10
BAHAGIAN PERKHIDMATAN No. Siri : BK 4/13 No. Fail : JPA(BKP)548/1/12 Pindaan : 00/2009 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN RAYUAN KENAIKAN PANGKAT “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”

PANDUAN RAYUAN KENAIKAN PANGKAT

  • Upload
    lequynh

  • View
    565

  • Download
    13

Embed Size (px)

Citation preview

BAHAGIAN PERKHIDMATAN

No. Siri : BK 4/13No. Fail : JPA(BKP)548/1/12Pindaan : 00/2009

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

PANDUAN RAYUAN KENAIKAN PANGKAT

“JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”

JPA

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

PANDUAN RAYUAN KENAIKAN PANGKAT

Kata-kata AluanKetua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya, maka Buku Panduan JPA Edisi Keempat dapat diterbitkan sebagai satu usaha murni ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dibentangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri meletakkan harapan yang tinggi terhadap keupayaan perkhidmatan awam sebagai penggerak kemajuan negara. Ia dizahirkan melalui teras kedua dan kelima RMK-9 yang menekankan aspek modal insan yang berminda kelas pertama dan meningkatkan keupayaan organisasi.

Realitinya, persekitaran perkhidmatan awam tidak lagi seperti biasa. Justeru, JPA perlu terus relevan melaksanakan peranan untuk menjelmakan manifestasi stakeholders kepada rakyat. JPA harus sentiasa mengamalkan prinsip kaizen bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan adalah berkualiti dan melangkaui kebiasaan.

Saya berharap agar semua usaha JPA dapat diterjemahkan melalui penerbitan Buku Panduan JPA Edisi Keempat ini. Semoga dengan penerbitan Buku Panduan JPA, segala urusan antara pelanggan dengan JPA dapat dipermudahkan dan dipercepatkan.

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI ISMAIL ADAM)

1

PANDUAN RAYUAN KENAIKAN PANGKAT

PENDAHULUAN

1. Pegawai yang terkilan dengan keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat boleh merayu kepada Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat yang berkenaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh pegawai menerima surat keputusan kenaikan pangkat tersebut.

2. Rayuan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengerusi Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat melalui Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat.

KUASA YANG MELULUSKAN

Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat yang berkenaan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Rayuan Kenaikan pangkat / Pemangkuan Kumpulan Pengurusan dan Prfesioanal

i) Surat rayuan pegawai.

ii) Surat pengesahan penerimaan rayuan oleh Ketua Jabatan.

iii) Format 13 yang mengandungi ringkasan maklumat perkhidmatan pegawai.

iv) Salinan Kenyataan Perkhidmatan.

2

2. Rayuan Kenaikan pangkat / Pemangkuan Kumpulan Sokongan

i. Surat rayuan pegawai

ii. pengesahan penerimaan rayuan oleh Ketua Jabatan.

iii. Ulasan Pengerusi Lembaga Naik Pangkat.

iv. Salinan kertas urusan kenaikan pangkat.

v. Salinan Minit Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat.

vi. Salinan Kenyataan Perkhidmatan.

PROSES KERJA

1. Rayuan Kenaikan pangkat / Pemangkuan Kumpulan Pengurusan dan Prfesioanal

i. Urus setia menerima surat rayuan pegawai yang dipanjangkan oleh Kementerian / Jabatan.

ii. Mengemukakan surat aku terima kepada ketua jabatan / pegawai.

iii. Urus setia menyemak maklumat yang dikemukakan.

iv. Urus setia mendapatkan maklumat tambahan daripada ketua jabatan / pegawai yang merayu jika berkenaan.

v. menyediakan kertas ulasan untuk kelulusan Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat (LKPPA).

vi. Mengemukakan kertas ulasan kepada urus setia Mesyuarat Mingguan Dengan Y. Bhg. Tan Sri KSN untuk kelulusan pengerusi LKPPA.

vii) Mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat mengandungi maklumat berikut-

- Surat Rayuan pegawai; - Format 13; - Ulasan Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat; - Kertas urusan naik pangkat yang berkenaan (beserta

maklumat kekosongan jawatan dan maklumat pegawai yang dipertimbangkan);

- Minit Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat;dan - Salinan Kenyataan Perkhidmatan Pegawai.

viii) Menerima keputusan rayuan pegawai daripada Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.

ix) Keputusan Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat disampaikan kepada perayu melalui Ketua Jabatan.

2. Rayuan Kenaikan pangkat / Pemangkuan Kumpulan Sokongan

i) Urus setia menerima surat rayuan pegawai yang dipanjangkan oleh Kementerian / Jabatan.

ii) Mengemukakan surat aku terima kepada ketua jabatan / pegawai.

iii) Urus setia menyemak maklumat yang dikemukakan.

iv) Urus setia menyediakan kertas untuk pertimbangan. Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat (LRKP)

v) Menetapkan tarikh mesyuarat dengan pengerusi.

3

4

vi) Mengedarkan kertas rayuan kepada ahli-ahli Lembaga Rayuan menimbangkan kertas rayuan.

vii) Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat

viii) Menyediakan minit mesyuarat

ix) Keputusan lembaga disampaikan kepada perayu melalui Ketua Jabatan.

5

CARTA ALIRAN KERJA

1. Rayuan Kenaikan pangkat / Pemangkuan Kumpulan Pengurusan dan Profesioanal

Urus setia mengeluarkan surat aku terima dan semak dokumen

Urus setia kaji rayuan dan sediakan kertas untuk ulasan pengerusi LKPPA

Keputusan Lembaga Rayuan diterima

Urus setia terima surat rayuan beserta dokumen lengkap daripada Ketua Jabatan

Maklumat lengkap

Dapatkan ulasan pengerusi LKPPA

Maklumat tidak lengkap

Dapatkan maklumat tambahan

SetujuBuat pembetulan Kepada Lembaga Rayuan

Kenaikan Pangkat

Rayuan diterima

Rayuan ditolak

Tidak setuju

Keputusan disampaikan kepada pegawai melalui ketua jabatan

6

CARTA ALIRAN KERJA

2. Rayuan Kenaikan pangkat / Pemangkuan Kumpulan Sokongan

Urus setia mengeluarkan surat akuan terima dan semak dokumen

Urus setia kaji rayuan dan sediakan kertas untuk Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat

Urus setia terima surat rayuan beserta dokumen lengkap daripada Ketua Jabatan

Maklumat lengkap

Dapatkan tarikh mesyuarat daripada pengerusi

Maklumat tidak lengkap

Dapatkan maklumat tambahan

Mengedarkan kertas kepada ahli Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat

Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat

Rayuan ditolak

Keputusan disampaikan kepada Pegawai melalui ketua jabatan

Rayuan diterima

7

PERTANYAAN

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan sila hubungi alamat berikut :

Bahagian Perkhidmatan

Aras 6-7, Blok C2, Kompleks C

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62510 Putrajaya

Tel : 03-88854000/ 8602/ 4107/ 4112/ 4113/ 4114/ 4761

Fax : 03-88892202