13
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 5 & 6 BLOK E 14, PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604, PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN INFORMATION SHEET KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME Y-050-1 PEKERJA LADANG PERTANIAN AGRICULTURAL FARM WORKER TAHAP / LEVEL SATU (1) NO DAN TAJUK MODUL / MODULE NO AND TITLE M 27 PEMBUNGKUSAN HASIL NO. DAN PENYATAAN TUGAS / TASK (S) NO AND TASK STATEMENT 06.02 BUNGKUS HASIL TANAMAN OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVES BUNGKUS HASIL TANAMAN MENGGUNAKAN BAKUL/BALDI/BEKAS HASIL, KERTAS PELAPIK, SARUNG TANGAN, BERUS, AIR, HASIL TANAMAN, KERTAS/PLASTIK PEMBUNGKUS/PEMBALUT BUAH, PENGIKAT DAN KOTAK SUPAYA HASIL TANAMAN DIBERSIHKAN MENGIKUT MANUAL, HASIL DIPILIH MENGIKUT GRED UNTUK DIBUNGKUS, PEMBUNGKUS HASIL DIKENALPASTI MENGIKUT JENIS DAN KERJA PEMBUNGKUSAN HASIL DILAKSANAKAN DENGAN KEMAS. NO KOD / CODE NO. Y-050-1 / M 27 / KP / 01 Muka : 1 Drp : 13

Microsoft Word - Kertas Penerangan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Microsoft Word - Kertas Penerangan

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 5 & 6 BLOK E 14, PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604, PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN INFORMATION SHEET KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME

Y-050-1 PEKERJA LADANG PERTANIAN AGRICULTURAL FARM WORKER

TAHAP / LEVEL SATU (1) NO DAN TAJUK MODUL / MODULE NO AND TITLE M 27 PEMBUNGKUSAN HASIL

NO. DAN PENYATAAN TUGAS / TASK (S) NO AND TASK STATEMENT

06.02

BUNGKUS HASIL TANAMAN

OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVES

BUNGKUS HASIL TANAMAN MENGGUNAKAN BAKUL/BALDI/BEKAS HASIL, KERTAS PELAPIK, SARUNG TANGAN, BERUS, AIR, HASIL TANAMAN, KERTAS/PLASTIK PEMBUNGKUS/PEMBALUT BUAH, PENGIKAT DAN KOTAK SUPAYA HASIL TANAMAN DIBERSIHKAN MENGIKUT MANUAL, HASIL DIPILIH MENGIKUT GRED UNTUK DIBUNGKUS, PEMBUNGKUS HASIL DIKENALPASTI MENGIKUT JENIS DAN KERJA PEMBUNGKUSAN HASIL DILAKSANAKAN DENGAN KEMAS.

NO KOD / CODE NO. Y-050-1 / M 27 / KP / 01 Muka : 1 Drp : 13

Page 2: Microsoft Word - Kertas Penerangan

NO. KOD Y-050-1 / M 27 / KP/ 01 Muka : 2 drp : 13

2

1.0 ALATAN KERJA PEMBUNGKUSAN HASIL TANAMAN

Peralatan kerja membungkus hasil tanaman digunakan untuk memudahkan kerja dan kelancaran aktiviti pembungkusan. Pemilihan alat kerja yang tidak betul mempengaruhi kualiti pembungkusan. Antara alat kerja yang digunakan dalam aktiviti pembungkusan hasil tanaman ialah bakul/baldi/bekas hasil, kertas pelapik, alat labeling dan sarung tangan.

Bakul / bekas hasil pertanian

Sarung tangan Berus

Alat pembungkus hasil Alat melabel bungkusan hasil

Page 3: Microsoft Word - Kertas Penerangan

NO. KOD Y-050-1 / M 27 / KP/ 01 Muka : 3 drp : 13

3

2.0 BAHAN PEMBUNGKUSAN HASIL

Terdapat berbagai jenis bahan pembungkusan hasil pertanian yang diguna. Ia bergantung kepada kesesuaian sesuatu produk dan ketahanan produk yang hendak dipasarkan. Antara bahan yang perlu dalam aktiviti pembungkusan hasil pertanian ialah:

- kertas - plastik pembungkus - pembalut buah - pengikat - kotak

Kertas pembungkus hasil

Kotak Pita pengikat

Page 4: Microsoft Word - Kertas Penerangan

NO. KOD Y-050-1 / M 27 / KP/ 01 Muka : 4 drp : 13

4

Pembalut buah

Jenis-jenis pembungkus

¨ Plastik - Plastik digunakan dengan meluas dalam pembungkusan kerana murah, ringan, mudah didapati. Jenis bahan plastik ialah polietilena (PE) dan polivinil klorida (PVC). Bahan pembungkus jenis PVC sesuai digunakan bagi hasil yang dijual secara runcit seperti di pasaraya. Hasil-hasil segar yang separa proses dalam bentuk hirisan atau potongan dibungkus dalam bekas polistirena. Bahan pembungkus ini lebih keras daripada filem plastik dan dapat memberi perlindungan yang baik pada hasil jualan. Bakul plastik sesuai digunakan untuk pembungkusan pukal di ladang, rumah pembungkusan dan pasar borong

¨ Kertas - Kertas mempunyai ketelapan yang tinggi terhadap wap air,

mudah koyak dan hilang kekuatan mekanikal apabila basah. Ia sering digunakan untuk pembungkusan runcit.

¨ Jaring - Jaring sering digunakan untuk membungkus hasil yang

mengalami kehilangan air yang banyak semasa pengendalian, pengangkutan dan jualan. Bahan pembungkus ini tidak memberi perlindungan yang baik terhadap kehilangan air dan kecederaan mekanikal. Sayur-sayuran seperti bawang, kentang dsb dibungkus dengan jaring biasanya telah dilakukan operasi perawatan (curing) semasa di rumah pembungkusan. Jaring sering digunakan untuk pembungkusan pukal dan runcit.

¨ Kayu - Kotak kayu sesuai untuk pembungkusan pukal semasa

pengendalian di ladang, rumah pembungkusan dan pasar borong. Bekas pengisi ini mempunyai kekuatan mekanikal dan dapat melindungi dari kecederaan semasa pengendalian dan pengangkutan. Walau bagaimanapun, kosnya tinggi menyebabkan bahan pembungkus ini tidak digunakan dengan meluas oleh pengusaha.

¨ Buluh dan rotan - Bakul buluh atau rotan digunakan untuk

pembungkusan pukal semasa di ladang, pasar borong dan pasar runcit. Bakul buluh lebih banyak digunakan berbanding dengan rotan kerana

Page 5: Microsoft Word - Kertas Penerangan

NO. KOD Y-050-1 / M 27 / KP/ 01 Muka : 5 drp : 13

5

kosnya lebih rendah tetapi tidak memberi perlindungan yang baik pada hasil semasa pengendalian dan pengangkutan

¨ Kertas serabut beralun - Kotak yang dibuat daripada kertas serabut

beralun (CFB) sesuai digunakan untuk pembungkusan pukal, khususnya untuk eksport. Bekas pengisi ini dibuat daripada lapisan kertas yang diselang-selikan dengan kertas beralun dinamakan ‘flute’ yang memberi kesan kusyen yang baik. Ia dapat menyerap gegaran dan hentakan dengan baik dan dapat melindungi isi kandungannya daripada rosak semasa pengendalian dan pengangkutan.

Page 6: Microsoft Word - Kertas Penerangan

NO. KOD Y-050-1 / M 27 / KP/ 01 Muka : 6 drp : 13

6

3.0 HASIL TANAMAN SETELAH DITUAI

3.1 Jenis hasil tanaman setelah dituai

a. Hasil tuaian sayur

b. Hasil tuaian buah

sayuran daun

sayur buah

sayur ubi

Page 7: Microsoft Word - Kertas Penerangan

NO. KOD Y-050-1 / M 27 / KP/ 01 Muka : 7 drp : 13

7

Page 8: Microsoft Word - Kertas Penerangan

NO. KOD Y-050-1 / M 27 / KP/ 01 Muka : 8 drp : 13

8

Berbagai-bagai jenis hasil buah-buahan c. Hasil tuaian bunga

Hasil tuaian bunga dan aktiviti pembungkusan

Page 9: Microsoft Word - Kertas Penerangan

NO. KOD Y-050-1 / M 27 / KP/ 01 Muka : 9 drp : 13

9

3.2 Bersih dan gred hasil

Penggredan hasil buah-buahan limau dengan menggunakan mesin penggredan

Pembersihan dan penggredan hasil bunga secara manual

Pembahagian hasil bunga dalam proses penggredan dengan menggunakan mesin

Page 10: Microsoft Word - Kertas Penerangan

NO. KOD Y-050-1 / M 27 / KP/ 01 Muka : 10 drp : 13

10

4.0 BUNGKUS HASIL

4.1 Definisi istilah bungkus hasil

Bungkus hasil ialah perkara yang berkaitan dengan aktiviti lepas tuai untuk dipasarkan dengan menggunakan sesuatu bahan bagi melindungi hasil produk daripada terdedah kepada persekitaran yang boleh menjejaskan mutu hasil terutama semasa penghantaran dan penjualan. Ianya juga sebagai salah satu perkara yang penting dalam aktiviti pemasaran bagi memelihara dan memperkenalkan imej pengeluar atau identiti pembungkusan hasil untuk diedarkan.

4.2 Kepentingan bungkus hasil dan 'labeling'

Pembungkusan amat penting memberi perlindungan pada buah-buahan, bunga-bungaan dan sayur-sayuran segar semasa pengendalian, pengangkutan dan penjualan. Bahan pembungkus perlu sesuai dengan jenis hasil dan kaedah pengendalian. Ini memerlukan penilaian yang rapi terhadap keadaan persekitaran semasa pengendalian dan pengangkutan. Kepentingan membungkus hasil pertanian ialah:

¨ Melindungi hasil daripada kecederaan mekanikal dan tindakbalas

persekitaran ketika pengendalian, penggredan dan penjualan. ¨ Menampung dan memperkenalkan hasil dari segi jenis, variety, gred,

saiz, berat, pengeluar dan sebagainya kepada para peniaga dan pengguna.

¨ Mewujudkan daya tarikan kepada para pengguna melalui teknik

pelabelan dan reka bentuk grafik yang menarik. 4.3 Aktiviti pembungkusan hasil tanaman

Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis bahan pembungkus dan bekas pengisi yang boleh digunakan oleh pengeluar, pemborong dan peruncit buah-buahan, bunga-bungaan dan sayur-sayuran. Bagi pasaran eksport, bekas dan bahan yang digunakan lebih baik mutunya berbanding dengan pasaran tempatan. Di samping pemilihan bahan pembungkus yang sesuai, pengendalian yang cermat amat diperlukan pada setiap peringkat pengendalian untuk menjamin mutu hasil yang tinggi di pasaran.

a. Sayur

Pembungkusan sayur dibuat mengikut jenis seperti sayur daun, buah, ubi dan kekacang. Untuk sayur daun dibungkus dengan kertas pembungkus atau menggunakan tape pengikat.

Page 11: Microsoft Word - Kertas Penerangan

NO. KOD Y-050-1 / M 27 / KP/ 01 Muka : 11 drp : 13

11

Sayur daun diikat dengan pita pengikat atau dibungkus

b. Buah

Pembalutan buah dilakukan dengan menggunakan bahan seperti plastik, kertas pembalut dan sarung jejaring poliuretana. Kotak (packing) adalah kaedah pembungkusan yang terbaik untuk memelihara mutu buah daripada rosak semasa penghantaran dan pemindahan tempat dalam aktiviti pemasaran.

Kotak khas digunakan untuk memelihara mutu buah daripada rosak

semasa penghantaran dan pemindahan tempat dalam aktiviti pemasaran

Untuk pasaran eksport, setiap biji buah betik dibungkus dengan menggunakan sarung jejaring poliuretana sebelum disusun dalam kotak CFB. Sarung jejaring bertindak sebagai kusyen dan dapat mengurangkan kecederaan semasa pengangkutan.

Page 12: Microsoft Word - Kertas Penerangan

NO. KOD Y-050-1 / M 27 / KP/ 01 Muka : 12 drp : 13

12

c. Bunga

Pembalut bunga biasanya terdiri daripada bahan jenis kertas minyak, kertas pembalut putih, plastik dan dibungkuskan ke dalam kotak. Kaedah pembungkusan dilakukan dengan cermat dan tersusun supaya tidak mengalami kerosakan semasa penghantaran. Untuk pasaran eksport, setiap pangkal jambakan bunga dimasukkan ke dalam sarung plastik berukuran 7 cm x 8 cm. Bungkusan ini diikat kemas dengan gelung getah. Setiap ikatan bunga disampul dengan menggunakan plastik yang telah dilubangkan untuk mengelak kecederaan bunga akibat pergeseran. Bungkusan tersebut diisi dalam kotak standard dan dihantar segera ke pusat-pusat pengeksport dengan kenderaan berhawa dingin.

Pembungkusan hasil bunga-bungaan

Penggunaan mesin untuk pengagihan bunga Pembungkusan hasil bunga dikendalikan dengan teliti

Pembungkusan buah dilakukan untuk memelihara kualiti

Page 13: Microsoft Word - Kertas Penerangan

NO. KOD Y-050-1 / M 27 / KP/ 01 Muka : 13 drp : 13

13

RUJUKAN 1. Lim Tong Kwee, Khoo Khay Chong (1995), Jambu Batu di Malaysia – Pengeluaran, Perosak

dan Penyakit, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

2. R.B.H.Will dll. (1998), Lepas Tuai – Suatu Pengenalan Fisiologi dan Pengendalian Buah-buahan dan Sayur-sayuran – terjemahan oleh Noryati Ismail dan Cheah Poh Bee, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.