15
. MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach. Pemakanan ikan Hiasan Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya. a. Ikan karnivor Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana. b. Ikan pemakan plankton Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak. c. Ikan herbivor Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb. d. Ikan omnivor Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid. 3. TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN : 1. Untuk mengindahkan ruang tempat kediaman 2. Untuk menghayati keindahan alam akuatik 3. Untuk memberikan ketenangan perasaan 4. Untuk menyemai perasaan sayangkan haiwan peliharaan 5. Untuk menambah pengetahuan berkaitan alam akuatik

MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN.docx

Embed Size (px)

Citation preview

. MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASANMakanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.Pemakanan ikan HiasanIkan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya.

a.Ikan karnivor

Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana.

b.Ikan pemakan plankton

Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak.

c. Ikan herbivor

Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.

d.Ikan omnivor

Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.

3.TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN :

1. Untuk mengindahkan ruang tempat kediaman2. Untuk menghayati keindahan alam akuatik3. Untuk memberikan ketenangan perasaan4. Untuk menyemai perasaan sayangkan haiwan peliharaan5. Untuk menambah pengetahuan berkaitan alam akuatik

4.JENIS-JENIS IKAN HIASAN :

5.CIRI-CIRI IKAN HIASAN :

JENIS-JENIS IKAN HIASAN

Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar- penggemar ikan hiasan. Berikut adalah slaid yang menunjukkan beberapa spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara.

1. Flower Horn

Ikan Flower Horn merupakan salah satu ikan hiasan yang banyak digemari di Malaysia dan berasal dari keluarga Cichlidae. Kacukan di antara Folwer Horn terbukti menghasilkan baka yang cukup baik kualitinya dengan ciri-ciri fizik tertentu, iaitu dari aspek warna dan keindahan bentuk. Salah satu faktor yang mempengaruhi terhadap perubahan warna ikan Flower Horn adalah dengan pemberian bahan kimia tertentu di samping faktor genetik ikan tersebut. Terdapat banyak produk untuk ikan Flower Horn yang terdapat di pasaran dan menawarkan keunggulan masing-masing antara lain untuk pertumbuhan, perubahan warna, perkembangan bentuk dan keadaan sisik mutiara, sehingga membuat pembeli keliru untuk memilihnya.

2. Rainbow

Ikan Rainbow merupakan jenis ikan hiasan yang diminati masyarakat kerana jenis ikan ini juga merupakan komoditi eksport. Ada 2 jenis Rainbow yang cukup terkenal iaitu Rainbow Irian (Melano Tacnia maccaulochi dan Rainbow Anlanesi ogilby Telmatherina ladigesi ahl Rainbow Irian warna dasarnya keperak-perakan dengan warna gelap metalik sedangkan rainbow Sulawesi warna dasarnya kuning zaitun, dengan warna bahagian bawah kuning jenis ikan ini termasuk ikan bertelur dengan menempelkan telur pada tanaman air.

3. Corydoras

Corydoras merupakan salah satu jenis ikan hiasan air tawar yang diminati pecinta ikan hiasan dan mempunyai peluang eksport. Selain berfungsi sebagai ikan hiasan air tawar, ia juga dapat dimanfaatkan sebagai bahan untuk pembuatan kosmetik di negara maju. Walaupun ikan ini berasal dari Amerika Selatan, tetapi sejak lama dahulu telah dibawa masuk ke Malaysia. Ikan ini dikenal mudah untuk dijaga. Bentuk tubuh pendek dan gemuk, bahagian belakang lebih melengkung dibandingkan dengan perut, kedua sisi ikan dilengkapi dengan lempengan seperti tulang yang tersusun dalam dua baris, mempunyai dua pasang kumis yang terletak di rahang atas dan rahang bawah serta ukuran tubuh dapat mencapai 12 cm. Ikan Corydoras dapat pelihara di kolam yang kandungan oksigen di dalam airnya rendah. Keadaan yang sesuai untuk jenis ikan ini adalah: pH 6-8, suhu 21.5-28 O C.

4. Severum

Ikan Cichlasoma Severum adalah salah satu jenis ikan hias air tawar yang berasal dari Amerika Serikat pada bahagian Utara (S. Arhazone). Tubuhnya pendek dan gemuk dengan warna dasar tubuh bervariasi iaitu coklat kekuningan, atau hitam kecoklatan. Jenis ikan ini juga mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Ikan Severum dapat dipelihara di dalam aquarium atau bekas-bekas yang lain mengikut syaratnya iaitu: PH. : 5,5 7, suhu air 21 25C. Induk jantan dan betina dapat dibezakan mengikut warna dan ukuran iaitu induk jantan berwarna lebih cerah dan lebih besar dari betina. Makanan yang dapat diberikan jenis ikan ini antara lain: kutu air, cacing sutera dll.

5. Diskus

Ikan hias Diskus (Symphysodon discus) merupakan salah satu jenis ikan hiasan air tawar yang berasal dari sungai Amazon (Brazil). Jenis ikan tersebut mempunyai nilai ekonomi yang baik dan sangat disukai di seluruh negara. Di Malaysia ikan Diskus sudah dapat dibiakkan dan sangat berpotensi untuk dikembangkan karena selain dapat dipasarkan di pasaran tempatan. Ciri khas dari ikan diskus ialah bentuk badannya tubuh pipih, mirip ikan bawal dengan warna dasar coklat kemerah-merahan. Ikan diskus dapat dipelihara didalam aquarium untuk sepasang diskus dapat ditempatkan dalam aquarium berukuran sekitar 75 x 35 x 35 cm. Apa yang diperlukan oleh ikan ini untuk hidup dan berkembang adalah air yang jernih, suhu sekitar 28 30 C.

6. Ikan Emas

Ikan Emas merupakan salah satu ikan hiasan yang amat terkenal di kalangan penggemarnya. Walaupun begitu, ikan jenis ini baru mengalami perkembangan pesat peminatnya sekitar tahun 2000-an. Ikan yang asalnya dari Cina ini, bentuknya amat lucu dan menyenangkan. Ukurannya boleh mencapai 20 cm. Ikan ini suka bermain di dasar dan hanya sesekali berenang. Terdapat pelbagai warna ikan emas seperti merah, kuning, hitam, putih, dan ada pula campuran pelbagai warna. Selain itu, ikan ini pun memiliki jenis atau variasi sangat beragam. Bentuk badan umumnya bulat atau gemuk. Makin bulat biasanya makin digemari para penggemar.

7. Ikan Arowana

Arowana tergolong di dalam keluarga ikan karuhun, iaitu Osteoglasidae atau keluarga ikan bony-tongue (lidah bertulang), kerana bahagian dasar mulutnya berbentuk tulang yang berfungsi sebagai gigi. Arowana memiki pelbagai nama julukan, seperti: Ikan Naga (Dragon Fish), Barramundi, Saratoga, PlaTapad, Kelesa, Siluk, Kayangan, Peyang, Tangkelese, Aruwana, atau Arwana, tergantung dari tempatnya. Ikan Arowana merupakan ikan yang berasal dari daerah subtropics dan tropis, ikan ini banyak ditemui di Indonesia, Malaysia, Vietnam, Birma, Thailand. Habitatnya adalah sungai sungai besar dengan arusyang cukup deras.

8. Ikan Pelaga

Ikan pelaga adalah ikan hiasan yang sangat digemari oleh masyarakat khususnya kanak-kanak, ini adalah kerana ikan tersebut selain rupanya yang cantik dan menarik, ia juga dapat berlaga apabila diadu. Ikan ini juga sering disebut ikan laga dan nama latinnya adalah Betta spendens, termasuk dalam famili Anabantidae (Labirynth Fisher

MENYENARAIKAN SPESIS IKAN HIASAN

Ikan hiasan boleh diketegorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis pemakanannya. Antaranya ialah :

Ikan karnivorIkan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahangnya kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan sebarau, oskar, dan ikan Arowana.

Ikan herbivorSesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara didalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contohnya ikan Lampam dan Tiger Barb.

Ikan omnivorIkan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plakton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pallet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contohnya ikan Pelaga, Oskar, dan Cichlid.

Murid -murid , tahukah anda terdapat 16 jenis ikan hiasan tropika yang dikenali sebagai ikan hiasan tropika. Antaranya ialah seperti berikut :SWORTAIL

Hamsteradalah sejenis binatang dalam keluarga rodensia kecil , terdapat berbagai jenis di dalam dunia dan juga terdapat di setiap negara. Hamster termasuk dalam subfamiliCricetinae. Subfamili ini terbahagi 18 jenis spesis yang diklasifikasikan ke dalam enam atau tujuh jenis Genus ( kelompok dalam pengkelasan organisma hidup yang mempunyai lebih dari satu spesies yang serupa dari segi morfologi ) hamster.Perkataan hamster di ambil dari bahasa Jerman iaitu Hamstern ,kemudian di ubah mengikut kata asal yang diambil dari Rusia , bahasa baltic menjadi hamster .Klasifikasi HamsterHierarkiHamster : Superfamili Famili Subfamili Genus Famili Cricetidae SubfamiliCricetinae GenusMesocricetus- hamster emas Hamster Syria (Mesocricetus auratus), Juga disebut hamster emas atau hamster beruang Hamster Turki (Mesocricetus brandti), juga disebut hamster Brandt, hamster Azerbajain Hamster Kaukasus (Mesocricetus raddei), juga disebut hamster Georgia Hamster Romania (Mesocricetus newtoni) GenusPhodopus- hamster kecil Hamster kecil putih Rusia (Phodopus sungorus) Hamster kecil Campbell (Phodopus campbelli) Hamster Roborovski (Phodopus roborovskii); kadangkala disebut hamster Mongolia GenusCricetus Hamster Eropah (Cricetus cricetus) GenusCricetulus Hamster Ladak (Cricetulus alticola) Hamster kecil berbelang (Cricetulus barabensistermasuk "C. pseudogriseus" dan "C. obscurus"), juga disebut hamster berbelang China Hamster China (Cricetulus griseus) Hamster Tibet (Cricetulus Kamnesis) Hamster ekor panjang (Cricetulus longicaudatus) Hamster kecil kelabu (Cricetulus migratorius); juga disebut hamster kelabu migrasi, hamster kelabu, hamster Armenia, atau hamster migrasi Hamster Sokolov (Cricetulus sokolovi) GenusAllocricetulus Hamster Mongolia (Allocricetulus curtatus) Hamster Kazakhstan (Allocricetulus eversmanni); juga disebut hamster Eversmanni GenusCansumys Hamster Gansu (Cansumys canus) GenusTscherskia Hamster Korea (Tscherskia triton)

Sebelum mau ambil hamster sebagai pet kamu di rumah, eloklah kamu tahu jenis-jenis hamster yang boleh bersesuaian dengan kehendak kamu. Ini memang penting sebab lain jenis hamster ada penjagaannya yang lebih khusus.1. Hamster syrianPanjang tubuh: 16-18cmKitaran hidup: 2-3 tahunCara hidup: persendirian

Hamster jenis ini biasanya di panggil "Golden Hamster" atau "Teddy Bear Hamster" berikut bentuk hamster yang sangat gebu seakan-akan teddy bear. Hamster ini kebanyakannya mudah didapati di kedai-kedai haiwan kerana hamster jenis ini yang selalu dijual di kedai haiwan. Hamster jenis ini amat mudah untuk dijinakkan. Oleh itu, untuk memelihara hamster, sesuai untuk jenis ini. Di alam kehidupannya yang liar, hamster ini memang hidup dalam bersendirian. Oleh itu, jika kamu hendak memelihara dua hamster syrian, pastikan seekor satu sangkar dan jangan satukan mereka dalam satu sangkar. Ini boleh mengundang pergaduhan yang amat teruk. Sebaiknya pelihara hamster dari saat mereka kecil yang masih tinggal bersama adik-beradiknya yang lain agar mereka terbiasa dari kecil sehingga mereka dewasa. Hamster ini adalah terbesar dan terpanjang antara lain-lain jenis hamster.

2. Hamster CampbellPanjang tubuh: 8-12cmKitaran hidup: 2-2.5 tahunCara hidup: berkumpulan

Hamster campbell atau dikenali sebagai "Dwarf Campbell's Russian Hamster" ini sangat comel dengan bentuk badannya yang mini. Bagi sukakan hamster yang kecil eloklah pelihara hamster jenis ini kerana terdapat pelbagai variasi jenis dan warna bulu hamster ini. Namun jenis campbell hamster yang normal mempunyai warna kuning gelap kecoklatan dengan garis hitam di punggung dan mempunyai bulu yang panjang di sekitar kaki. Hamster jenis ini hidup dalam berkelompok. Justeru, tiada masalah bagi kamu jika ingin pelihara hamster jenis ini dalam jumlah yang banyak dan letak dalam satu sangkar yang luas.

3. Hamster RoborovskiPanjang tubuh: 4-5.5/6cmKitaran hidup: 2.5-4 tahunCara hidup: Berkumpulan

Hamster ini berasal dari Mongolia Timur wilayah utara daratan China dan berukuran paling kecil di antara hamster mini yang lain. Hamster ini sangat lincah dan susah untuk dijinak. (Namun jika kamu mahu pelihara hamster ini, pandai-pandailah kamu untuk jinakkan nya..) Hamster ini mempunyai 2 jenis warna bulu. Yang normal mempunyai warna putih di atas mata dan batang hidungnya hingga ke punggungnya berwarna coklat pasir keemasan dengan perutnya yang berwarna putih. Manakala White Face mempunyai warna bulu yang putih di seluruh wajahnya. Hamster jenis ini mempunyai ekor (tail) yang sangat pendek. Umumnya, hamster jenis ini hidup dalam berkelompok walaupun kadang banyak terjadi pergaduhan sesama sendiri. Hamster ini di antara yang paling lama mempunya jangka hidupnya.

4. Hamster Winter WhitePanjang tubuh: 7-9cmKitaran hidup: 2-2.5Cara hidup: berkumpulan

Hamster Winter White adalah jenis yang paling sama dengan hamster campbell. Hamster jenis ini berasal dari padang rumput luas dan bersalji di wilayah utara Kazakhtan dan Siberia. Sesuai dengan namanya, bulu hamster ini akan berubah menjadi putih seakan-akan warna salji apabila berada di udara yang dingin dan sejuk kerana asal hamster ini dari persekitaran yang sejuk dan dingin. Justeru, hamster ini sesuai dalam keadaan cuaca yang sejuk dan tidak terlalu panas.(Agak-agak cuaca di Malaysia sesuai atau tidak untuk hamster ini???)

5.Hamster CinaPanjang tubuh: 10-12cmKitaran hidup: 2-2.5 tahunCara hidup: Bersendiri

Hamster Cina berasal dari daratan utara China dan Mongolia. Hamster ini tidak jauh beza saiz tubuh badannya dengan hamster mini dwaft yang lain namun ianya bukan termasuk dalam Hamster Mini dan Dwaft Hamster. Selain itu, ekor hamster ini agak panjang berbanding jenis hamster yang lain. Hamster ini tidal lebat bulunya jika dibandingkan dengan hamster yang lain. Hamster Cina yang normal mempunyai warna kelabu dan warna coklat gelap dan warna bulu yang putih di bahagian perutnya.