43
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Aras 6 – 10, Blok C7, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62520 Putrajaya Panduan Daftar Akaun Baru Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat Dikemaskini : 9 Mei 2011

Panduan Mengisi SPA

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Aras 6 – 10, Blok C7, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62520 Putrajaya

Panduan Daftar

Akaun Baru

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Maklumat

Dikemaskini :

9 Mei 2011

Page 2: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 1 / 42

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 DAFTAR AKAUN BARU...........................................................………...… 2

2.0 KESILAPAN EMEL ATAU TIDAK MENERIMA EMEL………………………7

3.0 DAFTAR MASUK BORANG SPA8I……………………………………………8

4.0 LUPA KATA LALUAN…………………………………………………………..14

5.0 CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DI SEKTOR

AWAM (SPA8I)…………………………………………………………………….17

A. Maklumat Peribadi Pemohon………………………….………………19

B. Maklumat Akademik Pemohon……….……………………………....24

C. Maklumat Ko-Kurikulum……………....………………………….34

D. Maklumat Tambahan………….…………………………………...36

E. Semakan Maklumat Peribadi Pemohon…………………………..39

F. Pengakuan Pemohon………………………………………………..40

G. Pemberitahuan……………………………………………….………….41

6.0 CIRI-CIRI BARU YANG TERDAPAT DALAM BORANG SPA8I………….42

Page 3: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 2 / 42

1.0 DAFTAR AKAUN BARU

Semua pemohon adalah diwajibkan mendaftar akaun baru bagi

membolehkan mereka mencapai Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor

Awam (SPA8i). Ini termasuk pemohon yang pernah memohon sebelum

ini mahupun pemohon baru.

Langkah-langkah:

1. Klik pautan yang ditunjukkan oleh anak panah di dalam Portal Rasmi SPA

seperti berikut :

Rajah 1.0-1 Skrin Portal Rasmi SPA

Page 4: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 3 / 42

2. Skrin berikut akan dipaparkan:

Rajah 1.0-2 Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i

3. Pemohon juga dinasihatkan untuk membaca Panduan daftar akaun

baru untuk memudahkan pemohon mendaftar masuk Borang SPA8i.

4. Kemudian klik pada pautan Daftar akaun baru untuk mendapatkan MyID

dan Kata Laluan bagi yang pertama kali mengisi Borang SPA8i. Skrin

seperti berikut akan dipaparkan:

Rajah 1.0-3 Skrin Daftar Akaun Baru

Page 5: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 4 / 42

5. Pemohon boleh menekan butang Reset jika ingin mengosongkan semua

maklumat tersebut.

6. Klik pada pautan Daftar Masuk jika ingin kembali ke skrin utama.

7. Masukkan semua maklumat yang diwajibkan. Untuk makluman, pemohon

perlulah mempunyai nombor MyKad (Kad Pengenalan). Nombor MyKad

ini akan digunakan sebagai MyID anda.

8. Pemohon perlu memasukkan alamat emel peribadi yang sah dan aktif.

Ini adalah kerana semua urusan berkenaan dengan pendaftaran ini akan

menggunakan emel. Oleh itu, pemohon tidak digalakkan berkongsi

alamat emel serta kata laluan emel tersebut.

9. Setelah semua maklumat dimasukkan, tekan butang Daftar. Mesej ini

akan dipaparkan:

Rajah 1.0-4 Skrin Pasti Daftar Akaun Baru

10. Klik butang Ok dan mesej berikut akan dipaparkan:

Rajah 1.0-5 Skrin Pasti MyKad dan Emel Daftar Akaun Baru

Page 6: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 5 / 42

11. Mesej ini untuk memastikan pemohon memasukkan MyKad dan emel

adalah betul kerana maklumat pengaktifan akaun akan dihantar melalui

emel. Klik butang Cancel untuk batal dan klik Ok untuk teruskan dan

mesej berikut akan dipaparkan:

Rajah 1.0-6 Skrin Maklumat Pengaktifan Akaun Baru

12. Pemohon perlu menyemak emel yang digunakan bagi membolehkan

pemohon mengaktifkan akaun tersebut.

13. Sila pastikan konfigurasi ‘auto delete’ bagi folder ‘junk/spam/bulk mail’

tidak diaktifkan. Sekiranya emel yang dihantar oleh SPA tidak masuk ke

folder Inbox tuan/puan, sila semak di folder ‘junk/spam/bulk mail’ dan

set semula emel dari SPA sebagai ‘not spam/junk/bulk mail’.

14. Sekiranya emel yang digunakan adalah emel dari yahoo, gmail, hotmail,

ymail atau mana-mana perkhidmatan emel popular yang lain, sila tunggu

dalam tempoh 24 jam untuk penerimaan emel berkenaan. Ini kerana

tempoh penghantaran adalah bergantung kepada tahap kesibukan dan

capaian di server emel berkenaan.

15. Pemohon diminta untuk menghubungi SPA semula sekiranya tidak

menerima emel selepas tempoh 24 jam dari tarikh pendaftaran.

16. Berikut merupakan contoh emel yang diterima daripada pihak SPA

selepas daftar akaun baru :

Rajah 1.00-7 Skrin Emel Pengaktifan Akaun Baru

Page 7: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 6 / 42

17. Pemohon diwajibkan klik pada pautan (Sila klik di sini untuk

mengaktifkan akaun anda) yang dinyatakan dalam emel tersebut bagi

tempoh 24 jam. Jika tidak, pautan ini tidak lagi boleh digunakan.

18. Skrin seperti berikut akan dipaparkan setelah pemohon klik pada pautan

tersebut:

Rajah 1.00-8 Skrin Maklumat Pengaktifan Akaun Baru Berjaya

19. Pemohon boleh klik pada pautan Daftar Masuk untuk mencuba MyID

dan Kata Laluan yang diberikan dalam emel tersebut.

Page 8: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 7 / 42

2.0 KESILAPAN EMEL ATAU TIDAK MENERIMA EMEL PENGAKTIFAN

Jika emel pemohon tersilap semasa mendaftar, pemohon tidak akan

menerima emel dari pihak SPA dan sistem tidak membenarkan pendaftaran

dibuat semula kerana MyID telah wujud.

Sekiranya pemohon tidak menerima emel pengaktifan dari pihak SPA

selepas tempoh 24 jam, pemohon boleh menghubungi SPA.

Bagi tujuan verifikasi, maklumat seperti mana yang didaftarkan adalah

diperlukan seperti :

a. No. Kad Pengenalan;

b. Nama calon;

c. Alamat;

d. No. Telefon Bimbit;

e. Emel yang tersilap dimasukkan;

f. Emel yang sepatutnya dimasukkan; dan

g. Tarikh Pendaftaran dilakukan.

Hantarkan semua maklumat di atas ke emel

[email protected]

Page 9: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 8 / 42

3.0 DAFTAR MASUK BORANG SPA8I

Selepas berjaya mendapatkan MyID dan Kata Laluan, pemohon boleh

mencapai skrin yang dinyatakan untuk membuat pendaftaran.

Langkah-langkah:

1. Klik pautan borang pendaftaran pekerjaan SPA8i seperti yang dinyatakan

di atas dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Rajah 3.0-1: Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i

2. Masukkan MyID dan Kata Laluan dengan merujuk emel yang diterima

daripada SPA.

3. Kemudian tekan butang Log Masuk.

4. Jika tersalah taip kata laluan, ralat seperti berikut akan dipaparkan:

No Kad Pengenalan

Kata laluan baru pemohon

Page 10: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 9 / 42

Rajah 3.0-2 Skrin Ralat Semasa Daftar Masuk

5. Jika tersalah memasukkan MyID ataupun MyID tidak wujud, ralat berikut

akan dipaparkan:

Rajah 3.0-3 Skrin Ralat Semasa Daftar Masuk

6. Jika MyID dan Kata Laluan yang dimasukkan adalah betul, skrin untuk

menukar kata laluan akan dipaparkan untuk yang pertama kali

mendaftar. Semua pemohon baru diwajibkan menukar kata laluan

Page 11: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 10 / 42

semasa yang diberikan oleh SPA dengan kata laluan baru pemohon

sebelum boleh mengisi borang pendaftaran.

Rajah 3.0-4 Skrin Tukar Kata Laluan

7. Masukkan maklumat yang dikehendaki dan tekan butang Hantar. Perlu

diingatkan bahawa Kata Laluan Baru hendaklah sama dengan Semula

Kata Laluan Baru.

8. Pengguna juga boleh menekan butang Reset jika ingin mengosongkan

maklumat yang telah diisi.

9. Jika tiada sebarang ralat, pemohon akan berjaya masuk ke dalam borang

SPA8i. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan:

Rajah 3.0-5 Skrin Borang SPA8i

Kata laluan dalam emel SPA

Kata laluan baru pemohon

Kata laluan baru pemohon

Page 12: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 11 / 42

10. Pemohon perlu memasukkan maklumat mengikut kelayakan tertinggi

pemohon terlebih dahulu dan semua maklumat wajib seperti mana yang

dikehendaki.

11. Setelah selesai, sila klik butang Seterusnya. Sekiranya anda menerima

mesej ralat, sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat

tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran. Untuk kembali ke

muka surat borang, sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian

atas borang seperti skrin berikut.

Rajah 3.0-6 Skrin Penyemakan Borang Pendaftaran Pekerjaan SPA8i

12. Sila klik pada petak Saya setuju dan tanda √ akan dipaparkan dalam

petak yang berkenaan. Adalah diingatkan bahawa anda telah

membuat pengakuan bahawa anda memahami Akta Suruhajaya

Perkhidmatan 1957 boleh dihukum penjara 2 tahun atau didenda

RM2,000.00 atau kedua-duanya sekali jika maklumat yang

dimasukkan adalah palsu.

13. Sekiranya anda telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi

sila klik butang HANTAR. Kecuaian anda meninggalkan langkah

menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan anda tidak

akan diproses.

14. Skrin Pemberitahuan akan dipaparkan sekiranya maklumat anda tiada

kesilapan. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke muka

surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan

dan penghantaran.

15. Sila Cetak Pemberitahuan untuk rujukan anda.

Page 13: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 12 / 42

16. Di sebelah atas borang SPA8i terdapat Status Permohonan iaitu ciri

terbaru untuk pemohon menyemak status permohonan mereka, klik pada

Status Permohonan dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Rajah 3.0-7 Skrin Semakan Status Permohonan

17. Pemohon boleh klik pada ikon [+] untuk melihat Jadual

Ujian/Peperiksaan, Keputusan Ujian/Peperiksaan, Jadual Temu Duga dan

Keputusan Temu Duga.

18. Klik pada pautan Borang jika ingin kembali semula ke borang

pendaftaran pekerjaan SPA8i.

19. Pada skrin utama, klik pada Keluar jika pemohon ingin keluar daripada

borang ini dan satu tetingkap akan dipaparkan:

Rajah 3.0-8 Skrin Keluar Daripada Borang

Page 14: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 13 / 42

20. Skrin ini menyatakan bahawa permohonan pemohon tidak akan diproses

jika tidak menekan butang Hantar pada halaman akhir iaitu Pengakuan

Pemohon.

21. Walau bagaimanapun, jika pemohon masih ingin keluar daripada skrin ini,

semua maklumat yang telah diisi sebelum ini akan disimpan dan

dikemaskini.

22. Pemohon akan dapat melihat maklumat terdahulu jika daftar masuk

semula ke dalam borang ini.

23. Sila rujuk para 5.0 Cara Mengisi Borang Pendaftaran Pekerjaan di

Sektor Awam (SPA8i) untuk maklumat terperinci mengenai borang.

Page 15: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 14 / 42

4.0 LUPA KATA LALUAN

Merupakan fungsi bagi pemohon yang telah berjaya membuat pengaktifan

atau telah Log Masuk tetapi terlupa kata laluan mereka, boleh memohon

kata laluan mereka tanpa perlu menghubungi pihak SPA.

Langkah-langkah:

1. Klik pautan borang pendaftaran pekerjaan SPA8i seperti yang dinyatakan

di atas dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Rajah 4.01: Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i

2. Klik pada pautan Lupa kata laluan untuk memaklumkan kepada pihak

SPA.

3. Skrin ini akan dipaparkan:

Rajah 4.0-2: Skrin Lupa Kata Laluan

No Kad Pengenalan Emel yang dimasukkan dalam borang SPA8i

Page 16: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 15 / 42

4. Pemohon dikehendaki memasukkan MyID dan Emel yang telah

digunakan semasa membuat Daftar Akaun Baru atau emel yang telah

dikemaskini dalam Borang SPA8i.

5. Kemudian tekan butang Hantar.

6. Jika emel yang dimasukkan tidak sama seperti mana yang digunakan

semasa Daftar Akaun Baru, ralat seperti berikut akan dipaparkan:

Rajah 4.0-3: Skrin Ralat Lupa Kata Laluan

7. Jika tiada sebarang masalah, mesej tersebut akan dipapar seperti di skrin

berikut:

Rajah 4.0-4: Skrin Pengaktifan Lupa Kata Laluan

8. Pemohon perlulah menyemak atau menunggu sehingga mendapat

notifikasi menerusi emel pemohon seperti yang dinyatakan.

9. Setelah menerima emel daripada SPA, contoh emel adalah seperti

berikut:

Page 17: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 16 / 42

Rajah 4.0-5: Skrin Emel Pengaktifan Kata Laluan

10. Pemohon diwajibkan klik pada pautan (Sila klik di sini untuk

mengaktifkan akaun anda) yang dinyatakan dalam emel bagi tempoh 24

jam. Jika tidak, pautan ini tidak lagi boleh digunakan.

11. Skrin seperti berikut akan dipaparkan setelah pemohon klik pada pautan

tersebut:

Rajah 4.0-6: Skrin Emel Pengaktifan Kata Laluan

12. Pemohon boleh klik pada pautan Daftar Masuk untuk mencuba MyID

dan Kata Laluan yang diberikan dalam emel tersebut.

13. Pemohon boleh mengemaskini borang pendaftaran pekerjaan SPA8i

atau melihat status permohonan pada bila-bila masa.

Page 18: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 17 / 42

5.0 CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM (SPA8I)

Pemohon yang telah membuat pengaktifan dan berjaya

Log Masuk sudah boleh mengisi borang SPA8i dan

pemohon juga dinasihatkan supaya membaca terlebih

dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPA sebelum

memohon bagi mengelakkan memohon jawatan yang

tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki. Rujuk :-

Maklumat Jawatan (Diskripsi Tugas/Gaji Permulaan) sebelum membuat

pilihan.

Langkah-langkah:

1. Klik pautan borang pendaftaran pekerjaan SPA8i di Portal Rasmi SPA

dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Rajah 5.0-1: Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i

2. Pemohon hendaklah mengisi MyID dan Kata Laluan yang betul dan klik

pada pautan Log Masuk.

3. Jika tiada sebarang ralat, pemohon akan berjaya masuk ke dalam borang

pendaftaran SPA8i. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan:

No Kad Pengenalan

Kata laluan pemohon

Page 19: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 18 / 42

Rajah 5.0-2: Skrin Borang pendaftaran (SPA8i) – Berkhidmat/KPSL

4. Terdapat Status Pemohonan bagi memudahkan pemohon membuat

semakan mengenai status permohonan mereka di sebelah atas borang.

5. Terdapat maklumat mengenai Tarikh Permohonan, Tarikh Kemas kini

dan Tarikh Proses. Jika pendaftaran ini belum selesai sepenuhnya,

mesej Belum Diproses akan dipaparkan.

6. Pemohon dikehendaki menentukan Kelayakan Tertinggi terlebih dahulu

sebelum boleh memilih jawatan yang ingin dipohon.

Page 20: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 19 / 42

A. Maklumat Peribadi Pemohon

Rajah 5.0-3(1): Skrin Maklumat Peribadi Pemohon

Ruang Nombor Kad Pengenalan tidak perlu dimasukkan oleh pemohon kerana

telah dipaparkan secara automatik pada skrin. Rujuk Rajah 1.5-2 atau contoh

seperti berikut:

1. Nombor Kad Pengenalan (Baru)

540603-03-5550 : 540603035550

2. Nombor Kad Pengenalan (Lama/Tentera/Polis)

a. 4824163 isikan: 4824163

b. H 0432516 isikan: H0432516

c. RF 1234 isikan: RF1234

3. Kelayakan Tertinggi adalah penting pemohon pilih kerana ianya akan

menentukan jawatan yang boleh dipohon berserta dengan maklumat yang

diperlukan.

Page 21: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 20 / 42

a. Sila pilih mengikut kelayakan tertinggi pemohon terlebih dahulu kerana

senarai jawatan dan maklumat akademik akan bergantung kepada

jenis pilihan tersebut.

Rajah 5.0-3(2): Skrin Maklumat Peribadi Pemohon – Kelayakan Tertinggi

b. Sekiranya anda mempunyai Ijazah atau Sarjana atau PHD, sila pilih

Ijazah/Sarjana/PHD.

c. Sekiranya anda mempunyai Ijazah atau Sarjana atau PHD, sila pilih

Ijazah/Sarjana/PHD.

b. Sila pilih jawatan-jawatan yang layak dipohon pada ruangan Jawatan 1.

Anda juga dibolehkan untuk memenuhi ruangan Jawatan 2 hingga 5 dan

jawatan yang anda pilih hendaklah tidak berulang (Jawatan- jawatan

yang layak adalah mengikut pilihan Kelayakan Tertinggi pemohon).

Peringatan : Tarikh pendaftaran calon akan berubah sekiranya ada

perubahan pada Jawatan asal dan pemohon perlu klik Hantar supaya

tarikh pendaftaran akan diproses semula. Perubahan maklumat lain

tidak akan mengemaskini tarikh pendaftaran pemohon.

4. Sila pilih Pusat Temuduga/Ujian Khas Yang Dipilih mengikut kesesuaian.

5. Sila kemas kini Alamat e-mel anda yang aktif.

Contoh : [email protected]

Page 22: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 21 / 42

6. Sila kemas kini Nama Penuh anda (sama seperti dalam MyKad).

Contoh :

Nama Penuh : SYARIFAH ROSNIYATI BINTI HAJI SYED KAMARUL

MANSOR

7. Sila kemas kini Alamat Surat-Menyurat seperti nombor peti surat / nombor

rumah, nama jalan, nama taman/kampung. Sekiranya ruangan tidak

mencukupi, sila ringkaskan ejaan dan singkatan yang digunakan mestilah

mudah difahami.

Rajah 5.0-3(2): Skrin Maklumat Peribadi Pemohon

8. Sila kemas kini Poskod alamat surat-menyurat anda dengan jelas.

9. Sila kemas kini Bandar alamat surat-menyurat anda dengan jelas.

10. Sila kemas kini Negeri alamat surat-menyurat anda dengan betul.

Page 23: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 22 / 42

11. Sila kemas kini Nombor Telefon anda yang boleh dihubungi (jika ada). Sila

pilih kod nombor telefon anda dengan betul dan isikan nombor berikutnya

pada ruang kosong.

Contoh :

Nombor Telefon : 03-89451010

Kod nombor telefon yang dipilih adalah 03 dan nombor berikutnya yang

dimasukkan adalah 89451010

12. Sila isikan Tarikh Lahir anda mengikut format dd/mm/yyyy. Tarikh lahir juga

boleh dipilih dari kalendar yang dipaparkan. Sekiranya anda mengisi no.kad

pengenalan (baru) pada maklumat peribadi pemohon (Rujuk No.1), sila

abaikan langkah ini. Tetapi anda digalakkan menyemak Tarikh Lahir anda.

Contoh :

Tarikh Lahir : 31 Disember 1980

Isikan : 31/12/1980

13. Sila pilih Negeri Tempat Lahir seperti berikut :

a. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Pemohon. Sekiranya anda mengisi

no.kad pengenalan (baru) pada maklumat peribadi pemohon (Rujuk

No.1), sila abaikan langkah ini.

b. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Ibu Pemohon.

c. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Bapa Pemohon.

14. Sila pilih Jantina anda sama ada Lelaki atau Perempuan.

15. Sila pilih Taraf Perkahwinan anda.

16. Sila pilih Keturunan anda.

Page 24: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 23 / 42

Rajah 5.0-3(3): Skrin Maklumat Peribadi Pemohon

17. Sila pilih Agama yang dianuti oleh anda.

18. Sila pilih Warganegara anda.

19. Sila pilih Pemegang Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

sekiranya pemohon adalah pemegang biasiswa tersebut di Peringkat

Diploma dan ke atas sahaja.

20. Sila pilih Penerima Bantuan sekiranya ibu/bapa/pemohon menerima

bantuan Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) / Bantuan Kebajikan

Masyarakat / Program Perumahan Rakyat (PPR).

a. Sekiranya berkaitan, sila isikan No. Pendaftaran/Rujukan.

21. Sila isikan kelas Lesen Kenderaan anda sekiranya berkaitan. Klik pada kelas

yang berkaitan dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.

Lesen Kenderaan ini penting bagi jawatan tertentu seperti Juruaudio Visual.

Oleh itu, anda dikehendaki mengisi ruangan ini sekiranya meminta jawatan

yang berkaitan.

Setelah selesai, sila klik butang Seterusnya. Sekiranya anda menerima

mesej ralat, sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat

tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran.

Page 25: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 24 / 42

B. Maklumat Akademik Pemohon

Rajah 5.0-4(1): Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Keputusan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf)

-- Peperiksaan kali pertama

Peringatan : Sekiranya anda mengambil SPM mengikut sistem terbuka (tahun

2000 ke atas) lebih dari sekali untuk tiga tahun berturut-turut (cth: tahun 2000,

2001, 2002), anda boleh mengisi dua keputusan terbaik di ruangan Peperiksaan

kali pertama dan Peperiksaan kali kedua mengikut tahun peperiksaan yang

diambil.

1. Sila isikan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) --

Peperiksaan kali pertama. Rujuk contoh seperti Rajah 1.5-4(1).

a. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.

Page 26: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 25 / 42

b. Sila pilih Jenis Sijil menduduki peperiksaan.

c. Sila pilih Pangkat yang diperolehi dan kosongkan bagi keputusan SPM

yang mengikut sistem terbuka.

d. Sila pilih LULUS atau GAGAL bagi keputusan Ujian Lisan Bahasa

Melayu / Bahasa Malaysia yang diperolehi dan kosongkan bagi

keputusan SPM yang mengikut sistem terbuka.

Rajah 5.0-4(2): Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Keputusan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf)

-- Peperiksaan kali pertama

e. Sila pilih Gred yang diperolehi bagi matapelajaran Bahasa Melayu /

Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam ruangan Gred kerana

subjek tersebut adalah wajib diisi. Rujuk contoh seperti Rajah 1.5-4(2).

f. Sila pilih matapelajaran selain Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan

Bahasa Inggeris mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran

dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam

ruangan Gred. Pemohon hanya boleh mengisi keputusan maksimum 10

matapelajaran sahaja.

Page 27: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 26 / 42

Rajah 5.0-5: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf)

-- Peperiksaan kali kedua

-- (Untuk diisi oleh Pemohon Yang Memiliki SPM mengikut sistem terbuka Sahaja)

2. Seterusnya sila isikan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) --

Peperiksaan kali kedua (Untuk diisi oleh Pemohon Yang Memiliki SPM

mengikut sistem terbuka Sahaja). Rujuk contoh seperti Rajah 1.5-5.

a. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.

b. Sila pilih Matapelajaran mengikut keputusan sijil dalam ruangan

Matapelajaran dan pilih Gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran

tersebut dalam ruangan Gred. Pemohon hanya boleh mengisi keputusan

maksimum 10 matapelajaran sahaja.

Rajah 5.0-6: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas

Julai / SAP / SPM / STPM / Universiti atau Setaraf

Page 28: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 27 / 42

3. Seterusnya sila isikan keputusan Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Julai

/SAP/SPM/STPM/Universiti atau Setaraf sekiranya berkaitan. Rujuk contoh

seperti Rajah 1.5-6.

a. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.

b. Sila pilih Jenis peperiksaan Bahasa Melayu yang diduduki.

c. Sila pilih Gred peperiksaan Bahasa Melayu yang diperolehi.

d. Sila pilih LULUS atau GAGAL bagi keputusan Ujian Lisan Bahasa

Melayu yang diperolehi.

Rajah 5.0-7: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Peperiksaan Matematik Kertas Julai

4. Seterusnya sila isikan keputusan Peperiksaan Matematik Kertas Julai

sekiranya berkaitan. Rujuk contoh seperti Rajah 1.5-7.

a. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.

b. Sila pilih Gred peperiksaan Matematik Kertas Julai yang diperolehi.

Rajah 5.0-8: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Kelayakan Daripada Badan-Badan

Profesional dan Ikhtisas

5. Seterusnya sila isikan maklumat Kelayakan Daripada Badan-Badan

Profesional dan Ikhtisas. Ruangan ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang

memiliki sijil daripada badan-badan profesional dan ikhtisas yang diiktiraf oleh

Page 29: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 28 / 42

kerajaan selain daripada butiran Kelulusan Pengajian Tinggi ATAU salah satu

daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke jawatan berkenaan. Rujuk contoh

seperti Rajah 1.5-8.

a. Sila pilih Sijil Pendaftaran daripada Badan Profesional dan Ikhtisas.

Kelulusan Profesional/Ikhtisas Dan Sijil-Sijil Lain boleh diperolehi dengan

klik pada butang ::Rujuk dan skrin seperti Rajah 1.5-9 di bawah akan

dipaparkan.

Rajah 5.0-9: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Kelulusan Profesional/Ikhtisas

Dan Sijil-Sijil Lain

b. Klik butang Cari untuk memaparkan semua sijil kelulusan atau sila isikan

Sijil berkaitan dan klik butang Cari untuk memaparkan sijil kelulusan

yang dikehendaki.

Page 30: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 29 / 42

c. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 1.5-8 akan

dipaparkan semula.

d. Sila isikan Tarikh Menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan mengikut format

dd/mm/yyyy. Tarikh anda menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan juga boleh dipilih

dari kalendar yang dipaparkan.

Contoh :

Tarikh menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan: 19 Januari 2010

Isikan : 19/01/2010

Rajah 5.0-10: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Kelulusan Pengajian Tinggi

(PHD/Sarjana/Ijazah/Pelajar Tahun Akhir)

6. Seterusnya sila baca arahan yang tertera sebelum mengisi maklumat

Kelulusan Pengajian Tinggi (PHD/Sarjana/Ijazah/Pelajar Tahun Akhir).

Rujuk contoh seperti Rajah 1.5-10.

a. Sila pilih Tahun Graduasi diperolehi.

Page 31: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 30 / 42

b. Sila pilih PNGK/CGPA yang diperolehi.

Contoh :

3.75: Sila pilih 3 dan isikan 75 pada ruang kosong di sebelah.

3.50: Sila pilih 3 dan isikan 50 pada ruang kosong di sebelah.

c. Sila pilih Peringkat Kelulusan yang diperolehi.

d. Sila pilih Institusi yang mengeluarkan sijil yang diperolehi. Institusi

tersebut boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Carian dan skrin

seperti Rajah 1.5-11 di bawah akan dipaparkan.

Rajah 5.0-11: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Institusi Pengajian Tinggi

i. Klik butang Cari untuk memaparkan semua Institusi atau sila pilih

Institusi Luar / Dalam Negara dan Negara (sekiranya institusi luar

negara) klik butang Cari untuk memaparkan maklumat Institusi.

ii. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 1.5-10 akan

dipaparkan semula.

Page 32: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 31 / 42

e. Sila pilih sama ada YA atau TIDAK Institusi tersebut Institusi Francais

Luar Negara.

f. Sila isikan nama Institusi sekiranya Institusi tersebut tiada dalam

senarai.

g. Sila pilih Pengkhususan (Bidang) Pengajian anda. Pengkhususan

tersebut boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Carian dan skrin

seperti Rajah 1.5-12 di bawah akan dipaparkan.

Rajah 5.0-12: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Pengkhususan

i. Klik butang Cari untuk memaparkan semua Pengkhususan atau sila

pilih Bidang Pengkhususan dan klik butang Cari untuk memaparkan

maklumat Pengkhususan.

ii. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 1.5-10 akan

dipaparkan semula.

Page 33: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 32 / 42

h. Seterusnya sila isikan Pengkhususan sekiranya Pengkhususan tersebut

tiada dalam senarai.

Rajah 5.0-13: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Kelulusan Pengajian Tinggi

(PHD/Sarjana/Ijazah/Pelajar Tahun Akhir)

7. Langkah 6 perlu diulang bagi no.2 dan no.3 (rujuk Rajah 1.5-13) sekiranya

berkaitan.

Setelah selesai sila klik butang Seterusnya. Sekiranya anda menerima mesej

ralat, sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut,

ulangi proses penyemakan dan penghantaran. Untuk kembali ke muka surat

borang, sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas borang.

Rujuk Rajah 1.5-14 seperti di bawah.

Page 34: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 33 / 42

Rajah 5.0-14: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Kelulusan Pengajian Tinggi

(PHD/Sarjana/Ijazah/Pelajar Tahun Akhir)

Pautan kembali ke borang

Page 35: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 34 / 42

C. Maklumat Ko-Kurikulum

Rajah 5.0-15: Skrin Maklumat Ko-Kurikulum – Sukan/Persatuan/Kepimpinan

1. Sila pilih Sukan yang disertai di ruangan Sukan dan Peringkat penyertaan di

ruangan Peringkat. Rujuk contoh seperti Rajah 1.5-15.

2. Sila isikan Nama Persatuan yang disertai di ruangan Nama Persatuan dan

pilih Jawatan yang disandang dan Peringkat penyertaan di ruangan Jawatan

dan Peringkat.

Page 36: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 35 / 42

Rajah 5.0-16: Skrin Maklumat Ko-Kurikulum – Rekacipta dan Inovasi/Pencapaian

Khas/Pekerjaan Sekarang

3. Sila isikan Jenis Rekacipta dan Inovasi, pilih Sumbangan yang anda

berikan dan Peringkat penyertaan.

4. Sila isikan Pencapaian Khas / Istimewa (sekiranya ada). Rujuk contoh yang

diberi.

5. Sila pilih Status Pekerjaan anda sekarang.

Setelah selesai sila klik butang Seterusnya. Sekiranya anda menerima mesej

ralat, sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut,

ulangi proses penyemakan dan penghantaran. Untuk kembali ke muka surat

borang, sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas borang.

Rujuk Rajah 1.5-16 seperti di atas.

Pautan kembali ke

Page 37: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 36 / 42

D. Maklumat Tambahan

Rajah 5.0-17: Skrin Maklumat Tambahan – Kurang Upaya

1. Sila pilih Jenis Kurang Upaya sekiranya anda adalah Orang Kurang Upaya

(OKU) dan sila abaikan sekiranya tidak berkaitan. Kategori ketidakupayaan

boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Rujuk dan skrin seperti Rajah

1.5-17 di bawah akan dipaparkan. Sekiranya berkaitan, sila masukkan No.

Pendaftaran.

Rajah 5.0-18: Skrin Maklumat Tambahan – Kategori Ketidakupayaan

Page 38: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 37 / 42

a. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 1.5.19 di

bawah akan dipaparkan.

Rajah 5.0-19: Skrin Maklumat Tambahan – Bakat/Kebolehan Bahasa/Dialek Selain

Bahasa Melayu/Bekas Tentera/Bekas Polis

2. Sila pilih Bakat yang dimiliki sekiranya anda memohon jawatan di bawah

Klasifikasi Perkhidmatan Bakat dan Seni. Rujuk contoh seperti Rajah 1.5-19.

3. Sila pilih kebolehan Bahasa/Dialek Selain Bahasa Melayu dan Tahap

Penguasaan anda bagi setiap Bahasa/Dialek tersebut.

4. Sekiranya anda Bekas Tentera / Bekas Polis, sila pilih kategori anda

sebagai bekas tentera / bekas polis dan sila abaikan sekiranya tidak

berkaitan. Selepas pilih kategori, pangkat dalam kategori akan dipaparkan.

Contoh:

Kategori : Bekas Polis

Pangkat dalam polis : Sila pilih maklumat daripada senarai yang

disediakan

Pautan kembali ke

Page 39: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 38 / 42

5. Seterusnya sila pilih sama ada anda bekas tentera / bekas polis yang

menerima Pencen / Ganjaran sahaja.

Setelah selesai sila klik butang Seterusnya. Sekiranya anda menerima mesej

ralat, sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut,

ulangi proses penyemakan dan penghantaran. Untuk kembali ke muka surat

borang, sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas borang.

Rujuk Rajah 1.5-19 seperti di atas.

Page 40: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 39 / 42

E. Semakan Maklumat Peribadi Pemohon

Rajah 5.0-20: Skrin Semakan Maklumat Peribadi Pemohon

1. Sila pastikan Maklumat Peribadi Pemohon yang diisi adalah tepat.

2. Sila pastikan No. Kad Pengenalan Baru, Nama Penuh dan Alamat yang

diisi adalah tepat.

3. Pada peringkat ini, anda digalakkan menyemak kembali semua maklumat

yang telah dimasukkan dengan menekan pautan Maklumat Peribadi

Pemohon, Maklumat Akademik Pemohon, Maklumat Ko-Kurikulum

ataupun Maklumat Tambahan. Sila buat pembetulan sekiranya perlu. Untuk

kembali ke muka surat borang, sila klik pautan di bahagian atas borang.

Rujuk Rajah 1.5-20 seperti di atas.

Pautan kembali ke borang

Page 41: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 40 / 42

F. Pengakuan Pemohon

Rajah 5.0-21: Skrin Pengakuan Pemohon

1. Sila klik pada petak Saya setuju dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak

yang berkenaan. Adalah diingatkan bahawa anda telah membuat pengakuan

bahawa anda memahami Akta Suruhajaya Perkhidmatan 1957 boleh

dihukum penjara 2 tahun atau didenda RM2,000.00 atau kedua-duanya sekali

jika maklumat yang dimasukkan adalah palsu. Rujuk contoh seperti Rajah

1.5.21.

2. Sekiranya anda telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila

klik pada butang HANTAR. Kecuaian anda meninggalkan langkah menekan

butang HANTAR akan menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses.

Page 42: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 41 / 42

G. Pemberitahuan

Rajah 5.0-22: Skrin Pemberitahuan

1. Skrin Pemberitahuan seperti Rajah 1.5-22 dipaparkan sekiranya maklumat

anda tiada kesilapan. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke

muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses

penyemakan dan penghantaran.

2. Sila Cetak Pemberitahuan untuk rujukan anda.

3. Permohonan anda telah pun selesai jika mendapat Skrin Pemberitahuan

dan Cetak Pemberitahuan ini. Selamat mengisi borang!

Page 43: Panduan Mengisi SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna

MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Muka 42 / 42

6.0 CIRI-CIRI BARU YANG TERDAPAT DALAM BORANG SPA8I

Antara ciri-ciri baru yang terdapat pada borang SPA8i ini adalah:

a. Pemohon dikehendaki menentukan Kelayakan Tertinggi terlebih

dahulu sebelum boleh memilih jawatan yang ingin dipohon.

b. Tiada lagi kategori borang yang boleh dipilih oleh pemohon.

c. Terdapat Status Pemohonan bagi memudahkan pemohon membuat

semakan mengenai status permohonan mereka. Pemohon juga boleh

melihat jika ada sebarang urusan yang berkaitan seperti :

i. Jadual Ujian/Peperiksaan;

ii. Keputusan Ujian/Peperiksaan;

iii. Jadual Temu Duga; dan

iv. Keputusan Temu Duga.

d. Terdapat maklumat mengenai Tarikh Permohonan, Tarikh Kemas

kini dan Tarikh Proses. Jika pendaftaran ini belum selesai

sepenuhnya, mesej Belum Diproses akan dipaparkan.

e. Pemohon boleh mengemaskini borang pendaftaran pekerjaan

SPA8i atau melihat status permohonan pada bila-bila masa.

f. Keselamatan data pemohon lebih terjamin dengan MyID dan kata

laluan.

g. Setiap urusan pengambilan yang berkaitan dengan jawatan yang

dipohon akan dapat dilihat oleh pemohon.

h. Selain dipaparkan dalam status permohonan, pemohon juga akan

dimaklumkan melalui emel dan SMS sekiranya dipanggil peperiksaan

atau temu duga.