5
Minit Mesyuarat MBJ Jabatan Bendahari Negeri Sabah Siri 2/2009 Pada : 28 September 2009 (Jumaat) Masa : 8.30 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat, Tingkat 1, Jabatan Bendahari Negeri Sabah Kehadiran: 1. Cik Chui Nget Ngo - Bendahari Negeri (selaku pengerusi mesyuarat) 2. En. A. Shafiuddin Hj. Abidin - MBJ Pihak Pengurusan 3. En. Hussein Alisaputra - Setiausaha MBJ Pihak Majikan 4. En. Banesely Bullah - MBJ Pihak Pengurusan 5. En. Justine Sinsoi - MBJ Pihak Pengurusan 6. Pn. Jeanie Liew - MBJ Pihak Pengurusan 7. En. Hamdan Hamzani - Pengerusi MBJ Pihak Pekerja 8. En. Christopher Dyonisius - Timbalan Pengursi MBJ Pihak Pekerja 9. Hjh. K.Y. Kamariah - Naib Pengerusi (1) 10. En. Ag. Yahya Ag. Damit - Naib Pengerusi (2) 11. En. Mohd Rizan Abran - Setiausaha 12. Pn. Ummi Khalelah Bt. Kula - Ahli biasa 13. Hj. Safri Idris - Ahli biasa 14. Pn. Dg. Juraidah Abd. Rahim - Ahli biasa 15. Pn. Noraisah Mat Salleh - Ahli biasa 16. En. Salim Usol - Ahli biasa 17. Pn. Hjh. Maimunah Chia - Ahli biasa 18. En. Ismail Adik - Ahli biasa 19. En. Surin Abidin - Ahli biasa 20. En. Izanuddin Noordin - Ahli biasa 21. Pn. Mariaty J. Chuan - Ahli biasa 22. Pn. Baitah Ekun - Ahli biasa Tidak hadir dengan izin: 1. Pn. Masbeh Jamani - Ahli biasa 2. En. Rosli Hj. Samsudin - Ahli biasa BIL PERKARA TINDAKAN 1 -1.1- 2 -2.1- PENDAHULUAN Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua ahli MBJ Jabatan Bendahari Negeri Sabah yang hadir pada mesyuarat kali ini. ISU-ISU YANG DIKEMUKAKAN OLEH MBJ PIHAK PEKERJA Pengerusi MBJ Pihak Pekerja, Encik Hamdan mengutarakan isu pada para 2.1, Minit Mesyuarat MBJ Pihak Pekerja pada 14 September 2009 iaitu penubuhan semula Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Sukan jabatan kepada MBJ Pihak Majikan. 1/5

Minit Mesyuarat MBJ Jabatan Bendahari Negeri Sabah Mesyuarat MBJ Jabatan Bendahari... · Kementerian Kewangan bagi menangani masalah ini. Selain ... lawatan sambil belajar dan PBD

  • Upload
    vudiep

  • View
    352

  • Download
    9

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Minit Mesyuarat MBJ Jabatan Bendahari Negeri Sabah Mesyuarat MBJ Jabatan Bendahari... · Kementerian Kewangan bagi menangani masalah ini. Selain ... lawatan sambil belajar dan PBD

Minit Mesyuarat MBJ Jabatan Bendahari Negeri Sabah Siri 2/2009Pada : 28 September 2009 (Jumaat)

Masa : 8.30 pagiTempat : Bilik Mesyuarat, Tingkat 1,

Jabatan Bendahari Negeri Sabah

Kehadiran:

1. Cik Chui Nget Ngo - Bendahari Negeri (selaku pengerusi mesyuarat)2. En. A. Shafiuddin Hj. Abidin - MBJ Pihak Pengurusan3. En. Hussein Alisaputra - Setiausaha MBJ Pihak Majikan4. En. Banesely Bullah - MBJ Pihak Pengurusan5. En. Justine Sinsoi - MBJ Pihak Pengurusan6. Pn. Jeanie Liew - MBJ Pihak Pengurusan7. En. Hamdan Hamzani - Pengerusi MBJ Pihak Pekerja8. En. Christopher Dyonisius - Timbalan Pengursi MBJ Pihak Pekerja9. Hjh. K.Y. Kamariah - Naib Pengerusi (1)10. En. Ag. Yahya Ag. Damit - Naib Pengerusi (2) 11. En. Mohd Rizan Abran - Setiausaha12. Pn. Ummi Khalelah Bt. Kula - Ahli biasa13. Hj. Safri Idris - Ahli biasa14. Pn. Dg. Juraidah Abd. Rahim - Ahli biasa15. Pn. Noraisah Mat Salleh - Ahli biasa16. En. Salim Usol - Ahli biasa17. Pn. Hjh. Maimunah Chia - Ahli biasa18. En. Ismail Adik - Ahli biasa19. En. Surin Abidin - Ahli biasa20. En. Izanuddin Noordin - Ahli biasa21. Pn. Mariaty J. Chuan - Ahli biasa22. Pn. Baitah Ekun - Ahli biasa

Tidak hadir dengan izin:

1. Pn. Masbeh Jamani - Ahli biasa2. En. Rosli Hj. Samsudin - Ahli biasa

BIL PERKARA TINDAKAN

1

-1.1-

2

-2.1-

PENDAHULUAN

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua ahli MBJ Jabatan Bendahari Negeri Sabah yang hadir pada mesyuarat kali ini.

ISU-ISU YANG DIKEMUKAKAN OLEH MBJ PIHAK

PEKERJA

Pengerusi MBJ Pihak Pekerja, Encik Hamdan mengutarakan isu pada para 2.1, Minit Mesyuarat MBJ Pihak Pekerja pada 14 September 2009 iaitu penubuhan semula Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Sukan jabatan kepada MBJ Pihak Majikan.

1/5

Page 2: Minit Mesyuarat MBJ Jabatan Bendahari Negeri Sabah Mesyuarat MBJ Jabatan Bendahari... · Kementerian Kewangan bagi menangani masalah ini. Selain ... lawatan sambil belajar dan PBD

BIL PERKARA TINDAKAN

2.1.1

2.1.2

2.1.3

-2.2-

2.2.1

2.2.2

2.2.3

-2.3-

2.3.1

Wakil MBJ Pihak Majikan, Encik Hussein memaklumkan bahawa kelab JBNS yang lama telah ditamatkan oleh pihak ROS dengan tindakan surat berwarna merah. Perkara ini adalah disebabkan oleh banyak faktor antaranya ialah hutang dan kewujudan dua akuan bank.

Encik Hussein juga mencadangkan perbincangan dengan pihak ROS terlebih dahulu untuk sebarang nasihat dan pendapat jika kelab baru jabatan hendak ditubuhkan kembali.

Pengerusi menyatakan adalah lebih baik menyelesaikan masalah kelab yang lama terlebih dahulu sebelum berhubung dengan pihak ROS. Sehubungan itu, anggota lama kelab iaitu Tuan Haji Yusuf Wahab, Encik Jamleh Hanggarak dan Puan Roslind Bumpin akan dibawa bermesyuarat bersama oleh MBJ Pihak Pekerja pada masa akan datang bagi mencari jalan penyelesaian.

Pengerusi MBJ Pihak Pekerja seterusnya mengutarakan isu pada para 2.2, Masalah berkaitan dengan tikus dan anai-anai dalam pejabat. Selain itu, kebersihan diluar pejabat tidak memuaskan.

Wakil MBJ Pihak Majikan, Puan Jeanie Liew menyatakan bahawa dahulu terdapat Syarikat yang mengendalikan masalah berkaitan tikus dan anai-anai di jabatan ini tetapi tidak berkesan.

Encik Hamdan mencadangkan satu mesyuarat dengan Kementerian Kewangan bagi menangani masalah ini. Selain itu, Encik Hamdan mencadangkan penambahan pekerja pembersihan daripada Kementerian Kewangan.

Pengerusi membuat keputusan agar jabatan membeli tong sampah baru untuk diletak di luar pejabat tingkat bawah. Pengerusi MBJ Pihak Pekerja seterusnya mengutarakan isu pada para 2.3, kebersihan dan keceriaan Jabatan. Pejabat Bendahari Daerah perlulah dibekalkan gambar bersama bingkai gambar Y.D.P Agong, Perdana Menteri dan juga Ketua Menteri. Perkara ini perlu kerana perkara ini turut dalam perhatian Jabatan Audit Negara.

Perkara ini telah dipersetujui oleh MBJ Pihak Majikan, sehubungan itu ibu pejabat Jabatan Bendahari Negeri akan membekalkan peralatan tersebut setiap kali terdapat perubahan.

Setiausaha MBJ Pihak Pekerja

Penolong Bendahari Negeri

(PDK)

Penolong Bendahari Negeri

(PDK)

2/5

Page 3: Minit Mesyuarat MBJ Jabatan Bendahari Negeri Sabah Mesyuarat MBJ Jabatan Bendahari... · Kementerian Kewangan bagi menangani masalah ini. Selain ... lawatan sambil belajar dan PBD

BIL PERKARA TINDAKAN

-2.4-

2.4.1

-2.5-

2.5.1

2.5.2

-2.6-

2.6.1

-2.7-

Pengerusi MBJ Pihak Pekerja seterusnya mengutarakan isu pada para 2.4, cadangan untuk memberi Kad Elektronik kepada setiap Pejabat Bendahari Daerah bagi memudahkan urusan mereka di Ibu Pejabat. Setiap BD akan mendapat satu kad tersebut.

MBJ Pihak Majikan bersetuju agar jabatan menyediakan kad elektronik umum sebanyak enam buah. Kad tersebut akan dikawalselia oleh Puan Dayang Maznah. Setiap wakil Pejabat Bendahari Daerah yang datang ke ibu pejabat haruslah mendaftar terlebih dahulu dengan Puan Dayang Maznah untuk menggunakan kad tersebut.

Pengerusi MBJ Pihak Pekerja seterusnya mengutarakan isu pada para 2.5, cadangan lawatan diantara Pejabat Bendahari Daerah ke Pejabat Bendahari Daerah yang lain untuk tujuan penambaikan perkhidmatan.

Encik Hamdan menyatakan satu Pejabat Bendahari Daerah (PBD) di setiap Zon perlu untuk dilantik menjadi Pejabat contoh (Bench Mark) dan rujukan oleh PBD yang lain.Wakil MBJ Pihak Majikan, Encik A. Shafiuddin menyatakan lawatan diantara PBD tersebut perlulah berlandaskan lawatan sambil belajar dan PBD yang dilawat tersebut haruslah merupakan PBD yang tepat dan mempunyai rekod yang cemerlang.

MBJ Pihak Majikan bersetuju untuk mewujudkan Anugerah PBD contoh dan seterusnya memberi Rating kepada setiap PBD. Satu standard Garis panduan untuk pengiraan tersebut akan disedia berdasarkan kehendak Jabatan Audit Negara. Encik Hussein memaklumkan bahawa garis panduan yang lama masih boleh dirujuk kembali sebagai panduan. Encik Hamdan memohon agar anugerah tersebut dapat diberikan semasa mesyuarat Bendahari Daerah dengan Pihak Pengurusan pada masa akan datang.

Pengerusi MBJ Pihak Pekerja seterusnya mengutarakan isu pada para 2.6, Memohon untuk membesarkan ruang Pejabat Bendahari Daerah Kunak. Ruang pejabat BD kunak sangat kecil.

MBJ Pihak Majikan membuat keputusan agar Pejabat Bendahari Daerah Kunak menyediakan pelan dan seterusnya memohon secara bertulis kepada JKR Kunak.

Pengerusi MBJ Pihak Pekerja seterusnya mengutarakan isu pada para 2.7, memohon agar Pihak Pengurusan dapat memberi penjelasan kepada semua kakitangan berkenaan syarat-syarat untuk semua skim jawatan mengenai kenaikan pangkat.

Penolong Bendahari Negeri (PDK)

Penolong Bendahari Negeri (PDK)

Bendahari Daerah Kunak dan

Penolong Bendahari Negeri (PDK)

3/5

Page 4: Minit Mesyuarat MBJ Jabatan Bendahari Negeri Sabah Mesyuarat MBJ Jabatan Bendahari... · Kementerian Kewangan bagi menangani masalah ini. Selain ... lawatan sambil belajar dan PBD

BIL PERKARA TINDAKAN2.7.1

-2.8-

2.8.1

-2.9-

2.9.1

-2.10-

2.10.1

-2.11-

2.11.1

3

-3.1-

-3.2-

Wakil MBJ Pihak Majikan, Encik Hussein memaklumkan bahawa syarat-syarat untuk semua skim jawatan mengenai kenaikan pangkat ialah, (1) markah prestasi adalah 80% keatas untuk tiga tahun berturut-turut, (2) lulus peperiksaan PTK, (3) tiada tindakan Tatatertib, (4) tidak mempunyai hutang berat dan yang terakhir (5) diperakukan oleh ketua jabatan. Bagi jawatan N1/R1, tidak ada PTK untuk diambil. Namun demikian perkara ini adalah terpulang kepada ketua jabatan.

Pengerusi MBJ Pihak Pekerja seterusnya mengutarakan isu pada para 2.8, memohon agar salinan baucar pembayaran dapat diserahkan kepada penuntut.

Perkara ini dipersetujui.

Pengerusi MBJ Pihak Pekerja seterusnya mengutarakan isu pada para 2.9, memohon agar kadar tambang teksi yang sedang dikaji disegerakan.

Perkara ini telah diambil tindakan.

Pengerusi MBJ Pihak Pekerja seterusnya mengutarakan isu pada para 2.10, Masalah penghantaran FTP, memohon agar talian internet sendiri (Streamyx) yang dicadangkan kepada Pejabat Daerah dapat disegerakan.

Encik A. Shafiuddin menyatakan Streamyx tidak akan dipasang kerana talian internet mesti melalui Pejabat Daerah. Perkara ini masih menunggu maklum balas daripada JPKN.

Pengerusi MBJ Pihak Pekerja seterusnya mengutarakan isu pada para 2.11, cadangan agar dapat dibekalkan tiga buah komputer kepada setiap Pejabat Bendahari Daerah. Dua buah komputer yang dibekalkan kepada Bendahari Daerah tidak dapat meningkatkan perkhidmatan Pejabat tersebut.

Perkara ini telah dipersetujui.

LAIN-LAIN PERKARA

MBJ Pihak Majikan bersetuju dengan aktiviti cadangan dari-pada MBJ Pihak Majikan agar lawatan ke Jabatan Perben-daharaan negeri lain pada tahun hadapan. Selain itu juga, MBJ Pihak Majikan juga bersetuju Aktiviti MBJ Pihak Pekerja untuk mengadakan majlis berdialog bersama kakitangan Pe-jabat Bendahari Daerah.

Pengerusi mengucapkan tahniah kepada MBJ Pihak Pekerja kerana berjaya mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri JBNS.

Penolong Bendahari Negeri (PPP) dan

Penolong Bendahari Negeri (PDK)

Seksyen Pembangunan

Sistem dan Perakaunan

Seksyen Pembangunan

Sistem dan Perakaunan

Setiausaha MBJ Pihak Pekerja

4/5

Page 5: Minit Mesyuarat MBJ Jabatan Bendahari Negeri Sabah Mesyuarat MBJ Jabatan Bendahari... · Kementerian Kewangan bagi menangani masalah ini. Selain ... lawatan sambil belajar dan PBD

BIL PERKARA TINDAKAN

4

-4.1-

PENUTUPAN

Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 11.00 pagi dengan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.

Disediakan oleh:- Disahkan oleh:-

(MOHD RIZAN ABRAN) (CHUI NGET NGO) Setiausaha Bersama Pengerusi MBJ Jabatan Bendahari Negeri Sabah Jabatan Bendahari Negeri Sabah

5/5