29
PERANAN NGO ISLAM TERHADAP PERLAKSANAAN ISLAH DAN DAKWAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT NORSHIELA BINTI MD SAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NORSHIELA BINTI MD · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

  • Upload
    phamanh

  • View
    257

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

PERANAN NGO ISLAM TERHADAP PERLAKSANAAN ISLAH DAN

DAKWAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT

NORSHIELA BINTI MD SAID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia
Page 3: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia
Page 4: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

“PERANAN NGO ISLAM TERHADAP PERLAKSANAAN ISLAH DAN

DAKWAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT”

NORSHIELA BINTI MD SAID

850722-02-5308

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 5: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia
Page 6: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

iii

DEDIKASI

Andainya ada pahala dalam penghasilan kajian ini, ku hadiahkannya buat:

Ayahanda & Bonda tercinta..

Md Said Bin Hj. Ahmad dan Siti Mariam Bt Said

Doa...Pengorbanan..Semangat & Kasih sayang kalian

Buat aku teguh di sini.

Buat kekanda & adinda-adinda yang dikasihi..

Shahrizan, Nor Fatin dan Shazatul Najiha,

Janganlah leka dengan kenikmatan hidup yang sementara ini

Doaku agar kejayaan sentiasa mengiringi kalian.

Buat Bonda Siti Ani Bt Said yang disayangi..

Dorongan & sokonganmu menjadi pembakar semangatku

Segala jasamu tidak akan ku lupakan

Ku hargai kasih sayangmu sejak diriku kecil hingga dewasa kini.

Buat Pensyarah dan Guru..

Terutamanya Dr. Farahwahida Bt. Mohd Yusof

Sekalian Pensyarah PPIPS & Fakulti Pendidikan

Terima kasih di atas segala bimbingan & didikan

Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

Sahabat-sahabat Seperjuanganku..

Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar

kalian

Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku buat selama-lamanya..

Salam penuh kasih sayang...

Page 7: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ucapan

selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta

sahabat Baginda. Alhamdulillah, dipanjatkan sepenuh kesyukuran kepada Allah

S.W.T kerana dengan taufik dan hidayah-Nya, dapatlah penulis menyiapkan Projek

Sarjana Muda (PSM) ini dengan sempurna. Harapan semoga segala hasil usaha yang

sedikit ini dapat memberikan manfaat kepada semua.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Dr. Farahwahida Bt. Mohd Yusof selaku

penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) ini di atas sumbangan idea, penyemakan,

penyeliaan dan segala susah payah yang telah beliau sumbangkan sepanjang tempoh

menyiapkan projek ini. Semoga segala kerjasama dan pengorbanan masa yang telah

beliau curahkan akan mendapat balasan ganjaran yang sebaik-baiknya daripada Allah

S.W.T.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada kedua ibu bapa serta keluarga yang

tidak pernah jemu memberi sokongan dan dorongan. Begitu juga kepada para

pensyarah, rakan-rakan seperjuangan dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung terutamanya pihak ABIM Negeri Johor yang sudi

membantu menyediakan pelbagai maklumat berkaitan kajian ini. Terima kasih

diucapkan di atas tunjuk ajar, kerjasama yang baik, perkongsian idea dan pandangan

serta kritikan yang membina agar kajian ini dapat dihasilkan dengan baik dan

sempurna. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T yang dapat

membalasnya. Semoga kalian sentiasa beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah

S.W.T.

Page 8: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

v

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui kegiatan islah dan dakwah

yang dijalankan kepada masyarakat Islam oleh ABIM Negeri Johor. Objektif kajian

ini ialah untuk mengenalpasti peranan ABIM Negeri Johor serta kaedah yang

digunakan terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat

Islam khususnya masyarakat di negeri Johor. Di samping itu, kajian ini juga

bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan perlaksanaan islah dan dakwah yang

dijalankan oleh ABIM Negeri Johor terhadap masyarakat. Di antara metodologi yang

digunakan untuk mendapatkan data bagi kajian ini ialah Metode Penentuan Subjek,

Metode Pengumpulan Data dan Metode Analisis Data. Secara keseluruhannya, hasil

kajian ini menunjukkan bahawa ABIM Negeri Johor memainkan peranan yang

sangat penting terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dengan menyumbangkan

pelbagai usaha agar dapat menyuburkan kembali sinar Islam yang kian dicemari oleh

pelbagai isu keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat. Kaedah perlaksanaan

islah dan dakwah ABIM Negeri Johor direalisasikan secara berjamaah melalui

pelbagai pendekatan berdasarkan keperluan semasa dan keadaan masyarakat

setempat. Usaha-usaha ABIM Negeri Johor memberikan kesan yang

memberangsangkan melalui penerimaan masyarakat secara positif terhadap aktiviti

islah dan dakwah yang dijalankan. Namun, usaha-usaha tersebut hanya terkesan ke

atas sebilangan masyarakat sahaja, masih terdapat masyarakat yang mengabaikan

tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim. Di akhir kajian, beberapa cadangan

turut dikemukakan kepada ABIM Negeri Johor bagi memantapkan lagi usaha-usaha

islah dan dakwah yang dilaksanakan dalam kalangan masyarakat.

Page 9: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

vi

ABSTRACT

This study is carried out with purpose identify the reformation and

propasation activity conducted to the Muslim society by ABIM Johor. The objective

of the research is to acknowledge the functions and methods used towards the

implementation of reformation and propasation among Muslim society especially in

Johor. Other than that, this study also aims at examining the effectiveness of the

reformation and propasation implementation by ABIM Johor to the society. The

methodology used for collecting data in this study are Subject Decision Method,

Data Collection Method and Data Analysis Method. Overall, the findings of the

study show that ABIM Johor plays a significant role in the implementation of

reformation and propasation by supporting through numerous efforts to hourish the

light of Islam which is spoilt by social problems. In fact, the implementation methods

of the reformation and propasation by ABIM Johor is made possible together through

various approqches based on the current needs and the local society situation. The

efforts by ABIM Johor give great impacts through the positive acceptance by the

society towards the reformation and propasation activity. Yet, these efforts only

affect some community, while others still neglect their responsibilities as Muslims.

At the end of the study there are also some recommendations to ABIM Johor as to

strengthen the efforts of reformation and propasation carried out among the society.

Page 10: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI SINGKATAN xi

SENARAI LAMPIRAN

xiii

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

Page 11: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

viii

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.9 Kesimpulan 13

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Peranan NGO Islam Dalam Melaksanakan Islah 16

Dan Dakwah

2.3 ABIM Negeri Johor

2.3.1 Sejarah Penubuhan ABIM Negeri Johor 21

2.3.2 Visi Dan Misi ABIM Negeri Johor 21

2.3.3 Objektif Penubuhan ABIM Negeri Johor 22

2.3.4 Struktur Organisasi ABIM Negeri Johor 23

2.3.5 Aktiviti-aktiviti Anjuran ABIM Negeri 25

Johor

2.4 Konsep Islah Dan Dakwah

2.4.1 Pengertian Islah Dan Dakwah 26

2.4.2 Kewajipan Islah Dan Dakwah 29

a) Dalil Kewajipan Islah 30

b) Dalil Kewajipan Dakwah 33

2.4.3 Metode Dakwah Rasulullah s.a.w 36

2.4.4 Kepentingan Islah Dan Dakwah Islamiah 41

2.4.5 Perkembangan Islah Dan Dakwah Di 45

Malaysia

2.4.6 Metodologi Islah Dan Dakwah 47

a) Dakwah Secara Jamaah 48

b) Dakwah Secara Fardiyah 50

2.4.7 Teknik Perlaksanaan Aktiviti Islah 52

Page 12: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

ix

Dan Dakwah

2.4.8 Jenis-jenis Aktiviti Islah dan Dakwah 60

2.4.9 Cabaran Islah Dan Dakwah Masa Kini 63

2.5 Kajian Lepas 66

2.6 Kesimpulan 69

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 70

3.2 Metode Penentuan Subjek 71

3.3 Metode Pengumpulan Data 72

3.3.1 Kajian Lapangan 72

3.3.2 Kajian Perpustakaan 73

3.3.3 Metode Dokumentasi 73

3.3.4 Metode Wawancara 74

3.4 Metode Analisis Data 76

3.4.1 Metode Induktif 76

3.4.2 Metode Deduktif 77

3.5 Kesimpulan 78

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 79

4.2 Peranan ABIM Negeri Johor Terhadap Perlaksanaan 80

Islah Dan Dakwah Dalam Kalangan Masyarakat

Page 13: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

x

4.3 Kaedah-kaedah Yang Digunakan Oleh ABIM 87

Negeri Johor Terhadap Perlaksanaan Islah Dan

Dakwah Dalam Kalangan Masyarakat

4.4 Keberkesanan Perlaksanaan Islah Dan Dakwah 101

Yang Dijalankan Oleh ABIM Negeri Johor Dalam

Kalangan Masyarakat

4.5 Kesimpulan 108

BAHAGIAN LIMA

KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 109

5.2 Kesimpulan 109

5.3 Cadangan 113

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 116

5.5 Kesimpulan 117

BIBLIOGRAFI 118

LAMPIRAN

Page 14: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

xi

SENARAI SINGKATAN

ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

AIDS - Acquired Immune Deficiency Syndrome

a.s - ‘Alaihi Salam

ASEAN - Association Of South East Asian Nations

BINA - Angkatan Nahdhatul Islam Bersatu

BEST - Bengkel Sukarelawan Muda

Dr. - Doktor

En. - Encik

et.al - Dan lain-lain

FELDA - Federal Land Development Authority

Hj. - Haji

HELWA - Hal Ehwal Wanita

Ibid - (Latin Ibidem: pada empat, kitab, atau halaman yang

sama

IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia

INDAH - Institut Dakwah dan Latihan Islam

IPT - Institut Pengajian Tinggi

IOA - Islamic Outreach ABIM

JAIN - Jabatan Agama Islam Negeri

JIM - Jamaah Islam Malaysia

KBI - Koperasi Belia Islam

KBS - Kementerian Belia Dan Sukan

KRJ - Kelab Remaja Jamaah Islah Malaysia

KPIJ - Kesatuan Pelajar Islam Johor

LAKIM - Program Latihan Kepimpinan Muda

Page 15: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

xii

MAYC - Malaysian Association of Youth Clubs

Men. Menengah

MBA - Program Menjejaki Bumi Anbiya’

MPAT - Majlis Perhimpunan Agung Tahunan

NGO - Non Goverment Organisation

PAFA - Perkara Asas Fardhu Ain

PERKIM - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

PIBG - Persatuan Ibu bapa Dan Guru

Pn. - Puan

PROJET - Program Jejak Darul Takzim

PROKIM - Program Khidmat Komuniti

PKPIM - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

PPGM - Program Pembentukan Generasi Muslim

PSM - Projek Sarjana Muda

s.a.w - Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

Sdr. - Sudara

Sdn. Bhd - Sendirian Berhad

Sek. Sekolah

SMI - Sekolah Menengah Islam

SRI - Sekolah Rendah Islam

S.W.T - Subhanahu Wa Ta‘ala

SYC - Smart Youth Camp

Tn. - Tuan

t.t - Tanpa Tahun

USIA - United Sabah Islamic Association

WADAH Wadah Pencerdasan Ummah

YADIM - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Page 16: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

A Soalan Temubual

B Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat

Dari Fakulti Pendidikan

C Surat Akuan Daripada PPIPS

D Surat Kebenaran Membuat Rujukan

E Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat

Daripada ABIM Negeri Johor

Page 17: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Islah dan dakwah merupakan suatu keperluan asas bagi memacu kemajuan

dan kesejahteraan umat Islam. Islah adalah suatu usaha untuk memperbaiki keadaan

masyarakat Islam, sama ada dari aspek akidah, akhlak, muamalah, kemasyarakatan,

perekonomian dan sebagainya (Ab. Aziz Mohd. Zin, 2005:1). Allah S.W.T

menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada hamba-Nya yang sentiasa

memperbaiki keadaan hidup mereka ke arah yang lebih sempurna di samping

mencari keredhaan-Nya di dunia dan akhirat.

Dakwah pula bermaksud menggesa manusia melakukan kebaikan serta

menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar agar mereka berjaya mencapai

kebahagiaan dunia dan akhirat (Syamsul Bahri, et.al, 2005: 45). Islah dan dakwah

sentiasa bergerak seiring dengan perubahan semasa tetapi masih mengekalkan

matlamatnya yang utama iaitu membimbing manusia mengagungkan Allah S.W.T

dalam menyusun kehidupan yang lebih sempurna. Hal ini menunjukkan bahawa

ajaran Islam sentiasa sesuai dengan peredaran masa dan tempat serta memberi ruang

kepada manusia untuk memperbaiki prasarana yang dapat memudahkan kehidupan

mereka. Kreativiti dan inovasi sangat digalakkan dalam Islam, tetapi ia mestilah

tidak melanggar segala perintah dan larangan Allah S.W.T.

Page 18: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

2

Menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam untuk melaksanakan islah dan

dakwah. Realiti kehidupan masyarakat Islam hari ini memerlukan pengurusan dan

perancangan yang cekap dalam melaksanakan islah dan dakwah sama ada secara

individu ataupun melalui organisasi tertentu. Corak kehidupan umat Islam sentiasa

berubah seiring perubahan persekitaran dan sosiobudaya. Malahan perubahan dalam

sosial masyarakat juga sangat membimbangkan terutamanya golongan remaja yang

semakin terjebak ke lembah kemaksiatan dan fenomena keruntuhan akhlak yang

semakin bermaharajarela. Justeru itu, dakwah sangat perlu bagi memastikan

perubahan yang berlaku bersesuaian dengan ajaran Islam yang memandu manusia ke

arah kesejahteraan (Fariza Md.Sham, et.al, 2000: iii).

Matlamat untuk membuat pengislahan dan berdakwah dalam masyarakat

Islam bukanlah suatu tugasan yang mudah bagi seseorang pendakwah atau badan-

badan dakwah. Hal ini demikian kerana terdapat banyak halangan yang perlu

ditempuhi serta diselesaikan dengan bijaksana, sabar, jujur, berdisiplin, amanah dan

cekap. Fenomena perubahan sosial pada masa kini juga perlu difahami dan dikaji

terlebih dahulu agar dapat menjamin kejayaan kegiatan islah dan dakwah yang

dilakukan serta memberi kesan di dalam diri setiap ahli masyarakat. Sebagaimana

Allah S.W.T berfirman bahawa telah berkata Luqman kepada anaknya:

¢ o_ ç6≈tƒ ÉΟ Ï%r& nο 4θn= ¢Á9$# öãΒ ù&uρ Å∃ρ ã÷è yϑ ø9$$Î/ tµ ÷Ρ $#uρ Çtã Ìs3Ζ ßϑ ø9$# ÷É9 ô¹$#uρ

4’n?tã !$ tΒ y7 t/$ |¹r& ( ¨β Î) y7Ï9≡sŒ ôÏΒ ÇΠ÷“ tã Í‘θãΒ W{$# ∩⊇∠∪

Maksudnya: Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala’ bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

(Surah Luqman, 31: 17)

Page 19: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Islah sangat penting dalam konteks pembangunan masyarakat yang

mempunyai kekuatan akidah, ketinggian sifat kemanusiaan, keluhuran budi pekerti

dan ilmu serta ketulusan hubungannya dengan Allah S.W.T. Dengan penerimaan

dakwah Islamiah yang berkesan dapat melahirkan insan yang sentiasa memanfaatkan

nikmat yang diberikan oleh Allah ke arah kebaikan dan tidak membawa

kemudharatan dalam hubungannya dengan manusia serta alam ini. Sebagaimana

Allah S.W.T berfirman:

$ tΒ uρ tβ%Ÿ2 š •/u‘ š Ï=ôγ ㊠Ï9 3“ tà) ø9$# 8Ν ù= Ýà Î/ $yγ è= ÷δ r&uρ šχθßsÎ= óÁ ãΒ ∩⊇⊇∠∪

Maksudnya: Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri.

(Surah Hud, 11: 117)

Masyarakat Islam pada hari ini telah mengalami pelbagai perubahan sosial

dan budaya yang menyebabkan mereka lalai dalam mengamalkan ajaran Islam yang

sebenar. Fenomena masyarakat Islam kini juga menunjukkan mereka telah

dipengaruhi dengan pelbagai budaya negatif yang boleh meruntuhkan akhlak mereka

sebagai seorang Muslim. Situasi ini dapat dilihat di merata tempat khususnya di

Malaysia. Akhbar dan majalah serta media eletronik sering menyiarkan mengenai

keruntuhan akhlak dan peribadi Muslim. Mereka dilanda pelbagai masalah seperti

penyalahgunaan dadah, penagihan arak, AIDS, penceraian, kegiatan maksiat,

penderaan kanak-kanak, jenayah remaja dan gejala rasuah (Mahadi Osman, et.al,

1995: ix).

Masyarakat Islam kini semakin terpengaruh dengan budaya hedonisme iaitu

budaya yang mementingkan keseronokan dan hiburan yang keterlaluan seperti

pengaruh muzik pop dan rock Barat yang boleh membangkitkan emosi manusia. Hal

demikian boleh memberikan kesan negatif terhadap pembentukan sahsiah dan minda

Page 20: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

4

terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Selain itu, antara ancaman

yang paling utama terhadap pembangunan negara dan ummah ialah masalah dadah

yang tidak boleh dipandang remeh oleh setiap lapisan masyarakat. Situasi sebegini

memerlukan keprihatinan oleh semua pihak untuk menanganinya dengan pendekatan

yang bijak dan efektif. Fenomena perubahan sosial ini juga turut mewujudkan

masalah keruntuhan akhlak yang sangat membimbangkan dalam kalangan

masyarakat seperti meluasnya aktiviti melepak dalam kalangan remaja, pergaulan

bebas, perlumbaan haram, video lucah, sumbang mahram dan sebagainya.

Masyarakat pada zaman moden ini amat mudah terdedah dengan perkara-perkara

yang mendorong kepada kemaksiatan.

Oleh itu, mengislahkan masyarakat melalui pendekatan berdakwah kepada

mereka menjadi suatu tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap Muslim. Tugas

islah dan dakwah ini bukan hanya terletak di bahu ahli agama dan tanggungjawab

pendakwah semata-mata, tetapi ia juga menjadi tanggungjawab semua umat Islam.

Seseorang Muslim itu mesti menjadi benteng mempertahankan agamanya daripada

sebarang cabaran zaman.

Selaras dengan keperluan masyarakat yang memerlukan islah dan dakwah

dilaksanakan dengan lebih berkesan, sistematik dan meluas, maka pihak kerajaan dan

swasta telah menubuhkan beberapa institusi yang dikhaskan untuk tujuan tersebut

iaitu Non Government Organisation (NGO) Islam seperti Angkatan Belia Islam

Malaysia (ABIM), Jamaah Islah Malaysia (JIM) atau badan-badan kerajaan seperti

Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

(PERKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan sebagainya (Ghazali

bin Darusalam, 1996: 113). Kesemua badan dakwah ini bermatlamat untuk

memperbaiki keadaan masyarakat dan meyebarkan risalah Islam yang menekankan

kepada iman dan amal.

Walaupun telah ditubuhkan pelbagai pertubuhan dakwah di negara ini, tetapi

masalah sosial dan kemaksiatan masih lagi berleluasa dalam kalangan masyarakat,

seolah-olah tiada sesiapa yang menyeru mereka ke arah kebaikan serta mengajak

mereka memperbaiki keadaan hidup ke arah yang diredhai Allah S.T.W. Hal ini

Page 21: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

5

demikian mungkin disebabkan dakwah yang telah dijalankan tidak mendatangkan

kesan yang mendalam terhadap masyarakat Islam di negara ini. Oleh itu, semua

pihak sama ada agensi-agensi kerajaan, badan-badan NGO yang bertanggungjawab

secara langsung terhadap hal ehwal keislaman perlu mencari modus operandi yang

sesuai untuk menggiatkan penyebaran mesej positif yang sesuai dengan fitrah

manusia (Fariza Md. Sham, et.al, 2000: 32).

1.3 Pernyataan Masalah

NGO Islam merupakan antara organisasi yang ditubuhkan untuk

mengislahkan masyarakat ke arah membina kehidupan yang lebih baik berteraskan

ajaran Islam yang suci. Selain itu, penubuhan badan dakwah tersebut bermatlamat

untuk membentuk masyarakat yang sentiasa taat kepada perintah Allah dengan

mengadakan seruan dakwah Islamiah kepada masyarakat Islam. Namun, realiti

kehidupan kini menunjukkan keadaan masyarakat di negara ini masih lagi

bergelumang dengan kemaksiatan dan keruntuhan modal insan sebagai seorang

Muslim, bahkan fenomena ini semakin berleluasa dan sangat membimbangkan.

Hanya segelintir sahaja masyarakat Islam di negara ini yang memegang teguh kepada

ajaran Islam yang sebenar sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran dan al-

Sunnah. Malah sebahagian masyarakat Islam lain masih jauh ketinggalan dan lalai

dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Walaupun badan-badan dakwah telah diwujudkan di seluruh negeri, tetapi

masalah sosial dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini semakin

membimbangkan. Mereka sangat memerlukan tarbiah dan didikan agama secara

berterusan dan bersistematik. Sebagai badan dakwah, NGO Islam perlu berperanan

dalam mengatur aktiviti dan program secara berkala untuk menjadikan masyarakat

memahami dan menghayati ajaran Islam yang suci serta memperbaiki kehidupan

mereka ke arah kebaikan.

Page 22: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

6

Melihat kepada permasalahan ini, penyelidik menjalankan kajian khusus ini

terhadap NGO Islam iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor

Darul Takzim untuk mengenalpasti peranan ABIM dalam menangani masalah yang

melanda masyarakat Islam pada masa kini yang sangat memerlukan islah dan

dakwah dari pelbagai aspek serta seruan mentaati perintah Allah S.W.T. Di samping

itu, penyelidik juga mengkaji kaedah yang diaplikasikan oleh ABIM agar ianya

sesuai dan dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat serta keberkesanannya

dalam pembentukan masyarakat madani dan sejahtera.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui kegiatan islah dan dakwah

yang dijalankan kepada masyarakat Islam oleh pihak ABIM Negeri Johor. Antara

objektif kajian yang ingin dicapai oleh penyelidik ialah:

1.4.1 Mengenalpasti peranan ABIM Negeri Johor terhadap perlaksanaan

islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat.

1.4.2 Mengenalpasti kaedah yang digunakan oleh ABIM Negeri Johor untuk

melaksanakan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat.

1.4.3 Mengenalpasti keberkesanan perlaksanaan islah dan dakwah yang

dijalankan oleh ABIM Negeri Johor dalam kalangan masyarakat.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif yang telah dinyatakan di atas, maka persoalan kajian

yang ingin dijawab ialah :

Page 23: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

7

1.5.1 Apakah peranan ABIM Negeri Johor terhadap perlaksanaan islah dan

dakwah dalam kalangan masyarakat?

1.5.2 Apakah kaedah yang digunakan oleh ABIM Negeri Johor untuk

melaksanakan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat?

1.5.3 Sejauhmanakah keberkesanan perlaksanaan islah dan dakwah yang

dijalankan oleh ABIM Negeri Johor dalam kalangan masyarakat?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini hanya tertumpu di dalam lingkungan badan pertubuhan bukan

kerajaan (NGO) iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor Darul

Takzim yang ditubuhkan khas untuk merancang dan menjalankan program-program

dakwah di peringkat negeri dan daerah. Dengan itu, kajian ini diharap dapat

dimanfaatkan oleh pihak ABIM sendiri, badan-badan NGO Islam yang lain, Jabatan

Agama Islam Negeri Johor, Persatuan-persatuan Islam sama ada di peringkat sekolah

rendah dan menengah mahupun di peringkat universiti.

Kajian ini diharap dapat membantu pihak ABIM untuk meningkatkan kualiti

pengurusan dan metodologi islah dan dakwah yang terdapat di dalam organisasi

mereka. Segala kelemahan dan kekurangan dalam organisasi mereka perlu

diperbaharui dan diperbaiki bagi mencapai matlamat utama penubuhan badan

dakwah tersebut. Setiap ahli jawatankuasa ABIM juga perlu memainkan peranan

masing-masing agar segala aktiviti yang dijalankan dapat memberi kesan yang

mendalam dalam diri setiap ahli masyarakat Islam khususnya di negara ini.

Selain itu, kajian ini diharapkan dapat membantu badan-badan NGO Islam

yang lain untuk merancang strategi dan teknik berdakwah yang efektif serta mencari

hala tuju perjuangan mereka yang sebenarnya. Hal ini supaya segala tanggungjawab

Page 24: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

8

yang dilaksanakan itu akan mendapat manfaat dan pulangan yang baik sama ada di

dunia mahupun di akhirat. NGO Islam yang lain seperti Jamaah Islah Malaysia

(JIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Jamaah Tabligh Malaysia

dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) juga dapat memantapkan lagi

pengurusan organisasi mereka untuk menyebarkan dakwah Islamiah secara

berterusan.

Kajian ini juga bermanfaat kepada pihak pengurusan Jabatan Agama Islam

Negeri Johor sebagai satu panduan untuk merancang serta melaksanakan program

yang dapat menarik perhatian masyarakat. Walaupun Jabatan Agama Islam Negeri

Johor merupakan badan dakwah kerajaan, tetapi ia perlu membina satu ikatan yang

akrab dengan pihak NGO Islam agar dapat bekerjasama dan bersatu dalam

menghadapi cabaran dakwah pada masa kini yang sememangnya memerlukan

paduan tenaga pelbagai pihak.

Akhirnya, kajian ini diharap dapat membantu persatuan-persatuan Islam sama

ada di peringkat sekolah rendah dan menengah atau di peringkat universiti dalam

merangka program untuk membantu menyemarakkan lagi aktiviti islah dan dakwah

dalam kalangan pelajar serta masyarakat secara amnya. Terdapat banyak program

keagamaan yang boleh diwujudkan di institusi pengajian tersebut seperti

mengadakan Kuiz Maal Hijrah, Musabaqah, Sambutan Awal Muharam, Ihya’

Ramadhan, Maulid al-Rasul, Majlis Israk Mi’raj dan Qiyamullail. Didikan dan

penerapan Islam sejak daripada peringkat sekolah dapat memberikan keuntungan

yang besar kepada masyarakat Islam pada masa akan datang.

1.7 Skop Kajian

Kajian ini tertumpu kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri

Johor Darul Takzim mengenai peranan mereka dalam melaksanakan gerakan islah

dan dakwah dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini khususnya di Negeri

Johor. Kajian ini juga menfokuskan kepada kaedah-kaedah yang digunakan oleh

Page 25: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

9

ABIM dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti islah dan dakwah serta pendekatan yang

di gunakan bagi mencapai objektif penubuhan NGO Islam tersebut dalam arena

perubahan sosial masyarakat kini. Selain itu, kajian ini juga terbatas kepada

keberkesanan atau penerimaan masyarakat terhadap program-program yang telah

dijalankan serta pengaruhnya terhadap pembentukan akhlak mereka.

1.8 Definisi Istilah

Beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini membawa maksud yang

tersendiri. Ia memerlukan kepada definisi yang terperinci untuk mengelakkan

daripada berlakunya sebarang kekeliruan dalam memahami kajian yang dijalankan.

Hal ini sangat perlu memandangkan maksud istilah di dalam kajian ini mungkin

sedikit berbeza berdasarkan penggunaannya. Istilah-istilah tersebut adalah seperti

berikut :

1.8.1 Peranan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 1178) mendefinisikan maksud peranan

sebagai bahagian yang dipegang dalam sesuatu tugas atau pekerjaan. Manakala

dalam Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003: 2048) pula bermaksud tugas

(tindakan, pekerjaan) yang dilakukan oleh seseorang dalam sesuatu keadaan atau

peristiwa (untuk mencapai sesuatu). Peranan yang dimaksudkan dalam kajian ini

ialah tugas-tugas yang telah ditetapkan oleh ABIM terhadap perlaksanaan islah dan

dakwah dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Page 26: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

10

1.8.2 NGO Islam

Perkataan NGO merupakan singkatan daripada Non Government

Organisation. Merujuk kepada Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Joyce M. Hawkins,

1996: 228), Non bermaksud bukan dan Government ialah pemerintah atau kerajaan

(Ibid: 141). Manakala Organization merupakan organisasi atau pertubuhan (Ibid:

236). Oleh itu, yang dimaksudkan dengan Non Government Organisation ialah

Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Islam ialah agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w (Kamus

Za’ba, 2000: 485). Manakala menurut Mu’jam al-‘Arab al-Malayuwi al-Kabir (2006:

1174) pula Islam bermaksud menerima dan patuh apa yang dibawa oleh Nabi

Muhammad s.a.w.

Definisi Islam menurut Abdul Karim Zaidan (2002: 12) ialah ketundukan,

penyerahan diri dan kepatuhan kepada Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.

Ketundukan ini pula perlu dilakukan dengan penuh kesedaran dan kerelaan bukan

terpaksa. Semua makhluk tunduk di bawah ketentuan Allah S.W.T dan Sunnatullah

sama ada dari segi kewujudannya, kesinambungannya dan kehancurannya. Dalam

hal ini manusia tidak berbeza dengan makhluk-makhluk lain. Berlainan pula dalam

soal ketundukan kepada Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam dengan penuh kerelaan.

Soal inilah yang menjadi landasan Islam dan perlu dilaksanakan oleh manusia. Bukti

ketundukan yang sempurna kepada hukum Allah S.W.T dilihat berdasarkan

sejauhmana keredaan dan penerimaan sepenuhnya kepada hukum ini tanpa ada

syarat dan alasan. Islam dalam pengertian inilah yang merupakan agama Allah

S.W.T yang diredai di sisi-Nya dan diwahyukan kepada para rasul-Nya untuk

disampaikan kepada seluruh manusia.

Dalam konteks kajian ini, Non Government Organisation (NGO) Islam ialah

pertubuhan Islam bukan kerajaan atau pihak swasta seperti Angkatan Belia Islam

Malaysia (ABIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Yayasan

Page 27: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

11

Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

dan Jamaah Islah Malaysia (JIM).

1.8.3 Islah

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 590) mendifinisikan perkataan islah

sebagai usaha untuk mengembalikan sesuatu keadaan kepada suatu keadaan yang

betul, tepat dan sesuai. Perkataan islah mengikut takrifan dalam al-Miftah Mu’jam

’Asri (2007: 180) ialah pembaharuan, pembaikan dan reformasi.

Manakala dalam Lisan al-‘Arab jilid 2 (2005: 295) pula, islah membawa

maksud meluruskan, memperbaiki dan mengelokkan. Islah yang dimaksudkan dalam

kajian ini ialah usaha untuk memperbaiki keadaan orang Islam berdasarkan kepada

pelbagai aspek dalam kehidupan.

1.8.4 Dakwah

Maksud dakwah dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 305) ialah

kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan.

Manakala dalam Kamus al-Ma’rifah (2004: 233) pula dakwah bermaksud panggilan

dan sumpah. Mu’jam al-’Arab al-Malayuwi al-Kabir (2006: 748) pula mentakrifkan

perkataan dakwah sebagai seruan. Dakwah dalam konteks kajian ini adalah kegiatan

menyeru dan meyuruh masyarakat Islam menjalani kehidupan sebagai seorang

Muslim yang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T.

Ensiklopedia Islam (1994: 280) mendefinisikan dakwah sebagai setiap

kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman serta

taat kepada Allah S.W.T sesuai dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islamiah.

Dari segi bahasa, dakwah adalah kata dasar (masdar) dari kata kerja “da'a-yad'u”

Page 28: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

12

yang bererti panggilan, seruan atau ajakan. Kata dakwah yang dirangkaikan dengan

kata “ilmu” dan kata “Islam” menjadi “ilmu dakwah” dan “dakwah Islam” atau al-

dakwah al-Islamiah.

Definisi dakwah menurut Ahmad Asnawi Hj. Hassan (1980: 2) ialah

mengajak manusia dengan cara yang benar sesuai dengan perintah Allah S.W.T

untuk kemaslahatan dan kebahagiaan mereka di dunia dan juga akhirat.

Pengertian dakwah dalam Bahasa Arab yang paling menonjol ialah meminta

tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru dan

melaung. (Ab. Aziz bin Mohd Zin, 2005: 1)

1.8.5 Masyarakat

Maksud masyarakat berdasarkan Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2005:

552) ialah umat manusia, kelompok manusia, komuniti, bangsa, kaum, suku, puak,

kumpulan etnik, ras, orang ramai, penduduk dan mujtamak.

Berdasarkan takrifan dalam Ensiklopedia Global, Edisi Milenium (2001:

155), masyarakat membawa maksud kumpulan orang yang hidup dan bergaul

bersama di suatu tempat (kampung, bandar, pinggir bandar dan lain-lain) atau

mengikut golongan dan bangsa (melayu, cina, india dan lain-lain) ataupun mengikut

agama (Islam, Kristian dan lain-lain).

Selain itu, masyarakat juga dimaksudkan sebagai kumpulan individu yang

berinteraksi dan mengambil bahagian yang sama dalam kebudayaan. Setiap ahli

masyarakat mempunyai ciri-ciri yang tersendiri hasil perkembangan sejarah dan

persekitaran. Ia termasuklah keperluan hidup iaitu dari segi pengeluaran makanan,

sistem sosial dan sistem nilai yang hampir sama. (Mohd Salleh Lebar, 2007: 40).

Page 29: NORSHIELA BINTI MD  · PDF fileperanan ngo islam terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat norshiela binti md said universiti teknologi malaysia

13

Islah dan dakwah merupakan satu usaha murni yang perlu dijalankan secara

berterusan. ABIM Negeri Johor telah ditubuhkan bertujuan untuk menjalankan usaha

islah dan dakwah kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini. Oleh itu,

dalam kajian ini, penyelidik telah menentukan beberapa objektif kajian bagi melihat

tindakan yang dilakukan oleh ABIM Negeri Johor dalam memperbaiki akhlak

masyarakat Islam pada hari ini dan usaha untuk mengajak masyarakat mengamalkan

ajaran Islam yang sebenar.

1.9 Kesimpulan

Bab ini mengandungi pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan

masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian, dan

definisi istilah yang menjelaskan gambaran keseluruhan tajuk kajian yang akan

dijalankan. Pada bahagian latar belakang masalah, perkara yang disentuh adalah

berkaitan dengan masalah perubahan sosial dan akhlak dalam kalangan masyarakat

Islam yang bergelumang dengan kemaksiatan. Manakala pada bahagian penyataan

masalah membincangkan tentang peranan NGO Islam dalam mencari penyelesaian

kepada masalah yang terjadi dalam kalangan masyarakat. Turut dinyatakan dalam

bab ini ialah objektif atau tujuan penyelidikan dijalankan. Penyelidik turut

membataskan kajian ini dalam skop kajian Manakala pada bahagian definisi istilah,

penyelidik memberikan definisi berdasarkan tajuk serta mengikut penafsiran yang

jelas berdasarkan rujukan yang dibuat. Diharap dengan kajian ini dapat memberi

manfaat kepada semua yang terlibat dalam mengendalikan perlaksanaan gerakan

islah dan dakwah khususnya di Negeri Johor.