3
Panduan Menghadiri Temuduga SPA Apa itu Temuduga Temuduga merupakan satu sesi penilaian yang dijalankan oleh panel penemuduga untuk memilih calon yang terbaik bagi tujuan lantikan ke sesuatu jawatan. Aspek yang dilihat oleh Panel Antara aspek yang perlu diberi penekanan adalah seperti berikut: Sahsiah diri Kelayakan Pengetahuan am dan hal ehwal jabatan Pengalaman kerja Kebolehan memimpin Bidang tugas jabatan Kebolehan berkomunikasi dengan baik Kesesuaian untuk menjawat sesuatu jawatan atau jawatan yang lebih tinggi Sebelum Temuduga: Persiapan Minda Buat rujukan dan kajian melalui laman web dan bahan-bahan rujukan mengenai jawatan yang dipohon Kemas kini pengetahuan mengenai Jabatan dan pengetahuan am semasa Dapatkan khidmat nasihat dan panduan daripada keluarga, rakan dan mereka yang berpengalaman serta berpengetahuan Berkeyakinan dan tidak gemuruh Buat latihan temuduga (mock interview) bersama keluarga dan rakan jika perlu Dapatkan maklumat awal mengenai lokasi dan tempat temuduga

Panduan Menghadiri Temuduga SPA

Embed Size (px)

DESCRIPTION

free

Citation preview

Panduan Menghadiri Temuduga SPA Apa itu Temuduga

Temuduga merupakan satu sesi penilaian yang dijalankan oleh panel penemuduga untuk memilih calon yang terbaik bagi tujuan lantikan ke sesuatu jawatan.

Aspek yang dilihat oleh Panel

Antara aspek yang perlu diberi penekanan adalah seperti berikut:

Sahsiah diri Kelayakan Pengetahuan am dan hal ehwal jabatan Pengalaman kerja Kebolehan memimpin Bidang tugas jabatan Kebolehan berkomunikasi dengan baik Kesesuaian untuk menjawat sesuatu jawatan atau jawatan yang lebih tinggi

Sebelum Temuduga:

Persiapan Minda

Buat rujukan dan kajian melalui laman web dan bahan-bahan rujukan mengenai jawatan yang dipohon Kemas kini pengetahuan mengenai Jabatan dan pengetahuan am semasa Dapatkan khidmat nasihat dan panduan daripada keluarga, rakan dan mereka yang berpengalaman serta berpengetahuan Berkeyakinan dan tidak gemuruh Buat latihan temuduga (mock interview) bersama keluarga dan rakan jika perlu Dapatkan maklumat awal mengenai lokasi dan tempat temuduga Anggap temuduga adalah satu proses biasa dan perlu dilalui oleh semua individu Berdoa untuk kejayaan

Persiapan Fizikal

Kekemasan untuk lelaki: Berambut pendek dan kemas Bertali leher dengan warna dan corak yang sesuai Baju berlengan panjang dan bewarna lembut. Contoh: Putih, biru muda, cream Berseluar gelap dan memakai tali pinggang yang sesuai Berkasut kulit seerta memakai stoking bewarna gelap Memakai tanda namaKekemasan untuk wanita: Berpakaian sopan serta tidak menjolok mata Menggunakan make-up yang sesuai serta tidak berlebihan Berkasut tutup penuh (court shoes) Memakai tanda nama

Persiapan Dokumen

Pastikan dokumen-dokumen berikut dibawa, disusun dengan kemas dan teratur sebaik-baiknya di dalam folder lut sinar (transparent).

Surat panggilan temuduga Kad pengenalan Sijil-sijil kelayakan akademik (SPM dan ke atas) Siji;-sijil kemahiran Sijil-Sijil kursus Sijil atau surat penghargaan Dokumen sokongan lain jika ada

Pada Hari Temuduga

Datang awal seeloknya sejam sebelum temuduga Dapatkan nombor giliran temuduga Duduk dengan tenang dan matikan telefon bimbit

Semasa Temuduga: Beri salam kepada ahli panel temuduga Guna panggilan yang betul kepada ahli panel. Contoh Dato', Datin, Tuan, Puan Serahkan dokumen kepada panel temuduga dengan sopan dan tertib Duduk selepas diarahkan Dengar dengan teliti setiap soalan yang diajukan Ucap terima kasih kepada panel apabila selesai