NISBAH KEWANGAN

  • View
    5.943

  • Download
    87

Embed Size (px)

Text of NISBAH KEWANGAN

ANALISIS PENYATA KEWANGAN

BAB 3

17.4 NISBAH KEWANGANNisbah Kewangan

Kaedah yang digunakan untuk menilai kedudukan kewangan, kecekapan dan keberuntungan sesebuah perniagaan.

Dilakukan dengan membandingkan maklumat kewangan bagi beberapa tempoh tertentu atau membandingkan dengan perniagaan lain.

Pengurusan Perniagaan, KMPP

2

17.4 NISBAH KEWANGAN1 5A. Jenis-Jenis Nisbah Kewangan

Nisbah Kecairan

Nisbah Pelaburan

2Nisbah Keberuntungan

3

4

Nisbah Hutang /Laveraj

Nisbah Aktiviti/ Pengurusan Aset3

Pengurusan Perniagaan, KMPP

1. NISBAH KECAIRAN (LIQUIDITY RATIO)Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar pembiayaan jangka pendek dan memenuhi tunai yang dijangkakan. Nisbah ini penting kerana kegagalan untuk menyelesaikan tanggungan ini mengakibatkan firma diisytihar muflis.

Contoh

Kedudukan kecairan yang mencukupi penting bagi memenuhi tuntutan pemiutang. Kecairan yang terlalu rendah akan menjejaskan kepercayaan pembekal terhadap keupayaan firma membayar hutang firma mungkin sukar mendapat kemudahan kredit pada masa depan.

Pengurusan Perniagaan, KMPP

4

1. NISBAH KECAIRAN (LIQUIDITY RATIO)Nisbah Kecairan

Nisbah Semasa

Nisbah Segera (Cepat)

Pengurusan Perniagaan, KMPP

5

NISBAH SEMASA (CURRENT RATIO) Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang jangka pendek. Mengukur tahap aset semasa yang mampu untuk membayar balik liabiliti semasa. Semakin tinggi nisbah semasa, semakin kukuh keupayaan firma membayar balik hutang jangka pendek. Firma mampu membayar balik hutang jangka pendek seandainya nisbah semasa firma melebihi 1. Nisbah yang kurang daripada 1 menunjukkan firma tidak berupaya untuk menjelaskan tuntutan semasanya.Pengurusan Perniagaan, KMPP6

Contoh

NISBAH SEMASA (CURRENT RATIO)Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabiliti Semasa

Contoh

Nisbah ini membandingkan semua aset semasa dengan semua liabiliti semasa.

Nisbah Semasa = 78,000,000 = 1.95 40,000,000 Nisbah semasa ialah 1.95 Firma mempunyai RM1.95 untuk setiap ringgit liabiliti semasanya dan ianya menunjukkan bahawa firma boleh membayar kesemua liabiliti semasanya dengan hanya menjual(mencairkan) separuh dari aset semasanya.Pengurusan Perniagaan, KMPP7

NISBAH CEPAT/SEGERA (QUICK RATIO/ACID TEST RATIO)Contoh

Nisbah cepat mengukur keupayaan tunai dan aset hampir tunai untuk menampung liabiliti semasa. Nisbah ini memberi penekanan kepada kecairan sebenar melalui pengecualian nilai inventori kerana inventori sukar ditukar kepada tunai kerana inventori merangkumi 3 item; bahan mentah, barang separuh siap dan barang siap, dan pembelian secara kredit. Oleh itu ianya mengambil masa untuk mendapatkan tunai.

Lebih tinggi nisbah adalah lebih baik.

Pengurusan Perniagaan, KMPP

8

NISBAH CEPAT/SEGERA (QUICK RATIO/ACID TEST RATIO)Contoh

Nisbah Cepat =

Aset Semasa - Inventori Liabiliti Semasa

Nisbah Semasa = RM78juta RM 40 juta =0.95 RM 40 juta Hanya 95% dari jumlah liabiliti semasa yang boleh dijelaskan oleh firma melalui penjualan aset semasanya, tidak termasuk inventori. Lebihan 5% liabiliti semasa lagi akan dijelaskan dengan penjualan inventori.

Pengurusan Perniagaan, KMPP

9

2. NISBAH AKTIVITI /PENGURUSAN ASETNisbah Aktiviti

Tempoh Purata Kutipan

Pusing Ganti Inventori

Pusing Ganti Jumlah Aset

Pusing Ganti Aset Tetap

Pengurusan Perniagaan, KMPP

10

Contoh

PUSING GANTI INVENTORI (INVENTORY TURNOVER)

Pusing Ganti Inventori =

Jualan Inventori

Menerangkan kecekapan firma dalam menukarkan inventori kepada jualan. Lebih tinggi, lebih baik, kerana firma tidak menyimpan stok berlebihan. Pusing Ganti Inventori =RM 20,000,000 RM 40,000,000 = 0.5 0.5 menunjukkan firma telah menukarkan 0.5kali inventorinya sebagai jualan.Pengurusan Perniagaan, KMPP11

Contoh

PUSING GANTI JUMLAH ASET (TOTAL ASSETS TURNOVER)

Pusing Ganti Jumlah Aset =

Jualan Jumlah Aset

Menunjukkan keupayaan dan kecekapan penggunaan aset firma untuk menjana hasil jualan. Pusing Ganti Jumlah Aset = RM20 juta = 0.2 RM100 juta Bagi setiap RM1.00 yang dilaburkan dalam aset oleh syarikat dapat menjanakan jualan sebanyak RM0.20.Pengurusan Perniagaan, KMPP12

Contoh

PUSING GANTI ASET TETAP

Pusing Ganti Aset Tetap=

Jualan Aset Tetap

Menunjukkan keupayaan dan kecekapan penggunaan aset tetap firma untuk menjana hasil jualan. Pusing Ganti Aset Tetap = RM20 juta = 0.9 RM22 juta Bagi setiap RM1.00 yang dilaburkan dalam aset oleh syarikat dapat menjanakan jualan sebanyak RM0.90.Pengurusan Perniagaan, KMPP13

Contoh

TEMPOH PURATA KUTIPAN (AVERAGE COLLECTION PERIOD)

Tempoh Purata Kutipan = Akaun Belum Terima Jualan Kredit Sehari

Mengukur keupayaan firma untuk mengutip hutang daripada pelanggan. Ia menunjukkan purata masa yang diambil untuk mengutip hutang daripada pelanggan atau akaun belum terima. Nisbah Purata Kutipan =Pengurusan Perniagaan, KMPP

RM 2 juta = 36.5 hari RM 20 juta/36514

3. NISBAH HUTANG (DEBT RATIO)Menganalisis tanggungan hutang firma dan kebolehan firma untuk menguruskan hutang tersebut. Pengurusan hutang melibatkan persoalan sama ada firma berupaya untuk membayar faedah dan mengukur sama ada peratusan hutang yang ditanggung bersesuaian atau sebaliknya.

Contoh

Pengurusan Perniagaan, KMPP

15

3. NISBAH HUTANG (DEBT RATIO)Nisbah Hutang

Hutang Atas Ekuiti

Hutang Atas Aset

Liputan Faedah / Liputan Bunga

Pengurusan Perniagaan, KMPP

16

HUTANG ATAS ASET Menunjukkan peratusan aset yang dibiayai oleh hutang atau pihak ketiga iaitu pemberi pinjaman. Nisbah Hutang Atas Aset = Jumlah Hutang x 100% Jumlah Aset Jumlah Hutang : Hutang jangka pendek dan hutang jangka panjang. Jumlah Aset : Aset Semasa dan Aset Tetap Nisbah Hutang atas aset = RM82 juta = 0.82@82% RM 100 JutaPengurusan Perniagaan, KMPP17

Contoh

Dari pengiraan tersebut, diketahui bahawa 82% aset firma dibiayai oleh hutang dan hanya 18 % dibiayai oleh pemegang saham( ekuiti )

Pengurusan Perniagaan, KMPP

18

HUTANG ATAS EKUITI Mengukur peratusan hutang jangka panjang yang dikeluarkan oleh kreditor berbanding dgn yang dikeluarkan oleh pemegang saham. Nisbah hutang atas ekuiti mengukur amaun hutang bagi setiap ringgit ekuiti. Nisbah Hutang Atas Ekuiti = Jumlah Hutang Jumlah Ekuiti Pemilik

Contoh

Jumlah Hutang : Hutang jangka pendek dan hutang jangka panjang. Nisbah Hutang Atas Ekuiti = RM 82juta RM18juta 4.5619

=Pengurusan Perniagaan, KMPP

Nisbah hutang kepada ekuiti berjumlah 4.56 menunjukkan bahawa , firma mempunyai 4.56 kali lebih banyak hutang berbanding ekuiti pemegang saham. Ianya menggambarkan firma lebih banyak bergantung kepada dana yang dibekalkan oleh kreditor daripada pemegang saham firma itu sendiri.

Pengurusan Perniagaan, KMPP

20

Contoh LIPUTAN FAEDAH / LIPUTAN BUNGA/NISBAH PELINDUNGAN FAEDAH

Melihat kebolehan firma untuk membayar faedah daripada pinjaman yang diperolehi. Nisbah ini juga mengukur kekerapan pendapatan firma boleh menampung belanja faedah. Nisbah yang besar menunjukkan pendapatan operasi firma berupaya untuk membayar balik belanja faedah.

Pengurusan Perniagaan, KMPP

21

LIPUTAN FAEDAH / LIPUTAN BUNGALiputan Faedah = Perolehan Sebelum Faedah dan Cukai (EBIT) Belanja Faedah

Contoh

Nisbah Liputan Faedah = RM6.4 juta = 2.37 RM2.7 juta Nisbah Liputan Faedah sebanyak 2.37. Menerangkan bahawa syarikat firma memperolehi keuntungan dari operasinya sebanyak RM2.37 bagi setiap ringgit belanja yang ditanggungnya.

Pengurusan Perniagaan, KMPP

22

4. NISBAH KEBERUNTUNGAN (PROFITABILITY RATIO) Nisbah-nisbah di dalam kumpulan ini mengukur keberkesanan aktiviti-aktiviti firma dalam menjana keuntungan. Ianya mengukur pulangan firma berbanding dengan jualan , pelaburan aset dan pulangan ekuiti.

Contoh

Pengurusan Perniagaan, KMPP

23

4. NISBAH KEBERUNTUNGANMargin Untung Bersih

Pulangan Atas Aset (Pelaburan)

Pulangan Atas Ekuiti

Pengurusan Perniagaan, KMPP

24

MARGIN UNTUNG BERSIH / PULANGAN ATAS Contoh JUALAN (NET PROFIT MARGIN) Dikenali juga sebagai pulangan atas jualan. Mengukur peratus untung bersih yang diperolehi bagi setiap RM jualan. Menunjukkan lebihan dari setiap ringgit jualan setelah ditolak dengan semua belanja firma.

Pengurusan Perniagaan, KMPP

25

MARGIN UNTUNG BERSIH / PULANGAN ATAS Contoh JUALAN (NET PROFIT MARGIN)

Margin Untung Bersih = Untung Bersih x 100% (Pulangan Atas Jualan) Jualan Margin Untung Bersih = 2.22 juta x 100% = 11.1 % 20 juta Setiap RM1.00 jualan syarikat mempu menjana keuntungan sebanyak 11.1%. Ini menunjukkan baki jualan yang telah ditolak dengan semua belanja syarikat.Pengurusan Perniagaan, KMPP

26

PULANGAN ATAS ASET / PULANGAN ATAS Contoh PELABURAN (RETURN ON ASSETS ROA / ROI) Mengukur kadar keuntungan daripada setiap RM yang dilaburkan ke atas aset. Menunjukkan kecekapan firma di dalam pelaburan aset. Semakin tinggi, semakin baik kerana menunjukkan kentungan.

Pengurusan Perniagaan, KMPP

27

PULANGAN ATAS ASET / PULANGAN ATAS Contoh PELABURAN (RETURN ON ASSETS ROA / ROI)

Pulangan Atas Aset (ROA) = (Pulangan Atas Pelaburan ROI)

Untung Bersih x 100% Jumlah Aset

Pulangan Atas Aset = 2.2 juta x 100% = 2.2 % 100 juta Pulangan atas aset 2.2% menunjukkan bahawa setiap ringgit yang dilaburkan dalam aset, RM0.22 untung bersih dapat dihasilkan.