, Balik Pulau mencakupi kawasan seluas hampir 200 km persegi, yakni hampir separuh Pulau Pinang (tidak termasuk Seberang Perai) ataupun sekitar 20% negeri Pulau Pinang. Begitupun, penduduknya hanya berjumlah sekitar 50,000 orang, yakni cuma 3% penduduk negeri Pulau Pinang yang berjumlah sekitar 1.6 juta orang. Justeru, Balik Pulau secara amnya masih dalam kategori 'desa' dengan kebanyakan bahagiannya masih dipenuhi dengan hutan-hutan simpan, kawasan pertanian dan kampung-kampung tradisi. Secara keseluruhannya kawasan di sini menghijau kerana dijadikan hutan simpan. Antaranya ialah Hutan Simpan Bukit Gemuruh , Hutan Simpan Bukit Genting Hutan Simpan Pantai Aceh dan Hutan Simpan Teluk Bahang .

Makroekonomi -Balik Pulau

  • Upload
    kymwong

  • View
    66

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

USM assignment

Citation preview

BALIK PULAU , PULAU PINANG.

Salah satu kajian untuk pembanguan ekonomi di kawasan Pulau Penang ialah Balik Pulau. Balik Pulau terletak di daerah barat daya Pulau Pinang dan di belakang Bukit Bendera dan mengadap Lautan Hindi dan Selat Melaka. Oleh itu ia terdedah kepada obak besar seperti tsunami 2004. Ini merupakan sesuatu tragedi yang tidak dilupai bagi orang tempatan di sini kerana banyak orang terkorban. Pekan ini agak terpencil dan lambat membangun berbanding dengan bandar raya George Town. Jalan perhubungan yang paling kerap digunakan ialah jalan raya dan satu lain yang kerap digunakan ialah bot nelayan. Jalan raya dari Bayan Lepas di selatan , dari Teluk Bahang di utara dan Jalan tengah dari Relau. Secara congak, Balik Pulau mencakupi kawasan seluas hampir 200 km persegi, yakni hampir separuh Pulau Pinang (tidak termasuk Seberang Perai) ataupun sekitar 20% negeri Pulau Pinang. Begitupun, penduduknya hanya berjumlah sekitar 50,000 orang, yakni cuma 3% penduduk negeri Pulau Pinang yang berjumlah sekitar 1.6 juta orang. Justeru, Balik Pulau secara amnya masih dalam kategori 'desa' dengan kebanyakan bahagiannya masih dipenuhi dengan hutan-hutan simpan, kawasan pertanian dan kampung-kampung tradisi. Secara keseluruhannya kawasan di sini menghijau kerana dijadikan hutan simpan. Antaranya ialah Hutan Simpan Bukit Gemuruh, Hutan Simpan Bukit Genting Hutan Simpan Pantai Aceh dan Hutan Simpan Teluk Bahang. Selain itu, terdapat banyak kampung kampung dalam pekan ini. Antara kampung yang terdapat di Balik Pulau ialah Kampung Batu Putih , Kampung Batu Kecil , Kampung Sungai Pinang , Kampung Sungai Rusa ,Kampung Permatang Pasir, Kampung Pokok Manggis , Kampung Titi Teras , Kampung Permatang Tengah, Kampung Sungai Burung , Kampung Terang , Kampung Perlis , Kampung Genting, Kampung Genting Dalam, Kampung Shee Tan , Kampung Paya Simpang Empat Genting,Kampung Pagar Buluh , Kampung Masjid , Kampung Baruh ,Kampung Seronok dan Kampung Binjai.Tragedi Tsunami , 2004

Kawasan ini juga menerima kesan daripada kejadian Gempa bumi 26 Disember 2004. Terdapat satu lokasi yang sama taraf kepopularannya dengan durian iaitu Pantai Pasir Panjang. Pantai ini menerima tempias ombak tsunami pada 2004. Walaubagaimanapun ,Kem Pusat Latihan Khidmat Negara White House turut terdapat di sini. Resort ini menjadi pusat latihan kepada pelajar selepas menamatkan alam persekolahan. Selepas kejadian tsunami, pantai sini masih menjadi tempat lepak untuk remaja dan tempat perkelahan untuk sekeluarga. Semasa hujung minggu ,banyak pengunjung-pengunjung akan datang untuk meluangkan masa di tempat ini yang pemandangannya indah sekali.

Kegiatan Ekonomi

Dari segi aktiviti ekonomi, penduduk-penduduk setempat terdapat beberapa bentuk pekerjaan yang dilakukan. Penanaman padi merupakan antara kegiatan yang paling majoriti di sini. Kawasan sawah padi banyak terdapat di Titi Teras. Banyak penduduk-penduduk juga suka akan berjogging di tepi kawasan padi sawah yang cantik ini.

Gambar seperti bawah.

Selain itu ada juga di antara mereka yang menjadi nelayan. Jeti yang biasa digunakan untuk memunggah ikan ialah jeti Pulau Betung dan jeti Jalan Bahru. Pada masa waktu petang, banyak penduduk di Balik Pulau akan pergi ke jeti sini untuk membeli ikan, udang dan makanan laut lain-lain yang baru ditangkap oleh nelayan. Inilah makanan laut yang paling segar dengan harganya lebih murah berbanding di pasar pagi. Di Balik Pulau terdapat ladang kelapa sawit yang terletak di Permatang Pasir dan juga Kuala Sungai Pinang. Ada juga diantara penduduknya yang mengerjakan kebun memandangkan Balik Pulau terkenal dengan buah duriannya dan buah-buahan lain seperti rambutan dan manggis. Durian di sini sedap dan berbuah cantik kerana buahnya diikat dengan tali bergayutan rendah di atas pokok. Semasa musim durian di antara bulan April sampai Jun, anda dapat memerhati banyak kios menjual durian di tepi Jalan Besar Balik Pulau. Pada musim inilah yang paling banyak pelancong atau durian pengemar akan datang ke Balik Pulau dan berlakunya kesesakan jalan raya. Pada waktu yang lain, jarang-jarang di pekan yang kecil ini akan berlaku kesesakan yang begitu teruk. Ada pekebun yang juga akan menjalankan perniagaan menjual durian dengan caj pelanggan-pelanggan yang masuk ke kebun mereka di atas bukit dengan RM30.00 seorang dan makan durian dengan percuma bagi 2 jam. Ini memang satu pengalaman yang baik untuk orang bandar yang tidak pernah nampak pokok durian dan menikmati kecantikan alam semulajadi. Selain itu,terdapat perusahaan Industri Kecil dan Kederhana(IKS) yang mengeluarkan makanan ringan seperti kerepek,maruku dan perusahaan belacan. Disamping itu terdapat kilang memproses mee,koey teow dan makanan yang berasaskan soya dan tepung. Disini juga terdapat kilang batik iaitu di Sungai Rusa dan Jalan Bahru.Tidak ketinggalan banyak kedai makan yang diusahakan oleh penduduk tempatan terutamanya di Jalan Bahru dan Sungai Burung. Kegiatan-kegiatan ini merupakan pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk di sini.Setakat ini tidak ada kilang-kilang atau syarikat-syarikat besar di Balik Pulau untuk memenuhi peluang pekerjaan. Banyak penduduk di sini masih perlu keluar ke bandar seperti Georgetown dan Bayan Lepas untuk bekerja. Penduduk yang bekerja di Balik Pulau majoriti adalah perniagaan sendiri seperti penjajak, kedai runcit , bengkel dan banyak lagi. Kemiskinan yang serius tidak akan berlaku di sini kerana banyak peluang pekerjaan seperti nelayan, petani dan pekebun boleh dilakukan.

Cara Hidup

Walaupun, di sini tak banyak bangunan yang bersejarah , tetapi cara hidup ringkas dan budaya yang traditional mestilah dipelihara dan meneruskan. Seperti, tidak terdapat banyak restoran di sini berbanding dengan luar bandar lain kerana penduduk di sini jarang akan makan luar manakala orang di bandar kebanyakan makan di restoran. Inilah gaya hidup mereka yang jimat. Pada masa yang sama, keadaan ini menunjukkan kebanyakan penduduk di sini memasak di rumah. Oleh itu, restoran untuk makanan malam adalah terhad. Pada tahun 2009 KFC restoran baru buka di Balik Pulau dan banyak penduduk berasa gembira kerana inilah yang amat pertama reatoran makanan segera peringkat antarabangsa dibukakan.

Kebelakangan ini, trend kayuh basikal amat digalakkan di Penang. Pada hujung minggu , banyak penunggang basikal gemar kayu ke Balik Pulau kerana sini mempunyai jalan khas untuk penunggang sambil menikmati alam sekitar yang cantik ini. Pada 18Jun 2012, seramai 500 penduduk dinegeri ini yang menyertai program kayuhan basikal bertemakan Fun Ride Balik Pulau. Program tersebut dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) , Gang Tolak Basikal (GTB) bagi mempromosikan hobi basikal itu yang menyihatkan tubuh badan dan mesra alam sekitar. Menurut Presiden GTB, Shah Headan Ayoob Shah, program ini mendapat sambutan baik peminat aktiviti berbasikal di seluruh Pulau Pinang apanila lebih 500 penyertaan untuk menyertainya.

Gambar atas daripada Utusan Melayu.

Pelancongan

Balik Pulau tidak ada taman tema yang terkenal, pusat membeli belah yang besar ataupun hot spot yang banyak. Keadaan sini lebih kepada daerah pedalaman yang sunyi dan tenang. Jika ada pelancong yang memang suka akan percutian dengan alam semula jadi yang mesra seperti tinggal dalam hutan, Balik Pulau memang ada resort yang macam ini. Kebelakangan ini, selepas pembangunan Balik Pulau oleh kerajaan Malaysia dan banyak pemaju mengembangkan pekan ini. (Pembangunan Balik Pulau yang terperinci akan dibincang pada perenggan di bawah.)

Bao Sheng Durian Villa adalah satu Hotel yang diadakan pada tahun 2001. Keistimewaan Villa ini adalah anda boleh makan durian buffet untuk sarapan, makan tengah dan malam. Ini disebabkan villa ini terletak tepi dusun durian sahaja. Banyak pelancong-pelancong atau orang bandar yang tertekan dalan kehidupan suka datang untuk makan durian dan relaks di villa yang begitu selesa. Tetapi, ada juga keburukan idea ini kerana durian adalah buah-buahan yang bermusim seperti manggis dan rambutan. Selepas musim durian, dalam bulan Ogos hingga Januari, villa ini memang tidak banyak pelancong.

Gambar Villa seperti bawah.

Bukan sahaja durian, makanan seperti laksa juga terkenal di Balik Pulau. Sama ada orang Melayu atau Cina, kedua-dua jenis laksa juga termasyhur bukan sahaja untuk orang Penang tetapi Malaysia.

Laksa yang paling terkenal di kalangan Melayu ialah Laksa Janggus di Kampung Perlis, Balik Pulau. Pada hujung miggu, banyak kereta yang datang daripada bandar ataupun negeri Kedah untuk menikmati laksa ini. Sudah melebihi sepuluh tahun bosnya beroperasi Laksa Janggus ini.

Untuk orang Cina pula, Kim Laksa yang paling terkenal walaupun ada banyak pilihan lagi. Kim Laksa dioperasi oleh sepasang suami isteri yang sudah tua. Setiap hari mereka terhad menjual 200 mangkuk atau bungkus sahaja.

Gambar seperti bawah.

PembangunanSeperti dijelaskan sedikit di perenggan atas, Balik Pulau di tahun 2010 bagaimanapun, sesuai dengannya sebagai pusat pentadbiran Daerah Barat Daya, sedang mengalami pembangunan yang agak pesat dengan kompleks-kompleks awam baru yang telah siap atau hampir siap dibina di sepanjang Jalan Balik Pulau dari Kongsi hingga ke Simpang Empat-Genting - sebuah Masjid Daerah, sebuah Ibu Pejabat Polis, sebuah Perpustakaan, sebuah Mahkamah dan sebuah Mahkamah Syariah. Malah Balik Pulau juga telahpun dicakupi dengan liputan jalur lebar berwayar melalui TM dan tanpa wayar melalui Celcom dan Maxis, dan wajarnya khidmat Unifi TM dalam jangka masa terdekat.

Taman-taman perumahan & beberapa sekolah baru juga tumbuh macam cendawan di Kongsi, Sungai Rusa, Sungai Burung dan Simpang Empat dan Botanica.CT. Botanical CT merangkumi kawasan perumahan dan komersil seluas 300 ekar juga Prince of Wales International School bertapak di sini. Lanjutan daripada penubuhan pusat-pusat pendidikan khusus di Balik Pulau sejak era 80-an lagi, yang kini termasuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Pusat Giat MARA, Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau, Island College of Technology dan Sekolah Teknik Balik Pulau, Balik Pulau akan menyaksikan lebih banyak institusi-institusi pendidikan khusus seperti Sekolah Agama al-Mashoor, Politeknik Balik Pulau. Bukan sahaja orang tempatan Malaysia tinggal di Balik Pulau untuk pelajaran tetapi juga orang luar negara mula bertetap di pekan. Populasi di sini telah meningkat dan ini signifikasi meningkatkan taraf hidup penduduk di sini.

Gambar pusat pelajaran di Balik Pulau.

Seterusnya, pembangunan ekonomi yang signifikasi di Balik Pulau ialah pertumbuhan projek-projek rumah yang banyak. Sebagai contoh, pada masa 20 puluh tahun yang lalu. Rumah berteres di Balik Pulau hanya dijual antara RM 150,000.00 ke RM200,000.00. Tetapi apabila tahun 2005, projek perumahan di Balik Pulau semakin berdaya maju dan kompetitif di dalam pasaran Pulau Pinang. Antara sebab mengapa banyak pelabur suka akan projek di Balik Pulau kerana kaki persegi yang besar dengan harga yang berpatutan jika dibanding dengan kawasan yang lain in Pulau Pinang seperti Tanjung Tokong, Sungai Ara dan Pulau Tikus. Selain itu, tempat di sini sedang berkembang dan memaju dengan banyak pembangun rumah yang terkenal seperti MTT Properties & Development Sdn Bh pembangun bagi projek Botanical CT , VST Group untuk Fragonard Garden, Builders Network Sdn Bhd untuk projek Taman Nyaman Indah. Antara beberapa projek yang dinyatakan, purata satu unit untuk rumah berteres dua tingkat adalah antara RM 450,000.00 ke RM 550,000.00 ataupun untuk rumah bungalow sudah lebih daripada RM 1juta.

Gambar Projek yang seperti bawah.

Botanical CT , Sungai Air Putih.

Fragonard Garden, Jalan Sg Rusa.

Taman Nyaman Indah, Jalan Pondok Upeh.

Ini secara tidak langsung memang meningkatkan populasi dan penduduk di pekan ini dan seterusnya pertumbuhan ekonomi di pekan ini. Lebih penduduk, lebih permintaan. Oleh itu, walaupun di Balik Pulau tidak ada pusat membeli belah yang besar tetapi peningkatan kedai runcit, bengkel motasikal dan kereta , penjaja di pasar , pelajar-pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah sudahpun meningkat. Lebih banyak peluang pekerjaan untuk orang tempatan ataupun orang tempatan lain. Secara keseluruhannya, Balik Pulau hari ini telah berubah wajah.

Cadangan

Jika saya diberi peluang untuk merancangkan pertumbuhan dan pembangunan Balik Pulau untuk masa depan. Saya akan bercadang bahawa menjadikan Balik Pulau sesuatu tempat pelancongan yang terkenal sebagai Taman Hiburan dan Taman Tema yang paling besar di antara Malaysia. Taman hiburan dan taman tema ialah istilah yang digunakan untuk memaksudkan himpunan beraneka tunggangan ria dan tarikan hiburan yang dihimpunkan untuk menghiburkan orang ramai. Setiap bahagian bercirikan idea bahawa suasana di dalamnya mengandungi seni bina, lanskap, kedai, tungganggan dan makanan yang menyokong tema tertentu.Ini meliputi aktiviti luaran yang menyediakan pelbagai keseronokan yang lasak untuk mereka yang menggemari aktiviti yang mendebarkan seprti menunggang kenderaan ATV, flying fox, lomptan bungee serta lapangan paintball. Taman Hidupan Liar memberikan peluang kepada pelawat untuk meneroka suasana semulajadi alam binatang di hutan buatan manusia. Selain itu, Taman Air menyediakan keseronokan menaiki tiub sambil berehat menyusuri aliran air seperti Sunway Lagoon in Kuala Lumpur.Geografi Balik Pulau yang dikelilingi dengan hutan sesuai untuk membina sesuatu taman tema yang merangkumi aktiviti luaran dan juga dalaman. Program-program dalam reakreasi ini sesuai untuk golongan semua dan sekeluarga. Hotel penginapan dan restoran akan dibina dalam Taman Tema ini. Sekeluarga ataupun pelancong-pelancong boleh menginap di resort disini dengan servis spa dan urut. Walaubagaimanapun, Balik Pulau tidak ada pusat membeli belah yang besar, tetapi aktiviti Taman Tema yang besar ini untuk hiburan sekeluarga melarikan diri dari kesibukan kota

Seterusnya, jika budget dibenarkan dan menjadikan taman tema ini antara peringkat antarabangsa. Konsep ini adalah sama denagan Disneyland di mana-mana negara lain seperti Disneyland California, Disneyland Hong Kong ataupun Legoland di Johor Bahru.

Gambar Taman Tema seperti bawa.

Disneyland California dan Disneyland Hong Kong.

Taman Tema Escape, Teluk Bahang,

Taman tema ini bakal akan menjadi tarikan pelancongan baru di Pulau Pinang dan ia adalah lokasi eko-pelancongan paling unik di Pulau Pinang.