Model Assure

Embed Size (px)

Citation preview

. MODEL ASSURE
Rancangan mengajar atau persediaan mengajar boleh didefinisikan sebagai suatu rancangan pelajaran yang mengandungi unsur-unsur seperti pengetahuan sedia ada murid, objektif pelajaran, media pengajaran, kaedah dan teknik pengajaran, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup untuk satu atau dua waktu pengajaran. Faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa menyediakan rancangan mengajar adalah tujuan utama atau matlamat yang mahu dicapai dari pengajaran yang hendak disampaikan serta impaknya terhadap penerimaan isi pelajaran dan pemahaman murid. Kemahiran dalam reka bentuk instruksional sangat perlu bagi guru dan pembina bahan instruksional. Ia dapat membantu guru merancang pembinaan dan penggunaan media dan kaedah yang sesuai. Model Reka Bentuk instruksional ASSURE, (Heinich, 1982) bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Justeru itu penyesuaian ini dapat dilakukan berasaskan Model Reka Bentuk tersebut bagi memilih dan menggunakan media pengajaran secara umum. Terdapat enam komponen dalam model ini iaitu:
A-Analisa Pelajar (Analyze Learners) : Analisis ciri umum pelajar seperti peringkat umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, stail pembelajaran dan sebagainya sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan.
S-Menyatakan Objektif (State Objective) : Pernyataan objektif prestasi dalam merancang sesuatu pengajaran untuk menentukan jenis bahan multimedia yang ingin digunakan iaitu mengenalpasti kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran.
S-Memilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media and Materials) : Memilih bahan sama ada menepati kehendak dan keperluan objektif atau mengubahsuai bahan multimedia agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar dan pendekatan yang akan digunakan serta kekangan yang mungkin dihadapi sesuai dengan objektif pembelajaran.
U-Menggunakan Media dan Bahan (Utilize Media and Materials): Guru harus terlebih dahulu mengadakan pratonton media tersebut sama ada manual penggunaanya, laporan, lampiran atau melihat sendiri sama ada melalui paparan komputer atau mendengar audio atau membaca teksnya supaya sesuai dengan objektif pembelajaran.
RMemerlukan Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation): Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan respon pelajar dalam berinteraksi dengan bahan yang disediakan serta mendapatkan maklumbalas. Penglibatan pelajar boleh berlaku secara individu atau berkumpulan.
E-Menilai dan Mengulangkaji (Evaluate and Revise): Penilaian perlu dibuat secara berterusana dan bersepadu serta menyeluruh disemua peringkat untuk memberi gambaran sejauhmana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan dengan objektif atau hasil pembelajaran yang dikehendaki (Heinich, 1982)

U- Menggunakan Media dan Bahan (Utilize Media and Materials): Guru harus terlebih dahulu mengadakan pratonton media tersebut sama ada manual penggunaanya, laporan, lampiran atau melihat sendiri sama ada melalui paparan komputer atau mendengar audio atau membaca teksnya supaya sesuai dengan objektif pembelajaran. R- Memerlukan Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation): Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan respon pelajar dalam berinteraksi dengan bahan yang disediakan serta mendapatkan maklumbalas. Penglibatan pelajar boleh berlaku secara individu atau berkumpulan. E- Menilai dan Mengulangkaji (Evaluate and Revise): Penilaian perlu dibuat secara berterusana dan bersepadu serta menyeluruh disemua peringkat untuk memberi gambaran sejauhmana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan dengan objektif atau hasil pembelajaran yang dikehendaki (Heinich, 1982)

Tugasan Kumpulan

Tugasan EDU3105

(Satu kumpulan dua orang)

Topik 3: Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah: Model Assure

Nama ahli kumpulan:

1. NURULHUDA BINTI NINGGAL

2. PUTRI DANG SARI

Unit : S4-P-SMP-RBT 4

Tarikh : 30 JUN 2011

Jawab SEMUA soalan

1. Terdapat enam langkah dalam model ASSURE.Senaraikan langkah-langkah tersebut.

Pilih dua langkah daripadanya dan huraikan secara terperinci langkah-langkah berkenaan. Huraian hendaklah disertakan contoh yang sesuai dengan subjek pengkhususan anda.

2. Anda hendak menyediakan satu rancangan persediaan mengajar bagi satu topik pelajaran subjek anda. Sediakan dua objektif pengajaran pembelajaran setelah menganalisis ciri-ciri pelajar.

3. Pilih media yang sesuai bagi topik yang berkenaan.Berikan rasional pemilihan tersebut,

4. Dalam fasa analisis learner, aspek pelajar adalah diutamakan. Apakah ciri-ciri umum pelajar yang dapat dikaitkan dengan Model ASSURE.

5. Model Mutiple Intelligence adalah satu contoh gaya pembelajaran. Terangkan ciri-ciri yang terdapat dalam model ini. Berikan contoh berdasarkan subjek pengkhususan anda.

6. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran guru menggunakan media pengajaran semasa memberikan input kepada pelajar penting untuk mendapatkan perhatian pelajar. Pilih kemahiran guru yang sesuai untuk mendapatkan kemahiran pelajar.

7. Sediakan satu contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH) matapelajaran pengkhususan anda. Bagaimana Model ASSURE dapat diintegrasikan dalam pembinaan RPH anda.

MUHAMMAD AMIN BIN SIMON

Pensyarah

30/06/2011

-----JAWAPAN

1. Terdapat enam langkah dalam model ASSURE.Senaraikan langkah-langkah tersebut.

Pilih dua langkah daripadanya dan huraikan secara terperinci langkah-langkah berkenaan. Huraian hendaklah disertakan contoh yang sesuai dengan subjek pengkhususan anda.

Enam langkah dalam model ASSURE.

A = Analyse learner (Analisis pelajar). S = State objectives (Nyatakan objektif). S = Select, modify or make media (Pilih Kaedah, Media dan Bahan) U = Use media (Gunakan media) R = Require learner response (Perlukan tindak balas pelajar). E = Evaluate materials (Menilai dan menyemak semula bahan).

A = Analyse learner (Analisis pelajar).

Terdapat 3 perkara penting untuk menganalisis ciri-ciri pelajar:

(a) Ciri-ciri umum Merupakan deskripsi umum tentang umur, tahap, latar belakang sosial ekonomi dan sebagainya.

(b) Kompetensi khusus Berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran.

(c) Gaya pembelajaran Merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu menanggapi, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran.

Tidak semua orang mempunyai kebolehan yang sama ;tidak semua orang belajar dengan cara yang sama

-Gardner

Tabiat Pemprosesan Maklumat

Urutan Konkrit pengalaman secara hands-on mengikut urutan logikal

Buku Kerja Pengajaran Terancang (PI) Tunjukcara Pendekatan Makmal berstrutur

Urutan Abstrak -pelajar mampu mendekod maklumat verbal & simbolik dengan mudah

Persembahan Verbal (reading presentation) Mendengar persembahan

Rawak Konkrik menjurus kepada pendekatan cuba jaya (TNE)

Permainan Simulasi Projek pembelajaran kendiri Kaedah penemuan

Rawak Abstrak tangapan makna (pemahaman) dari persembahan perantara (manusia) dan respons pada nada dan gaya penyampai

Perbincangan kumpulan Kuliah dengan sesi soal jawab Video Televisyen

S = Select modify or make media (Pilih Kaedah, Media dan Bahan)

Terdapat 3 langkah dalam pemilihan kaedah, media dan bahan pengajaran.

a) Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran.

Sesuatu sesi pengajaran kemungkinan mengambil kira dua atau lebih kaedah untuk melayani tujuan yang berlainan dalam perkembangan pelajaran. Seperti Set Induksi dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demonstrasi latihan dan latih tubi untuk mempelajari kemahiran yang baru.

b) Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih.

Pemilihan media berasaskan kriteria yang tertentu:

Sepadan dengan kurikulum Maklumat tepat dan terkini Bahasa yang jelas dan tepat

Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar Menggalakkan penglibatan pelajar Mempunyai teknikal kualiti yang baik. Terdapat bukti keberkesanannya Bebas daripada bias. Mempunyai buku panduan yang lengkap.

(c) Mereka bentuk media

Bagi mereka bentuk media, ia terdiri daripada:

Media sedia ada

Ubah suai media yang sedia ada

Mereka bentuk media yang baru

Tujuh perkara yang perlu diambil kira untuk mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakannya sendiri.

Objektif Pelajar Kos Kepakaran teknikal Peralatan

Fasiliti Masa

Gunakan Media dan Bahan

Terdapat lima langkah bagi penggunaan media yang baik:

Preview bahan Sediakan bahan Sediakan persekitaran Sediakan pelajar Sediakan pengalaman pembelajaran

2. Anda hendak menyediakan satu rancangan persediaan mengajar bagi satu topik pelajaran subjek anda. Sediakan dua objektif pengajaran pembelajaran setelah menganalisis ciri-ciri pelajar.

Objektif pembelajaran

a. Objektif pembelajaran mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks. b. Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi atau hasilan yang ingin dicapai, keadaan dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati. Contoh: Diberi satu keratan akhbar yang mengandungi 200 patah perkataan (Keadaan/syarat pembelajaran), boleh membaca keratan akhbar tersebut (Prestasi) dengan lancar dan jelas (Kriteria/darjah pencapaian).

Objektif Pembelajaran Ikan Hiasan Tahun 5

Di akhir pembelajaran ini pelajar berupaya :

1. Mengenal, melabel bahagian luar ikan dan menyenarai spesis ikan hiasan tropika 2. Memilih ikan hiasan untuk dipelihara. 3. Mengenal, memilih dan menanam tumbuhan akuatik dalam akuarium. 4. mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan. 5. mengenal pasti kandungan mutu air. 6. mengenal pasti simptom penyakit biasa pada ikan hiasan. 7. menjaga tumbuhan akuatik dalam akuarium.

3. Pilih media yang sesuai bagi topik yang berkenaan. Berikan rasional pemilihan tersebut,

Seseorang guru harus tahu dan bijak untuk memilih media pengajaran, faktor-faktor berikut perlu diberikan perhatian:

1. Kesesuaian

2. Peringkat penerimaan/kefahaman

3. Pemerolehan

4. Harga

5. Mutu

Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam dan luar Negara mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran dalam pendidikan seperti penggunaan computer dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, ia dapat memberikan kemudahan seperti berikut :

Pengajaran lebih terancang Melibatkan pelbagai deria Memperkayakan pengalaman Perluasan batasan komunikasi Pembelajaran individu Keseronokan belajar/motivasi Sumber maklumat Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid. Menguat dan mengekalkan daya ingatan Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah Menjimatkan masa Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran

Selain itu, menurut kajian, peratus penerimaan semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku adalah dipengaruhi oleh penglibatan deria masing-masing.

Deria

% Penerimaan

Mata

70

Hidung

5

Mulut

4

Telinga

15

Rasa/sentuhan

6

4. Dalam fasa analisis learner, aspek pelajar adalah diutamakan. Apakah ciri-ciri umum pelajar yang dapat dikaitkan dengan Model ASSURE

Menganalisis ciri pelajar boleh membantu guru memilih media, teknologi dan kaedah yang sesuai dengan pelajar. Sebagai contoh, jika pelajar lemah dalam kemahiran membaca, adalah lebih sesuai menggunakan bahan bukan cetak. Begitu juga jika pelajar itu lemah dalam menghafal sifir, kaedah latih tubi menggunakan instruksi berbantu computer. Guru harus juga memilih media yang sesuai bagi kumpulan pelajar yang berasal dari kumpulan etnik tertentu atau yang mempunyai budaya atau nilai tertentu. Bagi pelajar yang tidak atau kurang berminat terhadap pelajaran, guru boleh memilih jenis media yang boleh merangsang pembelajaran seperti pita video, kaedah simulasi atau permainan atau aktiviti yang berasaskan teknologi. Jika guru memperkenalkan sesuatu konsep baru adalah lebih berkesan menggunakan pengalaman enaktif (pengalaman sebenar, simulasi atau lawatan) atau pengalaman ikonik (Video, CD) seperti yang terdapat dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale. Bagi kumpulan heterogenus iaitu kumpulan pelajar yang mempunyai tahap kebolehan atau pengalaman yang sangat berbeza, guru boleh memilih bahan pandang dengar atau multimedia seperti persembahan video atau PowerPoint. Media dan teknologi ini dapat memberi asas kepada kumpulan berkenaan untuk memulakan perbincangan kumpulan atau belajar secara individu. Terdapat juga keadaan di mana guru tidak mempunyai masa untuk menganalisis pelajar kerana pertama kali bertemu dengan pelajar atau kumpulan itu terdiri dari pelbagai kebolehan dan pengalaman. Dalam situasi ini, guru boleh berbincang lebih awal dengan pelajar atau mendapatkan rekod akademik pelajar supaya dapat ditentukan jenis media dan kaedah yang diperlukan. Penceramah biasanya tidak dapat menganalisis penontonnya dan cara yang paling baik ialah datang lebih awal supaya dapat sedikit maklumat tentang pengetahuan, kemahiran, pengalaman, sikap atau minat mereka.

Soalan 5

Model Mutiple Intelligence adalah satu contoh gaya pembelajaran. Terangkan ciri-ciri yang terdapat dalam model ini. Berikan contoh berdasarkan subjek pengkhususan anda.

Mutiple Intelligence atau dalam bahasa melayunya ialah pelbagai kecerdasan. Berikut ialah apa yang saya telah pelajari contoh gaya pembelajaran;

Pelbagai Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir

Dalam kes ini, para pelajar perlu memahami lapan kecerdasan (eight multiple intelligences) dan kemahiran berfikir yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar dalam apa juga bentuk pengajaran, sama ada secara kontekstual atau masteri.

Mengapa Lapan kecerdasan dan kemahiran Berfikir Perlu Dikembangkan?

1. Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan yang perlu dikembangkan.

2. kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup.

3. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, para pelajar anda seharusnya mahir berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Bagaimana Lapan Kecerdasan Dikembangkan?

Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

a. Bahasa

b. Logik-Matematik

c. Ruang (spatial)

d. Muzik

e. Kinestatik

f. Interpersonal

g. Intapersonal

h. Nature Smart

Lapan kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai satu topik yang berasingan, tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri lapan kecerdasan boleh digambarkan secara ringkas melalui jadual berikut:

Kecerdasan

Cerdas dalam

Pekerjaan

1. Bahasa

Menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan.

Penulis, penyajak, penceramah

2. Logik Matematik

Menaakul, kiraan, membuat analisis

Saintis, jurutera, akauntan

3. Ruang (spatial)

Mencorak, melukis, mengukir

Pelukis, pengukir

4. Muzik

Mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memainkan alat muzik

Pencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat muzik.

5. Kinestatik

Gerakan, tarian, lakonan, sukan, permainan

Atlet, pemain bola sepak, peninju, penari,, pelakon.

6. Interpersonal

Perhubungan manusia

Diplomat, ahli politik, peniaga

7. Intrapersonal

Nilai murni, pendirian, falsafah

Pengarang, penyajak, ahli falsafah

8. Nature Smart

Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna

Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar, Geologist

Guru boleh mengembangkan kecerdasan-kecerdasan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti berkaitan bahasa berkenaan:

i. Pembelajaran koperatif: Mengembangkan kecerdasan interpersonal.

ii. Lakonan, permainan simulasi, dan main peranan: mengembangkan kecerdasan kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan mungkin ruang.

iii. Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep; mengembangkan kecerdasan ruang.

iv. menyanyi lagu, menulis lirik atau seni kata lagu; mengembangkan kecerdasan muzik.

Guru juga boleh memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik matematik seperti kemahiran-kemahiran berikut:

i. Menaakul secara logik.

ii. Membuat kiraan.

iii. Membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun atur, atau mentafsir.

iv. Membuat sintesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan.

v. Membuat keputusan

vi. Menyelesaikan masalah.

Soalan 6

Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran guru menggunakan media pengajaran semasa memberikan input kepada pelajar penting untuk mendapatkan perhatian pelajar. Pilih kemahiran guru yang sesuai untuk mendapatkan kemahiran pelajar.

Mengapa Guru Perlu Menggunakan Media Pengajaran

Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam dan luar Negara mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran dalam pendidikan. Artikel ini akan membincangkan peranan media pengajaran dan faedah kepada guru dan murid. Dengan penggunaan media pengajaran, guru akan dapat dilihat sebagai seorang yang sentiasa proaktif dan menitik beratkan hasil akhir pengajaran yang mana akan dapat membantu murid memahami dan mengingati sesuatu fakta dan ilmu. Menurut kajian, peratus penerimaan semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku adalah dipengaruhi oleh penglibatan deria masing-masing. Deria % Penerimaan Mata 70%, Hidung 5%, Mulut 4%, Telinga 15%, Rasa/sentuhan 6%.

Kepentingan media pengajaran dalam proses pengajaran pembelajaran ialah seperti berikut:

Pengajaran lebih terancang Melibatkan pelbagai deria Memperkayakan pengalaman Perluasan batasan komunikasi Pembelajaran individu Keseronokan belajar/motivasi Sumber maklumat Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid. Menguat dan mengekalkan daya ingatan Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah Menjimatkan masa Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran

Pemilihan Media Pengajaran Seseorang guru harus tahu dan bijak untuk memilih media pengajaran, faktor-faktor berikut perlu diberikan perhatian:

1. Kesesuaian

2. Peringkat penerimaan/kefahaman

3. Pemerolehan

4. Harga

5. Mutu Kesesuaian

Sebelum memilih sesuatu media pengajaran, guru perlu menetapkan objektif yang hendak dicapai terlebih dahulu. Contohnya, kalau objektif guru adalah supaya murid mengetahui tentang bunyi sebutan perkataan yang betul di dalam pembelajaran bahasa kedua, dan di samping membetulkan bunyi sebutannya, maka murid perlu mendengarnya sendiri. Oleh itu media yang betul ialah alat perakam audio. Boleh juga alat perakam audio digabungkan dengan carta dan sebagainya jika difikirkan mustahak. Sesuatu media dianggap sesuai jika memenuhi syarat berikut:

Memenuhi kehendak isi dan objektif murid Memudahkan kefahaman murid Memerlukan latihan yang minimum untuk menggunakannya Menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang menyeronokkan Mudah diubahsuai dari segi penggunaan serta juga senang dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain Selamat digunakan oleh murid

Peringkat penerimaan/kefahaman Mungkin isi kandungan media yang dipilih itu sesuai, tetapi cara penyampaian atau peringkat penerimaan murid adalah tidak setara dengan keupayaan mereka. Dengan lain perkataan media tersebut tidak setanding dengan keupayaan murid untuk menerima dan memahami isi kandungan yang disampaikan oleh media tersebut. Ini berlaku kepada media yang telah siap tersedia oleh pihak-pihak tertentu seperti syarikat pengeluar media tersebut. Untuk mengelakkan perkara ini, media perlulah dihasilkan sendiri oleh guru yang mengajar. Media yang dapat memudahkan pemahaman murid terhadap konsep-konsep yang hendak disampaikan hendaklah dipilih.

Harga Sesuatu media yang hendak digunakan hendaklah diperolehi dengan mudah dan harga yang murah. Media elektronik tidak dapat dinafikan mempunyai keupayaan yang lebih baik walaupun harganya mahal. Sekiranya harga tidak menjadi masalah, pilihlah media yang dapat memberikan kesan yang lebih baik. Kos adalah munasabah dan tidak terlalu membebankan.

Pemerolehan Seseorang guru yang merancang menggunakan media pengajaran, perlu mengenal pasti pemerolehan sesuatu media itu. Adakah media tersebut ada di pusat sumber atau sekolah masingmasing? Bolehkah media tersebut disediakan dengan mudah? Sekiranya mudah diperolehi, akan mendorongkan seseorang guru menggunakannya dengan lebih kerap.

Mutu Sekiranya faktor-faktor di atas sudah dipenuhi, apakah guru akan menolak penggunaan media tersebut kerana mutu yang rendah? Sesuatu objektif pembelajaran tidak akan tercapai sekiranya mutu media yang digunakan itu tidak elok seperti warna, suara dan tulisan yang tidak jelas.

Penghasilan Media Kebanyakan media yang ada di pasaran adalah dipasarkan untuk mencari keuntungan tanpa memenuhi kehendak dan keperluan tertentu guru dan murid. Oleh itu untuk menyediakan media yang sesuai, guru perlulah membuat sendiri. Banyak sekali faedah yang diperolehi dari penghasilan media oleh guru seperti berikut:

Isi kandungan yang sesuai dengan sukatan sekolah Objektif pengajaran pembelajaran disusun dengan lebih tepat Jika dilibatkan murid dalam penghasilan media, akan dapat mengukuhkan lagi daya ingatan dan meberikan pengalaman yang berguna kepada murid Menambahkan koleksi pusat sumber sekolah di samping menjimatkan kos

Beberapa aspek yang perlu dititik beratkan dalam penghasilan media adalah seperti berikut:

Pengetahuan mengenai bahan yang hendak dihasilkan (isi kandungan) Kemahiran untuk penghasilan Mempunyai daya kreatif Tenaga untuk penghasilan Alatan khas yang diperlukan Masa Kos

Soalan 7

Sediakan satu contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH) matapelajaran pengkhususan anda. Bagaimana Model ASSURE dapat diintegrasikan dalam pembinaan RPH anda.

Text Box: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 5 Orked Bilangan Murid : 32 orang Tema : Kebudayaan Tajuk : Perayaan di Malaysia Tarikh : 12 Februari 2007 Masa : 60 minit Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat; i. Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut perayaan secara lisan. ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai perayaan di Malaysia. iii. Murid dapat menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka menyambut perayaan masing- masing dengan menggunakan ayat majmuk yang betul. Hasil Pembelajaran: 1.1 berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai. Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca. Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi berdasarkan tanda baca. 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

Text Box: Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar. Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonansi. Ilmu : Bahasa Melayu, Kebudayaan Nilai : Kesenian, menghayati, menghormati dan Menghargai. Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan kemahiran mengkategori. Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan. Kecerdasan Pelbaga : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi. Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia dengan cara berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah. BBB : Power point, buku latihan dan alat tulis.

Text Box: Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Murid ditayangkan power point yang berkaitan dengan jenis-jenis perayaan yang terdapat di Malaysia. Set Induksi (5 minit) i)murid diminta untuk melihat paparan power point dan menghayatinya. ii)murid diminta untuk membezakan jenis perayaan mengikut kaum dan menceritakan pengalaman mereka. iii)guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari itu. Guru memberi teks cerita yang bertajuk Perayaan Di Malaysia melalui power point. Langkah 1 (15 minit) i)murid dikehendaki untuk mengelik salah satu pautan yang disediakan. ii)murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan mengikut intonansi serta gaya yang betul. iii)murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut. iv)kemudian guru menanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan petikan tersebut. Guru mengadakan perbincangan kumpulan antara murid-murid dan melakukan pembentangan melalui power point. Langkah 2 (15 minit) i)murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. ii)murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan. iii)murid dikehendaki membentangkan perbezaan antara perayaan yang terdapat di Malaysia dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka. iv)kemudian kumpulan yang berjaya menyiapkan dahulu akan membentangkan hasil perbincangan mereka dan mereka akan mendapat

Text Box: ganjaran. v)guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada mereka. Guru memberi latihan kepada murid-murid. Aktiviti Pemgayaan: Menulis karangan pendek berdasarkan tajuk yang diberi. Aktiviti Pemulihan: Menyudahkan petikan yang diberikan dengan mengisi tempat kosong. Langkah 3 (20 minit) i)guru terlebih dahulu menanyakan kepada murid sekiranya mereka masih tidak memahami tajuk pengajaran pada hari tersebut. ii)guru memberi latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek mengenai perbezaan perayaan di Malaysia. iii)guru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan dengan menyediakan teks cerita yang perlu dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong. Guru membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah pelajari. Guru juga menayakan nilai-nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Penutup (5 minit) i)murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan-bahan yang lain bagi menambanhkan pengetahuan mereka. ii)murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut. Nilai-nilai murni : -Menghargai -Bersyukur -Menghormati -bekerjasama

Refleksi Sebelum

_____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ __________

Refleksi Selepas

_____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ __________

Model ASSUREODEL ASSURE

A -Analyze Learners (Analisis Pelajar)

S -State Objectives (Nyatakan Objektif)

S -Select Methods, Media & Materials (Pilih kaedah, media dan bahan)

U- Utilize Media & Materials (Gunakan media dan bahan)

R -Require Learner Participation (Pelajar mengambil bahagian)

E -Evaluate & Revise (Nilai dan Ubahsuai

Model ASSURE dapat diintegrasikan dalam pembinaan RPH anda melalui apa yang saya terangkan di bawah ini.

Kenalpasti ciri-ciri peringkat masuk (pengetahuan sedia ada) berkaitan dengan tajuk dan isi kandungan (pengetahuan, kemahiran dan sikap) sebelum seseorang itu ingin membuat Rancangan pengajaran Harian (RPH).

Menyatakan objektif-objektif pembelajaran secara khusus di dalam RPH.

Biasanya objektif diambil daripada sukatan, panduan kurikulum atau buku teks. Penentuan objektif berdasarkan peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteriakriteria atau darjah pencapaian. Model ASSURE.

Memilih media bahan yang sesuai harus difikirkan sebelum membuat RPH.

Dipilih berdasarkan tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Menyediakan bahan yang sesuai, tempat-tempat belajar, makmal dan pusat sumber yang cukup. Menyediakan set induksi yang menarik bersesuaian dengan tujuan dan objektif pembelajaran.

Libatkan pelajar semasa dalam PNP.

Dalam proses pembelajaran, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran (membuat latihan, simulasi, perbincangan, latihtubi, kuiz dan lain-lain) Pengukuhan serta-merta diberikan akan menghasilkan tindakbalas yang betul.

Nilai dan semak semula bahan yang telah diletakkan dalam RPH

-Penilaian dan semakan semula perlu dijalankan di akhir pembelajaran.

-Tujuannya adalah untuk mengesan:

Adakah objektif tercapai?

Adakah alat atau bahan dapat membantu pembelajaran?

Adakah pelajar mengendalikan bahan dengan betul?

Adakah suasana pembelajaran selesa?

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook 0 comments:

Post a Comment Newer Post Older Post Home Subscribe to: Post Comments (Atom) About Me My Photo

Muhammad Amin Simon

View my complete profile

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Pelawat Online Bil Pelawat Mulai 1 Jun 2011 REHAT SEJENAK Selamat Hari Raya-PISMP RBT4 Renung-Renungkan

MENU UTAMA

SUKATAN/PROFORMA

SUB TOPIK

Video

Aktiviti Pembelajaran

PELAJAR

LATIHAN/TUGASAN

Contoh Soalan BERITA PP

PAUTAN

Pautan Subjek Lain

Pada pendapat saya blog ini Pengunjung Online mulai 4 August 2011

Peperiksaan Sekarang pukul... Cuaca Weather in Batu Pahat Search This Blog

Bina Blog

Followers Blog Archive

2011 (81) May (9) June (12) Jun 24 (1) Jun 26 (5) Jun 28 (1) Jun 29 (1) Jun 30 (4) S4-PISMP-RBT4 S4-PISMP-RBT3 Tugasan Kumpulan Tugasan Kumpulan

July (53) August (5) October (1) November (1)

Powered By Blogger Labels

digital camera (1) n (1)

Video Bar powered by Slideshow