8
1 WEBSITE : www.perzim.gov.my FACEBOOK : Perbadanan Muzium Melaka - Official Pakej Lawatan Ilmiah Muzium Warisan & Sejarah Naning

Pakej Lawatan Ilmiah...4 MUZIUM / GALERI JUMLAH PELAWAT (ORANG) Muzium Rakyat 20,153 Muzium Setem 3,839 Muzium Islam 10,103 Muzium Orang Asli 2,939 Muzium Adat 2,627 Muzium Naning

  • Upload
    others

  • View
    35

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

1

WEBSITE : www.perzim.gov.my

FACEBOOK : Perbadanan Muzium Melaka - Official

Pakej Lawatan Ilmiah

Muzium Warisan & Sejarah Naning

2

Syukur Alhamdulillah, pertama kalinya Unit Kompleks Muzium Rakyat menerbitkan Warkah Rakyat sebagai wadah

penghubung bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Penerbitan WR ini mencerminkan komitmen yang padu

Pengurusan Unit ini bagi menghebahkan produk-produk pelancongan yang dijalankan buat staff dan juga para

pelancong.

Sokongan yang padu daripada Encik Mohd Shukry bin Abdullah selaku Ketua Unit Kompleks Muzium Rakyat ini

membakar semangat untuk menghasilkan keluaran yang seterusnya. Ucapan jutaan terima kasih dirakamkan buat Encik

Rohaidi bin Dolah dan Staff atas kerjasama yang diberikan.

Akhir kata, diharapkan segala maklumat yang terkandung di dalam buletin ini menjadi ilmu yang bermanfaat bagi setiap pembaca. Sekian. SRH

Penasihat

YBhg. Datuk Hj. Khamis bin Hj. Abas

Pengurus Besar PERZIM

Ketua Pengarang

Pn Siti Rohani binti Hamzah

Penolong Kurator

Ketua Editor

Mohd Shukry bin Abdullah

Kurator

Pengarang / Pengumpulan Bahan

Rohaidi bin Dolah

Pembantu Muzium

Jurufoto

Kamaludin bin Yahya

Assalamualaikum Wbt. dan salam sejahtera kepada anggota

PERZIM dan para pembaca WARKAH RAKYAT yang julung kalinya

diterbitkan oleh Unit Kompleks Muzium Rakyat.

Alhamdulillah, tahun 2017 telah diwarnai dengan pelbagai cabaran,

rintangan, suka dan duka yang telah kita harungi bersama. Semua

ini adalah natijah semangat gigih, usahasama dan komitmen dari

setiap anggota PERZIM untuk memastikan PERZIM sentiasa dalam

landasan yang betul bagi mencapai kecemerlangan.

Sebagai institusi yang bertanggungjawab dalam bidang

pelancongan, kebudayaan, warisan dan pendidikan, saya berharap

seluruh anggota PERZIM terus menghayati visi dan misi PERZIM.

Justeru, saya mengajak semua anggota PERZIM tanpa mengira apa

jua pangkat, jawatan dan kedudukan kita untuk berjalan seiring

dan bekerja keras sebagai satu pasukan serta melaksanakan

amanah ini dengan penuh keikhlasan.

Akhir kata, marilah sama-sama kita melangkah agar hari ini lebih

baik dari semalam dan semoga tahun 2018 menjadi tahun

kecemerlangan PERZIM dalam pelbagai bidang.

Pengurus Besar, PERZIM

3

4

MUZIUM / GALERI

JUMLAH PELAWAT (ORANG)

Muzium Rakyat

20,153

Muzium Setem

3,839

Muzium Islam

10,103

Muzium Orang Asli

2,939

Muzium Adat

2,627

Muzium Naning

456

JUMLAH BESAR

40,117

* Kutipan Muzium Naning bermula pada 26 Jun 2017.

SELAMAT TAHUN BAHARU 2018

Daripada: Kurator, Pegawai Kanan dan seluruh Warga Kerja Unit Kompleks Muzium Rakyat

5

Asal Usul Permainan Gasing di Melaka Gasing merupakan permainan tradiisional masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi. Terdapat berbagai cerita mengenai asal usul gasing di negara kita. Menurut aktivis gasing di Melaka, Encik Koh Kim Bok, permainan gasing di Melaka dipercayai bermula dari aktiviti ‘mengkoba’ atau memecah batu. Dari aktiviti ini lama kelamaan timbulnya penciptaan gasing yang diperbuat dari kayu yang diratakan dan dibentuk seperti yang terdapat pada masa kini. Dahulu gasing hanya dimainkan di halaman rumah dan gelanggang yang digunakan tidak mempunyai ukuran yang seragam. Pemain-pemain akan menyediakan peralatan mereka untuk bermain gasing. Bagi membuat tali gasing mereka hanya menggunakan kulit terap dan untuk membuat gasing, hanya kayu yang terbaik sahaja yang akan digunakan. Pada ketika itu, bentuk gasing tidak seperti yang ada sekarang, tetapi tinggi dan besar manakala paksinya pula menggunakan paku empat inci atai menggunakan batang nibong, cengal dan kempas. Manakala mesin pelarik yang digunakan pula adalah pelarik buluh ataupun pelarik busar. Pada masa dahulu, gelanggang yang dibina adalah tidak berbumbung dan luas. Istilah gasing diambil dari perkataan Jawa iaitu ‘goh’ bermaksud kayu manakala ‘sing’ bermaksud pusing.

Istiadat Permainan Gasing Pertandingan permainan gasing di Melaka akan diadakan secara besar-besaran. Bagi setiap pemain mereka akan menyediakan beberapa hari sebelum pertandingan diadakan. Pada masa yang sama juga gelanggang untuk pertandingan akan dihias secantik yang mungkin bagi meraikan setiap tahun yang akan datang samada yang bertanding ataupun sekadar penonton. Sebelum majlis perasmian pertandingan diadakan penduduk kampung atau masyarakat setempat akan mengadakan gotong royong dan ada juga yang menyembelih seekor lembu untuk menyediakan juadah kepada tetamu. Masyarakat di Melaka pada masa dahulu akan ‘menanam’ atau member hadiah kepada tuan rumah yang berupa bunga telur kepada tuan rumah yang mengadakan pertandingan gasing. Hadiah bunga telur ini pula akan dibalas semula oleh pihak tuan rumah kepada pihak yang memberi sekiranya terdapat pertandingan di tempat mereka. Selapas tamat pertandingan gasing, majlis tari menari ‘Joget Lambak’ dan persembahan ‘Dondang Sayang’ akan diadakan sebagai hiburan kepada tetamu dan juga orang kampung. Ini secara tidak langsung akan mengeratkan tali silaturrahim antara pemain dan juga wakil kampung yang menyertai pertandingan tidak kira samada mereka kalah dan menang.

Apak - Apa

Bentan - Jatuh, pengsan

Gengat - Sakit sekejap

Kamik - Kami

Centul - Tumit kaki

Ketos - Terpelanting

Tuhak - Orang tua

Mantal - Padat, kental

Sekeat - Separuh

Sentap - Sedut, menyedut

Sintak - Tarikh, sentak

6

Bangunan asal Muzium Pertanian Melaka ini merupakan bangunan Pejabat Pos Lama Jasin.

Dipercayai didirikan oleh British pada akhir tahun 1890-an setelah pentadbiran negeri Melaka dibahagikan

kepada tiga daerah iaitu Jasin, Alor Gajah dan Melaka Tengah. Daerah jasin pada ketika itu sangat pesat

dengan aktiviti perlombongan dan pengeluaran hasil hutan. Tujuan bangunan ini didirikan adalah untuk

memastikan surat-surat yang dikirimkan oleh Pegawai-pegawai British dan pelabur-pelabur selamat sampai

kepada pihak pentadbir. Manakala masyarakat tempatan pula menjadikan bangunan ini sebagai tanda lokasi

untuk ke bandar Jasin.

Menjelang tahun 1980-an, selaras dengan perkembangan pesat Bandar Jasin pengurusan Pos

Malaysia telah memutuskan untuk membina bangunan baharu yang terletak tidak jauh dari lokasi ini.

Bangunan ini telah dikosongkan dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka. Pada tahun 1989,

Kerajaan Negeri Melaka telah mengisytiharkan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah dan telah

mengarahkan setiap daerah mempunyai muzium. Atas saranan tersebut, Muzium Daerah Jasin dibuka

kepada orang ramai pada akhir tahun yang sama. Muzium ini mempamerkan sejarah daerah jasin, sistem

pentadbiran, perkembangan yang berlaku serta tokoh-tokoh yang ada di dalam daerah ini.

Menjelang pertengahan tahun 2000, nama muzium ini ditukar menjadi Muzium Pertanian Melaka

selepas kerja-kerja menaiktaraf dilakukan. Fokus utama pameran adalah berkaitan dengan aktiviti pertanian

di negeri Melaka. Diorama sawah padi, ladang getah dan kelapa sawit menjadikan pameran ini sangat baik

untuk dilawati. Selain itu, pameran turut memperagakan pembuatan gula Melaka dan agro-tourism untuk

para pelancong bagi mengetengahkan produk tempatan negeri Melaka.

7

Lebih 20 tahun Puan Siti Nurul Ain Lan binti Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ain bertugas di

Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Beliau mula bertugas di PERZIM sejak tahun 1994. Dilahirkan pada 17

Ogos 1967 ibu kepada dua orang anak ini kini bertugas sebagai Pembantu Operasi (N11) di Muzium

Pertanian Jasin. Beliau sudah berkahwin dengan suaminya Encik Azahar bin Ahmad.

Memulakan kerjaya di Muzium Orang Asli pada awal penubuhan Muzium Melaka pada tahun 1994

dengan beberapa orang staff yang terhad membawa hasrat Kerajaan Negeri Melaka bagi menjadikan Melaka

sebagai negeri Pelancongan. Beliau merupakan Orang Asli dari suku Temuan telah memeluk Islam sejak

berkahwin dengan suaminya. Selain itu beliau juga pernah bertugas di Muzium Budaya dan di bangunan

Stadhuys. Perkembangan demi perkembangan yang berlaku dihadapan mata membawa beliau menjadi

seorang yang berpengetahuan dalam selok belok pelancongan di muzium ini.

Selama berkhidmat, beliau telah menerima beberapa anugerah kecemerlangan seperti Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Pekerja Contoh Bulanan.

8

Lawatan Ilmiah ke Muzium Warisan dan Sejarah Naning

Seminar Apresiasi Perkahwinan Tradisional

Melaka pada 3 November 2017 di Dewan PERZIM

Program Mari Menyumpit di Muzium Orang Asli, Ayer Keroh

pada setiap cuti persekolahan

Pertandingan Mewarna di Muzium Warisan dan Sejarah Naning

Permainan Tradisional di Laman Rakyat pada setiap hujung

minggu

Penyampaian hadiah pengunjung bertuah sempena Maulidur Rasul di Muzium Islam