56
ISI KANDUNGAN LAPORAN AKTIVITI REFLEKSI KESELURUHAN REFLEKSI MANITO NOTA-NOTA LAMPIRAN

Pandu Puteri

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pandu Puteri

ISI KANDUNGAN

LAPORAN AKTIVITI

REFLEKSI KESELURUHAN

REFLEKSI MANITO

NOTA-NOTA

LAMPIRAN

Page 2: Pandu Puteri

LAPORAN

PERKHEMAHAN

(SEBELUM /

SEMASA / SELEPAS

PERKHEMAHAN)

Page 3: Pandu Puteri

Sebelum

Kami telah menubuhkan satu jawatankuasa sebelum perkhemahan dan jawatan saya

ialah AJK Malam Kebudayaan.

Untuk mempelajari ilmu pengetahuan tentang perkhemahan, perjumpaan telah

diadakan sebanyak 4 kali. Dalam perjumpaan tersebut, kami telah mempelajari tali

ikatan untuk mengikat gajet. Selain itu, teknik-teknik mendirikan khemah turut diajar

oleh pensyarah. Pendedahan ini membolehkan kami menyelesaikan masalah yang

akan hadapi nanti dan ini juga telah memberikan keyakinan kepada kami semua.

Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis simpulan dan ikatan. Tali yang

digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti oleh pengembara,

penyelamat, pendaki gunung, mengikat kapal di pelabuhan, penggunaan khas,

perhiasan dan kegiatan luar. Kita juga selalu menggunakan berbagai-bagai jenis

ikatan dan simpulan pada setiap masa. Empat definisi yang perlu diketahui tentang

simpulan dan ikatan, iaitu simpulan (knotting), ikatan (lashing), sambat (splicing) dan

mematikan hujung tali (whipping).

Dalam pengikatan gajet ini, saya telah mempelajari teknik berkomunikasi dengan

kawan-kawan saya. Selain itu, saya mengajar kawan saya yang lebih lemah

membolehkan saya mengukuhkan lagi teknik pengikatan saya.

Akhir sekali, pendirian khemah juga diajar oleh pensyarah. Hal ini untuk menyediakan

kami supaya pada hari perkhemahan tidak berkelam-kabut. Khemah yang kami guna

ialah khemah berangka. Dengan kerjasama semua ahli, semua peralatan

perkhemahan juga telah dikumpulkan dan disimpan dengan baik dan ini juga

memudahkan semua orang.

Page 4: Pandu Puteri

LAPORAN ICE

BREAKING /

MANITO

Page 5: Pandu Puteri

Semasa

LAPORAN UNTUK AKTIVITI ICE BREAKING / MANITO

Tarikh : 24 September 2012

Hari : Isnin

Masa : 10.30 pagi

Aktiviti : Ice breaking / Manito

Pensyarah Pembimbing : Pn. Rohana Mahadzir

Perjalanan Aktiviti:

Selepas mendirikan khemah dan mengikat gajet, sesi ice breaking dengan pensyarah

telah dimulakan. Pensyarah memperkenalkan aktiviti manito ini dan kami mencabut

manito masing-masing. Selepas itu, kami dikehendaki menulis surat kepada manito

kami.

Pembelajaran yang diperolehi:

Saya telah mengenalkan manito dan permainan ini membolehkan kami mengeratkan

lagi hubungan kami dengan ahli kumpulan yang lain.

Page 6: Pandu Puteri

MENDIRIKAN

KHEMAH DAN

GADJET ASAS

Page 7: Pandu Puteri

LAPORAN UNTUK AKTIVITI MENDIRIKAN KHEMAH & GAJET ASAS

Tarikh : 24 September 2012

Hari : Isnin

Masa : 2.30 pagi

Aktiviti : Mendirikan perkhemahan dan gajet asas

Pensyarah Pembimbing : Pn. Rohaya Ahmad

Perjalanan Aktiviti:

Tapak perkhemahan kami di sebelah Badan Beruniform Kadet Remaja Sekolah

sahaja dan sebaik sahaja kami sampai ke tapak perkhemahan, setiap kumpulan

mencari tempat yang sesuai untuk mendirikan khemah masing-masing.

Selepas itu, pembinaan gajet asas untuk khemah masing-masing telah dijalankan.

Menurut pensyarah pembimbing kami, setiap kumpulan dikehendaki membinakan

sekurang-kurangnya satu rak kasut dengan menggunakan buluh. Di depan khemah

kami terdapat satu buluh lama lalu kami membelah buluh tersebut dengan

menggunakan parang.

Pembelajaran yang diperolehi:

Pendedahan awal terhadap pengikatan gajet membolehkan saya membinakan gajet

dan juga khemah dengan lancar dan cepat.

Page 8: Pandu Puteri

AKTIVITI

ORIENTEERING

Page 9: Pandu Puteri

LAPORAN UNTUK AKTIVITI ORIENTEERING

Tarikh : 24 September 2012

Hari : Isnin

Masa : 5.00 ptg

Aktiviti : Orienteering

Pensyarah Pembimbing : Pn. Rohaya Ahmad

Perjalanan Aktiviti:

Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik-teknik

pergerakan dari satu tempat ke tempat lain dengan menggunakan kemahiran

membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan

imbangan di antara koordinasi fizikal dan metal dengan baik. Kemahiran

menggunakan kompas adalah kemahiran yang asas dalam permainan ini.

Selepas pensyarah memberikan penerangan yang terperinci, setiap kumpulan

dikehendaki mencipta satu peta kepada kumpulan lain. Dalm pertandingan ini, setiap

kumpulan mencari titik kawalan yang terdapat dalam peta dan kumpulan yang paling

cepat dikira pemenang.

Malangnya, cuaca tidak mengizinkan kami menjalankan aktiviti ini dan kami hanya

menghantar peta kami kepada pensyarah sahaja.

Pembelajaran yang diperolehi:

Saya telah mempelajari mencipta satu peta dengan menggunakan kompas dan

pengukuran bearing. Apabila saya tersesat di hutan, kemahiran ini membolehkan saya

keluar dari hutan.

Page 10: Pandu Puteri

AKTIVITI

ISTIADAT PANDU

PUTERI TUNAS

Page 11: Pandu Puteri

LAPORAN UNTUK AKTIVITI ISTIADAT PANDU PUTERI TUNAS

Tarikh : 24 September 2012

Hari : Isnin

Masa : 8.30 malam

Aktiviti : Istiadat Pandu Puteri Tunas

Pensyarah Pembimbing : Pn. Rohana Mahadzir

Perjalanan Aktiviti:

Istiadat Pandu Puteri Tunas adalah satu upacara rekaan atau tanda rahsia yang

dijalankan oleh sesebuah Pandu Puteri Tunas untuk memeriahkan dan member

keseronokkan setiap kali diadakan perjumpaan. Istiadat ini diadakan supaya Pandu

Puteri Tunas tidak berasa bosan sebliknya berasa gembira kerana berpeluang

menunjukkan kreativiti masing-masing.

Terdapat 2 jenis istiadat Pandu Puteri Tunas iaitu istiadat tetap dan upacara rekaan.

Contoh istiadat tetap ialah Lingkungan, pelantikan dan hormat besar manakala

upacara rekaan pula terdapat Pow-Wow, terbang naik, penutup mesyuarat pasukan,

terima kasih dan lain-lain lagi.

Pemimpin akan menentukan tempat perjumpaan dibuat dan meletakkan pennant

ditengah-tengah kawasan. Tetapkan satu tema untuk rekaan membentuk lingkungan

contohnya tema haiwan, kenderaan dan lain-lain yang sesuai dan menarik. Pemimpin

boleh memanggil kumpulan untuk masuk satu persatu.

Pembelajaran yang diperolehi:

Setiap kumpulan memilih satu istiadat dan mendemonstrasikan di depan dan

kumpulan saya telah memilih “Hormat Besar”. Melalui aktiviti ini, saya telah

mempelajari satu istiadat rekaan yang baru.

Page 12: Pandu Puteri

AKTIVITI BACKSWOODMAN

COOKING

Page 13: Pandu Puteri

LAPORAN UNTUK AKTIVITI BACKSWOODMAN COOKING

Tarikh : 25 September 2012

Hari : Selesa

Masa : 8.15 pagi

Aktiviti : Backswoodman Cooking

Pensyarah Pembimbing : Pn. Rohana Mahadzir

Perjalanan Aktiviti:

Sebelum bermulanya sesi ini, tepung gandum disediakan terlebih dahulu. Aktiviti ini

merupakan kemahiran yang asas yang diperlukan oleh seorang ahli Pandu Puteri

Tunas. Pensyarah telah mengajar kami cara membina api di kawasan lapang.

Selain itu, pensyarah juga mengajar kami cara membuat roti lilit, telur bersalut tanah

iat dan juga ubi kentang dengan kertas aluminium.

Masakan alternatif (masakan hutan) ini boleh digunakan oleh ahli Pandu Puteri jika

berhadapan dengan situasi luar jangkaan seperti kehabisan bekalan makanan, sesat

atau kemalangan ringan semasa perkhemahan.

Pembelajaran yang diperolehi:

Sebelum ini, saya mempunyai pengalaman dalam masakan hutan ini, hal ini kerana

saya pernah berkhemah di dalam hutan waktu persekolahan saya. Kemahiran ini

boleh digunakan semasa sesat di hutan ataupun semasa menghadapi situasi di luar

jangkaan seperti kehabisan bekalan makanan.

Page 14: Pandu Puteri

AKTIVITI MASAKAN

SOLAR

Page 15: Pandu Puteri

LAPORAN UNTUK AKTIVITI MASAKAN SOLAR

Tarikh : 25 September 2012

Hari : Selesa

Masa : 11.00 pagi

Aktiviti : Masakan Solar

Pensyarah Pembimbing : Pn. Rohaya Ahmad

Perjalanan Aktiviti:

Masakan solar ini diperkenalkan sebagai salah satu cara penyediaan makanan tanpa

menggunakan peralatan dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari sebagai

sebagai sumber tenaga pembakar. Kaedah memasak menggunakan tenaga solar

mempunyai banyak kebaikan. Diantaranya ialah sebagai satu cara mendidik ahli

supaya melindungi alam sekitar yang semakin terancam, mengurangkan

pencemaran pembakaran bahan api, mengurangkan bahaya gas dan kebakaran.

Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik. Oleh kerana cuaca pada hari

tersebut tidak mengizinkan, maka aktiviti masakan solar ini tidak dapat dijalankan.

Alatan yang diperlukan ialah dapur solar, periuk hitam, beg plastic yang lutsinar, tali,

kayu atau batu kecil, penyepit baju dan batu besar.

Pembelajaran yang diperolehi:

Memperolehi ilmu memasak dengan menggunakan tenaga solar secara lisan kerana

cuaca tidak mengizinkan.

Page 16: Pandu Puteri

AKTIVITI ASAS

BANTUAN MULA

(CPR & BALUTAN)

Page 17: Pandu Puteri

LAPORAN UNTUK AKTIVITI ASAS BANTUAN MULA (CPR & BALUTAN)

Tarikh : 25 September 2012

Hari : Selesa

Masa : 2.30 ptg

Aktiviti : Asas Bantuan Mula

Pensyarah Pembimbing : Cik Zuriati Sabaruddin

Perjalanan Aktiviti:

Dalam sesi ini, kemahiran asas bantuan mula diajarkan kepada kami. Definisi asas

bantu mula ialah bantuan permulaan dan rawatan yang pertama diberikan kepada

seseorang yang tercedera atau mengalami kecemasan atau sakit secara mengejut

sebelum ketibaan ambulan, doktor, atau pakar perubatan.

Sesi diceramahkan oleh Encik Eow dan penceramah juga memperkenalkan CPR

(Cardiopulmonary resuscitation) yang merupakan prosedur kecemasan yang

dilakukan dalam usaha bagi mengekalkan secara manual fungsi otak sehingga

langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah dan

pernafasan secara spontan pada seseorang yang jantung berhenti berdengup. Ini

ditunjukkan pada seseorang yang tidak bertindak balas dengan berhenti bernafas atau

pernafasan tidak normal, sebagai contoh pernafasan sengsara. Ia boleh dilakukan di

dalam atau di luar hospital.

CPR sahaja tidak mungkin menghidupkan semula jantung, kerana tujuan utamanya

adalah memulihkan separa aliran darah beroksigen ke dalam otak dan jantung. CPR

boleh menangguhkan kematian tisu serta melanjutkan jendela peluang yang singkat

untuk menjayakan resusitasi tanpa kerosakan otak yang berkekalan. Pemberian

renjatan elektrik kepada jantung (defibrilasi) biasanya diperlukan untuk memulihkan

nadi jantung yang berdaya hidup. Defibrilasi berkesan untuk ritma-ritma jantung

tertentu sahaja, iaitu fibrilasi ventrikel atau takikardia ventrikel tanpa nadi,

bukan asistol atau aktiviti elektrik tanpa nadi. Bagaimanapun, CPR boleh

Page 18: Pandu Puteri

mencetuskan ritma yang boleh direnjat. CPR biasanya diteruskan sehingga

pesakitnya pulih peredaran spontannya (ROSC) atau disahkan mati.

Pembelajaran yang diperolehi:

Dengan mempersiapkan diri saya dengan kemahiran ini, saya berupaya

mengenalpasti dan menghadapi situasi kecemasan dengan tenang. Dan tanpa

disedari, ia menjadi satu kemahiran yang tidak ternilai yang boleh kita pelajari.

Page 19: Pandu Puteri

AKTIVITI

PERMAINAN LUAS

Page 20: Pandu Puteri

LAPORAN UNTUK AKTIVITI PERMAINAN LUAS

Tarikh : 25 September 2012

Hari : Selesa

Masa : 5.00 ptg

Aktiviti : Permainan Luas

Pensyarah Pembimbing : Cik Zuriati Sabaruddin, Pn Rohaya Ahmad, Pn Rohana

mahadzir

Perjalanan Aktiviti:

Permainan Luas merupakan permainan yang memerlukan kawasan yang luas untuk

dikendalikan. Tempat yang sesuai ialah di kawasan pinggir hutan, padang yang luas,

bandar dan juga di luar bandar. Permainan ini amat sesuai untuk menguji kecekapan

ahli semasa aktivti berkhemah. Pada kebiasaannya permainan ini dimainkan selama

lebih kurang satu atau dua jam. Ianya bergantung kepada kawasan dan juga

kecekapan pemimpin menyediakan aktiviti dan tugasan permainan. Tetapi sekiranya

kawasan anda tidak terlalu banyak ruang, pemimpin bolehlah menjalankan permainan

ini di sekitar bangunan tempat aktiviti di jalankan. Permainan ini diadakan

adalah bertujuan untuk menerap nilai kerjasama, kepimpinan kepanduan dan juga

kerjasama berpasukan.

Factor cuaca tidak membenarkan kami menjalankan aktiviti Permainan Luas ini.

Contoh Permainan Luas ialah Permainan kim.

Pembelajaran yang diperolehi:

Di antara kemahiran yang boleh diuji melalui permainan ini ialah kecekapan ahli

memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah atau tugasan, mengendap,

kerjasama dalam pasukan, toleransi, nilai-nilai murni, kesabaran, simpulan dan

ikatan, tanda-tanda mengesan dan lain-lain aktiviti kemahiran kepanduan.

Page 21: Pandu Puteri

AKTIVITI MERANCANG PROGRAM / PENGUJIAN LENCANA

KECEKAPAN

Page 22: Pandu Puteri

LAPORAN UNTUK AKTIVITI MERANCANG PROGRAM /

PENGUJIAN LENCANA KECEKAPAN

Tarikh : 25 September 2012

Hari : Selesa

Masa : 8.30 ptg

Aktiviti : Merancang Program

Pensyarah Pembimbing : Pn. Rohana Mahadzir

Perjalanan Aktiviti:

Perancangan program merupakan salah satu kemahiran yang diperlukan oleh

seorang ahli Pandu Puteri Tunas. Definisi program ialah penyusunan dan

pengendalian aktiviti secara terancang. Program yang hendak dijalankan perlu

dirancang terlebih dahulu disebabkan untuk mengelakkan daripada ahli tertunggu-

tunggu pemimpin memulakan perjumpaan supaya masa digunakan dengan

berfaedah. Selain itu, ia juga untuk memastikan kelicinan perjalanan sesuatu projek,

aktiviti, perjumpaan, mesyuarat dan lain-lain.

Selain itu, dalam lencana kecekapan terdapat 3 bahgian iaitu Calit Emas, Tangga

Emas dan Tangan Emas. Untuk mendapatkan lencana-lencana tersebut,

Mengaplikasikan kepelbagaian aktiviti yang telah dilaksanakan untuk mendapatkan

lencana kecekapan.

Pembelajaran yang diperolehi:

Saya telah mempelajari tentang cara merancang sesuatu program dan ini amat

berfaedah kepada saya pada masa depan mengajar nanti.

Page 23: Pandu Puteri

AKTIVITI

ETIKET SOSIAL

Page 24: Pandu Puteri

LAPORAN UNTUK AKTIVITI ETIKET SOSIAL

Tarikh : 26 September 2012

Hari : Rabu

Masa : 8.15 pagi

Aktiviti : Etiket Sosial

Pensyarah Pembimbing : Pn. Zairihan Harun

Perjalanan Aktiviti:

Dalam sesi, kami mempelajari tentang etiket sosial. Etiket sosial menyarankan

perilaku, budi bahasa, pelajaran, imej, greak-geri yang elok serta keyakinan diri yang

sesuai. Definisinya ialah sopan santun di dalam interaksi di antara individu dengan

individu yang lain dalam mesyuarat. Etiket sosial boleh ditakrifkan sebagai alat

kelengkapan kemulaan keperibadian untuk membina, membela dan memelihara harga

diri apabila berdamping dengan orang lain.

Antara perkara yang telah diterangkan oleh pensyarah ialah gaya berjalan, gaya

makan, gaya berdiri, gaya bangun dari kerusi, kesopanan dalam majlis, tertib di meja

makan dan cara berkomunikasi.

Pembelajaran yang diperolehi:

Dalam slot ini, saya telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan tentang menjaga

ketarampilan diri, cara berjalan dengan sopan dan yakin, cara memakan yang sopan

dan juga berbudi bahasa .

Page 25: Pandu Puteri

AKTIVITI

MENGHAYATI

ALAM SEKITAR

Page 26: Pandu Puteri

LAPORAN UNTUK AKTIVITI MENGHAYATI ALAM SEKITAR

Tarikh : 26 September 2012

Hari : Rabu

Masa : 11.00 pagi

Aktiviti : Menghayati Alam Sekitar (Muzium Arkeologi)

Pensyarah Pembimbing : Pn. Zairihan Harun

Perjalanan Aktiviti:

Salah satu aktiviti yang kami menjalankan ialah aktiviti menghayati alam sekitar yang

diiringi oleh Pn. Zairihan Harun. Kami membuat lawatan ke Muzium Arkeologi di

Lembah Bujang, Kedah. Asalnya, slot ini dijalankan di hutan paya bakau di Merbok

tetapi cuaca yang selalu hujan lebat tidak mengizinkan kami menjalankan di sana.

Perjalanan ke muzium telah mengambil masa sebanyak 40 minit. Muzium Arkeologi

Lembah Bujang terletak berhampiran dengan Sungai Batu, Bukit Batu

Pahat, Merbok, Kedah. Muzium ini ditadbir oleh Kementerian Penerangan Komunikasi

dan Kebudayaan Malaysia. Kompleks arkeologi ini seluas tiga kilometer persegi . Ia

terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit.Terdapat 97 tapak kajian yang menjadi

kunci untuk membuka sejarah tamadun awal negara.

Kompleks muzium ini menyimpan pelbagai khazanah dan pusaka bersejarah yang

menjadi bukti bahawa Kedah merupakan salah satu negeri tertua dalam rantau ini,

yang dipercayai wujud sejak tahun 110 Masehi. Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini

dibina pada tahun 1978.

Pembelajaran yang diperolehi:

Bahan-bahan Arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak

arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan di ekskavasi arkeologi ditapak-

tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang dengan keluasan 400km persegi.

Page 27: Pandu Puteri

Artifak Arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang

membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat

perdangangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang meguasai jalan

perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-

pedagang China, India, Arab disamping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan

Melayu yang menguasai rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur

jauh sejak kurun ke 5. Saya telah meluaskan pengalaman dan pengetahuan saya

melalui lawatan ini.

Page 28: Pandu Puteri

AKTIVITI ASAS

BANTU MULA

(KEMALANGAN DI

RUMAH)

Page 29: Pandu Puteri

LAPORAN UNTUK AKTIVITI ASAS BANTU MULA (KEMALANGAN DI RUMAH)

Tarikh : 26 September 2012

Hari : Rabu

Masa : 2.30 ptg

Aktiviti : Asas Bantu Mula (kemalangan di rumah)

Pensyarah Pembimbing : En. Eow boon Hin, Pn. Sarajoh, Pn Junita Md Ali

Perjalanan Aktiviti:

En Eow merupakan penceramah slot ini. Dalam slot ini, penceramah telah

memberikan beberapa contoh kemalangan yang boleh berlaku dalam rumah. Beliau

juga mengajar kami cara-cara untuk menangani masalah yang berlaku.

Pembelajaran yang diperolehi:

Melalui slot ini, kesedaran terhadap pentingnya mempunyai pengetahuan pertolongan

cemas dan tahu mengaplikasikannya semasa berlakunya kecemasan. Kemalangan di

rumah boleh berlaku kepada sesiapa saja walaupun risikonya lebih tinggi di kalangan

kanak-kanak dan orang tua.

Page 30: Pandu Puteri

AKTIVITI MALAM

KEBUDAYAAN

Page 31: Pandu Puteri

LAPORAN UNTUK AKTIVITI MALAM KEBUDAYAAN

Tarikh : 26 September 2012

Hari : Rabu

Masa : 8.30 mlm

Aktiviti : Malam Kebudayaan

Perjalanan Aktiviti:

Sesi ini dijalankan secara induk iaitu semua pasukan beruniform dikehendaki

mempersembahkan satu persembahan. Dalam slot ini, kumpulan saya

mempersembahkan nyanyian. Kumpulan yang satu lagi mempersembahkan lakonan.

Masa persiapan yang tidak mencukupi merupakan masalah yang utama tetapi kami

masih dapat melaksanakan dengan baik dan sempurna walaupun tidak memenangi

sebarang hadiah.

Pembelajaran yang diperolehi:

Dalam sesi ini, saya telah mempelajari bahawa semangat kerjasama pasukan adalah

amat penting. Setiap manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada

caranya yang tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi

hubungan persahabatan, hubungan persaudaraan, hubungan rakan pergaulan dan

yang lebih utama ialah hubungan dengan jiran tetangga. Hubungan ini tidak kira

dalam bentuk apa sekalipun sama ada memberi bantuan, kerjasama dan sebagainya

tetapi khusus kepada perkara-perkara kebaikan sahaja.

Page 32: Pandu Puteri

LAPORAN UNTUK

AKTIVITI MANITO

Page 33: Pandu Puteri

LAPORAN UNTUK AKTIVITI MANITO

Tarikh : 27 September 2012

Hari : Khamis

Masa : 9.00 pagi

Aktiviti : Manito

Perjalanan Aktiviti:

Pada hari terakhir ini, aktiviti Manito telah dijalankan. Semua ahli mebuat satu bulatan

yang besar dan menukar hadiah yang telah disediakan dengan manito masing-

masing.

Pembelajaran yang diperolehi:

Masa berlalu dengan pantas dan aktiviti manito ini dapat mengeratkan hubungan

antara ahli pasukan. Hubungan ini tidak kira dalam bentuk apa sekalipun sama ada

memberi bantuan, kerjasama dan sebagainya tetapi khusus kepada perkara-perkara

kebaikan sahaja.

Page 34: Pandu Puteri

AKTIVITI MAJLIS

PENUTUPAN

Page 35: Pandu Puteri

LAPORAN UNTUK AKTIVITI MAJLIS PENUTUPAN

Tarikh : 27 September 2012

Hari : Khamis

Masa : 11.00 pagi

Aktiviti : Majlis Penutupan

Perjalanan Aktiviti:

Majlis ini dimulakan dengan ucapan pensyarah-pensyarah dan menyampaikan

cenderamata kepada pemenang-pemenang pertandingan yang telah dijalankan.

Walaupun dalam pertandingan malam kebudayaan pasukan kami tidak memenangi

sebarang hadiah, namun semangat untuk berjuang itu telah mengatasi segala-

galanya.

Pembelajaran yang diperolehi:

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini

sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah

semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.

Page 36: Pandu Puteri

Selepas

Selepas pulang dari Pulako di IPG IPSAH, kumpulan kami dengan segeranya

membersihkan khemah kami kerana cuaca hari tersebut mempunyai matahari yang

terik dan ini amat sesuai untuk kami membersihkan khemah. Selepas khemah telah

kering disidaikan, kami melipat khemah itu dengan kemas dan menyimpannya di

tempat asalnya.

Selepas pulang dari perkhemahan, ujian yang menyumbangkan sebanyak 15% telah

dijalankan dan menyediakan laporan-laporan. Banyak  pengalaman yang kami timba

sepanjang program perkhemahan ini, selain dapat merapatkan lagi hubungan antara

peserta dan juga dengan pensyarah penasihat kami.

Page 37: Pandu Puteri

Refleksi Keseluruhan

Pada 24 September hingga 27 September 2012 telah berlangsungnya aktiviti

perkhemahan bagi Badan Beruniform Pandu Puteri bertempat di PULAKO, IPG

IPSAH, Sungai Petani, Kedah. Setiap unit beruniform terdiri daripada Kadet remaja

Sekolah, Pandu Puteri dan Persatuan Bulan sabit Merah.

Sebelum bertolak ke destinasi, kami telah berkumpul di depan garaj pada 8 pagi

bersama-sama dengan alatan-alatan dan keperluan harian yang diperlukan sepanjang

waktu perkhemahan. Contohnya, dapur, bahan-bahan mentah, sayur-sayuran,

rempah-ratus, minyak, pinggan, periuk, dan sebagainya.

Di sana saya dapat mempratikkan ilmu yang telah diajar oleh pensyarah kamu

sepenuhnya dalam hal membuat gajet. Saya berasa seronok kerana dapat

mempratikkan ilmu ikatan dan simpulan di sana. Gajet yang telah kami bina ialah rak

kasut. Pada asalnya, kami berniat membuat gajet ampaian pakaian, malangnya cuaca

yang berhujan lebat tidak mengizinkan kami berbuat demikian. Oleh itu, kumpulan

kami Cuma dapat menyiapkan satu gajet sahaja iaitu gajet rak kasut.

Melalui perkhemahan ini, saya telah belajar tentang erti semangat berpasukan.

Sekiranya kami tidak bekerjasama tidak mungkin kami dapat hidup dengan aman dan

selesa sepanjang perkhemahan. Kami membahagikan tugas dengan adil dan kami

melaksanakan tugaas yang diberikan itu dengan penuh amanah sekali.

Antara aktiviti yang paling saya tidak dapat melupai ialah aktiviti backswoodman

cooking iaitu masakan rimba. Aktiviti masakan hutan ini membolehkan kami hidup

semasa menghadapi kesesatan dalam hutan ataupun kehabisan bekalan makanan

semasa perkhemahan. Dalam masakan rimba ini cuma memerlukan beberapa biji

telur, tepung dan ubi kentang sahaja. Tepung tersebut boleh membuat roti lilit dan

melilitkan pada sebatang belahan buluh ataupun ranting. Kemudian panggang di tepi

api yang sederhana sambil dipusing-pusingkan supaya semua bahagian doh masak

dengan sempurna. Dalam masakan rimba,, saya juga telah mempelajari resipi yang

baru iaitu telur bersalut tanah liat. Cara membuat ialah mengumpulkan tanah liat dan

memastikan tanah liat tersebut tidak terlalu cair. Kemudian, balut telur dengan tanah

Page 38: Pandu Puteri

liat sehingga tebal supaya telur tidak penah atau meletup apabila dibakar. Jika selesai,

masukkan telur ke dalam bara api dan tunggu sehingga masak. Tanda telur telah

masak ialah, bahagian tanah liat tadi kelihatan kering dan merekah.

Di samping itu, masakan solar juga diperkenalkan. Masakan soalr ini merupakan salah

satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan peralatan dapur dan hanya

menggunakan cahaya matahari sebagai sebagai sumber tenaga pembakar. Kaedah

memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak kebaikan. Di antaranya

ialah sebagai satu cara mendidik ahli supaya melindungi alam sekitar yang semakin

terancam, mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api,

mengurangkan bahaya gas dan kebakaran. Cuaca yang sesuai ialah semasa musim

panas terik. Bahan-bahan yang diperlukan ialah aliminium foil, periuk memasak nipis

yang disembur cataerosol hitam, kertas kadbord yang tebal, gam, plastik, tali rapiah

dan tiga batu kecil diletak dibawah panci semasa memasak.

Pada malam terakhir aktiviti kami diteruskan lagi dengan aktiviti malam kebudayaan.

Malam kebudayaan ini boleh dianggap sebagai acara kemuncak bagi Perkhemahan

Unit Beruniform kali ini. Majlis kami pada malam itu dihadiri oleh semua unit

beruniform dan pensyarah pembimbing. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik

sebelum upacara perasmian ini. Tema pada pada malam itu adalah bebas tetapi

hendaklah mempunyai unsur-unsur alam sesuai dengan tempat perkhemahan kami.

Terdapat 5 kumpulan yang membuat persembahan pada malam itu. Persembahan

yang pertama ialah daripada unit beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah.

Di samping itu, saya juga telah mempelajari ilmu pengetahuan tentang permainan

luas. Permainan luas merupakan permainan yang memerlukan kawasan yang luas

untuk dikendalikan . Tempat yang sesuai ialah di kawasan pinggir hutan, padang yang

luas, bandar dan juga di luar bandar. Permainan ini amat sesuai untuk menguji

kecekapan ahli semasa aktivti berkhemah. Pada kebiasaannya permainan ini

dimainkan selama lebih kurang satu atau dua jam Ianya bergantung kepada kawasan

dan juga kecekapan pemimpin menyediakan aktiviti dan tugasan permainan. Tetapi

sekiranya kawasan anda tidak terlalu banyak ruang, pemimpin bolehlah

menjalankan permainan ini di sekitar bangunan tempat aktiviti di jalankan. Permainan

Page 39: Pandu Puteri

ini diadakan adalah bertujuan untuk menerap nilai kerjasama,kepimpinan, kepanduan

dan juga kerjasama berpasukan. Di antara kemahiran yang boleh diuji melalui

permainan ini ialah kecekapan ahli memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan

masalah atau tugasan, mengendap, kerjasama dalam pasukan,toleransi, nilai-nilai

murni, kesabaran, simpulan dan ikatan, tanda-tanda mengesan dan lain-lain

aktiviti kemahiran kepanduan. Sebelum aktiviti dijalankan pemimpin perlu

merancang apakah kemahiran yang hendak diujidan juga sasaran masa permainan.

Tugasan di setiap stesen perlu dipelbagaikan supaya ianya

memenuhi objektif. Pemimpin perlu melantik beberapa pembantu bagi setiap stesen

supaya mereka boleh memerhati dan memberi komen terhadap reaksi kumpulan

dalam menyelesaikan tugasan. Bilangan stesen tidak tetap dan ianya bergantung

kepada jangka masa aktiviti dan juga keluasan kawasan permainan. Kumpulan boleh

dilepaskan secara serentak atau berurutan. Pemimpin boleh memberi satu aktivti

ringkas di garis permulaan, mana-mana kumpulan yang dapat menyelesaikan

tugasan boleh meneruskan permainan

Kesimpulannya, pelbagai manfaat yang saya dapat daripada mengikuti perkhemahan

ini. Tidak ada langsung rasa menyesal saya selama mengikuti perkhemahan ini.

Bertolak ansur, memupuk sifat sabar, setiakawan, bekerjasama dan bekerjasama

antara ahli pasukan ialah perkara yang saya dapat disini dan saya percaya ianya tidak

boleh dijual beli. Saya akan gunakan ia untuk menjadi insane yang lebih baik dimasa

hadapan dan juga guru yang cemerlang

Page 40: Pandu Puteri

REFLEKSI MANITO

Page 41: Pandu Puteri

Refleksi Manito

Sebelum pergi perkhemahan, setiap ahli dikehendaki menyediakan dua buah hadiah,

satu hadiah untuk manito kami sendiri dan satu lagi untuk kami sendiri menjadi manito

orang lain. Aktiviti yang pertama kami menjalankan ialah sesi manito, dan manito kami

ditentukan dengan cabutan. Saya menjadi manito Siti Aisha dan manito saya ialah

Nursyahmimi. Dalam aktiviti manito ini, saya dikehendaki menulis surat kepada Aisha

secara tidak mendedahkan nama saya. Melalui aktiviti ini, hubungan saya dengan

kedua-dua rakan ini telah menjadi erat berbanding sebelum ini.

Oleh kerana kami adalah berasal daripada kelas yang berlainan, peluang untuk

bergaul adalah amat kurang. Saya berasa amat syukur kerana terdapat aktiviti ini dan

saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah.

Aktiviti saling menukar hadiah dijalankan pada hari terakhir perkhemahan, masa

berlalu dengan pantas dan aktiviti manito ini dapat mengeratkan hubungan antara ahli

pasukan. Hubungan ini tidak kira dalam bentuk apa sekalipun sama ada memberi

bantuan, kerjasama dan sebagainya tetapi khusus kepada perkara-perkara kebaikan

sahaja.

Kesimpulannya, pelbagai manfaat yang saya dapat daripada mengikuti perkhemahan

ini. Tidak ada langsung rasa menyesal saya selama mengikuti perkhemahan ini.

Bertolak ansur, memupuk sifat sabar, setiakawan, bekerjasama dan bekerjasama

antara ahli pasukan ialah perkara yang saya dapat disini dan saya percaya ianya tidak

boleh dijual beli. Saya akan gunakan ia untuk menjadi insane yang lebih baik dimasa

hadapan dan juga guru yang cemerlang

Page 42: Pandu Puteri

LAMPIRAN

Page 43: Pandu Puteri

REFLEKSI

KESELURUHAN