Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    1/29

    NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU

    BAB 3 : ELEKTRIK

    Keselamatan Elektrik

    Jangan gunakan plag atau soket yang pecah dan rosak

    Jangan membuat sambungan yang banyak daripada satu punca

    Jangan cuba menyentuh wayar hidup yang tidak bertebat

    1

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    2/29

    Jangan cuba menmengantikan dawai fius dengan sebarang dawai atau logam

    Jangan menggunakan kabel yang pecah atau terlalu lama

    2

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    3/29

    Hendaklah utamakan KESELAMATAN DIRI, KESELAMATAN MAKMAL/BENGKEL dan KESELAMATAN

    PERALATAN.Pamirkan slogan UTAMAKAN KESELAMATAN agar selalu dapat mengingatkan guru-guru dan pelajar-pelajar sepanjangberada dan melakukan aktiviti di makmal/bengkel.

    UTAMAKAN

    KESELAMATAN

    MAKSUD ELEKTRIK

    Elektrik ialah tenaga

    3

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    4/29

    Elektrik ialah pergerakan elektron dalam pengalirElektrik boleh didapati dalam dua bentuk arus iaitu arus terus dan arus ulang alikElektrik yang dibekalkan kerumah-rumah adalah sebanyak 220-240V dalam bentuk arus ulang alik (AC/AU).

    Di Malaysia elektrik dibekalkan oleh TNB (Tenaga Nasional Berhad).

    SUMBER ELEKTRIK

    i. Sel Kering ii. Sel Basah iii. Dinamo Basikal

    Kaedah menghasilkan elektrik:

    1. Melalui proses tindak balas kimia - contoh sel kering dan sel basah

    2. Melalui tindak balas aruhan kemagnetan - contoh dinamo basikal dan janakuasa

    3. Lain-lain seperti:

    i. kuasa solar

    ii. tindakan haba

    Sel Kering

    1. Sel kering menghasilkan voltan 1.5 volt

    2. Dua sel kering yang disambungkan secara siri akan menghasilkan 3.0 volt

    4

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    5/29

    Dua sel kering disambung siri

    3. Arus elektrik yang dihasilkan oleh sel kering ialah arus terus (AT/DC)

    4. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh sel kering adalah daripada hasil tindak balas kimia

    5. Sel kering digunakan pada alatan elektrik mudah alih berkuasa rendah - seperti lampu picit, jam loceng, alatan permainan

    Bahagian Sel kering

    A = Punca positif , B = Bekas zink , C = elektrolit , D = Batang karbon , E = Punca negatif

    Sel Basah

    1. Sel basah biasanya menghasilkan voltan 6.0 volt, 12 Volt dan 24 volt

    2. Sel basah boleh dicas semula dengan alat pengecas bateri

    3. Sel basah lebih dikenali sebagai bateri

    4. Sel basah digunakan di dalam kenderaan seperti motor, kereta, lori dan bas

    Bahagian sel basah

    5

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    6/29

    A = Plat positif (plumbum peroksida) , B= Terminal positif , C = Penyelang , D = Plat negatif (plumbum) ,E = Elektrolit (Asid Sulfurik Cair)

    Dinamo Basikal

    1. Dinamo basikal menghasilkan voltan 6 volt - 12 volt

    2. Arus elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah arus ulang alik (AU/AC)

    3. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah hasil daripada aruhan kemagnetan

    Bahagian Dinamo Basikal

    6

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    7/29

    A = Pemutar , B = Magnet kekal , C = Teras besi, D = gegelung dawai , E = punca elektrik

    Jenis-jenis sel

    1. Sel Alkali

    2. Sel merkuri

    3. Sel lithium

    4. Sel nikel kadmium

    KEGUNAAN ELEKTRIK

    7

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    8/29

    i. Pengisar ii. Lampu Pendafluor iii. TV iv. Sterika v. Radio

    1. Untuk menghasilkan :

    i. cahaya Contoh - lampu pendafluor, lampu pijar, LED

    ii. bunyi

    Contoh - Radio, siren, buzzer, loceng

    iii. haba

    Contoh - Pengering rambut, pembakar roti, seterika, cerek, ketuhar

    iv. gerakan

    Contoh - Kipas angin, pengisar, motor elektrik

    v. isyarat elektronik

    Contoh - kalkulator, pad permainan, komputer

    8

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    9/29

    WAYAR ELEKTRIK

    1. Wayar kuprum beranemal

    i. Digunakan untuk membuat gegelung elektrik2. Teras tunggal

    i. Digunakan dalam bidang elektronik

    ii. Mampu mengalirkan elektrik kuasa sangat rendah

    3. Teras kembar

    i. Digunakan untuk alat elektrik kuasa rendah seperti lampu dan peti suara

    ii. Untuk membuat sambungan ke punca negatif dan positif atau wayar hidup dan wayar neutral sahaja

    4. Kabel teras tiga

    i. Digunakan untuk menyambung alatan elektrik berkuasa tinggi

    ii. Untuk membuat sambungan ke punca hidup, neutral dan bumi

    I = Wayar kuprum beranemal , II = Wayar teras tunggal , III = Wayar teras kembar , IV = Kabel teras tiga

    9

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    10/29

    JENIS PLAG

    1. Plag 2 pin

    i. Digunakan untuk menyambung bekalan elektrik kepada alatan elektrik berkuasa rendahii. Radio , TV, Pencukur

    2. Plag 3 pin

    i. Terdapat 2 jenis, plag 3 pin 13 ampere dan plag 3 pin 15 ampere

    ii. Digunakan untuk menyambung bekalan elektrik kepada alatan elektrik berkuasa tinggi

    iii. Periuk nasi, ketuhar, peti sejuk, seterika mengunakan plag 3 pin 13 ampere

    iv. Pendingin hawa menggunakan plag 3 pin 15 ampere

    I = plag 2 pin , II = plag 3 pin

    10

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    11/29

    i. Kedudukan tamatan L, N, dan E

    ii. Pemasangan kod warna yang betuliii. Kabel teras tiga biru, hijau dan coklat

    PENDAWAIAN PLAG 3 PIN 13 AMPERE

    1. Alatan

    I = Pena Ujian , II = Penjalur wayar , III = Pisau lipat

    2. Bahan

    i. Kabel teras 3

    11

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    12/29

    3. Langkah-langkah

    12

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    13/29

    i. Buangkan penebat kabel kira-kira 4 cm

    ii. Jalurkan hujung ketiga-tiga wayar

    iii. Pintalkan ketiga-tiga hujung wayar

    iv. Buka penutup plag

    v. Pasangkan teras pada tamatan mengikut kod wayar yang betul iaitu

    Wayar coklat/hitam ---> tamatan hidup(L)

    Wayar biru/merah -----> tamatan neutral (N)

    Wayar hijau/hijau-kuning ------>Tamatan bumi (E)

    vi. Tutup semula plag dan pasangkan skru

    13

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    14/29

    FIUS

    i. Simbol fius ii. Fius katrij iii. Fius dawai

    1. Digunakan untuk memutuskan litar sekiranya berlaku litar pintas atau lebihan tenaga elektrik

    2. Memberi perlindungan kepada alatan elektrik daripada rosak dan terbakar

    3. Unit ukuran fius ialah ampere

    4. Terdapat dua jenis fius

    a. Fius katrij - digunakan dalam plag 3 pin dan fius perkhidmatan rumah

    1. Fius 13A

    Digunakan dalam plag 3 pin 13 ampere

    2. Fius 30A

    Digunakan dalam fius perkhidmatan dalam sistem bekalan elektrik domestik

    b. Fius Dawai - digunakan dalam kotak agihan berfius dalam rumah

    5. Kadar fius yang biasa digunakan ialah 5A, 10A, 13A dan 30A

    6. Fius dibuat daripada aloi timah atau plumbum

    14

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    15/29

    LAMPU PIJAR DAN LAMPU PENDAFLUOR

    i. Lampu pijar

    A. Kelalang

    B. Filamen

    C. Pin

    D. Sumber elektrik

    ii. Lampu Pendaflour

    A. Pemegang

    B. Tiub

    C. Perumah

    D. Suis penghidup

    Lampu pijar1. Ciri-ciri lampu pijar

    i. Menghasilkan cahaya kuning yang menyilaukan mata

    ii. Cahayanya panas

    iii. Meninggalkan bayang hitam

    iv. Menggunakan kuasa elektrik yang banyak

    15

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    16/29

    2. Bahagian lampu pijar

    i. Filamen = menyala dan mengeluarkan cahaya

    ii. Gas argon = mencegah filamen daripada terbakar dan putus

    iii. Sesuntuh = menyambung filamen ke punca elektrik

    iv. Mentol kaca = melindungi gas argon dan filamen

    Lampu pendarfluor

    1. Kelebihan Lampu pendaflour

    i. Warnanya putih terang dan tidak menyilaukan mata

    ii. Cahayanya sejuk

    iii. Menjimatkan elektrik

    iv. Tidak meninggalkan bayang hitam

    2. Bahagian Lampu pendarflouri. Tiub pendarfluor = berisi gas argon dan merkuri, menghasilkan cahaya ultra ungu

    ii. Pemegang tiub = memegang pin elektrod

    iii. Cok = membekalkan voltan tinggi

    iv. Suis Penghidup = menghidupkan lampu

    v. Perumah = tapak memegang bahagian-bahagian lampu yang lain

    16

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    17/29

    Elektif KT

    A. Litar Elektrik

    1. Maksud Litar

    Satu sambungan lengkap sumber elektrik (sel) dan beban elektrik (mentol) dengan menggunakan pengalir(wayar)

    i. Sumber (sel kering) ii. Beban (mentol) iii. Pengawal (suis)iv. Punca positif (wayar mereh) v. Punca negatif (wayar hitam)

    Lukisan skimatik litar mudah17

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    18/29

    2. Jenis-jenis Litar

    1. Litar mudah

    Litar yang mengandungi satu sumber satu beban dan satu pengalir

    2. Litar pintas

    Litar tanpa beban

    Litar yang mengandungi wayar pintasan

    3. Litar siri

    Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara siri

    4. Litar selari

    Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara selari

    5. Litar siri selari

    Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara siri dan juga selari

    18

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    19/29

    Litar asasA = Beban , B = Pengalir , C = Sumber elektrik

    Litar siri

    19

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    20/29

    Litar selari

    Litar siri selari

    2. Perbezaan litar siri dan litar selari

    Litar Siri Litar SelariVoltan Voltan

    20

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    21/29

    Voltannya adalah semakin kurang apabila beban

    bertambah

    Vj=V1+V2+V3.....

    Voltannya sama disemua tempat

    Vj=V1=V2=V3.....

    Arus

    Arusnya sama disemua tempat

    Arus

    Arusnya semakin kurang apabila semakin banyakbeban

    Rintangan

    Semakin ditambah beban semakin banyak jumlah

    rintangan

    Rintangan

    Jumlah rintangan adalah lebih kecil daripada nilai

    perintang yang paling kecil

    Apabila satu mentol terbakar, mentol yang lain

    tidak akan menyala

    Apabila satu mentol terbakar , mentol yang lain

    akan terus menyalaJika ditambah satu mentol, mentol yang lain akan

    menjadi malap kerana bebanan bertambah

    Jika ditambah satu mentol, nyalaan mentol yang

    lain tidak akan berubah

    B. Voltan, Arus dan Rintangan

    I. Definisi

    a. Voltan ialah daya yang menggerakkan elektron di dalam pengalir elektrik

    b. Unit sukatan bagi daya tersebut ialah Volt (V)

    c. Arus ialah sejunlah elektron yang bergerak di dalam pengalir elektrik

    d. Unit sukatan bagai arus ialah Ampere (A/I)

    21

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    22/29

    e. Rintangan ialah halangan terhadap pergerakan arus

    f. Unit sukatan bagi rintangan ialah Ohm

    II. Hukum Ohm

    1. Hukum ohm ialah hukum yang menyatakan hubungan di antara Voltan, Arus dan Rintangan

    2. Hukum ohm diperjelaskan oleh lencana hukum Ohm

    II. Contoh pengiraan

    III. Contoh pengiraan

    Diberi voltan=12 volt, rintangan = 4 ohm, cari arus = (?) dalam litar di bawah.

    B. Meter elektrik

    22

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    23/29

    I. Meter Volt

    Meter yang digunakan untuk menyukat voltan atau daya gerak elektrik(DGE)

    Terdapat dua jenis meter volt

    a. Meter volt arus terus

    b. Meter volt arus ulang alik

    Meter disediakan dalam beberapa julat tertentu

    Meter volt dipasang selari dengan sumber (sel) dan beban (mentol) didalam litar

    i. Meter volt arus terus ii. Meter volt arus ulang-alik

    II. Meter Ampere

    Meter yang digunakan untuk menyukat kadar pergerakan arus di dalam litar

    Meter ampere dipasang secara siri dengan sumber (sel) dan beban (mentol) di dalam litar

    23

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    24/29

    B. Meter Pelbagai

    Kegunaan

    Untuk mengukur voltan, arus dan rintangan

    Untuk menguji keterusan litar

    Bahagian meter pelbagai

    A = Skala B = Skru pelaras sifarC = Julat bacaan D = Tombol pemilih julat

    E = Punca positif F = Punca NegatifG = Pelaras sifar Ohm H = Jarum penunjuk

    24

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    25/29

    i. Skala

    Mengandungi skala bagi bacaan rintangan, voltan arus terus, voltan arus ulang-alik

    ii. Jarum Penunjuk

    berfungsi menunjukkan bacaan pada skala

    iii. Skru Pelaras Sifar

    berfungsi melaraskan jarum penunjuk pada bacaan sifar (0)

    iv. Pelaras Sifar Ohm

    berfungsi melaraskan jarum penunjuk semasa menguji rintangan

    v. Prob Negatif dan prob Positif

    berfungsi menyentuh alatan elektrik dan komponen elektronikprob hitam untuk negatifdan prob merah untuk positif

    vi. Tombol Pemilih Julat

    berfungsi untuk memilih julat bacaan yang dikehendaki

    vii. Julat

    berfungsi menunjukkan kadar sukatan yang akan diukur

    Membaca meter Ohm pada meter pelbagai

    Langkah-langkah membaca meter Ohm

    1. Laraskan tombol ke julat bacaan ohm

    2. Temukan kedua-dua prob negatif dan positif3. Laraskan pelaras sifar ohm hingga jarum menunjukkan bacaan sifar (0)

    25

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    26/29

    B. Unit Kawalan Utama Bekalan Elektrik Domestik

    i. Suis Utama ii. Pemutus Litar Bocor ke Bumi iii. Peti Agihan Berfius iv. Soket dan suis

    a. Fius Perkhidmatan

    Fungsi - untuk mengawal bekalan jika berlaku arus berlebihan dan untuk memutuskan bekalan kepadapelanggan yang gagal membayar bil penggunaan

    b. Penyambung Neutral

    Fungsi - menyambung litar rumah dengan wayar bekalan neutral

    c. Meter KWJ

    Fungsi - untuk menyukat dan merekodkan kadar penggunaan tenaga elektrik

    jenis - terdapat dua jenis meter

    a. Meter analog

    26

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    27/29

    b. Meter digital

    Meter kWJ jenis diigital

    b. Suis Utama

    Funsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik di dalam rumah

    Suis ini adalah suis jenis dua kutub satu arah

    Di dalamnya terpasang fius katrij

    c. Pemutus Litar bocor ke bumi

    berfungsi memutuskan bekalan elektrik dalam litar dirumah jika berlaku kebocoran arus atau litar pintas

    d. Kotak agihan berfius

    berfungsi mengagihkan bekalan elektrik di dalam litar

    e. Suis dan Soket

    Suis berfungsi memutuskan dan menyambung litar kepada alatan elektrik

    Soket berfungsi menghubungkan alatan elektrik kepada sumber bekalan elektrik rumah

    27

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    28/29

    i. Fius Perkhidmatan ii. Penyambung Neutral iii. Meter Kwjiv. Suis utama v. PLCB vi. Kotak Agihan Berfius

    B. Kuasa Elektrik

    1. Maksud Kuasa Elektrik

    Kadar kerja yang dihasilkan oleh arus elektrik

    Unit ukuran kuasa elektrik ialah watt (W)

    28

  • 8/14/2019 Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satubab3

    29/29

    2. Formula Mencari Kuasa Elektrik

    Kuasa = voltan x arus ( P = V x I )

    3. Kuasa elektrik alatan elektrik

    Kuasa elektrik yang digunakan oleh kebanyakan alat elektrik dinyatakan dalam plat perincian

    Perkakasan yang mengeluarkan haba lebih menggunakan kuasa elektrik berbanding yang mengeluarkan cahaya

    Contoh periuk nasi elektrik berkuasa 900W sementara lampu pendafluor berkuasa 40W

    Contoh plat perincian sebuah kipas elektrik

    29