22
Kandungan : Definasi Kimpalan (Welding Defination) Evolusi Proses Kimpalan(ringkas) Kimpalan oksiasitilina (Oxyacetylene) Kimpalan Arka Logam Berperisai (SMAW) Kimpalan Arka Gas Tungsten (GTAW) Kimpalan Arka Gas Logam (GMAW) Jenis-jenis sambungan (Joint Design) Jenis-jenis kimpalan asas (Types of Basic Welds) Profil Kumai Kimpalan (Weld Profile) Kedudukan mengimpal (Welding Position-AWS) Simbol kimpal (Basic Weld Symbols) Peralatan & Aksesori keselamatan Diterjemahkan oleh, Jalaludin Hamzah MTK 101 ASAS KIMPALAN(BASIC WELDING)

Mtk 101-Asas Kimpalan(Basic Welding)-Bm

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sebagai rujukan

Citation preview

  • Kandungan :

    Definasi Kimpalan (Welding Defination)Evolusi Proses Kimpalan(ringkas)Kimpalan oksiasitilina (Oxyacetylene)Kimpalan Arka Logam Berperisai (SMAW)Kimpalan Arka Gas Tungsten (GTAW)Kimpalan Arka Gas Logam (GMAW)Jenis-jenis sambungan (Joint Design)Jenis-jenis kimpalan asas (Types of Basic Welds)Profil Kumai Kimpalan (Weld Profile)Kedudukan mengimpal (Welding Position-AWS)Simbol kimpal (Basic Weld Symbols)Peralatan & Aksesori keselamatan

    Diterjemahkan oleh,Jalaludin Hamzah MTK 101ASAS KIMPALAN(BASIC WELDING)

  • ASAS KIMPALAN

    Definasi KimpalanApakah takrifan/maksud kimpalan?

    Satu proses menyambung dua bahagian logam bersama secara kekal dengan menggunakan haba atau tekanan ,samada menggunakan logam/rod penambah atau tidak.

  • Proses kimpalan menggunakan suhu yang tinggi untuk mencair/melebur kedua-dua permukaan yang hendak disambung.

    Kedua-dua bahagian yang dikimpal itu kemudiannya akan sejuk untuk membentuk satu sambungan.

    Rod/logam penambah digunakan untuk membentuk dan melengkapkan kumai kimpalan pada sambungan.

  • Evolusi Proses KimpalanKimpalan Tempa (Forge welding)telah diperkenalkan semasa Revolusi Industri pada pertengahan abad ke 18 (1750-1850).

    Pada tahun 1880, Kimpalan Rintangan (Resistance Welding)diperkenalkan.

  • Pada penghujung Perang Dunia 1, kimpalan lebur (Fusion Welding) diperkenalkan-logam lebur dan mengalir bersama-sama untuk membentuk sambungan.

    Kimpalan arka(Arc Welding) juga diperkenalkan pada masa yang hampir sama dan menjadi popular pada tahun 1920an.

    Sejak tahun 1990an, banyak teknologi baru dalam kimpalan telah diperkenalkan.

  • Kimpalan oksiasetilena (Oxyacetylene welding)

    Kimpalan oksiasetilina yang juga dikenali sebagai kimpalan gas, merupakan suatu proses kimpalan yang bergantung kepada pembakaran antara gas oksigen dan gas asetilena.

    Peralatan kimpalan oksiasetilena mudahalih dan mudah digunakan. Ia menggunakan gas oksigen dan asetilina bertekanan tinggi yang dimampatkan di dalam silinder keluli.

  • Kimpalan arka logam berperisai (Shielded metal arc welding)Kimpalan arka logam berperisai (SMAW) dilakukan dengan menggoris arka diantara elektrod logam bersalut dengan logam asas/bendakerja.

    Sebaik sahaja arka terhasil, logam lebur dari hujung elektrod mengalir bersama-sama dengan logam lebur dari logam asas/bendakerja untuk membentuk satu sambungan yang kukuh.

    Proses ini dikenali sebagai leburan/penyatuan/penggabungan(fusion).

  • Kimpalan Arka Logam Berperisai (SMAW-Shielded Metal Arc Welding)Dawai Teras elektrodArkaGas pelindung dari salutan elektrodSangaLogam kimpal/kumai yang telah menjadi pepejalDawai Teras elektrodDawai Teras elektrodKolam leburan

  • Kimpalan arka gas tungsten (GTAW-Gas Tungsten Arc Welding)

    Ia juga dikenali sebagai kimpalanTIG(Tungsten Inert Gas Welding)

    Ia ditakrifkan sebagai suatu proses kimpalan arka yang menghasilkan cantuman/tautan logam dengan memanaskan logam dengan arka diantara elektrod tungsten (tidak luak) dan logam yang dikimpal. Gas pelindung (samada argon /helium atau campuran) digunakan dalam proses ini.

  • Kimpalan Arka gas tungsten (GTAW) amat versatil (serbaguna) kerana boleh mengimpal logam berbesi dan tidak berbesi dan pada semua kedudukan mengimpal.Arah mengimpalElektrod tungstenSumpitan TIGRod penambahLogam asas/bendakerjaLogam kimpal pepejalKolam leburan Gas pelindungArka

  • Kimpalan arka gas logam (GMAW-Gas Metal Arc Welding)

    Ia diperkenalkan pada penghujung tahun 1940an untuk mengimpal aluminium dan menjadi amat polpular pada masa kini.

    Ia menghasilkan tautan/cantuman logam dengan memanaskan logam diantara arka dengan logam penambah yang berterusan(luak) dan logam asas/bendakerja.

  • Jenis-jenis sambungan(Types of Joint)

    Pemilihan jenis sambungan bergantung pada bebanan yang dikenakan pada struktur kimpalanJenis-jenis sambungan asasSambungan TemuSambungan TepianSambungan LekapSambungan TeeSambungan Penjuru

  • Rekabentuk sambungan(Joint Design)Leburan Penusukan/penembusan(Fusion penetration )- kedalaman dimana logam asas/bendakerja dileburkan ke dalam sambungan kimpalan atau juga dipanggil akar kimpal/kumai(root of the weld)

    Sambungan temu persegi-kimpal sebelahSambungan temu V tunggalSambungan temu V bergandaSambungan temu serong tunggal Sambungan temu serong bergandaSambungan temu persegi-kimpal kedua-dua belahKimpal berlurah yang standard/piawai

  • Jenis-jenis Kimpalan Asas (Types of Basic Weld)Kimpalan PermukaanKumai kimpalan yang lurus atau dianyam(Stringer or weave) yang dienapkan pada permukaan logam asas/bendakerja.

    Memberi perlindungan daripada haus dan lusuh(wear and tear)

  • Kimpal Kambi(Fillet weld)

    Kimpal bertindehMenyambung dua permukaan logam pada sudut tepat

  • Kimpal BerLurah(Groove weld)

    Kimpal berlurah adalah kimpal yang dilakukan di dalam lurah diantara dua bahagian logam yang hendak disambung.

    Kimpal berlurah boleh disambung dengan satu atau lebih larian kumai, bergantung pada ketebalan logam. Jika dua atau lebih larian kumai dienapkan di dalam lurah, ini bermakna kimpal dilakukan dengan beberapa lapisan(layers).

  • Kimpal Palam(Plug weld)Juga dikenali sebagai kimpalan alur(slot weld)Untuk menyambung dua kepingan logam yang bertindih dengan mengimpal pada lubang atau alur(holes or slot) yang bulat.

  • Profil Kumai kimpalan(Weld Profile)Page 86TumitKaki Akar/penusukanZon leburanKerongkong sebenarPermukaaan sebenar logam asasKimpal KambiKimpal BerlurahTumitTumitZon leburanAkar/penusukanAkar/penusukanAkar/penusukanMukaSaiz kimpalTumitKerongkong TeoritikalMukaPermukaaan sebenar logam asasEnapan

  • Kedudukan Mengimpal(Welding Position)Plat/Kepingan logamPaip

    Paksi kimpalKedudukan menegakPaksi kimpalPaksi kimpalKedudukan mengufukPaksi kimpalPaksi kimpalKedudukan Atas KepalaKedudukan Rata

  • Kedudukan paip(Position of pipe)Kedudukan 1G berputarKedudukan 2G menegak tetapKedudukan 5G mengufuk tetapKedudukan 6G condong tetapKedudukan mengimpal-paip

  • Simbol Kimpal (Weld symbols)

    Simbol kimpal yang diletakkan pada garis rujukan(reference line)

    Simbol kimpal asas (Basic weld symbols)

    KambiSerongSerong-bebibirPenjuru-bebibirTemu JKumaiKambiPalamPersegiBebibir VBebibir serongSerong

  • Peralatan Keselamatan dalam Mengimpal(Welding safety) Peralatan keselamatan mata Safety spectacle/Cermin mata keselamatanSafety goggle/Gogal keselamatanSafety welding helmet/Pelindung mata kimpalan jenis kepalaSafety welding shield/Pelindung mata kimpalan jenis tanganPeralatan keselamatan mata