Pandu Puteri Tunas

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pandu puteri tunas

Citation preview

Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Dasar Pertubuhan dan Undang-UndangBahagian Pandu Puteri Tunas

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIADASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANGBAHAGIAN PANDU PUTERI TUNAS

TOLONG ORANG SELALU

PANDU PUTERI TUNAS

PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

ORGANISASI PANDU PUTERI TUNAS

POW WOW

KETUA PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

KETUA KUMPULAN BERENAM KETUA BERENAM

PENOLONG KETUA KUMPULAN PENOLONG KETUA BERENAM

PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI TUNAS

PELANTIKAN AHLI BAHARU

PERSETIAAN, UNDANG-UNDANG, COGAN KATA PANDU PUTERI TUNAS, HORMAT

SENYUMAN, BERJABAT TANGAN, KHIDMAT

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIADASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG BAHAGIAN PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

TOLONG ORANG SELALU

PANDU PUTERI TUNAS

Dasar program Bahagian Pandu Puteri Tunas membolehkan ahli menghayati dan menguasai asas Pandu Puteri.

Ahli Pandu Puteri Tunas berumur sembilan hingga dua belas tahun. Seorang kanak-kanak perempuan hanya boleh menjadi ahli Pasukan Pandu Puteri Tunas sehingga berumur dua belas tahun. Dia dilantik menjadi Pandu Puteri Tunas setelah lulus Ujian Pra Persetiaan.

PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

Jumlah minimum ahli ialah 12 orang dan jumlah maksimum 36 orang.

Satu (1) pasukan baharu mesti ditubuhkan sekiranya ahli pasukan sedia ada melebihi daripada 36 orang ahli.

Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas mempunyai seorang Pemimpin yang dikenali sebagai Kakak Setia dan sekurang-kurangnya seorang penolong yang dikenali sebagai Siti Setia.

Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas hendaklah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah serta didaftarkan secepat mungkin. Borang Pendaftaran hendaklah dilengkapkan dan dihantar melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan kepada Ibu Pejabat Kebangsaan berserta dengan yuran pendaftarannya.

Yuran pendaftaran hanya dibayar sekali . Sijil Pendaftaran ialah hak milik Pasukan di sekolah berkenaan. Jika sijil hilang, bayaran akan dikenakan untuk mendapatkan sijil ganti

Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas dikehendaki membaharui pendaftaran dan mengemaskinikan bilangan pemimpin dan ahlinya dengan Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Pembaharuan pendaftaran berserta bayaran yuran ahli (kuota) dihantar ke Ibu Pejabat Kebangsaan tidak lewat daripada 30 April setiap tahun.

Pasukan Pandu Puteri Tunas didaftarkan mengikut turutan nombor pendaftaran, nama daerah dan nama sekolah.

Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Kuala Kangsar,SJK ( C ) Tsung Wah, Kuala Kangsar, Perak.

Perjumpaan pasukan diadakan sekurang-kurangnya setiap dua (2) minggu sekali.

Jawatankuasa Pandu Puteri Tunas terdiri daripada:

Ketua Pasukan

Ketua Berenam

Penolong Ketua Berenam

Kakak Setia merangkap sebagai pengerusi dan Siti Setia sebagai penolong

pengerusi dalam Pow- Wow.

Pasukan memilih secara undi sulit seorang Ketua Pasukan dalam kalangan ahlinya.

Ketua Berenam dipilih oleh ahli kumpulan sendiri manakala Penolong Ketua

Berenam dilantik oleh Ketua Berenamnya.

ORGANISASI PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

Pada perjumpaan pertama, Kakak Setia membahagikan ahli mengikut kumpulan. Setiap kumpulan dianggotai oleh tidak lebih daripada enam (6) orang ahli termasuk seorang Ketua Berenam dan seorang Penolong Ketua Berenam.

Setiap kumpulan dikenali dengan nama bunga yang ditetapkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia seperti berikut :

Bunga Cempaka

Bunga Kenanga

Bunga Kesidang

Bunga Melur

Bunga Siantan

Bunga Teratai

Setiap kumpulan menyediakan kotak Kumpulan Berenam yang digunakan

semasa aktiviti sudut kumpulan.

POW-WOW Mesyuarat Pasukan

Pow-Wow adalah mesyuarat pasukan sekiranya perlu untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan Pasukan Pandu Puteri Tunas seperti memberi keterangan, menyampaikan berita dan rancangan akan datang

Kakak Setia menjadi Pengerusi Pow-Wow. Jika Kakak Setia tidak ada, Siti Setia boleh menggantikannya.

Lingkungan Pow-Wow dilaksanakan khas untuk ahli pasukan sahaja dan pembentukan lingkungan adalah bebas

KETUA PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

Ketua Pasukan Pandu Puteri Tunas dipilih secara undi sulit untuk membantu Kakak Setia dan Siti Setia.

Ketua Pasukan Pandu Puteri Tunas mesti mempunyai kelulusan Calit Emas.

Pasukan yang baharu ditubuhkan, Kakak Setia boleh melantik ahlinya yang berkebolehan sebagai Ketua Pasukan walaupun dia belum mempunyai kelulusan Calit Emas.

Kakak Setia boleh mengundang seorang Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang telah lulus Kelas Dua untuk menjadi Ketua Pasukan Pandu Puteri Tunas.

KETUA BERENAM

Ketua Kumpulan Berenam dikenali sebagai Ketua Berenam. Ketua Berenam dipilih oleh ahli kumpulan sendiri.

Ketua Berenam membantu Kakak Setia dan Siti Setia serta ditugaskan untuk menjaga ahli kumpulannya.

PENOLONG KETUA BERENAM

Penolong Ketua Berenam dipilih oleh Ketua Berenamnya.

Tugas Penolong Ketua Berenam membantu Ketua Berenam dan mewakilinya apabila Ketua Berenam tidak hadir.

PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI TUNAS

Pakaian seragam Pandu Puteri Tunas ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Merujuk kepada Girl Guides Act 1953, Revised 1991, pakaian seragam dan semua peralatan hanya boleh diperoleh dari bahagian Peralatan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Ahli Baharu dibenarkan memakai pakaian seragam dengan skaf perang tanpa Lencana Pelantikan.

Pakaian seragam lengkap dipakai oleh Ahli Baharu selepas dilantik.

Ahli Pasukan Pandu Puteri Tunas memakai lambang kumpulannya disebelah kiri atas kocek blausnya.

Ketua Pasukan Pandu Puteri Tunas memakai tiga (3) jalur putih di kocek kiri blausnya (Sila rujuk lampiran).

Ketua Berenam Pandu Puteri Tunas memakai dua (2) jalur putih di kocek kiri

blausnya ( Sila rujuk lampiran).

Penolong Ketua Berenam Pandu Puteri Tunas memakai satu (1) jalur putih di

tengah kocek kiri blausnya (Sila rujuk lampiran).

Ahli yang telah dilantik wajib memakai pakaian seragam lengkap pada :

Perjumpaan Pasukan

Majlis Istiadat Pandu Puteri Tunas

Majlis rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat Daerah, Cawangan dan Kebangsaan

Majlis rasmi anjuran pihak lain

Ahli wajib mendapat kebenaran Kakak Setia atau Siti Setia untuk memakai

pakaian seragam lengkap apabila menghadiri acara selain daripada yang dinyatakan dalam para 8.7.4.

Sayap Pandu Puteri Tunas dipakai oleh Pandu Puteri Tunas dalam Upacara Terbang Naik.

PELANTIKAN PANDU PUTERI TUNAS

Seseorang Ahli Baharu mestilah lulus ujian Pra-Persetiaan sebelum dilantik.

Istiadat Pelantikan dirancang oleh Kakak Setia untuk semua Ahli Baharu sebaik sahaja mereka lulus ujian Pra-Persetiaan.

Pelantikan hanya boleh dijalankan oleh pemimpin berwaran.

Istiadat Pelantikan Pandu Puteri Tunas

Istiadat Pelantikan dijalankan dalam formasi Lingkungan Pandu Puteri Tunas. ( Sila rujuk risalah Istiadat Pandu Puteri Tunas).

PERSETIAAN, UNDANG-UNDANG, COGAN KATA PANDU PUTERI TUNAS, ISYARAT, HORMAT, SENYUMAN, BERJABAT TANGAN, KHIDMAT

Persetiaan Pandu Puteri Tunas

Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akanMenjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, Menolong orang setiap hari terutama mereka di rumah dan Mematuhi undang-undang Pandu Puter Tunas.

Undang-Undang Pandu Puteri Tunas

Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya. Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja.

Cogan Kata Pandu Puteri Tunas : Tolong Orang Selalu (TOS)

Isyarat Pandu Puteri

Tiga jari kanan ditegakkan, ibu jari diletakan menindih jari kelingking yang dibengkokkan. Tangan diangkat ke paras bahu. Tiga jari melambangkan Persetiaan Pandu Puteri.

Hormat

Pandu Puteri Tunas memberi hormat dengan menunjukkan Isyarat Pandu Puteri pada paras bahu dalam keadaan sedia.Senyuman

Senyuman merupakan satu tanda salam Pandu Puteri Tunas.

Berjabat Tangan

Pandu Puteri Tunas berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli Pandu Puteri yang lain. Pandu Puteri Tunas menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang bukan ahli.

Khidmat

Pandu Puteri Tunas membuat khidmat dengan cara menolong orang setiap hari sama ada di rumah atau di sekolah.

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1Contoh Lambang Kumpulan Berenam

SIANTANMELUR

KENANGATERATAI

KESIDANGCEMPAKA

Lampiran 2PAKAIAN RASMI PANDU PUTERI TUNASshoulder flash -PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

----------------------------------Blaus------------hitamperang [brown]lambang kumpulanlencana dunia

Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites