2
Panduan Keselamatan Pejabat Sebelum Meninggalkan Pejabat/Makmal/Bengkel/Stor/ Bangunan: Berikut adalah langkah-langkah keselamatan berpatutan yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan oleh setiap pekerja bagi memastikan keselamatan pejabat/tempat kerja dan sebagainya tidak terdedah kepada ancaman kecurian/kebakaran atau risiko-risiko lain. 1. Pastikan semua pintu/tingkap/kabinet pejabat ditutup dan dikunci. 2. Simpan anak kunci pejabat di dalam peti simpanan kunci di pejabat dan serahkan anak kunci peti simpanan kunci dan anak kunci pintu utama kepada pengawal keselamatan bertugas. 3. Pastikan tiada barang-barang atau bahan-bahan yang mudah terbakar seperti mancis api, minyak petrol, kertas-kertas usang atau apa-apa jua yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran di dalam pejabat. 4. Matikan punca elektrik yang disambungkan kepada komputer, printer, scanner, LCD, pengecas bateri telefon bimbit, telefon biasa, cerek elektrik, radio/mini kompo, TV, perakam video dan sebagainya. 5. Matikan punca elektrik bagi alat hawa dingin yang tidak diperlukan. 6. Jangan tinggalkan barang-barang berharga peribadi di pejabat/tempat kerja seperti wang tunai, barang kemas, telefon bimbit, komputer peribadi dan lain-lain. 7. Pastikan pili/paip air ditutup ketat/kemas agar tidak berlaku kebocoran yang boleh menyebabkan banjir di pejabat dan merosakkan peralatan. 8. Pastikan laluan-laluan kecemasan dan pintu kecemasan di pejabat tidak terhalang. 9. Pastikan kenderaan rasmi diletakkan ditempat yang ditetapkan dan tidak diletakkan di tempat yang dilarang / menghalang laluan kecemasan. 10. Pastikan kenderaan persendirian ( jika berkaitan ) diletakkan di dalam kawasan yang ditetapkan. Semua pintu & tingkap pada kenderaan dikunci. Maklumkan kepada Balai Pengawal jika meletakkan kenderaan di dalam kawasan universiti. 11. Pastikan barang / peralatan berharga tidak disimpan di dalam kenderaan. Sila keluarkan dan simpan di dalam tempat yang selamat.

Panduan Keselamatan Pejabat Sebelum Meninggalkan Pejabat

  • Upload
    votuyen

  • View
    530

  • Download
    8

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Panduan Keselamatan Pejabat Sebelum Meninggalkan Pejabat

Panduan Keselamatan Pejabat Sebelum Meninggalkan Pejabat/Makmal/Bengkel/Stor/ Bangunan:

Berikut adalah langkah-langkah keselamatan berpatutan yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan oleh setiap pekerja bagi memastikan keselamatan pejabat/tempat kerja dan sebagainya tidak terdedah kepada ancaman kecurian/kebakaran atau risiko-risiko lain.

1. Pastikan semua pintu/tingkap/kabinet pejabat ditutup dan dikunci.

2. Simpan anak kunci pejabat di dalam peti simpanan kunci di pejabat dan serahkan anak kunci peti simpanan kunci dan anak kunci pintu utama kepada pengawal keselamatan bertugas.

3. Pastikan tiada barang-barang atau bahan-bahan yang mudah terbakar seperti mancis api, minyak petrol, kertas-kertas usang atau apa-apa jua yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran di dalam pejabat.

4. Matikan punca elektrik yang disambungkan kepada komputer, printer, scanner, LCD, pengecas bateri telefon bimbit, telefon biasa, cerek elektrik, radio/mini kompo, TV, perakam video dan sebagainya.

5. Matikan punca elektrik bagi alat hawa dingin yang tidak diperlukan.

6. Jangan tinggalkan barang-barang berharga peribadi di pejabat/tempat kerja seperti wang tunai, barang kemas, telefon bimbit, komputer peribadi dan lain-lain.

7. Pastikan pili/paip air ditutup ketat/kemas agar tidak berlaku kebocoran yang boleh menyebabkan banjir di pejabat dan merosakkan peralatan.

8. Pastikan laluan-laluan kecemasan dan pintu kecemasan di pejabat tidak terhalang.

9. Pastikan kenderaan rasmi diletakkan ditempat yang ditetapkan dan tidak diletakkan di tempat yang dilarang / menghalang laluan kecemasan.

10. Pastikan kenderaan persendirian ( jika berkaitan ) diletakkan di dalam kawasan yang ditetapkan. Semua pintu & tingkap pada kenderaan dikunci. Maklumkan kepada Balai Pengawal jika meletakkan kenderaan di dalam kawasan universiti.

11. Pastikan barang / peralatan berharga tidak disimpan di dalam kenderaan. Sila keluarkan dan simpan di dalam tempat yang selamat.

Page 2: Panduan Keselamatan Pejabat Sebelum Meninggalkan Pejabat

12. Pastikan barangan berharga seperti laptop, wang tunai dan sebagainya disimpan di dalam kabinet/peti besi/bilik kebal yang berkunci.

13. “Ketua Jabatan” hendaklah memaklumkan perkara ini kepada semua anggota di bawah seliaannya supaya mengambil langkah-langkah keselamatan awal ini untuk mencegah daripada berlakunya bencana yang tidak diingini yang akan merugikan harta benda universiti dan staf.

14. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Premis/Bangunan (OSH Committee) berperanan dalam memastikan keselamatan di tempat kerja masing-masing.

15. Penyimpanan komputer peribadi di dalam kenderaan adalah dilarang sama sekali. Ini kerana pencuri dapat mengesan adanya komputer walalupun di dalam tempat penyimpanan barang yang terlindung melalui alat pengesan bateri.

16. Lapor kepada Pejabat PPH sebarang kerosakan yang boleh mengancam keselamatan dan pembaziran dengan segera. Maklumat tersebut juga hendaklah dipanjangkan kepada Bahagian Keselamatan untuk pemantauan yang lebih kerap.

“BERSAMA CEGAH JENAYAH DAN MALAPETAKA”

“ KITA MAMPU MENGUBAHNYA ”

Terbitan:

Bahagian Keselamatan

Pejabat Pendaftar