Paper Seminar Psikologi UMS Sabah (Submit).pdf

  • Upload
    norish

  • View
    250

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/24/2019 Paper Seminar Psikologi UMS Sabah (Submit).pdf

    1/17

    See discussions, stats, and author profiles for this publication at: http://www.researchgate.net/publication/282913626

    EKSPRESI SENIMAN DALAM MELUKIS: KajianPsikologi Tingkahlaku Terhadap Penulis dan

    Pelukis Khat Islami

    CONFERENCE PAPER NOVEMBER 2013

    READS

    7

    3 AUTHORS, INCLUDING:

    Makmur Haji Harun

    Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

    11PUBLICATIONS 0CITATIONS

    SEE PROFILE

    Available from: Makmur Haji Harun

    Retrieved on: 26 October 2015

    http://www.researchgate.net/profile/Makmur_Harun?enrichId=rgreq-bdf2641e-526f-4e75-9e15-9799b05ed896&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI4MjkxMzYyNjtBUzoyODU1NzcyMjEwMzM5ODVAMTQ0NTA5ODMyMzU0Nw%3D%3D&el=1_x_4http://www.researchgate.net/institution/Universiti_Pendidikan_Sultan_Idris_UPSI?enrichId=rgreq-bdf2641e-526f-4e75-9e15-9799b05ed896&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI4MjkxMzYyNjtBUzoyODU1NzcyMjEwMzM5ODVAMTQ0NTA5ODMyMzU0Nw%3D%3D&el=1_x_6http://www.researchgate.net/institution/Universiti_Pendidikan_Sultan_Idris_UPSI?enrichId=rgreq-bdf2641e-526f-4e75-9e15-9799b05ed896&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI4MjkxMzYyNjtBUzoyODU1NzcyMjEwMzM5ODVAMTQ0NTA5ODMyMzU0Nw%3D%3D&el=1_x_6http://www.researchgate.net/?enrichId=rgreq-bdf2641e-526f-4e75-9e15-9799b05ed896&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI4MjkxMzYyNjtBUzoyODU1NzcyMjEwMzM5ODVAMTQ0NTA5ODMyMzU0Nw%3D%3D&el=1_x_1http://www.researchgate.net/profile/Makmur_Harun?enrichId=rgreq-bdf2641e-526f-4e75-9e15-9799b05ed896&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI4MjkxMzYyNjtBUzoyODU1NzcyMjEwMzM5ODVAMTQ0NTA5ODMyMzU0Nw%3D%3D&el=1_x_7http://www.researchgate.net/institution/Universiti_Pendidikan_Sultan_Idris_UPSI?enrichId=rgreq-bdf2641e-526f-4e75-9e15-9799b05ed896&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI4MjkxMzYyNjtBUzoyODU1NzcyMjEwMzM5ODVAMTQ0NTA5ODMyMzU0Nw%3D%3D&el=1_x_6http://www.researchgate.net/profile/Makmur_Harun?enrichId=rgreq-bdf2641e-526f-4e75-9e15-9799b05ed896&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI4MjkxMzYyNjtBUzoyODU1NzcyMjEwMzM5ODVAMTQ0NTA5ODMyMzU0Nw%3D%3D&el=1_x_5http://www.researchgate.net/profile/Makmur_Harun?enrichId=rgreq-bdf2641e-526f-4e75-9e15-9799b05ed896&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI4MjkxMzYyNjtBUzoyODU1NzcyMjEwMzM5ODVAMTQ0NTA5ODMyMzU0Nw%3D%3D&el=1_x_4http://www.researchgate.net/?enrichId=rgreq-bdf2641e-526f-4e75-9e15-9799b05ed896&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI4MjkxMzYyNjtBUzoyODU1NzcyMjEwMzM5ODVAMTQ0NTA5ODMyMzU0Nw%3D%3D&el=1_x_1http://www.researchgate.net/publication/282913626_EKSPRESI_SENIMAN_DALAM_MELUKIS_Kajian_Psikologi_Tingkahlaku_Terhadap_Penulis_dan_Pelukis_Khat_Islami?enrichId=rgreq-bdf2641e-526f-4e75-9e15-9799b05ed896&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI4MjkxMzYyNjtBUzoyODU1NzcyMjEwMzM5ODVAMTQ0NTA5ODMyMzU0Nw%3D%3D&el=1_x_3http://www.researchgate.net/publication/282913626_EKSPRESI_SENIMAN_DALAM_MELUKIS_Kajian_Psikologi_Tingkahlaku_Terhadap_Penulis_dan_Pelukis_Khat_Islami?enrichId=rgreq-bdf2641e-526f-4e75-9e15-9799b05ed896&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI4MjkxMzYyNjtBUzoyODU1NzcyMjEwMzM5ODVAMTQ0NTA5ODMyMzU0Nw%3D%3D&el=1_x_2
  • 7/24/2019 Paper Seminar Psikologi UMS Sabah (Submit).pdf

    2/17

    0

    EKSPRESI SENIMAN DALAM MELUKIS:

    Kajian Psikologi Tingkahlaku Terhadap Penulis dan Pelukis

    Khat Islami

    MAKMUR HAJI HARUN

    NORUL HAIDA BINTI HJ. REDUZAN

    MUHAMMAD BUKHARI LUBIS

    FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

    TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN

    2013

  • 7/24/2019 Paper Seminar Psikologi UMS Sabah (Submit).pdf

    3/17

    1

    EKSPRESI SENIMAN DALAM MELUKIS:

    Kajian Psikologi Tingkahlaku Terhadap Penulis dan Pelukis

    Khat Islami

    MAKMUR HAJI HARUN

    Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),

    35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

    Email :[email protected]

    NORUL HAIDA BINTI HJ. REDUZAN

    Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),

    35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

    Email :[email protected]

    MUHAMMAD BUKHARI LUBIS

    Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),

    35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

    Email :[email protected]

    Abstrak

    Karya-karya seni lukis khat Islami merupakan hasil seni tampak yang cantik danmenarik dihasilkan melalui kreativiti tersendiri daripada pelukisnya denganmenggunakan peralatan lukis. Hasil kreasi seni lukis khat Islami ini terus wujuddan berkembang di Alam Melayu yang tidak lagi hanya sekadar sebagai hiasandan karya seni semata-mata bahkan sudah menjadi karya seni yang dihasilkanmelalui ekspresi jiwa yang dapat mempengaruhi psikologi peribadi seseorangpelukis ketika menulis dan melukisnya sehingga dapat menghasilkan karyaartistik dan estetik sebagai corak, simbol, dan falsafah kerohanian sesuatubangsa. Selain itu, karya seni lukis khat Islami telah dijadikan sebagai gambaran

    artistik seni yang unik diekspresikan melalui budaya, adat dan alam sekitar yangmendasari kewujudan falsafah seni lukisan Islami tersebut. Perkembangan karyaseni ini di Malaysia juga turut dikembangkan melalui pelbagai bentuk khat danlukisan sebagai saluran seni dengan menggabungkan antara kecekapan,kemahiran dan simbol identiti orang Melayu yang mencerminkan kehidupan dankebudayaan individu atau masyarakatnya. Kesimpulannya, kajian inimemaparkan ekspresi psikologi seorang penulis dan pelukis seni khat Islamisebagai satu usaha mengenal dan mengetahui pengalaman seniman yangmenghasilkan pelbagai karya lukisan dan tulisan seni khat Islami di Malaysia,

    selain mampu menjadi salah satu wacana ilmu yang dapat mengungkapkankekayaan khazanah dan warisan seni khat Islami masyarakat Islam di Nusantara.

    Kata kunci: Ekspresi, Lukisan, Seniman, Pelukis, dan Seni Khat Islami

    Pengenalan

    Ekspresi seorang penulis khat dalam menghasilkan karya menarik dan cantik sudah menjadi

    kebiasaan yang ingin dicapai oleh seorang seniman, sebagai salah satu proses yang terhasil

    daripada nalar mereka dalam menghasilkan karya seni yang dapat mempengaruhi tingkahlaku

    pemerhati seni. Tingkahlaku yang berlaku dalam menghasilkan seni khat Islami ini pada

    peringkat awalnya dilakukan untuk tujuan memenuhi kehendak individu atau peminatnya dalam

    memaknai hasil karya yang telah dihasilkan, selanjutnya membina tanggapan pemerhati untuk

    menghargai hasil kerja tangannya.

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 7/24/2019 Paper Seminar Psikologi UMS Sabah (Submit).pdf

    4/17

    2

    Proses ekspresi dan tingkahlaku dalam sesebuah karya seni khat Islami ini terus

    berkembang yang kemudiannya dizahirkan dalam bentuk catatan, tulisan, lukisan atau karya

    seni khat yang memiliki unsur ayat-ayat al-Quran atau al-Hadith dan bertindak balas terhadap

    sesuatu rangsangan hati serta perasaan paling dalam melalui keimanan dan ketakwaan. Selain

    memiliki bentuk, ia juga dapat diekspresikan melalui nilai-nilai murni yang bermuara kepada

    akhlak al-karimah. Proses ini akhirnya dapat menyatukan antara penulis khat, hasil karya dan

    pemerhati seninya dalam ikatan bentuk gambaran visual yang telah dihasilkan melalui karyayang dapat terus diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

    Proses pertumbuhan dan perkembangan lukisan seni khat Islami ini terus meluas ke

    seluruh pelosok dunia yang banyak dikenal dengan tidak sekadar berfungsi sebagai hiasan, tidak

    hanya sebagai cetusan idea para seniman mahupun kaligrafer semata-mata, bahkan ianya juga

    dapat menjadi pengungkap ekspresi jiwa dalam bidang seni dan hiasan yang sangat mendalam

    sama ada menerusi tulisan, tanda bacaan, motif, corak, hiasan dan sebagainya.

    Melalui pemaparan ini, penulis ingin mengangkat beberapa perbahasan penting dalam

    permasalahan ekspresi seniman terhadap penulisan seni khat Islami yang mengandungi

    beberapa ciri untuk dibincangkan sebagai pangkal terpenting yang dapat melengkapkan

    keindahan pelbagai tulisan dan lukisan seni visual. Kewujudan peranan penulis dan seniman

    inilah yang telah menempatkan seni khat Islami ini menjadikan semakin ramainya seniman dan

    kaligrafer untuk mempertingkatkannya dirinya sebagai ekspresi dari ketelusan dalam melukis

    dan menulis perlbagai jenis tulisan khat Islami dalam karya-karya mereka. Untuk lebih jelasnya

    huraian ini dapat dilihat dalam kisi-kisi perbahasan seperti berikut:

    Pengertian dan Definisi

    Sebelum mengetengahkan perbahasan tajuk ini lebih jauh, terlebih dahulu penulis ingin

    menghuraikan beberapa pengertian agar memudahkan pembaca untuk memehami keseluruhan

    perbincangan dalam tajuk di atas. Pengertian ekspresi adalah pengungkapan atau proses

    menyatakan (iaitu memperlihatkan atau menyatakan maksud, gagasan, perasaan, dsb) atau

    pandangan air muka yang menyatakaan perasaan seseorang (Kamus Besar Bahasa Indonesia,

    1988: 9960).

    Pengertian seni ialah segala yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta

    perasaan manusia, apakah ia merupakan hasil ciptaan Allah SWT mahupun yang dihasilkan

    oleh fikiran, kemahiran, imaginasi dan perbuatan seorang manusia(Abdul Ghani Samsudin,2001:

    3). Kata seniman pula, merupakan orang yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil

    seni serta dapat memperagakan hasil seninya itu (spr pelukis, penyair, penyanyi, dll) (KamusDewan, 2010: 1453). Dan melukis (me.lu.kis) adalah membuat gambar, peta, dsb (dengan

    menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb). (Kamus Dewan, 2010: 963).

    Istilah seni khat pula dapat dilihat dalam dua pengertian, iaitu pengertian secara

    etimologi dan terminologi. Pengertian etimologi,kata khat lebih popular dan dikenal dengan

    seni kaligrafi Islam yang merupakan penyederhanaan daripada kata calligraphy, berasal dari

    dua suku kata bahasa Yunani iaitu Kallos: beauty (indah) dangraphein: to write (menulis) (D.

    A. Girling (ed.), 1978: 629). Ia berarti bahawa seni menulis dengan indah, tulisan tangan yang

    menghasilkan huruf atau tulisan indah sebagai suatu seni; khat(Kamus Dewan, 1989: 522).

  • 7/24/2019 Paper Seminar Psikologi UMS Sabah (Submit).pdf

    5/17

    3

    Takrif kreativiti pula adalah sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya

    kreatif dan kekreatifan. Manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta,

    menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kreativiti adalah kebolehan dan

    kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat

    yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya

    (Kamus Dewan, 2010: 828).

    Pandangan Tokoh-tokoh mengenai kreativiti Department For Employment And

    Education(DFEE, 1999). Definisi kreativiti dirungkaikan kepada empat ciri; Pertama adalah

    yang melibatkan pemikiran dan tingkahlaku imaginatif. Kedua ialah aktiviti imaginatif

    (penghayalan) yang bertujuan, terarah bagi mencapai satu-satu objektif. Ketigaproses ini mesti

    menjana sesuatu yang asli (original). Keempatialah nilai yang berkaitan dengan objektif yang

    dikhayalkan itu. Kenyataan ini juga mengatakan bahawa darjah kreativiti seseorang boleh jadi

    berkurang atau lebih jika diberi peluang. Menurut Lowenfeld (1975) bahawa setiap

    kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak

    yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu sehingga kita yakin dan percaya

    bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.

    Selain itu, Muhamad Tamyez Bajuri (1996) menyatakan bahawa kreativiti adalah

    berkait dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang

    membawa kita kepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa (berfikir diluar kotak).

    Sesungguhnya kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir seseorang, maka itu ia

    dapat dibentuk, dilatih menerusi ransangan tertentu. June King McFee pula mentakrifkan

    kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru, dan pada masa yang

    sama mampu untuk mengolah idea.

    Sementara makna seni khat pula adalah seni (kemahiran) menulis tulisan Arab atau

    tulisan jawi dengan gaya khas atau unik sehingga menghasilkan tulisan indah (E. Van

    Donzel, 1978: 1113). Pengertian lain seni ini ialah seni menulis indah dengan pena (Kamus

    Besar Bahasa Indonesia, 1988: 380). Dan disebut jugaFann al-Khat al-Islami dalam ertian seni

    memperhalus tulisan atau memperbaiki coretan (Ilham Khoiri, 1999: 50). Kesemua pengertian

    tersebut, dapat dipahami bahawa seni khat Islami merupakan tulisan yang ditulis indah dengan

    menggunakan huruf-huruf Arab sebagai tulisan asas, selain diikuti dengan corak hiasan dan

    motif-motif yang menarik sehingga memunculkan seni tulisan cantik dan indah untuk dinikmati

    sebagai karya seni yang unik dan menarik.

    Secara harfiyah seni kaligrafi ditakrifkan juga oleh Ibnu Khaldun dalam bukunya

    al-Muqaddimah Kaligrafi adalah lukisan dan bentuk harfiyah yang menunjukkan kepadakalimat yang didengar yang mengisyaratkan apa yang ada di dalam jiwa.Selain itu, pengertian

    istilah al-khat ( ) ada beberapa pengertian yang agak berbeza pandangan antara para pakar

    seni khat, hal ini tergantung kepada sudut pengamatan masing-masing. Menurut Ibrahm ibn

    Muhammad al-Shaybni (Aiman Abdul Salm, 2002: 9), mengatakan bahawa:

    .

    Maksudnya ialah khat adalah merupakan lidahnya tangan, kecantikan rasa,penggerak akal, penasihat fikiran, senjata pengetahuan, perekat persaudaraanketika bertikai dan pembincang ketika berjauhan, pencegah segala keburukan

    dan khazanah pelbagai masalah kehidupan (Aiman Abdul Salm, 2002: 9).

  • 7/24/2019 Paper Seminar Psikologi UMS Sabah (Submit).pdf

    6/17

    4

    Konsep Ekspresi dalam Lukisan

    Konsep ekspresi dalam lukisan sudah lahir semenjak dari zaman batu sehingga ke hari ini,

    kerana manusia dikatakan sebagai pembuat imej. Contohnya imej yang terdapat di gua Laucaux

    Perancis atau gua Niah di Sarawak. Tujuan utama menghasilkan imej ini adalah sebagai sumber

    komunikasi. Hal yang sama pada kanak-kanak, seawal umur dua atau tiga tahun sudah

    membuat contengan bagi tujuan pernyataan dan komunikasi berdasarkan gaya mereka sendiri.Representasi imej yang dijelmakan itu adalah ekspresi visual yang tidak sama bagi setiap

    individu. Ekspresi visual seseorang pelukis terhadap sesuatu objek yang dilukis misalnya

    merupakan manifestasi rasa dalaman yang dianggap sebagai pernyataan perasaan seseorang.

    Berdasarkan konsep ekspresi lukisan ini, setiap orang melukis atau mencipta imej

    sesuai dengan tanggapan daripada apa yang mereka tahu dan lihat. Ini adalah tertakluk kepada

    persepsi dan daya tafsir yang berbeza-beza. Dalam erti kata lain sebarang ungkapan yang

    terpancar melalui imej yang diciptakan ialah apa yang dirasai oleh pelukis itu sendiri sebagai

    satu ekspresi dalaman yang mempengaruhi ekspresi lukisan yang dilakarnya. Dengan sebab

    itulah terdapatnya pelbagai rupa dan corak hasil lukisan dan ini merupakan gagasan yang

    diekspresikan oleh seseorang pelukis. Hal ini juga temasuk ketika seorang kaligrafer

    menghasilkan seni khat Islami dalam lakaran tulisan seninya.

    Tokoh konsep ekspresi visual (Tolstoy), Ekspresi dalam seni menurutnya ialah satu

    bentuk komunikasi, seumpama bahasa. Ekspresi dianggap sebagai perhubungan yang rapat

    antara perasaan pelukis dengan hasil kerjanya (Collingwood). Pelukis tidak perlu meluahkan

    perasaannya untuk khalayak (Chapman, 1985). Ada tiga aspek yang menentukan perbezaan

    ekspresi iaitu daya intuisi, persepsi dan konsepsi. Ketiga-tiga aspek ini mempunyai pengertian

    yang berlainan dan ada pelbagai faktor pula yang akan membawa kepada perbezaan bentuk

    ekspresinya. Konsep ekspresi visual pada sebuah lukisan umpamanya boleh membawa pelbagai

    pengertian bergantung kepada si pelukis itu. Sebenarnya terdapat pelbagai pendekatan yang

    digunakan oleh manusia bagi tujuan ekspresi, di antaranya ada yang melalui lisan, perasaan dan

    emosi, tulisan dan bahasa, penciptaan dan penghasilan pergerakan dan lain sebagainya.

    Ciri-ciri kreativiti, estetika dan ekspresi visual adalah bersifat fleksibel kerana

    seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan

    situasi selain mempunyai keyakinan optimis. Selain itu, sensitif dan peka individu ini

    mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup,

    keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria dalam lingkungannya. Kemudian

    gagasan/idea yang asli dan tulen seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali

    mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokandaripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga

    tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan

    rasa dan perasaannya, da nada kalanya hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza

    daripada yang biasa.

    Calvin W. Taylor (1915-2000) dalam teorinyaMultiple Creative Talent, beliau percaya

    bahawa pembentukan bakat perlu sesuai dengan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Taylor

    (1976) membahagikan kreativiti kepada lima peringkat utama iaitu: Pertamakreativiti bersifat

    ekspresif. Kedua kreativiti melalui penghasilan. Ketiga kreativiti bersifat inventif. Keempat

    kreativiti bersifat inovatif. Dan kelima kreativiti bersifat emergen. Oleh itu, adanya aplikasiekspresi yang berlaku dalam karya seni lebih terealisir melalui karya-karya lukisan ekspresionis

  • 7/24/2019 Paper Seminar Psikologi UMS Sabah (Submit).pdf

    7/17

    5

    kerana ianya dihasilkan menerusi cetusan emosi dari seorang pelukisnya (Mohd Johari Ab.

    Hamid dan Hamzah Lasa, 2013: 22). Sementara konsep ekspresionis ini dapat dihuraikan

    seperti yang didefinisikan sebagai berikut;

    A painting movement in which artists typically applied paint rapidly, and with

    force to their huge canvases in an effort to show feelings and emotions, paintinggutturally, non-geometrically, sometimes applying paint with large brushes,

    sometimes dripping or even throwing it on to canvas. Their work ischaracterized by a strong dependence on what appears to be accident andchance, but which is actually highly planned. Some abstract expressionistartists were concerned with adopting a peaceful and mystical approach to apurely abstract image. Usually there was no effort to represent subject matter.

    Not all work was abstract, nor was all work expressive, but it was generallybelieved that the spontaneity of the artists approach to their work would drawfrom and release the creativity of their unconscious minds. The expressivemethod of painting was often considered as important as the painting itself.(Kamus Seni Visual ArtLex, 1992).

    Dalam hal ini, kebanyakan karya yang dilandasi dengan ekpresi ini biasanya

    menampilkan bentuk seni yang abstrak atau separa abstrak. Karya seni abstrak kebiasaannya

    sarat dengan falsafah dan adakalanya mengungkap persoalan spiritual yang kompleks. Pelukis

    yang memilih media menghasilkannya pula tidak meletakkan pada satu ketetapan yang rigid.

    Penggunaan warna lebih bebas dan pilihan warna pula biasanya mengikut rentak emosi yang

    bersesuaian dengan pernyataan sesebuah karya (Mohd Johari Ab. Hamid dan Hamzah Lasa,

    2013: 23).

    Selain isyarat ekspresi dalam menghasilkan karya, perlu juga dinyatakan konsep

    estetika yang diambil dari perkataan Greek iaitu aisthetikos yang merujuk kepada perkara

    berkaitan dengan pancaindera atau deria. Estetika sering dikaitkan dengan hasil karya seni, atau

    pada sesuatu yang ada nilai seninya. Bagi sebahagian besar kita menyatakan sebagai indah atau

    cantik. Dalam bahasa Inggeris disebut beautiful, secara ringkasnya estetik melibatkan

    penggunaan semua deria yang dimiliki oleh manusia. Ilmu estetik merupakan sebahagian

    daripada ilmu cabang falsafah yang mengutarakan isu- isu berkaitan dengan sifat seni dan nilai

    yang terdapat pada hasil seni tersebut. Sebagai contoh, kecantikan merupakan salah satu

    daripada kualiti dan nilai yang terdapat pada hasil seni, demikian juga tulisan seni khat Islami

    merupakan hasil nilai yang terdapat pada tulisan Arab dengan pelbagai jenis dan coraknya.

    Selain itu, dikatakan juga bahawa karya seni khat Islami yang ditulis dalam bentuk

    abstrak atau separa abstrak biasanya memiliki makna di sebalik tulisan dan lukisan ayat yang

    dilakarkannya, adakalanya mengungkap makna ayat yang dilukiskan dan adakalanyamengungkap makna lukisan yang ditampakkannya. Hasil karya seni khat Islami dengan disertai

    gaya ekspresi pelukisnya adalah ingin menyampaikan nilai estetik yang mereka miliki.

    Kaligrafer biasanya memilih ayat-ayat yang akan ditulis dengan warna-warna serasi dan terang

    sesuai dengan ayatnya, kontras serta memanipulasikan pelbagai kemahiran yang sukar untuk

    dikenal apakah menggunakan kaedah seni khat yang betul atau tidak. Dalam kontek berkarya

    penggunaan kaedah dengan ekspresi pelukis menerusi aliran seni ekspresionisme dipilih kerana

    bersesuaian dengan falsafah lukisan yang didukung oleh pengkarya gaya tersebut.

    Pelopor kumpulan aliran ekspresionis ini bermula di Jerman pada tahun 1911 oleh dua

    kumpulan yang bergelar Die Brucke (The Bridge) dan Der Blaue Reiter (The Blue Rider).Kumpulan-kumpulan ini bukan melukis realiti, akan tetapi lebih menggambarkan reaksi

  • 7/24/2019 Paper Seminar Psikologi UMS Sabah (Submit).pdf

    8/17

    6

    terhadap realiti. Konsepnya ialah mengluahkanperasaan, idea, berfalsafah dan juga melukis

    mengikut persepsi pelukis itu sendiri (Mohd Johari Ab. Hamid dan Hamzah Lasa, 2013: 23).

    Sebenarnya, dalam penghasilan karya seni ekspresionis atau abstrak ekspresionis,

    pelukis cenderung menggambarkan tentang sesuatu kenyataan yang bermakna rakaman realiti

    kejujuran rasa dalaman pelukisnya kepada khalayak ramai. Nathan Knobler (1985) (dalam

    Zakaria Ali. Terjemahan, hlm. 58.), Seniman menggambarkan apa-apa yang diketahuinyatentang kenyataan tetapi bukan tentang apa yang dilihatnya. Berdasarkan kenyataan ini

    maka lahirnya pelbagai bentuk seni berasaskan ekspresi pelukis secara abstrak. Hanya yang

    menjadi kekeliruan kepada sesetengah pengamat seni ialah ketidak fahaman serta kekaburan

    dalam menatap sesuatu karya seni ekspresionis yang kompleks itu. Ini kerana hasil seni yang

    dijelmakan itu mungkin di luar kebiasaan, menentang arus dan memeningkan (Mohd Johari Ab.

    Hamid dan Hamzah Lasa, 2013: 25-26).

    Reaksi Ekspresi dalam Tingkahlaku

    Islam merupakan agama yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia termasuk bidang

    seni. Terdapat tanggapan sesetengah pihak bahawa Islam hanya tertumpu kepada aspek ibadah

    semata-mata, maka hal ini perlu di bantah dan diperjelas keadaan sebenarnya oleh para

    seniman. Dimana jiwa manusia yang diciptakan oleh Allah SWT bukanlah hanya untuk

    beribadat dan beramal semata-mata, sebaliknya cenderung juga kepada perkara-perkara lain

    supaya membolehkan mereka meringankan beban dan fikiran mereka selain juga ingin memberi

    ruang kepada tubuh badan bagi menjalankan aktiviti kehidupan sehari-hari.

    Sebagai hasil seni mulai lahir ketika permulaan Allah SWT mengajarkan Nabi Adam

    AS tentang nama-nama benda yang wujud di alam ini. Ini dikaitkan juga dengan kisah Nabi

    Daud AS dengan memiliki suara sangat merdu dan perkembangan seni suara ini berlangsung

    terus menerus sehingga ke zaman Nabi Muhammad SAW. Selain itu, Allah SWT juga

    memberikan isyarat-isyarat tertentu dalam Firman-NyaQ.S. Luqman (31): ayat 27, bermaksud

    Seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan

    kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya

    (dituliskan) kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana. Isyarat

    ini dapat di jadikan sebagai aplikasi ekspresi untuk memperkaya keindahan seni dalam Islam

    yang telah dipelbagaikan sama ada oleh para kaligrafer mahupun seniman dari masa ke masa.

    Sementara seni khat Islami ini merupakan salah satu bidang kesenian yang sungguh

    menakjubkan pernah dihasilkan oleh umat Islam yang sering juga disebut seni kaligrafi Islam.

    Seni ini berkembang dari satu masa ke masa sehingga ia menjadi begitu terkenal dan sangatdiminati oleh para penggiat seni tulisan dalam masyarakat Islam selain mempengaruhi sikap

    dan tingkahlakunya dalam kehidupan dan kebudayaan mereka. Seni ini juga teraplikasi kepada

    hasil tulisan yang menggunakan pelbagai gaya dan corak dengan menghasilkan rangkaian

    huruf, kalimat dan ayat yang ditulis secara sistematik, indah dan sempurna.

    Selain itu, seni khat Islami juga merupakan salah satu aspek seni yang potensial telah

    dianugerahkan Allah SWT kepada manusia dan terdapat aktiviti tertentu yang dibolehkan dalam

    Islam selagi ianya tidak berlebih-lebihan atau melanggar batasan-batasan aqidah dan syariat

    Islam. Apalagi ianya ditambah dengan hiasan khat dalam lukisan yang dihasilkan. Hal ini juga

    diinginkan agar seni khat Islami ini dapat dijadikan sebagai kesenian hiburan dalam bentuk

  • 7/24/2019 Paper Seminar Psikologi UMS Sabah (Submit).pdf

    9/17

    7

    visual yang menyeronokkan, keperluan ini juga dapat menjadi hiburan pelengkap dalam

    menyalurkan hasil ciptaan seni visual yang menarik dalam peradaban umat manusia sejagat.

    Sementara perinsip aplikasi tingkahlaku dalam kehidupan masyarakat tradisional sering

    diamalkan ketika mereka menghasilkan sesuatu karya atau bentuk seni termasuk seni khat

    Islami dengan tujuan tertentu seperti untuk bentuk sesuatu perayaan, penulisan, pengukiran

    peralatan harian seperti senduk, hulu keris, perabot, rumah, seni bina, dan sebagainya. Mereka

    juga sering melibatkan nilai-nilai yang dikongsikan bersama di antara anggota masyarakatnya.

    Untuk lebih jelasnya Iberahim Hassan mengugkapkan bahawa:

    Tingkahlaku artistik ini pada peringkat asalnya diamalkan untuk tujuanmemenuhi keperluan individu di masa lapang seterusnya berjaya membinaidentiti individu tersebut yang terhasil menerusi keunikan kerja tangannya.Proses tingkahlaku ini terus berkembang yang kemudiannya dilahirkan dalam

    bentuk catatan, lakaran, yang mempunyai unsur-unsur tindak balas kepadasesuatu rangsangan. Ianya juga memiliki bentuk, ada personalize atau berupakritikan terhadap dunia persekitarannya. Apabila proses bijak berfikir ini terusberkembang maka proses membentuk gambaran tanpak terus diaplikasikan

    dalam kehidupan seharian. Maka kehidupan itu akan semakin dirasakankepuasannya, dipenuhi serta lebih bermakna (Iberahim Hassan, 2008: 93).

    Proses terbinanya tingkahlaku artistik ini dapat mengungkapkan perasaan dan emosi

    jiwa seorang pelaku seni dan peminatnya dengan memenuhi keperluan individu atau kumpulan

    tertentu, dan seterunya berjaya membina identiti mereka tersebut dalam mencipta lakaran seni

    yang unik dan menarik dalam pandangan mata. Selain itu, kewujudan tersebut dapat juga

    diaplikasikan dengan beberapa kenyataan seperti berikut:

    1. Tingkahlaku ar tistik dapat membantu penciptaan makna.Hal ini kerana tabie minda

    dan cara-cara bekerja secara bijak yang diamalkan oleh seorang seniman itu biasanya

    adalah sebahagian daripada proses mencipta makna yang terhasil daripada mod dan

    pemikiran visual ekspresinya. Cara inilah seorang seniman akan melahirkan tahap

    pemikiran, perasaan dan idea dalam mencipta hasil karya berupa seni yang berharga

    mahal dan bernilai tinggi.

    2. Apresiasi bentuk artistik dalam mencari bahan. Langkah ini merupakan cara berfikir,

    perasaan dan idea yang terangkum dalam bahan yang indah dipandang (sensuous

    materials) dan yang telah diberikan bentuk dan rupa khusus, dihasilkan melalui proses

    transformasi bentuk dan bahan sehingga mampu memberikan makna tersendiri. Dalam

    hal ini, seniman selalunya banyak cara untuk terus meneliti, mengkaji, dan menerokai

    menggunakan alat dan bahan dalam menghasilkan sebuah karya seni sehingga dapat

    menghasilkan karya seni yang luar biasa.3. Mod artistik melalui pemik ir an, perasaan dan idea. Prosesmenghasilkan seni boleh

    berlaku melalui berbagai cara berfikir (Dorn, 1994). Contohnya, kegiatan melukis atau

    membuat lakaran adalah suatu proses membuat kajian bagi mendapatkan ilmu dan

    pengetahuan atau maklumat. Proses itu juga memerlukan seseorang itu berfikir tentang

    sesuatu struktur, bentuk, dan sesuatu lebih halus yang terdapat pada sesuatu objek

    sedang diteliti atau dilukis itu. Dengan cara lain, kajian secara spontan dengan bahasa

    simbol, bentuk, dan bahan boleh mendorong kepada penerokaan dan dapatan baru

    (London, 1994). Ketika menghasilkan sesebuah karya seni, seseorang itu perlu berfikir

    secara visual atauspatial. Pelukis itu perlu memiliki ilmu untuk menyelesaikan masalah

    visual, menyelesaikan masalah secara visual, membuat masalah secara visual, dan juga

  • 7/24/2019 Paper Seminar Psikologi UMS Sabah (Submit).pdf

    10/17

    8

    boleh menjana masalah visual. Hal ini adalah merupakan berbagai variasi pemikiran

    kreatif (Eisner, 1972; Gablik, 1991).

    4. Simbol pemikiran dalam pelbagai mod ekspresi. Sesungguhnya aktiviti seni

    merupakan proses menyamai mod-mod pemikiran dan realisasi ekspresi. Melalui bentuk

    verbal dan penulisan sesuatu perasaan itu boleh dilahirkan, umpamanya melalui sajak,

    puisi atau persembahan drama yang dibina menerusi beberapa unsur bahasa seperti

    perkataan, bunyi, warna, cahaya, suara, bentuk dan aksi (Iberahim Hassan, 2008:94-96).

    5. Falsafah jasadiah dan ruhi yah dalam ekspresi seni khat I slami . Simbol ini

    merupakan realisasi keimanan dan ketakwaan yang dipancarkan oleh seorang kaligrafer

    melalui karya seni khat mereka, dengan melakarkan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith

    dalam pelbagai bentuk dan coraknya. Hal inilah yang dapat membentuk ketangguhan

    pribadi seniman Muslim dalam memperkuat jasadiyah dan ruhiyah mereka dari masa ke

    masa.

    Demikian pula halnya untuk melatih dan mengembangkan kemahiran menulis seni khat

    Islami perlu digalakkan memperkayakan latihan dan penguasaan kaedah-kaedah jenis khat yang

    akan dikuasai dan kemudian diaplikasikan serta perlu banyak latihan dalam mencipta kreativiti

    seni khat Islami ini.

    Realisasi Ekspresi dalam Seni Khat Islami

    Seni khat Islami merupakan khazanah Islam yang terus dikembangkan oleh umatnya.

    Perkembangan seni khat ini banyak diminati di seluruh pelosok dunia dengan pelbagai

    bentuknya sehingga menjadikan umat Islam harus menunjukkan hasil seni yang bernilai tinggi

    dan boleh menunjukkan asas budaya dan tamadun mereka. Seni ini disalurkan berdasarkan

    perubahan-perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai kerohanian yang ada

    dalam ajaran Islam. Oleh kerana itu, kreativiti mengola seni khat Islami ini perlu ada untuk

    mempengaruhi asas pengembangan baik aktiviti mahupun kreativiti dan ekspresi dalam

    mencipta kesenian bagi umat manusia sejagat.

    Gambaran tersebut menjadi isyarat seni khat ini yang perlu tetap dikemukakan

    menerusi pelbagai ekspresi lukisan dari pelukisnya untuk melahirkan dimensi dan coraknya

    tersendiri agar seni dan budaya Islam ini dapat terus lestari sehingga bila bila masa. Oleh sebab

    inilah sehingga terdapat beberapa pandangan yang menarik di kalangan tokoh dan sarjana

    Islam terhadap pengkaryaan seni khat Islami ini seperti yang disampaikan oleh Ismail

    R. Faruqi, bahawa: Tidak seperti kebudayaan-kebudayaan lain yang mengaitkan keindahan

    sebagai kemewahan, nilai intrinstik yang difahami untuk kepentingan sendiri, kesenian Islammenghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung keseluruhan kesahihan Islam itu

    sendiri(Ismail R. Faruqi, 1980: 38).

    Selain itu ada juga pendapat lain, iaitu Kaligrafi, dia adalah lukisan huruf, posisinya

    tidak pernah mandek, bahkan terus berkembang menyusuri waktu. Maka, kita sekarang tidak

    lagi menulis khat Kfi primitif yang ditulis orang Arab dulu-dulu.Kita telah terbiasa dengan

    tulisan yang telah banyak berkembang melintasi masa-masa Islam yang saling berganti (Kmil

    al-Baba, 1983: 18).Kemudian dinyatakan juga oleh Muhammad Saad Haddd dari Mesir

    dalam Koleksi Karya Master Kaligrafi Islam Sesungguhnya aku melukis kaligrafi dan tidak

    menulisnya.

  • 7/24/2019 Paper Seminar Psikologi UMS Sabah (Submit).pdf

    11/17

    9

    Pernyataan Philip Bamborough dalam Treasure of Islam, bahawa Seni iluminasi

    adalah jembatan antara seni khat dan seni lukis, walaupun berhubungan dengan khat, seni

    lukis (di dunia Islam) dianggap seni yang lamban dan kedudukan pelukis tidaklah seranking

    dengan kaligrafer. Kemudian dinyatakan juga oleh Celal Esad Arseven dalam al-Lauhat

    al-Khattiyah fi al-Fan al-Islami, bahawa Kaligrafi itu seperti lukisan atau musik yang

    menuntut kesiapan khusus yang tidak boleh diterima oleh semua orang. Di antara seribu

    kaligrafer Turki paling-paling boleh kita sebut sepuluh orang yang memiliki keunggulan dalamkeindahan kaligrafinya. Kemudian beliau menyatakan juga, bahawa Kita dapat memastikan,

    bahawa membentuk seorang kaligrafer lebih sukar daripada membentuk seorang pelukis.

    Meskipun pelukis telah mencapai tingkat kemampuan, ia takkan sanggup meniru sebuah karya

    kaligrafi yang indah apabila belum menguasai kaedah penulisan khat yang benar.

    Seni khat Islami yang merupakan hasil karya seni dengan penggabungan seni khat dan

    kreativiti seni visual. Keduanya merupakan proses penggabungan pelbagai jenis seni umum

    dengan seni Islam. Sokongan ini menjadi bahagian penting yang melengkapkan kesempurnaan

    dalam melahirkan karya seni khat Islami, selain peranan para tokoh, seniman, pelukis yang

    muncul pada masa dan periode masing-masing. Karya ini menjadi salah satu bidang kesenian

    yang sungguh menakjubkan, seni ini tumbuh dan berkembang dari satu masa ke masa sehinggaia menjadi begitu terkenal dan sangat diminati oleh para penggiat seni tulisan dalam masyarakat

    Islam sehingga kini.

    Aplikasi Kewujudan Ekspresi dalam Seni Khat Islami

    Tulisan Arab terus berkembang dan menyebar ke wilayah-wilayah yang semakin luas, sehingga

    berdampak bermunculan pelbagai gaya dan jenis baru yang bermacam ragam. Muhammad

    Syukri al-Jabiri meyakini, bahawa seni khat pernah mencapai lebih dari 300 gaya yang dibentuk

    pada masa-masa kebesaran kerajaan Islam (Didin Sirojuddin A.R, 1991: 12). Bahkan Didin

    Sirojuddin A.R, juga meyakini bahawa akar-akar seni khat telah berpecah menjadi lebih dari400 aliran (Didin Sirojuddin A.R, 1995: 54). Ibnu al-Nadm menyatakan pula, bahawa terdapat

    12 (dua belas) corak tulisan utama dalam seni khat, akan tetapi sangat sukar untuk menemukan

    bukti tipologinya.1

    Sementara bukti-bukti yang banyak dijumpai untuk memperlihatkan hal tersebut,

    adalah berupa tulisan mushaf-mushaf al-Quran, sama ada tertulis di atas papirus, kulit-kulit

    binatang mahupun kertas. Ibnu al-Nadm menghuraikan lagi bahawa corak lain dari khat Kfi

    dan Naskhi terdapat lagi bentuk lain berupa tulisan setengah (nisf), disebut juga corak

    Thuluthain (dua-pertiga) atau sepertiga(Thuluth).

    Selain itu, semenjak al-Wazr Abu Ali al-Sadr Muhammad ibnu al-Hasn ibnuAbdullah ibnu Muqlah, atau lebih dikenal dengan nama Ibnu Muqlah,

    2telah mengklasifikasi

    1Kajian tentang tipa (model, jenis, golongan dan lain sebagainya) atau tentang pertalian antara tipa serta

    sifat atau perwatakan yang terdapat (pada setiap satu tipa), Kamus Dewan (1989),Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka, hlm. 1373. Ibnu al-Nadm dan Bayard Dodge (t.th), The Fihrist of al-Nadm,New

    York: Columbia University, hlm. 172.2Ibnu Muqlah juga dikenali sebagai Imm Khatttn (Bapak kaligafi), telah memperkenalkan metode

    penulisan seni khat Islami yang ulung iaitu al-Khat al-Mansb yang diaplikasikan dalam enam jenis

    tulisan khat utama yang dikenali sebagai al-Aqlm al-Sittah atau enam tulisan sekrip yang asal. Lihat

    Albertino Gaur (1994), A History of Calligraphy, London: The British Library, hlm. 90-93. Lihat Manja

    Mohd. Ludin, et.al (1995), Aspek-aspek Kesenian Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

    hlm. 5-6. Lihat juga Ibnu Muqlah yang dipetik dari Welch. 1979. Arabic Calligraphy (Early CalligraphyDevelopment) yang didapati melalui pelayaran internet di alamathttp://islamicart.com/main/calligraphy/early.htm.

  • 7/24/2019 Paper Seminar Psikologi UMS Sabah (Submit).pdf

    12/17

    10

    enam jenis tulisan seni khat Islami yang berkembang dalam Islam iaitu menjadi Thuluth

    ) dan Riqah ) ), Frisi ) ), Kfi ) ), Dwni ) ), Naskhi )

    ) (Bayard Dodge [ed. dan terj.], 1970: 11). Proses perkembangan ini selanjutnya )

    setelah dikembangkan oleh Ibnu Muqlah, kemudian diperindah oleh Ibnu al-Bawwb, dan

    menjadi idea pengembangan melalui Yqut al-Mustashimi sehingga menjadi bentuk tulisan

    yang sempurna dan mengkagumkan.

    Perkembangan tulisan-tulisan khat utama ini selanjutnya dikenali dengan al-Aqlm

    al-Sittah (enam skrip yang asal) iaitu Thuluth, Naskhi, Muhaqqaq, Rayhn, Riqah

    dan Tawq(Yasin Hamid Safadi, 1979: 19). Tulisan Thuluth yang statis dan agak monumental,

    untuk maksud memberi hiasan dalam pelbagai naskah, inskripsi, buku, surat, warkah, mushaf

    al-Quran, manuskrip, dan lain sebagainya. Tokoh-tokoh inilah yang sangat berpengaruh dalam

    mengangkat seni ini sehingga seni khat Islami ini amat dikagumi. Bentuk-bentuk seni khat

    Islami ini dalam hurainnya yang lebih terperinci adalah seperti berikut:

    1. Khat Kf iiaitu merupakan jenis khat tertua. Seni tulisan ini banyak memiliki sudut dan

    siku-siku serta bersegi, mengandungi garis-garis vertikal pendek dan garis horizontal

    yang memanjang (Syahruddin, 2004: 29). Tulisan Kfi sering disebut juga dengan

    Jazm.

    2. Khat Naskh atau Naskhi iaitu jenis tulisan tangan berbentuk cursif iaitu tulisan

    bergerak berpusing (rounded) dan sifatnya mudah serta jelas untuk ditulis dan dibaca

    (C. Israr, 1985: 83). Menurut Didin Sirojuddin A.R., kata Naskh diambil daripada

    akar kataNuskhah atauNaskah(Didin Sirojuddin A.R, 1987: 103).

    3. Khat Thuluth iaitu tulisan yang banyak digunakan untuk tujuan hiasan di pelbagai

    manuskrip, khususnya dalam pembuatan tajuk-tajuk buku atau sub bab dan nama-nama

    tajuk kitab dan buku. Jenis ini juga digunakan sebagai tulisan hiasan pada dinding-

    dinding bangunan dan hiasan dalaman (Muzium Kesenian Malaysia Kuala Lumpur,

    (Tarikh, 12hb Jun 2004).

    4. Khat Far isiiaitu jenis khat Ta`liq atau Farisi yang banyak berkembang di Parsi (Iran),

    Pakistan, India dan Turki. Perkembangan khat ini bermula dari Parsi pada masa

    pemerintahan Dinasti Safavid (1500-1800 M). Menurut sejarahnya, khat Ta`liq berasal

    dari tulisan Kfi yang dibawa oleh penguasa-penguasa Arab masa penaklukan Parsi.

    5. Khat Riq`ah iaituyangdisebut juga khat Riq`ie atau Riqa`. Khat ini merupakan jenis

    tulisan cepat dan hampir sama dengan cara menulis stenograf.3

    6. Khat Dwni iaitu khat yang berbentuk melingkar-lingkar, condong bersusun-susun,

    hurufnya tumpang tindih, lentur dan bebas. Khat Dwni merupakan suatu corak tulisan

    Uthmani yang sejajar perkembangannya dengan tulisan Syikasteh Farisi.

    Para pakar khat berpendapat,bahawa induk daripada seni khat Islami ini adalah khat

    Thuluth dan Naskhi. Sementara orang-orang Parsi terutama kalangan seniman,

    mengembangkan sebuah corak lain yang disebut dengan khat Talq (menggantung) yang

    sebenarnya merupakan perkembangan lanjut daripada corak Riqah dan Tawq setelah

    diubahsuai, lalu dibuat secara teliti dan sungguh-sungguh. Induk tulisan ini berkembang

    menjadi pelbagai macam jenis aliran dan corak.

    Ada lapan corak aliran seni khat Islami yang lazim digunakan secara umum dalam

    dunia Islam sehingga sekarang. Masing-masing jenis ini, walaupun memiliki perbezaan dan

    3Ilmu trengkas. 1989.Kamus Dewan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 1226.

  • 7/24/2019 Paper Seminar Psikologi UMS Sabah (Submit).pdf

    13/17

    11

    teknik penulisan masing-masing, tetapi masih ada hubungkait antara satu dengan lainnya.

    Contoh khat Kfi banyak berpengaruh kepada jenis-jenis khat lainnya seperti Riqah dan

    Dwni, bahkan menjadi penyempurna corak ini (Hasan Muarif Ambary, 1998: 172). Adapun

    contoh jenis-jenis tulisan tersebut dalam imej adalah seperti berikut:

    Beberapa contoh jenis seni khat Islami yang berkembang dan sangat popular di

    Negara-negara Islam, karya khattt Fuad Astafn. Tersusun kemas dari atas ke bawah

    iaitu Khat: 1. Thuluth, 2. Naskhi, 3. Frisi, 4. Rayhni, 5. Riqah, 6. Dwni, 7. Dwni

    Jali dan 8. Kfi (Lois al-Malf (t.th), cet ke-20: 185).

    Selain pelbagai jenis seni khat Islami di atas, seni ini juga terfokus kepada hasil tulisan

    yang menggunakan pelbagai gaya dan corak dengan menghasilkan rangkaian huruf, kalimat dan

    ayat yang ditulis secara sistematik, indah dan sempurna kemudian dipadukan dengan lukisan

    oleh para seniman. Adapun macam-macam jenis seni khat Islami yang sangat popular

    penggunaannya sebagai pelengkap hasil karya seni khat lukisan, di antaranya adalah seperti

    khat Kfi, khat Nasakh, khat Thuluth, khat Farisi, khat Riq`ah dan khat Dwni. Seni khat

    Islami sebagai ekspresi jiwa merupakan bentuk-bentuk anatomi seimbang antara satu idea

    dengan kreativiti yang wujud di atas kanvas. Hal ini dapat menggambarkan sifat dan ciri hasil

    karya yang telah dilakarkan oleh para senimannya.

    Oleh kerana itu, untuk mengenali lebih mendalam bagaimana sifat-sifat seni khat Islami

    ini, dapatlah disaksikan dan bahkan boleh dirujuk berdasarkan pandangan umum baik sarjana

    mahupun menurut kacamata Islam, seperti dalam gambaran berikut ini:

    1.

    Seni khat Islami dijadikan sebagai ekspresi akan kecintaan dan keindahan seni Islam.Keindahan pula lahir dari kejujuran seni, sedangkan sesuatu yang berseni itu hanyadapat dilahirkan melalui kesabaran dan ketekunan para senimannya.

    2. Seni khat Islami sebagai tanda pengagungan akan Pencipta. Seni yang dapat

    mendekatkan diri kepada Allah SWT, maka ciri dan corak seni khat Islami yang telahdihasilkan oleh para pelukis mahupun kaligrafer biasanya dapat mencerminkan rasa

    aqidah, akhlak dan syariat mereka.3. Seni khat Islami juga dapat melahirkan hubungan baik antara manusia dengan Allah

    SWT, dan dapat menghubungkan keakraban antara sesama manusia danpersekitarannya. Oleh kerana itu, ciri seni ini nampak seperti bersahabat antara pelukisdengan peminat seninya.

    4.

    Seni khat Islami dapat mewujudkan jalinan baik antara etika dan estetika. Maka cara iniadalah untuk menghidupkan budaya iman ialah dengan menanamkan dalam hati

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    8

  • 7/24/2019 Paper Seminar Psikologi UMS Sabah (Submit).pdf

    14/17

    12

    sanubari kepercayaan kepada Allah SWT dengan baik dan bijaksana dalammenjalankan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya (Sidi Gazalba,1977: 12).

    5. Seni khat Islami dapat menjadikan segala sesuatu yang buruk boleh menjadi baikmelalui ekspresi kreativiti karya seni indah yang telah dilakarkan di atas segala media

    lukisan dan bahan yang telah dipilih.6. Keindahan seni khat Islami sebenarnya berdasarkan kepada ciri-ciri tersendiri dan unik

    mempunyai kreativiti jasadiyah dan rohaniyah yang berbeza dengan seni lukis bangsalain. Selain faktor keindahan, bentuk, dan coraknya yang tetap mengikut selera danfalsafah hidup seniman yang beragama Islam.

    7. Seni khat Islami sangat erat kaitannya dengan al-Quran dan al-Hadith, kerana iamerupakan suatu hasil karya yang sering diadaptasikan dari kedua sumber utama agamaIslam tersebut.

    8. Seni khat Islami terdiri daripada pelbagai bentuk dan corak yang terjalin padu dengankeindahan yang mencakupi lukisan ayat-ayat al-Quran, al-Hadith, dan kata-kata hikmat

    yang dapat menambat hati dan perasaan umat manusia di atas muka bumi ini.

    Demikianlah beberapa gambaran aplikasi ekspresi seni khat Islami ini yang dapat

    terwujud melalui karya-karya seni lukisan berbentuk kreatif dan inovatif. Seni ini terus

    berkembang dari satu masa ke masa, sekali gus perlbagai kepentingan dan kegunaannya

    masing-masing dalam masyarakat Islam bersama masyarakat lainnya di dunia.

    Dapatan, Temuan dan Cadangan

    Akhir dari kesemua paparan ini, penulis perlu sampaikan beberapa dapatan atau temuan yang

    perlu penulis sampaikan sebagai cadangan untuk memajukan seni khat Islami dalam

    penerapannya sebagai karya seni dan lukisan, iaitu:

    1. Melalui persidangan ini, dapat dinyatakan bahawa seni khat Islami ini perlu dipergiat

    lagi pengajaran dan pembelajarannya di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta di seluruhnegara, agar dapat diaplikasikan penguasaan pelbagai kaedah seni khat ini mengikutpengenalan huruf, ejaan, perkataan, tulisan, dan membuat ayat-ayat pendek ataupanjang serta pembuatan karya seni yang kreatif dan inovatif.

    2. Penerapan seni khat Islami perlu sokongan guru dan pelajar di sekolah-sekolah dengan

    melihat pertimbangan kepentingan pengajaran dan pembelajarannya semasa.3. Pengajaran dan pembelajaran seni khat Islami dan jawi ini, perlu ada sukatan standar

    yang disepakati bersama pihak sekolah dan kerajaan untuk menghasilkanpelajar-pelajar yang berkebolehan dalam mengaplikasikan seni khat ini dalamkehidupan mereka seharian.

    4. Melalui pebincangan seminar ini, meminta kepada Kementerian Pelajaran Malaysiauntuk membuat sukatan pelajaran di sekolah-sekolah dalam meningkatkan kemahiran

    seni khat Islami ini secara berperingkat-peringkat.5. Meminta kepada para pengarang dan penulis-penulis muda untuk lebih meningkatkan

    keterampilan mengarang dan menulis seni khat Islami dan jawi yang dipelbagaikandalam lukisan di atas semua media dan deria.

    6. Melalui hal tersebut, maka dalam kontek seni khat Islami dan lukisan karya ini agar adakerjasama dan persepahaman antara Jabatan Pelajaran Negeri; Jabatan KebudayaanNegeri; Jabatan Agama Islam Negeri. Ketiga-tiga badan ini jika bersepakat, tentu dapatmembuat pelbagai kegiatan yang dapat memantapkan lagi penguasaan, pertumbuhan,dan perkembangan seni khat Islami dan jawi ini di seluruh negara.

    Demikianlah beberapa temuan, dapatan dan harapan dalam seni khat Islami ini yang

    dapat terealisir melalui karya-karya cantik dan menarik, selain terus berusaha membentuk karyadengan berdaskan kreativiti dan inovasi semasa dalam mengolah bahan seni. Semoga pengaruh

  • 7/24/2019 Paper Seminar Psikologi UMS Sabah (Submit).pdf

    15/17

    13

    seni ini juga berdampak kepada psikologi, emosi, dan jiwa pengkarya dan peminatnya dalam

    menciptakan manusia unggul harapan agama, bangsa, dan negara di masa akan datang.

    Penutup

    Demikianlah paparan tajuk EKSPRESI SENIMAN DALAM MELUKIS: Kajian Psikologi

    Tingkahlaku Terhadap Penulis dan Pelukis Khat Islami, sebagai gambaran yang ingin penulis

    kongsikan terutamanya dalam bidang seni khat Islami ini, dan aplikasinya dalam pelbagai hasil

    karya seni lukisan, selain juga dimaksudkan agar supaya dapat memberikan gambaran

    mendalam antara karya seni khat Islami dengan ekspresi pelukisnya terhadap kerja dan

    usahanya dalam menghasilkan produk karya seni.

    Sebenarnya ekspresi seorang seniman dalam menghasilkan karya lukisan seni khatIslami mempunyai nilai estetik tersendiri. Pelukis seni khat Islami ini, biasanya memilihjenis-jenis seni khat dengan pelbagai elemen warna yang dapat dengan mudah dicerna dan

    dipahami maksudnya oleh peminatnya melalui lukisan. Tiada siapa yang dapatmengkaguminya kecuali yang dapat memahami tulisan dan kontek lukisan berekspresi dengan

    menerusi aliran seni ekspresionisme mereka sesuai dengan falsafah dan kemahiran seorangpelukisnya dalam menghasilkan karya.

    Selain itu, ingin mendapatkan titik aras pijakan untuk dijadikan sebagai satu

    pembuktian bahawa kewujudan ekspresi seniman dalam menghasilkan seni khat Islami ini

    dapat menunjukkan adanya kemajuan dari sisi metode, cara, kreativiti, kreasi, inovasi, bentuk

    dan corak dengan mengikut perkembangan semasa. Termasuk juga kerana didorong dengan

    adanya dukungan teori dan konsep seni khat Islami yang berlandaskan kepada al-Quran dan al-

    Hadith yang sangat berperanan penting dalam kehidupan masyarakat Islam di beberapa negeri

    dan negara di dunia.

    Paparan ini juga berharap supaya kajian awal dalam perkongsian ini sedikit banyaknyadapat mendedahkan pengenalan metode kajian yang akan dijalankan oleh penulis-penulis

    berikutnya dengan menitik beratkan ekspresi tingkahlaku dari dampak psikologi yang

    dilahirkan oleh seorang seniman dalam menghasilkan karya seni. Oleh itu, penulis berharap

    sebagai usaha sungguh-sungguh dilakukan untuk melengkapkan penerokaan seni khat Islami

    ini di Alam Melayu sehingga ke seluruhan wilayah Nusantara. Kemudian, paparan ini juga

    berhadap dapat mengangkat beberapa perbahasan lainnya mengenai dampak dan kesan seni

    tersebut terhadap kehidupan sosial masyarakatnya. Hal ini juga, bertujuan untuk menghuraikan

    bagaimana pengaruh dan faktor psikologi yang dapat memberikan kesan mendasar terhadap

    emosi dan ekspresi seniman dalam menghasilkan karya cantik dan menarik untuk peminatnya.

    Semoga pemaparan ini juga dapat menjadi paparan awal penyelidikan yang boleh

    mewakili gambaran keseluruhan kajian sehingga ke akhir perbahasan, sekaligus menjadi

    penyelidikan berwibawa dan memiliki kedalaman dan ketajaman hasil analisis yang tepat dan

    berkualiti terutama mengenai dampak ekspresi seniman dalam menghasilkan karya seni khat

    Islami yang berasaskan kaedah penulisannya yang pelbagai dan beragam.

  • 7/24/2019 Paper Seminar Psikologi UMS Sabah (Submit).pdf

    16/17

    14

    Rujukan

    Al-Quran al-Karim.Abdul Ghani Samsudin (2001). Seni dalam Islam.Cet Kedua. Petaling Jaya: Intel Media.Ahmad Rashidi Hasan (2001). Sejarah seni lukis sepintas lalu. Shah Alam: Karisma

    Publication. Sdn. Bhd.Ahmad Hatta (2009). Tafsir Quran perkata. Jakarta: Magfirah Pustaka.

    Aiman Abdul Salam (2002).Mausut al-khat al-Arabi. Oman: Dr al-Amah.Albertino Gaur (1994).A History of calligraphy. London: The British Library.Bayard Dodge [ed. dan terj.] (1970). The fihrist of al-Nadm: A Tenth century survey of Muslim

    culture.New York: Columbia University Press.Didin Sirojuddin A.R (1991). Catatan selintas seni kaligrafi Islam, katalog pameran seni rupa

    moden. Bandung: Badan Pelaksana Festival Istiqlal.Didin Sirojuddin A.R (1995). Sekeliling kaligrafi, seni kaligrafi al-Quran dan usaha

    pengembangannya di Indonesia. Jakarta: LEMKA UIN Syarif Hidayatullah.Didin Sirojuddin A.R (1995). al-Quran dan reformasi kaligrafi Arab. Jakarta: LEMKA UIN

    Syarif Hidayatullah.Didin Sirojuddin A.R (1987). Seni kaligrafi Islam. Jakarta: Rosda.Dorn, C. (1994). Thinking in art. Reston, VA: National Art Education Association.

    Eisner, E. (1972).Educating artistic vision.New York: Macmillan.Faridah Binti Che Husain (2000). Seni kaligrafi Islam di Malaysia sebagai pencetus tamadun

    Melayu Islam. (Disertasi Sarjana, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya,Kuala Lumpur).

    Girling, D. A. (ed.) (1978).Erymans encyclopedia.Vol. 2, Cet. Ketujuh. London: JM. Dent &

    Sons Ltd.Hasan Muarif Ambary (1998). Menemukan peradaban jejak arkeologis dan historis Islam

    Indonesia. Jakarta: Logos Wacana Ilmu.Hashim Bin Musa (1999/2006). Sejarah perkembangan tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.Iberahim Hassan (2008). Seni sebagai tingkahlaku artistik dalam menzahirkan makna.

    Prosiding Sidang Seni (SINI 08). Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara.

    Ibnu Khaldun (t.th).Al-Muqaddimah. Beirut: Dr al-Masyrik.Ilham Khoiri (1999). al-Quran dan kaligrafi Arab. Jakarta: Logos.

    Ismail R. Faruqi (1980), Islam and culture. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM).

    Israr, C. (1985).Dari teks klasik sampai ke kaligrafi Arab. Jakarta: Yayasan Masagung.Kmil Baba (1983). Rh al-khat al-Arabi. Cet pertama. Beirut: Dr al-Ilm wa al-Malyin.Kamus dewan, edisi baru (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Khairudin Bin Ramli (2007).Seni penulisan al-Quran mushaf Malaysia. (Disertasi, AkademiPengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

    Lois al-Malf (t.th), cet ke-20, al-Munjd fal-lughh wa al-alm. Beirut: Dr al-Masyrik.London, P. (1989).No more secondhand art: Awakening the artist within. Boston: Shambhala.Makmur (2006). Seni kaligrafi Islam Jambi: Satu kajian kes. (Tesis, Alam dan Tamadun

    Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor).Makmur (2011). Sejarah perkembangan seni khat di nusantara: kajian perbandingan di

    Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Yayasan Restu (Malaysia) dengan Lembaga danPondok Kaligrafi al-Quran LEMKA (Indonesia). (Tesis, Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

    Manja Mohd. Ludin, et.al (1995).Aspek-aspek kesenian Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

    Mohd Johari Ab. Hamid dan Hamzah Lasa (2013).Estetik seni visual. Tanjong Malim: Penerbit

    Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).Mohd Johari Ab. Hamid (2013). Perkembangan penulisan & kritikan seni visual. Tanjong

    Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

    Prosiding Sidang Seni (SINI 2008). Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara.

  • 7/24/2019 Paper Seminar Psikologi UMS Sabah (Submit).pdf

    17/17

    15

    Tiem Penyusun Kamus PPP Bahasa (1988). Kamus besar bahasa Indonesia. Jakarta: BalaiPustaka.

    Sidi Gazalba (1977), Pandangan Islam tentang kesenian. Kuala Lumpur: Polygraphyc Sdn.

    Bhd.Syaharuddin (1999). Kaligrafi al-Quran dan pelaksanaan pengajarannya di LEMKA fakulti

    adab IAIN Syarif Hidayatullah Jakarta. (Skripsi, Fakulti Tarbiyah STAI al-Hikmah,Yayasan Pendidikan Islam al-Mahbubiyah Jakarta).

    Syaharuddin (2004).Kaligrafi al-Quran dan metodologi pengajarannya.Jakarta: LEMKA UINSyarif Hidayatullah.Van Donzel, E. at.al (1978). The encyclopedia of Islam. Vol. 4. Leiden: E.J. Brill.

    Yasin Hamid Safadi (1979).Islamic calligraphy.Colorado: Shambhala.Welch (1979). Arabic calligraphy (early calligraphy development).

    http://www.islamicart.com/main/calligraphy/early.htm.