56
Contoh Menjawab Soalan 2

Medusa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

duhfvbwsefgvwstgecsgzuyf

Citation preview

Page 1: Medusa

Contoh Menjawab

Soalan 2

Page 2: Medusa

THE RAFT OF THE MEDUSA

Kenyataan : Kritikan seni terhadap karya seni visual dapat membantu dan menyumbang kepada pembentukan persepsi dan apresiasi seni visual. Kemahiran dalam membuat kritikan seni bertujuan untuk mengembangkan lagi persepsi dan apresiasi seseorang serta membuat pertimbangan dan penilaian sesuatu karya seni visual.

Page 3: Medusa

THE RAFT OF THE MEDUSA

Page 4: Medusa

Karya di atas telah hasil karya Theodore Gericault pada zaman

Aliran romantisisme. Anda dikehendaki membuat kritikan seni

berdasarkan aspek berikut :-

Page 5: Medusa

(a) Menggambarkan(deskripsi) Mengenal pasti pelbagai hal benda yang

digunakan dalam karya. Menjelaskan penampilan imej dalam karya seni visual dalam konteks aliran. Memahami dan membezakan imej realistik, abstrak dan non-objektif dalam karya. Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak yang terdapat pada imej-imej yang dipaparkan. Perlu mengumpul data-data asas atau data-data visual karya dan fakta-fakta pengkarya seperti biodata, tajuk, medium dan tarikh.

Page 6: Medusa

CONTOH JAWAPANNYA

Maklumat Asas Lukisan Nama Lukisan : Rakit Medusa (The Raft of

The Medusa) Nama Pelukis : Jean Louis André Théodore

Géricault Tahun Dihasilkan : 1818 – 1819 Tempat Dihasilkan: The Louvre, Paris,

Perancis Dimensi Karya : 491cm x 716cm Media Utama Karya: Cat minyak di atas latar

kanvas Genre Karya : Lukisan sejaran/ Seni Marin Aliran : Romantisme

Page 7: Medusa

Menggambarkan (Deskripsi) Jean Louis André Théodore

Géricault atau Théodore Géricault adalah tokoh seni yang telah menghasilkan karya agung The Raft of The Medusa (1818 - 1819). Beliau telah dilahirkan di Roue, Normandy, Perancis pada 26 September 1791. Théodore sememangnya anak jati Perancis.

Page 8: Medusa

Ciri khas karya lukisan yang dihasilkan oleh Géricault boleh dilihat pada komposisi atau gubahan yang dinamik, unsur figura yang kaku seperti patung, dan pencahayaan yang dramatik. Géricault merupakan pengagum Michelangelo, David serta seni lukis Baroq. Salah satu karya Géricault adalah The Raft Of The Medusa (1818 - 1819) yang berukuran sangat besar iaitu 491cm x 716cm dan kini ia ditempatkan di Muzium Louve, Perancis

Page 9: Medusa

Tema lukisan itu mendapat inspirasi daripada peristiwa tenggelamnya kapal Perancis, La Medusa di pantai Afrika pada tahun 1816. Di antara 150 orang penumpang di dalam kapal itu, hanya 15 orang sahaja yang selamat. Mereka membuat rakit dari saki-baki kayu kapal itu dan terapung-apung di laut selama 13 hari.

Page 10: Medusa

Dalam lukisan ini, objek rakit dan figura-figura membentuk komposisi diagonal atau berpenjuru untuk menekankan kesan gerak. Unsur gelap-terang dibuat sangat berbeza untuk menggambarkan perasaan. Untuk mencapai kesan yang realism yang begitu kuat, Géricault melakukan rujukan terhadap mayat-mayat di bilik mayat. Dalam menggambarkan manusia telanjang, Géricault mendapat pengaruhbdari karya Michelangelo.

Page 11: Medusa

Hasil lukisan ini, sekiranya dilihat pada mata kasar ia menunjukkan suasana tragik atau kesengsaraan yang berlatarbelakangkan lautan yang sedang bergelora. Ia jelas ditunjukkan pada bahagian kiri dan kanan lukisan yang menunjukkan keadaan air laut yang berombak sedehana tinggi

Page 12: Medusa

Dalam lukisan ini, terdapat juga figura-figura manusia yang bercampur aduk antara lelaki dan wanita dalam satu kelompok yang padat. Figura-figura ini jelasnya berkulit cerah dan gelap. Figura-figura ini juga kelihatan bersesak-sesak dalam suatu objek terapung yang diperbuat daripada kayu yang berkemungkinan sebuah rakit.

Page 13: Medusa

Rakit ini pula bersaiz sederhana besar dan berbentuk segiempat tepat serta kelihatan kurang kukuh.Di samping itu juga, lukisan turut memaparkan keadaan kain layar yang kelihatan agak lusuh tetapi masih berfungsi dan berkembang di tiup angin lautan. Terdapat sebidang kain layar lagi tetapi sudah tidak berfungsi dan dijadikan tempat berlindung figura di dalamnya.

Page 14: Medusa

Dalam lukisan tersebut kelihatan dua utas tali bersaiz sederhana besar yang diikat tegang pada tiang layar merentasi bahagian depan dan belakang rakit kayu ini. dalam lukisan ini juga turut kelihatan dua figura yang kelihatan sedang mengibar-ngibarkan dua helai fabrik lembut yang berlainan warna.

Page 15: Medusa

Jika diamati lukisan ini, kita dapat melihat hampir kesemua figura kelihatan memandang ke satu arah di tengah laut yang luas. Paparan lukisan karya Jean Louis André Théodore Géricault ini juga jelas menunjukkan seorang figura lelaki separuh usia dengan fizikal berjanggut, bermisai dan berambut beralun dan tebal kelihatan menongkat siku kemurungan sambil tangannya menyentuh seorang lagi figura yang berada dalam keadaan telanjang.

Page 16: Medusa

Figura yang tidak berpakaian ini kelihatan seperti sudah meninggal dunia dan berkemungkinan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan lelaki separuh umur tadi lantaran ekspresi wajah beliau.

Page 17: Medusa

Selain daripada figura yang diratapi oleh lelaki tua itu, kelihatan juga beberapa figura yang berkemungkinan sudah mati seperti figura yang ditonjolkan pada bahagian kanan bawah lukisan yang kelihatan separuh bogel dan hampir terjunam ke dalam laut yang bergelora

Page 18: Medusa

kelihatan juga awan cerah memutih ufuk di jauh garisan. Dapat juga diperhatikan awan kelabu pada lelangit lukisan, begitu juga keadaan air laut bergelora yang diwarnai dengan rona hijau kehitaman pada sebelah kiri lukisan dan kelabu keputihan pada ombak di sisi sebelah kanan

Page 19: Medusa

Keadaan air laut diperkuatkan lagi dengan rakit yang terumbang-ambing kerana tidak dikemudi. Dari segi susuk tubuh fizikal figura, walaupun mereka kelihatan lemah, lesu, tidak bermaya dan menderita, jelas kelihatan susuk tubuh mereka agak tegap, berisi dan berotot terutamanya bagi figura lelaki. Figura wanita pula kelihatan agak gebu susuk tubuhnya.

Page 20: Medusa

Keadaan fizikal figura ini kelihatan agak aneh bagi karya yang penuh dramatic dan penuh kesengsaraan seperti ini. Dari aspek pakaian pula, jelas ditonjolkan figura lelaki kebanyakkannya tidak berbaju manakala figura wanita pula lengkap berpakaian. Pakaian yang ditonjolkan dalam lukisan ini bercirikan gaya zaman Eropah lama dan melambangkan mereka berkemungkinan daripada golongan bawahan.

Page 21: Medusa

(b) Menganalisa (analisis) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak

seperti unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan struktur serta organisasi rekaan. seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan yang melibatkan unsur seni dan prinsip rekaan serta olahan komposisi karya. Persoalan proses dan teknik serta mencari pertaliannya dengan persoalan idea dan perasaan adalah perlu diambil kira. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.

Page 22: Medusa

Cara menjawab

Analisis Unsur Seni Pada Karya Seni

Bahagian ini menyentuh unsur-unsur seni seperti garisan, bentuk, warna, jalinan, ruang dan nilai.

Page 23: Medusa

Garisan Garisan dalam lukisan ini, jelas kelihatan

beberapa jenis garisan telah digunakan oleh pengkarya. Antaranya adalah garisan tebal. Jika diperhatikan kepada rakit kayu, garisan tebal kelihatan di antara bilah-bilah kayu yang membahagikan antara kayu dengan kayu yang lain. Garisan yang sama juga dapat dilihat pada tali layar, beberapa bahagian badan figura dan seterusnya adalah garisan halus yang ditonjolkan pada anggota badan figura dan fabrik kain. Selain itu, ada juga garisan beralun yang digunakan pada bahagian rambut, ombak dan awan.

Page 24: Medusa

Bentuk Dalam lukisan ini, unsur bentuk terhasil

daripada gabungan garisan dan seterusnya menghasilkan keluasan, ketinggian dan permukaan. Bentuk yang terdapat dalam lukisan ini adalah bentuk konkrit dan abstrak. Bentuk konkrit di sini bermaksud lukisan ini mempunyai sifat tiga dimensi. Terdapat pelbagai bentuk yang boleh dilihat dalam gambar ini. bentuk yang boleh kita lihat ialah seperti rakit kayu, figura-figura manusia, layar yang berkembang, tong kayu dan buih-buih ombak. Bentuk abstrak yang kelihatan dalam lukisan ini ialah keadaan awan dan langit. Bentuk rakit terhasil daripada garisan tegak, melintang dan tebal.

Page 25: Medusa

Bentuk figura manusia terhasil daripada garisan tebal, nipis, beralun dan bertitik-titik. Manakala kain layar pula terhasil daripada garisan mengak, garisan tebal, garisan halus, garisan lintang dan garisan putus-putus.

  Contoh bentuk konkrit – tong kayu dan

figura-figura manusia Contoh bentuk abstrak – langit/awan

dan ombak

Page 26: Medusa

Warna Unsur warna adalah asas terpenting

dalam lukisan ini. sebagaimana yang telah dinyatakan, aliran Romantisme banyak menggunakan warna yang kusam, gelap dan kelam bagi menambahkan nilai-nilai tragis sesuatu karya. Dalam karya ini Théodore banyak menggunakan warna-warna hitam, kelabu, coklat, merah, putih, hijau, jinga keperangan dan sedikit kebiru-biruan. Warna hitam jelas digunakan di dua sudut fokus lukisan iaitu di bahagian tengah lukisan atau tengah rakit dan bahagian langit. Warna hitam juga disiplikasi sedikit untuk objek rakit dan kulit manusia

Page 27: Medusa

Lukisan ombak pula diwarnakan dengan dua ton warna iaitu kehijauan (sebelah kiri) dan kelabu pada ombak sebelah kanan lukisan. Bahagian langit pula mempunyai kombinasi warna kelabu, kejingaan dan putih. Warna coklat sama ada coklat tua atau coklat muda banyak digunakan pad bahagian rakit, tong kayu, badan figura, layar dan pakaian. Objek-objek berkenaan diwarna dengan teknik campuran warna tertentu untuk mendapatkan impak warna yang dikehendaki. Kelihatan jelas bahagian hadapan lukisan terutamanya pada tubuh badan figura kelihatan agak keputihan atau sedikit cerah. Ini menunjukkan arah cahaya adalah daripada bahagian hadapan lukisan.

Page 28: Medusa

Ruang Ruang merupakan kawasan yang kosong

dikelilingi oleh sesuatu objek. Susunan objek-objek menimbulkan perbezaan jarak dan kedudukan. Ruang mampu dibentuk melalui warna, garisan dan juga bentuk. Contoh paling ketara dalam lukisan The Raft Of The Medura adalah ruang hadapan dan belakang rakit. Ia menampakkan semakin ke belakang objek antara ruang tersebut maka akan semakin kurang jelas dan kecil bentuk figura. Ini jelad dipaparkan melalu wajah figura apabila figura berada di hadapan, wajahnya jelas kelihatan tetapi figura di belakang wajahnya semakin kurang jelas dan kelam. Begitu juga dengan pergerakan ombak. Ombak di bahagian hadapan depan rakit lebih jelas geloranya berbanding ombak di bahagian belakang.

Page 29: Medusa

Prinsip Rekaan Dalam karya Seni Prinsip rekaan adalah kaedah atau

pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam karya seni visual. Prinsip seni terbahagi kepada imbangan, irama, penegasan dan kesatuan.

Page 30: Medusa

Imbangan Imbangan merupakan prinsip rekaan yang

penting dalam sesuatu karya. Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan. Imbangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu imbangan simetri dan imbangan tidak simetri. Imbangan simentri ialah unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ,,axis dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut). Imbangan tidak simetri pula ialah unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan.

Page 31: Medusa

Dalam karya The Raft Of The Medusa, Théodore telah menghasilkan lukisan tesebut dengan imbangan tidak simetri. Ini kerana sekiranya karya ini dibahagikan kepad empat (rujuk ilustrasi grid di bawah), maka kita akan melihat wujud ketidakseimbangan antara keempat-empat bahagian. Pemberatan ilustrasi berua figura manusia berada pada bahagian grid 2, 3 dan agak padat pada grid 4. Grid 1 kelihatan kosong tetapi ruang kosong itu dipenuhkan dengan ilustrasi kain layar yang bersaiz sederhana lebar. Namun begitu, karya ini kelihatan seimbang apabila Théodore membuat penyatuan antara unsur warna dan juga garisan.

Page 32: Medusa

Kedudukan Kedudukan merujuk kepada saiz atau skala

dalam kepelbagaian elemen-elemen atau unsur-unsur seni. Ia juga menunjukkan kesesuaian atau logikal kedudukan elemen seni di dalam sebuah karya. Kedudukan dalam erti kata lain memfokuskan kepada perhubungan antara objek dan bahagian keseluruhan dalam sesebuah karya. Dalam lukisan ini, kedudukan lukisan adalah bersesuaian dengan maksud lukisan di mana pelukis telah melukiskan ilustrasi mengikut keadaan yang logik bagi situasi tragedi di tengah lautan

Page 33: Medusa

Contohnya, keadaan figura-figura yang pelbagai aksi dan lentok tubuh bagi menggambarkan emosi mereka yang muram dan kesedihan. Namun begitu, ada sedikit kemusykilan berhubung dengan kain layar. Kain layar iru kelihatan berkembang mengikut angina rah barat laut tetapi figura-figura kelihatan menggapai tangan kea rah timur laut dan rakit berkenaan juga kelihatan menuju kea rah yang sama.

Page 34: Medusa

Irama Irama pula merujuk kepada susunan

elemen-elemen seni yang boleh mempengaruhi mood atau perasaan. Irama boleh dibahagikan kepada lima iaitu ombak, radial, tegak, mendatar dan letupan. Contoh yang dapat ditunjukkan bagi karya The Raft of the Medusa ini adalah irama dari aspek kepelbagaian reaksi liuk lentuk tubuh badan figura yang berlainan antara satu sama lain

Page 35: Medusa

Figura-figura ini kelihatan ada yang sedang berdiri, terlentang di kiri dan kanan, melengkung dan sebagainya. Selain itu, didapati ilustrasi figura disusun dari kontur rendah ke tinggi seolah-olah membentuk piramid. Ini dapat kita perhatikan daripada tiga figura yang paling hampir yang bekedudukan melintang dalam naskah seni ini dan diakhiri dengan figura paling tinggi yang kelihatan berdiri sambil memegang sehelai fabrik

Page 36: Medusa

Elemen irama dalam karya ini juga dapat dilihat pada kayu rakit kerana dilukis secara separa lintang di samping terdapat sebatang kayu yang lebih lintang sebagai tanda ia mungkin telah tercabut atau patah.

Page 37: Medusa

Penekanan/Penegasan Prinsip seterusnya ialah penekanan atau

penegasan yang merujuk kepad sesuatu yang menjadi tumpuan. Tambahan pula, objek dominan yang sering menjadi tumpuan atau yang difokuskan. Penekanan boleh dilihat dari bentuk, warna, jalinan, posisi dan saiz. Elemen penekanan apabila mata memandang pada karya The Raft of The Medusa ini adalah tumpuan kepada dua fokus utama figura. Pertama ialah pada bentuk figura yang sedang menongkat dagu dengan wajah yang sedih dan sugul di hadapan figura tanpa pakaian yang sudah menjadi mayat.

Page 38: Medusa

Kemudian mata tertumpu juga kepada figura yang sedang berdiri sambil memegang sehelai fabrik seolah-olah menunjukkan ada sinar harapan di sebalik imej kemuraman lukisan ini. Penekanan warna yang digunakan oleh pelukis pula ialah pada warna langit dan ombak yang dicat dengan warna hitam, coklat, perang muda, kelabu dan rona putih untuk menaikkan mood kesengsaraan karya ini dan batang pokok kelapa yang berwarna coklat.

Page 39: Medusa

Kesatuan Akhir sekali prinsip seni mempunyai

kesatuan dalam penghasilan lukisan yang seimbang. Kesatuan merujuk kepada pengumpulan sebahagian atau keseluruhan elemen-elemen dan prinsip-prinsip seni. Prinsip kesatuan ini dapat dilihat dalam lukisan oleh Théodore Géricault di mana beliau telah meletakkan semua elemen-elemen dan prinsip-prinsip seni yang perlu ada seperti penekanan warna, saiz, imbangan dan sebagainya.

Page 40: Medusa

(c) Mentafsir (interpretasi) Mengungkap sesuatu tema, makna

dan fungsi. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) , perlambangan dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna dan mesej tersebut. Ia juga dilihat melalui falsafah umum dan manusia sejagat dan norma-norma masyarakat setempat.

Page 41: Medusa

Tafsiran Karya Berdasarkan kajian dan

rujukan yang telah saya lakukan, saya mendapati naskah seni yang berjudul The Raft of The Medusa ini telah menjadi hasil seni dan ikon kontroversi apabila pertama kali ianya dipamerkan kepada umum pada tahun 1819. Karya ini dilukis berdasarkan kejadian sebenar yang pernah berlaku pada pemerintahan autokratik Napoleon

Page 42: Medusa

Ia berkisarkan tentang pengalaman 15 orang anak kapal Medusa yang hanyut di tengah laut, selepas kapal itu tenggelam di kawasan perairan Mauritania. Dalam kejadian tragik itu, hanya 15 orang daripada 150 anak kapal yang berjaya diselamatkan. Ianya menjadi satu tragedi Negara. Selain itu, berdasarkan sejarah, didapati semasa kapal Medusa karam, pegawai-pegawai yang mengemudi kapal telah mengambil bot-bot kecemasan dan menyelamatkan orang-orang kenamaan dan berpangkat manakala golongan bawahan hanya diberi cebisan cebisan kayu kapal Medusa untuk menyelamatkan diri sendiri.

Page 43: Medusa

Begitulah amalan pegawai pegawai Napoleon yang bersikap “double-standard” dan korupsi yang lebih mementingkan pangkat dan kerakusan kuasa. Justeru, Theodore Gericault telah mengambil langkah menggambarkan keadaan kekejaman kerajaan yang berkuasa ketika itu dengan cuba menggambarkannya secara paling realistic sebagai tanda protes dan kutukan terhadap Napoleon dan pegawai-pegawai nya yang kebanyakannya terdiri daripada kaum keluarga dan sekutu kuatnya.

Page 44: Medusa

Lukisan ini menjadi satu isu apabila, siasatan yang dijalankan telah mendapati kapal Medusa tenggelam adalah kerana di jurumudi oleh kapten kapal yang tidak berpengalaman. Peristiwa ini menjadi satu suara politik, membawa mesej tentang betapa teruknya sistem birokrasi Perancis ketika itu, sehingga berlakunya tragedi yang boleh dielakkan.

Page 45: Medusa

Penyokong kerajaan menghentam hasil karya Gericault dengan kritikan-kritikan yang dashyat kerana ia berbeza dengan karya-karya lukisan daripada pengkarya lain yang rata-ratanya berunsurkan mengampu pemerintah dengan hasil karya yang bertemakan kemewahan, kekuasaan, kehebatan dan kegagahan pemerintah Napoleon.

Page 46: Medusa

Kritikan-kritikan tersebut telah memberi kesan kepada Gericault sehingga beliau mengalami kemurungan dan menyatakan betapa masyarakat tidak memahami apa maksud seni itu sebenar. Tetapi keadaan berubah apabila Gericault membawa lukisan itu ke kota London pada tahun 1820. Ianya dijulang kepada satu hasil seni agung yang mengambarkan erti pejuangan yang sebenar.

Page 47: Medusa

Berdasarkan ilustrasi yang dipaparkan dalam karya agung Theodore Gericault ini, jika diperhatikan figura-figura yang berada di atas rakit kelihatan penuh sengsara, sedih, murung, ketakutan dan pelbagai ekspresi emosi yang negatif. Secara tidak langsung, ia membawa mesej bahawa rakyat ketika itu hidup dalam ketakutan dan sengsara akibat sikap kerupsi dan kekejaman pemerintah yang diketuai oleh Napoleon

Page 48: Medusa

Figura yang dilukis sudah meninggal dunia pula mengambarkan kehidupan rakyat yang sangat susah dan mungkin juga mengalami kebuluran. Figura yang berada pada kedudukan paling tinggi dengan memegang cebisan kain sambil mengibar-ngibarkan kain tersebut, berkemungkinan membawa maksud bahawa rakyat memerlukan pertolongan atau bantuan daripada pihak-pihak pemerintah lain supaya penderitaan rakyat dapat dihapuskan

Page 49: Medusa

Figura-figura yang kelihatan mengapai tangan pada suatu arah yang tidak jelas arahnya menunjukan kemungkinan aka nada sinar harapan yang akan membantu mereka suatu hari nanti atau mungkin itu hanya suatu harapan koong sahaja.

Permainan warna yang gelap, kusam dan kelabu mengambarkan zaman pemerintah kejam Napoleon bersama-sama pegawai-pegawainya merupakan era kesengsaraan rakyat ketika itu

Page 50: Medusa

Figura yang kelihatan tidak berpakaian pula adalah simbol yang mengambarkan keadaan rakyat yang hidup menderita dan miskin sedangkan golongan pemerintah semakin kaya dan terus berkuasa hasil peras ugut terhadap rakyat ketika itu. Rakyat dipaksa membayar cukai yang tinggi sehinggakan hidup menderita dan miskin di tanah air sendiri. Ombak-ombak yang menganas pula adalah simbol perasaan rakyat yang marah, kecewa, takut dan menderita pada zaman tersebut

Page 51: Medusa

Figura-figura yang bersesak-sesak di atas rakit pula mengambarkan walaupun keadaan mereka ketika itu hidup dalam kesusahan dan kesempitan makanan, mereka akan terus berjuang menuntut keadilan demi kesejahteraan hidup anak cucu mereka kelak. Sinar harapan jelas ditunjukkan dalam karya ini kerana di sebalik zaman kelam yang dipaparkan dengan rona warna kelam dan gelap pada lelangit, wujud rona cerah keemasan di ufuk jauh langit yang menggambarkan akan ada juga sinar kebahagiaan untuk rakyat suatu hari nanti.

Page 52: Medusa

(d)Membuat Penilaian(evaluasi)

Penilaian boleh dibuat dalam bentuk formalistik, ekspresif, atau instrumentalis. Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi dan merujuk kepada formalistik. Pertimbangan dari sudut formalistik adalah pertimbangan berdasarkan aspek-aspek keindahan dan harmoni . Ekspresif ialah pertimbangan berdasarkan keupayaan menyampaikan mesej,idea dan perasaan.

Page 53: Medusa

Penilaian Keseluruhan Karya Secara keseluruhan, naskah seni ini

sememangnya sesuai dan tepat untuk diangat sebagai salah satu khazanah seni terhebat dunia sepertimana Monalisa (Leonardo da Vinci), The Last Judgement (Michelangelo), karya Pablo Picasso dan ramai lagi. Kekuatan karya ini terletak pada unsur-unsur ilustrasi yang lengkap menggambarkan suasana yang penuh penderitaan, kemurungan dan kelam di atas sebuah rakit di tengah-tengah lautan. Ilustrasi seperti figura manusia, rakit, ombak, langit, layar dan sebagainya jelas menggambarkan situasi kapal yang karam.

Page 54: Medusa

Ditambah pula dengan figura-figura ditonjolkan seperti imej 3 dimensi seolah-olah lukisan ini hidup dan bernyawa. Permainan warna oleh pelukisnya telah menghidupkan lagi perasaan kesuraman dan penderitaan seolah-seolah individu yang melihat karya ini turut merasai penderitaan figura di dalam lukisan tersebut. Aspek pencahayaan yang digarap oleh pelukis juga turut membantu menghidupkan lukisan ini

Page 55: Medusa

Selain itu, kekuatan naskah ini juga hadir melalui mesej yang cuba disampaikan oleh pelukisnya, Théodore Géricault yang menggambarkan penderitaan rakyat di bawah pemerintah autokratik Perancis, Napoleon. Ternyata terjemahan pelukis yang cuba menggambarkan kekejaman pemerintah dengan cara paling realistik ini telah mendapat perhatian golongan atasan ketika itu walaupun karya tersebut telah dikritik hebat oleh golongan bangsawan.

Page 56: Medusa

Cara menulis bibliografi Meggs, P.B (1998).A History of Grafic Design (3rd

ed.).New York: John Wiley. Muliyadi Mahamood. (2001).Sejarah Seni Zaman

Pertengahan hingga Abad ke 20.Kuala Lumpur: Univision Press Sdn. Bhd.

Muliyadi Mahamood.(1995). Seni Lukis Dalam Peristiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wahiza Abdul Wahid.(2000).Sejarah Seni Lukis & Seni Reka.Kuala Lumpur: Univision Press Sdn. Bhd.

http://www.artble.com/artists/eugene_delacroix/paintings

http://en.wikipedia.org/wiki/Th%C3%A9odore_G%C3%A9ricault

http://www.louvre.fr/en http://www.museumsecrets.tv/dossier.php?o=71