204
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

  • Upload
    jom-buri

  • View
    3.727

  • Download
    38

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

HBAE2203

MEMBENTUK DANMEMBUAT BINAAN

Page 2: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

OUM

HBAE2203 ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

Panduan Kursus i – v

TOPIK 1: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 1 1.1 Bentuk Tiga Dimensi dan Ruang 2

1.2 Benda-benda Alam dan Buatan Manusia 5

1.3 Tujuan Membentuk dan Membuat Binaan 5 1.3.1 Tingkatkan Daya Kreativiti 5 1.3.2 Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan 7 1.3.3 Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga Dimensi 10

1.4 Kepentingan Membentuk dan Membuat Binaan 11 1.4.1 Mengembangkan Persepsi Pelajar Tentang Seni Tiga Dimensi 11 1.4.2 Mengenali Pelbagai Bentuk Asas 12 Rumusan 13

Glosari 14

Ujian 1 14

Ujian 2 14

TOPIK 2: ARCA 15 2.1 Kategori Arca 17

2.2 Alat dan Media dalam Pembuatan Arca 19

2.3 Teknik Penghasilan 20 2.3.1 Penyediaan Lakaran Idea 21 2.3.2 Proses Membentuk Arca 21

2.4 Persembahan Hasil Kerja 21 2.4.1 Ekspresi Diri 21 2.4.2 Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik 22 2.4.3 Apresiasi 22

Rumusan 23

Glosari 23

Ujian 1 24

Ujian 2 24

Page 3: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

OUM

HBAE2203 ISI KANDUNGAN

TOPIK 3: ORIGAMI 25 3.1 Sejarah Origami 25

3.2 Origami di Barat 25

3.3 Jenis-jenis Bentuk Origami 26

3.4 Alat dan Media 28 3.4.1 Kertas Origami 28 3.4.2 Gunting 30 3.4.3 Pisau Kraft 30

3.5 Proses dan Teknik Pembuatan 31

3.6 Simbol dan Kaedah 32

Rumusan 38

Glosari 38

Ujian 1 38

Ujian 2 38

TOPIK 4: ASEMBLAJ 39 4.1 Contoh-contoh Asemblaj 40

4.2 Alat dan Media 41 4.2.1 Alatan 41 4.2.2 Bahan/Media 42 4.2.3 Bagaimana Proses Asemblaj Dilakukan atau Dihasilkan? 43 4.2.4 Penyediaan Lakaran Idea 44 4.2.5 Penjanaan Idea – (Thumbnail-Print) 46 4.2.6 Pemilihan Lakaran Akhir untuk Penghasilan Karya Asemblaj daripada Sketsa 2 47 4.2.7 Proses Membentuk Asemblaj 47

4.3 Persembahan Hasil Kerja 48 4.3.1 Ekspresi Diri 48 4.3.2 Kemahiran Mengaplikasi Alat, Bahan dan Teknik 49 4.3.3 Ekspresikan Diri Anda 51

Rumusan 51

Glosari 52

Ujian 1 52

Ujian 2 52

Page 4: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

OUM

HBAE2203 ISI KANDUNGAN

TOPIK 5: STABIL 53 5.1 Alat dan Media 54 5.1.1 Stabil Dihasilkan Menggunakan Media Batu Marmar 55 5.1.2 Pengenalan Hasil Subjek dalam Arca Stabil 56 5.1.3 Pertimbangan Bahan yang Diperlukan untuk Membuat Arca Stabil Boleh Dirumus Seperti Berikut 57

5.2 Proses Kreativiti Menghasilkan Arca Stabil 58 5.2.1 Kesesuaian Bentuk dan Binaan dalam Menghasilkan Arca Stabil 58

5.3 Proses Menghasilkan Arca Stabil 59 5.3.1 Ekspresi Diri Anda 64

Rumusan 65

Glosari 65

Ujian 1 66

Ujian 2 66

TOPIK 6: MOBAIL 67 6.1 Alat dan Media 69 6.1.1 Alatan 69 6.1.2 Alatan untuk Menghasilkan Mobail 70 6.1.3 Media Mobail 71 6.1.4 Media untuk Menghasilkan Mobail 72 6.1.5 Bagaimana Proses Mobail Dihasilkan? 73 6.1.6 Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Mobail 73 6.1.7 Proses Membentuk Mobail 74

6.2 Persembahan Hasil Kerja 75 6.2.1 Ekspresi Diri 75 6.2.2 Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik 77 6.2.3 Apresiasi Mobail 78

Rumusan 80

Glosari 80

Ujian 1 81

Ujian 2 81

TOPIK 7: MODEL 82 7.1 Definisi 82 7.1.1 Alat dan Media 82

7.2 Aplikasi Alat, Media dan Teknik 83 7.2.1 Lakaran Idea

Page 5: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

OUM

HBAE2203 ISI KANDUNGAN

7.2.2 Pemilihan Alat dan Bahan 83 7.2.3 Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan 83

7.3 Persembahan Hasil Kerja atau Proses Penghasilan Model 84

7.4 Persembahan Hasil Kerja 89 7.4.1 Ekspresif Diri 89 7.4.2 Apresiasi 89

Rumusan 89

Glosari 90

Ujian 1 90

Ujian 2 90

TOPIK 8: BONEKA 91 8.1 Definisi 91

8.2 Aplikasi Alat, Media dan Teknik 91 8.2.1 Jenis-jenis Boneka 91 8.3 Aplikasi Alat, Media dan Teknik 98 8.3.1 Lakaran Idea 98 8.3.2 Pemilihan Alat dan Bahan 98 8.3.3 Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan 98

8.4 Persembahan Hasil Kerja 99 8.4.1 Ekspresif Diri 99

8.5 Apresiasi 99

Rumusan 99

Glosari 100

Ujian 1 100

Ujian 2 100

TOPIK 9: TOPENG 101 9.1 Definisi 101 9.1.1 Fungsi Topeng 101 9.1.2 Alat dan Media 102 9.1.3 Teknik 102

9.2 Aplikasi Alat, Media dan Teknik 104 9.2.1 Lakaran Idea 104 9.2.2 Pemilihan Alat dan Bahan 104

Page 6: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

OUM

HBAE2203 ISI KANDUNGAN

9.2.4 Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan 104 9.2.4 Proses dan Teknik Membuat Topeng Menggunakan Papier Mashe 105

9.3 Persembahan Hasil Kerja 110 9.3.1 Ekspresif Diri 110 9.3.2 Apresiasi 111

Rumusan 111

Glosari 111

Ujian 1 112

Ujian 2 112

TOPIK 10: DIORAMA 113 10.1 Alat dan Media 115 10.1.1 Alatan 115 10.1.2 Alatan Membuat Diorama 117 10.1.3 Bahan Menghasilkan Diorama 117 10.1.4 Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Diorama 119 10.1.5 Proses Membentuk Diorama 123

10.2 Persembahan Hasil Kerja 125 10.2.1 Ekspresi Diri 125 10.2.2 Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik 127 10.2.3 Apresiasi Diorama 128

Rumusan 129

Glosari 129

Ujian 1 130

Ujian 2 130

Jawapan Latihan 131

Rujukan 156

Page 7: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

i

HBAE2203 PANDUAN KURSUS

OUM

PENGENALAN

Kursus Membentuk dan Membuat Binaan adalah kursus Open University Malaysia (OUM) yang diuruskan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Kursus ini bernilai 3 jam kredit yang akan meliputi 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?

Kursus ini ialah kursus wajib Lembaga Akreditasi Negara (LAN) ke atas semua pelajar Sarjana Muda Pengajaran (sekolah rendah) dengan kepujian, di semua institusi pengajian tinggi. Sebelum mengikuti kursus ini, anda perlu memahami kandungan kursus dan bagaimana ia dijalankan serta keperluan-keperluannya. Untuk itu anda perlu membaca panduan ini dengan teliti dari mula hingga akhir.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Berdasarkan piawaian OUM yang memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus ini memerlukan peruntukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran penggunaan masa adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Anggaran Peruntukan Masa bagi Kursus

Aktiviti Jam

Membaca modul dan menyiapkan latihan 70

Menghadiri tutorial pada kadar 1 jam per sesi 10

Capaian dalam laman web 6

Menyiapkan satu (1) tugasan 24

Ulang kaji 10

Jumlah 120

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:

1. menjelaskan pengetahuan asas dalam pengenalan membentuk dan membuat binaan, bidang ketiga dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah.

2. mengkategori kandungan bidang membentuk dan membuat binaan dan menentukan topik-topik yang sesuai untuk tujuan merancang pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

Page 8: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

ii

HBAE2203 PANDUAN KURSUS

OUM

3. mengaplikasikan aktiviti membentuk dan membuat binaan sebagai persiapan sebagai guru permulaan Pendidikan Seni Visual sekolah rendah.

4. menghasilkan karya seni dalam bidang membentuk dan membuat binaan.

SINOPSIS KURSUS

Mata pelajaran ini meliputi pengetahuan asas dalam bidang membentuk dan membuat binaan Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. Pelajar didedahkan mengenai arca, stabil, asemblaj, origami. Ia menekankan kepada proses mengenal, menyelidik dan membuat hasil seni dalam tersebut. Bakal guru permulaan diharapkan menggunakan bakat seoptimum yang mungkin untuk mengimaginasi, mengekspresi, menginkuiri, berkreativiti, menginovasi dan mereka cipta bidang ini. Penemuan dari dapatan baru mungkin akan menjadikan anda akan bertambah yakin dan seronok kerana bidang ini agak berbeza dengan bidang menggambar dan membuat rekaan dan corak. Apapun, apabila pelajar telah melaluinya pelajar akan dapat menilai keseronokan mempelajari dan menceburkan diri dalam bidang membentuk dan membuat binaan.

PETA MINDA

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

PENGENALAN JENIS-JENIS AKTIVITI

- TOKOH-TOKOH - PENDAPAT OLEH PENGKARYA LAIN

JENIS KARYA

1. ARCA2. ORIGAMI3. ASEMBLAJ 4. STABAIL5. MOBAIL6. MODEL7. BONEKA8. TOPENG9. DIORAMA

APLIKASI ALAT,MEDIA DAN TEKNIK

- Pemilihan bahan - Pemilihan alat - Lakaran ide - Pemilihan teknik - Peringkat

penghasilan - Kemasan

PERSEMBAHAN HASIL

- Ekspresi diri - Kemahiran

aplikasi alat & bahan - Apresiasi

PENILAIAN

Page 9: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

iii

HBAE2203 PANDUAN KURSUS

OUM

PERISIAN

Topik 1 : Topik ini memberi penekanan konsep asas membentuk dan membuat binaan. Ia diperkenalkan melalui pemahaman asas dalam pengenalan bentuk-bentuk objek tiga dimensi yang dikaitkan dengan ruang. Objek tiga dimensi dalam konteks membentuk dan membuat binaan KBSR terdiri daripada arca, asemblej, mobail, stabil, model, diorama, boneka, topeng dan origami.

Topik 2 : Topik ini menyentuh mengenai pengenalan arca, pengelasan arca dari jenis dan cara binaan termasuk teknik penghasilan. Bagi penguasaan ilmu yang lebih mendalam, pengenalan alatan yang berkaitan dengan pembuatan arca diperkenal. Ia juga memperlihatkan kepada perbandingan jenis arca dan aplikasi setiap arca.

Topik 3 : Origami adalah satu-satunya binaan yang terhasil daripada kerja membentuk menggunakan kertas. Ia boleh diaplikasi bukan sahaja menggunakan kertas tetapi di peringkat yang lebih meluas, origami di komersial kerana perniagaan hotel dan katering memperagakan origami menggunakan kain sebahagian ciri yang penting.

Topik 4 : Asemblaj juga merupakan karya seni tiga dimensi. Ia merupakan gabungan objek menggunakan lebih daripada satu bahan, membentuk komposisi gubahan yang menarik dan bermakna. Tokoh-tokoh arca asemblaj cuba menampilkan bagaimana pelbagai bahan buangan boleh membentuk satu kesatuan gubahan yang menarik dan mempunyai konotasi yang berbagai.

Topik 5 : Topik ini memperihalkan mengenai stabil. Sifat stabil bersifat mantap dan mempunyai isi padu yang mencukupi untuk menampung sesuatu binaan. Stabil menggunakan bahan yang bersifat konkrit dan tahan lama. Sesuai dengan peragaannya yang terletak di bahagian luar dan terdedah, stabil menggunakan bahan pejal yang lasak dan tahan lama.

Topik 6 : Mengenal dan seterusnya mempelajari mobail adalah perlu dikuasai oleh bakal guru Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah. Pengenalan awalan mobail ini menjurus kepada pensejarahannya, bahan dan alatan yang digunakan untuk menghasil seterusnya teknik membuat mobail berkenaan. Setiap satu mobail yang diterangkan ditunjukkan bagaimana proses penghasilan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan sehingga terhasil hingga ke peringkat gunaan.

Topik 7 : Dalam topik ini model diperkenalkan untuk menjurus kepada pengetahuan dan maklumat dalam persediaan untuk mengajar dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. Sebagai bakal guru, persediaan ini perlu diteliti untuk menghasilkan model yang bersesuaian dalam menampilkan pengajaran yang mantap dan berkesan. Ia tidak semata-mata dibuat sewenang-wenangnya tetapi juga dirancang bagi tempoh pengajaran dan pembelajaran dalam rancangan pelajaran harian. Di dalamnya pula dimasukkan teknik-teknik dan kaedah-kaedah penghasilan seterusnya disepadukan dengan pelbagai strategi pembelajaran seperti yang telah diterangkan.

Page 10: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

iv

HBAE2203 PANDUAN KURSUS

OUM

Topik 8 : Boneka merupakan karya yang tergolong di dalam penghasilan karya seni dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Di dalamnya dimasukkan falsafah, alat dan bahan yang berkaitan serta bagaimana ia diimplementasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Topik 9 : Topik ini mengajak anda untuk membuat topeng melalui pelbagai teknik dan kaedah yang disarankan. Ia juga menjurus kepada kaedah penghayatan dalam berkarya seni dengan betul dan bersifat naratif. Penghayatan dan pemahaman ini dilakukan dengan pelbagai pendekatan sehingga akhirnya kita merasakan bahawa topeng mesti dibuat dengan penuh hati-hati. Topeng dalam konteks yang lebih meluas mungkin digunakan bersama dengan permainan tarian kuda kepang, tarian singa dan lawak jenaka.

Topik 10 : Setelah anda menguasai kemahiran menghasil dan membentuk karya seperti yang dinyatakan di atas, peluang untuk mentadbir sesuatu tema dibuat dalam kerja diorama. Ia mewakili satu tema atau persoalan yang berkaitan dengan sesuatu pelajaran, misalnya kehidupan di taman laut. Segala spesies, suasana dan habitat yang berkaitan ditampilkan dengan meneliti kepelbagaian jenis bahan supaya tema yang diharapkan benar-benar menyerlah dan kelihatan hidup. Penampilan imej bertema ini perlu diurus dengan rapi dan teliti agar mesej dan gambaran sebenar dapat menjelmakan.

PENGETAHUAN ASAS

Pengetahuan asas perlu di peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau yang setara dengannya. Pencapaian kepujian dalam peperiksaan peringkat SPM amat membantu untuk mengikuti kursus ini kerana anda akan meneruskan kajian anda hingga empat semester.

BAHAN BACAAN

Buku teks rujukan bagi kursus ini seperti mana yang dicadangkan dan dinyatakan dalam unit teks.

Page 11: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

v

HBAE2203 PANDUAN KURSUS

OUM

KAEDAH PENILAIAN

Penilaian bagi kursus ini melibatkan dua komponen, iaitu penilaian berterusan dan penilaian akhir. Pecahannya seperti berikut:

Penilaian berterusan

1. Ujian 1 10%

2. Ujian 2 15%

3. Penglibatan dalam perbincangan 5%

4. Tugasan (1) 20%

5. Peperiksaan akhir 50%

Jumlah 100 %

Peringatan: Untuk lulus kursus ini, anda hendaklah lulus dalam peperiksaan akhir.

Page 12: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

1

TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

OUM

TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

PENGENALAN

Tahukah anda bahawa hasilan seni berupa dua dimensi dan tiga dimensi? Apakah objek dua dimensi dan objek seni tiga dimensi? Topik ini menyentuh bidang yang ketiga dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah KBSR. Ia menekankan kepada pemahaman dan penguasaan objek-objek seni tiga dimensi. Objek tiga dimensi bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Di dalam menghasil objek yang bersifat tiga dimensi ini, penstrukturan reka bentuknya perlu dirancang dan perhalusi agar hasilannya nanti menepati spesifikasi yang dikehendaki. Hasilan yang wujud daripada membentuk dan membuat binaan ini dikenali sebagai objek maujud, iaitu objek nyata dan boleh dipegang. Justeru itu ia mempunyai ciri-ciri binaan seperti bentuk, jalinan, besar, kecil, licin, kesat, keras, lembut dan lain-lain. Proses membentuk dan membuat binaan melalui proses imaginasi oleh pelukis dan seterusnya diterjemah dalam bentuk lukisan, distruktur dan akhirnya proses pembinaan objek tersebut.

OBJEKTIF

Pada akhir topik ini pelajar akan dapat:

1. menjelaskan bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah;

2. mengklasifikasi sembilan jenis aktiviti bidang membentuk dan membuat binaan seperti yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah;

3. menjana dan membuat penerokaan idea daripada salah satu aktiviti membentuk dan membuat binaan;

4. memilih dan menerang proses membuat satu aktiviti daripada bidang membentuk dan membuat binaan; dan

5. menghasilkan sebuah karya tiga dimensi dalam konteks membentuk dan membuat binaan daripada sembilan jenis yang dipelajari.

Page 13: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

2

TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

OUM

SKOP KAJIAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN KBSR

Peta Minda

Rajah 1.1: Jenis objek yang dicadangkan dalam aktiviti Pendidikan Seni Visual KBSR

Mengapakah objek konkrit dikategorikan di dalam bentuk tiga dimensi?

Apakah rumus yang anda boleh dapati daripada objek-objek tiga dimensi ini?

1.1 BENTUK TIGA DIMENSI DAN RUANG

Bentuk tiga dimensi merupakan objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Ia berupa objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi. Bentuk semula jadi dan buatan manusia boleh disentuh, dilihat dan dirasa. Berbeza dengan bentuk ilusi yang hanya boleh lihat dan tidak dapat dirasa kerana berbentuk dua dimensi yang mungkin berupa lukisan atau ilustrasi. Bentuk ilusi dapat digambarkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, ton, jalinan, warna dan ruang. Dalam sebutan lain, bentuk ilusi disebut bentuk maya. Satu lagi jenis bentuk yang mungkin jarang diperkatakan ialah bentuk ikon (icon). Bentuk ini mempunyai makna yang tersendiri dan hanya diketahui maknanya oleh orang yang mengetahui mengenai kajian perlambangan dan simbol. Bidang perlambangan dan simbol (iconography) pada mulanya dikaitkan dengan agama Kristian dan lambang-lambang dalam patung Mesir purba tetapi kontemporari ini ia telah disimbolkan dalam arca moden.

Page 14: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

3

TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

OUM

Rajah 1.2: Arca ikon bulu tangkis karya Claes Oldenburg dan Coosje van Bruggen di hadapan Muzium Nelson-Arkins, bandar raya Kansas

Peta Minda

Rajah 1.3: Jenis objek tiga dimensi dalam kajian membentuk dan membuat binaan

Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain. Ruang yang sedemikian berkaitan dengan bentuk yang diperagakan untuk membentuk satu kesatuan imej. Dari segi perspektifnya ia boleh ditunjukkan dengan objek di hadapan lebih besar dan semakin kecil apabila ia terletak semakin jauh. Ruang juga boleh digambarkan melalui penggunaan warna yang terang bagi objek yang dekat dan kelihatan semakin kabur pada objek yang terletak semakin jauh. Ruang mungkin terdiri jenis nyata dan jenis tampak. Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit seperti arca, seni bina, barangan domestik, objek buatan manusia dan objek alam. Ruang tampak ialah ruang

JENIS OBJEK TIGA DIMENSI

OBJEK ALAM/ SEMULAJADI

OBJEKBUATANMANUSIA

ILUSI/MAYA -2 D

OBJEKMAUJUD

OBJEKREAL

OBJEK IKON/ KONSEPTUAL

Page 15: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

4

TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

OUM

ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan, catan, cetakan, montaj, kolaj dan sebagainya.

Latihan 1.1

Mengapakah ruang menjadi kriteria yang sangat penting dalam peragaan arca?

Rajah 1.4: Ruang terbentuk dari ton warna

Rajah 1.5: Arca dan ruang saling lengkap melengkapi

arcaruang

Page 16: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

5

TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

OUM

TL = Titik lenyap

Rajah 1.6: Ruang, objek dan perspektif

1.2 BENDA-BENDA ALAM DAN BUATAN MANUSIA

Benda-benda alam adalah hasil ciptaan Tuhan. Ia terdiri daripada manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang, buah-buahan, hidupan laut, bunga-bungaan dan berbagai lagi yang sebahagian besarnya berbentuk organik. Bentuk organik tidak mempunyai sifat yang semukur dan tidak simetri. Berbeza dengan benda-benda buatan manusia seperti meja, kerusi, televisyen, rumah, kereta, almari dan berbagai lagi yang banyak menguasai bentuk geometri. Secara mudahnya mengapa manusia banyak menggunakan bentuk geometri yang simetri adalah untuk imbangan, kestabilan dan kekukuhan dari segi reka bentuknya. Bentuk-bentuk geometri yang sering dijadikan asas untuk mereka bentuk terdiri bentuk kubus, silinder, piramid, kon, kuboid dan sfera. Dalam hal yang lain, manusia ada juga mereka bentuk benda yang bersifat organik untuk menampilkan ciri-ciri yang menarik kerana manusia sering kali merujuk benda-benda alam sebagai hasilannya.

Rajah 1.7: Objek-objek alam dan buatan manusia mempunyai bentuk tiga dimensi dan bersifat konkrit

1.3 TUJUAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1.3.1 Tingkatkan Daya Kreativiti

Jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat ini belum dihasil atau sesuatu yang memberi makna kepada anda, anda adalah seorang yang kreatif. Tindakan ini menyamai dengan apa yang diperkatakan oleh Herbert Read (1958) mengenai kreativiti. Definisi ini sebenarnya tidak begitu berbeza

Page 17: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

6

TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

OUM

dengan pendapat June King Mc Fee yang mengatakan bahawa kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada. Carl Rogers pula mengatakan bahawa kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka. Bagi Viktor Lowenfeld, kreativiti itu adalah suatu naluri semula jadi sejak lahir yang digunakan untuk menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Ia dapat dilakukan melalui keinginan dan naluri ingin bertindak.

Menurut Viktor Lowenfeld lagi, kreativiti berlaku mengikut tahap-tahap tertentu antaranya;

Rajah 1.8: Tahap perkembangan kreativiti menurut Viktor Lowenfeld

Bagaimana untuk Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak?

KETEKALAN ORGANISASI

MAKNA BARU

KEUPAYAANSINTESIS KEUPAYAAN

MENGANALISA

KETERBUKAAN

KEASLIAN

FLEKSIBILITI KEPEKAAN

KREATIVITI

4. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat dan pengetahuan.

2. Lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan.

3. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik danberketerampilan.

1. Rangsangkan pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku-buku bergambar, bercerita, menonton filem, menayang slaid dan gambar foto.

Page 18: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

7

TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

OUM

1.3.2 Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan

Membuat penerokaan dan eksperimen bahan dilakukan untuk memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya. Sering kali dalam proses ini kita akan mengesan kerangka objek binaan di samping memilih bahan yang memperkukuh binaan tersebut. Apabila kita membuat model kucing, dawai halus digunakan untuk membina kerangka bentuk manakala paper mashe diaplikasi untuk membentuk sifat fizikal kucing itu. Bahan tambahan lain yang berupa guli digunakan untuk mata kucing, tali tangsi untuk misai dan berus sabut untuk ekor kucing. Proses membuat dan membina model kucing ini perlu dilakukan mengikut tertib dan pemeringkatan kerja yang teliti.

Apapun yang akan dihasilkan dalam bidang membentuk dan membuat binaan perkara-perkara berikut akan menjadi tema atau hal subjek yang penting.

(a) Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran Objek-objek ciptaan Tuhan seperti flora dan fauna menjadi sumber utama dalam menghasilkan karya. Selain itu, objek domestik seperti cawan, piring, pinggan senduk, pisau, meja dan sebagainya juga dijadikan rujukan dalam berkarya. Kesemua objek yang menjadi tema atau hal subjek ini dikaji dari segi dinamik fom, kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk.

Latihan 1.2

Mengkritik secara keterlaluan sering kali akan mematahkan semangat pelajar untuk terus berkarya. Bagaimanakah perkara ini boleh diatasi agar pengajaran dan pembelajaran dalam membentuk dan membuat binaan tidak bermasalah?

5.Jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk peningkatan.

6. Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempat-tempat strategik.

7. Adakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar.

Page 19: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

8

TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

OUM

(b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda pelukis

yang akhirnya menzahirkan ilham atau idea untuk mencipta. Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis. Menurut Sigmund Frued dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya. Menurut Fruedlagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi atau penggerak minda dalam berkarya.

Rajah 1.9: Ekspresi dari deria dalaman dan khayalan pelukis

(c) Aliran dan Tema Sejagat Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan

kekerapan manusia mengambil hal benda yang sering diperkatakan. Contohnya; membuat wau lazimnya dikaitkan dengan unsur kosmos seperti bulan, matahari bintang dan sebagainya. Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengujudkan satu kekaguman. Wujudnya “Non-objective art”, ‘Minimal art” misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima rintangan.

(d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain merupakan

asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Pada bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas, basikal, kereta, kereta api malah jambatan dan objek-objek gunaan lain yang mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. Idea datang dari soal desakan untuk mengguna di samping mengatasi sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya.

Page 20: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

9

TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

OUM

Latihan 1.3

Tema dalam menghasilkan karya sering kali berkaitan dengan alam semula jadi dan kosmos. Mengapa?

Bagaimana Perkembangan dan Penghalusan Idea dalam Bidang Membentuk dan Membuat Binaan Berlaku?

(a) Pemerhatian dan Kajian Visual Pemerhatian dan kajian visual dapat dilakukan dari kesedaran dan kualiti tampak

yang tinggi. Ia dilakukan melalui kajian yang terperinci mengenai alam dan fenomenanya. Menurut Frank Barron dan Irvin Child, artis mempunyai keupayaan tinggi untuk melihat, memerhati, mentafsir, mengurus maklumat visual berbanding bukan artis. Norman Meier (1930) pula mengatakan bahawa artis boleh menyelesaikan pelbagai kemahiran-kemahiran seni. Begitu juga mengikut J.P. Guilford, artis dapat menyesuaikan diri dan menggunakan media biasa berbanding dengan tukang dan pereka bentuk.

(b) Perubahan Cara Bekerja Pelukis tidak hanya menggunakan satu teknik dan kaedah. Jika selama ini artis

menggunakan satu kaedah sahaja, dia seharusnya mengubah kepada kaedah lain untuk mendapatkan keunikan penghasilan. Membuat percubaan yang tidak putus-putus akan mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya dapat menjana dapatan yang lebih unik dan berketerampilan.

(c) Penerokaan Simbol dan Makna Pelukis akan mencari dan mengkaji ilham-ilham baru. Penerokaan yang tidak henti-

henti akan menemukan dapatan yang lebih kreatif dan bermakna. Amalan membuat penyelesaian masalah, membuat inkuiri penemuan akan lebih memaknakan lagi hasil penerokaan kajian.

Membuat Penerokaan dan Eksperimentasi Bahan

Selain daripada alat dan media yang telah dinyatakan dalam bahagian di atas, beberapa pertimbangan lain perlu dan penting untuk aktiviti membentuk dan membuat binaan, antaranya:

1. Bahan terbuang yang diguna pakai semula.

2. Benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya.

3. Benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak-kotak, tisu, gam dan sebagainya

4. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerusi yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti ada fungsi dan makna. Bagaimanakah cara ini dapat dilakukan?

Page 21: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

10

TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

OUM

1. Memerhati, mengenali dan memahami bentuk dan ruang objek.

2. Memerhati dan menyentuh bentuk benda alam dan benda buatan manusia.

3. Memerhati dan menyatakan perbezaan dan persamaan sifat bahan melalui deria pendengaran.

4. Memerhati pelbagai jenis bentuk barangan buatan manusia untuk kegunaan harian, permainan dan peragaan.

5. Memerhati dan memahami bahawa sesuatu objek itu memenuhi ruang sebenar.

Rajah 1.10: Model lembu,bekas pensil dan model kucing dibina dan dibentuk menggunakan paper mashe

1.3.3 Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga Dimensi

1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan.

2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek.

3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan.

4. Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk.

5. Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan.

6. Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan.

7. Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar.

8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan.

9. Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olehan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.

10. Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya.

11. Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan.

12. Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut fungsi.

Page 22: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

11

TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

OUM

1.4 KEPENTINGAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1.4.1 Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi

Kejelasan dan kefahaman dalam persepsi pelajar tentang seni tiga dimensi akan memberikan suatu kefahaman dan kejelasan untuk terus belajar dan berkarya. Pelajar akan mengenal dan mengesan ciri-ciri objek tiga dimensi antaranya:

1. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.

2. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.

3. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik.

4. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen.

5. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.

6. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh.

7. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan.

Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik

Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada beberapa kriteria penghasilan. Secara yang paling asas ia berkaitan dengan:

1. Kesesuaian topik, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan alat dan bahan.

2. Membuat “tumbnail-print” sebagai tindakan mengawal dan mengawas urusan membuat. Segala lakaran ini mengambil kira dari segi kesesuaian objek.

3. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia mengikut keperluan bahan dan alat yang menjadikan urutan kerja berjalan lancar dan terancang.

4. Pilih teknik membuat yang sesuai. Bagi teknik topeng misalnya, kaedah tampalan mungkin dianggap paling dominan dan sesuai. Lakukan pemeringkatan penghasilan topeng ini dengan teliti dan teratur.

5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. Bagi penggunaan pahat dalam konteks menghasil arca luakan berasaskan kayu perlu diawasi dari cara memegang, pilihan saiz pahat, arah pergerakan mata pahat di samping kekuatan dan kadaran pukulan berbantukan tukul kayu.

6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.

7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik sering kali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk. Pilih keserasian bahan penyudah atau bahan kemasan untuk penampilan yang anggun.

8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.

Page 23: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

12

TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

OUM

1.4.2 Mengenali Pelbagai Bentuk Asas

Secara mudahnya bentuk asas terdiri daripada bentuk organik dan bentuk geometri. Bentuk organik mempunyai sifat yang tidak menentu, bergerigis, berkeluk-keluk, berjurai, lembik dan berbagai lagi. Ia mungkin berupa sotong, burung, pokok, buah-buahan, binatang, gunung-ganang dan berbagai lagi. Manakala bentuk geometri mempunyai sisian yang tetap, lurus, keras dan padu. Ia mungkin berupa bangunan, kotak, bola, piramid, kun dan lain-lain lagi. Bentuk-bentuk asas yang diterangkan tadi menjadi idea pengarca yang kemudiannya diolah dan dibina dengan menggunakan teknik yang dirancang oleh si pelukis atau pengarca.

Rajah 1.11: Contoh bentuk geometri

Rajah 1.12: Bentuk-bentuk asas geometri

SFERA

KUBOID

KON

PIRAMID

SELINDER

KUBUS

BENTUKGEOMETRI

Page 24: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

13

TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

OUM

Rajah 1.13: Bentuk-bentuk organik

Latihan 1.4

Topeng adalah satu daripada kegiatan membentuk dan membuat binaan. Terangkan proses penghasilan membuat topeng hingga ke peringkat kemasan.

Latihan 1.5

Bentuk organik dan bentuk geometri menjadi asas utama dalam membentuk dan membuat binaan. Dengan menggunakan pengurusan grafik, buat perbandingan ciri-ciri kedua-dua bentuk tersebut.

RUMUSAN

Membentuk dan membuat binaan merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan jisim atau isi padu objek, reka bentuk dari setiap posisi dan lokasi serta fungsinya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis. Menstruktur objek tiga dimensi dalam konteks membentuk dan membuat binaan tidak boleh diambil remeh. Ia mesti diolah dengan sebegitu teliti dan rapi kerana kekuatan struktur akan mempengaruhi terhadap keteguhan dan ketepatan hasil dapatan. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri kekuatan reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan topik binaan. Alatan-alatan yang berupa mesin berkuasa elektrik seperti pengisar kertas untuk membuat paper mashe,mesin untuk menggaul paper mashe, mesin perata dan mesin penyembur cat mungkin diperlukan untuk menghasilkan dapatan yang baik dan bermakna. Seterusnya, pilihan

DEDAUNAN

BUAH-BUAHAN

TUMBUH-TUMBUHAN

HIDUPANLAUT

BINATANG

BUNGA-BUNGAAN

MANUSIA

BENTUKORGANIK

Page 25: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

14

TOPIK 1 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

OUM

lokasi yang relevan dengan objek seni perlu dipertimbangkan. Mobail perlu digantung, stabil statik dan perlukan tapak yang mantap, diorama dikotakkan pada cermin atau perspek yang lutsinar dan origami perlukan penampilan ruang hias yang bertutup seperti almari cermin. Akhirnya, apabila penampilannya berlaku dalam situasi yang relevan, karya akan kelihatan cantik dan menarik.

GLOSARI

Asemblaj – Gabungan pelbagai objek.

Paper Mashe – Serbuk kertas (selalunya kertas surat khabar).

Mobail – Arca yang digantung, boleh bergerak.

Perspek – Kepingan plastik yang lut sinar.

Origami – Seni lipatan kertas.

Topeng Serkup – Topeng selungkup/dimasukkan terus di kepala.

Tumbnail-print – Lakaran kecil sebagai penjanaan idea.

UJIAN 1

Arca ikonografi merupakan salah satu daripada bindang membentuk dan membuat binaan. Apakah yang dimaksudkan arca ikonografi? Beri beberapa contoh arca ikonografi yang terdapat di Malaysia?

UJIAN 2

Papier mashe merupakan bahan yang dominan di dalam aktiviti membentuk dan membuat binaan. Nyata dan huraikan mengapa paier mashe menjadi pilihan utama guru dan murid di dalam aktiviti membentuk dan membuat binaan?

Page 26: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

15

TOPIK 2 ARCA

OUM

TOPIK 2 ARCA

Arca berasal daripada perkataan Yunani tua “sculpere” yang bermaksud mengukir, menebuk, memotong, melarik dan sebagainya (Gaunt 1966: 1).

Sejarah arca bermula dari penemuan patung kecil “Cycladic” di sebuah pulau di Laut Aegean lebih kurang 4,500 tahun yang lalu. Adalah dipercayai bahawa arca figura yang banyak ditemui di serata dunia ada kaitan yang amat rapat dengan sistem kepercayaan pada masa itu. Arca “Laocoon” (50 Sebelum Masihi) menunjukkan satu situasi dramatik: tiga lelaki dibelit ular. Gambaran ini menunjukkan sindiran masyarakat pada masa itu. Pada masa Renaison, arcawan banyak berkarya bertemakan figura manusia kerana faktor kemanusiaan paling mudah dijadikan sebagai sindiran dan teladan. Pada tahun 1501 – 1504 Michelangelo membuat arca manusia bertopik “David” menggunakan marmar. Menjelang abad kedua puluh, arca tidak berkonsepkan figura seratus peratus. Ia telah mengalami perubahan dan akhirnya berubah kepada konsep abstrak. Arcawan British bernama Henry Moore dan Alberto Giacometti telah menukarkan konsep figura yang dipiuhkan atau distailisasikan untuk lebih membawa makna dalaman.

Perkembangan seni arca di Malaysia asalnya berkaitan dengan magis yang digunakan oleh kaum asli bagi tujuan keagamaan dan perubatan. Patung-patung yang dihasilkan oleh Kaum Jah Hut dan Mah Meri mempunyai ciri-ciri seperti yang diterangkan tadi. Perkembangan arca yang bersifat konseptual dan distailisasikan bermula sekitar tahun 1960-an daripada pengarca yang mendapat pendidikan Barat. Pengarca Malaysia terdiri daripada Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal dan Lim Kian Seng.

OBJEKTIF

Pada akhir topik ini pelajar akan dapat:

1. mengetahui arca sebagai objek tiga dimensi yang mementingkan jisim dan ruang;

2. memahami bahawa arca dihasilkan melalui pelbagai teknik dan kaedah;

3. mengenal pengarca luar negeri dan pengarca Malaysia; dan

4. menghasilkan satu arca mini daripada sembilan jenis arca yang dipelajari.

Page 27: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

16

TOPIK 2 ARCA

OUM

Rajah 2.1: Arca pentingkan bentuk dan ruang

Aktiviti 2.1

Mengapakah arca kurang mendapat perhatian dari segi pengkaryaan dan penggunaan? Bagaimanakah situasi ini boleh diubah dan seterusnya arca menjadi pilihan utama di dalam hiasan dan pengkaryaan?

Rajah 2.2: Jenis-jenis arca

LAND

INSTALASI

STABIL

MOBAIL BINAAN

TIMBULAN

LUAKAN

ASEMBLAJ

ARCA TAMBAHAN

JENIS-JENISARCA

Page 28: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

17

TOPIK 2 ARCA

OUM

2.1 KATEGORI ARCA

Arca pada asal-usul pengkaryaan bersifat realis iaitu menampilkan objek patung manusia dan binatang sebagai suatu representasi mesej. Ia ada kaitan dengan kepercayaan dan keagamaan. Menjelang abad ke dua puluh, apabila seni menemui dimensi baru, arca berubah kepada ciri abstrak dan membuka era baru dalam peradaban arca. Kontemporari ini arca lebih menampilkan bentuk abstrak kerana interpretasinya yang berbagai dan mempunyai konotasi yang luas. Bagi tujuan untuk menjadikan arca lebih bermakna ia diolah dalam pelbagai gunaan dan akhirnya muncullah arca estetik dan arca berfungsi.

Rajah 2.3: Kategori arca

Latihan 2.1

Arca karya Syed Ahmad Jamal yang bertajuk “Pertumbuhan” yang terdapat di Laman Asean Kuala Lumpur merupakan arca stabil yang terkenal.

Berdasarkan Rajah 2.3 apakah kategori arca yang boleh dipadankan dengan karya tersebut? Beri huraian anda.

KATEGORI ARCA

ARCA ESTETIK - Bahan peragaan/tatapan - Sebagai hiasan dalam/luar

bangunan- Punyai makna yang mendalam dan

pengetahuan yang intelektual

ARCA BERFUNGSI - Boleh diguna pakai sebagai alat

permainan, tempat permainan kanak dan lanskap

- Sebagai alat ritual, penyembahan dan keagamaan

- Keperluan domestik

Page 29: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

18

TOPIK 2 ARCA

OUM

Rajah 2.4: Media penghasilan arca

Rajah 2.5: Arca logam dan permata Rajah 2.6: Arca kayu

Latihan 2.2

Berpandukan Rajah 2.4 di atas, apakah media dan objek lain yang pernah digunakan oleh pengarca?

MEDIAPENGHASILAN

ARCATANAH LIAT

- Ada kaitan dengan tembikar (tanah dibakar)

Asal kajian sebelum batu digunakan untuk arca

KAYU

- Media paling tua Melalui proses ukiran dan sapu minyak pada kayu - Banyak dipraktikkan oleh masyarakat pribumi Malaysia

BATU

- Jenis batu lembut spt. pualam atau alabaster, batu kapur dan batu sabun. - Batu keras spt. granit, marmar dan batu pasir - Sering kali batu digabung dengan logam

GANGSA

- Gabungan tembaga, zink dan timah

- Gunakan alatan leburan yang bersuhu tinggi

- Gunakan acuan untuk membentuk arca

LOGAM

Mula diguna kurun ke -20.Proses oksiasetilenadigunakan

Page 30: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

19

TOPIK 2 ARCA

OUM

Latihan 2.3

Jika anda seorang pengarca, apakah ciri-ciri persembahan yang menepati penghasilan arca yang baik?

2.2 ALAT DAN MEDIA DALAM PEMBUATAN ARCA

Bil. JenisBentuk/3D Bahan/Alat Contoh

1. Arca timbul Kepingan kayu, plaster of Paris, batu, kayu, plastik, kertas lumat, papier mashe, tanah liat, Pahat, penukul, alat pengukir, pengikis, kikir pari, kertas pasir dan lain-lain.

“Still Life With Musical Instruments” oleh Jaques Lipchitz”(891-1973)

2. Asemblaj Kayu, logam, batu, simen, bongkah-bongkah, “spare-part” kenderaan, bahan kutipan, besi, roda dan sebagainya.

“Bicycle Wheel” oleh Marcel Duchamp (1887 – 1968), Perancis.

3. Mobail Besi, dawai, kertas, tali temali, kepingan logam, kad bod

“Horizontal Spines” oleh Alexander Calder, 1942.

4. Stabail Simen, kepingan logam, plastik, “spare-parts” kenderaan, besi, logam, papan dan sebagainya.

“Homage New York: A Self Construction and Self Destroying Work of Art” oleh Jean Tinguely (1925-1991).

Latihan 2.4

Mengapakah arca “Bicycle Wheel” karya Marcel Duchamp dikategorikan sebagai arca asemblaj?

Page 31: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

20

TOPIK 2 ARCA

OUM

2.3 TEKNIK PENGHASILAN

Bil. Jenis Bentuk/3 D Teknik Penghasilan dan Peralatan yang Berkaitan

1. Arca timbul Bentuk tiga dimensi tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia bolah di buat secara:

- Acuan - Tampalan - Asemblaj - Binaan

2. Asemblaj Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantum dan menjadi satu kesatuan objek dan menjadi satu konsep bermakna. Teknik hasilan;

- Kimpalan - Binaan - Cantuman skru/paku - Gam

3. Mobail Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang digunakan;

- Kimpalan - Gam - Skru - Ikatan

4. Stabail Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabil. Teknik yang digunakan;

- Kimpalan - Skru - Ikatan - Acuan - Binaan

Page 32: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

21

TOPIK 2 ARCA

OUM

2.3.1 Penyediaan Lakaran Idea

Penentuan bentuk arca dan jenis bahan perlu ditentukan lebih awal. Olahan idea perlu berpandukan kepada asas dan prinsip seni reka berdasarkan kepada perkara-perkara berikut;

Menentukan subjek dan tema Menentukan alat dan media Membuat tumb-nail-print (membuat lakaran-lakaran kecil) Memilih salah satu lakaran yang terbaik Memperinci lakaran

2.3.2 Proses Membentuk Arca

Setelah penyediaan lakaran ide selesai proses berikut merupakan urutan yang perlu dilakukan;

Membuat model kecil/prototaip Membuat kerangka atau struktur Membuat arca yang sebenar Kemasan dan persembahan

2.4 PERSEMBAHAN HASIL KERJA

2.4.1 Ekspresi Diri

Persembahan hasil kerja yang baik mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1. Bentuk arca menepati tema dan topik.

2. Bahan binaan arca sesuai dengan tujuan hasilan.

3. Pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.

4. Kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik.

5. Mengaplikasi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.

6. Asli, unik dan berketerampilan.

Page 33: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

22

TOPIK 2 ARCA

OUM

2.4.2 Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik

Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada lima perkara yang berikut:

1. Kesesuaian topik, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan alat dan bahan.

2. Membuat “tumbnail-print” bertujuan untuk membuat pilihan yang terbaik.

3. Kaedah mengguna alat perlu betul dan mengikut peraturan.

4. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik sering kali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk. Pilih keserasian bahan penyudah atau bahan kemasan untuk penampilan yang anggun.

5. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.

Rajah 2.7: Arca boleh dinterpretasi dengan pelbagai cara dan disiplin

2.4.3 Apresiasi

Apresiasi arca dilakukan berpandukan empat perkara berikut:

Rajah 2.8: Apresiasi arca

1.Tajuk dan tema yang sesuai

3.Pilihan reka bentuk berasaskan warna dan padanan imej

4.Kesesuaiansecara keseluruhan

2.Alat dan bahan yang sesuai

Page 34: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

23

TOPIK 2 ARCA

OUM

Latihan 2.5

Dalam proses penghasilan arca, terdapat beberapa aspek yang perlu dilakukan mengikut urutan. Huraikan lima aspek tersebut?

RUMUSAN

1. Dari aspek sejarah kewujudan arca dikaitkan dengan ritual.

2. Setelah berlakunya proses pemodenan, arca tidak semata-mata untuk ritual tetapi ia juga digunakan sebagai hiasan dan gunaan.

3. Arca seterusnya berkembang luas kerana penerimaan masyarakat dan penggunaan pelbagai media mengikut pengaruh aliran atau isme.

4. Sebuah arca yang menarik perlu menekankan unsur seni, prinsip rekaan dan struktur rekaan.

5. Penghasilan sebuah arca perlu mengikut urutan proses.

GLOSARI

Abstrak – Umum, kabur, tidak jelas.

Asemblaj – Gabungan pelbagai objek.

Konotasi – Berbagai makna, maksud.

Konseptual – Berkaitan konsep.

Magis – Pemujaan.

Mobail – Arca yang digantung, boleh bergerak.

Papier Mashe – Kertas surat khabar.

Representasi – Penyataan semula.

Stailisasi – Pengubahsuaian.

Tumbnail-print – Lakaran kecil, sketsa kecil sebagai penjanaan idea.

Page 35: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

24

TOPIK 2 ARCA

OUM

UJIAN 1

Berdasarkan dua gambar di bawah, jawab soalan-soalan berikut;

(a) Kategorikan jenis arca di atas.

(b) Berdasarkan kategori arca di atas buat perbandingan dari fungsi, media dan cara persembahan.

Arca 1 Arca 2

UJIAN 2

Lakaran idea adalah salah satu aspek yang penting dalam penghasilan arca. Huraikan lima ciri-ciri yang berkaitan dengan proses lakaran idea.

Page 36: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

25

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

TOPIK 3 ORIGAMI

PENGENALAN

Tahukah anda bahawa sehelai kertas jika dilipat boleh menghasilkan binaan dan bentuk? Seni melipat kertas ini dipanggil origami. Ia mungkin bertemakan haiwan, tumbuhan, permainan atau barang permainan. Seni origami berasal dari China kemudiannya diamalkan oleh orang Sepanyol dan orang Jepun. Ia kemudiannya berakar umbi dan diserap menjadi kebudayaan tempatan. Origami boleh menggunakan kertas putih atau kertas berwarna dan terdapat juga mereka yang mewarnakan bentuk akhir yang terhasil. Semua jenis bentuk kertas boleh digunakan untuk tujuan melipat.

OBJEKTIF

Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat;

1. memahami konsep origami dari segi hasilan dan kegunaan;

2. mengetahui teknik untuk menghasilkan origami;

3. membanding beza origami yang dihasilkan dari pelbagai alat dan bahan; dan

4. menghasilkan origami dari satu kajian bertemakan alam sekitar.

3.1 SEJARAH ORIGAMI

Merupakan kesenian melipat kertas yang bermula semenjak mula diperkenalkan pada abad pertama di China iaitu Ts’ai Lun. Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Pada abad keenam, cara pembuatan kertas dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab dan juga ke Jepun oleh Dokyo. Sejak itu, origami popular di Jepun hingga hari ini dengan penghasilan kertas tempatan iaitu washi. Origami menjadi satu kebudayaan orang Jepun dalam adat keagamaan Shinto. Di Sepanyol, orang Arab Moor menggunakan origami untuk mengkaji tessallation dan bentuk geometri pada kertas. Bentuk haiwan tidak digalakkan oleh kerana Islam melarang pembuatan patung-patung. Daripada orang Arab Moor, orang Arab mengetahui cara-cara pembuatan kertas dan juga origami.

3.2 ORIGAMI DI BARAT

Di Barat, origami mula dikenali pada tahun 1920 apabila “kertas ajaib” oleh Will Blyte dan Harry Houdini membentuk lipatan kertas untuk buku-buku di pasaran. Buku khusus mengenai origami kemudiannya muncul seperti “beria dengan melipat” oleh W.D. Murray dan F.J. Rigney, dicetak di Amerika Syarikat pada tahun 1928. Pada tahun 1930 ramai ahli silap mata mula menonjolkan penggunaan wang kertas untuk menghasilkan cincin, haiwan, burung dan objek lain. Seorang rakyat Afrika Selatan, Margaret Campbell mengeluarkan buku “Membuat Permainan Kertas” di London pada tahun 1937.

Page 37: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

26

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

Rajah 3.1: Jenis-jenis bentuk origami

3.3 JENIS-JENIS BENTUK ORIGAMI

(a) Haiwan Sebahagian besar origami dibentuk dari jenis ini. Bentuk yang popular terdiri daripada ikan, rama-rama, gajah dan burung. Bentuk lain yang tidak kurang pentingnya terdiri daripada dinosaur, serangga dan singa laut daripada dinosaur, serangga dan singa laut.

Unta Burung

Rajah 3.2: Origami jenis haiwan

TUMBUH-TUMBUHAN

JENIS-JENISBENTUKORIGAMI HAIWAN

PERHIASAN/ BARANG

PERMAINAN

PERMAINAN

Page 38: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

27

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

(b) Barang Permainan Bentuk origami jenis ini yang terkenal terdiri daripada sampan, kereta, bangunan dan perabot kecil (miniature).

Sampan Kereta dan bangunan Songkok

Rajah 3.3: Origami permainan

(c) Tumbuh-tumbuhan Origami yang terkenal dari jenis ini terdiri dari bentuk bunga, daun dan pokok pain. Ia sering digunakan untuk menghiasi kad ucapan. Contoh bunga yang terkenal terdiri daripada bunga dahlia, bunga dandelion dan bunga tulip.

Bunga dandelion Bunga dahlia Hiasan pasu

Rajah 3.4: Origami tumbuh-tumbuhan

(d) PerhiasanOrigami jenis perhiasan direka bentuk untuk difungsikan di atas meja, pelengkap meja dan untuk sambutan hari perayaan.

Page 39: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

28

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

Hari Krismas Kotak barang-barang kemas

Rajah 3.5: Origami perhiasan

Latihan 3.1

Mengapakah Will Blyte dan Harry Houdini mencetuskan “kertas ajaib” pada tahun 1920 di Barat? Nyatakan implikasi daripada tindakan beliau?

3.4 ALAT DAN MEDIA

3.4.1 Kertas Origami

Kertas segi empat yang telah sedia ada dalam pelbagai saiz dan warna boleh didapati dengan mudah di kedai menjual alatan seni visual. Selalunya kertas seperti ini berwarna pada satu bahagian sahaja manakala bahagian belakangnya pula berwarna putih. Saiz kertas yang sesuai untuk origami ialah 15 sentimeter. Dari saiz tersebut bentuk kecil atau besar boleh dihasilkan mengikut bentuk yang dikehendaki.

Asas origami ialah kertas putih atau kertas berwarna. Selain itu origami yang telah siap juga boleh diwarnakan pada peringkat akhir. Media lain yang sering digunakan terdiri daripada fabrik, kepingan logam, plastik, kertas tisu, kertas keras, gam dan straw juga boleh digunakan sebagai bahan sokongan. Alatan yang digunakan terdiri daripada gunting, pisau, gam dan pembaris keluli.

Prosedur untuk Pemilihan Kertas

1. Kesemua jenis kertas sesuai untuk melipat tetapi kejayaan melipat ialah menyesuaikan kertas yang betul untuk corak yang sesuai.

2. Elakkan daripada menggunakan kertas yang sukar mendapat lipatan yang tepat seperti surat khabar, tisu atau kertas tuala melainkan jika ianya telah ditetapkan.

3. Penampilan kertas origami selalunya mahal dan warnanya agak terang walaupun mempunyai warna atau corak yang berbeza di kedua-dua belah yang sangat bergua bagi sesetengah projek.

Page 40: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

29

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

4. Kertas taip, kertas tulis, kertas fotostat dan kertas komputer merupakan kertas yang sesuai untuk origami.

5. Kertas-kertas khas boleh didapati daripada sumber: Outlet yang membekalkan peralatan kepada pelukis Supplier yang membekalkan peralatan kepada grafik

6. Dalam kes rekaan yang memerlukan aspek penegasan seperti “Easter Egg Basket”,gunakan kertas artis yang tebal yang boleh menyerap lembapan tanpa melengkung seperti kertas Ingres atau kertas “water colour” yang sebenar.

7. Di dalam origami terdapat teknik lipatan basah dibuat untuk mendapatkan kesan di mana apabila kertas kering nanti lipatan ini terhasil. Dalam hal yang lazim, kertas jenis water colour digunakan.

8. Dalam situasi yang lain, kelainan bentuk origami mempengaruhi jenis kertas, lapisan kertas dan teknik yang diaplikasikan.

Latihan 3.2

Dengan menggunakan pengurusan grafik, senaraikan jenis-jenis origami yang sesuai diajar kepada murid-murid KBSR?

Page 41: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

30

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

Rajah 3.6: Jenis-jenis kertas untuk origami

3.4.2 Gunting

Penggunaan gunting tidak digalakkan ketika membentuk origami. Adalah perlu untuk mengendalikan gunting dengan baik agar kertas yang digunting dapat menghasilkan kesan guntingan yang baik dan lurus.

3.4.3 Pisau Kraf

Penggunaan pisau kraf lebih sesuai untuk memotong kertas mengikut bentuk yang dikehendaki. Sebelum mula memotong kertas, pastikan kad yang tipis diletakkan di dalam kertas supaya pisau yang digunakan tidak merosakkan permukaan kertas.

JENIS-JENISKERTAS

1. KERTAS WASHI Berkualiti tinggi daripada Jepun Buatan tangan dengan teknik yang istimewa

Corak elegan seperti fabrik broked Lebih mengekalkan keindahan model yang telah siap

2. KERTAS KERAJANG Dihasilkan dengan menggabungkan kertas lain

Kadangkala bercorak timbulan dan licin

Permukaannya berkilau dan berkilat

3. KERTAS SEPASANG Gabungan dua kertas yang berlainan untuk kesan menarik

Spray “adhesive” untuk melekat pasangan kertas

Origami dibentuk

4. KERTAS BUNGKUSAN Berwarna pada permukaannya dan putih di bahagian belakangnya

Pelbagai corak, rekaan dan tekstur. Sesuai untuk origami yang berbagai warna.

Sering disebut kertas pembungkus hadiah

Page 42: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

31

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

3.5 PROSES DAN TEKNIK PEMBUATAN

Kemahiran asas membuat origami ialah melipat kertas. Kertas yang sering digunakan terdiri daripada empat segi tepat atau empat segi memanjang.

Rajah 3.7: Melipat kertas segi empat mudah dan cepat

Latihan 3.3

Mengapakah penting bagi kita untuk membuat pilihan kertas untuk tujuan membuat origami. Cadangkan kertas-kertas yang menarik untuk boleh ditampilkan di dalam menghasilkan origami?

6. Segi empat tepat siap

MEMBENTUK KERTAS SEGI EMPAT YANG

MUDAH DAN CEPAT

1. Lipat dua kertas sehingga membentuk

garisan 5. Potong sepanjang garisan lipatan dan

buka segi tiga tersebut

2. Potong kertas tersebut dengan berhati-hati pada

lipatan kertas tersebut dengan menggunakan pisau

4. Lipat bahagian belakang kertas membentuk segi tiga

dan tekan sehingga meninggalkan kesan

3. Lipat pada bahagian sudut kertas untuk

membentuk segi tiga

Page 43: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

32

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

Rajah 3.8: Tips-tips untuk melipat kertas

Latihan 3.4

Apakah tips-tips yang anda boleh fikirkan untuk mendapatkan bentuk-bentuk origami yang kemas dan tepat?

3.6 SIMBOL DAN KAEDAH

Origami melibatkan pemahaman yang berbeza mengenai simbol dan lipatan. Kesemua urutan di dalam penghasilan origami akan menggunakan pelbagai jenis simbol dan lipatan. Makna-makna simbol mungkin amat menonjol tetapi sesetengah lipatan agak unik dan memerlukan penerangan sebelum dihasilkan. Simbol dan kaedah yang ditampilkan dalam penerangan ini diharapkan dapat membantu kepada anda untuk menghasilkan origami mudah.

Page 44: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

33

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

Simbol Arahan Kaedah

Page 45: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

34

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

Simbol Arahan Kaedah

Page 46: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

35

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

Contoh Origami 1

KAPALTERBANG

Latihan 3.5

Berdasarkan contoh origami 1, hasilkan origami seperti yang ditunjukkan di dalam urutan membuat mengikut gambarajah.

Page 47: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

36

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

Contoh Origami 2

Siputbabi

Page 48: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

37

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

Contoh Origami 3

TOPI KON

Page 49: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

38

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

RUMUSAN

1. Origami merupakan seni membentuk dan melipat yang berasaskan kertas, plastik dan kain.

2. Untuk menghasilkan origami yang baik, tip-tip dalam melipat dan membentuk kertas perlu diikuti dan diperhalusi.

3. Kelainan kualiti kertas, warna kertas dan cara melipat kertas mempengaruhi terhadap hasil origami.

4. Peragakan dengan mengambil kira keperluan dan kepentingan. Origami yang berasaskan kain lebih sesuai untuk penampilan di meja makan dan barangan hantaran perkahwinan manakala origami kertas lebih kepada hiasan.

GLOSARI

Adhesive – Berunsur pelakat.

Dandelion – Sejenis tumbuhan kecil dan liar yang berbunga kuning cerah.

Elegan – Segak dan ekslusif.

Kertas Ingres – Kertas cat air mengambil sempena pelukis cat air “Ingres”.

Miniature – Karya kecil – catan, origami, model dan lain-lain.

Peraga – Pamer, tonjolkan.

Tessellation – Kepingan batu yang pipih dan berbagai warna.

UJIAN 1

Origami dibuat berasaskan kertas yang sesuai mengikut spesifikasi tertentu. Jika kain digunakan sebagai origami, apakah ciri-ciri utama yang membolehkan origami berjaya dibuat dengan baik dan berkesan?

UJIAN 2

Huraikan kesan-kesan positif yang anda boleh perolehi daripada kegiatan menghasilkan origami.

Page 50: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

25

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

TOPIK 3 ORIGAMI

PENGENALAN

Tahukah anda bahawa sehelai kertas jika dilipat boleh menghasilkan binaan dan bentuk? Seni melipat kertas ini dipanggil origami. Ia mungkin bertemakan haiwan, tumbuhan, permainan atau barang permainan. Seni origami berasal dari China kemudiannya diamalkan oleh orang Sepanyol dan orang Jepun. Ia kemudiannya berakar umbi dan diserap menjadi kebudayaan tempatan. Origami boleh menggunakan kertas putih atau kertas berwarna dan terdapat juga mereka yang mewarnakan bentuk akhir yang terhasil. Semua jenis bentuk kertas boleh digunakan untuk tujuan melipat.

OBJEKTIF

Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat;

1. memahami konsep origami dari segi hasilan dan kegunaan;

2. mengetahui teknik untuk menghasilkan origami;

3. membanding beza origami yang dihasilkan dari pelbagai alat dan bahan; dan

4. menghasilkan origami dari satu kajian bertemakan alam sekitar.

3.1 SEJARAH ORIGAMI

Merupakan kesenian melipat kertas yang bermula semenjak mula diperkenalkan pada abad pertama di China iaitu Ts’ai Lun. Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Pada abad keenam, cara pembuatan kertas dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab dan juga ke Jepun oleh Dokyo. Sejak itu, origami popular di Jepun hingga hari ini dengan penghasilan kertas tempatan iaitu washi. Origami menjadi satu kebudayaan orang Jepun dalam adat keagamaan Shinto. Di Sepanyol, orang Arab Moor menggunakan origami untuk mengkaji tessallation dan bentuk geometri pada kertas. Bentuk haiwan tidak digalakkan oleh kerana Islam melarang pembuatan patung-patung. Daripada orang Arab Moor, orang Arab mengetahui cara-cara pembuatan kertas dan juga origami.

3.2 ORIGAMI DI BARAT

Di Barat, origami mula dikenali pada tahun 1920 apabila “kertas ajaib” oleh Will Blyte dan Harry Houdini membentuk lipatan kertas untuk buku-buku di pasaran. Buku khusus mengenai origami kemudiannya muncul seperti “beria dengan melipat” oleh W.D. Murray dan F.J. Rigney, dicetak di Amerika Syarikat pada tahun 1928. Pada tahun 1930 ramai ahli silap mata mula menonjolkan penggunaan wang kertas untuk menghasilkan cincin, haiwan, burung dan objek lain. Seorang rakyat Afrika Selatan, Margaret Campbell mengeluarkan buku “Membuat Permainan Kertas” di London pada tahun 1937.

Page 51: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

26

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

Rajah 3.1: Jenis-jenis bentuk origami

3.3 JENIS-JENIS BENTUK ORIGAMI

(a) Haiwan Sebahagian besar origami dibentuk dari jenis ini. Bentuk yang popular terdiri daripada ikan, rama-rama, gajah dan burung. Bentuk lain yang tidak kurang pentingnya terdiri daripada dinosaur, serangga dan singa laut daripada dinosaur, serangga dan singa laut.

Unta Burung

Rajah 3.2: Origami jenis haiwan

TUMBUH-TUMBUHAN

JENIS-JENISBENTUKORIGAMI HAIWAN

PERHIASAN/ BARANG

PERMAINAN

PERMAINAN

Page 52: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

27

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

(b) Barang Permainan Bentuk origami jenis ini yang terkenal terdiri daripada sampan, kereta, bangunan dan perabot kecil (miniature).

Sampan Kereta dan bangunan Songkok

Rajah 3.3: Origami permainan

(c) Tumbuh-tumbuhan Origami yang terkenal dari jenis ini terdiri dari bentuk bunga, daun dan pokok pain. Ia sering digunakan untuk menghiasi kad ucapan. Contoh bunga yang terkenal terdiri daripada bunga dahlia, bunga dandelion dan bunga tulip.

Bunga dandelion Bunga dahlia Hiasan pasu

Rajah 3.4: Origami tumbuh-tumbuhan

(d) PerhiasanOrigami jenis perhiasan direka bentuk untuk difungsikan di atas meja, pelengkap meja dan untuk sambutan hari perayaan.

Page 53: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

28

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

Hari Krismas Kotak barang-barang kemas

Rajah 3.5: Origami perhiasan

Latihan 3.1

Mengapakah Will Blyte dan Harry Houdini mencetuskan “kertas ajaib” pada tahun 1920 di Barat? Nyatakan implikasi daripada tindakan beliau?

3.4 ALAT DAN MEDIA

3.4.1 Kertas Origami

Kertas segi empat yang telah sedia ada dalam pelbagai saiz dan warna boleh didapati dengan mudah di kedai menjual alatan seni visual. Selalunya kertas seperti ini berwarna pada satu bahagian sahaja manakala bahagian belakangnya pula berwarna putih. Saiz kertas yang sesuai untuk origami ialah 15 sentimeter. Dari saiz tersebut bentuk kecil atau besar boleh dihasilkan mengikut bentuk yang dikehendaki.

Asas origami ialah kertas putih atau kertas berwarna. Selain itu origami yang telah siap juga boleh diwarnakan pada peringkat akhir. Media lain yang sering digunakan terdiri daripada fabrik, kepingan logam, plastik, kertas tisu, kertas keras, gam dan straw juga boleh digunakan sebagai bahan sokongan. Alatan yang digunakan terdiri daripada gunting, pisau, gam dan pembaris keluli.

Prosedur untuk Pemilihan Kertas

1. Kesemua jenis kertas sesuai untuk melipat tetapi kejayaan melipat ialah menyesuaikan kertas yang betul untuk corak yang sesuai.

2. Elakkan daripada menggunakan kertas yang sukar mendapat lipatan yang tepat seperti surat khabar, tisu atau kertas tuala melainkan jika ianya telah ditetapkan.

3. Penampilan kertas origami selalunya mahal dan warnanya agak terang walaupun mempunyai warna atau corak yang berbeza di kedua-dua belah yang sangat bergua bagi sesetengah projek.

Page 54: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

29

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

4. Kertas taip, kertas tulis, kertas fotostat dan kertas komputer merupakan kertas yang sesuai untuk origami.

5. Kertas-kertas khas boleh didapati daripada sumber: Outlet yang membekalkan peralatan kepada pelukis Supplier yang membekalkan peralatan kepada grafik

6. Dalam kes rekaan yang memerlukan aspek penegasan seperti “Easter Egg Basket”,gunakan kertas artis yang tebal yang boleh menyerap lembapan tanpa melengkung seperti kertas Ingres atau kertas “water colour” yang sebenar.

7. Di dalam origami terdapat teknik lipatan basah dibuat untuk mendapatkan kesan di mana apabila kertas kering nanti lipatan ini terhasil. Dalam hal yang lazim, kertas jenis water colour digunakan.

8. Dalam situasi yang lain, kelainan bentuk origami mempengaruhi jenis kertas, lapisan kertas dan teknik yang diaplikasikan.

Latihan 3.2

Dengan menggunakan pengurusan grafik, senaraikan jenis-jenis origami yang sesuai diajar kepada murid-murid KBSR?

Page 55: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

30

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

Rajah 3.6: Jenis-jenis kertas untuk origami

3.4.2 Gunting

Penggunaan gunting tidak digalakkan ketika membentuk origami. Adalah perlu untuk mengendalikan gunting dengan baik agar kertas yang digunting dapat menghasilkan kesan guntingan yang baik dan lurus.

3.4.3 Pisau Kraf

Penggunaan pisau kraf lebih sesuai untuk memotong kertas mengikut bentuk yang dikehendaki. Sebelum mula memotong kertas, pastikan kad yang tipis diletakkan di dalam kertas supaya pisau yang digunakan tidak merosakkan permukaan kertas.

JENIS-JENISKERTAS

1. KERTAS WASHI Berkualiti tinggi daripada Jepun Buatan tangan dengan teknik yang istimewa

Corak elegan seperti fabrik broked Lebih mengekalkan keindahan model yang telah siap

2. KERTAS KERAJANG Dihasilkan dengan menggabungkan kertas lain

Kadangkala bercorak timbulan dan licin

Permukaannya berkilau dan berkilat

3. KERTAS SEPASANG Gabungan dua kertas yang berlainan untuk kesan menarik

Spray “adhesive” untuk melekat pasangan kertas

Origami dibentuk

4. KERTAS BUNGKUSAN Berwarna pada permukaannya dan putih di bahagian belakangnya

Pelbagai corak, rekaan dan tekstur. Sesuai untuk origami yang berbagai warna.

Sering disebut kertas pembungkus hadiah

Page 56: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

31

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

3.5 PROSES DAN TEKNIK PEMBUATAN

Kemahiran asas membuat origami ialah melipat kertas. Kertas yang sering digunakan terdiri daripada empat segi tepat atau empat segi memanjang.

Rajah 3.7: Melipat kertas segi empat mudah dan cepat

Latihan 3.3

Mengapakah penting bagi kita untuk membuat pilihan kertas untuk tujuan membuat origami. Cadangkan kertas-kertas yang menarik untuk boleh ditampilkan di dalam menghasilkan origami?

6. Segi empat tepat siap

MEMBENTUK KERTAS SEGI EMPAT YANG

MUDAH DAN CEPAT

1. Lipat dua kertas sehingga membentuk

garisan 5. Potong sepanjang garisan lipatan dan

buka segi tiga tersebut

2. Potong kertas tersebut dengan berhati-hati pada

lipatan kertas tersebut dengan menggunakan pisau

4. Lipat bahagian belakang kertas membentuk segi tiga

dan tekan sehingga meninggalkan kesan

3. Lipat pada bahagian sudut kertas untuk

membentuk segi tiga

Page 57: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

32

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

Rajah 3.8: Tips-tips untuk melipat kertas

Latihan 3.4

Apakah tips-tips yang anda boleh fikirkan untuk mendapatkan bentuk-bentuk origami yang kemas dan tepat?

3.6 SIMBOL DAN KAEDAH

Origami melibatkan pemahaman yang berbeza mengenai simbol dan lipatan. Kesemua urutan di dalam penghasilan origami akan menggunakan pelbagai jenis simbol dan lipatan. Makna-makna simbol mungkin amat menonjol tetapi sesetengah lipatan agak unik dan memerlukan penerangan sebelum dihasilkan. Simbol dan kaedah yang ditampilkan dalam penerangan ini diharapkan dapat membantu kepada anda untuk menghasilkan origami mudah.

Page 58: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

33

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

Simbol Arahan Kaedah

Page 59: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

34

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

Simbol Arahan Kaedah

Page 60: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

35

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

Contoh Origami 1

KAPALTERBANG

Latihan 3.5

Berdasarkan contoh origami 1, hasilkan origami seperti yang ditunjukkan di dalam urutan membuat mengikut gambarajah.

Page 61: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

36

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

Contoh Origami 2

Siputbabi

Page 62: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

37

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

Contoh Origami 3

TOPI KON

Page 63: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

38

TOPIK 3 ORIGAMI

OUM

RUMUSAN

1. Origami merupakan seni membentuk dan melipat yang berasaskan kertas, plastik dan kain.

2. Untuk menghasilkan origami yang baik, tip-tip dalam melipat dan membentuk kertas perlu diikuti dan diperhalusi.

3. Kelainan kualiti kertas, warna kertas dan cara melipat kertas mempengaruhi terhadap hasil origami.

4. Peragakan dengan mengambil kira keperluan dan kepentingan. Origami yang berasaskan kain lebih sesuai untuk penampilan di meja makan dan barangan hantaran perkahwinan manakala origami kertas lebih kepada hiasan.

GLOSARI

Adhesive – Berunsur pelakat.

Dandelion – Sejenis tumbuhan kecil dan liar yang berbunga kuning cerah.

Elegan – Segak dan ekslusif.

Kertas Ingres – Kertas cat air mengambil sempena pelukis cat air “Ingres”.

Miniature – Karya kecil – catan, origami, model dan lain-lain.

Peraga – Pamer, tonjolkan.

Tessellation – Kepingan batu yang pipih dan berbagai warna.

UJIAN 1

Origami dibuat berasaskan kertas yang sesuai mengikut spesifikasi tertentu. Jika kain digunakan sebagai origami, apakah ciri-ciri utama yang membolehkan origami berjaya dibuat dengan baik dan berkesan?

UJIAN 2

Huraikan kesan-kesan positif yang anda boleh perolehi daripada kegiatan menghasilkan origami.

Page 64: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

39

TOPIK 4 ASEMBLAJ

OUM

TOPIK 4 ASEMBLAJ

PENGENALAN

Asemblaj (assemblage) merupakan karya dua dimensi atau tiga dimensi yang terhasil daripada gabungan pelbagai bahan terpakai. Ia merupakan cabang daripada abstrak ekspressionisme.

Dari pelbagai idea, pengarca mencari penemuan-penemuan baru bagaimana menghasilkan arca boleh dilakukan dengan lebih kreatif dan berpotensi. Jika arca luakan dihasilkan melalui kerja mengurang dan meluak objek asal, arca dicetak untuk menghasilkan arca acuan, arca digerak untuk membentuk arca mobail atau kinetik dan akhirnya timbul pula gagasan pengarca mencantumkan bahan-bahan buangan daripada pelbagai bahan konkrit dan membentuk satu kesatuan atau komposisi arca yang harmoni lalu membentuk arca asemblaj. Arca asemblaj mula mendapat perhatian di Amerika Syarikat sekitar tahun 1950-an dan 60-an apabila Louise Nevelson menghasilkan karya asemblajnya yang berjudul “Sky Cathedral” pada tahun 1958 dan menjadi koleksi The Museum of Modern Art, New York. Karya asemblaj Nevelson ini lebih dikenali sebagai “Wall-scale-assemblage”. Karya Nevelson ini menggabungkan konsep kubis dari bahan terbuang seperti kaki kerusi, batang penyapu, pintu kabinet dan pelbagai bahan kutipan lain terutamanya dari pelbagai bahan kayu. Berikutnya barulah muncul arcawan Jean Tinguely menghasilkan karya “Homage to New York” tahun 1960. Di peringkat awalan, Robert Rauschenberg telah menghasilkan karya asemblaj dari kombinasi dua dimensi dan tiga dimensi. Bagi Marcel Duchamp pula arca asemblajnya yang bertajuk “Bicycle Wheel” mula memikat hati pengarca pelukis lain kerana konsep asemblaj beliau dipermudah dan dikonsepsi secara lebih telus iaitu mengadun sepit udang basikal dengan kerusi kayu yang kelihatan berjaya menghasilkan asemblaj yang berkonotasi tinggi. Di Balai Seni Lukis Negara, anda juga boleh melihat arca asemblaj “Green Monumenta V”karya Ramlan Abdullah, “Pemain Rebab 1”, karya Mad Anuar Ismail dan “Killing Tool”karya Raja Shariman Raja Azidin.

OBJEKTIF

Pada akhir topik ini pelajar akan dapat:

1. mengetahui arca asemblaj sebagai objek tiga dimensi yang mementingkan jisim dan ruang;

2. memahami bahawa arca asemblaj dihasilkan melalui teknik dan kaedah cantuman atau gabungan;

3. mengenal pengarca asemblaj luar negeri dan pengarca asemblaj Malaysia; dan

4. menghasilkan satu arca asemblaj mini menggunakan teknik dan kaedah yang sesuai.

Page 65: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

40

TOPIK 4 ASEMBLAJ

OUM

4.1 CONTOH-CONTOH ASEMBLAJ

Gambar asemblaj 4.1 Gambar asemblaj 4.2 Gambar asemblaj 4.3

Gambar 1 hingga 3 di atas merupakan contoh asemblaj yang terkenal dalam dunia arca.

Gambar 4.1 – Karya Louise Nevelson, “Sky Catheral”, 1958

Gambar 4.2 – Karya Jean Tinguely, “Homage to New York”, 1960.

Gambar 4.3 – Karya Robert Rauschenberg, “Canyon”, 1959

Page 66: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

41

TOPIK 4 ASEMBLAJ

OUM

4.2 ALAT DAN MEDIA

4.2.1 Alatan

7. Gerudi elektrik + Pelbagai jenis

mata gerudi

4.2.1 PENGGUNAAN ALATAN UNTUK MENGHASILKANARCA ASEMBLAJ

1. Playar- Playar pemotong - Playar muncung - Playar pengapit

5. Pemotong besi – gergaji besi elektrik

6. Tujuk besi Tukul kayu

Ganden kayu Tukul kepala muncung

2. Gunting dawai/zing - gergaji besi

4. Alat pengimpal termasuk bahan pematri, kepingan logam, besi dan bar besi 3. Ragum

- ragum apit - ragum meja

Page 67: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

42

TOPIK 4 ASEMBLAJ

OUM

4.2.2 Bahan/Media

Rajah 4.1: Penggunaan alat dan bahan untuk menghasilkan asemblaj

Alat dan Media Asemblaj

8. Tanah liat

4.2.2 PENGGUNAAN BAHAN/ MEDIA UNTUK MENGHASILKAN ARCA

ASEMBLAJ

1. Aluminium

6. Besi waja

7. BongkahKayu

5. Timah

2. Plaster of Paris

3. Besi

1

4. Tembaga

3 4

2

Page 68: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

43

TOPIK 4 ASEMBLAJ

OUM

Berpandukan gambar di atas:

1. Set alat asas asemblaj 2. Media asas untuk membuat asemblaj 3. Pahat untuk kerja mengukir dan membuat tektura pada kayu 4. Alat ragum dan pengapit 5. Kikir dan alat mengukir pada loyang dan aluminium 6. Pengapit meja.

4.2.3 Bagaimana Proses Asemblaj Dilakukan atau Dihasilkan?

Jahitan

Ikatan

Tanggam

Gam plastik

Kimpalan

Menggunakan skru, bol dan

nat

Prosesasemblaj

5 6

Page 69: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

44

TOPIK 4 ASEMBLAJ

OUM

Latihan 4.1

Gambar 4.1 - Karya Louise Nevelson, “Sky Catheral”, 1958 di atas merupakan karya asemblaj yang ulung dan popular. Teliti dan huraikan penggunaan bahan yang dipilih di dalam membentuk karya tersebut?

Latihan 4.2

Berpandukan gambar asemblaj 4.3, karya Robert Rauschenberg, yang bertajuk “Canyon”, 1959, kajikan bentuk hasilan asemblaj tersebut dan beri interpretasi karya dalam konteks tema dan tajuk.

4.2.4 Penyediaan Lakaran Idea

Lakaran idea menjadi langkah permulaan yang amat penting di dalam menghasilkan arca asemblaj. Perancangan yang rapi dan tertib boleh mendatangkan faedah yang besar untuk peringkat penghasilan karya pada peringkat yang berikutnya. Justeru itu, perancangan seperti yang dinyatakan di bawah ini akan menjadikan penghasilan arca asemblaj lebih bermakna.

Page 70: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

45

TOPIK 4 ASEMBLAJ

OUM

1. Setelah dapatan kajian diperolehi, pengarca akan memilih alat-alatan yang diperlukan untuk menghasilkan arca. Begitu juga dengan pemilihan bahan binaan arca asemblaj tersebut.

4. Mengemaskinikan lakaran. Untuk memperoleh dapatan lakaran karya yang baik, buat beberapa pertimbangan dari pelbagai kemungkinan seperti penstrukturan reka bentuk, kesesuaian bahan dan alatan serta teknik.

2. Sebelum menghasilkan karya, lakaran-lakaran kecil dalam konteks penjanaan idea dilakukan. Tujuan untuk memperoleh hasilan asemblaj yang berkualiti dan mempunyai nilai estetika yang tinggi.

3. Daripada beberapa lakaran/sketsa yang dijana tadi, pilih satu lakaran yang terbaik dan tinggi nilai estetikanya. Kembangkan idea dan buat perincian (details) untuk penghasilan karya pada saiz yang dirancang/sebenar.

Page 71: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

46

TOPIK 4 ASEMBLAJ

OUM

4.2.5 Penjanaan Idea – (Thumbnail-Print)

Rajah 4.2: Thumbnail-print asemblaj

Sketsa 1Sketsa 2

Sketsa 3

Sketsa 4

Sketsa 5

Bongkah kayu keras

Bol dan nat

Pasak kayu

Page 72: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

47

TOPIK 4 ASEMBLAJ

OUM

4.2.6 Pemilihan Lakaran Akhir untuk Penghasilan Karya Asemblaj daripada Sketsa 2

Rajah 4.3: Pemilihan idea untuk karya

4.2.7 Proses Membentuk Asemblaj

Setelah penyediaan lakaran idea di atas selesai, proses berikut merupakan urutan kerja membentuk asemblaj yang perlu dilakukan;

Membuat model kecil atau prototaip (proto-type) – merupakan model awal sebagai panduan untuk penghasilan arca yang sebenar. Karya akan dibina atau dibuat berpandukan model ini di samping pengiraan pelbagai ukuran reka bentuk, penyesuaian alat dan bahan serta tinjauan dari pelbagai kemungkinan yang boleh mengganggu kelancaran dalam penghasilan.

Membuat kerangka atau struktur – kerangka sesuatu asemblaj mungkin berasaskan dawai, lingkaran besi, kayu atau plastik. Kerangka atau struktur adalah tulang temulang asemblaj sebelum arca sebenar dihasilkan. Ia penting untuk kawalan bentuk di samping menjadikan asemblaj lebih kukuh dan seimbang.

Membuat asemblaj yang sebenar – Bahagian urutan kerja ini amat penting. Kerangka akan ditutup dengan kepingan logam atau bahan pilihan yang dirancang atau ditokok tambah binaannya sehingga asemblaj berada pada saiz yang sebenar.

Bongkah kayu

Pasak kayu

Bol dan nat

Kepingan logam

Kepingan keluli

Page 73: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

48

TOPIK 4 ASEMBLAJ

OUM

Kemasan dan persembahan – Untuk mendapatkan hasilan yang baik, proses kemasan boleh dilakukan dengan melarik bahagian-bahan asemblaj yang masih kasar, menambahkan tekstura pada bentuk, menghalus, menyapu syelek, mengecat, mencanai dan sebagainya sehingga peragaan arca tampak menarik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Tokok tambah hiasan seperti skru yang dikimpal, baji-baji kayu yang membentuk tekstura, syelek, varnis, cat dan sebagainya akan menjadikan asemblaj lebih hebat dan menarik.

Latihan 4.3

Proto-taip penting sebagai panduan untuk menghasilkan asemblaj. Nyata dan huraikan ciri-ciri proto-taip yang baik agar penghasilan asemblaj yang sebenar menepati spesifikasi yang diharapkan.

4.3 PERSEMBAHAN HASIL KERJA

4.3.1 Ekspresi Diri

Asemblaj dikatakan cantik dan menarik apabila memenuhi spesifikasi pembuatan dan kemasan. Ia menyerupai seperti arca dan karya seni yang lain yang menampilkan ciri-ciri estetika. Secara ringkasnya ciri-ciri berikut dianggap sebagai kriteria utama ekspresi asemblaj.

1. Menepati Tema dan Tajuk Sering kali tema dan tajuk menjadi pokok persoalan yang ingin dikongsi sama oleh

pengarca. Ia mungkin berupa maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan perasaan, sindiran atau satira, protes, kegilaan idea dan lain-lain. Soal tepat atau tidaknya pokok persoalan ini biasanya hanya diketahui oleh pengarca. Bagi pemerhati atau penonton, tema dan tajuk ini hanya dirujuk berdasarkan kepada ketepatan tajuk yang dipaparkan di kaki-kaki arca.

2. Bahan Binaan Sesuai dengan Tujuan Hasilan Dalam pengkaryaan arca, asemblaj mewakili karya yang agak bebas dan pelbagai

dari penggunaan bahan atau media. Sebabnya amat jelas, asemblaj wujud secara gabungan dan cantuman. Selagi bahan yang dipilih serasi dan boleh disepadukan, ia terus menerus mewakili penggunaan bahan subjek yang mewah dan pelbagai.

3. Asemblaj yang Kuat, Kukuh dan Selamat Dari rintisan sejarah asemblaj, penggunaan alat dan bahan terdiri daripada

kombinasi yang padat dan kukuh. Banyak bongkah-bongkah keluli, kepingan logam, rod besi dan bongkah kayu yang kuat dan kukuh diaplikasikan dalam penghasilan asemblaj. Kemudian, asemblaj disepadukan dengan kimpalan, skru, bol dan nat serta tanggam antara objek secara kukuh dan terancang.

4. Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang dengan Baik Asemblaj mengadun pelbagai bahan lalu membentuk kesatuan komposisi yang

artistik. Ciri bentuk dan sifat bahan yang pelbagai mengujudkan satu ritma atau rentak yang menarik. Ini disebabkan keistimewaan objek yang berbeza-beza.

Page 74: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

49

TOPIK 4 ASEMBLAJ

OUM

5. Mengaplikasi Asas Seni Reka, Estetika dan Etika Pengkaryaan Semua objek seni digubah berdasarkan asas seni reka. Di dalamnya terkandung

unsur seni, prinsip seni dan struktur seni. Apabila asas seni reka ini diaplikasi dengan baik dan betul, penampilan karya akan menjadi lebih terancang dan rapi.

6. Asli, Unik dan Berketerampilan Ciplakan atau plagiat merupakan suatu fenomena yang tidak seharusnya berlaku. Ia

dianggap suatu kelemahan, kepicikan dan kejahilan terhadap si pengkarya. Sebagai pengkarya yang memahami hakikat keaslian (originality), ciplakan adalah satu kelemahan apatah lagi jika tujuannya untuk komersial. Asemblaj yang asli diambil kira melalui penyataan “hanya satu” atau tiada di tempat lain yang seperti ini”. Bagi tujuan keaslian reka cipta di dalam dunia perdagangan, hak cipta terpelihara disahkan sebagai satu penguatkuasaan agar plagiat tidak berlaku.

Latihan 4.4

Tema dan tajuk menjadi kriteria yang penting di dalam mengekspresikan idea di dalam menghasilkan karya asemblaj. Jika ia dikaitkan dengan isu semasa, apakah tema dan tajuk yang difikirkan paling relevan untuk menghasilkan asemblaj? Mengapa?

4.3.2 Kemahiran Mengaplikasi Alat, Bahan dan Teknik

Kemahiran-kemahiran mengaplikasi alat, bahan dan teknik sering kali merujuk kepada lima perkara yang berikut:

1. Kesesuaian Tajuk, Tema dan Teknik yang Dikaitkan dengan Pemilihan Alat dan Bahan

Pemilihan tajuk menentukan alatan yang berkaitan untuk menghasilkan asemblaj yang dirancang.

Pemilihan alatan ada kaitan dengan pemilihan bahan binaan asemblaj.

Tema menentukan kombinasi alat dan bahan serta bagaimana konsep gabungan (assemble) ke atas objek pilihan di susun atur.

Teknik juga mempengaruhi terhadap pemilihan alat dan bahan.

2. Membuat “Thumbnail-print” Bertujuan untuk Membuat Pilihan yang Terbaik Thumbnail-print dianggap suatu kemestian untuk mendapatkan hasil karya yang mapan dan menarik.

Setiap thumbnail-print ditentukan oleh tajuk dan tema serta hal subjek.

Sketsa thumbnail-print asemblaj mengambil kira asas seni reka seperti unsur seni, prinsip seni dan struktur seni.

Sketsa thumbnail-print asemblaj juga mengambil kira sebagai asas penghasilan model sebelum karya pada saiz yang sebenar diimplementasikan.

Page 75: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

50

TOPIK 4 ASEMBLAJ

OUM

Thumbnail-print menjadi sebagai rumus alat, bahan dan teknik yang akan dikaryakan.

Sketsa membantu untuk pengesanan dalam konteks peragaan atau tempat pameran sama ada “in-door” atau “out-door”

3. Kaedah Mengguna Alat Perlu Betul dan Mengikut Peraturan Kemahiran penggunaan alat dianggap sangat penting kerana berkaitan dengan

keberkesanan hasil, tema dan tajuk.

Alatan yang bersesuaian dan mencukupi penting agar proses penghasilan berjalan dengan lancar dan terancang.

Alatan digunakan pada tempat yang sesuai seperti bengkel, studio seni dan ruang kerja yang bersesuaian.

Alatan diurus dan ditadbir selia dengan baik dan kemas.

4. Kemasan dan Peragaan Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik

sering kali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk. Bagi asemblaj, aksesoris ini tidak begitu relevan kerana hiasan yang sedemikian mungkin penting untuk karya membentuk yang lain.

Tapak asemblaj perlu mantap, stabil dan kukuh. Asemblaj tiga dimensi banyak diperagakan di ruang luar bangunan, di taman-taman bunga, taman perumahan dan di beranda-beranda pejabat.

Tekstura yang ditokok tambah pada asemblaj mungkin menjadikan arca ini lebih menarik dan anggun.

Kepelbagaian dalam pemasangan bahan perlu mengambil kira rentak, pergerakan, kontra, keseimbangan, kadar banding dan kesatuan imej atau objek.

Teliti semula tema dan tajuk asemblaj. Kaji dan nilaikan ketepatan mengikut persekitaran dan isu yang ingin dibangkitkan.

Page 76: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

51

TOPIK 4 ASEMBLAJ

OUM

4.3.3 Ekspresikan Diri Anda

Hasilkan sketsa asemblaj berdasarkan tema-tema yang diberi:

Tajuk : .............................Tema : Senjata Melayu

Tajuk: ...............................

Tema: Buku dan alat tulis

Latihan 4.5

Mengapakah kaedah dan peraturan mengguna alat perlu betul dan relevan dengan asemblaj yang akan dihasilkan?

RUMUSAN

1. Asemblaj adalah arca yang termasuk dalam aliran “abstrak-ekperssionisme”.

2. Asemblaj dinukilkan secara dua dimensi , tiga dimensi atau kedua-duanya sekali.

3. Dibentuk melalui gabungan pelbagai bahan terutamanya bahan terbuang yang bersifat pejal dan tahan lama.

4. Konsep asemblaj terjadi daripada gabungan, bina semula dan reka bentuk semula bahan konkrit yang pelbagai melalui proses artistik dan estetik.

Page 77: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

52

TOPIK 4 ASEMBLAJ

OUM

5. Objek digabung melalui teknik kimpalan, skru, bol dan nat, gam, tanggam dan ikatan.

6. Komposisi objek membentuk cerita, konotasi makna dan rentetan peristiwa. Ini bermakna semakin besar gabungan objek yang dibina, semakin besar makna dan cerita.

7. Di Malaysia asemblaj mula mendapat perhatian secara lebih mendalam selepas 1990-an.

8. Asemblaj memerlukan ruang, kesepaduan bentuk dan paksi simetri yang stabil. Biarpun begitu, asemblaj boleh digabungkan dengan arca kinetik dan mobail.

GLOSARI

Anggun – Elok, tampan, bergaya.

Ciplak – Tiru, imitasi.

Gagasan – Pendapat, pandangan, buah fikiran.

Kimpal – Pateri.

Konotasi – Berbagai makna atau maksud.

Proto-taip – Model atau bentuk yang dijadikan panduan kepada objek yang sebenar.

UJIAN 1

Asemblaj membentuk alam sekitar lebih menarik dan teratur. Apakah yang anda dapat perkatakan mengenai maksud menarik dan teratur dalam konteks alam sekitar melalui pembinaan asemblaj tersebut.

UJIAN 2

Plagiarism asemblaj mungkin mudah berlaku jika tidak dikawal atau dikuatkuasakan melalui hak cipta terpelihara. Mengikut pendapat anda mengapakah situasi ini boleh berlaku?

Page 78: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

53

TOPIK 5 STABIL

OUM

TOPIK 5 STABIL

PENGENALAN

Stabil berasal dari perkataan “stabile” yang bermakna statik, kukuh dan mantap.

Stabil berdiri teguh berasaskan bahan binaan, menguasai ruang dan menghidupkan persekitaran. Tapak arca (pedestal) kukuh, berjisim dan menunjukkan suatu sokongan padu kepada objek atas yang boleh ditafsir dengan berbagai unsur naratif. Arca ini berbentuk abstrak. Ia diasaskan oleh Alexander Calder pada tahun 1932. Beliau mendapat pendidikan formal di Philadelphia, Amerika Syarikat. Calder banyak dipengaruhi oleh karya Mondrain dan Miro di Paris pada tahun 1930. Berasaskan latar beliau sebagai jurutera, tidak hairanlah mengapa beliau banyak membuat arca daripada besi. Kebayakan arca Calder bersaiz besar dan menggunakan warna terang. Inilah yang menjadikan identiti atau ikutan pengarca stabil.

Seorang lagi pengarca stabil ialah Jean Tinguely. Lahir pada 1922 di Fribourg, Switzerland. Mendapat pendidikan awal di General Trade School dan bekerja sebagai pereka hias dalaman sebelum berpindah ke Paris pada tahun 1952. Pada awal tahun 1960-an, Tinguely adalah pengarca relief atau arca timbul sebelum beliau ke Paris. Karya-karya beliau banyak diperbuat daripada bahan terbuang seperti tayar besi, brek kereta api, enjin kenderaan dan enjin kilang.

Constantin Brancusi yang berasal daripada Romania pula merupakan pengarca stabil yang lebih kepada “free standing form”. Karya-karya beliau banyak menggunakan pendekatan minimalism dengan cara mempermudahkan satah-satah bentuk. Tidak seperti Calder dan Tinguely, Brancusi banyak menekankan pada satah permukaan arca atau “surface texture”. Ini jelas dilihat pada karyanya “Bird in Space” (L’Oiseau dens l’espace), 1932 – 1940.

Rajah 5.1: Arca stabil

Page 79: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

54

TOPIK 5 STABIL

OUM

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, pelajar-pelajar akan dapat:

1. memahami konsep arca stabil;

2. mengetahui dan boleh memanipulasikan alat dan media untuk menghasilkan arca stabil;

3. memahami imbangan, kestabilan dan kesepaduan objek dalam olahan reka bentuk; dan

4. menghasilkan arca stabil dengan menggunakan bahan sebenar.

Apakah yang membezakan antara arca stabil dengan arca mobail. Di antara kedua-dua jenis arca ini , yang manakah yang paling dominan?

5.1 ALAT DAN MEDIA

2. Gunting dawai 4. Bahan pelekat - Masking tape

- gam- bahan pematri

3. Gergaji besi Gergaji kayu

6. Gerudi elektrik Pemotong logam

PENGGUNAANALATAN UNTUK MENGHASILKAN

ARCA STABIL

1. Playar pemotong - Playar muncung 5. Pisau pemotong

Page 80: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

55

TOPIK 5 STABIL

OUM

Rajah 5.2: Penggunaan alat dan bahan stabil

5.1.1 Stabil Dihasilkan Menggunakan Media Batu Marmar

3. Logam- Besi

- Timah - Tembaga - Aluminium

5. Plaster of Paris - simen

- simen putih 4. Plastik - Kepingan plastik - Bongkah plastik

7. Zink, kepingan logam

PENGGUNAANMEDIA UNTUK

MENGHASILKANARCA STABIL

1. Kayu - Tunggul kayu

- Kayu keras - Bongkah kayu

6. Bahan-bahan daripada spare-part

kereta

2. Batu marmar - Batu granit

Page 81: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

56

TOPIK 5 STABIL

OUM

Rajah 5.3: Stabil marmar

5.1.2 Pengenalan Hal Subjek dalam Arca Stabil

Sama ada bentuk stabil dipresentasikan secara abstrak atau realis, unsur keseimbanganbentuk menjadi pertimbangan utama. Keseimbangan adalah ciri utama arca stabil. Di dalam berkarya jenis arca ini, keseimbangan secara seimbang antara kiri dan kanan terhadap karya dipanggil simetri tulen. Manakala keseimbangan yang memihak sebelah kiri atau kanan dipanggil simetri tidak tulen. Seterusnya ruang dipertimbangkan kerana arca stabil banyak diperagakan di luar bangunan dan tanah lapang. Oleh sebab arca ini diperagakan secara “out-door” pemilihan bahan binaan menjadi pertimbangan yang mesti diteliti dan dipatuhi agar ketahanan arca terjamin dan tahan lama.

Rajah 5.4: Stabil yang mempunyai imbangan tidak simetri

Garisan imbangan

Garisan simetri

Page 82: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

57

TOPIK 5 STABIL

OUM

5.1.3 Pertimbangan Bahan yang Diperlukan untuk Membuat Arca Stabil Boleh Dirumus Seperti Berikut

Rajah 5.5: Pemilihan bahan untuk menghasilkan arca stabil

Page 83: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

58

TOPIK 5 STABIL

OUM

5.2 PROSES KREATIVITI MENGHASILKAN ARCA STABIL

Rajah 5.6: Proses kreativiti menghasil arca stabil

5.2.1 Kesesuaian Bentuk dan Binaan dalam Menghasilkan Arca Stabil

1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan arca stabil.

2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan arca stabil.

3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan dan seterusnya memasang tapak (pedestal).

4. Memilih dan menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk arca stabil.

5. Menghasilkan arca stabil mengikut proses pembuatan.

6. Melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan.

7. Membandingkan hasil arca stabil dengan arca stabil yang lain.

8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan.

9. Menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olahan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.

Page 84: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

59

TOPIK 5 STABIL

OUM

10. Menentukan cara untuk memperagakan arca stabil yang paling sesuai di samping melihat kesannya.

11. Mempamer dan mempersembahkan arca stabil dan membuat apresiasi mengikut fungsinya.

Latihan 5.1

Apakah yang dimaksudkan sebagai bahan terbuang? Mengapakah penting adanya bahan terbuang dalam konteks menghasilkan arca stabil?

Latihan 5.2

Mengapakah kajian simetri pada stabil penting. Apakah bahagian yang menjadikan stabil menepati spesifikasi yang sebenarnya?

Latihan 5.3

Nyatakan kepentingan pedestal. Mengapakah arca stabil memerlukan pedestal sedangkan arca lain kurang dipentingkan?

5.3 PROSES MENGHASILKAN ARCA STABIL

1. Penentuan Hal Subjek

Hal subjek yang diambil merujuk kepada alam semula jadi. Contohnya daun kering.Bentuk daun kering diteliti dan dieksplorasi terhadap bentuknya. Buat garisan-garisan untuk binaan struktur arca pada peringkat seterusnya.

Rajah 5.7: Daun kering

Page 85: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

60

TOPIK 5 STABIL

OUM

Rajah 5.8: Evolusi bentuk untuk stabil

2. Proses Mereka Bentuk dan Menstruktur

Daun kering dikaji dan diteliti. Rentak liuk dan binaan daun dibentuk dan garisan-garisan mengikut struktur daun mula disurih. Bentuk daun dilihat dari pelbagai posisi dan rentak sehingga membentuk satu reka bentuk yang menarik dan tidak lagi mengikut ciri daun.

Rajah 5.9: Gayaan dan rentak stabil

3. Proses Mencari Rentak atau Era Daun yang Seterusnya Digubah Menjadi Stabil

Rentak daun yang dapat dikesan pergerakannya memudahkan untuk menstruktur bentuk dan binaan stabil. Aliran anak panah dilukis untuk memudahkan dapatan stabil yang baik.

Page 86: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

61

TOPIK 5 STABIL

OUM

Rajah 5.10: Ritma (rentak) dan pergerakan

4. Menstruktur

Dilakukan dengan melihat rentak objek dan aliran bentuk yang mempengaruhinya. Garisan dilukis sepanjang rentak mengikut bentuk.

Rajah 5.11: Penstrukturan dan rentak

5. Menstrukur dan Menghasilkan Rentak

Apabila penstrukturan dibuat, rentak akan mengikuti bentuk baru sebagaimana yang dirancang. Garisan imbangan simetri dilakar untuk menjadikan bentuk stabil lebih jelas dan menarik.

Page 87: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

62

TOPIK 5 STABIL

OUM

Rajah 5.12: Isi padu stabil

6. Menentukan Kerangka Bentuk dan Isi Padu (Volume)

Bentuk stabil semakin jelas dan membentuk konsep seperti yang dirancang.

Rajah 5.13: Stabil yang telah siap

7. Stabil Telah Siap untuk Diperagakan

Stabil di atas dibuat menggunakan dawai mata punai dan kertas tisu yang digam menggunakan kanji. Apabila kerja melekatkan kertas tisu selesai, stabil dikeringkan dan seterusnya dicat.

Page 88: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

63

TOPIK 5 STABIL

OUM

Latihan 5.4

Kajian jisim sesuatu stabil dianggap penting untuk menghasilkan stabil yang mantap dan bermakna. Nyatakan ciri-ciri jisim yang perlu dipertimbangkan dalam konteks tersebut?

Rajah 5.14: Stabil yang telah siap untuk diperagakan

Latihan 5.5

Nyatakan ciri-ciri stabil yang baik dan mantap. Apakah kelainan stabil yang ketara jika dibandingkan dengan arca-arca yang lain?

Aktiviti 5.1

Teliti alam sekitar. Kaji buah-buahan, flora dan fauna. Bagaimanakah bentuk-bentuk semula jadi ini dapat dijana untuk penghasilan stabil? Buat inovasi bentuk dan buat improvisasi warna dan tekstura.

Pedestal

Garisan simetri

Tekstura

Puncak

Garisan imbangan

Page 89: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

64

TOPIK 5 STABIL

OUM

5.3.1 Ekspresi Diri Anda

Hasilkan sketsa stabil berasaskan tema yang berikut:

1. Tema: Buah-buahan 2. Tema: Fauna

3. Tema: Karangan laut 4. Tema: Flora

Page 90: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

65

TOPIK 5 STABIL

OUM

RUMUSAN

1. Stabil berbentuk realis dan abstrak. Kebanyakan stabil realis mengambil imej daripada bentuk alam semula jadi seperti buah-buahan, alat senjata, barang-barang domestik rumah, figura manusia dan binatang.

2. Ia diasaskan oleh Alexander Calder pada tahun 1932. Beliau mendapat pendidikan formal di Philadelphia, Amerika Syarikat.

3. Calder banyak dipengaruhi oleh karya Mondrain dan Miro di Paris pada tahun 1930. Berasaskan latar beliau sebagai jurutera, tidak hairanlah mengapa beliau banyak membuat arca daripada besi. Kebanyakan arca Calder bersaiz besar dan menggunakan warna terang. Inilah yang menjadikan identiti atau ikutan pengarca stabil.

4. Stabil perlukan simetri yang baik. Justeru itu stabil boleh bersifat simetri tulen dan tidak tulen.

5. Pedestal diperlukan untuk membentuk konsep stabil yang lebih mantap.

6. Stabil boleh dihasilkan menggunakan pelbagai alat dan bahan yang hampir sama dengan arca-arca yang lain.

7. Struktur diperlukan sebagai kerangka stabil. Seterusnya dilengkapkan dengan bahan yang sesuai dengan konsep arca.

8. Kemasan stabil berkaitan dengan kesesuaian peragaan. Contohnya: arca di luar bangunan menggunakan kemasan cat alas, cat kilat dan krom.

9. Peragaan stabil lebih banyak dibuat di luar. Stabil perlukan ruang dan persekitaran.

GLOSARI

Abstrak – Mujarad, niskala – tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera.

Mobail – Arca gantung yang boleh bergerak atau berfungsi.

Naratif – Berunsur cerita, pengkesahan.

Pedestal – Tapak arca atau tugu.

Realis – Maujud, kenyataan.

Satah – Permukaan yang rata. Contoh, kertas lukisan.

Simetri – Kedua-dua belah sama, seimbang.

Page 91: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

66

TOPIK 5 STABIL

OUM

UJIAN 1

Hasilkan sebuah stabil menggunakan kotak mancis, plywood, gam dan kertas tisu. Tunjukkan bagaimana proses ini boleh ditunjukkan secara jelas sehingga terbentuknya stabil.

UJIAN 2

Mengapakah simenfero menjadi popular mutakhir ini untuk menghasilkan stabil? Apakah hujah anda yang mengatakan bahawa simenfero melibatkan reka bentuk yang kukuh tetapi murah?

Page 92: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

67

TOPIK 6 MOBAIL

OUM

TOPIK 6 MOBAIL

PENGENALAN

Ketika pengarca mencari satu konsep baru dan tersendiri, muncullah idea untuk mengapungkan atau menggunakan ruang atas udara sebagai kaedah menampilkan dalam peragaan arca yang seterusnya diterima sebagai karya seni. Arca sedemikian dinamakan sebagai mobail. Arca mobail dipelopori oleh Alexander Calder (1898- 1976) iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika Syarikat. Arca mobail yang sifatnya boleh bergerak digelar juga sebagai mobail kinetik. Ia diperkenalkan pada awal tahun 1930-an. Calder telah menghasilkan monumen di tempat umum dan menjadi perangsang kepada seniman untuk mereka bentuk yang yang lebih menarik dan canggih. Suatu kehebatan Calder dalam penghasilan mobail ini ialah elemen geometri yang diadaptasi berasaskan kepingan logam industri dan disusun secara sekuen untuk menghasilkan suatu urutan yang terancang dan teraputik. Apabila dunia inginkan perubahan, mobail disepadukan dengan mesin dan jentera yang boleh bergerak melalui kawalan secara manual atau automatik dan terhasillah mobail kinetik. Mobail kinetik yang diberi tajuk Flamingo (1974), Myxomatose (1953) dan Pisson Volant mengadaptasikan bunyi dedaunan, beburung yang berterbangan dan serangga yang berdesir. Idea wau yang berdengung di udara, unggas berterbangan, ombak yang berdeburan menjadi sebahagian ciri mobail kinetik yang menjadi perhatian pengarca.

OBJEKTIF

Di akhir pelajaran ini pelajar dapat:

1. memahami dan membezakan arca mobail dengan arca yang lain;

2. memahami konsep mobail dan konsep peragaannya;

3. mobail dibina melalui pemahaman konstruktivisme dan teori kecerdasan pelbagai;

4. mobail boleh membentuk suatu fenomena baru di ruang udara dan bahagian atas bangunan, pokok, gunung dan pulau; dan

5. mengaplikasikan pemahaman mobail kepada sketsa dan penghasilan mobail.

Page 93: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

68

TOPIK 6 MOBAIL

OUM

Rajah 6.1: Mobail karya Alexander Calder, Trap and Fish Tail, 1939

Rajah 6.2: Alexander Calder Myxomatose (1953)

Rajah 6.3: Alexander Calder: Poisson Volant, 1957

Page 94: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

69

TOPIK 6 MOBAIL

OUM

6.1 ALAT DAN MEDIA

6.1.1 Alatan

Rajah 6.4: Penggunaan alatan untuk menghasilkan mobail

Aktiviti 6.1

Bagaimanakah faktor pesekitaran boleh dijadikan sebagai rujukan utama di dalam menjalankan aktiviti mobail di tempat anda bertugas?

Latihan 6.1

Merujuk kepada alam sekitar, senaraikan bahan-bahan yang boleh anda dijadikan arca mobail. Apakah kekangan-kekangan yang mungkin anda tempohi dalam proses penghasilan mobail tersebut?

7. Gerudi eletrik + Pelbagai jenis

mata gerudi

6.2.1 PENGGUNAAN ALATAN UNTUK MENGHASILKAN

MOBAIL

1. Playar- playar pemotong - playar muncung - playar pengapit

5. Pemotong besi – gergaji besi elektrik

6. Tukul besi Tukul kayu

Ganden kayu Tukul kepala muncung

2. Gunting dawai/zing - gergaji besi

4. Alat pengimpal termasuk bahan pematri, kepingan logam,besi dan bar besi 3. Ragum

- ragum apit - ragum meja

Page 95: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

70

TOPIK 6 MOBAIL

OUM

6.1.2 Alatan Untuk Menghasilkan Mobail

Gerudi dan mata gerudi, scrapper, gergaji jig, sarung tangan kulit, playar pemotong dan playar pengepit, thinner, gam gajah.

Ganden besi, spanar hidup kecil dan besar, ganden logam, tukul kepala dempak dan lonjong, rod besi, playar pengapit, ragum meja dan pengalas untuk kerja mengetuk.

Pelbagai jenis pahat: pahat mata bulat, pahat mata rata, pahat mata lengkung, pahat ukir, pahat penebuk.

Angkup luar, angkup dalam, sesiku sudut, berus dawai, berus keluli, berus gigi, span, batu asah, kertas pasir.

Page 96: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

71

TOPIK 6 MOBAIL

OUM

6.1.3 Media Mobail

Rajah 6.5: Penggunaan bahan untuk menghasilkan mobail

Rajah 6.6: Mobail berasaskan sumi Rajah 6.7: Mobail berasaskan pelbagai bahan

8. Tanah liat/kepingan tembikar

PENGGUNAAN BAHAN/ MEDIA

UNTUKMENGHASILKAN

MOBAIL

1. Aluminiam/ kepingan aluminium,

loyang 6. Kepingan

plastik/perspek

7. Fiber glass

5. Dawai Tali tangsi

2. Cermin/ kepingan kaca

3. Kertas tebal/ Straw board.

9. Bahan buangan dari ciptaan manusia

4. Kepingan tembaga Kepingan timah, zink

Page 97: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

72

TOPIK 6 MOBAIL

OUM

6.1.4 Media untuk Menghasilkan Mobail

Latihan 6.2

Jika tema dan subjek mobail yang akan dihasilkan berasaskan karangan laut, apakah alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan mobail tersebut?

Kepingan logam mengikut jenis dan bungkah keluli serta ketulan besi yang boleh dijadikan sebagai asas untuk pembentukan mobail.

Kepingan perspek dan kepingan plastik yang menjadi pilihan utama pengarca mobail kerana sifatnya yang ringan dan tahan lasak. Ia digabungkan dengan media lain termasuk penggunaan cat untuk mendapatkan penampilan yang bermakna dan mapan.

Pelbagai kertas untuk dijadikan mobail. Kertas tebal seperti maounting board, straw board, hard-board, kertas conqueror, box-board yang boleh dimplimentasikan di bahagian ruang dalam bangunan.

Page 98: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

73

TOPIK 6 MOBAIL

OUM

6.1.5 Bagaimana Proses Mobail Dihasilkan?

Rajah 6.8: Bahan yang digunakan untuk membentuk mobail

6.1.6 Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Mobail Mobail direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian alat dan bahan, tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka. Perkara-perkara berikut menjadi perhatian utama di dalam penghasilan mobail;

Menentukan subjek dan tema – Subjek dan tema ini mungkin berkaitan dengan isu-isu semasa, kritikan, sindiran, saranan dan nukilan pengarca.

Menentukan alat dan media – Setelah subjek dan tema di atas di pilih, perancangan pemilihan alat dan bahan menjadi kriteria yang penting. Pemilihan alat dan bahan mengambil kira keberkesanan dan relevannya hal subjek yang ingin diutarakan. Ciri-ciri bahan yang dipilih seharusnya tahan lama dan lasak kepenggunaannya. Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak tidak wajar diaplikasikan dalam penghasilan mobail.

Membuat tumbnail-print (membuat lakaran-lakaran kecil). Apakah pentingnya thumbnail-print? Sebelum sesuatu mobail dihasilkan, kita seharusnya melobi gagasan-gasasan dan pengideaan melalui konsep trial and error. Sketsa-sketsa mengenai hal subjek dan tema yang ingin dinukilkan seharusnya dihasilkan atau diperbanyakkan dapatannya. Daripada sejumlah besar sketsa ini tentunya ada yang mantap dan hebat yang tentunya pilihan yang sedemikian inilah yang dipilih.

Jahitan

Ikatan

Tanggam

Gam plastik

Kimpalan

Menggunakanskru, bol dan

nat

ProsesMobail

Page 99: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

74

TOPIK 6 MOBAIL

OUM

Memilih salah satu lakaran yang terbaik – Pilih lakaran atau sketsa yang baik. Ciri baik dalam kriteria pemilihan ini berkaitan dengan penampilan asas seni reka yang mantap dan berketrampilan. Kemampuan menterjemah lakaran kepada mobail yang sebenar juga menjadi kriteria penting dalam pemilihan lakaran tersebut.

Memperinci lakaran – Setelah memilih lakaran yang terbaik, fikirkanlah untuk memperkemaskan lagi reka bentuknya. Ia mengambil kira bahan, alat, tema, tempat peragaan dan konsep keseluruhan termasuk estetika dan etika dari mobail yang akan dihasilkan nanti.

Membuat karya/mobail – Buat kerangka dalam dan luar. Fikirkan aspek ruang, saiz mobail, keteguhan dan kesesuaian kerangka dengan dapatan. Kesemuanya diselaraskan dengan bahan dan alatan, kos pembinaan dan masa yang diperlukan.

6.1.7 Proses Membentuk Mobail Setelah penyediaan lakaran idea selesai proses berikut merupakan urutan penghasilan mobail.

Rajah 6.9: Proses membentuk mobail

PROSESMEMBENTUK

MOBAIL

1. Membuat model kecil atau prototaip

2. Membuat kerangka atau struktur

3.Membuat mobail yang sebenar

4. Kemasan dan peragaan/

persembahan

Page 100: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

75

TOPIK 6 MOBAIL

OUM

6.2 PERSEMBAHAN HASIL KERJA

6.2.1 Ekspresi Diri Persembahan hasil kerja yang baik dizahirkan melalui proses artistik yang diekspresikan melalui alat dan bahan, penguasaan unsur seni, prinsip seni dan strukur seni. Ia diolah dengan mengambil pertimbangan-pertimbangan yang paling ideal dan bersistematik. Seterusnya hasilan ini mengambil kira kepada beberapa ciri yang berikut:

1. Bentuk Mobail Menepati Tema dan Tajuk

Tema adalah gambaran mesej yang ingin disampai dan dikongsi oleh pengarca kepada pemerhati. Lazimnya isu-isu semasa menjadi pilihan tema pengarca kerana keselarian isu dan minat pemerhati mengikut faktor semasa. Namun begitu, latar belakang minat pengarca juga boleh menjadi pilihan kerana ekspresi dalaman pengarca yang ingin dikongsi kepada umum. Misalnya, persoalan kepincangan masyarakat, isu agama dan gelagat politik semasa.

2. Bahan Binaan Mobail Sesuai dengan Tujuan Hasilan

Pilihan bahan penting kerana sifat bahan menentukan ketahanan dan kesesuaian mobail yang akan dihasilkan. Seringkali bahan binaan yang tahan lasak dan kuat digunakan untuk mobail di luar. Sebaliknya, bahan-bahan yang kurang lasak di dalam bangunan dan di tempat yang bertutup. Ringkasnya bahan binaan ini boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu mobail diluar dan mobail di dalam bangunan atau tempat yang tertutup.

Rajah 6.10: Klasifikasi bahan mobail

KLASIFIKASI BAHAN MOBAIL

LUAR DAN TERDEDAH

Keluli BesiTimahTembikarAloiMarmar

DALAM DAN TERTUTUP

PlastikKayuKertasTembikarAluminiumBahan terbuang

Page 101: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

76

TOPIK 6 MOBAIL

OUM

3. Pastikan ia Kuat, Kukuh dan Selamat

Soal kekuatan, keliutan dan ketahanan bahan perlu diambil pertimbangan. Mobail perlu mempunyai jangka hayat yang panjang. Mobail juga perlu kukuh kerana peragaan diluar seringkali diancam oleh proses pengluluhawaan dan bencana alam. Tidak ada ertinya sesuatu mobail yang diperagakan sekadar dalam tempoh waktu yang pendek kerana tidak lasak dan tidak kuat. Tidak cukup dengan kukuh semata-mata, tetapi juga selamat terhadap pemerhati dan pengunjung. Pemerhati ada kemungkinan menyentuh dan mengusik mobail tersebut.

4. Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang dengan Baik, Membentuk Suatu Komposisi Gubahan yang Artistik

Menyusun atur komposisi bahan penting untuk artistik bahan dan mobail. Adunan rentak, pergerakan dan kontra bahan diteliti dan dinilai berkali-kali. Tujuannya jelas, untuk penampilan karya yang simple tetapi menarik. Tambahan pula kelainan bahan mempunyai cara atau teknik adunan yang berbeza dan kesesuaiannya.

5 Mengaplikasi Prinsip-prinsip Rekaan seperti Rentak, Pergerakan, Kontra, Warna, Imbangan, Harmoni dan Kesatuan yang Menarik

Rajah 6.11: Aplikasi prinsip rekaan mobail

6. Asli, Unik dan Berketrampilan

Keaslian, keunikan dan ketrampilan boleh dihasilkan melalui proses kreativiti yang tinggi.Jauhi plagiarism dan hasilan klise. Ia boleh dilakukan dengan melakukan tindakan-tindakan yang berikut:

ImbanganRentak

Warna

Pergerakan

Kontra

APLIKASIPRINSIPREKAANMOBAIL

Harmoni

Page 102: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

77

TOPIK 6 MOBAIL

OUM

Suatu penampilan yang baru – penemuan melalui percubaan

Inovasi atau improvisiasi yang positif

Pemerhatian, penelitian dan rumusan pro-aktif

Cuba jaya yang tidak kenal erti putus asa.

Ramalan kepada reka bentuk baru dan bersifat futuristik.

6.2.2 Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik

Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada lima perkara yang berikut:

Rajah 6.12: Kemahiran-kemahiran dalam mengaplikasi alat dan bahan mobail

1. Kesesuaian dengan pemilihan bahan dan alat yang dikaitkan dengan tajuk, tema dan hal benda (subject-matter). Fikirkan lokasi peragaan dan isu yang ingin ditonjolkan.

2. Daripada beberapa “tumbnail-print” yang dihasilkan, rancangkanpemilihan alat dan bahan yang berkaitan bertujuan untuk membuat penghasilan mobail mengikut pilihan yang terbaik.

3. Pilih satu thumbnail-print yang baik, fikirkan kaedah, teknik dan tata aturan penggunaan alat dan bahan untuk penghasilan mobail

4. Fikirkan soal kemasan. Bagi tujuan peragaan yang menarik dan berkesan, bahan penyudah seperti syelek, varnish, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik boleh diaplikasikan pada mobail. Namun, lazimnya mobail tidak terlalu “fancy”

5. Bagi tujuan peragaan yang menarik, kaedah menggantung, ruang peragaan dan persekitaran perlu diteliti dan difahami. Konsep ambientperlu dipetimbangkan untuk peragaan yang baik.

Page 103: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

78

TOPIK 6 MOBAIL

OUM

\

Rajah 6.13

Latihan 6.3

Teliti Rajah 6.13 di atas. Jika anda bercadang untuk menghasilkan mobail berasaskan alat dan bahan di atas, apakah jenis mobail yang sesuai dihasilkan? Apakah bahan tambahan yang anda perlukan?

6.2.3 Apresiasi Mobail

Rajah 6.14: Mobail daripada pelbagai bahan

Garisan simetri Karangan laut

Batang aluminium

Page 104: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

79

TOPIK 6 MOBAIL

OUM

Apresiasi mobail dilakukan berpandukan empat perkara berikut:

Rajah 6.15: Apresiasi mobail

Rajah 6.16

Latihan 6.4

Mobail diatas dihasilkan oleh Alexander Calder dan diberi tajuk “Antennae with Red and Blue Dots” Berpandukan mobail di atas, buat apresiasi seni mengenai karya di atas.

Latihan 6.5

Mengapakah mobail tidak perlu fancy? Apakah mobail berfungsi yang sering diaplikasi sebagai sambuatan hari perayaan Tahun Baru Cina?

1. Tajuk dan tema yang sesuai

3. Pilihan reka bentuk berasaskan warna dan padanan

imej

4. Kesesuaian secara keseluruhan

2. Alat dan bahan yang sesuai

APRESIASI MOBAIL

Page 105: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

80

TOPIK 6 MOBAIL

OUM

RUMUSAN

1. Mobail dipelopori oleh Alexander Calder (1898- 1976) iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika Syarikat.

2. Konsep mobail dikaitkan dengan objek apungan di udara tetapi mempunyai konsep simetri yang menarik.

3. Simetri mobail boleh bersifat tulen atau tidak tulen.

4. Alat dan bahan mempengaruhi bentuk mobail. Bagaimanapun apungan yang baik berkaitan dengan bahan yang ringan, tipis dan tahan lama.

5. Cantuman komponen mobail dibuat secara pateri/ kimpalan, gam plastik, skrew, jahitan dan tanggam.

6. Kemasan mobail boleh dilakukan dengan menyapukan bahan penyudah seperti syelek, varnish, cat kilat atau emulsi.

7. Peragaan mobail boleh dilakukan di tempat terbuka seperti di padang, tanah lapang, puncak gunung, puncak bangunan dan puncak pokok. Manakala peragaan di tempat tertutup mungkin dilakukan di dalam bangunan, dalam dewan, antara bangunan dan bilik darjah.

GLOSARI

Adaptasi - Penyesuaian, penyerapan

Ambient - Di sekeliling, di sekitar

Fancy - Beraneka warna, berhias

Futuristik - Berkaitan masa hadapan

Gergaji jig - Gergaji yang boleh bergerak mengikut kelok-kelok

Kekangan - Halangan, rintangan

Konstruktivisme - Aliran kefahaman dalam pembinaan

Klise - Biasa, common, basi

Luluhawa - Luluh oleh faktor hawa

Manual - Dilakukan dengan tangan

Monumen - Patung, bangunan peringatan

Plagiarism - Peniruan, imitasi, ciplak

Ragum - Alat pengapit

Page 106: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

81

TOPIK 6 MOBAIL

OUM

UJIAN 1Apakah yang dimaksudkan mobail kinetik? Bincangkan bagaimana mobail kinetik dihasilkan.

UJIAN 2Kaji secara teliti reka bentuk mobail. Bagaimanakah reka bentuk ini dipengaruhi oleh faktor alam sekitar dan objek-objek ciptaan Tuhan?

Page 107: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

82OUM

TOPIK 7 MODEL

TOPIK 7 MODEL

PENGENALAN

Model dapat digambarkan dengan pandangan dua dimensi (2D) tetapi pada pandangan ini hanya beberapa bahagian sahaja yang dapat ditunjukkan tetapi dengan pandangan 3D setiap penjuru sesuatu objek dapat di lihat dan dapat diketahui jika terdapat error pada sesuatu bahagian tersebut. Dengan melihat model tersebut kita menjadi lebih mudah untuk memahami bentuk keseluruhan objek tersebut. Model kawasan merupakan suatu bentuk ilustrasi yang menunjukkan satu kawasan yang dibuat dalam bentuk 3D yang sederhana.

Model statik adalah model yang dibuat hanya untuk gambaran tetap yang tidak bolah berubah. Model Dinamik adalah model yang dibuat mengikut kesesuaian bentuk yang boleh diubah pergerakan mengikut kehendak.

OBJEKTIF

Pada akhir topik ini pelajar dapat:

1. mengetahui apa yang dimaksudkan dengan model dan fungsinya;

2. memahami dan dapat memilih bahan-bahan yang sesuai untuk penyediaan membuat model; dan

3. memahami konsep model sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran.

7.1 DEFINISI

Pengertian model adalah diertikan sebagai pengembaran sesuatu sehingga kita menjadi lebih jelas memahaminya. Sebagai contoh gambaran tiga dimensi (3D) bagi sesuatu objek. Dengan melihat model tersebut kita menjadi lebih mudah untuk memahami bentuk keseluruhan objek tersebut.

7.1.1 Alat dan Media

Mountinbord Polystrin Gam serbaguna Pisau Gunting Warna Kertas warna Span bunga

Page 108: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

83

TOPIK 7 MODEL

OUM

Simen harder Kertas pasir

Teknik

Cantuman Luakkan Gam Kimpalan Acuan

7.2 APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK

7.2.1 Lakaran Idea

Merupakan proses awal bagi menentukan jenis model yang akan dihasilkan sebagaimana yang telah dipersetujui. Model yang akan dihasilkan bergantung kepada jenisnya seperti model rumah, kereta bangunan dan sebagainya.

7.2.2 Pemilihan Alat dan Bahan

Proses ini amat perlu di dalam proses membuat model, ini kerana bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza bergantung jenis model yang akan dihasilkan (rujuk bahagian jenis-jenis bahan). Pemilihan dan menentukan bahan juga mempengaruhi ketahanan model tersebut.

7.2.3 Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan

Langkah ini juga penting di dalam penyediaan sesebuah model. Setiap model yang dihasilkan menggunakan teknik yang berbeza semasa membuatnya. Teknik yang digunakan berbeza-beza bergantung kepada jenis model yang akan dihasilkan.

Page 109: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

84OUM

TOPIK 7 MODEL

7.3 PERSEMBAHAN HASIL KERJA ATAU PROSES PENGHASILAN MODEL

Page 110: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

85

TOPIK 7 MODEL

OUM

Page 111: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

86OUM

TOPIK 7 MODEL

Page 112: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

87

TOPIK 7 MODEL

OUM

Page 113: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

88OUM

TOPIK 7 MODEL

Page 114: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

89

TOPIK 7 MODEL

OUM

7.4 PERSEMBAHAN HASIL KERJA

7.4.1 Ekspresif Diri Sesuatu persembahan atau hasilan yang dikatakan cemerlang dari segi penampilan mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1. Model menepati tema dan tajuk.

2. Bahan yang digunakan sesuai dan relevan dengan keadaan semasa dan boleh diperolehi dengan mudah serta kos yang rendah.

3. Model yang dihasilkan perlu diberi penekanan dari aspek ketahanan dan keselamatan.

4. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun dengan baik, membentuk suatu gubahan yang menarik serta dapat memberi penjelasan yang tepat.

5. Mempunyai daya tarikan semasa dipamerkan kerana mempunyai sifat ketulenan dari segi penghasilan.

6. Memenuhi prinsip-prinsip rekaan seperti pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.

7.4.2 Apresiasi Dengan berpandukan model yang telah dihasilkan kita dapat membuat penilaian dan cuba

fikirkan beberapa persoalan-persoalan di bawah ini dalam proses penghasilan model

1. Tajuk dan tema yang sesuai serta menepati.

2. Alat dan bahan yang sesuai dalam proses membuat model.

3. Proses stailisasi dan penambahbaikan agar bersesuaian dengan keadaan semasa.

4. Pilihan reka bentuk, warna dan padanan imej mengikut tema dan kesesuaian semasa.

5. Kesesuaian secara keseluruhan.

RUMUSAN

Proses membentuk dan membuat model merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian bentuk model tersebut. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pereka. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap bentuk model yang akan dipersembahkan. Penampilan model yang kontemporari akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan bentuk-bentuk model yang bersesuaian dengan keadaan semasa.

Page 115: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

90OUM

TOPIK 7 MODEL

GLOSARI

Warna Tempera – Warna serbuk.

Apresiasi – Penghargaan.

Ekspresi – Luahan idea/perasaan/senteman.

Inovatif – Pengubahsuaian kepada yang lebih baik danmenarik.

Imaginasi – Kerangka idea.

Kontemporari – Masa kini.

UJIAN 1

Dalam proses penyediaan model, nyatakan dan huraikan prinsip-prinsip rekaan yang perlu diterapkan.

UJIAN 2

Penampilan hasil kerja yang baik dan cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri yang tertentu, nyatakan dan huraikan ciri-ciri yang tersebut.

Page 116: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

91

TOPIK 8 BONEKA

OUM

TOPIK 8 BONEKA

PENGENALAN

Boneka adalah sejenis hasil kerja tangan yang berbentuk permainan. Boneka merupakan suatu punca yang baik untuk menimbulkan kuasa imaginasi kanak-kanak, dan ia memberikan peluang untuk mencipta suatu alam khayalan. Boneka boleh menghidupkan watak ciptaan seperti haiwan dan benda-benda lain. Boneka tangan boleh dikatakan jenis yang popular sekali di sekolah dan jenis yang ringkas ini boleh dibuat oleh kanak-kanak.

OBJEKTIF

Pada akhir topik ini pelajar dapat;

1. memahami dan mengetahui jenis-jenis boneka;

2. memahami bahawa boneka dihasilkan melalui berbagai teknik dan kaedah; dan

3. mengetahui teknik-teknik untuk menghasilkan boneka dan cara mempersembahkannya.

8.1 DEFINISI

Boneka adalah sejenis permainan anak-anakan. Ia dibentuk dalam dua atau tiga dimensi. Boneka dihasilkan dengan mencantumkan pelbagai bentuk untuk menghasilkan objek boneka. Boneka juga memberi kesedaran imbangan, harmoni dan kadar banding dalam proses binaan dan membentuk.

8.2 APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK

8.2.1 Jenis-jenis Boneka

1. Boneka Piring Kertas

Boneka ini diperbuat daripada piring kertas dan boleh dibeli di kedai, sesuai untuk kanak-kanak peringkat rendah.

Page 117: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

92

TOPIK 8 BONEKA

OUM

Rajah 8.1: Boneka piring kertas

Alat dan Bahan

Piring kertas Dawai halus Pelekat Gunting Kayu atau buluh Kain reja (perca) Tali Pita litup

Cara Membuatnya

Lukiskan satu muka di atas piring kertas dengan menggunakan dakwat.Kemudian dengan menggunakan pita litup, lekatkan bilah kayu di belakang piring. Gunting dan lubangkan di tengah-tengah kain belacu atau kain reja. Masukkan bilah kayu ke dalam lubang kain dan lekatkan lehernya dari dalam kain dengan menggunakan pita litup. Untuk membuat rambut kerinting, potong jalur-jalur kertas berwarna dan lurutkannya dengan pisau tumpul dan tampalkan pada tepi piring sebagai rambut.

Page 118: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

93

TOPIK 8 BONEKA

OUM

2. Boneka Polistirena

Polistirena yang berbagai-bagai bentuk boleh digunakan untuk membuat boneka. Bekas alat-alat elektrik sesuai untuk membentuk boneka ringkas dan ia boleh dibuat dengan mudah.

Rajah 8.2: Boneka polisterina

Alat dan Bahan

Polistirena, Kayu buluh/rot kayu Pensil Gam Kertas pasir Gunting Pita litup Pisau Berus gam Warna tempera

Page 119: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

94

TOPIK 8 BONEKA

OUM

Cara Membuatnya

Korek mata, hidung dan mulutnya dengan sebatang pensil. Kemudian tampalkan telinga pada tepi kotak. Gunakan sebatang kayu buluh sebagai tangkai. Bola polistirena boleh digunakan untuk membuat boneka tangan

3. Boneka Beg Kertas

Beg kertas boleh digunakan untuk membuat topeng atau boneka. Ia sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia mudah dibuat.

Rajah 8.3: Boneka beg kertas

Bahan-bahan dan Alat

Gunting, Kertas berwarna Gam kanji Cat air atau krayon. Dawai kokot Dua beg kertas Pita litup Rot kayu Kertas tisu lembut

Page 120: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

95

TOPIK 8 BONEKA

OUM

Cara Membuatnya

Gumpalkan surat khabar pada hujung rot kayu dan lekatkan gumpalan itu dengan menggunakan dawai kokot.Masukkan gumpalan surat khabar tersebut ke dalam beg kertas. Ikat leher beg kertas dengan menggunakan pita litup Ratakan bucu beg kertas tersebut. Sapukan gam seluruh permukaan hadapan untuk membentuk muka. Bina ciri-ciri muka dengan menggunakan kertas tisu lembut. Warnakan muka boneka dengan menggunakan cat air. Buat rekaan baju dengan menggunakan kain reja.

4. Boneka Silinder

Boneka silinder adalah boneka yang mudah dibuat dan juga menarik.

Rajah 8.4: Boneka silinder

Alatan dan Bahan-bahan

Kertas warna Pollistirena Penutup botol Gabus Pisau Tali Gunting Gam

Page 121: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

96

TOPIK 8 BONEKA

OUM

Cara Membuat

Potong sekeping kad manila yang berukuran 20 cm x 27.5 cm atau 25 cm x 40.50 cm. Gulungkan kertas tebal ini supaya berbentuk silinder. Stapel atau lekatkan tepinya dengan kanji supaya ia sentiasa berbentuk silinder. Ini ialah asas kepala boneka. Setelah membuat bentuk asasnya, kita boleh menentukan apa jenis watak yang hendak dibentuk dari silinder masing-masing. Apabila sudah menentukan jenis boneka yang hendak dibuat maka bolehlah mula memotong bahan-bahan yang hendak ditampal pada silinder tersebut untuk permukaan mukanya.. Untuk menyediakan boneka itu, kita perlu membuat satu tiub kecil dari kad manila dan lekatkan pada bahagian dalam boneka itu. Apabila kita memasukkan jari ke dalam tiub kecil itu, kita akan dapat mengendalikan boneka itu dengan sempurna.

5. Boneka Wayang Kulit

Boneka wayang kulit direka secara tradisional dari kulit kerbau. Disebabkan kulit kerbau sangat sukar didapati, maka bahan-bahan moden terpaksa dicari dan diperkenalkan sebagai bahan menggantikan buatan cara tradisional di atas. Bahan-bahan yang digunakan sebagai pengganti yang mudah diperolehi ialah filem pancaran – X yang terpakai, kepingan plastik yang tebal dan kertas bod. Permainan wayang kulit dipercayai satu permainan yang pertama mencipta kesenian gerak dan tampak seolah-olah hidup jika ia dilakunkan dengan baik. Untuk makluman dalam lakonan wayang ia merupakan satu siri dari siri-siri kartun. Adalah wajar sesebuah boneka sengaja dilebih-lebihkan sifatnya bagi menambahkan wataknya dengan lebih jelas. Kebiasaannya watak seorang hero digambarkan dengan sifat muka yang kacak dan hidung yang mancung. Manakala sifat watak penjahat digambarkan dengan mata yang besar, hidung yang besar, perut yang buncit dan dicat dengan warna yang garang. Proses untuk membuat boneka wayang kulit tidak begitu rumit dan bahan-bahanya senang diperolehi.

Rajah 8.5: Boneka wayang kulit

Page 122: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

97

TOPIK 8 BONEKA

OUM

Alatan dan Bahan-bahan yang Diperlukan

Kertas pasir Tukul Seketul kayu

Newsprint Gunting Pemotong NT Penebuk mata bulat Gam yang kuat Cat tempera atau cat minyak

6. Boneka Sarung Tangan

Boneka ini merupakan jenis boneka yang paling mudah dibuat, ia mempunyai bahagian kepala, bahagian pakaian, sepasang tangan dan kadangkala dilengkapkan dengan sepasang kaki. Lakonan boneka sarung tangan memerlukan satu pentas khas di mana pemain boneka dapat melindungi diri di bahagian bawah manakala boneka tangan hanya dapat ditontoni dengan bahagian badan dan kepala sahaja. Oleh kerana bahagian kepala merupakan bahagian yang paling penting,

Rajah 8.6: Boneka sarung tangan

Page 123: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

98

TOPIK 8 BONEKA

OUM

Alat dan Bahan

Kain belacu/sarung tangan PensilGuntingJarum Benang jahit dan benang bulu Berus cat

Cara Membuatnya

1. Lipat kain belacu sekali. Letakkan tangan di atas kain itu dengan semua jari terlunjur dan tekapkan bentuknya. Lukiskan garisan terputus di luar garisan pertama tadi – ini garisan jahitan. Kemudian lukiskan garisan ketiga di luar garisan terputus-putus itu, ini garisan pengguntingan.

2. Gunting mengikut garisan pengguntingan.

3. Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus.

4. Terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak kemas.

5. Catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut watak yang dikehendaki.

6. Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya.

7. Boneka yang telah siap sedia untuk dilakonkan.

8.3 APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK

8.3.1 Lakaran Idea

Merupakan proses awal bagi menentukan jenis boneka yang akan dihasilkan sebagaimana yang telah dijelaskan dalam bahagian jenis-jenis boneka. Pembentukan watak-watak juga memerlukan lakaran-lakaran ide agar boneka yang akan dihasilkan dapat memenuhi citarasa penonton.

8.3.2 Pemilihan Alat dan Bahan

Proses ini amat perlu di dalam proses membuat boneka, ini kerana bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza bergantung jenis boneka yang akan dihasilkan (rujuk bahagian jenis-jenis boneka). Pemilihan dan menentukan bahan juga mempengaruhi ketahan boneka tersebut.

8.3.3 Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan

Langkah ini juga penting di dalam penyediaan sesuatu boneka. Setiap boneka yang dihasilkan menggunakan teknik yang berbeza semasa membuatnya (rujuk bahagian jenis-

Page 124: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

99

TOPIK 8 BONEKA

OUM

jenis boneka). Teknik yang digunakan berbeza bergantung kepada jenis boneka yang akan dihasilkan.

8.4 PERSEMBAHAN HASIL KERJA

8.4.1 Ekspresif Diri

Sesuatu persembahan yang dikatakan cemerlang dari segi penampilan mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1. Watak menepati tema dan tajuk.

2. Bahan yang digunakan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.

3. Boneka yang dihasilkan, pastikan ia tahan dan selamat.

4. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun dengan baik, membentuk suatu gubahan yang menarik.

5. Mempunyai daya tarikan semasa dilakonkan kerana mempunyai sifat ketulenan dari segi penghasilan.

6. Memenuhi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.

8.5 APRESIASI

Dengan berpandukan boneka yang telah dihasilkan kita dapat membuat penilaian dan cuba fikirkan beberapa persoalan-persoalan di bawah ini dalam proses membuat boneka

1. Tajuk dan tema yang sesuai.

2. Alat dan bahan yang sesuai dalam proses membuat boneka.

3. Proses stailisasi , menambahbaikan agar bersesuaian dengan watak.

4. Pilihan reka bentuk warna dan padanan imej mengikut jenis boneka.

5. Kesesuaian secara keseluruhan.

RUMUSAN

Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

Page 125: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

100

TOPIK 8 BONEKA

OUM

GLOSARI

Warna Tempera – Warna serbuk.

Apresiasi – Penghargaan.

Ekspresi – Luahan idea/perasaan/senteman.

Inovatif – Pengubahsuaian kepada yang lebih baik dan menarik.

Imaginasi – Kerangka idea.

Kontemporari – Masa kini.

UJIAN 1

Bincangkan kepentingan penerapan Prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan dalam penghasilan boneka.

UJIAN 2

Apresiasi adalah proses menilai dan melihat hasil karya yang telah dihasilkan, dalam melihat karya yang telah dihasilkan bincangkan aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam proses apresiasi.

Page 126: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

91

TOPIK 8 BONEKA

OUM

TOPIK 8 BONEKA

PENGENALAN

Boneka adalah sejenis hasil kerja tangan yang berbentuk permainan. Boneka merupakan suatu punca yang baik untuk menimbulkan kuasa imaginasi kanak-kanak, dan ia memberikan peluang untuk mencipta suatu alam khayalan. Boneka boleh menghidupkan watak ciptaan seperti haiwan dan benda-benda lain. Boneka tangan boleh dikatakan jenis yang popular sekali di sekolah dan jenis yang ringkas ini boleh dibuat oleh kanak-kanak.

OBJEKTIF

Pada akhir topik ini pelajar dapat;

1. memahami dan mengetahui jenis-jenis boneka;

2. memahami bahawa boneka dihasilkan melalui berbagai teknik dan kaedah; dan

3. mengetahui teknik-teknik untuk menghasilkan boneka dan cara mempersembahkannya.

8.1 DEFINISI

Boneka adalah sejenis permainan anak-anakan. Ia dibentuk dalam dua atau tiga dimensi. Boneka dihasilkan dengan mencantumkan pelbagai bentuk untuk menghasilkan objek boneka. Boneka juga memberi kesedaran imbangan, harmoni dan kadar banding dalam proses binaan dan membentuk.

8.2 APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK

8.2.1 Jenis-jenis Boneka

1. Boneka Piring Kertas

Boneka ini diperbuat daripada piring kertas dan boleh dibeli di kedai, sesuai untuk kanak-kanak peringkat rendah.

Page 127: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

92

TOPIK 8 BONEKA

OUM

Rajah 8.1: Boneka piring kertas

Alat dan Bahan

Piring kertas Dawai halus Pelekat Gunting Kayu atau buluh Kain reja (perca) Tali Pita litup

Cara Membuatnya

Lukiskan satu muka di atas piring kertas dengan menggunakan dakwat.Kemudian dengan menggunakan pita litup, lekatkan bilah kayu di belakang piring. Gunting dan lubangkan di tengah-tengah kain belacu atau kain reja. Masukkan bilah kayu ke dalam lubang kain dan lekatkan lehernya dari dalam kain dengan menggunakan pita litup. Untuk membuat rambut kerinting, potong jalur-jalur kertas berwarna dan lurutkannya dengan pisau tumpul dan tampalkan pada tepi piring sebagai rambut.

Page 128: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

93

TOPIK 8 BONEKA

OUM

2. Boneka Polistirena

Polistirena yang berbagai-bagai bentuk boleh digunakan untuk membuat boneka. Bekas alat-alat elektrik sesuai untuk membentuk boneka ringkas dan ia boleh dibuat dengan mudah.

Rajah 8.2: Boneka polisterina

Alat dan Bahan

Polistirena, Kayu buluh/rot kayu Pensil Gam Kertas pasir Gunting Pita litup Pisau Berus gam Warna tempera

Page 129: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

94

TOPIK 8 BONEKA

OUM

Cara Membuatnya

Korek mata, hidung dan mulutnya dengan sebatang pensil. Kemudian tampalkan telinga pada tepi kotak. Gunakan sebatang kayu buluh sebagai tangkai. Bola polistirena boleh digunakan untuk membuat boneka tangan

3. Boneka Beg Kertas

Beg kertas boleh digunakan untuk membuat topeng atau boneka. Ia sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia mudah dibuat.

Rajah 8.3: Boneka beg kertas

Bahan-bahan dan Alat

Gunting, Kertas berwarna Gam kanji Cat air atau krayon. Dawai kokot Dua beg kertas Pita litup Rot kayu Kertas tisu lembut

Page 130: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

95

TOPIK 8 BONEKA

OUM

Cara Membuatnya

Gumpalkan surat khabar pada hujung rot kayu dan lekatkan gumpalan itu dengan menggunakan dawai kokot.Masukkan gumpalan surat khabar tersebut ke dalam beg kertas. Ikat leher beg kertas dengan menggunakan pita litup Ratakan bucu beg kertas tersebut. Sapukan gam seluruh permukaan hadapan untuk membentuk muka. Bina ciri-ciri muka dengan menggunakan kertas tisu lembut. Warnakan muka boneka dengan menggunakan cat air. Buat rekaan baju dengan menggunakan kain reja.

4. Boneka Silinder

Boneka silinder adalah boneka yang mudah dibuat dan juga menarik.

Rajah 8.4: Boneka silinder

Alatan dan Bahan-bahan

Kertas warna Pollistirena Penutup botol Gabus Pisau Tali Gunting Gam

Page 131: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

96

TOPIK 8 BONEKA

OUM

Cara Membuat

Potong sekeping kad manila yang berukuran 20 cm x 27.5 cm atau 25 cm x 40.50 cm. Gulungkan kertas tebal ini supaya berbentuk silinder. Stapel atau lekatkan tepinya dengan kanji supaya ia sentiasa berbentuk silinder. Ini ialah asas kepala boneka. Setelah membuat bentuk asasnya, kita boleh menentukan apa jenis watak yang hendak dibentuk dari silinder masing-masing. Apabila sudah menentukan jenis boneka yang hendak dibuat maka bolehlah mula memotong bahan-bahan yang hendak ditampal pada silinder tersebut untuk permukaan mukanya.. Untuk menyediakan boneka itu, kita perlu membuat satu tiub kecil dari kad manila dan lekatkan pada bahagian dalam boneka itu. Apabila kita memasukkan jari ke dalam tiub kecil itu, kita akan dapat mengendalikan boneka itu dengan sempurna.

5. Boneka Wayang Kulit

Boneka wayang kulit direka secara tradisional dari kulit kerbau. Disebabkan kulit kerbau sangat sukar didapati, maka bahan-bahan moden terpaksa dicari dan diperkenalkan sebagai bahan menggantikan buatan cara tradisional di atas. Bahan-bahan yang digunakan sebagai pengganti yang mudah diperolehi ialah filem pancaran – X yang terpakai, kepingan plastik yang tebal dan kertas bod. Permainan wayang kulit dipercayai satu permainan yang pertama mencipta kesenian gerak dan tampak seolah-olah hidup jika ia dilakunkan dengan baik. Untuk makluman dalam lakonan wayang ia merupakan satu siri dari siri-siri kartun. Adalah wajar sesebuah boneka sengaja dilebih-lebihkan sifatnya bagi menambahkan wataknya dengan lebih jelas. Kebiasaannya watak seorang hero digambarkan dengan sifat muka yang kacak dan hidung yang mancung. Manakala sifat watak penjahat digambarkan dengan mata yang besar, hidung yang besar, perut yang buncit dan dicat dengan warna yang garang. Proses untuk membuat boneka wayang kulit tidak begitu rumit dan bahan-bahanya senang diperolehi.

Rajah 8.5: Boneka wayang kulit

Page 132: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

97

TOPIK 8 BONEKA

OUM

Alatan dan Bahan-bahan yang Diperlukan

Kertas pasir Tukul Seketul kayu

Newsprint Gunting Pemotong NT Penebuk mata bulat Gam yang kuat Cat tempera atau cat minyak

6. Boneka Sarung Tangan

Boneka ini merupakan jenis boneka yang paling mudah dibuat, ia mempunyai bahagian kepala, bahagian pakaian, sepasang tangan dan kadangkala dilengkapkan dengan sepasang kaki. Lakonan boneka sarung tangan memerlukan satu pentas khas di mana pemain boneka dapat melindungi diri di bahagian bawah manakala boneka tangan hanya dapat ditontoni dengan bahagian badan dan kepala sahaja. Oleh kerana bahagian kepala merupakan bahagian yang paling penting,

Rajah 8.6: Boneka sarung tangan

Page 133: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

98

TOPIK 8 BONEKA

OUM

Alat dan Bahan

Kain belacu/sarung tangan PensilGuntingJarum Benang jahit dan benang bulu Berus cat

Cara Membuatnya

1. Lipat kain belacu sekali. Letakkan tangan di atas kain itu dengan semua jari terlunjur dan tekapkan bentuknya. Lukiskan garisan terputus di luar garisan pertama tadi – ini garisan jahitan. Kemudian lukiskan garisan ketiga di luar garisan terputus-putus itu, ini garisan pengguntingan.

2. Gunting mengikut garisan pengguntingan.

3. Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus.

4. Terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak kemas.

5. Catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut watak yang dikehendaki.

6. Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya.

7. Boneka yang telah siap sedia untuk dilakonkan.

8.3 APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK

8.3.1 Lakaran Idea

Merupakan proses awal bagi menentukan jenis boneka yang akan dihasilkan sebagaimana yang telah dijelaskan dalam bahagian jenis-jenis boneka. Pembentukan watak-watak juga memerlukan lakaran-lakaran ide agar boneka yang akan dihasilkan dapat memenuhi citarasa penonton.

8.3.2 Pemilihan Alat dan Bahan

Proses ini amat perlu di dalam proses membuat boneka, ini kerana bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza bergantung jenis boneka yang akan dihasilkan (rujuk bahagian jenis-jenis boneka). Pemilihan dan menentukan bahan juga mempengaruhi ketahan boneka tersebut.

8.3.3 Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan

Langkah ini juga penting di dalam penyediaan sesuatu boneka. Setiap boneka yang dihasilkan menggunakan teknik yang berbeza semasa membuatnya (rujuk bahagian jenis-

Page 134: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

99

TOPIK 8 BONEKA

OUM

jenis boneka). Teknik yang digunakan berbeza bergantung kepada jenis boneka yang akan dihasilkan.

8.4 PERSEMBAHAN HASIL KERJA

8.4.1 Ekspresif Diri

Sesuatu persembahan yang dikatakan cemerlang dari segi penampilan mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1. Watak menepati tema dan tajuk.

2. Bahan yang digunakan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.

3. Boneka yang dihasilkan, pastikan ia tahan dan selamat.

4. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun dengan baik, membentuk suatu gubahan yang menarik.

5. Mempunyai daya tarikan semasa dilakonkan kerana mempunyai sifat ketulenan dari segi penghasilan.

6. Memenuhi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.

8.5 APRESIASI

Dengan berpandukan boneka yang telah dihasilkan kita dapat membuat penilaian dan cuba fikirkan beberapa persoalan-persoalan di bawah ini dalam proses membuat boneka

1. Tajuk dan tema yang sesuai.

2. Alat dan bahan yang sesuai dalam proses membuat boneka.

3. Proses stailisasi , menambahbaikan agar bersesuaian dengan watak.

4. Pilihan reka bentuk warna dan padanan imej mengikut jenis boneka.

5. Kesesuaian secara keseluruhan.

RUMUSAN

Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

Page 135: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

100

TOPIK 8 BONEKA

OUM

GLOSARI

Warna Tempera – Warna serbuk.

Apresiasi – Penghargaan.

Ekspresi – Luahan idea/perasaan/senteman.

Inovatif – Pengubahsuaian kepada yang lebih baik dan menarik.

Imaginasi – Kerangka idea.

Kontemporari – Masa kini.

UJIAN 1

Bincangkan kepentingan penerapan Prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan dalam penghasilan boneka.

UJIAN 2

Apresiasi adalah proses menilai dan melihat hasil karya yang telah dihasilkan, dalam melihat karya yang telah dihasilkan bincangkan aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam proses apresiasi.

Page 136: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

101

101OUM

TOPIK 9 TOPENG

TOPIK 9 TOPENG

PENGENALAN

Topeng adalah suatu alat yang menutupi muka, topeng juga digunakan di dalam persembahan drama, tarian dan juga istiadat-istiadat pemujaan. Topeng juga dijadikan sebagai alat perhiasan di rumah. Ada juga topeng dijadikan sebagai identiti seseorang dan juga ahli kumpulan.

OBJEKTIF

Pada akhir topik ini pelajar dapat:

1. mengetahui apa yang dimaksudkan dengan model dan fungsinya;

2. memahami dan dapat memilih bahan-bahan yang sesuai untuk penyediaan membuat model; dan

3. memahami konsep model sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran.

9.1 DEFINISI

Kata topeng berasal dari kata “tup” yang bererti tutup, kemudian kerana gejala bahasa yang disebut formatif form (pembentukan kata) kata “tup” ditambah dengan kata “eng”yang kemudian menjadi “tupeng”. Tupeng kemudian mengalami bebera perubahan sehingga menjadi topeng.

Di Bali istilah topeng diertikan sebagai “Partapukan” yang membawa erti suatu lapisan yang menutupi. Misalnya seorang yang menderita kerana luka, apabila lukanya telah sembuh maka terdapat satu lapisan yang menutupiluka tersebut yang kemudian akan terlepas dengan sendirinya.

9.1.1 Fungsi Topeng

1. Topeng sebagai lambang nenek moyang – Digunakan semasa upacara memperingati keturunan “Ratu Gede Pancering Jaga” atau “Hyang Datonda” penguasa dunia yang dipercayai oleh masyarakat Truyan di Danau Batur.

2. Topeng sebagai simbol dewa-dewi – Ditarikan oleh gadis-gadis yang belum cukup umur. Tarian ini dinamakan Tarian Topeng Widyadari dan selalu ditarikan oleh masyarakat di Desa Ketewel, Kecamatan, Sukawati dan Gianyar.

3. Topeng sebagai pelengkap upacara – Tarian topeng ini termasuk dalam tarian Bebali yang berfungsi sebagai pengiring dalam upacara yang dikenali sebagai Panca

Page 137: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

102

102

TOPIK 9 TOPENG

OUM

Yadya. Tarian topeng ini dipentaskan pada waktu upacara ddan dilaksanakan dengan tujuan supaya upacara berlangsung dengan selamat dan mendapat berkat.

4. Topeng sebagai penyingkap sejarah – Ianya bersifat hiburan dan dalam tarian ini banyak menceritakan kisah sejarah dahulu, memberi pengajaran dan peringatan tentang asal-usul keturunan, daerah, bahasa dan sebagainya serta boleh ditontoni oleh sesiapa sahaja.

5. Topeng sebagai Media Pendidikan – Pementasan topeng dapat berfungsi sebagai media pendidikan di mana pelajar dapat mempelajari teknik membuat dan memainkannya, begitu juga dapat mengenal tokoh-tokoh, agama, seni dan budaya masyarakat setempat.

6. Topeng sebagai hiburan – Pementasan topeng juga dapat berfungsi sebagai hiburan terutama memalui dialog-dialognya yang bersifat humor akan mengundang gelak ketawa penonton.

9.1.2 Alat dan Media

Alat Media

Gergaji, pensil, pahat pelbagai jenis, Pengetuk kayu, tukul, kapak, gerudi pelbagai jenis, pisau, berus lukisan pelbagai jenis.

Kayu, kulit lembu, kulit kambing, kulit kerbau, kertas tebal, tanah liat, warna batik, warna-warna tradisional, permata untuk hiasan, benang bulu, perada.

9.1.3 Teknik

Proses penyediaan topeng menggunakan pelbagai teknik mengikut media yang digunakan.

1. Teknik luakan dan ukiran – sesuai menggunakan media kayu dan tanah liat.

2. Teknik tampalan – sesuai mengunakan media kertas.

3. Teknik tebuk – sesuai menggunakan media kulit haiwan.

Page 138: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

103

103OUM

TOPIK 9 TOPENG

Jenis-jenis Topeng

Rajah 9.1:Topeng mata

Rajah 9.2 :Topeng muka

Page 139: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

104

104

TOPIK 9 TOPENG

OUM

Rajah 9.3:Topeng serkup

9.2 APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK

9.2.1 Lakaran Ide

Merupakan proses awal bagi menentukan jenis topeng yang akan dihasilkan sebagaimana yang telah dilakarkan dalam buku lakaran. Pembentukan watak-watak topeng juga memerlukan lakaran-lakaran ide agar topeng yang akan dihasilkan dapat memenuhi citarasa penonton semasa persembahan atau kepada penggemar topeng sebagai bahan koleksi.

9.2.2 Pemilihan Alat dan Bahan

Proses ini amat perlu di dalam proses membuat topeng, ini kerana bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza bergantung jenis topeng yang akan dihasilkan (rujuk bahagian jenis- jenis topeng). Pemilihan dan menentukan bahan juga mempengaruhi ketahanan daya penarik topeng tersebut.

9.2.3 Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan

Langkah ini juga penting di dalam penyediaan sesuatu topeng. Setiap topeng yang dihasilkan menggunakan teknik yang berbeza semasa membuatnya (rujuk bahagian jenis-jenis topeng). Teknik yang digunakan berbeza bergantung kepada jenis topeng yang akan dihasilkan.

Page 140: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

105

105OUM

TOPIK 9 TOPENG

Apakah yang membezakan jenis-jenis topeng? Teliti perbezaan antara topeng Zoro dengan topeng serkup

9.2.4 Proses dan Teknik Membuat Topeng Menggunakan Papier Mashe

Rajah 9.4: Papier mashe direndam

Langkah 1

Koyakkan himpunkan kertas surat khabar lama bergantung kepada saiz dan bilangan topeng yang akan disediakan.

Page 141: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

106

106

TOPIK 9 TOPENG

OUM

Rajah 9.5: Proses merendam papier mashe dalam besen

Langkah 2

Rendam kertas di dalam bekas yang berisi air sehingga lembut agar mudah untuk dikisar.

Rajah 9.6: Mesin pengisar digunakan untuk melumatkan papier mashe

Langkah 3

Kertas yang telah lembut perlu dikisar menggunakan alat pengisar dan pastikan kertas tersebut dalam keadaan lumat agar mudah dibentuk dan kukuh.

Page 142: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

107

107OUM

TOPIK 9 TOPENG

Mengapakah paier mashe (surat khabar) amat relevan untuk aktiviti membuat topeng?

Rajah 9.7: Papier mashe telah lumat dan lembut

Langkah 4

Kertas yang telah dikisar perlu diperah untuk mengasingkan kandungan airnya.

Rajah 9.8: Tos atau keringkan air papier mashe

Page 143: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

108

108

TOPIK 9 TOPENG

OUM

Langkah 5

Letakkan kertas yang telah diperah di dalam bekas. Gaulkan kertas tersebut dengan gam cair sehingga sekata agar muddah untuk dibentuk.

Rajah 9.9: Papier mashe dikeluarkan daripada besen untuk menghasilkan topeng

Langkah 6

Tiup belon mengikut saiz yang dikehendaki dan ikat agar ianya dalam keadaan bulat. Tampalkan kertas yang telah bercampur gam tersebut pada bahagian luar belon, tampal hanya separuh bahagian sahaja, pastikan ketebalannya. Simpan belon tersebut ditempat yang sesuai agar tidak kempis beberapa hari. Tanggalkan tampalan kertas tersebut apabila ianya berkeadaan separuh kering. Jemur ditempat yang mendapat cahaya matahari.

Page 144: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

109

109OUM

TOPIK 9 TOPENG

Rajah 9.10: Topeng papier mashe dibentuk

Langkah 7

Jemur tampalan kertas yang telah ditanggalkan pada cahaya matahari agar ianya menjadi kering dan keras.

Page 145: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

110

110

TOPIK 9 TOPENG

OUM

Rajah 9.11: Topeng telah siap diwarna untuk peragaan

Langkah 8

Warna dan hiaskan topeng tersebut mengikut watak-watak atau jenis-jenis topeng yang dikehendaki.

9.3 PERSEMBAHAN HASIL KERJA

9.3.1 Ekspresif Diri

Sesuatu persembahan yang dikatakan cemerlang dari segi penampilan mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1. Watak topeng tersebut menepati tema dan tajuk.

2. Bahan yang digunakan sesuai dan relevan serta boleh mempamerkan hasilan yang baik.

3. Topeng yang dihasilkan perlu dipastikan ia tahan dan selamat digunakan terutama semasa persembahan.

4. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun dengan baik, membentuk suatu gubahan yang menarik dan dapat memikat penonton apabila ia digunakan dalam persembahan.

5. Mempunyai daya tarikan semasa dilakonkan kerana mempunyai sifat ketulenan dari segi penghasilan.

6. Memenuhi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.

Page 146: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

111

111OUM

TOPIK 9 TOPENG

9.3.2 Apresiasi

Berpandukan topeng yang telah dihasilkan kita dapat membuat penilaian dan cuba fikirkan beberapa persoalan-persoalan di bawah ini dalam proses membuat topeng.

1. Tajuk dan tema yang sesuai.

2. Alat dan bahan yang sesuai dalam proses membuat topeng.

3. Proses stailisasi dan menambahbaikan agar bersesuaian dengan watak sesuatu topeng tersebut.

4. Pilihan reka bentuk warna dan padanan imej mengikut jenis-jenis topeng yang dihasilkan, bergantung kepada watak.

5. Kesesuaian secara keseluruhan.

RUMUSAN

Proses membentuk dan membuat topeng merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan watak-watak topeng akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

GLOSARI

Warna Tempera – Warna serbuk.

Apresiasi – Penghargaan.

Ekspresi – Luahan idea/perasaan/senteman.

Inovatif – Pengubahsuaian kepada yang lebih baik dan menarik.

Imaginasi – Kerangka idea.

Kontemporari – Masa kini.

Papier Macher – Kertas yang telah dilumatkan.

Page 147: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

112

112

TOPIK 9 TOPENG

OUM

UJIAN 1

Bincangkan perkara-perkara yang perlu difikirkan dan dibuat pertimbangan sebelum, semasa dan selepas proses membuat sesebuah topeng.

UJIAN 2

Sesetengah kaum menggunakan topeng di dalam upacara-upacara tertentu mengikut kepercayaan masing-masing. Dengan bersumberkan mana-mana maklumat buat huraian tentang kenyataan tersebut.

Page 148: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

101

101OUM

TOPIK 9 TOPENG

TOPIK 9 TOPENG

PENGENALAN

Topeng adalah suatu alat yang menutupi muka, topeng juga digunakan di dalam persembahan drama, tarian dan juga istiadat-istiadat pemujaan. Topeng juga dijadikan sebagai alat perhiasan di rumah. Ada juga topeng dijadikan sebagai identiti seseorang dan juga ahli kumpulan.

OBJEKTIF

Pada akhir topik ini pelajar dapat:

1. mengetahui apa yang dimaksudkan dengan model dan fungsinya;

2. memahami dan dapat memilih bahan-bahan yang sesuai untuk penyediaan membuat model; dan

3. memahami konsep model sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran.

9.1 DEFINISI

Kata topeng berasal dari kata “tup” yang bererti tutup, kemudian kerana gejala bahasa yang disebut formatif form (pembentukan kata) kata “tup” ditambah dengan kata “eng”yang kemudian menjadi “tupeng”. Tupeng kemudian mengalami bebera perubahan sehingga menjadi topeng.

Di Bali istilah topeng diertikan sebagai “Partapukan” yang membawa erti suatu lapisan yang menutupi. Misalnya seorang yang menderita kerana luka, apabila lukanya telah sembuh maka terdapat satu lapisan yang menutupiluka tersebut yang kemudian akan terlepas dengan sendirinya.

9.1.1 Fungsi Topeng

1. Topeng sebagai lambang nenek moyang – Digunakan semasa upacara memperingati keturunan “Ratu Gede Pancering Jaga” atau “Hyang Datonda” penguasa dunia yang dipercayai oleh masyarakat Truyan di Danau Batur.

2. Topeng sebagai simbol dewa-dewi – Ditarikan oleh gadis-gadis yang belum cukup umur. Tarian ini dinamakan Tarian Topeng Widyadari dan selalu ditarikan oleh masyarakat di Desa Ketewel, Kecamatan, Sukawati dan Gianyar.

3. Topeng sebagai pelengkap upacara – Tarian topeng ini termasuk dalam tarian Bebali yang berfungsi sebagai pengiring dalam upacara yang dikenali sebagai Panca

Page 149: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

102

102

TOPIK 9 TOPENG

OUM

Yadya. Tarian topeng ini dipentaskan pada waktu upacara ddan dilaksanakan dengan tujuan supaya upacara berlangsung dengan selamat dan mendapat berkat.

4. Topeng sebagai penyingkap sejarah – Ianya bersifat hiburan dan dalam tarian ini banyak menceritakan kisah sejarah dahulu, memberi pengajaran dan peringatan tentang asal-usul keturunan, daerah, bahasa dan sebagainya serta boleh ditontoni oleh sesiapa sahaja.

5. Topeng sebagai Media Pendidikan – Pementasan topeng dapat berfungsi sebagai media pendidikan di mana pelajar dapat mempelajari teknik membuat dan memainkannya, begitu juga dapat mengenal tokoh-tokoh, agama, seni dan budaya masyarakat setempat.

6. Topeng sebagai hiburan – Pementasan topeng juga dapat berfungsi sebagai hiburan terutama memalui dialog-dialognya yang bersifat humor akan mengundang gelak ketawa penonton.

9.1.2 Alat dan Media

Alat Media

Gergaji, pensil, pahat pelbagai jenis, Pengetuk kayu, tukul, kapak, gerudi pelbagai jenis, pisau, berus lukisan pelbagai jenis.

Kayu, kulit lembu, kulit kambing, kulit kerbau, kertas tebal, tanah liat, warna batik, warna-warna tradisional, permata untuk hiasan, benang bulu, perada.

9.1.3 Teknik

Proses penyediaan topeng menggunakan pelbagai teknik mengikut media yang digunakan.

1. Teknik luakan dan ukiran – sesuai menggunakan media kayu dan tanah liat.

2. Teknik tampalan – sesuai mengunakan media kertas.

3. Teknik tebuk – sesuai menggunakan media kulit haiwan.

Page 150: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

103

103OUM

TOPIK 9 TOPENG

Jenis-jenis Topeng

Rajah 9.1:Topeng mata

Rajah 9.2 :Topeng muka

Page 151: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

104

104

TOPIK 9 TOPENG

OUM

Rajah 9.3:Topeng serkup

9.2 APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK

9.2.1 Lakaran Ide

Merupakan proses awal bagi menentukan jenis topeng yang akan dihasilkan sebagaimana yang telah dilakarkan dalam buku lakaran. Pembentukan watak-watak topeng juga memerlukan lakaran-lakaran ide agar topeng yang akan dihasilkan dapat memenuhi citarasa penonton semasa persembahan atau kepada penggemar topeng sebagai bahan koleksi.

9.2.2 Pemilihan Alat dan Bahan

Proses ini amat perlu di dalam proses membuat topeng, ini kerana bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza bergantung jenis topeng yang akan dihasilkan (rujuk bahagian jenis- jenis topeng). Pemilihan dan menentukan bahan juga mempengaruhi ketahanan daya penarik topeng tersebut.

9.2.3 Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan

Langkah ini juga penting di dalam penyediaan sesuatu topeng. Setiap topeng yang dihasilkan menggunakan teknik yang berbeza semasa membuatnya (rujuk bahagian jenis-jenis topeng). Teknik yang digunakan berbeza bergantung kepada jenis topeng yang akan dihasilkan.

Page 152: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

105

105OUM

TOPIK 9 TOPENG

Apakah yang membezakan jenis-jenis topeng? Teliti perbezaan antara topeng Zoro dengan topeng serkup

9.2.4 Proses dan Teknik Membuat Topeng Menggunakan Papier Mashe

Rajah 9.4: Papier mashe direndam

Langkah 1

Koyakkan himpunkan kertas surat khabar lama bergantung kepada saiz dan bilangan topeng yang akan disediakan.

Page 153: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

106

106

TOPIK 9 TOPENG

OUM

Rajah 9.5: Proses merendam papier mashe dalam besen

Langkah 2

Rendam kertas di dalam bekas yang berisi air sehingga lembut agar mudah untuk dikisar.

Rajah 9.6: Mesin pengisar digunakan untuk melumatkan papier mashe

Langkah 3

Kertas yang telah lembut perlu dikisar menggunakan alat pengisar dan pastikan kertas tersebut dalam keadaan lumat agar mudah dibentuk dan kukuh.

Page 154: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

107

107OUM

TOPIK 9 TOPENG

Mengapakah paier mashe (surat khabar) amat relevan untuk aktiviti membuat topeng?

Rajah 9.7: Papier mashe telah lumat dan lembut

Langkah 4

Kertas yang telah dikisar perlu diperah untuk mengasingkan kandungan airnya.

Rajah 9.8: Tos atau keringkan air papier mashe

Page 155: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

108

108

TOPIK 9 TOPENG

OUM

Langkah 5

Letakkan kertas yang telah diperah di dalam bekas. Gaulkan kertas tersebut dengan gam cair sehingga sekata agar muddah untuk dibentuk.

Rajah 9.9: Papier mashe dikeluarkan daripada besen untuk menghasilkan topeng

Langkah 6

Tiup belon mengikut saiz yang dikehendaki dan ikat agar ianya dalam keadaan bulat. Tampalkan kertas yang telah bercampur gam tersebut pada bahagian luar belon, tampal hanya separuh bahagian sahaja, pastikan ketebalannya. Simpan belon tersebut ditempat yang sesuai agar tidak kempis beberapa hari. Tanggalkan tampalan kertas tersebut apabila ianya berkeadaan separuh kering. Jemur ditempat yang mendapat cahaya matahari.

Page 156: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

109

109OUM

TOPIK 9 TOPENG

Rajah 9.10: Topeng papier mashe dibentuk

Langkah 7

Jemur tampalan kertas yang telah ditanggalkan pada cahaya matahari agar ianya menjadi kering dan keras.

Page 157: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

110

110

TOPIK 9 TOPENG

OUM

Rajah 9.11: Topeng telah siap diwarna untuk peragaan

Langkah 8

Warna dan hiaskan topeng tersebut mengikut watak-watak atau jenis-jenis topeng yang dikehendaki.

9.3 PERSEMBAHAN HASIL KERJA

9.3.1 Ekspresif Diri

Sesuatu persembahan yang dikatakan cemerlang dari segi penampilan mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1. Watak topeng tersebut menepati tema dan tajuk.

2. Bahan yang digunakan sesuai dan relevan serta boleh mempamerkan hasilan yang baik.

3. Topeng yang dihasilkan perlu dipastikan ia tahan dan selamat digunakan terutama semasa persembahan.

4. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun dengan baik, membentuk suatu gubahan yang menarik dan dapat memikat penonton apabila ia digunakan dalam persembahan.

5. Mempunyai daya tarikan semasa dilakonkan kerana mempunyai sifat ketulenan dari segi penghasilan.

6. Memenuhi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.

Page 158: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

111

111OUM

TOPIK 9 TOPENG

9.3.2 Apresiasi

Berpandukan topeng yang telah dihasilkan kita dapat membuat penilaian dan cuba fikirkan beberapa persoalan-persoalan di bawah ini dalam proses membuat topeng.

1. Tajuk dan tema yang sesuai.

2. Alat dan bahan yang sesuai dalam proses membuat topeng.

3. Proses stailisasi dan menambahbaikan agar bersesuaian dengan watak sesuatu topeng tersebut.

4. Pilihan reka bentuk warna dan padanan imej mengikut jenis-jenis topeng yang dihasilkan, bergantung kepada watak.

5. Kesesuaian secara keseluruhan.

RUMUSAN

Proses membentuk dan membuat topeng merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan watak-watak topeng akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

GLOSARI

Warna Tempera – Warna serbuk.

Apresiasi – Penghargaan.

Ekspresi – Luahan idea/perasaan/senteman.

Inovatif – Pengubahsuaian kepada yang lebih baik dan menarik.

Imaginasi – Kerangka idea.

Kontemporari – Masa kini.

Papier Macher – Kertas yang telah dilumatkan.

Page 159: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

112

112

TOPIK 9 TOPENG

OUM

UJIAN 1

Bincangkan perkara-perkara yang perlu difikirkan dan dibuat pertimbangan sebelum, semasa dan selepas proses membuat sesebuah topeng.

UJIAN 2

Sesetengah kaum menggunakan topeng di dalam upacara-upacara tertentu mengikut kepercayaan masing-masing. Dengan bersumberkan mana-mana maklumat buat huraian tentang kenyataan tersebut.

Page 160: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

113

TOPIK 10 DIORAMA

OUM

TOPIK 10 DIORAMA

PENGENALAN

Diorama merupakan gabungan catan besar yang mewujudkan persekitaran dan arca-arca figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana catan besar tersebut. Catan ini digantung di dinding-dinding bangunan untuk bahan tontonan orang ramai dan mula popular sekitar abad ke sembilan belas. Secara mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan arca figura tiga dimensi. Kontemporari ini objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat. Tujuannya jelas, diorama dapat memperihalkan semula unsur-unsur naratif melalui penampilan imej 2 D dan 3 D dalam konteks diorama.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini pelajar dapat:

1. memahami dan diorama dibentuk melalui gabungan catan yang bersifat dua dimensi dan objek tiga dimensi;

2. memahami konsep diorama yang dibentuk dengan pemilihan tema dan subjek yang tertentu;

3. diorama dibina melalui pemahaman konstruktivisme dan kontekstual;

4. diorama boleh membentuk suatu fenomena baru di ruang peragaan kerana seolah-olah wujudnya satu “dunia baru” daripada kombinasi imej 2 dimensi dan 3 dimensi; dan

5. mengaplikasikan pemahaman diorama kepada sketsa dan penghasilan diorama.

Page 161: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

114

TOPIK 10 DIORAMA

OUM

Rajah 10.1: Bagaimana diorama bermula di Eropah dan Amerika Syarikat. Catan besar berada di belakang sebagai latar belakang dan figura manusia sebagai pelaku atau pewatak kepada cerita

yang diperihalkan

Sejarah awal diorama bermula dengan catan besar yang digantung di dinding bangunan

Figura manusia yang bersifat 3 D membentuk cerita di hadapannya

Page 162: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

115

TOPIK 10 DIORAMA

OUM

10.1 ALAT DAN MEDIA

10.1.1 Alatan

Rajah 10.2: Alatan untuk menghasilkan diorama

Aktiviti 10.1

Bagaimanakah faktor pensejarahan boleh dijadikan sebagai rujukan utama di dalam menjalankan aktiviti diorama di tempat anda dibesarkan atau tempat tinggal anda?

Latihan 10.1

Merujuk kepada alam sekitar tempat anda tinggal, senaraikan bahan-bahan yang boleh anda jadikan diorama. Apakah kekangan-kekangan yang mungkin anda tempohi dalam proses penghasilan diorama tersebut?

10.2.1 PENGGUNAAN ALATAN UNTUK MENGHASILKAN

DIORAMA

1. Playar- playar pemotong - playar muncung - playar pengapit

5. Acuan untuk memodel

6. Tukul besi Tukul kayu

Ganden kayu

2. Gunting dawai/ zing - gergaji besi

4.Pisau NT, gunting, sesiku L, Pembaris keluli 3. Ragum

- ragum apit - ragum meja

7. Gerudi eletrik + Pelbagai jenis

mata gerudi

Page 163: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

116

TOPIK 10 DIORAMA

OUM

10.1.2 Alatan Membuat Diorama

1. 2.

3. 4.

Rajah 10.3: Peralatan yang digunakan untuk menghasilkan diorama

Aktiviti 10.2

Senaraikan peralatan yang digunakan untuk membuat diorama dari gambar 1 hingga gambar 4 seperti yang terdapat di dalam gambar di atas?

PERALATAN MENGHASILKAN

DIORAMA

Page 164: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

117

TOPIK 10 DIORAMA

OUM

10.1.3 Bahan Menghasil Diorama

Rajah 10.4: Penggunaan bahan untuk menghasilkan diorama

Rajah 10.5: Perspek dan plastik Rajah 10.6: Set memotong

8. Tanah liat/ Plestersin/kepingantembikar, batu, pasir

PENGGUNAAN BAHAN/ MEDIA

UNTUKMENGHASILKAN

DIORAMA

1. Aluminium/kepingan aluminium,

loyang 6. Kepingan plastik/ perspek/fiber glass

7. Karangan laut, tulang ikan, tulang binatang

5. Dawai/gam UHU, gam PVA Tali tangsi

2. Cermin/ kepingan kaca

3. Kertas tebal/ Straw board,

plywood

9. Bahan buangan dari ciptaan manusia

4. Kepingan tembaga Kepingan timah, zing

Page 165: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

118

TOPIK 10 DIORAMA

OUM

1. Pelekat silikon 11. Pembaris keluli

2. Gam PVA 12. Jangka lukis

3. Pencungkil gigi 13. Pensel dan pemadam

4. Alat pembentuk 14. Pisau kraf

5. Berus lukisan 15. Gunting

6. Kertas cat air 16. Span

7. Akrilik 17. Pembaris sudut

8. Pelbagai jenis kertas warna 18. Kad polesterin

9. Berus gigi 19. Alas pemotong

10. Kertas tekap 20. Alas emboss

Rajah 10.7: Alat dan bahan menghasil diorama

Page 166: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

119

TOPIK 10 DIORAMA

OUM

10.1.4 Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Diorama

Diorama direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian catan sebagai latar belakang diorama dan objek-objek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama. Seterusnya pemilihan alat dan bahan, tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka. Perkara-perkara berikut menjadi perhatian utama di dalam penghasilan diorama:

1. Menentukan Subjek dan Tema

(a) Alam Semulajadi dan Persekitaran

(b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Pelukis

Page 167: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

120

TOPIK 10 DIORAMA

OUM

(c) Aliran dan Tema Sejagat

(d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian

Muzium menampilkan diorama sebagai kaedah perkongsian maklumat dan ilmu kepada orang ramai. Kaedah ini dianggap paling relevan dan berkesan sehingga kini dan belum digantikan dengan kaedah yang lain. Mengapa?

2. Menentukan Alat dan Media

Setelah subjek dan tema di atas di pilih, perancangan pemilihan alat dan bahan menjadi kriteria yang penting. Pemilihan alat dan bahan mengambil kira keberkesanan dan relevannya hal subjek yang ingin diutarakan. Ciri-ciri bahan yang dipilih seharusnya tahan lama dan lasak kepenggunaannya. Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak tidak wajar diaplikasikan dalam penghasilan diorama. Konsep artistik diorama ditampilkan

Page 168: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

121

TOPIK 10 DIORAMA

OUM

melalui pemilihan objek yang real tetapi cantik dan dikecilkan atau dimodelkan pada kadaran atau nisbah gambar latar secara idealistik.

Subjek dan Tema Tajuk Diorama Alat dan Bahan

Alam semulajadi dan persekitaran Hidupan di dasar laut

Karangan laut, gam UHU, Tulang ikan,dawai, tangsi, kad tebal, pasir laut, batu-batu laut.

Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi

pelukisKehidupan di sebuah planet

asing

Plastersin, polesterin, pasir, gam, model kapal angkasa, cat emulsi.

Aliran dan tema sejagat Sabung ayam di kampung saya

Model ayam jantan, Model manusia, platersin, tanah,pasir, cat emulsi, gam UHU, biji kacang.

Keperluan dan pengalaman hidup harian

Memancing ikan di sebuah tasik yang permai

Model orang memancing, kaca, plastersin, plesterin, gam, pasir, batu-batu kecil, kad bod.

3. Membuat Thumbnail-print (Membuat Lakaran-lakaran Kecil)

Apakah pentingnya thumbnail-print?

Gagasan-gasasan dan pengideaan melalui konsep trial and error.

Sketsa-sketsa mengenai hal subjek dan tema yang ingin dinukilkan.

Sketsa yang mantap dan hebat untuk dijadikan diorama.

Sketsa 1. Pelbagai jenis siput dan bertemakan hidupan laut

Page 169: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

122

TOPIK 10 DIORAMA

OUM

4. Memilih Salah Satu Lakaran yang Terbaik

Sketsa 2 dipilih untuk pengembangan idea seterusnya dan dijadikan diorama. Kriteria pemilihan ini dipilih kerana berkaitan dengan penampilan asas seni reka yang mantap dan berketrampilan. Kemampuan menterjemah lakaran kepada bentuk diorama yang sebenar juga menjadi kriteria penting dalam pemilihan lakaran tersebut.

5. Memperinci Lakaran

Setelah memilih lakaran yang terbaik, fikirkanlah untuk memperkemaskan lagi reka bentuknya. Ia mengambil kira bahan, alat, tema, tempat peragaan dan konsep keseluruhan termasuk estetika dan etika dari diorama yang akan dihasilkan nanti.

6. Membuat Karya/Diorama

Buat kerangka dalam dan luar. Fikirkan aspek ruang, saiz mobail, keteguhan dan kesesuaian kerangka dengan dapatan. Dalam konteks ini, perkara-perkara yang berikut diambil pertimbangan;

Bahan dan alatan, Kos pembinaan/buatan Masa yang diperlukan. Kesesuaian latar belakang, hal subjek dan latar hadapan.

Sketsa 2 Pelbagai jenis kupu-kupu dan bertemakan alam sekitar yang permai

Sketsa 3 Pelbagai jenis daun dan bertemakan tumbuh-tumbuhan

Page 170: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

123

TOPIK 10 DIORAMA

OUM

Bagaimanakah diorama boleh dianggap sebagai bahan bantu mengajar pengajaran pembelajaran yang boleh merentasi mata-mata pelajaran yang lain di peringkat KBSR?

Latihan 10.2

Apakah ciri-ciri diorama yang baik? Apakah pertimbangan-pertimbangan yang perlu dibuat untuk menghasilkan diorama yang baik dan bermakna?

10.1.5 Proses Membentuk Diorama

Setelah penyediaan lakaran idea selesai proses berikut merupakan urutan penghasilan diorama.

Sketsa 1: Hal subjek ditentukan

Page 171: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

124

TOPIK 10 DIORAMA

OUM

Sketsa 2: Hal subjek dilengkapi dengan latar belakang

Sketsa 3: Hal subjek, latar belakang dan kotak diorama

Page 172: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

125

TOPIK 10 DIORAMA

OUM

Sketsa 4: Diorama yang lengkap untuk peragaan

10.2 PERSEMBAHAN HASIL KERJA

10.2.1 Ekspresi Diri

Diorama yang baik dizahirkan melalui proses artistik yang diekspresikan melalui alat dan bahan, penguasaan unsur seni, prinsip seni dan strukur rekaan seni. Ia diolah dengan mengambil pertimbangan-pertimbangan yang paling ideal dan bersistematik. Seterusnya hasilan ini mengambil kira kepada beberapa ciri yang berikut:

1. Bentuk Diorama Menepati Tema dan Tajuk

Tema disampai dan dikongsi dengan tepat.

Lazimnya isu-isu semasa dan isu dalam pembelajaran pembelajaran menjadi pilihan tema.

Namun begitu, ekspresi dalaman pembuat diorama boleh menjadi sebahagian daripada cetusan tema dan tajuk.

Diorama menampilkan tema dan tajuk secara realism.

Plywood

Tali tangsi

Hal subjek

Latar belakang

Pelengkap latarhadapan

Page 173: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

126

TOPIK 10 DIORAMA

OUM

2. Bahan Binaan Diorama Sesuai dengan Tujuan Hasilan

Ketahanan dan kesesuaian diorama yang akan dihasilkan.

Mudah diaplikasi, selari dengan tema dan tajuk.

Menarik, sedondon dan saling lengkap melengkapi.

3. Pastikan ia Kuat, Kukuh dan Selamat

Soal kekuatan, keliutan dan ketahanan bahan perlu diambil pertimbangan.

Diorama perlu mempunyai jangka hayat yang panjang.

Diorama juga perlu kukuh kerana pemerhati akan membuat pengamatan dan penilaian dengan teliti.

Pemerhati ada kemungkinan berasak-asak melihat diorama tersebut.

4. Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang dengan Baik, Membentuk Suatu Komposisi Gubahan yang Artistik

Menyusun atur komposisi bahan penting untuk artistik bahan dan estetika diorama.

Adunan rentak, pergerakan dan kontra dan kesatuan perlu diteliti dan dinilai berkali-kali. Tujuannya jelas, untuk penampilan karya yang simple tetapi menarik.

Tambahan pula kelainan alat dan bahan mempunyai cara atau teknik adunan yang berbeza mengikut kesesuaiannya.

5. Mengaplikasi Prinsip-prinsip Rekaan seperti Rentak, Pergerakan, Kontra, Warna, Imbangan, Harmoni dan Kesatuan yang Menarik

Rajah 10.8: Aplikasi prinsip rekaan diorama

Imbangan Rentak

Warna

Pergerakan

Kontra

APLIKASIPRINSIPREKAAN

DIORAMA

Harmoni

Kesatuan

Page 174: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

127

TOPIK 10 DIORAMA

OUM

7. Asli, Unik dan Berketrampilan

Melalui proses kreativiti yang tinggi.

Jauhi plagiarism dan hasilan klise.

Suatu penampilan yang baru

Inovasi atau improvisiasi yang positif

Pemerhatian, penelitian dan pro-aktif

Cuba jaya yang tidak kenal erti putus asa.

Penampilan reka bentuk baru dan bersifat futuristik.

10.2.2 Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada lima perkara yang berikut:

Rajah 10.9: Kemahiran-kemahiran dalam mengaplikasi alat dan bahan mobail

1. Kesesuaian dengan pemilihan bahan dan alat yang dikaitkan dengan tajuk, tema dan hal benda

(subject-matter).

2. Daripada beberapa “thumbnail-print” yang dihasilkan,rancangkan pemilihan alat dan bahan yang berkaitan bertujuan

untuk membuat penghasilan diorama mengikut pilihan yang terbaik.

5. Bagi tujuan peragaan yang menarik, kaedah menggantung, ruang peragaan dan latar perlu diteliti dan difahami. Konsep ambient perlu dipetimbangkan untuk peragaan yang baik.

3. Pilih satu thumbnail-print yang baik, fikirkan kaedah, teknik dan tata aturan penggunaan alat dan bahan untuk penghasilan diorama.

4. Fikirkan soal kemasan. Bagi tujuan peragaan yang baik diorama kelihatan kemas dan teratur.

Page 175: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

128

TOPIK 10 DIORAMA

OUM

Latihan 10.3

Bagaimanakah keunikan dan ketrampilan diorama dapat diwujudkan? Bagi menghasilkan sebuah diorama di kawasan hutan bakau, apakah pertimbangan-pertimbangan yang perlu dilakukan untuk memperoleh keunikan dan ketrampilan seperti di atas?

10.2.3 Apresiasi Diorama

Apresiasi diorama dilakukan berpandukan empat perkara berikut:

Rajah 10.10: Tata cara apresiasi diorama

Latihan 10.4

Mengapa perlunya apresiasi di dalam hasilan diorama? Di dalam amalan pengajaran dan pembelajaran, bilakah apresiasi ini dijalankan?

1. Tajuk dan tema yang sesuai 2.Alat dan bahan yang

sesuai dengan hasilan diorama

3. Pilihan reka bentuk dan aplikasi unsur seni yang sesuai

4. Kesesuaian secara keseluruhan

APRESIASIDIORAMA

Page 176: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

129

TOPIK 10 DIORAMA

OUM

Latihan 10.5

Anggaran bentuk figura di latar hadapan perlu diimbangkan dengan catan besar sebagai latar belakang untuk penampilan diorama yang baik. Bincangkan mengapa perkara ini perlu dilakukan dan nyatakan pertimbangan-pertimbangan yang perlu dilakukan.

RUMUSAN

1. Diorama mula mendapat perhatian umum dalam dunia seni pada abad ke sembilan belas.

2. Konsep diorama dikaitkan dengan catan yang besifat dua dimensi dan figura yang bersifat tiga dimensi.

3. Diorama banyak mengesahkan mengenai sejarah, sains, alam sekitar dan sastera rakyat.

4. Diorama menggabungkan objek-objek yang berbagai: dibentuk, dimodel, dicetak dan bahan semulajadi yang diperagakan semula. Sifat objek telah melalui proses adaptasi ruang dan bentuk serta konsep ambient.

5. Komponen objek diorama dibuat secara pateri atau kimpalan, gam plastik, skrew, jahitan dan ikatan.

6. Kemasan diorama boleh dilakukan dengan menyapukan bahan penyudah seperti syelek, varnish, cat kilat atau emulsi.

7. Peragaan diorama di tempat tertutup. Untuk mengelakkan daripada gangguan sipemerhati terhadap objek-objek yang dipamer, cermin diaplikasikan di bahagian hadapan untuk menghindar daripada kerosakkan diorama.

GLOSARI

Artistik – Dibuat dengan kemahiran dan citarasa yang baik.

Figura – Bentuk tubuh (manusia), potongan badan.

Fiksyen – Cerita hayalan, diada-adakan.

Imaginasi – Daya khayalan, bayangan fikiran.

Idealistik – Berfikiran tinggi, bercita-cita tinggi.

Imej – Peniruan bentuk, gambaran sesuatu.

Kemasan – Penyudahan, penyempurnaan.

Page 177: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

130

TOPIK 10 DIORAMA

OUM

Kontekstual – Berkaitan, bersangkutpautan.

Kontemporari – Masa kini, sekarang.

Naratif – Penceritaan, pengkesahan.

Nukil – Dipetik, dikutip, dipungut.

Real – Betul, benar.

Simple – Tidak banyak, selapis, sedikit.

UJIAN 1

Mengapakah diorama diletakkan di dalam bidang ketiga sukatan pelajaran Pendidikan Seni KBSR, Membentuk dan membuat binaan?

UJIAN 2

Dengan mengambil tema dan tajuk hidupan di terumbu karang, hasilkan sebuah diorama dengan memperlihatkan spesis ikan dan karang di kawasan tersebut.

Page 178: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

131OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

TOPIK 1: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Latihan 1.1

Ruang merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain.

Ruang yang diperagakan untuk arca misalnya, akan membentuk satu kesatuan imej antara objek dengan alam sekitar.

Dari segi perspektifnya ia memperlihatkan pandangan hadapan, sisi, atas atau bawah yang kesemuanya melibatkan ruang.

Tanpa ruang arca tidak hidup malah tidak dapat diinterpretasikan.

Latihan 1.2

1. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing cara berkarya yang baik dan berketerampilan.

2. Beri peluang untuk mengeksplorasi lebih banyak media dan alat untuk memperkayakan maklumat dan pengetahuan.

3. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk peningkatan.

4. Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik di pamer di ruang lobi atau di tempat-tempat strategik akan dapat membangkitkan semangat di kalangan kanak-kanak untuk lebih bersaing.

Latihan 1.3

Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia.

Ia menunjukkan kekerapan manusia mengambil hal benda sebagai rujukan ciptaan Tuhan Yang Maha Kuasa.

Manakala kosmos juga merupakan rujukan yang terhampir mengikut pemerhatian si pembuat. Contohnya; membuat wau lazimnya dikaitkan dengan unsur kosmos seperti bulan, matahari bintang dan sebagainya.

Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengujudkan satu kekaguman.

Pengkarya menggabungkan alam sekitar dengan bahan pilihannya untuk menghasilkan arca alam yang lebih besar. “Non-objective art”, ‘Minimal art” misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima rintangan berasaskan alam sekitar.

Page 179: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

132OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

Latihan 1.4

1. Tiup belon sehingga sebesar buah kelapa.

2. Ambil papier mashe (surat khabar) yang telah dikoyak kecil-kecil, rendam di dalam gam dan tampalkan di separuh permukaan belon.

3. Tampal hingga tebal dan bentuk hidung, bibir dan mata dengan menebalkan tampalan tadi ke atas deria tadi.

4. Keringkan. Pecahkan belon dengan jarum peniti atau benda tajam yang lain.

5. Kemaskinikan semula jika masih tidak kemas dan tidak seimbang.

6. Sapukan cat mengikut kesesuaian muka.

7. Peragakan.

Latihan 1.5

Bentuk Organik Bentuk Geometri

1. Bentuk yang tidak menentu. Pelbagai saiz dan jenis. Binaan banyak terhasil oleh faktor semula jadi.

2. Imbangan bentuk bersifat tidak simetri.

3. Sifat objek pelbagai, lembut keras, pejal, menggerutu, bulat bujur dan sebagainya.

1. Mempunyai segian, garisan dan bentuk yang tepat. Binaan banyak dipengaruhi oleh manusia.

2. Sebahagian besarnya mempunyai imbangan simetri.

3. Sifat objek keras, banyak mempunyai bentuk yang keras dan hampir sama antara satu sama lain.

Ujian 1

“Iconography” bermaksud ilmu mengenai simbol dan perlambangan. Bidang ini mulanya digunakan dalam agama Kristian dan lambang-lambang dalam patung Mesir di dalam memperihalkan sesuatu mesej dan tujuan. Ikon dalam arca mempunyai pelbagai maksud seperti unsur sindiran, kritikan, isu semasa, patriotik dengan menggunakan imej kepada objek sebenar yang diubahsuai sama menjadi besar atau kecil dan boleh melalui pengubahsuaian serta pemiuhan.

Contoh-contoh arca ikonogerafi di Malaysia;

Arca “Keris” di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Arca “Batu Bersurat” di bulatan Kuala Terengganu,Terengganu Arca “Lang Kawi” di bandar Kuah, Langkawi. Arca “Tepak Sireh” di Air Keroh, Melaka.

Page 180: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

133OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

Arca “Batu Pahat” di Dataran Batu Pahat, Johor. Arca “Kucing” di Bandaraya Kuching, Sarawak

Ujian 2

Sebab papeir mashe menjadi pilihan utama dalam membentuk dan membuat binaan;

Mudah diperolehi Ada di mana-mana Murah dan boleh didapati secara percuma Ringan dan mudah dibawa Mesra dengan bahan cecair, bahan pelekat dan mudah dimanipulasi Boleh dikeraskan, dicat, diadun dengan bahan lain seperti tepung, kanji atau pasir. Mudah lentur (fleksibel) Lasak, tahan lama dan tidak membazir.

TOPIK 2: ARCA

Latihan 2.1

(a) Arca estetik

(b) Alasan dikategorikan sebagai arca estetik(i) Sebagai bahan peragaan atau tatapan umum (ii) Berfungsi sebagai hiasan dalaman atau hiasan luar bangunan (iii) Mempunyai makna yang mendalam dan pengetahuan yang intelektual

Latihan 2.2

Media atau alat yang pernah digunakan oleh pengarca terdiri:

Air batu Tekstil Makanan – contoh: roti yang dibentuk kepada arca Tumbuh-tumbuhan – contoh: pokok yang dibentuk kepada binatang dan bentuk-

bentuk lain. Alam semula jadi – contoh: batu, pulau, kesan hakisan, kesan ribut taufan, aliran

sungai dan lain-lain.

Latihan 2.3

1. Bentuk arca menepati tema dan topik.2. Bahan binaan arca sesuai dengan tujuan hasilan. 3. Pastikan ia kuat, kukuh dan selamat. 4. Kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu

komposisi gubahan yang artistik.

Page 181: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

134OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

5. Mengaplikasi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik

6. Asli, unik dan berketerampilan.

Latihan 2.4

Asemblaj bermakna gabungan pelbagai jenis objek. Marchel Duchamp menggabungkan objek-objek yang terdiri daripada roda basikal, sepit udang basikal dan mangkuk tandas. Objek-objek ini dicantum dengan menggunakan teknik kimpalan dan skru.

Latihan 2.5

Proses penghasilan arca

1. Pengolahan idea – Peringkat penentuan dalam bentuk arca dan jenis bahan yang dipilih. Olahan idea perlu berpandukan asas dan prinsip seni reka.

2. Membuat lakaran idea (tumbnail-print). Penting untuk membuat pilihan lakaran yang terbaik.

3. Membuat model/prototaip – Model digubah berdasarkan lakaran.

4. Membuat arca – Peringkat penghasilan karya yang sebenar. Pembinaan arca berdasarkan teknik yang bersesuaian bergantung kepada jenis-jenis arca seperti arca luakan, asemblaj, binaan dan lain-lain.

5. Kemasan dan persembahan – Peringkat akhir ini memerlukan kemasan kerja. Contohnya, arca luakan kayu perlu diperhalusi dan seterusnya menyapu syelek.

6. Diperaga atau dipamer sebagai hiasan estetika.

Ujian 1

(a) Kategori arca (i) arca estetik (ii) arca gunaan

Page 182: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

135OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

(b) Perbandingan fungsi, media dan cara persembahan

Arca Estetik Arca Gunaan

Fungsi Hiasan dalaman dan luaran Keindahan/kecantikan Mesej/falsafah

Fungsi Rekreasi/tempat permainan Keindahan/kecantikan Peniruan bentuk semula jadi

Media Logam Krom/sadur

Media Kayu Fiber Zing Besi

Cara persembahan galeri lobi bangunan

Cara persembahan Taman permainan Perumahan

Ujian 2

Ciri-ciri lakaran idea dalam proses penghasilan arca

Menentukan subjek dan tema Menentukan alat dan media Membuat tumbnail-print (membuat lakaran-lakaran kecil) Memilih salah satu lakaran yang terbaik Memperinci lakaran

TOPIK 3: ORIGAMI

Latihan 3.1

Origami mula dikenali pada tahun 1920 apabila “kertas ajaib” oleh Will Blyte dan Harry Houdini membentuk lipatan kertas untuk buku-buku di pasaran. Buku khusus mengenai origami kemudiannya muncul seperti “ beria dengan melipat” oleh W.D. Murray dan F.J. Rigney, dicetak di Amerika Syarikat pada tahun 1928.

Kesan-kesan daripada “Kertas Ajaib” oleh Will Blyte dan Harry Houdini:

1. Pada tahun 1930 ramai ahli silap mata mula menonjolkan penggunaan wang kertas untuk menghasilkan cincin, haiwan, burung dan objek lain.

2. Seorang rakyat Afrika Selatan, Margaret Campbell mengeluarkan buku “Membuat Permainan Kertas” di London pada tahun 1937.

Page 183: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

136OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

3. Origami mula popular dan diminati ramai. Kurikulum di sekolah-sekolah Eropah, Amerika Syarikat dan England mula diperkenalkan dan seterusnya meluas.

4. Origami menjadikan industri perhotelan lebih menyerlah kerana set meja makan diwajah melalui penampilan origami kain.

Latihan 3.2

Jenis-jenis origami yang sesuai diperkenal dan ajar kepada murid-murid sekolah rendah KBSR adalah seperti di bawah ini.

Latihan 3.3

Pemilihan kertas penting di dalam menghasilkan origami yang berkesan dan bermakna kerana:

1. Kesemua jenis kertas sesuai untuk melipat tetapi kejayaan melipat ialah menyesuaikan kertas yang betul untuk corak yang sesuai.

2. Elakkan daripada menggunakan kertas yang sukar mendapat lipatan yang tepat seperti surat khabar, tisu atau kertas tuala melainkan jika ianya telah ditetapkan.

TUMBUH-TUMBUHAN

JENIS-JENISBENTUK ORIGAMI

UNTUK MURID-MURID SEKOLAH RENDAH KBSR

HAIWAN

PERHIASAN/ BARANG

PERMAINAN

PERMAINAN

Page 184: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

137OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

3. Penampilan kertas origami selalunya mahal dan warnanya agak terang walaupun mempunyai warna atau corak yang berbeza di kedua-dua belah yang sangat berguna bagi sesetengah projek.

4. Kertas taip, kertas tulis, kertas fotostat dan kertas komputer merupakan kertas yang sesuai untuk origami.

5. Kertas-kertas khas boleh didapati daripada sumber: Outlet yang membekalkan peralatan kepada pelukis Supplier yang membekalkan peralatan kepada grafik

6. Dalam kes rekaan yang memerlukan aspek penegasan seperti “Easter Egg Basket”,gunakan kertas artis yang tebal yang boleh menyerap lembapan tanpa melengkung seperti kertas Ingres atau kertas “water colour” yang sebenar.

7. Di dalam origami terdapat teknik lipatan basah dibuat untuk mendapatkan kesan di mana apabila kertas kering nanti lipatan ini terhasil. Dalam hal yang lazim, kertas jenis water colour digunakan.

8. Dalam situasi yang lain, kelainan bentuk origami mempengaruhi jenis kertas, lapisan kertas dan teknik yang diaplikasikan.

Latihan 3.4

1. Lipat di atas permukaan meja atau kayu yang keras.

2. Sebelum melipat setiap rekaan, pastikan kertas yang digunakan segi empat atau 2 x 1 segi empat sama.

3. Lipat dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gopoh, teliti dan kemas.

4. Lihat pada diagram dan baca segala arah. Lihat simbol, “valley” atau “mountain” dan bagaimana ia bergerak langkah demi langkah.

5. Terus lihat ke hadapan untuk hasilan mengikut ilustrasi berpandu.

6. Untuk bentuk, jangan lihat langkah secara berasingan. Pandang langkah seterusnya, kemudian ke belakang, ke hadapan dan seterusnya.

Page 185: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

138OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

Latihan 3.5

Ikut arahan seperti yang terdapat di gambar rajah origami 1 untuk menghasilkan origami yang dimaksudkan.

Origami kapal terbang

Ujian 1

Ciri-ciri kain yang sesuai untuk origami:

1. Sederhana tebal, padu dan agak keras. 2. Berwarna menarik dan kelihatan eksklusif 3. Mudah di pelbagai kerana jenis kain yang luwes/fleksibel 4. Sedondon dengan set meja dan dapat menghidupkan suasana 5. Mudah di dobi, disimpan dan mesra dengan persekitaran.

Ujian 2

Kesan-kesan positif daripada kerja menghasilkan origami:

1. Melatih minda – peka dengan arahan dan peraturan.

2. Menguji kesabaran – hanya insan yang bersikap penyabar dan toleran dapat menghasilkan origami.

3. Menguji kefahaman minda – latihan kognatif yang baik di samping menentukan urutan dalam sistem pembuatan atau penghasilan.

4. Keprihatinan dalam menghasilkan origami. Amalan yang berterusan dapat mendidik akal dan jiwa dengan baik.

5. Menjadikan aktiviti sampingan – dilakukan sebagai aktiviti masa lapang.

6. Elakkan pembaziran terutamanya kertas yang tidak digunakan.

7. Jadikan perhiasan atau alat permainan dengan cara menghasilkan sendiri.

Page 186: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

139OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

8. Membina kreativiti minda dan hasilan seni yang tinggi mutunya.

9. Mudah dibawa, dihasil dan diaplikasi dalam semua suasana.

10. Bagi tujuan perniagaan, origami menjadi suatu bidang ekonomi.

TOPIK 4: ASEMBLAJ

Latihan 4.1

Louise Nevelson menghasilkan asemblaj “Sky Catheral” tahun 1958 melalui gabungan objek-objek yang berikut:

1. Kaki kerusi 2. Batang penyapu 3. Pintu kabinet 4. Kayu terbuang 5. Penggulung benang

Untuk menampilkan konsep asemblaj yang bersifat misteri, Nevelson mewarnakan asemblaj tersebut dengan warna biru terang.

Latihan 4.2

1. Rauschenberg menampilkan bentuk asemblaj dua dimensi dan tiga dimensi dalam karya “Canyon”, 1959. Dua dimensi dalam karya tersebut memaparkan catan yang dihasilkan gabungan cat minyak, pensel, kertas, keluli, fotografi manakala tiga dimensi yang diasemblajkan terdiri daripada burung helang yang diawet, bantal buruk, butang, cermin dan tiub warna.

2. Imej diikonkan (icon) atau disimbolikkan. Setiap objek mempunyai konotasi makna yang pelbagai dan kombinasi objek ini membentuk kesatuan makna yang amat mendalam.

3. Karya ini memperihalkan situasi dan habitat di “Grand Canyon, Utah, Amerika Syarikat” yang sifat kehidupannya mencabar dan merbahaya. Muka bumi di Grand Canyon tandus dan gersang. Burung helang merupakan haiwan liar yang

4. Penampilan karya secara abstrak ekspressionisme ini amat menarik dan mempunyai konotasi makna yang mendalam. Suatu olahan yang berani dan mengajak pemerhati dan penonton berfikir seterusnya mencari siratan makna yang ingin dipancarkan daripada nukilan idea beliau.

Latihan 4.3

Ciri-ciri proto-taip yang baik mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1. Mewakili skala asemblaj sebenar yang di kecilkan atau dimodelkan mengikut nisbah tertentu.

Page 187: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

140OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

2. Menentukan kerangka asemblaj berpandukan proto-taip yang dibina. Menentukan kerangka ini dianggap penting untuk mendapatkan hasilan asemblaj yang kukuh dan mantap.

3. Menggunakan bahan atau media yang sama atau pilihan bahan lain yang hampir sama dan membolehkan pembesaran kepada asemblaj dapat dilaksanakan dengan baik dan terancang.

4. Mengenal pasti alat dan bahan yang berkaitan untuk menghasilkan objek yang sebenar dengan jayanya.

5. Mengenal pasti kemungkinan-kemungkinan dari masalah yang dijangkakan mungkin berlaku dan alternatif mengatasinya.

6. Mengaplikasikan asas seni reka dengan baik dan berkesan.

7. Kemasan proto-taip dapat dijadikan panduan kepada kemasan asemblaj yang sebenar.

Latihan 4.4

Tema dan tajuk menjadi pokok persoalan yang ingin dikongsi sama oleh pengarca asemblaj. Ia mungkin berupa maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan perasaan, sindiran atau satira, protes, kegilaan idea dan lain-lain. Soal tepat atau tidaknya pokok persoalan ini biasanya hanya diketahui oleh pengarca. Bagi pemerhati atau penonton, tema dan tajuk ini hanya dirujuk berdasarkan kepada ketepatan tajuk yang dipaparkan di kaki-kaki arca.

Isu semasa yang paling relevan dengan tema dan tajuk ialah;

Isu air yang kotor dan tercemar. Isu perparitan dan sungai yang sering kali menyebabkan banjir. Isu petroleum. Saban hari naik dan membawa korelasi terhadap kenaikan harga

barangan. Isu pembaptisan orang Islam sesama Islam. Pencemaran air dan udara. Lain-lain yang sesuai.

Latihan 4.5

Menentukan kaedah dan peraturan mengguna alat perlu betul dan relevan dengan penghasilan asemblaj kerana:

1. Kemahiran penggunaan alat dianggap sangat penting kerana berkaitan dengan keberkesanan hasil, tema dan tajuk.

2. Alatan yang bersesuaian dan mencukupi penting agar proses penghasilan berjalan dengan lancar dan terancang.

Page 188: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

141OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

3. Alatan digunakan pada tempat yang sesuai seperti bengkel, studio seni dan ruang kerja yang bersesuaian.

4. Alat dan kaedah yang dipilih betul dan lengkap dapat mempengaruhi dapatan asemblaj yang baik dan berkesan.

Ujian 1

Asemblaj terhasil daripada gabungan objek-objek buangan dan objek yang di kitar semula. Jika asemblaj dapat menghasilkan alam sekitar yang menarik dan teratur, ini bermakna perkara-perkara berikut telah diimplementasikan.

Penggunaan bahan buangan yang di kitar semula. Menyusun atur objek alam yang besar untuk diimejkan sebagai arca asemblaj. Memadu dan memadankan lanskap alam dengan tambahan asemblaj yang disusun

rapi. Apa sahaja objek alam, objek buatan manusia dapat disepadukan dalam konteks

membina asemblaj. Alam sekitar akan tampak lebih menarik dan teratur kerana asemblaj mengguna dan

mengolah bahan tersebut.

Ujian 2

Plagiarism adalah proses imitasi karya. Ia boleh berlaku secara sewenang-wenangnya jika tiada kawalan yang berkaitan dilakukan.

1. Penguatkuasaan kawalan hak cipta terpelihara dan akta yang berkaitan.

2. Pelukis adalah pelajar baru yang baru menggunakan konsep “trial and error”.

3. Tidak ada tegahan dari orang perseorangan, kumpulan atau organisasi yang diamanahkan.

4. Plagiarism mendapat tempat dalam dunia seni. Sepatutnya, plagiarism ini disingkir daripada masyarakat.

5. Hak demokrasi dan soal kebebasan hak asasi manusia yang longgar dari segi penguatkuasaannya.

TOPIK 5: STABIL

Latihan 5.1

Bahan terbuang ditafsirkan sebagai bahan yang dikitar semula setelah tamat jangka hayat penggunaannya. Hal ini berlaku disebabkan kerana berlakunya kerosakan atau ketidaksempurnaan objek yang berkaitan. Bahan-bahan yang dimaksudkan terdiri daripada:

Page 189: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

142OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

1. Bahan terbuang yang diguna pakai semula seperti kepingan logam, besi, kayu, plastik, papan, tali belati dan lain-lain.

2. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerusi yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi.

Bahan-bahan terbuang penting untuk pembinaan stabil kerana: Bahan ini telah dibentuk, diukir, dihakis dikikis malah mengalami proses

pengluluhawaan yang menukarkan binaan asal kepada sifat baru.

Ceraian daripada bahan-bahan ini mengujudkan satu fenomena gabungan yang unik dan menarik.

Kos bahan ini murah dan selalunya percuma kerana orang awam biasanya sudah menganggap sebagai sampah atau bahan buangan.

Keaslian lebih menyerlah kerana ada bahagian-bahagian tertentu yang kita tidak perlu mengukir atau membentuk.

Latihan 5.2

Simetri menjadi paksi menegak stabil, membahagikan dua isi padu stabil dan membentuk satu imbangan atas bawah, kiri dan kanan. Kajian dan penelitian simetri perlu dilakukan dengan hati-hati untuk mendapatkan imbangan yang baik, kukuh dan mantap. Pengarca sering kali memilih simetri tulen untuk menghasilkan stabil kerana imbangan ini paling mapan dan bertenaga.

Dalam situasi lain, stabil mungkin bersifat tidak simetri tulen tetapi dalam apa keadaan sekalipun, sifat tidak simetri stabil tidak begitu keterlaluan. Maknanya imbangan kiri dan kanan masih baik dan mantap.

Bagaimanakah imbangan disesuaikan? Pedestal atau tapak stabil mengambil peranan untuk imbangan. Pedestal adalah objek pelengkap stabil yang menjadikan stabil lebih imbang dan menarik. Pedestal yang baik mestilah lebih tegap dan sepadu. Jika tidak, fungsi pedestal sia-sia sahaja. Justeru itu pedestal stabil dipilih daripada jenis keluli, besi, batu, simen, kayu keras dan konkrit simen dan besi.

Latihan 5.3

Pedestal bukan sahaja menjadi tapak stabil tetapi juga tapak kepada arca yang lain. Pedestal menjadi pengimbang kepada stabil, pelengkap dan menimbulkan unsur estetika stabil. Jika diperagakan bersama stabil, pedestal boleh diwarna mengikut kesedondonan stabil. Maknanya, warna yang dipilih tidak terpisah. Ia masih mengulang bentuk dan komponen warna stabil.

Page 190: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

143OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

Mengapakah stabil memerlukan pedestal?

1. Pedestal menjadi pelengkap utama stabil 2. Kestabilan dan imbangan 3. Estetika dan etika 4. Konsep lengkap melengkapi, mengimbangi bentuk dan rentak 5. Konsep simetri stabil sangat diutamakan dan pedestal memperteguhkan tujuan

tersebut.

Latihan 5.4

Kajian jisim (volume) sesuatu stabil dianggap penting kerana;

1. Jisim menentukan rentak, ruang dan bentuk.

2. Jisim menentukan struktur binaan, pemilihan kerangka jisim yang dikaitkan dengan kekuatan jisim.

3. Jisim menentukan kesesuaian alat dan bahan binaan.

4. Jisim menentukan tekstura binaan dan pemilihan bahan penyudah stabil yang perlu diimbangkan.

5. Jisim menentukan sifat simetri stabil – tulen atau tidak tulen.

6. Jisim membentukan kesepaduan kepada stabil.

Ciri-ciri Jisim Stabil yang Sesuai

1. Tidak terlalu berat.

2. Kuat, mantap dan kukuh.

3. Boleh dironggakan kerana permukaan luar yang lebih berfungsi. Contohnya: simenfero.

4. Membawa imbangan stabil yang baik.

5. Setimpal dengan pedestal.

Page 191: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

144OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

Latihan 5.5

Contoh stabil marmar yang baik dan mantap

Stabil yang baik dan mantap mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1. Bahan binaan yang padu yang menepati spesifikasi bahan dan alat.

2. Mempunyai konotasi makna yang berbagai.

3. Komposisi bentuk, rentak, pergerakan dan imbangan yang saling lengkap melengkapi.

4. Simple tetapi menarik.

5. Tidak berserabut, mempunyai hala tuju yang menyenangkan.

6. Kuat, padu dan nampak gagah/mantap.

Kelainan stabil dengan arca yang lain:

1. Stabil diperagakan di atas tanah, mempunyai tapak dan sifatnya mantap.

2. Stabil mementingkan konsep simetri dan bahan binaan yang tahan dan lasak.

3. Diperagakan di tanah lapang dan di persekitaran bangunan.

4. Statik. Jika berlaku tokok tambah dengan mesin akan berubah kepada kinestetik.

5. Bahan binaan yang lasak, kuat dan padu untuk mengelak proses pereputan dan pengluluhawaan yang cepat.

Tekstura stabil:licin dan halus

Simetri tidak tulen

Page 192: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

145OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

Ujian 1

Stabil kotak mancis dihasilkan seperti berikut:

Page 193: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

146OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

Page 194: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

147OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

Gambar: Stabil kotak mancis yang telah siap untuk peragaan

Stabil kotak mancis yang telah siap

Page 195: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

148OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

Ujian 2

Simenfero terbentuk merupakan gabungan simen dengan pasir serta dawai mata punai yang dikombinasikan untuk membentuk kerangka-kerangka binaan yang besar tetapi jisim dalamnya kosong. Kos binaan dianggap murah kerana simen adalah barang kawalan kerajaan. Pasir pula belum berada pada paras harga pasaran yang melambung. Simenfero mudah dibentuk dan dipelbagaikan. Dari sekecil-kecil objek seperti pasu bunga sehinggalah kerusi meja, pintu gerbang, tiang bangunan dan stabil seperti yang dikaji.

Hujah mengapa simenfero kukuh dan murah:

1. Harga kawalan simen dan pasir oleh pihak kerajaan.

2. Mudah dibentuk ketika basah dan apabila kering amat keras dan kuat.

3. Jisim dalamnya kosong. Suatu penjimatan dan ketebalan simen yang sekadar satu hingga dua inci sudah memadai untuk menjadikan stabil kuat dan mantap.

4. Lasak, tahan hujan dan panas serta mudah diwarnakan.

5. Boleh ditampilkan dengan pelbagai gayaan yang mengikut rentak alam dan kesemulajadian alam.

6. Boleh ditokoh tambah mengikut keperluan pada bila-bila masa.

TOPIK 6: MOBAIL

Latihan 6.1

Mobail boleh dihasilkan daripada kombinasi atau gabungan bahan yang terdapat di persekitaran. Antara bahan yang boleh dijadikan mobail terdiri daripada:

1. Karangan laut seperti siput, tapak Sulaiman, karang, kerang, batu-batu laut dan teritip.

2. Akar kayu, tunggul kayu, bongkah kayu, serpihan kayu, kulit kayu.

3. Kepingan batu, batu sungai, batu pipih, batu bergerigis.

4. Buah kelapa, buah pinang, tempurung kelapa dan buah nipah.

5. Tulang temulang, sisik binatang, kulit binatang, gigi binatang.

Kekangan di peringkat penghasilan:

1. Alatan yang tidak relevan dengan bahan. Contohnya batu yang amat keras dan pejal sukar untuk ditebuk atau digerudi.

2. Bahan yang mudah pecah – terlalu lama, reput dan mengalami proses pengluluhawaan yang lama.

Page 196: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

149OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

3. Pelbagai bahan mempunyai pebezaan dari segi kekuatan dan kelemahan. Sukar untuk digabung antara satu bahan dengan satu bahan yang lain kerana sifat bahan yang berbeza.

Latihan 6.2

Alatan yang diperlukan:

1. Gerudi dan mata gerudi yang halus

2. Pisau

3. Gunting

4. Playar

Bahan yang diperlukan:

1. Tali tangsi

2. Gam UHU atau gam gajah

3. Tali nylon

4. Warna spray

5. Manik

Latihan 6.3

Mobail yang sesuai dihasilkan berasaskan alat di atas terdiri daripada mobail kertas, mobail plastik mobail kayu kecil/ranting.

Mobail kertas

Tanglung Octagen Bebola Bentuk geometri Bentuk burung Bentuk dedaunan Bentuk organik

Mobail plastik

Bentuk geometri Bentuk origami Bentuk acuan (mould) Bentuk organik

Page 197: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

150OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

Mobail kayu/ranting

Mobail ranting kayu Mobail cebisan kayu

Bahan-bahan tambahan yang diperlukan

1. Tali tangsi/tali nylon

2. Syelek/varnish

Latihan 6.4

Apresiasi “Antennae with Red and Blue Dots”:

1. Tajuk dan Tema yang Sesuai

Tajuk di atas relevan dengan bentuk dan penampilan mobail yang diperagakan. Tema berkaitan dengan beburung, dedaunan terbang melayang di angkasa lepas. Mobail ini membentuk seolah-olah objek ini terbang melayang

2. Alat dan Bahan yang Sesuai

Kepingan loyang yang ringan dan lasak Cantuman secara pateri atau kimpalan dilakukan untuk menghasilkan mobail ini Dawai-dawai kasar digunakan untuk membentuk suatu adunan struktur yang mantap

dan kukuh Ribet dan ikatan bol dan nat digunakan untuk penyatuan komponen mobail Gerudi letrik digunakan untuk urusan menebuk komponen yang berkaitan.

Garisan simetri

Objek yang dikonotasikan sebagai kepak, dedaunan

Page 198: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

151OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

3. Pilihan Reka Bentuk Berasaskan Warna dan Padanan Imej

Reka bentuk berasaskan objek terbang Konsep simetri tidak tulen yang amat relevan dengan ciri mobail. Kelihatan gah dan

menarik Penegasan pada warna warna merah dan biru yang menjadi focal-point atau titik

pemerhatian Simple tetapi menarik Wujud unsur naratif dan konsep yang bersepadu dari ciri pengkaryaan

4. Kesesuaian Secara Keseluruhan

Imbangan tidak simetri yang menarik dan serasi dengan konsep mobail Aplikasi unsur seni seperti garisan, rupa dan warna begitu mantap dan berjaya Aplikasi prinsip rekaan seperti kontra, rentak, harmoni, imbangan, pergerakan dan

penegasan sangat tepat dan relevan dengan tajuk dan tema Kesepaduan reka bentuk yang mantap dan mapan.

Latihan 6.5

Mengapa mobail tidak perlu fancy?

1. Mobail tergolong dalam kumpulan arca. Arca tidak memperagakan warna seperti catan tetapi memperagakan rupa, bentuk, komposisi dan ruang.

2. Konsep fancy akan mengubah ciri-ciri mobail kerana konsep simple dan selamba mobail akan hilang

3. Fancy boleh mengubah ciri-ciri asal mobail kerana pancaran cahaya yang berkilauan daripada mobail akan menukar ketulenan reka bentuknya pada jarak tertentu.

Mobail berfungsi sebagai sambutan perayaan tahun Baru Cina.

Tanglung. Reka bentuk tanglung dalam bentuk mobail kertas di anggap sebagai mobail berfungsi di kalangan kaum Cina. Untuk menjadikan lebih berfungsi, lilin dinyalakan di dalam tanglung untuk menerangi alam disamping mewujudkan sinar tahun baru yang diharapkan membawa rahmat dan kesenangan.

UJIAN 1

Mobail kinetik adalah mobail yang boleh bergerak. Pergerakan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor:

1. Angin – Kincir angin di Belanda dan negera-negara bawah air adalah mobail kinetik yang digerakkan oleh angin. Begitu juga dengan layang-layang atau wau yang reka bentuknya telah mengalami improvisiasi yang berbagai. Di sesetengah rumah orang Cina, mobail kinetik yang terdiri gabungan pelbagai objek digantung dengan harapan menghasilkan bunyi bila angin merempuh mobail ini.

Page 199: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

152OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

2. Mesin – Kontemporari ini mobail kinetik dilengkapi dengan mesin atau jentera-jentera yang mengujudkan pergerakan dan bunyi. Pergerakan ini dianggap sebagai suatu proses penyerapan teknologi dalam mobail.

Bagaimana mobail kinetik dihasilkan?

1. Berasaskan Angin

Reka bentuk mobail ini berkaitan dengan konsep apungan dan pergerakan oleh tiupan angin. Bahan binaan mobail yang sedemikian ini perlu ringan, diadun atau diolah dengan susunan yang harmoni dan dirancang untuk penghasilan bunyi dari rentak tiupan angin tadi.

2. Berasaskan Mesin

Suatu penampilan teknologi dalam era pengahsilan mobail kinetik. Suatu kaedah yang mudah kinetik ini dihasilkan melalui penggunaan semula mesin atau jentera-jentera lama yang tidak lagi digunakan mengikut fungsi asal, diimprovisasi dan dibadankan semula dengan mobail. Untuk menjadikan lebih dramatik, pergerakan ini diadaptasikan dengan rentak muzik. “Water front” di tebing Sungai Sarawak mengadunkan rentak pancutan air dengan muzik yang bermelodi dan mengasyikkan.

3. Berasaskan Air

Mobail yang sedemikian diletak di kawasan pergerakan air seperti sungai, air terjun dan kawasan fountain yang ada aliran air. Mobail ini direka bentuk bersesuaian dengan mobiliti objek oleh air arus air yang mengalir atau bergerak.

UJIAN 2

Pelukis berkarya melalui ekspresi diri melalui beberapa situasi:

Pemerhatian Persepsi Penakkulan Pengalaman Luahan perasaan Desakan Amalan Pekerjaan

Reka bentuk mobail dari faktor alam dan ciptaan Tuhan berlaku daripada proses:

Adaptasi Adoptasi Imitasi Logik Empirikal Kesempurnaan (Perfection) Analogi

Terjemahan semula ciptaan Tuhan.

Page 200: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

153OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

TOPIK 10: DIORAMA

Latihan 10.1

Saya tinggal di tepi laut. Bahan-bahan yang boleh dijadikan sebagai diorama terdiri daripada:

Siput Karang Batu-batu Teritib Pasir Kayu ranting Bahan buangan Tempurung kelapa

Kekangan-kekangan yang akan ditempuhi dalam menghasilkan diorama:

1. Alatan seperti gerudi letrik untuk menebuk batu atau siput

2. Gam UHU atau gam gajah yang kuat untuk pastikan karang melekat dengan baik

pada tapak diorama

3. Memodel ikan dan spesis hidupan di kawasan karang.

4. Kebolehan menghidupkan suasana di laut dalam.

Latihan 10.2

Diorama yang baik mempunyai ciri-ciri yang berikut:

Komposisi hal subjek dan latar belakang yang terancang dan saling lengkap melengkapi

Mengadun unsur seni, prinsip seni dan struktur seni dengan baik dan terancang Tajuk dan tema tidak kabur, pemilihan bahan dan alat sesuai dengan dapatan. Saiz yang bersesuaian dan memenuhi konsep dan naratif yang ingin dikongsikan Pemilihan warna yang harmoni, susunan hal subjek yang boleh membangkitkan

gerak rasa dan gerak balas terhadap hasil diorama

Pertimbangan-pertimbangan yang baik dan bermakna

1. Perancangan yang teliti dan rapi

2. Uji kaji reka bentuk dan konsep yang ingin diperkatakan

3. Saiz yang bersesuaian

4. Mengadun unsur seni, prinsip seni dan struktur diorama yang baik

5. Menggunakan pertimbangan artistik dan kemahiran yang menghasil yang tinggi.

Page 201: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

154OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

Latihan 10.3

Keunikan dan ketrampilan diorama dapat dihasilkan melalui:

Melalui proses kreativiti yang tinggi. Jauhi plagiarism dan hasilan klise. Suatu penampilan yang baru Inovasi atau improvisiasi yang positif Pemerhatian, penelitian dan pro-aktif Cuba jaya yang tidak kenal erti putus asa. Penampilan reka bentuk baru dan bersifat futuristik.

Tata cara menghasilkan diorama di kawasan hutan bakau:

1. Hasil catan hutan bakau pada latar diorama

2. Menentukan jenis tumbuh-tumbuhan di kawasan bakau

3. Menentukan fauna atau binatang yang terdapat di kawasan hutan bakau

4. Mengimbangkan susunan imej hadapan dengan latar belakang supaya kelihatan harmoni dan terancang

Latihan 10.4

Apresiasi adalah satu amalan menilai dan menghayati dapatan sesuatu karya, termasuklah diorama.

Ia penting kerana:

1. Ketepatan tajuk dan tema yang dirancang

2. Pemilihan alat dan bahan yang sesuai dan dapatan yang menarik

3. Aplikasi unsur seni dengan teknik dan kaedah yang betul dan bersesuaian

4. Kesesuaian secara keseluruhan. Ini termasuk reka bentuk yang unik, harmoni dan memikat penonton.

Di dalam amalan pengajaran dan pembelajaran amalan ini dilakukan pada perkembangan akhir pelajaran, sebelum penutup dimana pelajaran akan ditamatkan. Amalan ini akan menjadikan pemahaman dan penguasaan hasilan di kalangan pelajar dengan baik.

Latihan 10.5

Bentuk figura dan catan sebagai latar belakang perlu diimbangi kerana ianya bersifat berpenggenap (complement). Jika salah satu daripadanya tidak betul atau cacat, tentulah ianya akan janggal dan tidak tepat. Figura manusia perlu di teliti dan diperhalusi kerana menjadi hal subjek di mana watak hero dan heroin terbentuk. Manakala catan besar di bahagian belakang menjadi pengimbang dan pelengkap. Kedua-duanya perlu mengalami proses adaptasi yang baik dan terancang.

Page 202: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

155OUM

HBAE2203 JAWAPAN LATIHAN

Pertimbangan yang perlu dilakukan:

1. Saiz figura, suasana cerita dan imbangan latar belakang yang diselaraskan

2. Pilihan warna-warna ambient yang mesra dan dicerap dengan begitu baik sekali

3. Keseluruhan bentuk yang saling imbang mengimbangi. Tata atur susunan dan reka bentuk keseluruhan yang harmoni.

4. Menepati tajuk dan tema, alat dan bahan, konsep dan naratif yang ingin ditampilkan.

UJIAN 1

Diorama digolongkan dalam bidang ketiga iaitu membentuk dan membuat binaan kerana;

Melibatkan kerja-kerja konstruktif

Bersifat tiga dimensi

Penggunaan objek maujud dari buatan manusia dan semulajadi

Bukan warisan kraf tradisional tetapi sebagai penampilan imej sesuatu sejarah, peristiwa, persekitaran, fiksyen dan imaginasi pelukis.

Penerapan nilai dan budaya secara terus dalam aktiviti yang dijalankan.

UJIAN 2

Berikut adalah cadangan bagi dapatan diorama hidupan laut di terumbu karang;

Plywood sebagai kotak diorama

Hal subjek

Tali tangsi

Page 203: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

156OUM

HBAE2203 RUJUKAN

Alexander Calder (1966). An Autobiography with Pictures, Prentice Hall, U.S.A.

Balai Seni Lukis Negara (2000). Dimensi, Seni Arca Koleksi Balai Seni Lukis Negara,Kuala Lumpur.

Burnham, Jack (1969). Beyond Modern Sculpture, New York: George Braziller.

Chapman, L. H., (1986). Approaches to art in Education, New York: Harcourt Brance Jovanovial Inc.

Clifford S. Steiglitz (1995), Airbrush Action 3, Rockport Publishers, Inc. USA

David Papworth (1995). Papier Mache Garden, Simon & Schuster, Surrey.

Duane Preble dan Sarah Preble (2002). Artforms, Prentice Hall, United States of America.

Eric Kenneway (1980). Origami Paper Folding For Fun, London.

Federick A. Horowitz, (1985). More Than You See: A Guide To Art, Harcourt Brace Jovanovich, Publishers, U. S. A.

Frederick Hartt, (1985 ), ART : A history of painting, sculpture and architecture, Voulme II, Second Edition, Prentice Hall, New York.

Gaunt, William (1966). The Observes Book Of Sculpture, New York: Prederick Warne & Co. Ltd.

Gillian Souter (1994). Papercraft Gifts and Projects, Cassel, London.

Herberholz, Donald & Herberholz, Barbara, (2002). Artwork For Elementary School Teachers: Developing Artistic and Perceptual Awareness, New Jersey: McGraw – Hill.

http://www.beatmuseum.org/duchamp/bicycle.html

http://www.innovationstools.com/Articles/EnterpriseDetails.asp?a=164

http://www.medienkunstnetz.de/works/homage-to-new-york/images/1/

http://www.sandhands.com/library/sculplog/1998/cat98p14/98p14.jpg

http://www.tribuneindia.com/2002/20020915/spectrum/travel.htm

http:/www.paper folding,com/mywork/indek.php

http://purecontemporary.blogs.com/behind thecurtains/art accessories/index.html

Hume, H.d. (2000). A Survival kit for the Elementary Middle School Art Teacher, USA: The Center of Applied Research in education.

Ismail Zain (1980). Seni dan Imajan, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.

Page 204: Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

157OUM

HBAE2203 RUJUKAN

Jon Tremaine (2000). The Amazing Book Of Origami, Tiger Book International, London, United Kongdom.

Juliet Bawden (1993), Decorative Boxes, To create, give and keep, North Light Books, Cicinnati, Ohio, USA

Kathleen Chee (2006). SPM Fokus U Pendidikan Seni Visual, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Selangor Darul Ehsan.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR dan KBSM: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kemeterian Pendidikan Malaysia, (1998). Modul Pengajaran dan Pembembelajaran Pendidikan seni Visual, KBSR, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Paul Horgarth (1997). The Artist Manual, Quantum Books Ltd., London. Voulme II, Second Edition, Prentice Hall, New York.

Paul Jackson (2004). Decorative Origami For Parties and Celebrations, Quantorn Publishing Ltd. London.

Read, Herbert (1969). The Art Of Sculpture, New York: Princeton, Bollengen Foundation.

Rosalind Ragans, (1995). Art Talk, 2nd. Edition, New York: McGraw – Hill, London.

Shirley Sukim Sarat (2005). Stabail, Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI), KPLI, PSV, Institut Perguruan Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.

Stokstad, Second Edition (2002). Art History, Prentice Hall, U.S.A.

Verhelst, Wilbert (1988). Sculpture, Tools, Materials and Techniques, New Jersey, Prentice Hall Inc.

Wankelman, W.F and Wigg. P, (1999). A Handbook of Arts & Crafts, 8th Edition, USA: Brown & Benchmark Publishing.

Wiggs, Philip & Hasselschwert, Jean (2001). A Handbook of Arts and Crafts, 10th.Edition, New York: McGraw-Hill.

Zailani Yaacob dan rakan (2004). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 & 5,Fajar Bakti Sdn. Bhd., Selangor Darul Ehsan.