43
KONSEP KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA DENGAN MERUJUK KEPADA KONTEKS MASYARAKAT MALAYSIA AHLI KUMPULAN : 1. CHEN KIT YEE 2. CHOI MING MEI 3. LEE PEI YING 4. KEOH HUI MIN

P m6 kesantunan merentas budaya

  • Upload
    mickgun

  • View
    991

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: P  m6 kesantunan merentas budaya

KONSEP KESANTUNAN

MERENTAS BUDAYA DENGAN MERUJUK KEPADA

KONTEKS MASYARAKAT MALAYSIA

AHLI KUMPULAN :1. CHEN KIT YEE2. CHOI MING MEI3. LEE PEI YING4. KEOH HUI MIN

Page 2: P  m6 kesantunan merentas budaya

BUDAYA secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan

budi dan akal manusia

berhubungan erat dengan masyarakat

Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski : segala yang terdapat dalam sesebuah masyarakat berkait rapat dengan kebudayaan masyarakat itu sendiri

Page 3: P  m6 kesantunan merentas budaya

Herskovits : budaya diperturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya

Andreas Eppink : kebudayaan ialah ciri-ciri khas sesebuah masyarakat

Edward B. Taylor: budaya ialah konsep menyeluruh yang rumit yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat

Page 4: P  m6 kesantunan merentas budaya

Budaya objektifbudaya luaran yang jelas dan mudah dikenal pasti. Contohnya, pakaian, rupa, bahasa, adat resam, makanan dan bentuk rumah.

Budaya subjektif budaya dalaman yang tidak boleh nampak dengan mata kasar dan sukar dikenal pasti. Contohnya, keprcayaan dan nilai amalan.

Budaya kompleks dari segi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, hukum, adat istiadat dan kebiasaan

Page 5: P  m6 kesantunan merentas budaya

Kesantunan Merentas Budaya

Kesantunan yang bergantung pada budaya / perbuatan dalam masyarakat masing- masing

Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja

Pemahaman tentang apa-apa yang

dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya harus diberi penekanan dalam proses berkomunikasi

Page 6: P  m6 kesantunan merentas budaya

KOMUNIKASI SILANG BUDAYA = proses komunikasi melibatkan pelbagai budaya

Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan pandangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan

Setiap budaya mempunyai tanggapan

masing- masing mengenai apa-apa yang betul / salah

Page 7: P  m6 kesantunan merentas budaya

CONTOH : Kesantunan

Merentas Budaya1.Pengurus berbangsa Korea berinteraksi

dengan pengurusnya yang berbangsa Cina Malaysia tentang projek perniagaan mereka

2.Seorang pakar penasihat kepada Sony Sdn Bhd bermesyurat dengan ahli lembaga pengarah Sony Sdn Bhd yang terdiri daripada orang Malaysia, Korea, Australia dan India.

Page 8: P  m6 kesantunan merentas budaya

Segala komunikasi sebegini akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat yang maksimum jika amalan menjaga air muka dalam kalangan yang terlibat :

• lisan/bahasa • Pergerakan/tingkah laku• Mimik muka

Page 9: P  m6 kesantunan merentas budaya

DALAM KONTEKS KOMUNIKASI

 TINGGIFokus kepada

kandungan tersirat yang ingin disampaikan

Contoh : intonasi, isyarat badan dan persekitaran

RENDAH Fokus kepada apa yang

dinyatakan secara lisan. jelas, tepat dan terus

terang.

Sekiranya tidak setuju, mereka akan menyatakan tidak secara terangan tanpa berkias / hanya menunjukkan isyarat setuju melalui bahasa badan / mimik muka.

Page 10: P  m6 kesantunan merentas budaya

CINA & INDIADalam masyarakat Cina dan India,

1. BUDI = perbuatan yang mulia dan baik kepada orang lain.CONTOH : kita membantu orang yang memerlukan tanpa mengira agama, bangsa dan adat serta kepercayaan.

2. BUDI = perbuatan baik yang dilakukan secara ikhlas dan penuh dengan kerelaan.

3. BUDI BAHASA = kesopanan dan kesantunan dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan bahasa seperti pertuturan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.

Page 11: P  m6 kesantunan merentas budaya

CONTOH KESANTUNAN

DALAM MASYARAKAT

MELAYU

Page 12: P  m6 kesantunan merentas budaya

Berpegang kuat pada adat resam dan agama

Memberi salam apabila bersua

Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.

Berkata sopan. Mematuhi sistem panggilan.

Melayan tetamu dengan baik

Menghormati orang tua.

Page 13: P  m6 kesantunan merentas budaya

Bersalam

Tuan rumah menjemput tetamu masuk

Page 14: P  m6 kesantunan merentas budaya

CONTOH KESANTUNAN

DALAM MASYARAKAT CINA

Page 15: P  m6 kesantunan merentas budaya

Tunduk ketika memberi salam.

Orang tua makan dahulu

Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu sebelum bermula makan

Dalam tokong, tidak membenarkan memakai topi.

Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah

Page 16: P  m6 kesantunan merentas budaya

CONTOH KESANTUNAN

DALAM MASYARAKAT INDIA

Page 17: P  m6 kesantunan merentas budaya

Duduk bersila semasa makan. Tidak membazirkan makanan. Senyap semasa bersembahyang. Menangalkan kasut sebelum masuk ke dalam

kuil Mematuhi adat dan resam Salam orang yang lebih tua.

Page 18: P  m6 kesantunan merentas budaya

RUMUSAN :

Secara jelas, kita dapati bahawa adanya persamaan dan perbezaan antara masyarakat Melayu, Cina dan India dalam konteks kesantunan.

Hal ini disebabkan oleh latar belakang dan budaya yang berbeza antara kaum-kaum.

Page 19: P  m6 kesantunan merentas budaya

DALAM ASPEK PERKAHWINAN

Upacara perkahwinan berbeza-beza antara

kaum

Page 20: P  m6 kesantunan merentas budaya

PERKAHWINAN

MASYARAKAT MELAYU

Page 21: P  m6 kesantunan merentas budaya

tahap awal menjodohkan teruna dan dara, yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara.

1. ADAT MERISIK

Page 22: P  m6 kesantunan merentas budaya

Ungkapan adat Melayu : kalau hendak meminang anaknya, pinanglah ibu bapaknya terlebih dahulu

Maksud : pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti perkahwinan

Page 23: P  m6 kesantunan merentas budaya

Tujuan :(A) memastikan bahawa gadis yang dihajati itu masih belum berpunya (B) menyelidik latar belakang si gadis.  Proses ini dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua-dua belah pihak. 

Page 24: P  m6 kesantunan merentas budaya

Biasanya, ibu bapa anak dara tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh.

adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku.

2. MEMINANG

Page 25: P  m6 kesantunan merentas budaya

Suatu ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sebuah perkahwinan.

doa selamat di bacakan sebagai tanda kesyukuran.

Sesudah itu, mereka akan bersalaman sebagai tanda mereka telah diijabkabulkan.

3. Akad Nikah

Page 26: P  m6 kesantunan merentas budaya

dijalankan di rumah pengantin perempuan. Ramai tetamu yang dijemput dan kedua-dua pengantin akan bersanding di pelamin. Air mawar akan dipercikkan pada mereka sebagai tanda doa. Tetamu diberi bunga telur sebagai tanda penghargaan.

4. UPACARA BERSANDING

Page 27: P  m6 kesantunan merentas budaya
Page 28: P  m6 kesantunan merentas budaya

PERKAHWINAN

MASYARAKAT CINA

Page 29: P  m6 kesantunan merentas budaya

Dijalankan untuk mengetahui latar

belakang gadis yang dihajati.

Perbincangan antara ibu bapa dan

kelaurga kedua-dua pihak lelaki dan

perempuan, akan diadakan di restoran-

restoran dan disertai saudara mara lain.

1. ADAT MERISIK

Page 30: P  m6 kesantunan merentas budaya

Tradisi makan bersama diadakan untuk

mengeratkan perhubungan di antara dua

buah keluarga.

Perbincangan ketika merisik adalah

berkenaan perkara-perkara umum

terutama tentang latar belakang keluarga

dan asal keturunan.

Page 31: P  m6 kesantunan merentas budaya
Page 32: P  m6 kesantunan merentas budaya

2. MEMINANG

Setelah kedua-dua keluarga pihak lelaki dan

pihak perempuan berpuas hati dengan latar

belakang keluarga masing-masing adat

meminang akan dijalankan.

Setelah kedua-dua pihak sudah saling

mengenal dan bersetuju untuk berkahwin,

barulah adat bertunang dijalankan.

Page 33: P  m6 kesantunan merentas budaya

3. MAJLIS PERKAHWINAN

Upacara meminum teh diamalkan sebagai

lambang penerimaan pasangan pengantin

terutamanya si isteri dalam keluarga si suami.

Tujuan :

(A) mengeratkan hubungan kekeluargaan

(B) menunjukkan penghormatan terhadap orang

yang lebih tua dalam keluarga tersebut.

Page 34: P  m6 kesantunan merentas budaya
Page 35: P  m6 kesantunan merentas budaya

Saudara mara, rakan-rakan dan jiran dijemput

ke jamuan besar-besaran.

Mereka akan memberi ang-pau kepada

pasangan pengantin sebagai tanda restu.

Pada masa yang sama kedua-dua pengantin

akan cuba mengenali dan beramah mesra

dengan ahli keluarga dua belah pihak untuk

menjalin hubungan yang akrab antara dua

buah keluarga.

4. JAMUAN PERKAHWINAN

Page 36: P  m6 kesantunan merentas budaya

PERKAHWINAN

MASYARAKAT INDIA

Page 37: P  m6 kesantunan merentas budaya

Pelbagai faktor (etnik, sub etnik, kasta, agama dll) diberi perhatian

maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara.

1. ADAT MERISIK

Page 38: P  m6 kesantunan merentas budaya
Page 39: P  m6 kesantunan merentas budaya

Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat paras rupa calon isterinya.Buah tangan dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju

2. Kunjungan Ke Rumah Pengantin

Page 40: P  m6 kesantunan merentas budaya

dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dan memberikan hadiah kepada wakil perempuan.

bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut

3. Ikat Janji

Page 41: P  m6 kesantunan merentas budaya

Untuk menghormati dan mendapat restu :(a) menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada

bahagian atasnya(b) menuang air susu ke dalamnya(c) memberi sirih(d) mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki

ibu bapa)(e) memberi hadiah dhoti (bapa mertua) (f) sari (ibu mertua) dan wang.

4. UPACARA PERKAHWINAN

Page 42: P  m6 kesantunan merentas budaya

SECARA UMUM …Bagi ketiga-tiga kaum, adat dan majlis perkahwinan diadakan secara berperingkat-peringkat dengan tujuan:

1. sebagai tanda penghormatan terhadap pendapat orang tua terutamanya ibu bapa bagi pihak lelaki dan perempuan

2. Mengeratkan hubungan antara dua buah keluarga3. Mendapatkan restu daripada saudara mara dan

rakan-rakan4. Memastikan pasangan yang dipilih sesuai5. Memastikan upacara-upacara dijalankan dengan

sopan

Page 43: P  m6 kesantunan merentas budaya

SEKIAN, TERIMA KASIH