48
http://ohd.moh.gov.my K E S I H A T A N P E R G I G I A N S E P A N J A N G H A Y A T -/(+')''5 0IN "!(!')!.+%3)(!4!.0%2')')!. +%-%.4%2)!.+%3)(!4!.-!,!93)!

Panduan Pembantu Perubatan · PANDUAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN (PERGIGIAN) Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia Edisi Kedua 2009

  • Upload
    others

  • View
    130

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

http://ohd.moh.gov.my

KE

SIH

AT

AN

PE

RGIGIAN SEPA

NJA

NG

HA

YA

T

PANDUAN

PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN

(PERGIGIAN)

Bahagian Kesihatan Pergigian

Kementerian Kesihatan Malaysia

Edisi Kedua 2009

i

PRA KATA

Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) hendaklah peka terhadap peruba-

han teknologi dan maklumat kesihatan terkini. Peningkatan pengetahuan dan

kemahiran berterusan akan menjamin perkhidmatan yang berkualiti bagi menca-

pai Visi dan Misi Kesihatan.

Edisi pertama telah dikeluarkan pada tahun 2005 dengan judul “Nota Panduan

Atendan Kesihatan (Pergigian). Selaras dengan perubahan gelaran jawatan dan

mengambil kira perkembangan semasa berkaitan skim, tatacara dan garis

panduan, usaha telah diambil untuk membuat penambahbaikan buku ini.

Adalah diharapkan buku ini dapat dijadikan rujukan dan panduan berguna bagi

Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) dalam melaksanakan tugas

seharian.

Datin Dr Norain bt Abu Talib

Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian

Kementerian Kesihatan Pergigian

Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) adalah

sebahagian daripada pasukan pergigian yang bersama-

sama menggembleng tenaga dalam penyampaian

perkhidmatan pergigian kepada orang ramai. Sebagai

Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) haruslah

sentiasa berusaha memperluaskan pengetahuan selaras

dengan kemajuan dalam bidang pergigian.

ii

KANDUNGAN

Pra Kata

MUKA SURAT

1 Pendahuluan 1

2 Skim Perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan 2

3 Senarai Tugas dan Tanggungjawab Pembantu

Perawatan Kesihatan di Klinik Pergigian

4

4 Tugas di Kaunter Pendaftaran 7

5 Tugas Membantu Rawatan Pergigian 8

6 Tugas Dalam Mengendali Bahan dan Membantu

Aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian

10

7 Tugas di Makmal 11

128 Tugas-Tugas Lain yang Berkaitan

9 Lampiran

Lampiran 1 Senarai Rekod Kesihatan Pergigian 17

Lampiran 2 Perkhidmatan Kesihatan Pergigian 19

Lampiran 3 Caj Rawatan Pergigian 20

Lampiran 4 Kaedah Mencuci Tangan 22

Lampiran 5 Pengendalian Kecederaan Akibat Peralatan Tajam

24

Lampiran 6 Kaedah Pensterilan dan Disinfeksi 25

Lampiran 7 Peralatan Pergigian 27

Lampiran 8 Perkakas Pergigian 34

Lampiran 9 Bahan Pergigian 38

Lampiran 10 Nasihat Selepas Rawatan 41

Lampiran 11 Pembuangan Sisa-Sisa Klinikal 42

Lampiran 12 Peralatan Makmal 44

10 Senarai Rujukan 45

11 Penghargaan 46

1

1. PENDAHULUAN

Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) merupakan anggota sokongan yang membantu pegawai dan jururawat pergigian dalam menyampaikan perkhidmatan pergigian kepada orang ramai.

Perkembangan teknologi dan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital telah banyak mengubah pelaksanaan tugas Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian). Jika dahulu, Pembantu Perawatan Kesihatan yang dipanggil sebagai Atendan Kesihatan hanya bertanggungjawab kepada kebersihan klinik, kini perkhidmatan mereka lebih rumit. Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) bertugas khususnya membantu jururawat pergigian (chair-side

assistant) dan menyokong perkhidmatan di klinik.

Peranan Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) meliputi:

• Tugas di kaunter pendaftaranPembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) bertugas mencari, mendaftar dan memfail kad rawatan, melayan pertanyaan pesakit dan menjawab panggilan telefon.

• Membantu rawatan pergigian Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) bertanggungjawab menyediakan bahan, perkakas dan peralatan pergigian serta kerja-kerja disinfeksi/ pensterilan sebelum dan selepas rawatan. Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) juga membantu semasa rawatan dijalankan oleh pegawai atau jururawat pergigian.

• Membantu dalam pendidikan kesihatan pergigian Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) perlu mempunyai pengetahuan asas mengenai pendidikan kesihatan pergigian untuk turut sama terlibat dalam promosi kesihatan pergigian.

• Tugas di makmal Di dalam makmal, Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) bertugas menjaga kebersihan bilik makmal, kebersihan peralatan makmal dan membantu juruteknologi pergigian dalam kerja-kerja penyelenggaraan peralatan di klinik.

• Tugas-tugas lain yang berkaitan Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) hendaklah sentiasa mematuhi arahan yang berkaitan dengan tugas rasmi daripada pegawai atasan dari masa ke masa.

2

3. Tugas mengendali bahan dan membantu aktiviti pendidikan kesihatan pergigian

4. Tugas di makmal

5. Tugas-tugas lain yang berkaitan

2. SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN

TARIKH KUAT KUASA : 1 JULAI 2007

Gred Jadual Gaji Matriks

Gred U3 : P1T1 RM709.59 - P1T18 RM1452.85

P2T1 RM752.06 - P2T18 RM1531.25

P3T1 RM796.16 - P3T18 RM1611.23

Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) perlu berketrampilan dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap; meningkatkan keyakinan diri dan prihatin terhadap pesakit; bertanggungjawab memastikan peralatan bersih dan kelengkapan rawatan sentiasa berfungsi agar perkhidmatan pergigian dapat berjalan dengan lancar dan efisien.

Di dalam buku Panduan Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) ini, tugas-tugas akan dihuraikan mengikut susunan berikut:

1. Tugas di kaunter pendaftaran

2. Tugas membantu rawatan pergigian

Gred U12 : P1T1 RM738.99 - P1T22 RM1766.54

P2T1 RM825.56 - P1T22 RM1947.71

Gred U14 : PIT1 RM1392.39 - PIT10 RM2003.30

P2T1 RM1505.10 - P2T10 RM2210.79

3

LATIHAN 4.

KURSUS INDUKSI/

PEPERIKSAAN

5.

PENGESAHAN DALAM

PERKHIDMATAN

6.

a. Memenuhi tempoh percubaan.

b. Hadir dengan jayanya kursus induksi yang ditetapkan dan

SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan

seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia.

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

c. Tamat tingkatan tiga sekolah menengah bantuan penuh kerajaan dan

d. Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

PENETAPAN GAJI

PERMULAAN

2. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred U3 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

TEMPOH PERCUBAAN 3. Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3 yang di

lantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh

percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3 yang

dilantik adalah layak disahkan dalam perkhimatan

apabila telah:

Pembantu Perawatan Kesihatan boleh dikehendaki

mengikuti latihan yang ditetapkan oleh ketua

perkhidmatan yang berkenaan.

Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3 yang

dalam percubaan adalah dikehendaki hadir

dengan jayanya kursus induksi yang ditetapkan

oleh ketua perkhidmatan yang berkenaan.

4

KENAIKAN

PANGKAT SECARA

LANTIKAN KE

PERKHIDMATAN

JURURAWAT

MASYARAKAT,

PEMBANTU

PEMBEDAHAN

PERGIGIAN,

PEMBANTU

KESIHATAN AWAM

11.

3. SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PERAWATAN

KESIHATAN DI KLINIK PERGIGIAN

Pembantu Perawatan Kesihatan yang bertugas di klinik pergigian (termasuk klinik

pergigian bergerak) memainkan peranan sokongan yang penting kepada anggota-

anggota klinikal di dalam memberi perkhidmatan rawatan, pencegahan dan pendidikan

kesihatan pergigian dengan berkesan dan efisien.

Tugas-tugas Pembantu Perawatan Kesihatan di klinik pergigian ialah seperti berikut:

PERGERAKAN GAJI

TAHUNAN

7.

PENILAIAN TAHAP

KECEKAPAN

8.

KENAIKAN

PANGKAT KE GRED

U12

9.

a. Disahkan dalam perkhidmatan.

b. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan.

c. Lulus semua penilaian tahap kecekapan

yang ditetapkan dan

Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan

akan ditetapkan oleh ketua perkhidmatan berdasarkan

prestasi perkhidmatan.

Pembantu Perawatan Kesihatan hendaklah lulus

penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan oleh

ketua perkhidmatan untuk kenaikan pangkat.

Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3 adalah

layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke

jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U12

yang kosong apabila telah:

KENAIKAN

PANGKAT KE GRED

U14

10.

a. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan.

b. Lulus semua penilaian tahap kecekapan

yang ditetapkan dan

Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U12 adalah

layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan

Pembantu PerawatanKesihatan Gred U14 yang

kosongapabila telah:

Pembantu Perawatan Kesihatan yang menunjukkan

prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan

oleh Pihak Berkuasa melantik berkenaan yang

kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Jururawat

Masyarakat Gred U19, Pembantu Pembedahan

Pergigian Gred U17, Pembantu Kesihatan Awam

Gred U17 yang kosong mengikut syarat-syarat yang

ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.

5

3.2 Tugas-tugas makmal

a. Membuat kerja-kerja makmal seperti mencuci ceper impresi (impression trays), tuangan (casting), membuang sisa Plaster of Parisdan lain-lain.

b. Mencuci peralatan secara berkala.

c. Membantu dalam urusan stor pergigian.

d. Memastikan bilik makmal pergigian sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.

3.3 Perkhidmatan kaunter

a. Menerima dan menyemak surat-surat dan dokumen berkaitan dengan pendaftaran pesakit.

b. Memberi nombor giliran kedatangan pesakit.

c. Menyediakan atau mencari kad rawatan pesakit.

d. Memanggil giliran pesakit untuk rawatan pergigian.

e. Membantu daftarkan pesakit.

f. Mengutip, mengumpul dan mengaturkan kad-kad rawatan pesakit.

g. Membantu kemasukan data ke dalam komputer di kaunter.

h. Melayan pertanyaan dari klien.

3.1 Tugas-tugas klinikal / di bilik rawatan

a. Membantu pegawai pergigian (di dalam keadaan tertentu) dan

jururawat pergigian semasa rawatan pergigian (chair-side assistant)di klinik atau di pasukan bergerak.

b. Menyediakan peralatan pergigian (dental equipment) dan perkakas pergigian (dental instruments) yang diperlukan untuk rawatan pergigian dengan mengikuti peraturan-peraturan yang ditetapkan.

c. Mencuci dan membasmikan kuman perkakasan dan peralatan pergigian yang telah digunakan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.

d. Menyelenggara dan membuang sisa-sisa klinikal mengikut protokol.

e. Memotong, melipat dan membungkus gauze untuk pembasmian kuman.

f. Membantu jururawat pergigian memasukkan data-data di kad rawatan dan charting sheet (PG 307) semasa jururawat pergigian membuat pemeriksaan pertama ke atas murid-murid sekolah.

g. Membantu pegawai pergigian semasa rawatan pesakit luar dan lawatan ke klinik kesihatan lain, jika perlu.

h. Memastikan bilik rawatan sentiasa bersih, kemas dan teratur.

6

b. Menghantar peralatan ke Unit Cuci Hama (Unit CSSD) untuk pembasmian kuman dan mengambil pulang selepas digunakan.

c. Membawa pesakit (di kerusi roda/ stretcher) pergi dan balik ke tempat-tempat tertentu (misalnya, unit x-ray).

d. Menghantar swab dan lain-lain spesimen ke makmal, unit darah dan tempat-tempat lain serta membawa balik laporan berkenaan.

e. Kemasukan data pesakit di dalam perisian yang disediakan.

f. Memastikan keselamatan dan kebersihan klinik pergigian termasuk kawasan sekeliling di mana mereka bertugas.

g. Membantu memesan/ menghantar/ mengambil barang dari stor.

h. Memastikan semua suis alat-alat peralatan seperti kipas, lampu dan peralatan pergigian ditutup pada waktu rehat dan sebelum balik.

i. Mencuci kain linen dan tuala jika perlu.

j. Membantu dalam pejabat untuk membuat salinan fotostat atau stenciling.

k. Menjalankan tugas dispatch untuk menghantar surat-surat dan lain-lain.

l. Membantu pihak kesihatan/ hospital jika perlu.

3.6 Tugas-tugas lain yang diarahkan

i. Melayani panggilan telefon di klinik jika perlu.

j. Membersihkan dan mencantikkan kawasan sekitaran kaunter danruang menunggu.

k. Menyusun dan mengelap kerusi-kerusi dan perabot lain di bilik menunggu.

3.4 Pendidikan kesihatan pergigian

a. Memberi penerangan dan tunjuk ajar tentang penjagaan kesihatan pergigian kepada pesakit (dewasa dan kanak-kanak) dalam batas tertentu sahaja.

b. Mengawasi latihan memberus gigi bagi murid sekolah.

c. Membantu menyedia dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan pergigian untuk kanak-kanak TADIKA dan murid sekolah.

d. Membantu menyedia bahan-bahan pendidikan kesihatan pergigian.

e. Mengatur/menukar bahan pameran mengenai kesihatan pergigian.

3.5 Membuat tugas-tugas am

a. Mengiringi murid-murid untuk rawatan pergigian dari sekolah/ bilik darjah dan balik.

7

d. Sampaikan maklumat yang tepat kepada pesakit jika perlu. • Jenis rawatan dan kepakaran Lampiran 2: Perkhidmatan Kesihatan Pergigian

• Caj rawatan pergigian Lampiran 3: Caj Rawatan Pergigian

e. Dapatkan kebenaran rawatan pesakit serta tandatangan saksi. Pastikan kebenaran rawatan untuk mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun diisi oleh ibubapa atau penjaga.

4.2 Memberi temujanji kepada pesakit

Temujanji pesakit untuk rawatan susulan akan diberi jika mendapat arahan daripada pegawai atau jururawat pergigian.

a. Bincang dengan pesakit/ penjaga tentang masa dan tarikh yang sesuai untuk temujanji.

b. Tulis nama pesakit dan butiran yang berkaitan ke dalam buku temujanji dan kad LP 1.

4.3 Memfail kad rawatan

Pada akhir hari bekerja setelah rawatan selesai dan data direkodkan, Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) bertanggungjawab untuk menyusun dan memfailkan kad-kad rawatan tersebut. Kad rawatan pesakit merupakan rekod sulit dan perlu disimpan dengan baik.

4. TUGAS DI KAUNTER PENDAFTARAN

4.1 Mendaftar pesakit

Kaunter pergigian merupakan tempat pertama orang ramai datang untuk urusan berkenaan dengan perkhidmatan pergigian. Layanan yang mesra, cepat dan tepat perlu diberikan.

Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) yang bertugas di kaunter bertanggungjawab menyambut, mendaftar dan menyediakan kad rawatan bagi pesakit yang datang ke klinik untuk mendapatkan nasihat/ pemeriksaan dan rawatan pergigian.

Tugas-tugas yang dijalankan:

a. Tentukan kad rawatan dan alat tulis mencukupi. Lampiran 1: Senarai Rekod Kesihatan Pergigian

b. Cari kad rawatan bagi pesakit ulangan atau sediakan kad rawatan yang berkaitan bagi pesakit baru dengan maklumat yang tepat daripada kad pengenalan atau sijil kelahiran.

c. Daftar pesakit dengan mengisi butiran yang tepat ke dalam buku pendaftaran PG 101. Sekiranya terdapat sistem berkomputer, masukkan data pesakit tersebut ke dalam perisian berkomputer.

8

• Jawab dengan tepat berkenaan maklumat yang diperlukan oleh pemanggil.

• Sambung panggilan kepada orang yang berkenaan dengan segera jikalau orang yang dipanggil tiada.

• Ambil mesej dengan tulisan yang terang dan boleh dibaca dengan mencatat nama pemanggil dan pesanan.

• Tamatkan perbualan dengan sopan dan sertai ucapan terima kasih.

• Pastikan ganggang telefon diletak dengan betul dan perlahan.

5. TUGAS MEMBANTU RAWATAN PERGIGIAN

Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) membantu jururawat pergigian dan dalam keadaan tertentu turut membantu pegawai pergigian semasa rawatan.

Antara tugas yang dilakukan termasuk:

5.1 Ambil langkah-langkah perlindungan diri untuk mengawal jangkitan silang:

a. Cuci tangan menggunakan sabun atau bahan disinfektan dengan teknik yang betul.

Lampiran 4: Kaedah Membasuh Tangan

b. Pakai sarung tangan pakai buang (disposable glove). Sarung tangan yang koyak hendaklah diganti.

4.4 Menjawab panggilan telefon

Panggilan telefon perlu dijawab dengan baik dan sopan kerana ia mencerminkan imej perkhidmatan.

Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) perlu mematuhi Pekeliling semasa untuk menjawab panggilan telefon.

Antaranya:

• Pastikan ada buku panduan telefon.

• Pastikan ada pad nota dan pensil/ pen.

• Pastikan telefon berfungsi dan bersih.

• Jawab panggilan dengan cepat – sebelum deringan ketiga.

• Cakap dengan sopan dan sentiasa senyum.

• Ucap selamat. Sebut nama jabatan.

• Kenalkan diri dengan sebutan nama dan jawatan.

9

b. Gunakan autoklaf untuk pensterilan.

c. Bahan-bahan yang tidak boleh disteril perlu disinfek menggunakan bahan disinfektan yang sesuai

Lampiran 6: Kaedah Pensterilan dan Disinfeksi

Lampiran 7: Peralatan Pergigian – 2. Autoklaf

5.4 Sediakan perkakas asas untuk pemeriksaan/ rawatan pergigian

a. Set ceper (instrument tray) lengkap dengan prob (probe), cermin mulut (mouth mirror), gauze dan tweezer untuk pemeriksaan.

b. Perkakas pergigian:

• forsep pergigian (dental forceps) dan picagari(syringe) untuk cabutan gigi

• ceper impresi (impression trays) untuk mengambil acuan mulut

• perkakas tangan (hands intrument) untuk rawatan tampalan Lampiran 8: Perkakas Pergigian

5.5 Sediakan bahan pergigian

a. Rawatan tampalan – bahan pelapik (lining material), amalgam, komposit dll.

b. Rawatan cabutan – larutan anestesia (anaesthetic solution), jarum, gauze dll.

Lampiran 9: Bahan Pergigian

c. Pakai pelitup muka pakai buang (disposable face mask).

d. Pakai apron / pakaian pelindung diri yang dibekalkan.

e. Ambil tindakan yang disyorkan sekiranya berlaku kecederaan yang disebabkan oleh perkakas atau peralatan pergigian yang telah digunakan.

Lampiran 5: Pengendalian Kecederaan Akibat Peralatan Tajam

5.2 Disinfek kawasan kerja seperti berikut dengan bahan disinfektan sebelum dan selepas rawatan

• Permukaan kerja (work bench)

• Permukaan troli, meja braket (bracket table) dan ketur (spittoon)Lampiran 6: Kaedah Pensterilan dan Disinfeksi

5.3 Lakukan pembersihan/ pensterilan/ disinfeksi perkakas dan peralatan pergigian sebelum dan selepas rawatan

a. Cuci perkakas pergigian dengan:

• menggunakan air dan berus (manual)

• ultrasonic cleaner

10

6. TUGAS DALAM MENGENDALI BAHAN DAN MEMBANTU AKIVITI PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN

Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) bertanggungjawab untuk kenal dan kendali bahan pendidikan kesihatan pergigian/ alat pandangdengar serta turut terlibat di dalam aktiviti pendidikan kesihatan pergigian yang diadakan.

Sebagai anggota perkhidmatan kesihatan pergigian, Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan asas mengenai perkhidmatan dan penjagaan kesihatan pergigian.

Antara bahan/ alat pandangdengar yang digunakan untuk aktiviti pendidikan kesihatan pergigian adalah:

• papan pameran (exhibition board)

• over head projector

• audioviewer

• model gigi

• risalah dan poster pergigian

• berus gigi, ubat gigi dan benang flos

Antara Lampiran berkaitan:

Lampiran 2 : Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Lampiran 12 : Pendidikan Kesihatan Pergigian

5.6 Sediakan pesakit

a. Panggil pesakit masuk ke bilik rawatan. Semak dan pastikan kad rawatan pesakit betul dan lengkap.

b. Sediakan bekas air pakai buang (disposible cup). Pasang penyedut air liur pakai buang (disposible sucker tip).

5.7 Bantu semasa rawatan

a. Berada di sebelah kiri pesakit.

b. Kawal kedudukan lampu tumpu.

c. Membantu sedut bendalir dalam mulut.

d. Ikut arahan pegawai atau jururawat pergigian untuk membancuh bahan pelapik/ sediakan bahan tampalan/ sedut air liur dll.

5.8 Tugas setelah selesai rawatan

Beri nasihat yang berkaitan dengan rawatan yang telah dilakukan (tampalan atau cabutan) dan gauze jika perlu. Ikuti langkah 5.2 dan 5.3

Lampiran 10: Nasihat Selepas Rawatan

11

7. TUGAS DI MAKMAL

Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) juga bertanggungjawab membantu juruteknologi pergigian di makmal. Antara tugas tersebut:

7.1 Membantu juruteknologi pergigian di dalam kerja-kerja makmal

a. Membuang sisa Plaster of Paris

• Sisa Plaster of Paris dikumpulkan dalam tong sampah dan dibuang sebagai sampah domestik biasa.

• Bersihkan plaster trap di bawah sinki.

b. Mencuci ceper impresi (impression trays)

• Rendam ceper yang telah digunakan dalam air.

• Cuci ceper dengan berus dan cungkilkan alginate/ plaster/ stone yang melekat di lubang-lubang ceper / guna ultrasonic cleaner jika ada.

• Setelah selesai ceper, dibilas dengan air paip dan disteril dengan autoklaf.

7.2 Memastikan bilik dan peralatan makmal pergigian sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan teratur

Lampiran 13: Peralatan Makmal

6.2 Latihan memberus gigi

6.3 Pameran

Bawa murid-murid ke tempat yang ditentukan untuk latihan mem-

berus gigi setelah ceramah selesai.

Sediakan air dan membantu jururawat pergigian semasa latihan

memberus gigi dijalankan.

Hantar murid-murid balik ke kelas setelah latihan memberus gigi

selesai.

Sediakan bilik atau sudut tempat untuk pameran.

Susun atur poster/ model yang telah dipilih oleh jururawat pergigian.

Bawa dan kawal murid-murid semasa pameran diadakan.

Jaga keselamatan bahan pameran sepanjang pameran berlangsung.

Kemas barang-barang setelah pameran selesai.

Tugasan Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) untuk aktiviti:

6.1 Ceramah kesihatan pergigian

• Bawa poster yang telah dipilih oleh jururawat pergigian ke bilik darjah/ tempat yang telah ditentukan.

• Bantu mengawal murid - murid agar memberi sepenuh perhatian kepada ceramah yang diberi jururawat pergigian.

12

Cara penyediaannya adalah seperti berikut:

a. Potong gauze mengikut saiz tertentu dan lipat dengan kemas.

b. Bungkus gauze yang telah dilipat dengan kertas crepe atau autoclave pouch.

c. Sterilkan pada suhu 134° C dengan pengeringan.

d. Catat tarikh pensterilan pada sterilization pouch apabila proses pensterilan selesai.

8.3 Membantu dalam urusan stor pergigian

Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) membantu:

• Angkut barang-barang yang telah dibekalkan ke klinik.

• Simpan barang-barang yang telah diambil ke dalam stor klinik.

• Susun barang-barang dalam stor di tempat yang disediakan.

• Ambil barang-barang keperluan atau peralatan dari dalam stor.

Tugas yang dilakukan termasuk:

a. Angkat alat-alat kelengkapan ke tempat yang telah ditentukan.

b. Susun atur peralatan mengikut sebagaimana yang diarahkan.

c. Bantu jururawat pergigian sepanjang rawatan.

d. Jaga keselamatan alat- alat sepanjang aktiviti dijalankan.

e. Kemas, angkat dan bawa pulang peralatan setelah aktiviti selesai.

f. Simpan semua peralatan di tempat asal.

8.2 Penyediaan Gauze

Gauze diberikan kepada pesakit selepas rawatan selesai jika perlu. Cara penyediaan perlu mematuhi peraturan untuk memastikan gauze yang diberikan itu selamat digunakan.

8. TUGAS-TUGAS LAIN YANG BERKAITAN

8.1 Tugas di klinik pergigian sekolah, pasukan pergigian bergerak, tadika, khidmat bakti dan lain-lain

Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) turut terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan di klinik pergigian sekolah, pasukan bergerak, tadika, khidmat bakti dll.

LAMPIRAN

PERHATIAN

LAMPIRAN BERKEMBAR HENDAKLAH

SENTIASA DIKEMAS KINI MENGIKUT

PERKEMBANGAN SEMASA

LAMPIRAN 1

SENARAI REKOD KESIHATAN PERGIGIAN

Terdapat beberapa jenis kad LP dan rekod yang digunakan dalam perkhidmatan pergigian. Perbezaan di antara satu kad dengan yang lain adalah pada warna, saiz dan kegunaannya.

Bil Rekod/ laporan perkhidmatan

pergigian

Keterangan

1 LP 1 Pin 1/86 Kad Kedatangan/ temujanji

2 LP8-2 Pin 7/97 Kad Rawatan Pesakit Am / Sekolah

3 LP 3-Pin 1/83 Kad Rawatan Untuk Pembedahan Mulut Oleh Pakar Bedah Mulut

4 LP 6 Pin 1/86 Kad Makmal

5 LP 7 Pin 1/80 Kad Rawatan Ortodontik

6 LP 8-1 Pin 7/97 Kad Rawatan Pesakit Am/ Sekolah

7 LP 12 Kad Rawatan Periodontik

8 PG 101 Pin 1/1991 Daftar Kedatangan Rawatan Berterusan ke Klinik Pakar

9 PG 201 Pin 3/04 Kenyataan Permulaan dan Akhir Rawatan Pergigian Incremental Murid Sekolah Rendah/ Menengah

10 PG 202 Pin 2/92 Laporan Bulanan Klinik bagi Rawatan Pergigian Incremental Bagi Perkhidmatan Sekolah

11 PG 203 Pin 2/2001 Laporan Bulanan Daerah/ Negeri bagi Rawatan Pergigian Incremental Sekolah Rendah

12 PG 204 Pin 2/92 Laporan Bulanan Daerah/ Negeri bagi Rawatan Pergigian Incremental Sekolah Menengah

13 PG 206 Pin 2/92 Laporan Bulanan Individu/ Klinik/ Daerah/ Negeri bagi Hasil Kerja Jururawat Pergigian

14 PG 207 Pin 3/93 Laporan Bulanan Individu/ Klinik/ Daerah/ Negeri bagi Hasil Kerja Pegawai Pergigian

15 PG 301 Pin 2/92 Rekod Harian Jururawat Pergigian bagi Rawatan Incremental Murid Sekolah/ Rawatan Am kepada Kanak-Kanak Pra Sekolah/ Murid Sekolah Rendah/ Menengah

16 PG 302 Pin 2/92 Ringkasan Harian Pegawai Pergigian bagi Rawatan

17

18

Incremental Murid Sekolah/ Rawatan Am Pesakit kepada Kanak-Kanak Pra Sekolah/ Murid Sekolah Rendah/ Menengah/ Ibu mengandung/ Orang Dewasa

17 PG 305 Pin 1/ 2000

Ringkasan Harian Kedatangan dan Jenis Rawatan di Unit Periodontik Kepada Murid Sekolah Rendah/ Menengah, Ibu Mengandung Dan Orang Dewasa

18 PG 307 Pin 2/92 Pendaftaran, Kenyataan Permulaan dan Akhir Rawatan Pergigian Incremental manual Murid Sekolah Rendah/ Menengah

19 PKP 101 Pin 2/92 Rekod Harian Pendidikan Kesihatan Pergigian

20 PKP 201 Pin 2/92 Laporan Bulanan Pendidikan Kesihatan Pergigian bagi Individu/ Klinik/ Daerah/ Negeri

Bil Rekod/ laporan perkhidmatan

pergigian

Keterangan

19

LAMPIRAN 2

PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN

Perkhidmatan kesihatan pergigian mempunyai misi untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk melalui penggalakan penjagaan kesihatan pergigian. Dengan kesihatan pergigian yang baik seseorang itu dapat mengunyah makanan, bertutur dan berinteraksi dengan baik dan konfiden tanpa rasa sakit, malu atau segan.

Pelbagai jenis rawatan pergigian disediakan kepada orang ramai termasuk:

• pemeriksaan

• tampalan (filling)

• cabutan

• pembuatan gigi palsu/ dentur (denture)

• rawatan salur akar/ endodontik (endodontic)

• pembedahan kecil mulut (minor oral surgery)

• penskaleran (scaling) dan

• rawatan pengapan fisur (fissure sealant)

Mereka yang memerlukan rawatan kepakaran akan dirujuk untuk rawatan selanjutnya. Terdapat pelbagai kepakaran klinikal dalam perkhidmatan pergigian.

1. Bedah Mulut dan Pediatrik Pergigian Kepakaran ini disediakan di hospital. Rawatan yang diberikan

termasuk pembedahan yang berkaitan dengan kemalangan dan kes kecacatan bahagian mulut. Pakar Bedah Mulut merawat pesakit dewasa manakala Pakar Pediatrik Pergigian merawat pesakit berumur 16 tahun ke bawah.

2. Ortodontik dan Periodontik Perkhidmatan kepakaran ini disediakan di klinik-klinik besar. Pakar Ortodontik merawat kes-kes gigi tidak teratur dan gigitan yang tidak normal. Pakar Periodontik pula merawat kes-kes penyakit gusi dan periodontium.

3. Perubatan dan Patologi Mulut Kepakaran ini ditempatkan di Unit Stomatologi, Institut Penyelidikan

Perubatan atau hospital untuk mengendali kes rujukan perubatan

dan patologi mulut.

4. Pakar Restoratif Kepakaran ini merawat kes-kes yang dirujuk untuk rawatan restoratif

yang rumit. Seperti rawatan implan dan korona.

Perkhidmatan pergigian disalurkan kepada orang ramai melalui rangkaian kemudahan klinik di seluruh negara; klinik pergigian, hospital, klinik pergigian sekolah, pasukan pergigian bergerak dan klinik pergigian bergerak.

20

LAMPIRAN 3

CAJ RAWATAN PERGIGIAN (JADUAL F)

Caj yang dikenakan adalah berbeza, bergantung kepada jenis rawatan yang dilakukan. Caj rawatan pergigian diringkaskan seperti di bawah:

Kategori rawatan Penjelasan Caj untuk warganegara

Caj untuk bukan warganegara

Satu lawatan termasuk segala siasatan

RM 1.00 RM 2.00

Cabutan bagi sebatang gigi RM 1.00 RM 20.00 – RM 25.00

Tampalan bagi sebatang gigi RM 2.00 RM 15.00 – RM 35.00

Kikis (penskaleran) bagi satu rawatan RM 2.00 RM 35.00

Rawatan salur akar (endodontik)

bagi sebatang gigi RM 4.00 RM 50.00 – RM 500.00

Membuat gigi palsu yang penuh (tetapi tidak termasuk harga logam)

rahang atas

rahang bawah

RM 50.00

RM 50.00

RM 100.00

RM 100.00

Membuat sebahagian gigi palsu (tetapi tidak termasuk harga logam)

rahang atas/ rahang bawah

dan bagi tiap-tiap sebatang lagi

tetapi tidak melebihi

RM 10.00

RM 2.00

RM 25.00

RM 50.00

RM 10.00

Ortodontik alat terlekat mati

alat boleh dicabut

• tidak rumit

• rumit

RM 500.00

RM 100.00

RM 200.00

RM 4 000.00

RM 2 500.00

Siapakah yang layak mendapat rawatan pergigian percuma?

• Kakitangan kerajaan dan ahli keluarga – surat akuan yang sah diperlukan

• Kanak-kanak pra sekolah

• Kanak-kanak sekolah sehingga tingkatan lima dan berumur kurang daripada 21 tahun

• Anak kakitangan kerajaan/ pesara yang belajar di institusi pengajian tinggi dan berumur sehingga 21 tahun

21

• Pesara kerajaan – salinan kad pencen diperlukan

• Penderma darah – tertakluk kepada kekerapan darah didermadan tarikh menderma darah terakhir

• Pelajar Institut Kemahiran Mara

• Penerima bantuan daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat

• Tahanan Pusat Serenti

• Tahanan Penjara

22

LAMPIRAN 4

KAEDAH MENCUCI TANGAN

1. Ambil sedikit bahan disinfektan cecair/ sabun ke tapak tangan

3. Gosok tapak tangan

2. Gosok tengah tapak tangan dengan hujung-hujung jari

1.

2. G de

3.

23

4. Gosok tengah tapak tangan dengan hujung-hujung jari

6. Cuci hingga bersih

5. Gosok di belakang tangan dan celah jari

24

LAMPIRAN 5

PENGENDALIAN KECEDERAAN AKIBAT PERALATAN TAJAM

Kecederaan akibat peralatan tajam seperti bur dan jarum yang telah digunakan, hendaklah diambil tindakan segera kerana ia boleh menyebabkan jangkitan penyakit. Kecederaan terjadi sekiranya anggota badan tercucuk atau luka.

Sekiranya kecederaan berlaku, ikut prosedur berikut:

1. Hentikan apa-apa aktiviti dengan serta-merta.

2. Bersihkan luka/ bekas cucukan dengan sabun dan air.

3. Laporkan kejadian kepada pegawai atasan.

4. Dapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut di hospital atau di klinik kesihatan.

25

LAMPIRAN 6

KAEDAH PENSTERILAN DAN DISINFEKSI

Disinfeksi adalah proses untuk mengurangkan bilangan kuman ke tahap yang selamat.

Pensterilan adalah proses di mana semua jenis bakteria termasuk spora dapat dihapuskan.

Kaedah pensterilan dan disinfeksi yang betul hendaklah diikuti untuk mengawal jangkitan yang mungkin berlaku di klinik pergigian semasa rawatan dijalankan.

Sebelum proses disinfeksi/ pensterilan dilakukan,

• asing dan buangkan sisa-sisa klinikal mengikut prosedur

• gunakan ultrasonic cleaner / instrument washer untuk mencuci perkakas pergigian

1. PENSTERILAN DAN DISINFEKSI

1.1 Kenal pasti proses pembasmian kuman bagi kawasan kerja, perkakas dan peralatan pergigian.

1.2 Steril dengan autoklaf disyorkan untuk perkakas kecil yang tahan haba panas.

- Bagi peralatan di dalam kategori kritikal perlu disteril menggunakan teknik cold sterilization,

- tidak boleh disteril menggunakan autoklaf seperti peralatan jenis plastik, kaca dan getah.

1.3. Disinfeksi kawasan kerja, perkakas dan peralatan yang dikategorikan tidak kritikal.

2. PENGENDALIAN TUMPAHAN BAHAN TERCEMAR

Tumpahan bahan tercemar (spillage) dengan darah atau bendalir badan perlu diuruskan dengan segera:

2.1 Gunakan sarung tangan pakai buang yang diperbuat daripada

(latex/rubber) semasa proses pembersihan.

2.2 Tuangkan atas tumpahan tersebut dengan larutan sodium hypochloride (Chlorox) 1:10 yang baru disediakan atau tabur (chloride granules) dan biarkan selama 5 – 10 minit. Jika tumpahan besar, ia boleh diliputi dengan bahan penyerap yang bersesuaian.

26

2.3 Tumpahan dibersihkan dengan menggunakan tuala kertas atau bahan penyerap yang bersesuaian. Elak dari tumpahan bersentuhan secara terus dengan sarung tangan.

2.4 Kawasan tumpahan yang telah dibersihkan ini dilap menggunakan sodium hypochlorite 1:100

2.5 Peralatan yang digunakan untuk pembersihan ini perlulah dikontaminasikan.

27

LAMPIRAN 7

1. Kerusi pergigian

Semasa rawatan, pesakit akan duduk di atas kerusi pergigian dan seterusnya pegawai atau jururawat pergigian akan mengubah posisi kerusi mengikut kesesuaian rawatan yang dijalankan.

Terdapat dua jenis kerusi pergigian yang digunakan di klinik-klinik pergigian.

• Kerusi pergigian pemasangan tetap

• Kerusi pergigian mudah alih

1.1 Kerusi pergigian pemasangan tetap

Terdapat pelbagai jenama kerusi pergigian elektronik yang digunakan. Di antaranya Adec, J.Morita, Belmont, Eurodent, Shinhung, dll.

Cara penjagaan:

Sebelum rawatan

Jalankan peralatan yang ada di unit (penyembur tiga laluan, hanpis, penyedut air liur, lampu tumpu dan scalers) dan pastikan kesemua boleh berfungsi.

a. Bersihkan meja braket (bracket table) dengan bahan disinfektan

Rajah: Kerusi pergigian jenis elektronik

sebelum meletakkan ceper (tray).

b. Pastikan kaki dan tangan pesakit berada di atas kerusi dan bukannya dibiar tergantung semasa duduk di kerusi pergigian.

c. Pastikan kawasan-kawasan bertanda seperti yang terdapat di dalam gambarajah, bebas daripada apa jua bentuk halangan.

Selepas rawatan setiap pesakit

d. Bersihkan pemegang lampu tumpu dengan bahan disinfektan atau tukar plastic barrier / cling film selepas rawatan setiap pesakit.

e. Bersihkan kerusi dengan bahan disinfektan yang sesuai.

PERALATAN PERGIGIAN

28

Pada akhir hari rawatan

f. Pastikan semua suis telah ditutup.

g. Cuci perangkap sisa pada ketur (spittoon) dan disinfek permukaan ketur (spittoon).

h. Cuci dan disinfek hos penyedut air liur.

i. Tanggal muncong penyembur tiga laluan (triple syringe) dan disinfek atau tukar jika menggunakan muncung pakai buang. Pemegang t-syringe juga perlu disinfek. Sekiranya menggunakan plastic barrier,hendaklah ditukar plastik tersebut.

j. Tanggalkan hanpis dari unit dan bersihkan (gunakan Handpiece Cleaning Unit jika ada), minyakkan, masukkan dalam pouch dan disteril.

1.2 Kerusi mudah alih ini digunakan dalam pasukan pergigian bergerak. Kerusi jenis ini senang dilipat untuk dibawa ke sekolah dan tadika.

Rajah: Kerusi lipat mudah alih

g pa

2. Autoklaf

Autoklaf digunakan untuk pensterilan perkakas pergigian dan linen. Terdapat tiga jenis autoklaf iaitu Type N, S dan B.

Rajah: Autoklaf jenis table top

29

Cara penggunaan dan penjagaan:

a. Guna jenis autoklaf yang betul.

b. Rujuk manual pengguna yang dibekalkan oleh pembekal.

c. Susun peralatan yang telah dibersihkan di atas ceper dan masukkan ke dalam autoklaf (jangan padat).

d. Guna pemegang dulang untuk mengangkat muatan setelah proses pensterilan selesai.

e. Bersihkan autoklaf mengikut arahan pengeluar.

3. Alat penyedut air liur dan darah (vaculyser)

Vaculyser adalah sejenis peralatan pergigian yang digunakan untuk menyedut air liur, darah dan air semasa rawatan dijalankan.

Rajah: Alat penyedut air liur dan darah

ah sejenis peralatan pergigian yang

Cara penggunaan dan penjagaan:

a. Pastikan bekas untuk air liur/ darah bersih dan berada di tempat yang dikhaskan sebelum rawatan.

• Isi dengan 1/10 bahagian sodium hypochloride 5 % (chlorox) / bahan yang disyorkan.

• Tutup dengan ketat.

b. Tutup suis unit dan buka penutup getah bila bekas berisi air liur/ darah berada di paras maksima

.

c. Bersihkan bekas tersebut, isi dengan 1/10 bahagian sodium hypochloride 5

% bahan lain yang disyorkan dan letakkan di tempatnya semula.

d. Tukar penyedut air liur pakai buang selepas setiap pesakit.

e. Bersihkan tubing dengan bahan disinfektan.

f. Cuci dan disinfek bekas air liur / darah pada akhir hari rawatan.

g. Ganti tubing bila perlu.

30

4. Amalgamator

Amalgamator adalah sejenis peralatan pergigian yang digunakan untuk membancuh bahan tampalan amalgam.

Cara penggunaan dan penjagaan:

a. Pastikan amalgamator sentiasa bersih. Gunakan kain yang lembut untuk membersih bahagian permukaan.

b. Patuhi arahan pengeluar untuk jangka masa bancuhan amalgam.

c. Patuhi kod amalan merkuri pergigian.

Rajah: Amalgamator

gamat adalah seje i eralatan igian

5. Unit Penskaleran Ultrasonik ( ultrasonic scaling unit )

Unit penskaleran ultrasonik adalah sejenis peralatan yang digunakan untuk membuang plak dan karang gigi semasa rawatan penskaleran.

Cara penjagaan:

a. Autoklaf tip skaler selepas setiap pesakit.

b. Disinfek / tukar plastic barrier pada skaler hanpis selepas setiap pesakit.

b. Unit hendaklah sentiasa bersih.

Rajah:Unit penskaleran

eran ultrasonik adalah sejenis peralatan

31

6. Hanpis (hand piece)

Rajah:Hanpis sedang disembur RajRa ah:Hanpis sedang disembur

Hanpis adalah sejenis peralatan yang

digunakan untuk membuang tisu gigi yang

rosak atau membentuk gigi semasa

rawatan (drill).

Cara penjagaan:

Selepas rawatan setiap pesakit

a. Jalankan hanpis dan pastikan air keluar

selama 30 saat – 60 saat.

c. Lap hanpis dengan bahan disinfektan

untuk membersihkan sisa-sisa yang terlekat

pada hanpis.

b. Tanggalkan hanpis dari unit dan

keluarkan bur. Bersihkan (gunakan

handpiece cleaning unit jika ada), minyakkan,

masukkan ke dalam pouch dan disteril.

32

7. Mikromotor

a. Disinfek / tukar (plastic barrier) micromotor selepas rawatan setiap pesakit. b. Micromotor pacuan angin perlu diminyakkan di akhir hari bekerja.

8. Ultrasonic Cleaner

Ultrasonic cleaner digunakan untuk membuang kekotoran pada perkakas pergigian sebelum proses pensterilan ataupun disinfeksi.

r

r digunakan untuk membuang kekotoran

Cara penggunaan dan penjagaan:

a. Sediakan larutan dan masukkan ke dalam takungan Ultrasonic cleaner. Ikut arahan pengeluar.

Contoh larutan ultrasonic cleaner ialah Biosonic General Purpose Cleaning Solution

b. Masukkan perkakas pergigian yang hendak dicuci ke dalam takungan utrasonic cleaner. Guna bakul yang disediakan. Pastikan perkakas di dalam bakul tenggelam dalam larutan dan tidak bertindih.

c. Mulakan pembersihan dengan memilih masa pembersihan seperti yang disyorkan.

e. Apabila selesai pembersihan, keluarkan perkakas/peralatan dan cuci dengan air paip yang mengalir.

f. Perkakas/peralatan telah sedia untuk disteril ataupun didisinfeksi.

g. Gunakan larutan baru setiap hari. Tukar larutan bila berubah warna/keruh.

33

9. Light cure unit

Alat ini digunakan untuk curing / pempolimeran (mengeraskan) bahan pergigian yang memerlukan cahaya tampak (visible light).

Cara penggunaan dan penjagaan:

a. Lap muncung dan pemegang unit light cure dengan bahan disinfektan atau tukar plastic barrier setiap kali selepas penggunaannya.

nakan untuk curiur ngi / pempolimeran (mengeraskan) ba

LAMPIRAN 8

1.

2.

SET CEPER PEMERIKSAAN (EXAMINATION TRAY)

Perkakas asas ini digunakan untuk pemeriksaan mulut dan rawatan pergigian. mouth mirror), prob (probe),

pakai buang dan juga

Ceper(tray)

as asas ini digunakan untuk pemeriksaan mulut dan rawatan perg

34

batang (barrel)

pemegang (plugger)

Perkakas ini terdiri daripada cermin mulut (pengepit dan ceper . Terdapat set pemeriksaan

PICAGARI (SYRINGE)

set yang diperbuat daripada keluli yang boleh disteril untuk diguna semula.

PERKAKAS PERGIGIAN

35

Picagari jenis ini digunakan untuk menyuntik khususnya larutan anestesia (anaesthetic solution) ke dalam tisu mulut sebelum rawatan dimulakan.

Jarum suntikan dan katrij larutan yang telah digunakan hendaklah dibuang sebagai sisa klinikal tajam, manakala picagari hendaklah disteril dengan autoklaf.

3. FORSEP PERGIGIAN (DENTAL/ EXTRACTION FORCEPS)

Forsep pergigian terdapat dalam berbagai bentuk, saiz bilahnya dan saiz pemegang. Forsep ini digunakan untuk rawatan cabutan gigi.

Forsep untuk gigi susu biasanya lebih kecil berbanding dengan forsep gigi kekal. Forsep yang telah digunakan hendaklah disteril dengan autoklaf.

4. CEPER IMPRESI (IMPRESSION TRAYS)

Perkakas ini digunakan untuk mengambil impresi/ acuan mulut bagi pembuatan gigi palsu/ model kerja. Ceper impresi yang diperbuat daripada keluli boleh disteril dengan autoklaf.

erdapat dalam berbagai bentuk, saiz

(I(( MPII RESSION TRATT YSYY )S

nakan untuk mengambil impresi/ acuan mulu

36

5. PENGEKSKAVAT (EXCAVATOR)

Terdapat berbagai saiz pengekskavat (excavator) yang digunakan untuk membuang karies lembut pada gigi yang rosak. Perkakas ini boleh diautoklaf selepas digunakan.

6. GEGELANG MATRIKS (MATRIX BANDS)

Terdapat berbagai jenis gegelang matriks yang digunakan untuk membentuk bahan tampalan amalgam. Perkakas ini boleh diautoklaf selepas digunakan.

7. PEMBAWA AMALGAM (AMALGAM CARRIER)

Perkakas ini digunakan untuk membawa bahan tampalan amalgam yang telah dibancuh ke dalam kaviti gigi yang telah disediakan. Perkakas ini dilap dengan bahan disinfektan selepas digunakan.

ai jenis gegelang matriks yang digunakan untu

37

Terdapat berbagai bentuk alat palam yang digunakan untuk memadatkan bahan tampalan amalgam di dalam kaviti gigi. Perkakas ini boleh diautoklaf selepas digunakan.

8. ALAT PALAM AMALGAM (AMALGAM PLUGGER)

38

LAMPIRAN 9

Terdapat pelbagai jenis bahan tampalan yang digunakan untuk menampal gigi.

Bahan tampalan yang digunakan bergantung kepada saiz kaviti, kekuatan

gigitan dan keperluan estetik.

Antara bahan tampalan yang digunakan secara meluas adalah amalgam, komposit (composite) dan simen ionomer kaca (glass ionomer cement).

1. AMALGAM

Amalgam adalah sejenis bahan tampalan yang digunakan untuk menampal gigi-gigi geraham dan pra geraham. Tampalan amalgam yang digunakan

selamat dan tahan lama.

Bahan tampalan amalgam merupakan campuran merkuri dengan aloi pergigian. Aloi pergigian ini terdiri daripada argentum, stranum, kuprum dan kadangkala zink.

Kod Amalan Merkuri Pergigian hendaklah dipatuhi untuk menjamin keselamatan dan kesihatan dalam pengendalian amalgam.

Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) hendaklah:

a. Mendapat latihan mengenai cara pengendalian merkuri yang betul.

b. Bekerja di dalam ruang yang mempunyai kitaran udara yang baik dengan pertukaran udara segar.

Tingkap/ pintu hendaklan dibuka setiap hari sebelum memulakan kerja.

c. Mengguna kapsul yang tidak bocor sahaja semasa proses pengamalgaman.

d. Simpan sisa amalgam di dalam bekas plastik yang ditutup rapat dan disimpan di dalam bekas berisi air dengan lapisan minyak. Bekas tersebut hendaklah ditempatkan di ruang yang mempunyai kitaran udara yang baik dan jauh dari sumber haba, dilabel dan ditutup rapat semasa tidak diguna.

e. Elakkan sentuhan kulit dengan merkuri atau amalgam yang baru dicampur. Teknik tanpa sentuhan hendaklah sentiasa digunakan semasa mengendali merkuri dan amalgam.

f. Periksa, cuci dan gantikan penapis unit pergigian secara berkala untuk mengeluarkan sisa amalgam.

adalah

BAHAN PERGIGIAN

39

g. Merkuri yang tertumpah hendaklah dicuci serta merta dengan cara yang sesuai.

• Jika merkuri yang tertumpah sedikit, serbuk aloi boleh

dicampurkan untuk dijadikan amalgam dan dibuang ke dalam

bekas yang disediakan.

• Titisan merkuri boleh dikumpul dengan menggunakan pita pelekat

atau picagari hipodermik.

• Kit komersial untuk tumpahan merkuri juga boleh digunakan.

Penghawa dingin (atau kipas) perlu ditutup pada masa tersebut untuk mengurangkan peredaran wap merkuri. Selepas tumpahan dibersihkan, tingkap hendaklah dibuka untuk memastikan aliran udara. Jangan gunakan alat hampagas (vacuum cleaner).

h. Bersih peralatan yang tercemar dengan amalgam sebelum dimasukkan ke dalam ultrasonic cleaner, atau autoklaf.

2. KOMPOSIT (COMPOSITE)

Komposit terdiri daripada resin, kuarza, kaca aluminosilikat, agen pengupelan (coupling agent) dan bahan pemula. Bahan tampalan ini banyak digunakan kerana ia menyerupai warna gigi. Di antara kegunaannya adalah:

• tampalan gigi hadapan yang rumit (kelas III,IV dan V)

• tampalan gigi geraham & pra geraham (posterior teeth)

Bahan komposit biasanya dibekalkan dalam sistem dua pes atau satu pes. Kaedah pempolimeran sistem dua pes ialah pempolimeran kimia manakala komposit sistem satu pes pula memerlukan cahaya ungu. Contoh bahan tampalan komposit ialah 3 M dan Alpha dent.

3. SIMEN IONOMER KACA (GLASS IONOMER CEMENT)

Simen ionomer kaca lebih dikenali dengan nama GIC. Bahan tampalan ini juga menyerupai warna gigi. Ia digunakan untuk:

• pengapan fisur (fissure sealant)

• bahan pelapik

• tampalan gigi desidus (gigi susu)

• melekatkan braket ortodontik

Simen ionomer kaca mempunyai gabungan sifat-sifat simen silikat dan simen polikarboksilat dalam bentuk serbuk dan cecair. Bancuhan pes dibuat dengan mencampurkan kedua-duanya mengikut arahan pengeluar.

Antara contoh simen kaca ionomer ialah Gem-fill, Aqua-fill dan Chelon-fill.

40

4. PENGAPAN FISUR/ SELAN FISUR

Bahan ini untuk menutup alur gigi yang dalam dan melindungi gigi-gigi tersebut dari kerosakan. Kandungan utama adalah berasaskan resin. Terdapat dua jenis resin yang digunakan iaitu:

• Pempolimeran hanya terjadi jika terdedah kepada cahaya tampak (light cure) dan

• Pempolimeran secara kimia (self cure)

Rawatan pencegahan klinikal ini diberikan kepada pesakit yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi.

5. SIMEN ZINK – OKSIDA EUGENOL

Kandungan utama simen zink-oksida eugenol adalah zink oksida, euginol dan asid asetat. Ianya dibekalkan dalam bentuk serbuk dan cecair atau pes. Komponen serbuk dan cecair perlu dibancuh sebelum dimasukkan ke dalam kaviti.

Kegunaannya agak meluas sebagai bahan lapisan, bahan tampalan sementara atau sebagai bahan tampalan perantaraan. Contoh yang ada dalam pasaran ialah Kalzinol dan S/S White cavity lining.

an utama simen zinii k-oksikk da eugenol adalah zink oksida, eu

41

LAMPIRAN 10

NASIHAT SELEPAS RAWATAN

1. NASIHAT SELEPAS RAWATAN CABUTAN GIGI

Pesakit atau penjaga perlu diterangkan dengan jelas perkara yang perlu dipatuhi setiap kali selepas cabutan gigi.

1.1 Setelah cabutan gigi, gigit kain kasa (gauze) yang diletakkan pada soket cabutan.

1.2 Jangan masukkan lidah/ jari ke dalam soket cabutan.

1.3 Jangan gigit lidah/ bibir semasa masih kebas.

1.4 Jangan berkumur-kumur dalam masa 6 jam selepas cabutan gigi.

1.5 Tidak melakukan kerja-kerja berat dan makan makanan panas selepas cabutan gigi.

1.6 Gantikan kain kasa baru ke atas soket dan gigit di atasnya dengan kuat, jika soket cabutan masih berdarah setelah beberapa jam.

Jika pendarahan masih tidak berhenti, segera ke klinik pergigian untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

2. NASIHAT SELEPAS RAWATAN TAMPALAN GIGI

2.1 Setelah gigi ditampal, pesakit dinasihatkan supaya tidak menggunakan gigi tersebut dalam tempoh 24 jam.

2.2 Sekiranya tampalan tersebut pecah/ sakit , pesakit perlu ke klinik semula untuk pemeriksaan.

3. NASIHAT PENJAGAAN GIGI PALSU/ DENTUR

3.1 Gigi palsu hendaklah dibersihkan dengan berus gigi.

3.2 Jangan guna air panas untuk membersih atau merendam gigi palsu.

3.3 Rendam gigi palsu ke dalam air pada waktu malam atau bila-bila masa gigi palsu tidak digunakan.

3.4 Gigi asli yang masih ada perlu dijaga dengan baik. Amalkan penjagaan gigi yang baik.

41

42

LAMPIRAN 11

Sisa klinikal hendaklah dibuang dengan cara yang betul untuk mengawal jangkitan penyakit yang berjangkit.

1. Asingkan sisa klinikal mengikut jenis.

• Sisa pepejal

• Sisa bahan tajam

• Sisa bendalir tubuh

1.1 Pembuangan sisa pepejal

Buang sisa pepejal klinikal ke dalam tong sampah yang ada beg plastik kuning.

• Klinik pergigian

Pastikan tong-tong sampah berplastik kuning ditutup rapat. Apabila 2/3 penuh atau di akhir waktu bekerja. Plastik perlu diikat dan diletakkan di tempat pengumpulan sisa klinikal.

• Pasukan pergigian bergerak/ klinik pergigian sekolah perlu:

- Pastikan beg-beg plastik kuning diikat dengan tali pengikat khas apabila 2/3 penuh atau pada akhir waktu rawatan. - Bawa beg-beg plastik kuning yang telah diikat ke klinik setiap hari.

Gigi yang dicabut, kapas dan gauze tercemar hendaklah dibuang sebagai

sisa klinikal.

1.2 Pembuangan sisa tajam

a. Buangkan sisa tajam seperti jarum suntikan dan pisau surgikal ke dalam bekas khas sharps container.

b. Tutupkan bekas sharps container apabila setelah 2/3 penuh.

42

p ap

PEMBUANGAN SISA-SISA KLINIKAL

43

1.3 Pembuangan sisa bendalir

a. Kumpul bendalir tubuh dalam bekas yang mengandungi 5 % sodium hypochloride (chlorox); sekiranya menggunakan portable vaculyser.

b. Angkut bekas bendalir ke tandas dan buangkan bendalir ke dalam mangkuk tandas atau longkang yang mempunyai pengaliran yang baik.

c. Bersihkan bekas sebelum digunakan semula.

44

LAMPIRAN 12

PERALATAN MAKMAL

1. MIKROMOTOR & HANPIS (MICROMOTOR & HAND PIECE)

Peralatan ini digunakan untuk memangkas serta mengemaskan gigi dan akrilik dalam proses pembuatan dentur.

2. PEMANGKAS MODEL (MODEL TRIMMER)

3. MESIN PENGILAP (POLISHING MACHINE)

Mesin pengilap digunakan untuk mengilap dan melicinkan permukaan dentur setelah selesai proses pemangkasan.

4. PLASTER DISPENSER

Alat ini mengeluarkan bancuhan

plaster dalam sukatan yang diperlu-

kan.

45

1. MS ISO 9000 Jilid 3 Arahan Kerja Pejabat Perkhidmatan Pergigian Daerah Kementerian Kesihatan Malaysia MOH/ K/GIG/8.2001(GU)

2 Akta Fee 1951 Perintah Fee (Perubatan) 1982

3 Nota Kursus Asas (Pembantu Pembedahan Pergigian)

Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang

4

5

6

7

Nota Kursus Diploma Kejururawatan Pergigian

Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang

Guidelines on Infection Control in Dental PracticeMalaysian Dental Council & Oral Health Division Ministry of Health

Guidelines on Radiation Safety in Dentistry Oral Health Division Ministry of Health Malaysia

Position Statement on Use of Dental Amalgam Malaysian Dental Council

SENARAI RUJUKAN

46

Bahagian Kesihatan Pergigian merakamkan penghargaan dan

terima kasih kepada pegawai yang terlibat dalam penambahbaikan

Buku Panduan Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) edisi

kedua:

Penasihat:

Datin Dr Norain bt Abu Talib

Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian

Kementerian Kesihatan Pergigian

Penyelaras:

Dr,Che Noor Aini bt Che Omar

Ketua Penolong Pengarah

Bahagian Kesihatan Pergigian

Ahli Jawatankuasa Kerja:

Puan Seti Salmiah bt Abd.Rahman

Ketua Penyelia Jururawat Pergigian

Bahagian Kesihatan Pergigian

Puan Fatimah bt Rahman

Penyelia Jururawat Pergigian U38

Bahagian Kesihatan Pergigian

En Mohd.Tohir bin Ibrahim

Juruteknologi Pergigian U36

Bahagian Kesihatan Pergigian

PENGHARGAAN