MODUL MERANGKA KARANGAN viewMurid membina soalan pemahaman dan menjawab soalan pemahaman. Sederhana (a) Murid menulis ringkasan petikan yang dibaca Atau (b) Murid membuat rumusan daripada

  • View
    259

  • Download
    4

Embed Size (px)

Text of MODUL MERANGKA KARANGAN viewMurid membina soalan pemahaman dan menjawab soalan pemahaman. Sederhana...

ENCIK AZIZUL RAHMAN BIN ABD RAHMAN - Guru Cemerlang Gred Khas C dan kini mengajar di SMK Dato` Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

LATIHAN: MERANGKA KARANGAN

CETAK ROMPAK

SOALAN

Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menganjurkan pertandingan menulis rencana untuk pelajar sekolah menengah. Tajuk yang ditetapkan ialah Cetak Rompak: Sebab, Kesan dan Cara Mengatasinya. Anda berminat menyertainya. Tulis rencana anda selengkapnya.

LANGKAH 1

Menganalisis Soalan

FORMAT

Perbahasan

KATA KUNCI

1. Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menganjurkan pertandingan menulis rencana untuk pelajar sekolah menengah.

2. Tajuk yang ditetapkan ialah Cetak Rompak: Sebab, Kesan dan Cara Mengatasinya.

LANGKAH 2

Merangka Karangan

Pendahuluan

Jenis Definisi

Cetak rompak merupakan suatu bentuk jenayah mengaut keuntungan dengan memanipulasikan hasil kerja orang lain terutamanya dalam bidang penyiaran. Pihak penerbit pula mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan belanja yang besar tetapi mendapat pulangan yang kecil.

ISI

HURAIAN

CONTOH

Sebab: Jenayah cetak rompak telah menjadi barah dalam industri seni negara.

penjualan hasil karya cetak rompak berleluasa di pasar malam atau pusat membeli-belah secara terang-terangan

karya cetak rompak boleh diperoleh dengan lebih mudah, cepat dan murah berbanding dengan karya yang asli

sikap atau mentaliti masyarakat kita yang suka akan barangan murah menyebabkan cetak rompak berkembang luas bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan

penjualan CD, VCD lagu-lagu tempatan, filem-filem tempatan yang masih di peringkat pratonton di pawagam-pawagam.VCD filem tempatan atau cakera padat lagu-lagu tempatan dijual dengan RM5.00 sekeping berbanding dengan harga asli yang berharga sekitar RM19.00 RM20.00 sekeping

Kurangnya pemantauan pihak berkuasa

pemantauan yang berkala dan di tempat yang sama memudahkan pihak syarikat cetak rompak membaca pergerakan pihak berkuasa dan seterusnya menyusun strategi untuk mengaut keuntungan

mereka juga mempunyai sistem rangkaian maklumat yang lengkap dan dapat melarikan diri dengan cepat apabila berlaku serbuan

pemantauan menjelang musim-musim perayaan.mengagihkan agen untuk berniaga secara kecil-kecilan di kaki lima dan apabila diserbu mereka tidak mengalami kerugian yang banyak

Kesan: Pelanggaran Hak Cipta

hak cipta adalah sesuatu yang peribadi tetapi dengan adanya cetak rompak hak penulis telah dinafikan atau tidak dihargai

dengan tanpa izin menyalin dan menjualnya untuk mendapatkan keuntungan atas angin tanpa mengeluarkan modal yang besar.

Membentuk perkembangan seni tanah air

pihak penulis, pencipta atau artis hilang minat untuk berkarya kerana mereka takut mengalami kerugian

penerbit lebih suka menerbitkan album komplikasi untuk menjimatkan kos dan mengurangkan margin kerugian.

menerbitkan seleksi lagu-lagu terbaik Syarifah Aini atau Siti Nurhaliza, seleksi lagu-lagu Rock sepanjang zaman.

Karyawan mengalami kerugian

kerugian daripada segi masa, daya usaha dan wang ringgit. Penerbitan sesuatu filem atau lagu menelan belanja puluhan ribu ringgit, malah ada yang mencecah jutaan ringgit. Penerbit terpaksa membuat pinjaman bank

Filem Puteri Gunung Ledang RM20 juta.

Langkah :Mengkaji semula harga cakera padat dan VCD

kajian yang mendalam tentang harga minimum CD atau VCD perlu dilakukan oleh pelbagai pihak agar semua pihak mendapat kesan positifnya.

perbincangan oleh pihak berkuasa, penerbit, penulis, artis, wakil penjual, wakil pengguna atau wakil PAPITA sendiri

Anjakan paradigma masyarakat

mengadakan kempen yang berterusan untuk menyedarkan masyarakat bahawa cetak rompak adalah satu kesalahan dan perlu dibanteras

di peringkat sekolah persatuan pengguna boleh memainkan peranan untuk membentuk minda generasi muda tentang isu ini

melalui media massa, persatuan pengguna menganjurkan pertandingan esei, sajak, bahas, pidato yang berkaitan dengan masalah cetak rompak

Penutup :

PENANDA WACANA

PENYATAAN

SEBAB

HARAPAN

Kesimpulannya

Semua pihak perlu terlibat sama dalam mengawal jenayah cetak rompak

jika tidak dikawal perkembangan seni tanah air akan menjadi malap

mereka yang terlibat dengan jenayah cetak rompak segera insaf dan memikirkan tentang hak dan perasaan orang seni yang berjiwa sensitif

Peribahasa

Menangguk di air keruh (mencari keuntungan atas penat lelah orang lain)

Titik peluh (penat lelah)

Busut juga yang ditumbuhi anai-anai (orang yang sememangnya kaya akan bertambah kaya)

HARI KANTIN

SOALAN

Anda telah dilantik sebagai setiausaha Hari Kantin yang telah diadakan baru-baru ini. Hari Kantin tersebut telah berjalan dengan lancar dan meraih keuntungan yang besar. Tulis laporan lengkap tentang Hari Kantin itu untuk dibentangkan dalam mesyuarat yang akan diadakan.

LANGKAH 1

Menganalisis soalan

FORMAT

Laporan

KATA KUNCI

1. Saya sebagai Setiausaha Hari Kantin

2. Program berjalan dengan lancarnya

3. Sediakan laporan lengkap tentang Hari kantin

LANGKAH 2

Merangka karangan

Pendahuluan

Jenis Perangkaan

Keuntungan yang diperoleh pada tahun 2007 ialah RM25,000.00 sahaja.Tahun ini, keuntungan mencecah RM 70,000.00.Sebab: banyak aktiviti menarik yang dianjurkan dan juga sumbangan ibu bapa dan tajaan daripada beberapa buah syarikat ternama di sekitar sekolah.

ISI

HURAIAN

CONTOH

1. Majlis Perasmian Hari Kantin

dirasmikan oleh Pegawai Daerah dan dihadiri oleh pegawai-pegawai pelajaran, pengetua dan guru besar sekitar dan wakil-wakil syarikat penaja

persembahan oleh kumpulan zapin dan pancaragam

- Lagu Ya Salam, Nirmala dan lagu zapin, Telok Sengat.- Pancaragam membuat persembahan formasi dengan rangkaian lagu sekolah, tunggu sekejap, tiga malam dan widuri.

2. Tarikh dan Tempat

27 Februari 2007

Dewan sekolah

3. Aktiviti Hari Kantin

3.1 Kutipan Derma

Para pelajar diberikan kad kutipan derma semasa musim cuti sekolah.

Para guru pula ditugaskan untuk memohon derma daripada badan-badan korporat.

Mereka akan mengutip derma dalam kalangan ahli keluarga, saudara-mara dan jiran tetangga mereka sahaja.

Maslina Enterprise

Ever Strong

Comtech Sdn. Bhd

Bumi Restu

Syarikat Indera Hardware

3.2 Jualan Kupon Jamuan Perdana

dibuka kepada guru-guru sekolah dalam daerah

RM50.00 seorang.

500 keping tiket habis dijual.

1. 3.3 Cabutan Bertuah

diadakan pada malam kemuncak iaitu pada malam Jamuan Perdana di Dewan Sekolah

pengunjung bertuah

pemungut derma terbanyak kategori pelajar

pemungut derma terbanyak kategori guru dan staf sokongan

3.4Pertandingan memasak Terbuka

Bahan-bahan mentah disediakan oleh pihak penganjur. Setiap peserta dikenakan bayaran RM10.00

kategori wanita

kategori lelaki

berpasangan

3.5 Tangan Emas

Peserta dikehendaki menyiapkan sampel jahitan yang disediakan, kraf tangan dan anyaman ketupat.

kategori wanita

kategori lelaki

3.6 Pakaian Beragam

memaparkan pakaian beragam kaum dan suku kaum di Malaysia

pakaian paling anggun

peserta paling bergaya

3.7 Karaoke Amal

Dua orang mantan pengetua sekolah telah menyumbang dua buah lagu setiap seorang. Dua buah lagu telah dibeli oleh YDP PIBG sekolah dengan harga RM2,000.00.

- Lagu Widuri dan Angin Malam yang dipopularkan oleh Mendiang Broery Marantika.- Seiring dan Sejalan serta sebuah lagu dari kumpulan DIIoyd.

4. Penaja dan Bentuk Tajaan

daripada syarikat yang berurusan dengan pihak sekolah

kontraktor-kontraktor sekitar sekolah

pengusaha dewan makan dan kantin sekolah.

Bentuk Tajaan

wang ringgit

hamper

Maslina Enterprise. RM 1,000.00

Ever Strong: RM 1,000.00

Hidang Enterprise: sebanyak 30 buah hamper

Comtech Sdn. Bhd.: 10 barangan elektrik untuk cabutan bertuah

Bumi Restu: RM1,000.00

Syarikat Indera Hardware: RM2,000.00

5.Sambutan Pengunjung

Sambutan pengunjung di luar jangkaan. Semua aktiviti yang dijalankan pada hari kantin mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ramai juga ibu bapa dan pengunjung yang datang.

Penutup :

PENANDA WACANA

PENYATAAN

SEBAB

HARAPAN

Sesungguhnya

Aktiviti ini seharusnya dijadikan aktiviti tahunan.

Bukan sahaja dapat keuntungan yang boleh digunakan oleh pihak sekolah untuk pembangunan prasarana sekolah, malah turut merapatkan lagi hubungan ibu bapa, guru dan sekolah.

Semoga kerjasama erat antara ibu, bapa, guru dan sekolah akan terus terjalin demi kebaikan masa depan anak-anak mereka.

Peribahasa

Langkah kanan (bernasib baik)

Murah hati (tidak kedekut)

Halwa telinga (nyanyian untuk hiburan)

PENCEMARAN BAHASA

SOALAN

Selaku pegawai bahasa yang bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka, anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Punca Pencemaran Bahasa dan Cara-cara Mengatasinya kepada setiausaha-setiausaha syarikat pengiklanan. Tulis ceramah anda selengkapnya.

LANGKAH 1

Menganalisis Soalan

FORMAT

Ceramah

KATA KUNCI