9
Pengenalan Membawa nama yang sama sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Koperasi 1993 Seksyen 7(4), perkataan “Koperasi” hendaklah menjadi sebahagian daripada nama tiap-tiap koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini. Secara tidak langsung, ia boleh memberi kesan baik dan buruk kepada badan perniagaan Koperasi. Sekiranya sesebuah koperasi dapat memberikan pulangan yang baik kepada anggota dan masyarakat, maka harumlah nama koperasi tetapi sekiranya berlaku sebaliknya maka imej dan reputasi koperasi keseluruhannya akan tercemar. Bagi menjaga matlamat penubuhannya, setiap organisasi yang ditubuhkan atas nama koperasi perlulah ditadbir dan diurus mengikut perundangan serta konsep dan falsafah penubuhannya. Koperasi ditubuhkan atas konsep kerjasama, tolong-menolong atau saling membantu antara Membentuk dan Menilai Reputasi Koperasi Hjh. Rahimah Abd. Samad Sektor Hartanah dan Industri Binaan individu. Menurut Ungku Aziz (1980), koperasi merupakan suatu kaedah untuk menguruskan kegiatan ekonomi dengan cara tolong-menolong, gotong-royong atau bekerja bersama-sama dalam kalangan anggota. Perjalanan koperasi pula berasaskan kepada nilai dan prinsip-prinsip koperasi yang telah diterima pakai manakala pentadbiran serta pengurusan koperasi hendaklah berpandukan kepada peruntukan perundangan yang telah termaktub dalam Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil koperasi. Sebagaimana perniagaan lain, perjalanan perniagaan koperasi turut mengalami turun naik mengikut kedudukan ekonomi negara dan juga dunia. Koperasi tidak boleh lari dari berhadapan dengan pelbagai insiden yang tidak dikehendaki. Insiden-insiden ini secara umumnya mampu untuk memburukkan imej dan reputasi koperasi yang seharusnya mengamalkan nilai-nilai yang BIL. 48 JANUARI 2016 DIMENSIKOOP 47

Membentuk dan Menilai Reputasi Koperasi - ikkm.edu.my · Membentuk dan Menilai Reputasi Koperasi Hjh. ... Kebanyakan jawapan yang diterima adalah “Koperasi merupakan tempat untuk

Embed Size (px)

Citation preview

Pengenalan Membawa nama yang sama sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Koperasi 1993 Seksyen 7(4), perkataan “Koperasi” hendaklah menjadi sebahagian daripada nama tiap-tiap koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini. Secara tidak langsung, ia boleh memberi kesan baik dan buruk kepada badan perniagaan Koperasi. Sekiranya sesebuah koperasi dapat memberikan pulangan yang baik kepada anggota dan masyarakat, maka harumlah nama koperasi tetapi sekiranya berlaku sebaliknya maka imej dan reputasi koperasi keseluruhannya akan tercemar. Bagi menjaga matlamat penubuhannya, setiap organisasi yang ditubuhkan atas nama koperasi perlulah ditadbir dan diurus mengikut perundangan serta konsep dan falsafah penubuhannya.

Koperasi ditubuhkan atas konsep kerjasama, tolong-menolong atau saling membantu antara

Membentuk dan MenilaiReputasi KoperasiHjh. Rahimah Abd. SamadSektor Hartanah dan Industri Binaan

individu. Menurut Ungku Aziz (1980), koperasi merupakan suatu kaedah untuk menguruskan kegiatan ekonomi dengan cara tolong-menolong, gotong-royong atau bekerja bersama-sama dalam kalangan anggota. Perjalanan koperasi pula berasaskan kepada nilai dan prinsip-prinsip koperasi yang telah diterima pakai manakala pentadbiran serta pengurusan koperasi hendaklah berpandukan kepada peruntukan perundangan yang telah termaktub dalam Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil koperasi.

Sebagaimana perniagaan lain, perjalanan perniagaan koperasi turut mengalami turun naik mengikut kedudukan ekonomi negara dan juga dunia. Koperasi tidak boleh lari dari berhadapan dengan pelbagai insiden yang tidak dikehendaki. Insiden-insiden ini secara umumnya mampu untuk memburukkan imej dan reputasi koperasi yang seharusnya mengamalkan nilai-nilai yang

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOP DIMENSI

DIMENSIKOOP

47

baik. Antara faktor negatif yang berlaku dalam koperasi seperti penyelewengan, salah guna kuasa, produk dan perkhidmatan yang tidak memuaskan serta banyak lagi telah menjejaskan kepercayaan bukan sahaja dalam kalangan anggota koperasi tetapi juga dalam kalangan masyarakat sekitar walaupun pada hakikatnya insiden buruk ini dilakukan oleh sebilangan kecil koperasi.

Namun demikian, bilangan koperasi dan keanggotaannya bertambah dari tahun ke tahun (Jadual 1). Fungsi dan aktiviti koperasi juga semakin berkembang mengikut permintaan anggota dan keperluan ekonomi semasa. Melalui Dasar Koperasi Negara (DKN), gerakan koperasi juga terlibat dalam bidang keberhasilan yang disarankan dalam program Transformasi Ekonomi Negara (ETP). Ini bermakna, koperasi masih lagi relevan dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar. Justeru, bagi memastikan koperasi dapat terus bertahan dan berdaya saing, reputasi koperasi harus dijaga melalui kepimpinan dan pengurusan yang baik dan berkesan.

Reputasi dan ImejApabila ditanya kepada individu, apa itu koperasi? Kebanyakan jawapan yang diterima adalah “Koperasi merupakan tempat untuk membuat pinjaman dengan mudah”. Mantan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Yusof Shamsudin pernah menyatakan “masih ada lagi yang menganggap koperasi

sebagai sebuah organisasi untuk membantu mereka yang tinggal di luar bandar”. (Bernama, 2012). Begitu juga sekiranya bertanya kepada anggota “Apa yang mereka harapkan daripada koperasi yang mereka anggotai?” Jawapannya, sudah pasti menjurus kepada pulangan saham yang telah mereka laburkan terutamanya dalam bentuk dividen. Begitulah tanggapan reputasi orang awam dan anggota koperasi terhadap koperasi, sedangkan koperasi mempunyai banyak kelebihan lain.

Reputasi dan imej mempunyai definisi yang berbeza. Menurut beberapa pengkaji, imej korporat dan reputasi dianggap sebagai faktor kritikal dalam penilaian sesebuah organisasi kerana ia merupakan persepsi yang kuat dalam pemikiran seseorang ketika mendengar nama organisasi tersebut. Imej secara umumnya bermaksud lambang, nilai pertimbangan dan tindakan. Idea juga dibentuk atas dasar tanggapan serta fikiran seseorang atau masyarakat berhubung produk, pekerja, keadaan atau keseluruhan organisasi. Imej korporat terhasil melalui proses komunikasi yang dibentuk oleh sesebuah organisasi dengan maklumat khusus yang disebarkan mengandungi strategi, misi, visi, matlamat dan identiti untuk mencerminkan nilai yang ada pada gerakan ini.

Reputasi pula pada asasnya merujuk kepada tanggapan imej yang ditentukan oleh pihak yang berkepentingan. Namun, reputasi korporat secara relatifnya mewakili nama baik (goodwill) yang konsisten, lebih stabil dan berdaya tahan

Jadual 1: Statistik Perkembangan Koperasi di Malaysia 2011 - 2014

Tahun Koperasi Anggota Syer/Yuran Aset PerolehanBil Bil (Juta) (RM Bilion) (RM Bilion) (RM Bilion)

2014 11,871 7.41 13.47 116.80 34.95

2013 10,914 7.61 12.81 107.90 32.97

2012 10,087 7.02 11.71 100.41 31.09

2011 9,074 7.04 10.49 92.80 23.09

Sumber: Laman Web Suruhanjaya Koperasi Malaysia (www.skm.gov.my)

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOPDIMENSI

DIMENSIKOOP

48

berbanding imej korporat yang terhasil daripada proses pembangunan yang berterusan (Markwick dan Fill, 1997). Reputasi yang terbentuk perlu melalui penilaian kolektif secara berterusan untuk satu jangka masa panjang bagi sesebuah organisasi (Gioia et al., 2000). Fombrun (1997), pula berpendapat reputasi korporat mewakili himpunan tindakan dan hasil terdahulu yang menerangkan keupayaan firma untuk menyampaikan hasil dengan nilai yang terbaik kepada semua pihak yang berkepentingan. Secara relatifnya, reputasi meletakkan kedudukan sesebuah firma sama ada dalaman atau luaran dalam persekitaran yang kompetitif. Keseluruhannya, ramai pengkaji yang mengiktiraf reputasi sebagai aset berharga organisasi yang membantu dalam memperoleh keuntungan berterusan dan prestasi kewangan yang tinggi (Balmer, J.M.T., 1995).

Justeru, reputasi akan sentiasa menjadi sesuatu yang penting pada setiap organisasi, sama ada perniagaan, kerajaan atau pun badan bukan kerajaan yang mempunyai tujuan untuk mencapai matlamat, berdaya saing dan berdaya maju. Mempunyai reputasi yang baik akan membentuk laluan organisasi ke arah pencapaian matlamat dan penerimaan pemegang simpanan khas pada bila-bila masa dan keadaan. Justeru, tanggapan reputasi baik perlu dikekalkan bagi membolehkan koperasi terus berdaya tahan.

Walau bagaimanapun, hubungan reputasi dan imej hanya boleh digambarkan dalam jangka masa panjang kerana ia dinamik dan hubungannya boleh ditentukan oleh imej korporat dalam pelbagai cara. Malahan, imej dan reputasi dianggap sebagai aset yang memberikan organisasi peluang untuk memberi perbezaan dalam mencapai pasaran saham yang maksimum, keuntungan, menarik pelanggan baharu, mengekalkan yang ada, memberi keseimbangan terhadap tindakan pesaing dan secara keseluruhannya kejayaan dan daya tahan mereka dalam pasaran (Fombrun, C. J., Gardberg, N. A., & Sever, J. M. (2000).

Reputasi Gerakan KoperasiSepanjang penubuhan koperasi, kerajaan telah memainkan peranan utama dalam membantu meningkatkan reputasi koperasi dan penubuhan koperasi itu sendiri mendapat galakan daripada kerajaan. Kerajaan beranggapan koperasi dapat membantu rakyat daripada pelbagai aspek dan boleh menjadi jentera penting untuk pembangunan masyarakat. Hal ini adalah kerana koperasi berkemampuan untuk mengumpul sumber tempatan dan bergerak dalam situasi masyarakat setempat (Hayati et al., 2008).

Bagi menjaga reputasi gerakan koperasi sebagai salah satu wadah kesejahteraan rakyat, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif dan insentif bagi membolehkan koperasi berkembang seiring dengan perkembangan dan kemajuan ekonomi negara. Era ekonomi baru yang dilancarkan pada 1982 menunjukkan kerajaan serius dalam membantu gerakan koperasi kerana antara penekanan yang diberikan adalah meningkatkan prestasi dan memperbaharui imej koperasi seperti mengadakan mesyuarat agung mengikut jadual dan mengemas kini akaun koperasi.

Ketika koperasi berhadapan dengan kemelut kewangan akibat daripada penyelewengan serta kemelesetan ekonomi, kerajaan telah memberikan bantuan yang diperlukan sama

Bagi menjaga matlamat penubuhannya, setiap organisasi yang ditubuhkan atas nama koperasi perlulah ditadbir dan diurus mengikut perundangan serta konsep dan falsafah penubuhannya.

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOP DIMENSI

DIMENSIKOOP

49

ada melalui bantuan kewangan mahupun pelaksanaan polisi dan dasar kerajaan. Ketika Bank Rakyat menghadapi masalah kewangan akibat penyelewengan, kerajaan telah membantu bukan sahaja dari aspek kewangan tetapi turut membentangkan Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) pada tahun 1977. Begitu juga dengan insiden yang berlaku kepada 24 buah koperasi pengambil deposit (KPD). Didapati kebanyakan koperasi pengambil deposit beroperasi melebihi modal dan telah meminjam pinjaman jangka pendek dengan kadar faedah yang tinggi untuk membiayai pelaburan jangka panjang. Ini menyumbang kepada krisis hilang kepercayaan dan menyebabkan pendeposit mengeluarkan wang secara besar-besaran daripada KPD. Kerajaan terpaksa menggubal Peraturan-peraturan Perlu (Perlindungan kepada Pendeposit) 1986 di bawah Akta Darurat (Kuasa Perlu) 1979. Di bawah peraturan tersebut, Bank Negara Malaysia telah diberi kuasa untuk menyiasat dan bertindak ke atas KPD yang menyeleweng.

Pada 2001, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Koperasi Negara (DKN) bertujuan untuk menggariskan strategi-strategi pembangunan

koperasi negara. Faktor-faktor yang membawa kepada penggubalan DKN adalah: • saiz modal koperasi yang kecil menyebabkan

koperasi menghadapi masalah modal untuk menjalankan aktiviti ekonomi;

• prinsip dan konsep koperasi tidak diamalkan dalam perniagaan koperasi kerana tiada sokongan daripada anggota dan hanya bergantung penuh kepada Anggota Lembaga yang menjalankan urusan perniagaan koperasi secara sukarela;

• tiada integrasi mantap dalam kalangan koperasi yang menyebabkan koperasi tidak dapat bersaing dalam pasaran walaupun ia berpotensi untuk berprestasi cemerlang.

Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan oleh kerajaan pula telah membawa kepada penglibatan gerakan koperasi dalam beberapa bidang keberhasilan. Melalui program tersebut, kerajaan telah memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR kepada gerakan koperasi. Penjenamaan semula kedai runcit koperasi kepada COOP Mart telah dilaksanakan selepas mengikuti program TUKAR. Di samping meningkatkan imej koperasi, Program TUKAR juga bertujuan untuk membolehkan koperasi membekalkan barangan keperluan anggota dengan harga yang berpatutan kepada pengguna iaitu anggota koperasi.

Rentetan itu, produk COOP 1M juga telah diperkenalkan. Produk COOP 1M inilah yang menjadi jenama kepada produk-produk keluaran koperasi untuk dipasarkan melalui COOP Mart.

Imej dan reputasi koperasi juga banyak bergantung pada tadbir urus sesebuah organisasi. Oleh itu, kesedaran terhadap tadbir urus yang baik amat penting dalam meningkatkan prestasi dan daya saing sesebuah koperasi dengan senario ekonomi yang semakin mencabar. Bermula pada tahun 2003, semua Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Anggota Jawatankuasa Audit Dalam (JAD) adalah diwajibkan untuk menghadiri kursus

Perjalanan koperasi pula berasaskan kepada nilai koperasi dan prinsip-prinsip koperasi yang telah diterima pakai manakala pentadbiran serta pengurusan koperasi hendaklah berpandukan kepada peruntukan perundangan yang telah termaktub dalam Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil koperasi.

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOPDIMENSI

DIMENSIKOOP

50

wajib iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi, Pengurusan Kewangan Koperasi, dan Pengurusan Strategik. Manakala Anggota Jawatankuasa Audit Dalaman pula diwajibkan menghadiri kursus Tatacara Pengauditan dan Tatacara Koperasi sebagaimana termaktub dalam Garis Panduan 5 (GP5) yang mewajibkan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan anggota Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) koperasi menghadiri kursus-kursus wajib yang ditetapkan.

Pada tahun 2007, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengeluarkan Panduan Tadbi r Urus sebaga i usaha membantu meningkatkan imej serta reputasi baik gerakan koperasi. Amalan kepada prinsip-prinsip tadbir urus yang baik melibatkan semua pihak, dan melalui pemakaian piawaian tadbir urus yang efektif, pastinya koperasi dapat diurus dengan cara berhemah dan mantap. Pada tahun 2015, SKM turut mengeluarkan Garis Panduan 27 (GP27) berkenaan garis panduan tadbir urus koperasi bagi terus memperkasakan budaya integriti yang mengandungi 15 prinsip umum merangkumi piawaian minimum dan keperluan tadbir urus yang berkesan.

A n g g o t a j u g a b e r p e r a n a n d a l a m meningkatkan imej dan reputasi koperasi dengan memberi sokongan penuh secara berterusan dalam tadbir urus koperasi. Adalah menjadi

tanggungjawab anggota dalam memahami dan melaksanakan hak serta tanggungjawab mereka berdasarkan batasan sebagai anggota yang telah ditetapkan oleh Undang-undang Koperasi. Perlu diingat bahawa anggota memainkan dwiperanan dalam gerakan koperasi iaitu sebagai pemilik dan juga sebagai pengguna.

Menilai Reputasi Koperasi Di Malaysia, tiada lagi organisasi yang membuat penilaian reputasi organisasi. Pada tahun 2000, Fombrun telah menghasilkan The Harris-Fombrun Reputation Quotient bagi menilai reputasi organisasi. Beliau menyatakan bahawa reputasi adalah tentang daya tarikan keseluruhan syarikat terhadap semua key consitiuents apabila dibandingkan dengan pesaingnya. Penilaian reputasi dibahagikan kepada dua bahagian iaitu daya tarikan emosi dan daya tarikan rasional. Daya tarikan emosi termasuklah kepercayaan, mengagumi dan keseluruhan perasaan terhadap sesebuah perniagaan. Daya tarikan rasional pula diukur berdasarkan kepada kualiti produk atau perkhidmatan, kepimpinan, persekitaran tempat kerja, tanggungjawab dan prestasi kewangan. Reputation Quotient mengandungi enam dimensi yang membina reputasi dan boleh membuktikan kedudukan reputasi sesebuah organisasi.

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOP DIMENSI

DIMENSIKOOP

51

1. Daya tarikan emosi Menurut ahli psikologi pemasaran, emosi

memainkan peranan dalam menarik perhatian pengguna. Contohnya, sekiranya seseorang itu mempunyai pemikiran yang positif, maka ia akan mengambil tindakan positif tetapi sekiranya ia lebih kepada berfikiran negatif maka tindakannya adalah negatif. Begitu juga keadaannya sekiranya seseorang itu dalam keadaan gembira, mereka akan mempunyai pendapat yang positif terhadap seseorang dan sebaliknya. Sehubungan itu, boleh dikatakan emosi mempunyai peranan dalam menentukan keputusan yang diambil oleh seseorang.

Antara faktor penting yang menyumbang kepada daya tarikan emosi ini adalah produk dan perkhidmatan yang diberikan dapat menyentuh perasaan pemegang simpanan khas, anggota, pelanggan, hinggalah kepada pekerja koperasi sendiri. Bagi memastikan pelanggan berpegang teguh dengan produk dan perkhidmatan yang diberikan, koperasi hendaklah melayani aduan pelanggan dengan baik. Koperasi perlu meletakkan kepentingan anggota sebagai keutamaan dan bukannya keuntungan koperasi semata-mata.

2. Produk dan perkhidmatan Sesetengah pengkaji berpendapat reputasi

terdiri daripada koleksi beberapa kisah sama ada kejayaan atau kegagalan mengenai sesebuah perniagaan, produk, perkhidmatan yang diceritakan oleh pemegang simpanan khas atau pelanggan mereka. Melalui interpretasi ke atas produk dan perkhidmatan yang diberikan ini, maka terbentuklah reputasi korporat sesebuah perniagaan.

Sememangnya produk dan perkhidmatan sesebuah perniagaan memberi kesan ke atas reputasi syarikat terutamanya dari aspek kualiti. Pelanggan akan lebih mempercayai perniagaan yang sentiasa menjaga dan menambah ba ik k ua l i t i p roduk dan perkhidmatan, memberikan nilai yang tinggi dan sentiasa berinovasi. Malahan, apa yang lebih penting adalah produk dan perkhidmatan yang ditawarkan memberi kepuasan kepada pelanggan dan pengguna. Oleh itu, koperasi perlu mempunyai hala tuju dan perancangan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan kualiti produk mereka.

3. Visi dan kepimpinan Sesebuah organisasi yang mempunyai

reputasi baik hendaklah dipimpin oleh seorang

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOPDIMENSI

DIMENSIKOOP

52

pemimpin yang mempunyai kepimpinan yang mantap. Pemimpin ini berwawasan dan mampu untuk menggembleng semua entiti yang terdapat di dalam syarikat demi mencapai hala tuju yang telah ditetapkan. Justeru, kepimpinan ini mempunyai visi yang sangat jelas dan dapat menyampaikannya dengan berkesan kepada mereka yang terlibat.

Kepimpinan yang ber wawasan ini juga mampu untuk mengenal pasti dan mengambil kesempatan ke atas peluang-peluang yang ada dalam pasaran mahupun industri. Justeru, kepimpinan yang mantap amat perlu dalam meningkatkan reputasi baik sesebuah organisasi. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Frank Covey seorang guru pengurusan “Kepimpinan bukanlah sesuatu yang mudah, kepimpinan yang baik adalah apabila semua individu dalam syarikat diberi kebebasan untuk membuat keputusan dan keputusan ini diterima dengan baik walaupun ia menjejaskan segelintir individu”.

4. Persekitaran tempat kerja Pekerja merupakan aset sesebuah organisasi.

Mereka juga merupakan duta kepada syarikat di mana mereka bekerja. Pekerja yang berpuas hati dengan tempat mereka bekerja akan memberikan perkhidmatan yang baik kepada syarikat serta pelanggan mereka. Perkhidmatan yang terbaik dapat membina kepercayaan yang jitu dalam kalangan pelanggan dan pemegang simpanan khas. Secara tidak langsung, tindakan ini dapat menaikkan reputasi syarikat tersebut.

Koperasi perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan reputasi perniagaan dengan menyediakan persekitaran dan tempat kerja yang baik serta kondusif kepada pekerja. Sikap dan cara pekerja melayan pelanggan akan menjadi bahan bualan kepada masyarakat luar dan secara tidak langsung membina tanggapan reputasi koperasi. Oleh itu, koperasi

perlulah menyediakan tempat kerja yang sentiasa terurus dengan suasana kerja yang mesra pekerja selain dari mesra pelanggan. Dengan persekitaran dan tempat kerja yang selesa dan selamat akan dapat melahirkan pekerja yang produktif dan bermotivasi tinggi.

5. Tanggungjawab sosial dan persekitaran Dalam banyak kajian yang telah dilaksanakan,

organisasi yang mencapai kedudukan tertinggi dalam dimensi tanggungjawab sosial dan persekitaran ini kebanyakannya terdiri daripada organisasi yang banyak m e l a k s a n a k a n p r o g r a m - p r o g r a m kemasyarakatan dan menjaga alam sekitar. Antara ciri-ciri yang diambil kira dalam menilai reputasi ialah organisasi tersebut mestilah melaksanakan dan menyokong program-program yang memberi kebaikan kepada masyarakat dan persekitaran.

Ciri ini seharusnya tidak menjadi beban kepada koperasi kerana ia terkandung dalam prinsip koperasi ketujuh iaitu prihatin terhadap masyarakat. Secara tidak langsung, ciri ini mampu meningkatkan reputasi koperasi sekiranya ia dilaksanakan. Prinsip ini juga mencadangkan supaya koperasi menetapkan dalam polisi mereka untuk berusaha meningkatkan kesejahteraan dalam masyarakat melalui program dan aktiviti yang dijalankan.

6. Prestasi Kewangan S e c a r a u m u m ny a , re p u t a s i s y a r i k a t

Pelanggan akan lebih mempercayai perniagaan yang sentiasa menjaga dan menambah baik kualiti produk dan perkhidmatan, memberikan nilai yang tinggi dan sentiasa berinovasi.

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOP DIMENSI

DIMENSIKOOP

53

kebiasaannya dilihat dari aspek prestasi kewangan walaupun pada hakikatnya pelanggan t idak mengetahui secara terperinci status kewangan syarikat tersebut. Namun, faktor-faktor seperti sejauh mana syarikat tersebut dapat bersaing serta dapat menunjukkan kemampuannya untuk bertahan dan menjana keuntungan akan menjadi ukuran kepada pelanggan untuk mengetahui status kewangan syarikat tersebut.

S ebaga i sebuah organ isas i yang menjalankan dua aktiviti serentak iaitu ekonomi dan sosial , koperasi banyak melaburkan kewangan mereka untuk kepentingan anggota koperasi. Pulangan kewangan koperasi kepada anggota seperti dividen, bonus, rebat dan lain-lain mampu membina tanggapan reputasi baik dalam kalangan anggota serta masyarakat sekitar.

KesimpulanImej dan reputasi merupakan aset kepada sesebuah entiti perniagaan termasuk koperasi. Walaupun terdapat segelintir koperasi yang melanggar peraturan dan perundangan, namun nama koperasi yang diguna pakai secara bersama boleh menyebabkan imej dan reputasi

keseluruhan gerakan koperasi tercemar. Imej dan reputasi yang tidak baik ini boleh terpalit ke atas koperasi-koperasi lain. Kesannya, anggota serta orang awam tidak lagi melihat koperasi sebagai suatu organisasi yang dapat membantu mengatasi masalah mereka secara bersama.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi menjaga dan meningkatkan imej serta reputasi baik koperasi di kaca mata anggota dan orang awam. Nilai dan prinsip koperasi yang di dokong tidak dapat menjaga reputasi koperasi sekiranya koperasi tidak ditadbir dan diurus dengan baik dan berkesan. Bagi memulihkan imej dan reputasi koperasi, enam dimensi reputasi yang dicadangkan oleh Fombrum boleh diguna pakai sebagai panduan. Tanggungjawab menjaga imej dan reputasi koperasi tidak hanya ditanggung oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK) semata-mata tetapi perlu juga disandarkan kepada anggota koperasi. Oleh itu, koperasi perlu ditadbir dan diurus mengikut nilai, prinsip koperasi serta peraturan yang telah ditetapkan. Sekiranya ini tidak dilaksanakan, maka kesilapan yang dilakukan oleh segelintir koperasi akan menyebabkan semua koperasi di negara ini dipandang serong sebagaimana perumpamaan “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga” atau “Seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit”. DK

Prinsip-prinsip Tadbir Urus Mengikut Garis Panduan 27 (GP 27)

Jadual 2: Prinsip-prinsip Tadbir Urus

Bil Keterangan

Prinsip 1 Koperasi hendaklah ditadbir oleh Lembaga yang efektif dengan misi, strategi dan nilai tadbir koperasi dinyatakan dengan jelas

Prinsip 2 Pembahagian peranan serta tanggungjawab yang seimbang dan jelas di antara Lembaga dan pengurusan koperasi dari segi bidang kuasa, tanggungjawab dan akauntabiliti

Prinsip 3 Proses pelantikan baru Anggota Lembaga Koperasi hendaklah dijalankan secara formal dan telus

Prinsip 4 Pelantikan semula Anggota Lembaga Koperasi yang layak hendaklah dilaksanakan pada lat-lat masa yang ditetapkan sekurang-kurangnya setiap tiga tahun

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOPDIMENSI

DIMENSIKOOP

54

Rujukan

Balmer, J.M.T.(1995).Corporate branding and connoisseurship. Journal of General Management, 21 (1), 24-46.

Dennis A., Gioia, Majken Schult.,z & Kevin G. Corley.(2000). Organizational identity, image and adaptive instability, Academy of Management Review, 15(1), 63-81.

Eman Mohamed Abd-El-Salam., Ayman Yehia Shawky., & Tawfik El-Nahas.(2013). The impact of corporate image and reputation on service quality, customer satisfaction and customer loyalty: testing the mediating role. Case analysis in an international service company. The business and Management Review,3(2).

Fombrun C.J .,& Van Riel, C.(1997).The reputational landscape. Corporate Reputation Review, 1(1), 5-13.

Fombrun, C. J., Gardberg, N. A., & Sever, J. M. (2000). The reputation quotient: A multi-stakeholder measure of corporate reputation. Journal of Brand Management, 7(4), 241-255.

Hayati Md. Salleh et.al. (2008). Gerakan koperasi di Malaysia. Petaling Jaya: Maktab Kerjasama Malaysia.

Markwick, N., & Fill,C.(1997). Towards a framework for managing corporate identity, European Journal of Marketing 31 (5/6), 396-409.

Nor Azlina Sani.(2012). Koperasi sumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Dicapai daripada http://web10.bernama.com/skmcoop/v2/bm/exclusive.php?id=681742.

Ungku A. Aziz. (1980) Prinsip-prinsip koperasi. (2nd Ed). Malaysia: Angkasa.

Prinsip 5 Anggota Lembaga Koperasi hendaklah yang berkaliber, berkeupayaan dan berintegriti, mempunyai kemahiran dan pengalaman yang wajar serta dapat memberi tumpuan dan komitmen kepada koperasi

Prinsip 6 Lembaga perlu bermesyuarat dan dibekalkan dengan maklumat menyeluruh, tepat dan terkini mengenai koperasi oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa

Prinsip 7 Penilaian rasmi dan berterusan terhadap keberkesanan keseluruhan Lembaga, Anggota Lembaga Koperasi dan Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi

Prinsip 8 Prosedur menetapkan pakej ganjaran setiap Anggota Lembaga Koperasi, Jawatankuasa dan pihak pengurusan hendaklah dijalankan secara formal dan telus. Dasar dan amalan pemberian ganjaran hendaklah menerusi pendekatan yang selaras dengan budaya, objektif, hala tuju dan prestasi koperasi

Prinsip 9 Mengelak situasi percanggahan kepentingan

Prinsip 10 Keperluan pengauditan yang teguh di samping mengekalkan hubungan yang objektif dan profesional dalam kalangan juruaudit, Anggota Lembaga Koperasi dan pengurusan

Prinsip 11 Mengamalkan komunikasi yang berkesan dan terbuka dengan anggota dan pihak berkepentingan

Prinsip 12 Mengamalkan pengurusan risiko yang berkesan

Prinsip 13 Pengendalian koperasi secara telus akan mengukuhkan lagi tadbir urus koperasi

Prinsip 14 Mengamalkan prinsip-prinsip koperasi dan menerapkan nilai-nilai koperasi dalam mengurus hal ehwal koperasi

Prinsip 15 Prestasi koperasi hendaklah dinilai berlandaskan kepada pencapaian tahap kepuasan anggota terhadap kualiti dan perkhidmatan yang disediakan

Sumber: Garis Panduan Tadbir Urus Koperasi (GP27) http://www.skm.gov.my/

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOP DIMENSI

DIMENSIKOOP

55