12
PERMOHONAN PROJEK NAIK TARAF KELAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) NEGERI PERAK DISEDIAKAN OLEH: PPKI SK MANONG, 33800 KUALA KANGSAR, PERAK TEL: 05-7430327 1

Naik Taraf Kelas

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kertas Kerja

Citation preview

PERMOHONAN PROJEK NAIK TARAF KELAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) NEGERI PERAKDISEDIAKAN OLEH:

PPKI SK MANONG, 33800 KUALA KANGSAR, PERAKTEL: 05-7430327 Kertas Cadangan Projek Pembangunan dan Naik Taraf

Program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI)Sekolah Kebangsaan Manong

1.0 LATAR BELAKANG PROJEKSejarah penubuhan sekolah SK Manong bermula pada tahun 1928 dikenali dengan nama Sekolah Awam Manong yang terdiri daripada sebuah bangunan kayu dua tingkat dan dua buah rumah guru. Lokasi sekolah ini lebih kurang 30km dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar dan sekolah ini dikategorikan sebagai sebuah sekolah luar bandar. Setelah lebih 80 tahun sekolah diwujudkan , pada tahun 2008 bermulalah sejarah penempatan pelajar pendidikan khas dengan penubuhan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SK Manong. Bermula dengan 5 orang pelajar pendidikan khas bersama dengan seorang guru. Walau bagaimana pun penempatan murid pendidikan khas ini terus-terusan meningkat setiap tahun sehingga jumlah terkini adalah seramai 43 orang. Penambahan dan peningkatan murid setiap tahun ini adalah disebabkan oleh penempatan murid dari 7 buah sekolah sekitar Zon Manong yang akan ditempatkan di PPKI SK Manong.Bangunan fizikal kelas yang sedia ada hanya untuk 4 kelas sahaja dengan sebuah tandas yang dikongsi bersama-sama dengan warga pendidikan yang lain. Ini menyebabkan kelas yang ada terlalu padat dengan bilangan murid yang ramai. Bagi murid-murid yang hendak menggunakan tandas dalam masa yang sama terpaksa menunggu rakan lain atau terpaksa menggunakan tandas murid dibangunan aliran perdana.Lokasi kelas pendidikan khas yang berada agak jauh dari kantin sekolah dan menjadi masalah ketika hujan kerana tiada laluan yang sesuai dan berbumbung untuk dilalui semasa rehat. Oleh yang demikian laluan berbumbung dapat mengatasi masalah ketika hujan.Oleh sebab pertambahan murid yang ramai ini telah menyebabkan kelas-kelas yang sedia ada bertambah padat dengan bilangan muridnya. Justeru itu, kelas yang ada tidak dapat menampung kapasiti jumlah murid yang ada dan tidak kondusif bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan keadaan tersebut pihak sekolah berharap agar Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Kementerian Pelajaran dapat mempertimbangkan pelaksanaan membina dan menaik taraf bangunan pendidikan di sekolah ini.BIODATA SEKOLAH

Nama Sekolah

:SK MANONG

Kod Sekolah

:ABA 4023

Daerah

:Kuala Kangsar

Status

:Sekolah Kerajaan

Bil. Guru PPKI

:10 orang ( 3 lelaki / 7 perempuan )

Bil. Staff Sokongan

:4 orang

Bil Enrolmen Murid PPKI

:43 orang ( 31 lelaki / 12 perempuan)

Bilik Darjah sedia ada

:4

Sesi

:1 sesi

Kawasan

:Luar Bandar

2.0 OBJEKTIF PROJEK

Cadangan pelaksanaan projek membina dan menaik taraf bangunan kelas pendidikan khas integrasi ini adalah sangat penting berdasarkan beberapa pertimbangan berikut:2.1 Keadaan bangunan dan kelas pendidikan khas yang sedia ada tidak mampu menampung kapasiti murid yang ramai.

2.2 Kelas yang tidak selesa semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta gangguan dari kelas bersebelahan kerana tiada halangan bagi membahagikan kelas .

2.3 Kelas yang sedia ada juga hanya mempunyai sebuah tandas yang dikongsi bersama warga pendidikan khas.2.4 Keluasan kelas yang sangat terhad dengan bilangan pelajar yang ramai tidak menggalakkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang optimum.

2.5 Pola pertambahan dan penempatan murid dari 7 buah sekolah sekitar memerlukan persediaan kelas supaya sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan sesuai dengan murid pendidikan khas.2.6 Tiada laluan berbumbung untuk ke kantin sekolah ketika hujan pada waktu rehat.

3.0 SKOP DAN KOMPONEN PROJEK DAN ANGGARAN KOS

Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan ubahsuai kekal kelas yang sedia ada seperti berikut:

3.1 Membina sebuah bangunan tambahan dengan dua buah kelas dan tandas di kawasan bersebelahan dengan bangunan pendidikan yang sedia ada. 3.2 Ubahsuai dan membina sebuah partition untuk membahagi kelas yang sedia ada untuk dijadikan kelas pengajaran dan pembelajaran.

3.3 Membina sebuah laluan berbumbung bagi mengatasi masalah ketika hujan untuk ke kantin sekolah. 4.0 OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

4.1 Memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi kemudahan kepada pelajar pendidikan khas supaya dapat belajar dalam suasana kondusif dan lengkap dengan kemudahan asas.

4.2 Meningkatkan dan memenuhi kemudahan asas yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran dengan adanya kelas yang selesa dan kondusif bagi murid pendidikan khas.4.3 Projek menaik taraf dan ubahsuai bangunan ini dapat meningkatkan dan mengoptimumkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru serta murid di kelas pendidikan khas.

4.4 Sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus tanpa gangguan dari murid kelas lain.

4.5 Dapat mengatasi masalah untuk ke kantin sekolah sewaktu hari hujan pada masa rehat dan keselamatan murid sewaktu hujan dapat diselesaikan.

4.6 Kemudahan yang diberikan dapat meningkatkan kualiti dan pencapaian program pendidikan khas SK Manong khasnya dan pendidikan khas daerah amnya.5.0 JUSTIFIKASI PROJEKRasional projek nak taraf dan ubahsuai bangunan kelas pendidikan khas ini adalah untuk:

5.1 Membuktikan bahawa kementerian prihatin dan serius terhadap golongan pelajar berkeperluan khas.

5.2 Enrolmen murid pendidikan khas yang bertambah setiap tahun memerlukan bangunan tambahan dan kemudahan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan selesa dan sesuai.5.3 Memberi kemudahan dan keselesaan dan juga keselamatan yang optimum bagi murid-murid dan guru-guru pendidikan khas dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

5.4 Mengatasi dan menjaga keselamatan murid-murid semasa hujan semasa ke kantin.

5.5 Mengatasi masalah dalam menggunakan tandas jika berlaku kecemasan atau perkara yang tidak dapat dielakkan.

6.0 IMPLIKASI SEKIRANYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKANPelaksanaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar sekiranya tidak dilaksanakan adalah seperti berikut:

6.1 Suasana pembelajaran yang kurang selesa dan tidak kondusif kerana murid yang padat dan bilangan kelas yang terhad.

6.2 Gangguan semasa pengajaran dan pembelajaran dari murid dan guru yang berada di kelas bersebelahan yang menyebabkan murid hilang fokus.6.3 Murid dan guru terpaksa meredah hujan untuk pergi ke kantin sekolah kerana kedudukan kelas pendidikan khas yang jauh dari lokasi kantin.6.4 Ruang kelas yang kecil menyebabkan murid tidak dapat melakukan aktiviti yang sesuai.6.5 Hasrat kementerian untuk mewujudkan suasana pembelajaran dan persekitaran pembelajaran yang kondusif tidak akan tercapai.

7.0 LAMPIRAN GAMBAR BERKAITAN DENGAN PROJEK YANG DICADANGKAN

Kelas pengajaran dan pembelajaran dengan murid yang padat.

Gangguan dari kelas bersebelahan semasa pengajaran dan pembelajaran.8.0 LAMPIRAN-TAPAK CADANGAN PROJEK

Gambar pandangan hadapan, sisi dan belakang bagi cadangan pembinaan bangunan baru kelas pendidikan khas.9.0LAMPIRAN PELAN SEDIA ADA

1