18
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN PENGUKUHAN 2010 DRAF

MATEMATIK - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumMATEMATIKT… · Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah untuk Tahun ... matematik dalam pelbagai konteks

  • Upload
    hadang

  • View
    306

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MATEMATIK - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumMATEMATIKT… · Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah untuk Tahun ... matematik dalam pelbagai konteks

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN)

TAHUN PENGUKUHAN

2010

DRAF

Page 2: MATEMATIK - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumMATEMATIKT… · Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah untuk Tahun ... matematik dalam pelbagai konteks

Kementerian Pelajaran Malaysia

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

[ Masalah Pendengaran ]

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

2010

Page 3: MATEMATIK - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumMATEMATIKT… · Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah untuk Tahun ... matematik dalam pelbagai konteks

Cetakan Pertama 2010

© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi

kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,

mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian

Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks

Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Page 4: MATEMATIK - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumMATEMATIKT… · Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah untuk Tahun ... matematik dalam pelbagai konteks

iii

KANDUNGAN MUKA SURAT

Kandungan iii

Rukun Negara iv

Falsafah Pendidikan Kebangsaan v

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) vi

Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK viii

Kurikulum Modular Berasaskan Standard ix

Pendahuluan KSSRPK Bahasa Inggeris 1

Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran Matematik Tahun Pengukuhan

Nombor dan Operasi 4

Sukatan 7

Bentuk dan Dimensi 8

Page 5: MATEMATIK - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumMATEMATIKT… · Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah untuk Tahun ... matematik dalam pelbagai konteks

iv

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai

perpaduan yang erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup

demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan

dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu

masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha

kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 6: MATEMATIK - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumMATEMATIKT… · Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah untuk Tahun ... matematik dalam pelbagai konteks

v

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke

arah lebih memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara

Page 7: MATEMATIK - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumMATEMATIKT… · Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah untuk Tahun ... matematik dalam pelbagai konteks

vi

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

Pendahuluan

Struktur Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pendengaran dibina selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara

menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan sama untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. KSSRPK

Masalah Pendengaran bersifat holistik, dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani

cabaran semasa dan masa depan selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu, KSSRPK Masalah Pendengaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan

Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B) Peraturan-Peraturan Pendidikan

(Pendidikan Khas) 1997,yang menyatakan: “Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh

mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran

dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas”.

KSSRPK Masalah Pendengaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan

dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum supaya semua murid

menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

Matlamat

Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi

aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan

pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.

Page 8: MATEMATIK - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumMATEMATIKT… · Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah untuk Tahun ... matematik dalam pelbagai konteks

vii

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang

Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan

berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi

membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang

dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu:

1. Komunikasi

2. Kerohanian, Sikap dan Nilai

3. Kemanusiaan

4. Sains dan Teknologi

5. Perkembangan Fizikal dan Estetika

6. Keterampilan Diri

Page 9: MATEMATIK - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumMATEMATIKT… · Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah untuk Tahun ... matematik dalam pelbagai konteks

viii

Insanseimbang

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasi

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasiKeterampilan Diri

Pemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

Keterampilan DiriPemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

Insanseimbang

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasi

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasiKeterampilan Diri

Pemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

Keterampilan DiriPemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

Reka Bentuk Kurikulum

Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK

Page 10: MATEMATIK - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumMATEMATIKT… · Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah untuk Tahun ... matematik dalam pelbagai konteks

ix

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran

yang perlu dicapai oleh murid.

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh

persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan.

Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang

mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

Kandungan kurikulum disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri

daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

Page 11: MATEMATIK - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumMATEMATIKT… · Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah untuk Tahun ... matematik dalam pelbagai konteks

1

KSSRPK MATEMATIK PENGENALAN

Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah untuk Tahun Pengukuhan telah digubal bagi menyediakan asas pengetahuan dan kemahiran matematik kepada murid-murid masalah pendengaran. Elemen ini akan menyediakan asas matematik yang kukuh dalam kalangan murid-murid masalah pendengaran. Kandungan matematik dibahagikan kepada empat bidang yang saling berkaitan yang melibatkan nombor dan operasi.

Pembelajaran matematik tidak hanya melibatkan penguasaan konsep asas dan kemahiran dalam matematik. Ia melibatkan pemahaman terhadap pemikiran matematik dan strategi umum dalam menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan sikap positif terhadap matematik sebagai suatu yang penting dalam kehidupan seharian. Adalah diharap dengan adanya pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam matematik, murid masalah pendengaran boleh meneroka, mengadaptasi dan memodifikasi serta membuat inovasi dalam menghadapi pelbagai cabaran pada masa hadapan.

MATLAMAT

Kurikulum matematik sekolah rendah bermatlamat untuk

menyediakan murid masalah pendengaran memahami konsep

nombor dan asas kemahiran dalam matematik yang boleh

mereka gunakan dalam pelbagai konteks, dan membina

pemikiran matematik, strategi dalam penyelesaian masalah,

sikap yang positif serta menghargai peranan matematik dalam

kehidupan seharian.

OBJEKTIF

1. Memahami dan menggunakan konsep serta kemahiran matematik dalam pelbagai konteks

2. Mengenalpasti dan dapat menghubungkait idea-idea matematik dengan bidang lain dalam kehidupan sebenar.

3. Menyatakan idea-idea matematik secara jelas dengan mengunakan bahasa dan sistem simbol.

4. Menggunakan kemahiran-kemahiran serta pengetahuan matematik untuk digunakan dan diadaptasi dengan pelbagai strategi untuk penyelesaian masalah.

5. Berfikir, mengkaji dan menaakul secara matematik dalam kehidupan seharian.

6. Menggunakan sesuatu untuk melahirkan idea-idea matematik serta kaitannya.

7. Menghargai kepentingan serta keindahan matematik . PENEKANAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Proses pengajaran dan pembelajaran matematik menekankan pemahaman. Murid masalah pendengaran diharapkan dapat menggunakan peraturan, konsep dan proses matematik. Penguasaan dalam matematik akan bercambah apabila murid masalah pendengaran dapat menggunakan pengetahuan matematik yang dipelajari secara fleksibel, boleh mengaplikasikan dalam situasi yang lain. 1. Komunikasi

Komunikasi adalah satu cara perkongsian idea dan penjelasan pemahaman matematik. Komunikasi adalah satu proses interaktif yang melibatkan aktiviti seperti berisyarat, mendengar/melihat isyarat, membaca dan memerhati. Apabila murid-murid menaakul tentang matematik bagi menjelaskan apa yang mereka fikir, mereka sebenarnya lebih jelas dan meyakinkan orang lain.

Page 12: MATEMATIK - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumMATEMATIKT… · Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah untuk Tahun ... matematik dalam pelbagai konteks

2

Menerima penjelasan orang lain, memberi peluang kepada murid-murid untuk mempertingkatkan pemahaman mereka. Komunikasi di mana idea-idea matematik diterokai dari pelbagai perspektif dapat membantu menajamkan pemikiran murid serta dapat menghubungkaitkan idea-idea mereka. Aktiviti seperti ini dapat membantu murid masalah pendengaran meningkatkan penguasaan bahasa untuk menjelaskan idea matematik serta menghargai keperluan penggunaan bahasa yang betul.

Beberapa teknik komunikasi secara lisan/berisyarat yang berkesan dalam matematik :

i. Bercerita, bersoal jawab yang menggunakan perkataan / isyarat sendiri.

ii. Bertanya ( lisan/ isyarat ) dan menjawab soalan secara lisan/ isyarat.

iii. Temubual (isyarat) secara berstruktur atau tidak. iv. Perbincangan dalam forum, seminar, perdebatan dan sesi

percambahan minda secara lisan ( isyarat ). v. Pembentangan dapatan tugasan.

Penulisan adalah satu proses berkomunikasi di mana idea-idea matematik dan maklumat dikongsi bersama orang lain dalam bentuk tulisan. Penulisan biasanya adalah hasil perbincangan, sumbang saran dan percambahan minda segala dapatan dan pemerhatian serta hubungannya di antara konsep-konsep yang terlibat semasa proses menyiapkan tugasan.

Contoh aktiviti penulisan adalah : i. Melakukan latihan. ii. Penyediaan buku skrap. iii. Penyediaan folio. iv. Melaksana projek-projek. 2. Membuat perhubungan

Dalam matematik setiap idea tidak berdiri dengan sendirinya, tetapi saling berkaitan. Murid masalah pendengaran sepatutnya digalakkan membuat kaitan di antara idea baru dengan idea yang telah dipelajari. Peluang seharusnya diberi kepada murid masalah pendengaran untuk t mengkaitkan matematik dengan

bidang yang lain. Dengan membuat kaitan murid masalah pendengaran boleh menerima matematik secara holistik dan bukan sesuatu yang terpisah. Oleh itu mereka akan membina kefahaman yang lebih mendalam. Guru boleh membantu membuat perhubungan dengan permasalahan berkaitan matematik dalam bilik darjah dengan memberi galakan murid masalah pendengaran berkomunikasi, menghuraikan dan mempersembahkan idea mereka. Apabila kesemua idea–idea matematik ada kaitan dengan kehidupan seharian mereka, murid akan bertambah peka dan sedar untuk mengaplikasikannya dalam matematik. Mereka juga boleh menggunakkan konteks matematik yang berbeza dalam kehidupan seharian mereka.

3. Pewakilan

“Pewakilan” adalah satu proses penguasaan konsep matematik atau menghubungkannya dengan elemen yang lain(proses) dan elemen itu sendiri(produk). Berkemahiran dalam matematik membolehkan murid untuk mencari hubungan antara idea-idea matematik yang tidak formal, intiusi dan abstrak dengan menggunakkan bahasa harian mereka (isyarat). Murid akan menyedari bahawa sesetengah kemahiran lebih berkesan sekiranya mereka tahu menggunakan elemen “pewakilan” matematik.

4. Menggunakan Teknologi.

Penggunaan teknologi membantu murid memahami konsep matematik secara mendalam, bermakna dan tepat serta membolehkan mereka meneroka konsep-konsep lain dalam matematik. Penggunaan kalkulator, komputer dan perisian pembelajaran, laman web dan internet dapat membantu meningkatkan kemahiran pedagogi guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik.

Page 13: MATEMATIK - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumMATEMATIKT… · Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah untuk Tahun ... matematik dalam pelbagai konteks

3

Bagi murid tahun peralihan, penggunaan kalkulator dan peralatan ICT yang lain boleh digunakan sebagai alat bantu pelajaran. Kaedah ini memberi jalan untuk belajar tentang nombor dan sistemnya serta nilai tempat. Walau bagaimanapun pada tahap ini pelajar tidak digalakkan menggunakan kalkulator sebagai alat mengira. PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Proses pengajaran perlu mengambil kira pengalaman murid yang hendak dibangunkan dan memahami konsep matematik, kemahiran dan peraturan matematik itu sendiri. Penggunaan bahan bantu mengajar perlu jelas untuk membentuk konsep pemahaman dalam matematik. Guru boleh menggunakan bahan maujud untuk membantu murid menggarap pengalaman, idea-idea abstrak, membina intevensi-intevensi, keyakinan diri, menggalakan keupayaan kendiri dan menyemai semangat kerjasama.

Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan perlu mengandungi elemen dinostik supaya murid dapat mengetahui berapa jauh kefahaman. Kemahiran, dan konsep mereka. Bagi membantu murid mempunyai sifat-sifat positif dan dasar nilai matematik, keyakinan dan berfikir secara sistematik untuk digunakan dalam proses pembelajaran. Nilai-nilai murni boleh disemai melalui konteks. Sebagai contoh proses pembelajaran secara berkumpulan boleh membina kemahiran bersosial dan menggalakkan kerjasama serta keyakinan diri. Elemen patriotik boleh juga ditanam melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan topik-topik terancang. Kesemua nilai murni ini perlu diterapkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Di antara pendekatan yang boleh digunakan ialah: i. Proses pengajaran menarik yang berpusatkan kepada

murid. ii. Kebolehan belajar dan gaya belajar. iii. Penggunaan material yang releven sesuai serta efektif. iv. Pembentukan penilaian untuk mengenalpasti

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. v. Pemilihan pendekatan yang sesuai akan melonjakkkan

persekitaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mahupun di luar.

PENILAIAN

Penilaian adalah penting proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian tidak boleh dilihat hanya hasil pembelajaran (sumatif),tetapi juga perlu dilihat secara kesinambungan (formatif) yang mana, guru menyediakan data-data kebolehan murid secara standard. Berpandukan kaedah penetapan kemahiran yang perlu dikuasai, kekuatan dan kelemahan murid dapat dinilai. Perbezaan cara penilaian boleh dijalankan menggunakan beberapa teknik penilaian. Penilaian ini boleh juga secara temuramah, pertanyaan secara terbuka dan tertutup, pemerhatian dan pemberian tugasan.

Proses penilaian kurikulum asas standard termasuk :

i. Penilaian secara formatif dan sumatif. ii. Pelbagai kaedah penilaian termasuk penulisan dan lisan. iii. Penilaian tugasan yang membenarkan murid untuk

mempamerkan pengetahuan termasuk kriteria dalam penilaian.

iv. Perkembangan penilaian menunjukkan peningkatan terhadap pencapaian standard.

v. Penilain tugasan secara integrasi dan tidak hanya mengandungi keputusan akhir.

Page 14: MATEMATIK - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumMATEMATIKT… · Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah untuk Tahun ... matematik dalam pelbagai konteks

4

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN PENGUKUHAN

NOMBOR DAN OPERASI Mengira, Susunan Nombor dan Turutan Nombor

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.0 Membandingkan dua kumpulan objek.

1.1 Membanding dua kumpulan objek dan tanpa mengira, nyatakan kumpulan yang i) banyak atau sedikit ii) lebih, kurang, atau sama banyak

2.0 Mengira objek dalam set diberi dan menulis nombor yang berkaitan.

2.1 Mengira sehingga 50, menggunakan turutan pengiraan yang betul. 2.2 Membaca(berisyarat) dan menulis nombor sehingga 50 dalam bentuk nombor

dan perkataan.

3.0 Memahami dan menggunakan perkataan membandingkan dan menyusun nombor atau bilangan.

3.1 Menyebut (isyarat) nombor bulat mengikut turutan menaik dari 0 sehingga 50, turutan menurun dari 50 ke 0. 3.2 Menyebut (isyarat) nombor lebih daripada 1 atau kurang, mana – mana nombor yang diberi. 3.3 Menyusun nombor-nombor yang diberi dalam lingkungan 20 mengikut turutan.

3.4 Membandingkan dua nombor yang diberi sehingga 20 dan sebut (isyarat) mana yang lebih.

Page 15: MATEMATIK - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumMATEMATIKT… · Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah untuk Tahun ... matematik dalam pelbagai konteks

5

NOMBOR DAN OPERASI Mengira, Susunan Nombor dan Turutan Nombor

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

4.0 Memahami notasi nombor dan nilai tempat.

4.1 Membilang mengikut nilai tempat secara puluh dan sa sehingga 50, dan menulis mengikut nilai tempat.

5.0 Memahami turutan nombor.

5.1 Membilang mengikut langkau 1,2, 5 dan 10 dari mana-mana nombor hingga 50. 5.2 Membilang secara turutan menurun satu demi satu hingga 20.

6.0 Memahami anggaran.

6.1 Memberi satu nombor anggaran yang boleh dikenalpasti dengan membilang bilangan objek.

Page 16: MATEMATIK - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumMATEMATIKT… · Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah untuk Tahun ... matematik dalam pelbagai konteks

6

NOMBOR DAN OPERASI Operasi Tambah dan Operasi Tolak

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

7.0 Memahami kosa kata yang berkaitan

dengan operasi tambah dan operasi tolak.

7.1 Mengenalpasti penambahan adalah gabungan dua atau lebih kumpulan untuk mendapatkan satu jumlah atau sebagai langkah-langkah sepanjang rangkaian nombor. 7.2 Menyatakan pasangan nombor yang berkemungkinan memberi jumlah nombor

kurang daripada 10 yang diberi. 7.3 Menulis ayat Matematik bagi operasi menambah dengan menggunakan simbol

+ dan = 7.4 Mengenalpasti bahawa dengan menambah 0 kepada sebarang nombor nilai

asalnya tidak akan berubah. 7.5 Mengenalpasti bahawa operasi tolak adalah mengeluarkan atau mengasingkan

nilai asalnya. 7.6 Mengenalpasti bahawa dengan menolak 0 daripada sebarang nombor nilai

asalnya tidak akan berubah. 7.7 Menulis ayat matematik bagi operasi tolak.

8.0 Memahami dan menggunakan kosa kata

yang berkaitan dengan wang.

8.1 Mengenalpasti nilai muka bagi duit syiling dan wang kertas yang berbeza. 8.2 Menukar ganti sejumlah wang dalam bentuk sen sehingga RM 1 8.3 Menukar ganti sejumlah wang dalam bentuk ringgit sehingga RM 50.

Page 17: MATEMATIK - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumMATEMATIKT… · Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah untuk Tahun ... matematik dalam pelbagai konteks

7

SUKATAN Masa, Panjang, Berat dan Isipadu

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

9.0 Memahami dan menggunakan kosa kata

yang berkaitan dengan masa.

9.1 Namakan (Isyarat ) hari dalam seminggu mengikut turutan. 9.2 Namakan (Isyarat ) bulan dalam setahun mengikut turutan.

sequence.

10.0 Memahami dan menggunakan kosa kata yang berkaitan dengan panjang, berat dan isipadu.

10.1 Menggunakan perkataan untuk menerangkan panjang dan jarak , berat dan Isipadu. 10.2 Menggunakan perbandingan terus untuk membandingkan : * jarak antara dua objek. * berat antara dua objek. * Isipadu antara dua objek.

Page 18: MATEMATIK - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumMATEMATIKT… · Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah untuk Tahun ... matematik dalam pelbagai konteks

8

BENTUK DAN DIMENSI Bentuk 2 Dimensi dan 3 Dimensi

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

11.0 Memahami dan menggunakan kosa kata

yang berkaitan dengan bentuk 2-D dan 3-D.

11.1 Mengenalpasti, menerangkan dan mengasingkan bentuk –bentuk 3D termasuk kubus, kuiboid, sfera,pirámid, silinder dan kon. 11.2 Mengelaskan,ciri – ciri dan mengasingkan bentuk 2D berdasarkan segi empat

sama, segi empat tepat,segi tiga dan bulat.