40
KEKAYAAN EKONOMI SARAWAK MENDORONG PENJAJAHAN KELUARGA BROOKE PETA KONSEP Pengenalan 1. Pada peringkat awal, negeri Sarawak berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. 2. Kekayaan hasil bumi Sarawak mendorong James Brooke untuk

Nota Sejarah Ting 2 Bab 4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4

KEKAYAAN EKONOMI SARAWAK MENDORONGPENJAJAHAN KELUARGA BROOKE

PETA KONSEP

Pengenalan 

1. Pada peringkat awal, negeri Sarawak berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei.  

2.  Kekayaan hasil bumi Sarawak mendorong James Brooke untuk menguasainya.

3.  Akhirnya, Sarawak berada di bawah pemerintahan keluarga Brooke dari tahun

Page 2: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4

1841 hingga        1946.

Perpecahan Membuka Ruang Penjajahan

1.  Sarawak pada mulanya berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei sebelum kurun ke-19.

2.  Pembesar-pembesar tempatan yang dilantik oleh Sultan Brunei mentadbir wilayah di                  Sarawak tanpa campur tangan Kesultanan Brunei.

3.  Kekayaan Sarawak dengan antimoni dan emas telah menyebabkan Sultan Brunei mengubah      dasar pemerintahnya.

4. Pada kurun ke -19, Pangeran Muda Mahkota telah dilantik menjadi wakil pemerintah                    Kesultanan British dan telah mengambil kuasa politik pembesar tempatan di Sarawak.

5.  Beliau juga telah mengambil alih perdagangan emas dan antimoni serta mengenakan cukai       kepada penduduk tempatan.  Orang Bidayuh yang bekerja di lombong antimoni juga tidak          diberikan upah.

6.  Keadaan ini telah menimbulkan perasaan marah kepada penduduk tempatan dan mereka          telah menentang Pangeran Indera Mahkota.  Mereka juga ingin bebas daripada                            pemerintahan Kesultanan Brunei.

7.  Pangeran Indera Mahkota gagal menyekat kebangkitan rakyat Sarawak lalu Sultan Brunei          telah menghantar Pangeran Raja Muda Hashim untuk membantu Pangeran Indera Mahkota.

Page 3: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4

  Negeri Sarawak pada tahun 1840                                                                                     

8.   Pangeran Raja Muda Hashim pula telah meminta bantuan pedagang British, James Brooke         untuk menghentikan pemberontakan itu.  Pangeran Raja Muda Hashim telah berjanji akan         melantik James Brooke menjadi Gabenor Sarawak sekiranya beliau berjaya menghentikan         pemberontakan itu.

9.  Dengan bantuan daripada James Brooke dan tenteranya, Pangeran Raja Muda Hashim telah      berjaya menamatkan pemberontakan itu tetapi jawatan James Brooke sebagai Gabenor              Sarawak tidka mendapat persetujuan daripada Sultan Brunei lalu melengah - lengahkan            perlantikan itu.

10. James Brooke marah dengan keputusan tersebut lalu membedil bandar Kuching.     Pangeran Raja Muda Hashim menandatangani perjanjian dengan James Brooke dan telah          melantik James Brooke sebagai Gabenor Sarawak yang pertama.

11. Antara syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian itu:           (a)  James Brooke memerintah negeri Sarawak dan menguasai segala hasilnya.       (b)  James Brooke harus menghormati dan memelihara undang-undang dan adat istiadat                  orang Melayu.

12. James Brooke kemudiannya telah berjumpa dengan Sultan Brunei ketika itu, Sultan Omar         Ali Saifuddin pada tahun 1842 bagi mengesahkan kedudukannya sebagai Gabenor Sarawak.

13. Kedatangan James Brooke bersama angkatan tenteranya telah menyebabkan sultan                   terpaksa mengiktiraf perjanjian yang telah ditandatangani oleh

Page 4: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4

beliau dan Pangeran Raja           Muda Hashim.

14. Sultan Omar Ali Saifuddin telah cuba menyerang James Brooke tetapi dapat dikalah oleh          James Brooke dengan bantuan daripada angkatan tenteranya.

15. Dengan kekalahan itu, baginda terpaksa mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Sarawak         yang merdeka dan mempunyai kedaulatan penuh ke atas Sarawak.

Page 5: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4
Page 6: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4
Page 7: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4

 Sarawak seperti yang diserahkan oleh Sultan Brunei kepada James Brooke.

Keluarga Brooke Meluaskan Kuasa

1.  Antara tahun 1853 hingga tahun 1905, James Brooke dan Charles Brooke berjaya   meluaskan kawasan pemerintahan mereka setelah dibantu oeleh angkatan laut British.

Page 8: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4

                 2.   Sehingga tahun 1905, keluarga Brooke berjaya meluaskan wilayahnya hingga ke sempadan       Brunei. Kawasan yang dikuasai oleh keluarga Brooke di Sarawak dari tahun 1853 hingga           tahun 1905                              

3.   Akhirnya sempadan negeri Sarawak yang dibentuk oleh keluarga Brooke kekal sehingga           hari ini.

Page 9: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4
Page 10: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4

Kawasan yang dikuasai oleh keluarga Brooke di Sarawak dari tahun 1853 hingga tahun 1905

Keluarge  Booke Memantapkan Pentadbiran          

                                                                                                      1.   Semasa pemerintahan James Brooke, beliau telah melibatkan beberapa orang tempatan           untuk menambat hati penduduk tempatan.

2.   Datu Patinggi, Datu Bandar dan Datu Temenggung bertanggungjawab menasihati beliau             dalam hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang dan adat tempatan.         

3.   James Brooke juga telah membentuk Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.  Sarawak pula telah         dibahagikan kepada lima bahagian dan setiap bahagian ditadbir oleh

Page 11: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4

Majlis Bahagian.

4.   Majlis Tertinggi dianggotai oleh Residen Bahagian Pertama dan juga empat orang Datu             Melayu dan bertujuan menasihati James Brooke serta membuat dasar serta                                 undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan pentadbiran negeri Sarawak.

 Pembahagian Sarawak mengikut bahagian pada masa pemerintahan keluarga Brooke

5.   Majlis Negeri pula dianggotai oleh ketua kaum bumiputera  ditubuhkan bertujuan untuk             memberi peluang kepada pemimpin bumiputera menyuarakan pendapat dan bertukar                 fikiran dalam satu perjumpaan yang diadakan tiga tahun sekali serta  mengambil bahagian       dalam pentadbiran.

6.   Majlis Bahagian telah dianggotai oleh Residen, Penolong Residen, Penolong Pegawai               Daerah, Pegawai Anak Negeri dan Ketua Kampung.  Majlis ini bertujuan menasihati                     Residen, menjaga keamanan, mengetuai operasi ketenteraan dan juga mengutip cukai.

7.   Beberapa jabatan juga telah ditubuhkan untuk melancarkan pentadbiran seperti Jabatan           Kehakiman, Jabatan Polis, Jabatan Kastam dan Cukai serta Jabatan

Page 12: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4

Pos.

8.   Mahkamah keadilan turut diwujudkan. Kesalahan sivil bagi orang Melayu, orang Dayak dan       orang Cina akan diadili oleh ketua-ketua mereka.

9.   Tetapi bagi kes jenayah dan kes yang melibatkan lebih daripada satu puak, Raja Sarawak,           Residen atau Timbalan Residen akan menghakiminya.

10.  Pengaruh British di Sarawak telah diperkukuhkan apabila Charles Brooke menandatangani        perjanjian pada tahun 1888 lalu menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri naungan                British.

Page 13: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4

11.  Pada 24 September 1941, Charles Vyner Brooke telah mengisytiharkan perlembagaan                  Sarawak yang memberi kuasa pemerintahan kepada rakyat Sarawak sempena perayaan              100 tahun pemerintahan keluarga Brooke.

Page 14: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4

Perubahan Ekonomi di Bawah Pentadbiran Keluarga Brooke

1.   Kemasukan pelabur asing secara besar-besaran tidak digalakkan oleh keluarga Brooke             bertujuan untuk menjaga kepentingan ekonomi mereka di Sarawak.

2.   Keluarga Brooke turut mengeksploitasi kekayaan hasil hutan Sarawak seperti sarang                 burung, getah jelutung dan rotan.

3.   Sarawak juga sesuai utnuk tanaman baru seperti getah dan tembakau.

4.   Tanaman tradisional juga turut diusahakan dengan giat termasuklah kelapa, gambir, lada           hitam, sagu atau rumbia.

5.   Negeri Sarawak juga kaya dengan sumber galian yang berharga seperti antimoni,

Page 15: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4

emas,             arang batu, raksa dan minyak.

6.   Keluarga Brooke memberi peluang kepada orang Cina untuk bergiat dalam bidang perdagangan dan perlombongan.

7.   Pembangunan ekonomi dan sosial negeri Sarawak dikatakan tidak seimbang kerana                   kebanyakkan pembangunan yang diadakan hanya tertumpu di Bahagian Pertama dan                 Bahagian Kedua.

Hasil Hutan Mengukuhkan Keuntungan

1.   Keluarga Brooke turut menggalakkan penyertaan penduduk dalam kegiatan memungut             hasil hutan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan.

2.   Sarang burung mempunyai khasiat dan dijual dengan harga yang tinggi. Hasil ini boleh               didapati di gua batu kapur seperti di Gua Niah.

3.   Antara hasil hutan lain yang diusahakan untuk tujuan eksport ialah kapur barus, rotan,               damar, getah jelutung dan kayu balak.

4.   Hasil jelutung dieksport ke Amerika Syarikat manakala hasil rotan dieksport ke Eropah.

5.   Kegiatan pembalakan di Sarawak diusahakan oleh Syarikat Borneo dan orang Cina di                 sekitar Sungai Rajang. Hasil pembalakan di Sarawak diusahakan oleh Syarikat Borneo dan         orang Cina di sekitar Sungai Rajang.  Hasil pembalakan pula dieksport ke Hong Kong,                 Australia dan Amerika Syarikat.

6.   Dalam perjanjian itu juga, kedudukan Sultan Johor adalah lebih tinggi daripada     Pesuruhjaya British dan baginda boleh berhubung terus dengan kerajaan British.

7.   Pegawai British yang berada di Johor tidak bertugas sebagai Penasihat British tetapi hanya       bertugas sebagai Konsul.

8.   Baginda juga telah mengisytiharkan Undang-undang Tubuh Johor sebagai perlembagaan           negeri yang banyak membawa permodenan kepada negeri Johor.

9.   Ketokohan yang terserlah dalam diri Sultan Abu Bakar telah diiktiraf oleh pemerintah                 British dan beliau telah digantikan oleh anakandanya, Sultan

Page 16: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4

Ibrahim.

            

Kemajuan Pertanian Menguntungkan Keluarga Brooke

Page 17: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4

1.   Semasa pemerintahan keluarga Brooke, tanaman tradisional seperti kelapa, gambir, lada           hitam, sagu atau rumbia ditanam secara meluas untuk tujuan eksport.

2.   Pada tahun 1885, hasil gambir yang dieksport adalah sebanyak 1 370 tan.

3.   Lada hitam diusahakan oleh orang Cina di sekitar Bahagian Pertama dan Bahagian Ketiga         manakala orang Melayu pula menanam kelapa di Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua.

4.   Tanaman sagu pula ditanam di sepanjang tebing Sungai Igan, Oya, Mukah dan Bintulu.

5.   Untuk meningkatkan lagi hasil eksport, Brooke telah memperkenalkan tanaman baru                   seperti getah dan tembakau.

6.   Tanaman getah diusahakan oleh pekebun kecil, namun pada kurun ke-20 getah muncul             eksport kedua Sarawak selepas minyak.

7.   Tembakau pula banyak ditanam di Lundu dan hasilnya telah dieksport ke London.

Perlombongan Memantapkan Kekayaan Keluarga Brooke  

1.   Kegiatan perlombongan seperti emas, antimoni, arang batu dan minyak mula ditingkatkan         semasa pemerintahan keluarga Brooke.  

2.   Pada peringkat awal, perlombongan emas telah diusahakan oleh orang Cina di sekitar                Bau.

3.   Pada tahun 1857, berlaku satu pemberontakan oleh pelombong Cina kerana tidak berpuas         hati dengan kadar cukai yang dikenakan oleh kerajaan Brooke.

4.   Walau bagaimanapun, pemberontakan itu berjaya dipatahkan oleh Brooke dan pelombong         Cina telah melarikan diri ke Saribas.

5.   Akhirnya kegiatan perlombongan emas telah diambil alih oleh Syarikat Borneo.

6.   Hasil perlombongan emas meningkat dan Sarawak muncul sebagai pengeksport emas yang       penting pada kurun ke-20.

Page 18: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4

7.   Selain emas, antimoni juga merupakan logam yang berharga di Sarawak.

8.   Syarikat Borneo telah memonopoli perusahaan antimoni yang diusahakan di Bau dan                 Kuching.  

9.  Antara tahun 1870 hingga 1916, jumlah hasil antimoni yang dieksport adalah bernilai hampir      dua juta dolar.

10. Namun pada akhir kurun ke-20, pengeluaran antimoni mula merosot kerana sumbernya             semakin berkurangan.

11. Menjelang tahun 1882, hasil perlombongan emas, antimoni, arang batu dan raksa telah               berkurangan.

12. Kegiatan cari gali minyak giat diusahakan dan pada tahun 1909, The Anglo-Saxon Oil                   Company telah mendapat konsesi untuk menjalankan kegiatan perlombongan petroleum di       Sarawak.

13. Pada tahun 1882, telaga petroleum yang pertama digali di Miri dan kilang untuk menapis             minyak didirikan di Lutong pada tahun 1917.

Perubahan Sosial di Bawah Pentadbiran Keluarga Brooke

1.   Untuk mengukuhkan kedudukan dan kekuasaannya di Sarawak, keluarga Brooke telah               memperkenalkan dasar pecah dan perintah.

2.   Mengikut dasar tersebut, masyarakat Sarawak yang berbilang kaum dipisahkan dengan             kegiatan ekonomi dan petempatan yang berbeza.

Page 19: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4

3.   Perkembangan ekonomi dan pertambahan penduduk yang pesat telah membawa kepada           perkembangan bandar-bandar seperti Kuching, Miri dan Sibu.

4.   Bandar-bandar tersebut berkembang menjadi pusat pentadbiran dan perdagangan.

5.   Perkembangan kemudahan asas pula hanya bertumpu di kawasan bandar yang merupakan       kawasan pentadbiran dan pusat kegiatan ekonomi.

6.   Kawasan bandar juga dilengkapi dengan memudahan asas seperti jalan raya, bekalan air           dan elektrik.

7.   Jalan raya hanya terdapat di bandar Kuching dan Miri.  Landasan kereta api pula dibina             menghubungkan Kuching dengan Bau.

8.   Namun, sebahagian besar pengangkutan di Sarawak bergantung kepada pengangkutan             air.

9.   Perkhidmatan syarikat perkapalan seperti Singapore and Sarawak Steamship Company                 terdapat di bandar Kuching.

10. Pada tahun 1924, perkhidmatan kapal terbang air mula beroperasi untuk menghubungkan         bandar Kuching dengan Singapura.

11. Untuk melicinkan urusan pentadbiran, kerajaan Brooke turut memperkenalkan     perkhidmatan pos, telegraf dan telefon.

12. Perkhidmatan telegraf antara Kuching dengan Singapura bermula pada tahun

Page 20: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4

1897.

13. Golongan mubaligh Kristian pula memainkan peranan penting untuk membina hospital di           bandar Kuching dan Sibu.

14. Sistem pendidikan kurang diberi perhatian oleh keluarga Brooke.  Namun, Charles Brooke       membina sekolah untuk orang Melayu dan Cina.  Sekolah untuk orang Dayak tidak                       digalakkan untuk mengekalkan cara hidup dan tradisi mereka.

15. Pada tahun 1883, keluarga Brooke telah membina sekolah rendah yang menggunakan               bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

16. Tujuannya untuk melatih orang-orang Melayu Sarawak menjadi guru-guru di sekolah                   Melayu atau kakitangan rendah kerajaan. 

17. Buku-buku dari Semenanjung Tanah Melayu dibawa masuk ke Sarawak untuk digunakan di       sekolah rendah Melayu.

18.  Kerajaan Brooke memberi galakan kepada mubaligh Kristian untuk mendirikan   sekolah-sekolah Inggeris.

19.  Sekolah Cina pula dibina oleh orang Cina sendiri.  Guru-guru, sukatan pelajaran dan                  buku-buku pelajaran dibawa dari negara China.

20.  Sekolah untuk kaum Melanau pula didirikan pada tahun 1917.

21.  Pada tahun 1924, kerajaan Brooke menubuhkan Jabatan Pelajaran bertujuan untuk                      mengawal perkembangan pendidikan di Sarawak.

Page 21: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4

22.  Guru-guru di sekolah kerajaan mendapat latihan di Maktab Perguruan Sultan Idris                      sehinggalah Maktab Perguruan Kent didirikan pada tahun 1940.

RUMUSAN

1.   Kelemahan pentadbiran pembesar Brunei telah membawa kepada campur tangan James           Brooke di Sarawak.

2.   Brooke berjaya meluaskan kuasanya di Sarawak  melalui ketenteraan.  Hasilnya, Brooke             telah mengeksploitasi ekonomi Sarawak  dan selama 105 tahun pemerintahannya Brooke         telah mengadakan perubahan dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan sosial.

3.   Walau bagaimanapun perubahan yang dibuat tidak dapat dinikmati oleh rakyat tempatan             kerana perubahan ini hanya dinikmati oleh mereka yang tinggal di bandar sahaja                         sedangkan kebanyakan penduduk tempatan tinggal di pedalaman.

4.   Penguasaan kuasa Barat yang berterusan ke atas Sarawak telah menimbulkan kemarahan         rakyat yang akhirnya membawa kepada pemberontakan.

 

Page 22: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4
Page 23: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4
Page 24: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4
Page 25: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4
Page 26: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4
Page 27: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4
Page 28: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4
Page 29: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4
Page 30: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4
Page 31: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4
Page 32: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4
Page 33: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4
Page 34: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4
Page 35: Nota Sejarah Ting 2 Bab 4