28
http://amirazros.blogspot.com/ MUKADIMAH Assalamua’laikum wbt dan Salam Sejahtera, Terima kasih kerana sudi membaca dan memuat turun artikel ini. Sememangnya apa yang saya ingin berkongsi bersama adalah untuk kecemerlangan dalam melahirkan Modal Insan yang berguna pada masa hadapan. Saya harap artikel ini dapat dijadikan sumber rujukan anda.” DISEDIAKAN OLEH : Email: [email protected] Blog : http://amirazros.blogspot.com/ Facebook: http://facebook.com/amirazros 1

Panduan Aktiviti-Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tugasan ini disempurnakan dengan menghasilkan sebuah cd interaktif bagi kegunaan guru dan pelajar khusus mata pelajaran Perdagangan tingkatan 5. Tajuk yang dipilih ialah Bab 13: Promosi. Cd ini sangat efektif sebagai satu pengukuhan kepada topik yang telah dipelajari. Ia mengandungi 6 aktiviti iaitu Teka Silang Kata, Mencari Perkataan Tersembunyi, Peta Minda, Kad Imbasan, Simulasi dan Movie Maker. Setiap aktiviti dalam cd ini mengandungi penerangan-penerangan ringkas dan mudah sebagai panduan guru dan pelajar melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Daripada aktiviti-aktiviti tersebut, diharapkan pelajar dapat mengukur kemahiran berfikir, menambah kefahaman dan meningkatkan daya ingatan. Aktiviti-aktiviti disusun dan disesuaikan dengan kandungan topik mengikut sukatan pelajaran.

Citation preview

Page 1: Panduan Aktiviti-Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

http://amirazros.blogspot.com/

MUKADIMAH

Assalamua’laikum wbt dan Salam Sejahtera,

“Terima kasih kerana sudi membaca dan memuat turun artikel

ini. Sememangnya apa yang saya ingin berkongsi bersama

adalah untuk kecemerlangan dalam melahirkan Modal Insan yang

berguna pada masa hadapan. Saya harap artikel ini dapat

dijadikan sumber rujukan anda.”

DISEDIAKAN OLEH :

Email: [email protected]

Blog : http://amirazros.blogspot.com/

Facebook: http://facebook.com/amirazros

Laman Web: http://www.wangianpemikat.com/

1

Page 2: Panduan Aktiviti-Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

http://amirazros.blogspot.com/

Isi Kandungan

Perkara Muka Surat

Pengenalan i

Aktiviti 1 : Teka Silang Kata-Jawab-Jaya, Bijak dan Belajar 1-2

Aktiviti 2 : Tip Top Game 3-4

Aktiviti 3 : Permainan Minda dan Belajar 5-6

Aktiviti 4 : Imbasan S 7

Aktiviti 5 : 1,2,3 Action Game 8-9

Aktiviti 6 : MT Game 10

Pelaksanaan Aktiviti 1 11-12

Pelaksanaan Aktiviti 2 13

Pelaksanaan Aktiviti 3 14-15

Pelaksanaan Aktiviti 4 16

Pelaksanaan Aktiviti 5 17

Pelaksanaan Aktiviti 6 18

2

Page 3: Panduan Aktiviti-Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

http://amirazros.blogspot.com/

CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 1: Teka Silang Kata- Jawab-Jaya, Bijak dan Bergaya!

Objektif

1. Membolehkan pelajar menyenaraikan jawapan yang berkaitan dengan tajuk promosi

bersesuaian dengan soalan yang diberi dengan beberapa huruf diberi sebagai

pembayangnya (clue).

Teori Kecerdasan

Teori yang berkaitan dengan aktiviti ini adalah Teori kecerdasan Horward Gardner. Teori

kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983) memperkenalkan lapan

tahap kecerdasan yang dimiliki oleh setiap manusia. Sembilan kecerdasan itu ialah verbal-

linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan

naturalis.

Sistem pendidikan di Malaysia tidak terkecuali mengamalkan disiplin matapelajaran yang

terdiri daripada pengetahuan-pengetahuan berkaitan dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia

yang berilmu pengetahuan. Sukatan kurikulum sekolah mengandungi pelbagai aspek kecerdasan

merangkumi verbal-linguistik diaplikasikan dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa

Inggeris, perkaitan nombor dan operasi dalam matapelajaran Matematik dan Fizik, perkaitan

ruang dalam matapelajaran Geografi dan Lukisan Kejuruteraan, unsur-unsur ketuhanan dan

hubungan manusia dalam Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral, muzik dalam matapelajaran

Pendidikan Muzik, struktur alam dijelaskan dalam matapelajaran-matapelajaran berkaitan Sains,

dan sebagainya.

Ini tidak mengecualikan mata pelajaran khusus kami; Perdagangan. Gabungan unsur-

unsur perniagaan, keusahawanan dan kepenggunaan dalam membantu memperkembangkan

potensi pelajar agar bukan sekadar memahami teori tetapi juga diaplikasikan dalam amalan

3

Page 4: Panduan Aktiviti-Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

http://amirazros.blogspot.com/

seharian. Kecerdasan verbal-linguistik digunakan sepenuhnya ketika berkomunikasi dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran.

Kecerdasan pelbagai merangkumi kebolehan, keupayaan, bakat, dan kemahiran yang

wujud secara semulajadi yang mampu dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan

suasana persekitaran. Guru sebagai teras pelaksanaan pendidikan memainkan peranan yang

cukup besar dalam melatih, memperkembang meningkatkan darjah kecerdasan seseorang pelajar

seterusnya membantu membina potensi pembangunan diri pelajar. Menyedari hakikat itu, guru

seharusnya bijak memanipulasikan teknologi terkini yang mampu menghubungkait ilmu secara

interaktif dengan melibatkan latih amal dan berfikir. Oleh yang demikian, latihan berbentuk teka

silang kata ini, amat bersesuaian bukan sekadar untuk menguji minda pelajar dan daya ingatan

malah turut meningkatkan kemampuan kecerdasan logik. Ini berdasarkan keperluan untuk

pelajar memikir secara logikal dengan perkaitan pernyataan diberi (soalan) dengan sebab

keperluan bilangan kotak kosong diberi juga perkaitan pembayan atau clue ( beberapa huruf

yang diberi).

Menerusi topik yang dipilih, iaitu Promosi, pelajar dapat melihat segala maklumat yang

berkaitan dengan contoh-contoh yang ada di sekitar, sebagai pengetahuan sedia ada selain

pengetahuan formal yang diperolehi di sekolah melalui sesi pengajaran dan pembelajaran.

Justeru, teka silang kata ini pastinya dapat dijawab dengan mudah dan jayanya.

4

Page 5: Panduan Aktiviti-Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

http://amirazros.blogspot.com/

AKTIVITI 2 : TIP TOP GAME

Jenis Aktiviti

Mencari perkataan tersembunyi

Objektif

Pelajar menerangkan faktor-faktor utama pemilhan media pengiklanan.

Teori Kecerdasan

Teori yang berkaitan dengan aktiviti TIP TOP GAME adalah Teori Kecerdasan

Triarchic Sternberg.

“Teori ini menganggap kecerdasan informasi diterap ke dalam minda dan berubah

mengikut lingkungan keperluannya. Analisis yang dilakukan oleh Sternberg akhirnya muncul

sebagai model kecerdasan berbentuk tiga (triarchic). Bentuk-bentuk yang dinyatakan adalah

analitik, pengalaman dan praktikal. Sternberg mengakui bahawa seseorang tidak semestinya

mempunyai satu kecerdasan sahaja. Terdapat individu yang mempunyai gabungan ketiga-tiga

bentuk kecerdasan ini dengan menunjukkan tahap kecerdasan yang tinggi. Kecerdasan analitik

adalah kecerdasan yang mengutamakan ciri menganalisis. Ia sebagai satu kecerdasan yang

menunjukkan kepandaian seseorang dalam sesuatu bidang akademik. Kecerdasan komponen

adalah hasil usaha daripada pelajar dalam menganalisis sesuatu bidang akademik. Ia bukan

satu kecerdasan yang terhasil dari faktor lain yang akan menyebabkan boleh berjaya dalam

bidang tersebut. Sternberg menganggap individu yang tergolong dalam kategori ini biasanya

akan memperolehi kejayaan yang tinggi dalam ujian kecerdasan. Kecerdasan analitik ini

berasaskan hubungan operasi metakomponen, komponen prestasi dan komponen perolehan ilmu

pengetahuan.”

Metakomponen dianggap proses tertinggi yang melibatkan proses pengawalan,

pengawasan dan penilaian kognitif. Metakomponen adalah berguna untuk menganalisis masalah

dan memilih strategi tertentu untuk menyelesaikannya. Ia merupakan proses khas di dalam

minda individu yang digunakan dalam penyelesaian masalah dan proses membuat keputusan

yang melibatkan sebahagian besar dari pengurusan minda individu berkenaan. Contohnya, ia

5

Page 6: Panduan Aktiviti-Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

http://amirazros.blogspot.com/

akan member isyarat untuk bertindak dalam sesuatu keadaan dan menyelesaikan sesuatu masalah

pembelajaran

Aktiviti mencari perkataan tersembunyi mempunyai hubungkait yang rapat dengan teori

tersebut kerana teori ini berkaitan dengan aksi kognitif yang membolehkan pelajar mengingat

maklumat dan informasi dalam jangka masa pendek dan menerima maklumat daripada memori

jangka panjang. Pelajar perlu mengingat terlebih dahulu faktor-faktor yang terdapat didalam

pemilihan media pengiklanan. Kemudian pelajar akan mengaplikasikannya dengan mencari

jawapan tersebut di dalam kotak yang telah disediakan. Pelajar diberi peluang menunjukkan

ketangkasan serta kecerdasan mental mereka bagi menyelesaikan masalah yang telah diberikan.

6

Page 7: Panduan Aktiviti-Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

http://amirazros.blogspot.com/

3. PERMAINAN MINDA DAN BELAJAR

JENIS AKTIVITI

Melengkapkan grafik peta minda “7 Peranan Promosi”.

OBJEKTIF

Pelajar dapat menjelaskan peranan-peranan promosi dalam perniagaan.

TEORI KECERDASAN PELBAGAI (HOWARD GARDNER)

Teori pelbagai kecerdasan telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1983). Beliau

mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat.

Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Beliau telah membuat kajian

terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga

kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population). Gardner juga

mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa

dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga

bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di

antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-

duanya adalah profesional. Setengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam setengah

kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang mempunyai

kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir semua orang boleh

diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika

keadaan-keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai

(Armstrong, 1994).

Teori yang berkaitan dengan aktiviti ini adalah Teori Kecerdasan Interpersonal dan

Kecerdasan Visual Ruang. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami

perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah

dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang

7

Page 8: Panduan Aktiviti-Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

http://amirazros.blogspot.com/

berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain. Oleh kerana aktiviti ini merupakan

aktiviti berkumpulan, pelajar perlu mempunyai kecerdasan ini agar mereka dapat berbincang dan

bekerjasama untuk menjelaskan peranan promosi dalam perniagaan.

Manakala Kecerdasan Visual Ruang pula merupakan kebolehan untuk berfikir secara

gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan

mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar,

video dan filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf.

melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual. Ini adalah kerana, aktiviti ini berkaitan

dengan grafik iaitu peta minda maka ianya dapat menarik perhatian dan memudahkan pelajar

untuk memahami topik tentang peranan promosi dalam perniagaan.

8

Page 9: Panduan Aktiviti-Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

http://amirazros.blogspot.com/

4. Imbasan S

Jenis Aktiviti

Kad Imbasan jenis-jenis Promosi

Objektif

Pelajar dapat menjelaskan perbezaan antara jenis-jenis promosi.

Teori Kecerdasan

Teori yang berkaitan dengan aktiviti ini adalah Kecerdasan Visual-Spatial iaitu kebolehan

mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Individu yang mempunyai kecerdasan

ini boleh melukis, menterjemahkan rajah-rajah dan menggunakan peta. Mereka juga adalah peka

terhadap warna, garis bentuk dan ruang. Selain itu, mereka juga berkebolehan menggambarkan

visual secara spatial dan mengorientasikan diri dalam matriks ruang.

Selain itu, Teori kecerdasan Verbal-Linguistik juga boleh dikaitkan di mana individu

yang mempunyai kecenderungan dalam kecerdasan jenis verbal-linguistik boleh berfikir dan

mampu menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan sama ada dalam

bentuk lisan atau penulisan. Mereka akan sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk

memanipulasikannya. Mereka mampu untuk berkomunikasi dengan baik melalui aktiviti

mendengar, bertutur, membaca serta menulis.

Jadi bagi aktiviti ini, setelah pelajar memahami jenis-jenis promosi maka pelajar diberi

peluang untuk menjelaskan perbezaan antara jenis-jenis promosi iaitu Pengiklanan, Promosi

jualan, Jualan terus dan Publisiti. Aktiviti yang dibina ini amat bersesuaian dengan para pelajar

dalam menguji tahap aras 2 bagi kefahaman mereka terhadap apa yang telah dipelajari. Setelah

pelajar memahami sub topik jenis-jenis promosi maka pelajar akan berfikir secara kreatif dan

dapat menjelaskan perbezaan antara jenis-jenis promosi. Jadi, di sini pelajar dapat membezakan

jenis-jenis promosi dengan jelas seperti apa yang diajar oleh guru.

9

Page 10: Panduan Aktiviti-Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

http://amirazros.blogspot.com/

5. 1,2,3 Action Game

Jenis Aktiviti

Simulasi jenis-jenis Promosi

Objektif

Pelajar dapat mencadangkan jenis-jenis promosi yang sesuai bagi sesuatu barangan secara kritis

& kreatif.

Teori Kecerdasan

Teori yang berkaitan dengan aktiviti ini adalah Teori Kecerdasan Kejayaan. Teori ini

diperkenalkan oleh Robert J. Sternberg(1996). Apa yang diperkatakan oleh teori ini ialah sesiapa

pun yang mempunyai kecerdasan ini maka ianya dikatakan mempunyai kelakuan yang bijak.

Kelakuan yang bijak ditakrifkan sebagai kebolehan seseorang individu itu memotivasikan diri,

menterjemahkan fikiran kepada sesuatu tindakan yang sesuai, berorientasikan produk,

menyempurnakan tugasan, mempunyai tindakan susulan serta tidak takut mengambil risiko atau

menghadapi kegagalan.

Terdapat 3 aspek teori ini iaitu analitikal, kreatif dan praktikal. Kecerdasan analitikal

digunakan saat secara sadar mengenali dan memecahkan masalah, merumuskan strategi,

menyusun dan menyampaikan informasi. Kecerdasan kreatif meliputi kemampuan menemukan

dan merumuskan idea serta menyelesaikan masalah. Kecerdasan praktikal pula digunakan untuk

bertahan dalam hidup seperti keberhasilan mengatasi perubahan.

Jadi bagi aktiviti ini, setelah pelajar memahami jenis-jenis promosi maka pelajar diberi

peluang untuk menghasilkan sendiri dan mencadangkan jenis-jenis promosi yang sesuai bagi

sesuatu produk. Untuk merancang bagaimana promosi tersebut akan dijalankan, pelajar akan

merancang strategi yang sesuai untuk membina promosi produk yang diberikan. Seterusnya

menyusun perjalanan promosi tersebut dan idea untuk melaksanakannya. Pelajar perlu kreatif

untuk bergfikir untuk menghasilkan promosi yang menarik dan dapat mempengaruhi pengguna

serta memujuk pengguna untuk menggunakan produk tersebut.

10

Page 11: Panduan Aktiviti-Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

http://amirazros.blogspot.com/

Aktiviti yang dibina ini amat bersesuaian dengan para pelajar dalam menguji tahap aras 3

bagi kefahaman dan aplikasi mereka terhadap apa yang dipelajari. Setelah pelajar memahami

sub topik jenis-jenis promosi maka pelajar akan berfikir secara kreatif untuk mencadangkan

promosi yang sesuai bagi produk-produk tertentu. Maka di sini pelajar dapat mengaplikasikan

apa yang diajar oleh guru untuk mereka lebih memahami secara kreatif mengenai sub tajuk ini.

11

Page 12: Panduan Aktiviti-Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

http://amirazros.blogspot.com/

6. MT GAME

Jenis aktiviti

Movie maker jenis-jenis Promosi

Objektif

Di akhir pembelajaran, pelajar dapat mencadangkan jenis-jenis promosi yang sesuai bagi sesuatu

barangan dengan tepat.

Teori Kecerdasan Pelbagai

Teori yang berkaitan dengan aktiviti ini adalah Teori Kecerdasan Pelbagai. Teori ini

mengenalpasti kecerdasan bukan hanya dari satu sudut, tetapi merangkumi hampir kesemua

aspek kecerdasan yang ada pada diri manusia. Teori ini diperkenalkan oleh Howard Gardner,

1983. Kecerdasan pelbagai di kalangan individu dapat dikenalpasti berdasarkan tarikan individu

tersebut kepada rangsangan yang tertentu.

Terdapat lapan aspek kecerdasan pada diri individu yang telah diperkenalkan oleh Gardner.

Ia terdiri daripada kecerdasan verbal-linguistik, logikal-matematik, visual ruang, kinestetik,

muzik, interpersonal, intrapersonal, dan naturalist . Menurutnya, sesetengah individu

mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam sesetengah kecerdasan dan tahap yang rendah dalam

kecerdasan lainnya. Manakala ada sesetengah individu yang mempunyai kecerdasan yang tinggi

dalam hampir kesemua kecerdasan yang dinyatakan.

Sebagai implikasi kepada aktiviti ini, setelah pelajar faham tentang jenis-jenis promosi maka

pelajar diminta untuk mencadangkan jenis-jenis promosi yang sesuai bagi sesuatu produk dengan

menggunakan pemikiran yang kreatif dan kritis. Ini kerana kecerdasan pelbagai ini

memfokuskan lebih kepada banyak kecerdasan dan memberikan peluang kepada semua individu

untuk menonjolkan kecerdasan yang ada pada diri masing-masing, maka teori kecerdasan

pelbagai ini dilihat sebagai satu bentuk penilaian kecerdasan yang adil. Ini membolehkan semua

pelajar mendapat layanan yang sama rata dan dapat merasakan diri mereka juga mempunyai nilai

dan berkepentingan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

12

Page 13: Panduan Aktiviti-Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

http://amirazros.blogspot.com/

AKTIVITI 1: TEKA SILANG KATA-JAWAB-JAYA, BIJAK DAN BELAJAR

Sub Topik Jenis-jenis promosi

Objektif

Pembelajaran

Pelajar dapat menyenaraikan jawapan yang tepat dengan soalan

dari tajuk promosi. ( Aras 1)

Cara Menjalankan

Aktiviti

1. Aktiviti ini merupakan aktiviti individu juga boleh dijalankan

dalam kumpulan. Namun memerlukan guru sebagai fasilitator

mahupun wakil pelajar yang dilantik sebagai pembimbing.

2. Terdapat beberapa barisan kotak mewakili perkataan

(jawapan). Perkataan ini pula diwakili petak-petak kecil

dengan setiap kotak perlu diisi dengan satu huruf.

3. Pelajar dikehendaki membaca soalan dan menjawab soalan

yang dikemukakan.

4. Kemudian, pelajar perlu menyesuaikan jawapan dengan

mengisi jawapan dalam petak-petak huruf mengikut ejaan

yang betul.

Cadangan

penyelesaian

1. Pelajar dibenarkan menjawab mana-mana soalan dahulu.

2. Jawapan juga boleh diteka dengan melihat pembayang huruf

yang disediakan.

3. Jawapan yang pertama atau yang terdahulu dijawab dapat juga

memberi pembayang (clue) untuk soalan seterusnya yang

belum dijawab.

Refleksi 1. Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk

13

Page 14: Panduan Aktiviti-Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

http://amirazros.blogspot.com/

berfikir secara logik dengan menjawab soalan berdasarkan

penyataan dan pembayang atau clue yang diberi.

2. Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk

meningkatkan kecerdasan verbal-linguistik dengan pelajar

perlu membaca soalan, dan mengeja untuk memastikan

jawapan diberi betul dan tepat.

3. Aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat pelajar; cemerlang,

sederhana dan lemah.

4. Guru dapat mengenalpasti sejauhmana pelajar dapat menguasai

sub topik yang telah dipelajari dan mengaplikasikannya di

dalam aktiviti ini.

AKTIVITI 2: TIP TOP GAME:

14

Page 15: Panduan Aktiviti-Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

http://amirazros.blogspot.com/

Sub Topik Faktor-Faktor Utama Pemilihan Media Pengiklanan

Objektif

Pembelajaran

Pelajar dapat mennyenaraikan faktor-faktor utama dalam pemilihan media pengiklanan yang sesuai bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. ( Aras 1)

Cara Menjalankan

Aktiviti

1. Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil iaitu diantara 5 hingga 6 orang.

2. Pelajar akan mencari perkataan tersembunyi dari kotak yang diberikan.

3. Terdapat 5 jawapan yang perlu dicari dengan menekan butang klu yang disediakan.

4. Setiap kumpulan diminta mencari kelima-lima jawapan berdasarkan klu yang diberikan.

5. Pelajar diberikan 5 minit untuk mencari perkataan tersebut.

Cadangan

Penyelesaian

1. Pelajar akan diberikan jawapan yang betul dari kotak perkataan tersembunyi yang disediakan.

2. Pelajar yang paling cepat memberikan jawapan akan diberi markah mengikut perkataan atau jawapan yang ditemui.

3. Kumpulan yang berjaya memperolehi semua perkataan yang tersembunyi tersebut akan di kira pemenang di dalam aktiviti ini.

Refleksi

1. Aktiviti ini dapat membantu menambah minat pelajar untuk menguasai sesuatu topik didalam pembelajaran mereka.

2. Aktiviti TIP TOP GAME ini sesuai untuk pelajar-pelajar yang mempunyai tahap kebolehan dan pencapaian yang sederhana di dalam pelajaran.

3. Guru boleh menilai sejauh mana tahap kecerdasan yang ditunjukkan oleh pelajar semasa aktiviti ini dijalankan.

4. Guru boleh melihat sejauhmana pelajar dapat menguasai topik yang telah dipelajari dan mengaplikasikannya di dalam aktiviti ini.

AKTIVITI 3: PERMAINAN MINDA DAN BELAJAR

15

Page 16: Panduan Aktiviti-Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

http://amirazros.blogspot.com/

Sub Topik Peranan promosi

Objektif

Pembelajaran

Pelajar dapat menjelaskan cara bagaimana promosi membantu

perniagaan. (Aras 2)

Cara

Menjalankan

Aktiviti

1. Pelajar dibahagikan 4 atau 5 orang dalam satu kumpulan.

2. Setelah kumpulan dibentuk, ketua kumpulan, pencatat dan

pembentang dilantik.

3. Ketua kumpulan diminta mencabut undi dan setiap kumpulan akan

menerima satu jenis peranan promosi daripada guru.

4. Setelah menerima peranan promosi tersebut, setiap kumpulan

perlu berbincang bagi menjelaskan tentang peranan promosi yang

mereka terima dan pencatat perlu mencatat setiap hasil

perbincangan. Masa yang diperuntukan untuk perbincangan

adalah selama 3 minit.

5. Pembentang akan melekatkan peranan promosi yang mereka

terima pada peta minda di hadapan kelas dan membentangkan

tentang hasil perbincangan mereka. Masa bagi perbentangan

setiap kumpulan adalah 2 minit.

6. Setelah peta minda telah lengkap dilekatkan dengan ketujuh-tujuh

peranan promosi, guru akan membuat kesimpulan tajuk tersebut

Cadangan

penyelesaian

Terdapat 7 Peranan Promosi iaitu:

1. Memperkenalkan barangan baru.

2. Memujuk dan mempengaruhi pengguna.

3. Meningkatkan jualan dan keuntungan pengeluar.

4. Mengekalkan pasaran

5. Meningkatkan imej keluaran dan syarikat

6. Meningkatkan daya saing

7. Memperluaskan pasaran.

Setelah pelajar mengenalpasti ketujuh-tujuh peranan promosi, mereka

perlu menjelaskan secara ringkas bagi setiap peranan tersebut.

Refleksi 1. Pelajar dapat menjelaskan peranan promosi dengan baik kerana

16

Page 17: Panduan Aktiviti-Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

http://amirazros.blogspot.com/

mereka berbincang secara berkumpulan.

2. Pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri mereka untuk

membuat pembentangan.

3. Guru dapat mengenalpasti pelajar yang masih belum menguasai

topik ini dan memberikan penerangan agar mereka lebih

memahami topik ini.

17

Page 18: Panduan Aktiviti-Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

http://amirazros.blogspot.com/

AKTIVITI 4: IMBASAN S

Sub Topik Jenis-jenis promosi

Objektif

Pembelajaran

Pelajar dapat menjelaskan perbezaan antara jenis-jenis promosi.

(Aras 2)

Cara Menjalankan

Aktiviti

1. Aktiviti ini merupakan aktiviti di mana guru akan memilih pelajar secara rawak.

2. Pelajar yang dipilih dikehendaki membaca soalan yang di hadapan kad imbasan.

3. Pelajar diberikan masa 20 saat untuk menjawab soalan tersebut.

4. Setelah pelajar menjawab soalan, guru akan mempamerkan jawapan yang terdapat di belakang kad imbasan.

5. Pelajar yang tidak dapat menjawab dengan betul akan diberikan soalan seterusnya untuk dijawab.

Cadangan

penyelesaian

1. Pelajar membaca dan memahami soalan yang ditujukan dalam kad imbasan.2. Pelajar akan jawab soalan yang ditujukan oleh guru.

Refleksi

1. Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir secara kreatif & kritis.2. Aktiviti ini sesuai untuk pelajar yang mempunyai tahap kebolehan dan pencapaian yang sedehana di dalam pelajaran.3. Aktiviti ini amat sesuai untuk menguji setakat mana kefahaman pelajar tentang pelajaran.

18

Page 19: Panduan Aktiviti-Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

http://amirazros.blogspot.com/

Aktiviti 5: 1, 2, 3 Action

Sub Topik Jenis-jenis promosi

Objektif

Pembelajaran

Pelajar dapat mencadangkan jenis-jenis promosi yang sesuai bagi sesuatu barangan secara kritis & kreatif. (Aras 3)

Cara Menjalankan

Aktiviti

1. Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan (4 kumpulan)2. Setiap kumpulan perlu menghantar wakil kehadapan untuk

memilih produk melalui tayangan power point.3. Setelah memilih produk tersebut maka para pelajar perlu

mencadangkan jenis-jenis promosi yang bersesuai dengan satu lakonan kreatif. (Setiap kumpulan hanya diberi 10 minit untuk melakukan perbincangan dan 5 minit untuk menjalankan proses simulasi)

Cadangan

penyelesaian

1. Produk Shampu – Melakonkan kebaikan penggunaan shampu kepada pengguna dengan kreatif.(pengiklanan)

2. Produk Avon – Simulasi proses pembelian produk Avon berdasarkan katalog.

3. Produk Berjenama (cth: Guest, Bonia)- Simulasi melakukan Promosi Jualan (Year End sales)

4. Produk Sukan(cth:Nike,Adidas)- Menaja kejohanan sukan yang akan berlangsung.

Refleksi

1. Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir secara kreatif & kritis.

2. Aktiviti ini sesuai untuk pelajar yang mempunyai tahap kebolehan dan pencapaian yang tinggi di dalam pelajaran

3. Guru dapat mengenalpasti sejauhmana pelajar dapat menguasai sub topik yang telah dipelajari dan mengaplikasikannya di dalam aktiviti ini.

19

Page 20: Panduan Aktiviti-Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

http://amirazros.blogspot.com/

AKTIVITI 6: MT GAME

Sub Topik Jenis-jenis promosi

Objektif

Pembelajaran

Pelajar dapat mencadangkan jenis-jenis promosi yang sesuai bagi sesuatu barangan secara kritis & kreatif. (Aras 3)

Cara Menjalankan

Aktiviti

1. Pelajar akan ditayangkan gambar jenis-jenis promosi.2. Latihan pengukuhan akan diberikan dengan menyiarkan

gambar 1, kajian kes 1 dan kajian kes 2.3. Berdasarkan kepada paparan latihan tadi, pelajar diminta untuk

menjawab soalan yang disediakan. (masa 15 minit diperuntukkan untuk melakukan latihan berkenaan dan 5 minit untuk pembentangan)

Cadangan

penyelesaian

1. Produk susu lembu – Beli 2 kotak percuma hadiah (jenis promosi ialah pengiklanan)

2. Kajian Kes 1 – Promosi buah durian, bentuk yang sesuai berikan sampel kepada pelanggan- jualan lansung.

3. Kajian Kes 2 – Penyelesaian masalah, untuk memperkembangkan lagi perniagaan perkhidmatan (bank) dengan menggalakkan pelaburan asing bentuk promosi dengan kerjasama syarikat penerbangan-publisiti.

Refleksi

1. Pelajar dapat mengeluarkan idea-idea dan cadangan dengan berfikir secara kreatif & kritis.

2. Tahap kecerdasan pelbagai pelajar dapat diukur dan dinilai.3. Menerapkan nilai seperti berfikiran rasional, komunikasi serta

menghormati guru.

20