27
MITOS MITOS

Myth legend

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Myth legend

MITOSMITOS

Page 2: Myth legend

Definisi Definisi

Page 3: Myth legend

1. (dari Greek μύϑοςmythos) menurut pengertian Kamus Dewan, adalah "cerita (kisah) tentang dewa-dewa dan orang atau makhluk luar biasa zaman dahulu yang dianggap oleh sesetengah golongan masyarakat sebagai kisah benar dan merupakan kepercayaan berkenaan (kejadian dewa-dewa dan alam seluruhnya).“

2. Merujuk kepada satu cerita dalam sesebuah kebudayaan yang dianggap mempunyai kebenaran mengenai sesuatu perkara yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu.

3. Ia dianggap sebagai satu kepercayaan dan kebenaran mutlak yang dijadikan sebagai rujukan.

4. Ia selalunya satu dogma yang dianggap suci dan mempunyai konotasi upacara.

Page 4: Myth legend

Ciri MitosCiri Mitos

Page 5: Myth legend
Page 6: Myth legend

Contoh MitosContoh Mitos

Page 7: Myth legend

1. Raja dikatakan jelmaan tuhan. Mitos ini bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan semakin ditokok tambah.

2. Raja mempunyai kehebatan sakti. Kelahiran seorang putera raja dikatakan hingga menyebabkan ribut petir dan gempa bumi – menunjukkan betapa hebatnya kelahiran raja tersebut. Mitos ini bertujuan merendahkan lagi darjat rakyat tani dan mengagung-agungkan lagi kumpulan manusia yang gemar menindas ini.

3. Raja mempunyai tulah. Barangsesiapa yang tidak taatakan raja akan menghadapi kecelakaan samaada secara zahir, mahupun batin. Mitos ini diadakan bertujuan mengautkan lagi ketaatan rakyat tani terhadap raja mereka.

4. Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud, dapat dilihat dan dapat dibuktikan, berbeza pula dengan hantu. Mitos ini direka bertujuan menakut-nakutkan masyarakat. Masyarakat yang takut akan mencari perlindungan. Dan akhirnya masyarakat tunduk pada kuasa bomoh dan dukun

Page 8: Myth legend

5. Mitos bertujuan baik/ jahat. “jangan pergi dalam gua itu – ada hantu”. Merupakan nasihat dengan niat baik supaya dapat menjaga keselamatan masyarakat. Ataupun merupakan niat yang jahat bagi mengelakkan masyarakat mendapat faedah perlindungan dan sumber bahan mentah dari dalam gua.

6. Anakdara yang menyanyi di dapur akan dilamar lelaki tua. Mitos ini bertujuan mengelakkan perempuan leka didapur terutama ketika masak, supaya masakan tidak hangus, rosak, dan mengelakkan sebarang kecelakaan.

7. Suami kepada wanita mengandung tidak dibenarkan memburu /seksa haiwan. Perbuatan sedemikian dikatakanakan menyebabkan anak dalam kandungan mereka akan mendapat badi dari pada haiwan yang diseksa tersebut. Contohnya, lelaki yang memancing ikan akan dapat anak yang sumbing. Lelaki yang terpijak anak ayam akan mendapat anak yang cacat fizikal – tidak dapat bangun seperti anak ayam tersebut.

8. Waktu senja banyak hantu.Mitos sini bertujuan menakut-nakutkan masyarakat supaya tidak berlegar-legar lagi pada waktu tersebut. Tujuan asalnya adalah bagi memastikan masyarakat pulang ke rumah dan bersedia untuk waktu malam – merehatkan diri selepas seharian bekerja.

Page 9: Myth legend

Jenis MitosJenis Mitos

Page 10: Myth legend

1. Asal Usul. Berkaitan dengan asal usul sesuatu peristiwa/kejadian. Contohnya susur galur Raja Melaka.

2. Pengislaman Raja Melayu.Menceritakan tentang perjalanan Raja Melayu sebelum memeluk Islam dan kesaktian yang diterima semasa dan selepas memeluk Islam. Contohnya pengislaman Raja Kecil Besar (Sultan Muhammad)

3. Kejadian /NamaTempat. Kewujudan nama tempat daripada peristiwa/ kejadian yang bermakna. Contohnya pembukaan Pasai dari nama Samudra, dan wujudnya nama Melaka daripada nama pokok Melaka.

Page 11: Myth legend

LagendaLagenda

Page 12: Myth legend

1. Lagenda dikenali sebagai dogengan sejarah, kerana cerita lagenda selalunya mengenai seseorang tokoh yang terkenal pada sesuatu tempat

2. Masyarakat percaya bahawa tokoh tersebut pernah hidup dan wujud dalam sejarah.

3. Kebenaran sejarah cuba dibuktikan dengan mengaitkan beberapa kesan ditempat tersebut yang menarik dan memang wujud hingga masa sekarang.

4. Tokoh lagenda merupakan tokoh seorang pahlawan yang tidak ada tolok bandingannya.

5. Dari itu tokoh ini diberi sepenuh kebanggaan masyarakat setempat.

6. Tokoh ini amat istimewa mempunyai kelebihan yang tinggi dan bersifat kudus serta suci.

Page 13: Myth legend

Pengolongan Tokoh Pengolongan Tokoh LagendaLagenda

Page 14: Myth legend

1. Legenda Kepahlawanan

Terdiri daripada Hang Tuah, Tun Perak, Tun bija Sura. Mereka merupakan tokoh pahlawanan terbilang zaman kerajaan mereka.

2. Legenda Keagamaan

Tokoh Nabi dan alim ulama Islam. Nabi Khaidir, Nabi Yusuf, Sayyid Abdul Aziz.

3. Legenda Pejuang Negara

Datok Bahaman, Tok Janggut, Panglima Hitam, Dol Said Naning.

4. Legenda Antarabangsa

Nabi Sulaiman, Iskandar Zulkarnain, Puteri Balkis, Saidina Ali.

5. Legenda Lain-lain (setempat (nusantara))

Puteri Saadong, Puteri Dayang Bunting, Mahsuri.

6. Legenda Pendosa

Si Tanggang, Nahkoda Manis, Malin Kundang.

Page 15: Myth legend

Legenda Kepahlawan Keistimewaan Hang Tuah seorang pahlawan terbilang,

tidak ada pahlawan lain yang boleh menandingi keperwiraannya, sangat berani, sejak berumur 10 tahun bersama rakannya.Berjaya mengalahkan lanun. Berjaya menyelamatkan Bendahara Melaka (Tun Bija Sura) dengan mem yang bunuh orang mengamuk dengan sebilah kapak. Bijak bermain senjata, kelebihan luar biasa, memiliki keris Taming Sari dan tidak lut (kebal) bermain senjata. Sangat taat setia kepada raja. Misalnya melarikan Tun Teja dari Pahang. Hang Tuah seorang diplomat, wakil kerajaan Melaka bijaksana, boleh bertutur dalam berbagai bahasa, pernah dihantar ke China, Keling, Siam dan Rom. Mempunyai paras rupa yang lawa, gilang-gembilang, ramai wanita tergila-gilakan Hang Tuah.

Page 16: Myth legend

Legenda Keagamaan Keistimewaan nabi Khaidir seorang Nabi yang

mempunyai kebolehan luar biasa dan tidak ada tandingannya.Kisah Nabi Khaidir ada disebut dalam sejarah Melayu.Nabi Khaidir mewalikan perkahwinan Raja Iskandar Zulkarnain dengan Puteri Syahrul Beriah. Ia mempunyai kebolehan – mengetahui perkara yang berlaku pada masa akan dating atau hal yang menimpa yang tidak mungkin dijangka oleh manusia biasa dengan pandangan dan fikiran biasa. Misalnya Kisah Nabi Khaidir meminjam sebuah perahu untuk menyeberang sungai. Apabila ia sampai ke seberang, Baginda telah memecahkan perahu orang itu. Apabila ditanya mengapa Baginda telah mengkhianti perahu orang itu, maka Nabi Khaidir menyatakan bahawa jika perahu itu tidak dimusahkan ia akan digunakan oleh penyamun-penyamun ke seberang sungai untuk merompak dan menyamun. Sebelum berlaku perahu itu perlu dimusnahkan jelas kelebihan Nabi Khaidir.

Page 17: Myth legend

Lagenda Pejuang Negara Keistimewaan Datok Bahaman – terkenal dengan

kepahlawanan dan keberanian yang tinggi dalam menentang perlaksaan system Resident British di Pahang. Beliau tidak gentar berjuang.Ia mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi dan dikatakan tidak lut senjata (kebal).

Lagenda Setempat Keistimewaan Mahsuri – lebih daripada manusia

biasa. Darah Mahsuri berwarna Putih. Sumpahan Mahsuri berlanjutan dan dipercayai benar terjadi – Pulau Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur selama 7 keturunan.

Page 18: Myth legend

Jenis LagendaJenis Lagenda

Page 19: Myth legend

Legenda KeagamaanLegenda yang ceritanya berkaitan dengan kehidupan keagamaan disebut dengan legenda keagamaan.Kelompok tertentu misalnya cerita tentang para penyebar Islam di Jawa.Kelompok orang-orang ini di Jawa dikenal dengan sebutan walisongo. Mereka adalah manusia biasa, tokoh yang memang benar-benar ada, akan tetapi dalam uraian ceritanya ditampilkan sebagai figur-figur yang memiliki kesaktian. Kesaktian yang mereka miliki digambarkan di luar batas-batas manusia biasa.Sebutan wali songo ada yang menafsirkan bukan bererti sembilan dalam erti jumlah, tetapi angka sembilan itu sebagai angka sakral.Penafsiran ini didasarkan pada kenyataan adanya para tokoh penyebar Islam yang lainnya.Mereka berada di tempat-tempat tertentu. Masyarakat setempat biasanya memandang tokoh tersebut kedudukannya sama atau sedarjat dengan tokoh wali yang sembilan orang. Tokoh-tokoh tersebut seperti Syekh Abdul Muhyi, Syekh Siti Jenar, Sunan Geseng, Ki Pandan Arang, Pangeran Panggung, dan lain-lain.

Page 20: Myth legend

Legenda Alam GaibLegenda ini biasanya berbentuk kisah yang dianggap benar-benar terjadi dan pernah dialami seseorang.Fungsi legenda semacam ini adalah untuk meneguhkan kebenaran “takhyul” atau kepercayaan rakyat.Jadi, legenda alam gaib adalah cerita-cerita pengalaman seorang dengan makhluk-makhluk gaib, hantu-hantu, siluman, gejala-gejala alam gaib, dan sebagainya.Contoh legenda alam gaib misalnya, di Bogor Jawa Barat ada legenda tentang mandor Kebun Raya Bogor yang hilang lenyap begitu saja sewaktu bertugas di Kebun Raya.Menurut kepercayaan penduduk setempat, hal itu disebabkan ia telah melangkahi setumpuk batu bata yang merupakan bekas-bekas pintu gerbang Kerajaan Pajajaran. Pintu gerbang itu, menurut kepercayaan penduduk setempat, terletak di salah satu tempat di kebun raya.Tepatnya tidak ada yang mengetahui.Oleh itu, penduduk disana menasihati para pengunjung Kebun Raya, agar jangan melangkahi tempat antara tumpukan-tumpukan batu bata tua, kerana ada kemungkinan bahawa di sanalah bekas pintu gerbang kerajaan zaman dahulu itu. Jika kita melanggarnya, maka kita akan masuk ke daerah ghaib dan tidak dapat pulang lagi ke dunia nyata.Contoh lainnya yaitu kepercayan terhadap adanya hantu, gendruwo, sundel bolong serta nyi blorong.

Page 21: Myth legend

Legenda PeroranganLegenda perseorangan merupakan cerita mengenai tokoh-tokoh tertentu yang dianggap benar-benar terjadi. Di Indonesia legenda semacam ini banyak sekali.misalnya Sabai nan Aluih dan Si Pahit Lidah dari Sumatra, Si Pitung dan Nyai Dasima dari Jakarta, Lutung Kasarung dari Jawa Barat, Rara Mendut dan Jaka Tingkir dari Jawa Tengah, Suramenggolo dari Jawa Timur, serta Jayaprana dan Layonsari dari Bali.

 Legenda Lokal/Setempat

Legenda lokal adalah legenda yang berhubungan dengan nama tempat terjadinya gunung, bukit, danau, dan sebagainya. Misalnya, legenda terjadinya Gunung Ledang, dan Puteri Gunung Ledang, Danau Toba di Sumatra, Sangkuriang (legenda Gunung Tangkuban Parahu) di Jawa Barat, Rara Jonggrang di Yogyakarta dan Jawa Tengah, Ajisaka di Jawa Tengah, dan Desa Trunyan di Bali.

Page 22: Myth legend

Fungsi Cerita-cerita Fungsi Cerita-cerita LagendaLagenda

Page 23: Myth legend

1. Untuk menguatkan / mengukuhkan kepercayaan anggota masyarakat terhadap sesuatun tokoh dan peristiwa yang bercorak sejarah.

2. Sebagai kebanggaan dan dijadikan teladan dan panduan kepada masyarakat tentang kepahlwanannya dan kegagahannya. Misalnya, tokoh Hang Tuah menjadi kebanggaan bangsa Melayu; kata-kata Hang Tuah ”Tak Melayu Hilang Didunia’ menjadi sebutan orang Melayu.

3. Untuk menyanjungi keturunan tokoh-tokoh legenda sebagi orang yang gagah dan mulia.

4. Untuk mengingati serta mengenang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam masyarakat melayu seperti keagongan kesultanan Melayu Melaka.

5. Untuk dijadikan sebagai idola/ modal seorang pahlawanan dan pemimpin bangsa untuk dicontohi oleh masyarakat.

6. Untuk menguatkan keyakinan orang Melayu terhadap agama Islam (khasnya cerita-cerita legenda pengaruh Islam. Disamping itu untuk menggantikan legenda yang bersumber dari kepercayaan hindu-buddha).

Page 24: Myth legend

7. Sebagai media untuk pendidikan bagi masyarakat melayu tradisional, khasnya cerita-cerita lagenda Pendosa. Biasanya cerita-cerita ini bersifat didaktik untuk menjadi ingatan dan teladan kepada anak-anak supaya tidak melakukan penderhakaan kepada ibubapa.

8. Fungsi cerita-cerita legenda juga bertujuan menjdai teladan kepada ibubapa agar tidak harus menunjukkan rasa kasih yang berlebihan kepada anak, terutama anaka tunggal. SIkap ibubapa ini akan membawa kesan buruk kepada jiwa anak-anak.

Page 25: Myth legend

Ciri- ciri LagendaCiri- ciri Lagenda

Page 26: Myth legend

1. Tokoh utama dalam lagenda adalah manusia.

2. Berlaku pada masa lalu yang tidak terlalu silam.

3. Latar belakang geografi dapat dirujuk.

4. Mendekati sejarah dari segi fakta objektif (patriotism).

5. Bersifat sekuler (keduniaan).

6. Merupakan sejarah kolektif(sejarah yang banyak mengalami distorsi)

7. Bersifat migration (dapat berpindah-pindah, sehingga dikenal luas di daerah-daerah yang berbeza).

8. Bersifat siklus(sekelompok cerita yang berkisar pada suatu tokoh atau kejadian tertentu)

Page 27: Myth legend

KesimpulanKesimpulan

Tokoh-tokoh legenda dengan memasukkan unsur-unsur mitos, dogeng dengan tujuaan membesar-besaran keistimewaannya.Menunjukkan kelebihan tokoh sehingga menjadi kebanggaan – bertujuan sebagai teladan dan panduan kepada masyrakat – kemudian menjadi wira kebangsaan yang dibanggakan.