Nota Hbef2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Nota Ringkas

Citation preview

  • NOTA RINGKAS DAN PADAT HBEF2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

    1

    TOPIK 1 ASAS KAJIAN Tujuan Kajian a) Pelaporan / Penerokaan utk mengutip maklumat awal atau latarbelakang b) Deskriptif utk menjelaskan subjek ( penyataan masalah ) c) Explanatori menjelaskan dan menerangkan sebab sesuatu fenomona berlaku d) Prediktif menlah bila dan dlm situasi mana sesuatu fenominum besar kemungkinan akan berlaku. KAJIAN DALAM PENDIDIKAN Runtuk membuat refleksi tentang andaian, nilai dan amalan; menyoal dan mencari kaedah untuk memperbaiki proses kerja kita supaya kita dapat membuat keputusan berasaskan maklumat yang betul, yang seterusnya dapat memperbaiki amalan profesional kita. Jenis Kajian 1. Kajian tindakan ada 2 kompenan a) bhg penyelidikan b)Bhg tindakan. Tujuan a) mengepasti masalah b) utk menyelesaikan masalah. 2. Kajian konvensional : a) Kajian kuantitatif b) Kajian kualitatif Kajian kuantitatif R adalah satu bentuk inkuiri positivis yang menekankan pemerolehan fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi Kajian Kualitatif adalah kajian yang menekankan kepada penghasilan makna (production of meaning)

    Kajian Tindakan -untuk memperbaikinya dan menunjukkan bukti setakat mana amalan itu telah dibaiki. Langkah asas Kajian tindakan 1. meninjau amalan semasa 2. kenalpasti masalah utk diselidik 3. bagaimana anda memperbaiki amalan secara praktik 4. cuba selesai dan nilai semula 5. ubah amalan mengikut maklum balas dr langkah 4 6. teruskan memantau amalan 7. lihat semula dan nilai amalan yg telah diubah KAEDAH INKUIRI SAINTIFIK DALAM KAJIAN Runtuk membina dan menguji pelbagai hipotesis melalui pemikiran induktif-deduktif. Kajian saintifik menggunakan proses tertentu yang menggabungkan pemikiran induktif dan deduktif serta pencerapan dan pengujian hipotesis kepada

    aktiviti-aktiviti yang berasaskan pemikiran reflektif RSains adalah satu sistem cara yang dapat menghasilkan ilmu pengetahuan. Ciri-ciri Sains a) Empirikal Data empirikal diperoleh mengikut keadaan tertentu. b)Boleh diulang(replicable) Kajian boleh diulang mengikut keadaan, sampel dan kaedah yang digunakan sebelumnya. c) Analitikal Ia mengikut kaedah saintifik untuk memecah dan menjelaskan fakta empirikal. d) Berasaskan teori Ia bergantung kepada pengetahun lepas. e)Logikal Kesimpulan dibuat berasaskan logik dan hasil kajian. f) Teliti Usaha dibuat untuk mengurangkan kesilapan. ALTERNATIF KEPADA SAINS DALAM PENGHASILAN ILMU (a) Autoriti Pengetahuan yang diperoleh daripada ibu bapa, para guru dan pakar serta daripada buku dan media (b) Tradisi Pengetahuan yang berasaskan tradisi biasanya diterima sebagai betul disebabkan ia telah melalui ujian masa, dan justeru boleh dipercayai (c) Pengetahuan Umum Maklumat dan pengetahuan boleh juga didapati daripada apa yang diketahui oleh semua orang yang mempecayainya (d) Mistri Media Siaran TV, filem, surat kabar, majalah dan media lain adalah penting kepada kita sebagai sumber maklumat (e) Pengalaman Peribadi Apabila sesuatu berlaku, kita dapat merasainya, kita dapat mengalaminya, dan kita terimanya sebagai benar Pengalaman peribadi ini dikukuhkan melalui empat kesilapan utama: R Terlebih generalisasi (overgeneralisation): iaitu kita mengandaikan perkara ini benar dalam situasi-situasi lain. R Pencerapan terpilih (selective perception): iaitu, apabila kita memberi tumpuan kepada perkara tertentu sahaja dan tidak kepada perkara-perkara lain. R Keputusan lebih awal (premature closure): iaitu keputusan yang kita buat apabila kita rasa kita sudah pun mempunyai segala jawapan yang kita perlukan dan kita rasa kita tidak perlu lagi mendengar pendapat orang lain, mencari maklumat lain atau menimbulkan persoalan lain. RKesan Halo (Halo effect): iaitu, apabila kita terlebih membuat generalisasi terhadap objek atau seseorang yang mempunyai ciri-ciri cemerlang, yang membawa kita kepada memberi penilaian yang berlebihan kepada objek atau orang tersebut. KEBAIKAN PENDEKATAN SAINTIFIK R lebih daripada proses pengutipan dan penganalisisan data R berasaskan logik and pencerapan Model Sains Tradisi (a) Teori digunakan untuk menggarap idea yang dihasilkan dalam bentuk hipotesis. (b) Operasionalisasi menyatakan makna semua pemboleh ubah yang terlibat dan bagaimana pemboleh ubah ini diukur. Ia adalah satu proses untuk menyatakan definisi operasional, atau menyatakan operasi terperinci untuk mengukur pemboleh ubah. (c) Pencerapan melihat dan membuat pengukuran ke atas apa yang dilihat. (a) Model Induktif bergerak daripada perkara spesifik kepada umum (general), daripada satu set pencerapan tertentu (specific observations) kepada penemuan bentuk (discovery of a pattern) yang mempunyai susunan. (pencerapan) (b) Model Deduktif bergerak daripada umum kepada spesifik. Daripada satu bentuk tertentu yang dijangka berasaskan logik atau teori kepada pencerapan yang menguji sama ada bentuk yang dijangka itu sebenarnya wujud. (teori) KRITERIA KAJIAN YANG BAIK (a) Tujuan Kajian yang Jelas untuk mengelakkan kekeliruan. (b) Penerangan yang Jelas tentang Proses Kajian

  • NOTA RINGKAS DAN PADAT HBEF2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

    2

    Proses kajian perlu diterangkan secara terperinci supaya ia boleh diulang dan disahkan oleh penyelidik-penyelidik lain. (c) Perancangan dan Pelaksanaan yang Sistematik Proses menjalankan kajian perlu dirancang dengan cermat untuk mengurangkan ralat (error). (d) Piawai Etika yang Tinggi Sesuatu projek kajian yang memberi keutamaan kepada pengawalan para peserta kajian daripada prasangka atau bahaya, yang pada masa yang sama dapat menghasilkan keputusan berkualiti, akan diberi nilai yang tinggi. (e) Dapatan yang Dibincang dengan Jelas Penyelidik perlu menggunakan kaedah menganalisis data yang sesuai, dan analisis ini perlu dibuat secara terperinci. Selain itu, kebolehpercayaan dan kesahan data perlu disemak dan disahkan; dapatan kajian perlu diterangkan dengan jelas. (f) Batasan Kajian Dinyatakan dengan Jelas penyelidik perlu menyatakan batasan-batasan atau kesilapan yang berlaku semasa kajian dijalankan, yang boleh memberi kesan kepada dapatan kajian. ETIKA KAJIAN R kerahsiaan peserta kajian; R penyertaan secara sukarela dan hak peserta untuk menarik diri daripada sebahagian kajian atau sepenuhnya; R keizinan dan kemungkinan penipuan di pihak peserta; R menjaga kerahsiaan data daripada individu yang boleh dikenal pasti; R reaksi peserta terhadap cara penyelidik mengguna, menganalisis dan melapor dapatan-dapatan kajian; dan R tingkah laku dan keobjektifan penyelidik. Kajian asas Kajian yang dibuat untuk meningkatkan kefahaman teori-teori sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru dengan tidak mengambil kira aplikasi hasil kajian. Kajian gunaan Kajian yang dibuat untuk menyelesaikan masalah harian, misalnya, soalan berkaitan polisi atau menyelesaikan masalah sosial, pendidikan atau perniagaan. Kajian kuantitatif Kajian yang menekankan pemerolehan fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi. Kajian kualitatif Kajian yang menekankan kepada penghasilan makna yang mengambil kira apa yang tidak disentuh oleh kajian kualitatif, misalnya, pandangan subjektif seseorang, akibat yang dirancang dan tidak dirancang, keanihan seseorang, dan sebagainya. Kajian tindakan Kajian yang menekankan kepada penilaian amalan harian, sama ada telah mencapai tahap yang sepatutnya. TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN Tujuan menulis kajian (a) mengenal pasti permasalahan yang dikaji dan menyatakan satu set soalan kajian untuk dijawab dalam kajian; (b) membuat tinjauan literatur berkaitan dengan permasalahan kajian serta mengenal pasti bidang yang belum lagi dikaji atau kurang diberi perhatian oleh pengkaji; (c) menghasilkan hipotesis (jawapan yang diramalkan untuk soalan kajian, jika berkaitan); (d) membina metodologi kajian yang berpadanan untuk menguji hipotesis atau untuk menjawab soalan-soalan kajian; (e) membina reka bentuk kajian dan teknik pengumpulan data yang sesuai; dan (f) mengenal pasti prosedur analisis data yang sesuai dan justifikasinya. KANDUNGAN CADANGAN KAJIAN Bab Satu menyatakan masalah yang ingin dikaji, termasuk tujuan, soalan kajian dan kepentingan kajian. (a) Pengenalan (b) Latar Belakang Masalah Kajian (c) Pernyataan Masalah (d) Kerangka Konsep (sebab munasabab) (e) Objektif dan Soalan Kajian (f) Kepentingan Kajian (g) Batasan Kajian (h)

    Penerangan Terminologi (istilah) (i) Rumusan Bab Dua Tinjauan Literatur memaparkan literatur berkaitan dan kajian berkaitan dengan topik yang anda pilih. (a) Pengenalan (b) Literatur Berkaitan (c) Kajian Berkaitan (d) Rumusan Bab Tiga Metodologi Kajian menjelaskan secara terperinci tentang reka bentuk kajian, termasuk pemilihan sampel dan cara data dikutip dan dianalisis. (a) Pengenalan (b) Reka Bentuk Kajian s/ada ia menggunakan kaedah kuantitatif atau kaedah kualitatif (c) Populasi dan Sampel (d) Alat Kajian (i) Teknik Pengutipan Data (ii) Kaedah Analisis Data (iii) Rumusan TOPIK 3 MASALAH KAJIAN Kita menjalankan kajian dengan tujuan tertentu. Antara tujuan kajian adalah: R menyelesaikan masalah kritikal yang memerlukan tindakan segera; R membawa perubahan kepada amalan pendidikan yang wujud pada masa ini; dan R menghasilkan penemuan baru, ilmu baru atau produk yang berguna dalam pendidikan. Latar Belakang Masalah Kajian RApakah masalah atau isu? RSiapakah yang menyatakan itu suatu isu? R Apakah data yang boleh membuktikan ia adalah suatu isu? MEMAHAMI BIDANG KAJIAN memahami beberapa variabel kajian, konsep-konsep yang berkaitan, teori dan model, kerangka konsepsual dan teoretikal serta pernyataan masalah kajian Kerangka Teori/Konsepsual Kajian R kesediaan guru memahami pakej dan kemahiran-kemahiran berkaitan; Rkemudahan yang disediakan; R latihan pengajaran dan pembelajaran; R pertolongan pentadbiran; R penilaian; serta R konstrain dan cara mengatasinya Pernyataan masalah yang baik tentang masalah kajian dapat memberi gambaran menyeluruh, dengan tumpuan kepada variabel dan hala tuju kajian. TUJUAN KAJIAN sesuatu rancangan disediakan untuk memenuhi sesuatu tujuan, yang kemudiannya diterjemahkan kepada objektif yang lebih spesifik Objektif kajian adalah pernyataan tujuan spesifik kajian yang disenaraikan sebelum sesuatu kajian dijalankan Soalan kajian ialah soalan yang dibina berpandukan kepada objektif kajian, yang mana jawapan kepada soalan ini akan membantu pengkaji untuk mencapai objektif dan tujuan kajian Ciri-ciri hipotesis adalah seperti berikut: R Suatu pernyataan yang diramal mempunyai jawapan yang bernilai kepada soalan kajian. R Suatu jangkaan yang mempunyai hubungan antara beberapa variabel atau kesan antara satu variabel terhadap variabel lain. R Hipotesis boleh diuji secara statistik. Berikut dijelaskan perbezaan antara hipotesis kajian dan hipotesis statistik Hipotesis kajian adalah pernyataan tentang keputusan yang dijangka, sebaliknya, hipotesis statistik adalah pernyataan tentang andaian bahawa tiada hubungan antara variabel-variabel yang dikaji Hipotesis kajian takberarah bermaksud jangkaan kita tentang perbezaan atau hubungan antara variabel yang dikaji adalah tidak memihak kepada mana-mana arah. Hipotesis kajian berarah pula bermaksud jangkaan kita tentang perbezaan atau hubungan antara variabel adalah memihak kepada arah tertentu, misalnya lebih tinggi, lebih rendah dll Variabel Faktor yang berubah dalam kualiti, kuantiti atau saiz yang mengikut responden atau situasi tertentu.

  • NOTA RINGKAS DAN PADAT HBEF2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

    3

    Hipotesis kajian Satu pernyataan yang berkait dengan spekulasi tentang sesuatu perkara. Kerangka konsepsual Kerangka yang menerangkan tentang hubungan antara variabel dalam kajian dan kesan hubungan tersebut. Kerangka teori Kerangka yang dapat menerangkan sesuatu fenomena dengan mengaitkan variabel-variabel yang terdapat dalam sesuatu kajian. Teori Perkaitan antara variabel yang dapat menjelaskan sesuatu fenomena. TOPIK 4 TINJAUAN LITERATUR 1. MEMAHAMI BIDANG KAJIAN Rpemahaman yang mendalam tentang konsep-konsep Rmemahami teori-teori berkaitan bidang kajian RDapatkan bahan-bahan berkaitan daripada tesis dalam bidang kajian, jurnal/buku/ ensaiklopedia pendidikan, laporan kajian di Malaysia: EPRD/BPG/Institut Pengajian Tinggi, prosiding seminar, internet dll R perpustakaan institut pengajian tinggi dan dapatkan bahanbahan yang berkaitan. R menggunakan internet untuk mencari banyak maklumat tentang kajian pendidikan R menyaring bahan-bahan ini yang berkait rapat dengan topik kajian. R Baca bahan-bahan yang disaring dan sediakan abstrak yang mengandungi nama pengarang, tahun kajian dijalankan, topik kajian, tempat kajian dijalankan, metodologi kajian, hasil kajian dan kesimpulannya. R Rekodkan juga sumber bahan/artikal Peringatan! Tinjauan literatur memerlukan banyak teori dan kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang akan dilakukan. Ia perlu mengambil kira perkaitan antara teori-teori dan dapatan-dapatan kajian. Kita perlu juga melihat persamaan dan pertentangan antara teori-teori dan dapatan daripada tinjaun literatur, dan perlu bertanya diri kita sendiri bagaimana kita menangani dan mengambil peluang daripada persamaan dan pertentangan ini. Pemahaman tentang Teori Berkaitan - Apakah bentuk teori yang menjadi asas kepada kajian anda? Pemahaman tentang Model Berkaitan - adakah model-model tersebut sesuai dengan topik kajian kita 2. TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN -merujuk kepada kajian berkaitan untuk kita mengetahui dapatan-dapatan dan pengkaedahan kajian yang terkini Rkita perlu mengenal pasti kajian-kajian lepas yang sama/hampir sama dengan topik kajian yang akan kita lakukan R menganalisis kajian-kajian lepas, perlu memberi perhatian kepada kronologi kajian-kajian yang bertujuan untuk menentukan tren kajian dalam bidang kajian. 3. TINJAUAN KAEDAH KAJIAN LEPAS R Setelah memperoleh maklumat daripada kajian-kajian lepas, perlu diteliti skop kajian (yang mungkin sengaja dibataskan oleh pengkaji) dan kaedah kajian. RReka bentuk kajian adalah strategi untuk menjalankan kajian yang melibatkan pemilihan sampel, pembahagian sampel kepada beberapa kumpulan yang sesuai serta kaedah dan teknik pengutipan data. R kajian tinjauan, sampel yang besar terdiri daripada antara 100 sehingga 1,000 subjek/responden kajian. kajian ekperimen pula adalah sukar untuk menjalankan kajian menggunakan sampel yang besar disebabkan kekangan-kekangan semasa melaksanakan eksperimen. Kajian etnografi dan kajian kes biasanya melibatkan sampel yang kecil sahaja, - memilih kaedah yang sesuai untuk digunakan dalam kajian kita, berpandukan soalan-soalan kajian dan kaedah analisis data yang digunakan dalam kajian-kajian lepas. Ini dapat dijadikan justifikasi mengapa kita memilih kaedah analisis data tertentu untuk kajian kita TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN

    1. Kajian adalah penggunaan kaedah saintifik secara formal dan sistematik untuk mengkaji masalah-masalah dalam bidang/disiplin ilmu tertentu. 2. merancang kaedah dan tatacara kajian yang hendak dijalankan. Rancangan kajian ini akan memberi gambaran tentang siapakah responden kajian; apakah variabel kajian, jenis data kajian dan alat-alat kajian yang akan digunakan; dan juga bagaimana data akan dikutip dan dianalisis. 3. Soalan-soalan kajian adalah soalan-soalan yang kita tanya, yang jawapannya boleh digunakan untuk mencapai tujuantujuan kajian yang kita akan jalankan 4. Reka bentuk kajian a) Kuantitatif 1. Eksperimen -kajian bandingan kumpulan 2. Kuasi-eksperimen -menggunakan kelas-kelas yang sedia ada sebagai kumpulan kawalan dan eksperimen. 3. Korelasi - membandingkan keputusan peperiksaan muridmurinya dlm 2 matapelajaran 4. Tinjauan- cross-sectional digunakan untuk mengutip data yang menggambarkan sikap, pendapat atau kepercayaan semasa. Reka bentuk longitudinal pula digunakan untuk mengkaji individu-individu dalam jangka masa tertentu Kualitatif 1. Teori grounded - memerlukan pencerapan (observation) dan juga temubual 2. Etnografi -boleh mengenal pasti satu kumpulan orang untuk dikaji, melawat seting kumpulan ini, catitkan bagaimana mereka bertingkahlaku dan berinteraksi dengan orang-orang lain 3. Naratif- menceritakan secara sendiri kepada pengkaji apa yang berlaku kepadanya ( kajian individu ) Gabungan Kuantitatif dan Kualitatif 1. Kedah bercampur -satu tatacara untuk mengutip keduadua jenis data, iaitu data kualitatif dan data kuantitatif dalam satu kajian 2. Kajian tindakan- guru menjalankan kajian dalam bilik darjah untuk mereka membuat refleksi tentang pengajaran mereka Populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan. Sampel kajian pula ialah responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi a) Persampelan rawak mudah (PRM) adalah satu proses pemilihan sampel di mana semua individu dalam populasi tertentu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel b) Persampelan rawak berstrata (PRS) adalah satu proses pemilihan sampel di mana populasi kajian dibahagikan kepada beberapa strata/kumpulan kecil- L pandai, L lemah, P pandai, P lemah . c) Persampelan sistematik (PS) adalah satu proses persampelan, di mana setiap ahli populasi diberi nombor berturutan, dan sampel dipilih dengan mengambil ahli populasi yang bernombor dengan selang tertentu. d) Persampelan kelompok (PK) adalah satu proses persampelan, di mana ahli-ahli populasi berada dalam kumpulan-kumpulan tertentu ALAT KAJIAN Proses pembinaan alat kajian boleh dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu (a) menentukan objektif alat kajian-apakah yang kita ingin tahu tentang responden kajian kita (b) menentukan kandungan alat kajian -ujian yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan kandungan (content validity) yang tinggi Jenis Kebolehpercayaan dan Kesahan 1. Kestabilan- Kebolehpercayaan kestabilan ialah ukuran ketekalan (consistency) mengikut peredaran masa bagi sampel yang sama 2. Kesetaraan Kebolehpercayaan kesetaraan ialah ukuran kesetaraan antara skor bagi dua (2) ujian yang setara, iaitu ujian yang berbeza, tetapi mengukur kandungan yang sama.

  • NOTA RINGKAS DAN PADAT HBEF2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

    4

    3. Ketekalan Dalaman Kebolehpercayaan ketekalan dalaman ialah ukuran ketekalan antara skor separuh daripada ujian dengan skor separuh lagi ujian bagi ujian yang sama. empat (4) jenis kesahan 1. Kesahan kandungan ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur kandungan bidang yang hendak diukur. 2. Kesahan hubungan kriteria terdiri daripada dua (2) bentuk, iaitu kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan ramalan (predictive validity) 3. Kesahan konstruk ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur sesuatu konstruk/gagasan berasaskan teori psikologi tertentu eg. Rajin 4. Kesahan muka sesuatu alat/ujian nampak pada permukaannya dapat mengukur apa yang hendak diukur Contohnya, bagi alat yang mengukur konstruk rajin, kita sepatutnya nampak item-itemnya berkait dengan ciri-ciri orang yang rajin. Kajian rintis adalah kajian yang dibuat sebelum kajian sebenar dijalankan yang bertujuan untuk memestikan alat-alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang munkin berlaku semasa kajian sebenar dijalankan. Fungsinya : RMenyemak kejelasan item-item, arahan dan dan susun atur (layout) soal selidik. R Mendapatkan maklum balas tentang kesahan item-item soal selidik. R Mendapatkan maklum balas tentang kesesuaian item-item dan format jawapan. R Mendapatkan maklum balas tentang kategori jawapan bagi item-item tertutup. R Mendapatkan maklum balas tentang daya tarikan soal selidik. R Menyemak masa yang diperlukan untuk menjawab soal selidik. R Mengenal pasti item-item yang tidak berkaitan dalam soal selidik. R Menyediakan kod untuk kemasukan data dalam fail data komputer Variabel adalah idea yang pengkaji ingin meneliti dalam kajian mereka. Secara operasinya, variabel ialah sesuatu ciri atau atribut seseorang individu atau organisasi yang kita boleh cerap (observe) dan boleh diukur (measure). Penganalisisan Data Kualitatif R Meyedia dan menyusun data untuk dianalisis. RMenghurai dan membina tema daripada data. R Melaporkan dapatan kajian. RMenafsirkan (interpreting) dapatan kajian. R Mengesahkan ketepatan dan kebolehpercayaan dapatan kajian Penganalisisan Data Kuantitatif - menghimpun dan mengubah data daripada bentuk kualitatif kepada bentuk kuantitatif kedlm program spss -menentukan ukuran kepada setiap variabel kajian yang digunakan - memprogramkan supaya komputer memberikan kekerapan (frequency) bagi setiap skor kepada item yang dimasukkan - memilih analisis statistik yang sesuai diguna untuk menjelaskan profil/latar belakang responden dan menjawab soalan-soalan kajian TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF 1 Reka Bentuk Kajian Kualitatif - merupakan satu rancangan bagaimana kajian akan dijalankan dan membentuk kajian membawa maksud tertentu berkait dengan idea dan persoalan kajian : (i) jangka masa kajian; (ii) jenis data yang hendak dikutip; (iii) alat yang sesuai untuk mengutip data tersebut; (iv) di mana kajian tersebut hendak dijalankan; (v) kumpulan responden yang akan digunakan sebagai sampel; (vi) strategi pengutipan data yang sesuai digunakan;

    (vii) jangka masa dan kos yang diperlukan untuk menjalankan kajian; dan (viii) bagaimana data hendak disusun, dianalisis dan ditafsirkan. 2 Pemilihan Bentuk Kajian (a) Bentuk Kajian Lapangan-data dikutip melalui temubual dengan responden kajian atau melalui pemerhatian terhadap fenomena yang dikaji. (b) Bentuk Kajian Kes-adalah kajian tentang sesuatu kes atau beberapa kes. berkait dengan manusia, kumpulan manusia, peristiwa kritikal, projek, komuniti atau sebahagian daripada program. Satu kes adalah satu unit asas analisis. Data kes termasuk data temuduga, data pemerhatian, data rekod dan pernyataan daripada mana-mana ambilan mengenai kes tersebut. Teknik utama yang digunakan ialah pemerhatian lapangan, temuduga dan analisis dokumen. (c) Bentuk Kumpulan Terfokus- proses pengutipan data melalui temubual yang dibentuk khas untuk kumpulan kecil. perlu berbincang menggunakan psikologi secara sedar, separuh sedar dan bawah sedar . satu kaedah untuk mendapatkan maklumat berasaskan pendapat, pengalaman and sikap. (d) Bentuk Kajian Tindakan bertindak secara sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah spesifk. Kajian tindakan menggunakan pendekatan kolaboratif dalam kajian. Proses kajian ini melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi (e) Bentuk Analisis Dokumen Kajian kualitatif juga boleh dibuat dengan menganalisis kandungan dokumen untuk mendapatkan data kajian. (f) Bentuk Pelbagai Pendekatan- Pendekatan ini mencantumkan dua atau lebih bentuk kajian kualitatif dan kuantitatif. pengutipan data dengan menggunakan lebih daripada satu kaedah. 3 Membina Alat Kajian Kualitatif (a) Penilaian Dokumen - Dokuman merujuk kepada suatu rekod tentang pemikiran, perasaan, pendapat atau tindakan seseorang, rekod bertulis tentang sejarah institusi, aktiviti, peristiwa atau persembahan. Peringkat analisis data Pra masuk ( Jenis, lokasi, aksebiliti , j/masa dokumen ) , Rekoding ( Jenis kod, proses rekod isi ) , Memproses ( pkurangan data, pamir data , verifikasi data ) , Interpretatasi ( dapatan utama / sekunder , Minterpretasi penemuan ) (b) Alat Pemerhatian Ciri-ciri R Satu atau lebih pemerhati diletakkan di tempat yang sesuai pada sudut tertentu dan pada masa yang ditetapkan. R Membantu pemerhati dengan menggunakan prainstruksi. R Pilih pemerhati dan sediakan mereka untuk pemerhatian. R Pilih siapa yang hendak diperhati dan bila hendak dibuat pemerhatian R Menyediakan sesuatu yang patut dibuat. (c) Alat Menemuduga- Temuduga merupakan perbualan yang mempunyai tujuan tertentu. R Temuduga berstruktur atau piawai. Soalan yang dibangunkan bertujuan untuk mendapat respons yang spesifik. R Separuh berstruktur atau separuh piawai di mana beberapa siri soalan pra-penentuan atau soalan terbuka telah dibangunkan. R Temuduga tanpa-berstruktur atau temuduga tanpa-standard. 4 Kebolehpercayaan dan Kesahan - dari segi: (1) alat yang digunakan dalam kajian; (2) proses mengutip data; dan (3) kaedah analisis data. Triangulasi merupakan satu konsep yang digunakan umum dalam aktiviti lapangan, membuat peta, navigasi dan latihan militer. Jenis triangulasi : (i) Triangulasi data yang melibatkan pengutipan pelbagai jenis data untuk menyelidik fenomena yang sama. (ii) Triangulasi penyelidikan yang melibatkan pelbagai pemerhati berbanding dengan pemerhati tunggal untuk menyelidik fenomena yang sama. (iii) Triangulasi teori yang melibatkan penggunaan lebih daripada satu teori untuk menyelidik fenomena yang sama. (iv) Triangulasi kaedah yang melibatkan penggunaan pelbagai kaedah untuk menyelidik fenomena yang sama. 5 Persampelan dalam Kajian Kualitatif

  • NOTA RINGKAS DAN PADAT HBEF2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

    5

    (a) Strategi Persampelan dalam kajian kuanlitatif strategi persampelan bukanberkebarangkalian digunakan (non-probability sampling). Empat (4) jenis persampelan bukan kebarangkalian : (i) persampelan mudah; subjek kajian yang mudah diperoleh (ii) persampelan bertujuan; pengkaji menggunakan pengetahuan kepakaran/khusus tentang sesuatu kumpulan untuk memilih subjek yang hendak dikaji daripada populasi. (iii) persampelan snowball; mengenal pasti lokasi subjek yang mempunyai atribut/ciri-ciri tertentu semasa kita menjalankan kajian. (iv) persampelan kuota (quata sampling): pemilihan sampel secara mudah mengikut pembahagian (kuota) ciri-ciri sampel yang ditentukan. 6. Kaedah Pengutipan Data R data yang didapati daripada dokumen; ( dimana, siapa , bila ) , Tubuh system organisasi data. R data yang didapati daripada temuduga; satu teknik pengutipan data dengan menemubual subjek kajian secara langsung R data yang didapati daripada pemerhatian . 7. Proses Menganalisis Data (i) Tahap pra-analisis; Semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkat dan lengkapkan. Semua nota dilabelkan menurut jenis. (ii) Tahap kemasan data; data ditranskrip-sikan dalam word processing atau dalam format analisis tekstual menggunakan komputer. (iii) Tahap pamiran data ; Data dipamirkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda (tally) dan rumusan. (iv) Tahap verifikasi data; Semua prosedur yang membawa kepada kesimpulan dinyatakan dengan tepat (v) Tahap dapatan (termasuk interpretasi). Penyemakan dan interpretasi dapatan. 8. Interpretasi Data (a) Data Dokumen (i) Data dikutip dan diubah menjadi teks. (ii) Teks dilabel dan dikategorikan. (iii) Berdasarkan label dan kategori, anda akan dapati beberapa tema akan Menjelma. (iv) Bahan dipilih mengikut kategori dengan mengenal pasti bentuk frasa yang sama dan tanda serta hubungan dan kesamaan atau perbezaannya. (v) Bahan yang sudah ditapis dinilai mengikut kajian lepas. (b) Garis Panduan untuk Analisis Isi Kandungan (i) Anda sendiri perlu membuat keputusan tentang gaya analisis isi kandungan. (ii) Adakah anda mahu analisis isi kandungan latent atau manifest? Isi kandungan manifest merupakan sesuatu yang tidak natural atau mempunyai isi kandungan permukaan sahaja. Isi kandungan latent pula mempunyai makna dalaman bagi sesuatu mesej. (iii) Perhatikan perkataan, frasa, ayat atau perenggan dan letakkan semuanya dalam sesuatu label atau tema. (c) Data Temubual - digunakan untuk menganalisis orientasi (d) Data Pemerhatian Kebolehpercayaan Ketekalan data yang diperoleh sekiranya pengutipan data dibuat semula. Kesahan Sejauh mana data yang dikutip menggambarkan apa yang kita ingin tahu. Pemerhatian Satu teknik pengutipan data dengan memerhati tingkah laku subjek kajian secara langsung. Temubual Satu teknik pengutipan data dengan menemubual subjek kajian secara langsung. Triangulasi Proses yang digunakan untuk tujuan pengesahan maklumat untuk kajian kualitatif. TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF 1. REKA BENTUK DAN ALAT KAJIAN - - mengukur secara kuantitatif hubungan antara variabel tak-bersandar dengan variabel bersandar, - alat-alat kajian seperti ujian pencapaian, inventori dan soalselidik a) Kesahan Dapatan Kajian Kuantitatif Terdapat lapan (8) faktor yang boleh mempengaruhi kesahan dalaman sesuatu eksperimen : (a) Sejarah

    (b) Kematangan ( tempoh masa )] (c) Pengujian- Kesan ujian pertama ke atas skor ujian kedua (d) Alat ukuran (e) Regresi Statistik - kumpulan yang mempunyai skor ekstrim (skor rendah atau skor tingi) akan memberikan dapatan kajian yang tidak sah. (f) Pemilihan berlaku bias dlm pemilihan sample (g) Mortaliti- Kehilangan subjek kajian dalam kumpulan yang dibandingkan (h) Interaksi Kedewasaan-pemilihan Terdapat empat (4) faktor yang boleh mempengaruhi kesahan luaran sesuatu eksperimen, (a) Kesan Interaksi Pengujian Peningkatan pencapaian subjek kajian adalah disebabkan oleh mereka dapat mengingat soalan dan jawapan ujianpra. (b) Interaksi Peningkatan/penurunan pencapaian subjek kajian adalah disebabkan oleh kesan interaksi antara subjek kajian dengan variabel yang dikaji. (c) Kesan Tindak Balas Kesan tindak balas (reactive effects) adalah kesan yang hanya wujud dalam suasana eksperimen, tetapi ianya tidak wujud dalam suasana biasa (suasana bukan eksperimen). (d) Gangguan Rawatan Berganda Kesan pelbagai rawatan terdahulu yang tidak terhapus. 2. Reka Bentuk Kajian Kuantitatif (a) Reka Bentuk Kajian Deskriptif (i) Reka bentuk kes (case design) (ii) Reka bentuk siri-kes (case-series design) (iii) Reka bentuk silang/keratan lintang (cross-sectional design) (iv) Reka bentuk kohot atau perspektif (cohort or perspective design) (v) Reka bentuk retrospektif atau kawalan kes (retrospective or case-control design). (b) Reka Bentuk Kajian Eksperimen (i) Reka bentuk tak-berkumpulan-kawalan (no-control-group design): reka bentuk ujianpra-ujianpos-satu-kumpulan (singlegroup- pretest-posttest design), reka bentuk siri-masa (time-series design) (ii) Reka bentuk berkumpulan-kawalan (control-group design): Reka bentuk berkumpulan-kawalan-ujianpos-sahaja (controlgroup- posttestonly design); Reka bentuk berkumpulan-kawalanujianpra- ujianpos (control-group-pretestposttest design). Reka bentuk kumpulan kawalan-Solomon (Solmon-control-group design), Reka bentuk faktorial (factorial design). Kajian Deskriptif Kajian deskriptif ialah kajian yang tidak mengenakan apa-apa rawatan kepada subjek kajian dan biasanya variabel kajian diukur sekali sahaja. Untuk mendapatkan hasil kajian yang baik, pengkaji biasanya memerlukan sampel yang besar, iaitu 100 hingga 1,000 subjek. Reka bentuk Kajian Deskriptif : a) Kes satu subjek kajian sahaja. b) Siri kes beberapa kes c) Silang - variabel-variabel kajian dicerap sekali sahaja terhadap subjek kajian d) kohot - beberapa variabel (seperti tabiat menghisap rokok) diukur pada awal kajian, kemudian selepas beberapa ketika, hasil/kesannya (seperti sakit jantung) ditentukan e) Retrospektif - kajian ini berfokus kepada keadaan masa lalu yang boleh menyebabkan sesuatu kes/hasil berlaku . lebih sukar dan memakan masa untuk dilaksanakan, tetapi ia lebih meyakinkan untuk menunjukkan wujudnya hubungan sebab-kesan. Kajian Eksperimen RKajian ini dibuat untuk menentukan sebab kepada sesuatu kesan . dua (2) jenis, iaitu (i) reka bentuk takberkumpulan- kawalan : kajian dijalankan ke atas satu (1) kumpulan subjek kajian sahaja. Salah satu daripada reka bentuk ini ialah reka bentuk ujianpra-ujianpos-satukumpulan.

  • NOTA RINGKAS DAN PADAT HBEF2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

    6

    (ii) reka bentuk berkumpulan-kawalan : subjek kajian dibahagikan kepada dua (2) kumpulan secara rawak, di mana satu (1) kumpulan tidak diberikan rawatan atau diberikan rawatan kawalan (kumpulan kawalan), sementara satu (1) kumpulan lagi (kumpulan eksperimen) diberikan rawatan sebenar. 3. Soal-Selidik Soal-selidik ditakrifkan sebagai satu set soalan/item bercetak yang digunakan untuk mengutip/memperoleh data kajian secara laporan kendiri daripada subjek/responden kajian. Langkah-langkah membina soal-selidik. (i) Membangunkan item sesuai dgn obj kajian. (ii) Menyediakan tatacara analisis yang sesuai. (iii) Menjalankan ujian rintis untuk menguji kesesuaian item. (iv) Memperbaiki item selepas maklum balas daripada ujian rinstis. (v) Memberi latihan kepada penemuduga atau pengutip data. 4. Inventori - Inventori ialah satu set soal-selidik yang dibina dan diuji untuk mengukur satu konstruk/ciri psikologi tertentu seseorang individu, (a) Skala Likert - satu skala nombor integer yang mempunyai sama selangnya 5. PENJELMAAN DATA - dua proses dalam menganaliss data: (a) Memproses data dari borang soal selidik (b) Memproses data dari inventori Data perlu diolah kepada kategori, peratus, min dan sisihan piawai. langkah-langkah dalam analisis data: (a) Fasa pra-analisis (b) Fasa pengurangan saiz data (c) Fasa paparan data (d) Fasa pengesahan data (e) Fasa dapatan - Prosedur Pemprosesan Data (a) Surat memohon kebenaran (b) Selepas mendapat kebenaran dari pengetua (c) borang soal-selidik/inventori diedarkan dan meminta sample mengisikannya. (d) data mentah yang diperoleh itu hendaklah diproses terlebih dahulu untuk mendapatkan latar belakang subjek kajian (e) Data daripada alat kajian, seperti soal selidik / inventori, perlu diubah kepada skor variabel-variabel kajian. (f) pengkaji boleh mula menganalisis data kajian untuk menjawab soalan-soalan dan/atau hipotesis-hipotesis kajian. Inventori Satu set soal-selidik yang dibina dan diuji untuk mengukur satu konstruk psikologi tertentu seseorang individu. Kajian deskriptif Kajian di mana rawatan tidak dibrikan kepada subjek kajian dan variabel kajian diukur seperti yang sedia ada. Kajian eksperimen Kajian di mana rawatan diberikan kepada subjek kajian dan variabel kajian diukur sebelum dan selepas rawatan diberikan. Kajian kuantitatif Kajian yang mengukur secara kuantitatif hubungan antara variabel tak-bersandar dengan variable bersandar/hasil. Placebo Rawatan yang diberikan kepada kumpulan kawalan supaya mereka tidak rasa berbeza daripada kumpulan eksperimen. TOPIK 8 ANALISIS DATA KUANTITATIF 1 ANALISIS DESKRIPTIF - kaedah analisis bagi tujuan menerangkan statistik sampel tanpa membuat sebarang pentaabiran ke atas parameter populasi. a) Kekerapan dan Kekerapan Relatif Set data, sama ada dari jenis kualitatif (perkataan) atau kuantitatif (taburan data), boleh dipaparkan dalam bentuk jadual taburan kekerapan b) Min dan Sisihan Piawai - min yang merupakan purata data adalah berperanan sebagi pusat taburan. Pada paksi data, min menentukan lokasi sesuatu taburan data. - Mod pula merupakan sukatan pada paksi data di mana ia mempunyai kekerapan paling tinggi. Median ialah sukatan pada paksi data di mana sebanyak 50% data berada pada lokasi di

    bawah median, dan 50% lagi berada pada lokasi di atas median Min Data Tak Terkumpul Untuk data yang tidak dikumpulkan kepada beberapa kelas, min diberi seperti berikut: Min = (Jumlah semua nombor) / (bilangan nombor). c) Korelasi Linear dan Regresi Linear Mudah (i) Korelasi Linear - mengukur kekuatan hubungan linear antara dua variabel. Pekali korelasi untuk populasi menggunakan simbol (huruf Greek berbunyi rho) dan untuk sampel menggunakan simbol r. (ii) Regresi Linear Mudah - kajian kebersandaran satu variable ke atas satu atau lebih variabel lain. Variabel yang pertama dinamakan variabel bersandar dan yang kemudiannya dinamakan variabel tak-bersandar. 2 PENGUJIAN HIPOTESIS HUBUNGAN Pengujian hipotesis adalah teknik analisis pentakbiran (inferential analysis) yang boleh membantu kita menggunakan data sampel untuk mentakbir/menganggar paprameter populasi. a. Hipotesis nol, H0 Ia adalah hipotesis statistik yang menyatakan kesamaan parameter populasi dengan satu nilai tertentu, atau menyatakan tidak ada perbezaan antara dua parameter populasi. b. Hipotesis pilihan, H1 Adalah hipotesis statistik pelengkap kepada hipotesis nol. Hipotesis ini merupakan pernyataan yang lazimnya pengkaji ingin mengesahkan kebenarannya. Langkah Pengujian Hipotesis a. Bangunkan pernyataan hipotesis: H0: Tiada hubungan antara prestasi pelajar dengan kaedah pengajaran. H1: Prestasi pelajar bergantung kepada kaedah pengajaran. b. Pilih taburan yang akan diguna, dan tentukan rantau penolakan hipotesis. c. Statistik ujian d. Keputusan pengujian statistic e. Kesimpulan pengujian. 3 PENGUJIAN HIPOTESIS PERBEZAAN a) Perbezaan Min Dua Populasi i. data daripada kedua-dua populasi mengikut taburan normal atau hampir normal; ii. saiz sampel kecil (n1< 30 dan n2 < 30); iii. kedua-dua sampel adalah tak-bersandar; dan iv. sisihan piawai data daripada kedua-dua populasi diandaikan sama. b) Perbezaan Min Lebih daripada Dua Populasi Kita akan menggunakan ANOVA sehala dalam pengujian perbezaan min lebih daripada dua (2) populasi. ANOVA sehala hanya menganalisis satu faktor sahaja. Andaian ANOVA sehala ialah: i. semua populasi dari mana sampel-sampel diambil adalah mengikuti taburan normal, atau mengikuti taburan yang hampir normal; ii. semua populasi dari mana sampel-sampel diambil mempunyai varians yang sama; iii. semua sampel yang diambil dari masing-masing populasi adalah tak-bersandar antara satu sama lain. TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN 1 GAYA PENULISAN LAPORAN KAJIAN (a) Ambil Berat tentang Struktur Ayat Anda (b) Tumpukan kepada Kata Kerja Aktif dan Hidup (c) Gunakan Bahasa Inggeris Piawai (d) Kurangkan Ayat Berklausa Adjektif, Adverba atau Frasa (e) Ambil Perhatian Panjang-pendek Perenggan (f) Gunakan Transisi antara Perenggan (g) Jauhkan Clich (perkataan sama diulang) (h) Terus kepada Isi yang Hendak Disampaikan 2. Bahasa Komunikasi Kajian - jelas, baik dan jangan menggunakan slanga 3. Terminologi dan Nahu yang Sesuai - setiap perenggan mesti melebihi dua ayat dan tidak pula melebihi satu muka surat. Gariskan

  • NOTA RINGKAS DAN PADAT HBEF2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

    7

    perkataan bahasa asing dan nama-nama saintifik. 4. Petikan dan Rujukan - Semua petikan langsung PERLU dimasukkan ke dalam tanda petikan, termasuk ayat serta frasa dan dan perenggan pendek. - menyalin sesuatu peta, carta atau gambar;- perlu menyatakan dengan jelas dari mana anda memperoleh bahan tersebut. - pastikan setiap gambar atau carta mempunyai topik yang jelas atau petikan (caption) yang dapat menjelaskan gambar atau carta tersebut. a. Bagi hasil bertulis nyatakan: Nama akhir penulis, nama pertama, topik artikel (dalam petikan), bandaraya, penerbit, tahun halaman. b. Bagi kertas journal nyatakan: Nama penulis, tahun diterbitkan, topik kertas journal, topik journal, nombor naskah journal, serta nombor depan dan nombor belakang halam kertas journal. c. Bagi buku nyatakan: Nama penulis, tahun diterbitkan, topik dan nombor edisi the title sekiranya ada, nama penerbit di mana ia diterbitkan, dan muka surat yang dirujuk. d. Bagi rujukan daripada internet nyatakan: Nama penulis bagi halaman web, tarikh halaman web, topik halaman web dan URL yang lengkap. MENYEMAK KANDUNGAN CADANGAN KAJIAN a) Masalah Kajian - Pernyataan masalah kajian perlu rIngkas dan dapat menunjukkan variabel kajian. - perlu menyatakan dengan tegas mengapa masalah tersebut penting untuk dikaji. - menenrangkan skop dan perincian masalah tersebut b) Tinjauan Literatur -Tinjauan literatur memberikan konteks permasalahan kajian yang boleh menentukan kepentingan kajian dan seterusnya membayangkan bahawa penulis mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bidang ini. - pertama, kita tidak dapat mengutip selengkapnya data yang diperlukan, yang menyebabkan beberapa soalan kajian tidak dapat dijawab. - Kedua, kita mungkin berjaya mengutip data tambahan, yang membenarkan kita menjawab beberapa soalan kajian baru. - Masalah yang biasa dlm tinjauan literature a. kurang membuat organisasi dan penstrukturan maklumat yang dipaparkan; b. mengulang perkara yang sama beberapa kali dalam teks; c. memetik fakta daripada sumber tertentu tanpa menulis rujukan; d. memaparkan fakta/konsep/teori/model secara berasingan, tanpa fokus/tema tertentu; e. tidak dapat menghasilkan kerangka konsep/teori/model yang sesuai untuk kajian; f. tidak menilai secara kritis literatur dan kajian berkaitan yang dipaparkan; dan g. gagal merujuk kepada literatur penting dan terkini dalam bidang kajian. c) Kaedah Kajian -meliputi reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alat kajian yang digunakan, tatacara pengumpulan data kajian, dan tatacara penganalisisan data kajian. d) Rujukan dan Lampiran Contoh rujukan buku: Ember, Carol R. & Melvin Ember, (1990). "What is Anthropology" Dlm: Anthropology, edisi ke- 6. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall. Contoh rujukan video: "NOVA: The People of the Forest," KHET_TV, Honolulu, Hawaii, 1-23-91, 7- 8:00 pm. BAB 4: HASIL KAJIAN Hasil kajian ialah hasil analisis data yang digunakan oleh pengkaji untuk menyediakan profil responden dan menjawab soalansoalan kajian. Hasil kajian dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu (a) profil responden- subjek-subjek yang terlibat secara langsung dalam

    kajian (latar belakang responden kajian, seperti jantina, umur, pendidikan, pencapaian, status sosio-ekonomi.) (b) dapatan kajian. Penulisan dapatan kajian adalah amat kritikal, iaitu anda perlu meyakinkan pembaca bahawa dapatan kajian anda adalah benar, iaitu ia disokong dengan jelas oleh hasil analisis data, kaedah analisis data dan sampel kajian yang digunakan. - Penggunaan jadual adalah lebih berkesan untuk merumus hasil analisis data kajian, tetapi kandungannya perlu dilabel dengan lengkap dan organisasinya mestilah baik. - Rumusan - rumusan ringkas tentang apa yang telah dibentangkan dalam bab ini dan menyatakan apa yang akan dibincangkan dalam bab seterusnya. BAB 5: PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI a) Pengenalan - memaklumkan kepada pembaca tentang kandungan bab secara keseluruhan. b) Ringkasan Kajian - mengimbau kembali kajian yang telah jalankan. Kandungan penting ringkasan kajian ialah objektif kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian, pengutipan data, dan kaedah analisis data. c) Perbincangan Dapatan Kajian - membentangkan bagaimana dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian lepas, teori atau model yang berkaitan. d) Kesimpulan Dapatan Kajian - menyenaraikan dapatan-dapatan kajian dalam urutan yang sesuai, e) Implikasi Dapatan Kajian - membincangkan apakah implikasi dapatan kajian terhadap amalan pendidikan, termasuk proses pengajaran dan pembelajaran. f) Cadangan Kajian Lanjutan - menyenaraikan cadangan beberapa kajian lanjutan untuk memantapkan lagi dapatan kajian dalam bidang yang dikaji. g) Rumusan - memberikan rumusan ringkas tentang apa yang telah dibentangkan dalam bab ini. MAKLUMAT BERKAITAN (a) Halaman Topik Halaman pertama tesis mengandungi topik, nama pelajar, nama ijazah, jabatan, fakulti, universiti, alamat universiti dan tahun tesis disiapkan. Topik tesis perlu bersifat informatif, spesifik dan pendek (lazimnya, 13-perkataan maksimum) dan hendaklah mencangkupi bidang kajian, variabel kajian dan tempat kajian. (b) Pengakuan Halaman kedua tesis mengandungi pengakuan pelajar, iaitu kenyataan bahawa tesis yang dihantar adalah hasil karya pelajar sendiri, kecuali nukilan-nukilan dan rumusan-rumusan yang setiap satunya dijelaskan sumbernya (c) Abstrak - ringkasan kajian yang dijalankan dan juga dapatan-dapatannya (d) Penghargaan (e) Jadual Kandungan (f) Senarai Jadual (g) Senarai Rajah (h) Senarai Singkatan (i) Rujukan (j) Lampiran TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN 1. PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN a) pendekatan pengajaran merujuk kepada bagaimana seseorang guru mengatur proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan tahap penglibatan guru dan murid. (i) Pengajaran terus (direct teaching) ialah pengajaran secara bersemuka (ii) Pengajaran penemuan berpandu (guided discovery teaching) ialah pengajaran di mana seorang guru memberi panduan kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti pembelajaran. (iii) Pengajaran penemuan tulin (pure discovery teaching) ialah pengajaran di mana guru membenarkan murid-murid melakukan aktiviti pembelajaran secara bebas. (b) Kaedah pengajaran bagaimana guru mengatur sesuatu pengajaran dari segi aktiviti yang menepati kriteria sesuatu pendekatan pengajaran.

  • NOTA RINGKAS DAN PADAT HBEF2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

    8

    (c) Teknik pengajaran - bagaimana guru mengatur pengajaran dari segi teknik yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menepati kriteria sesuatu kaedah pengajaran. Prinsip-prinsip am pembelajaran dan pengajaran dijelaskan dalam model MURE, yang melibatkan empat (4) unsur/peringkat pembelajaran dan pengajaran, iaitu motivasi (motivation-M), pemahaman (understanding-U), pengukuhan (reinforcement-R) dan pepriksaan (examination-E). Prinsip pembelajaran dan pengajaran yang lebih spesifik dijelaskan dalam model Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge PCK), yang mengambil kira sukatan dan kandungan pelajaran serta latar belakang pelajar dan pedagogi. MODEL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MURE (a) Motivasi (b) Pemahaman- membaca dan membuat latihan (c) Pengukuhan membuat tugasan, latihan (d) Peperiksaan - contoh atau soalan peperiksaan lepas PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN (a) Pengetahuan Mata Pelajaran- menentukan pengetahuan/kemahiran asas, menyediakan rancangan pengajaran, memilih aktiviti pembelajaran yang sesuai dan memindahkan ilmu dengan tepat kepada murid. (b) Pengetahuan Pedagogi - menjelaskan topic dan memahami topic (c) Pengetahuan tentang Pelajar dan Sukatan Pelajaran menyediakan rancanganmengajar yang berkesan bagi sesuatu topik pengajaran. PENDEKATAN PENGAJARAN a) Pendekatan Pengajaran Terus kelebihan R kandungan pelajaran dapat disampaikan dengan tepat; R objektif pembelajaran dapat dicapai dengan mudah; R pendekatan yang baik untuk menyampaikan fakta spesifik dan kemahiran asas; R pencapaian pelajar boleh diukur dengan mudah; Kelemahan : Rpendekatan ini boleh menghalang kreativiti guru; R teknik pengajaran perlu distruktur dengan baik; R kandungan pelajaran yang rapi perlu disediakan lebih awal; R guru perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik; R ia mungkin tidak begitu berkesan untuk melatih kemahiran berfikir peringkat tinggi. (a) Kaedah Kuliah - membentang maklumat berstruktur yang telah disediakan lebih awal Kelebihan kaedah kuliah ialah: R dapat membentang kandungan berbentuk fakta secara terus dan logik; R cerita tentang pengalaman yang boleh menarik minat murid; R dapat membuka minda kepada perbincangan terbuka; R boleh digunakan untuk kumpulan yang besar; dan R memberi peluang kepada peserta menyoal supaya lebih jelas. Kelemahan kaedah kuliah ialah: Rpakar tidak semestinya dapat menjadi guru yang baik; R peserta mungkin pasif sehingga tidak wujud jnteraksi; R pembelajaran sukar dikesan; dan Rkomunikasi biasanya satu hala sahaja. (b) Kaedah Penyoalan- untuk membuka minda muridmurid dan menggalakkan mereka berfikir dan berinteraksi dengan kandungan pelajaran yang disampaikan guru. (c) Kaedah Bacaan/Resitasi Buku - pembacaan buku teks atau buku lain yang dipilih oleh guru (d) Kaedah Ulang Kaji dan Latih Tubi - mengulang kaji pelajaran lepas dan membuat latihan yang banyak. Ciri- cirinya : R latihan adalah untuk mengingatkan maklumat; R mengukuhkan apa yang telah diajar dan menilai apa yang diperoleh pelajar; R mengulang-ulang apa yang telah diajar; R memberi respons yang betul sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan; dan R menghasilkan kepelbagaian kaedah dalam pengajaran. (e) Kaedah Simulasi dan Main Peranan- aktiviti dalam situasi

    yang hamper sama dengan situasi sebenar. Pendekatan Pengajaran Penemuan Berpandu - seseorang guru itu memberi panduan kepada murid-muridnya untuk mereka melakukan aktiviti pembelajaran sehingga mereka menguasai kemahiran dan prinsip yang ingin disampaikan. (a) Kaedah Perbincangan dan Perbahasan (b) Kaedah Sumbangsaran- memberi idea atau pendapat berkaitan sesuatu perkara yang dibincangkan bersama dalam kumpulan. (c) Kaedah Kolaboratif dan Koperartif Kaedah kolaboratif ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di mana muridmurid bekerjasama dalam kumpulan untuk meneroka/menjawab satu soalan penting. Kaedah Koperatif guru perlu menentukan pengetahuan dan/atau kemahiran yang perlu dipelajari oleh murid-murid. empat (4) perkara diperlukan dlm kaedah koperatif, iaitu: RMurid-murid perlu diberi tugas mencabar, tetapi yakin dapat melaksanakannya. RKumpulan hendaklah kecil supaya semua ahli dapat memberi sumbangan. R Tugas yang diberi kepada kumpulan murid perlu diterangkan dengan jelas. R Semua ahli kumpulan hendaklah menghormati antara satu sama lain. Kaedah koperatif mempunyai beberapa kelebihan berbanding kaedah-kaedah lain, iaitu: R Ia membantu meningkatkan rasa tanggungjawab bersama. R Murid-murid belajar bersabar, kurang kritikal dan lebih merasa belas kasihan. R Murid-murid menjadi lebih toleransi antara satu sama lain. kelemahan, kaedah koperatif iaitu: RSesetengah murid tidak dapat belajar dengan baik melalui kaedah ini. R Murid-murid yang suka bersendirian (loners) sukar untuk menglibatkan diri dalam perbincangan. R Murid-murid agresif cuba menguasai perbincangan. R Murid-murid pandai cuba berlagak bijak. (d) Kaedah Eksperimen - digunakan untuk menguji sesuatu hipotesis dengan membuat ujikaji, mengutip dan menganalisis data serta menyediakan laporan. (e) Kaedah Permainan - untuk murid-murid memahami dan mengukuhkan konsep-konsep dan prinsip-prinsip yang ingin disampaikan. Pendekatan Pengajaran Penemuan Tulin (a) Kaedah Inkuiri- menjalankan kajian untuk menemui sendiri konsep-konsep atau prinsip-prisip tertentu. Dyer (1979) mencadangkan empat (4) langkah bagi kaedah inkuiri, iaitu: R Mengenal pasti bidang masalah. R Membina hipotesis. R Melaksanakan eksperimen empirikal. RMengutip dan menganalisis data. (b) Kaedah Penyelesaian Masalah- memberi masalah kepada murid-murid dan meminta mereka menyelesaikannya. R mengenal pasti masalah; R memahami masalah; R merancang penyelesaian; R melaksana rancangan penyelesaian; dan R menilai penyelesaian. (c) Kaedah Kerja Lapangan - kerja kumuniti , memerhati orangorang bekerja. (d) Kaedah Eksplorasi- secara penemuan R Menyediakan kerja-kerja asas. R Memberi masa yang mencukupi, kebebasan dan ruang. RMembantu murid dalam apa cara jua. R Meminimumkan masalah jika wujud. RANCANGAN MENGAJAR R maklumat kelas (kelas, hari, tarikh, mata pelajaran); R maklumat topik (topik, matlamat, hasil pembelajaran, nilai murni,

  • NOTA RINGKAS DAN PADAT HBEF2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

    9

    pendekatan dan kaedah pengajaran); Rkonsep bersama kandungan/bahan bantu mengajar/contoh/aktiviti/latihan, rumusan, dan kerja rumah); R rujukan.