19
OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN PENGHARGAAN , Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu En. Baharudin Bin Hassan di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan. Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan – rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilaiharganya sepanjang semester ini. Azman Bin Salleh 750312-02-5163

Pedagogi Pendidikan Kesihatan

  • Upload
    manroy

  • View
    11.629

  • Download
    8

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pedagogi Pendidikan Kesihatan

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

PENGHARGAAN

,

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan

rahmatNya, dapat saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas

selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui,

meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran.

Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan

kepada tutor saya iaitu En. Baharudin Bin Hassan di atas segala sumbangan

ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan

nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua

yang dapat membalas jasa baik tuan.

Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor

dan rakan – rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah

menyumbang ilmu yang tidak ternilaiharganya sepanjang semester ini.

Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta

membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang

segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya

ada hikmah disebaliknya.

Terima Kasih.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

Azman Bin Salleh750312-02-5163

Page 2: Pedagogi Pendidikan Kesihatan

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

KANDUNGAN

Halaman

PENGHARGAAN i

KANDUNGAN ii

1. PENDAHULUAN

1.1 Soalan Tugasan 1-2

1.2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan

Tahun 1 (Hanya tunjang pembelajaran yang dipilih)

3

2. TUGASAN 1

2.1 Rancangan Pengajaran Harian 4-5

2.2 Huraian Penggunaan 6-8

2.2.1 Konsep

2.2.2 Kaedah

2.2.3 Pendekatan 12

3. RUMUSAN 13

4. BIBLIOGRAFI 14-15

5. LAMPIRAN

Persembahan MS Power Point dalam bentuk CD dilekatkan di kulit belakang.

Azman Bin Salleh750312-02-5163

Page 3: Pedagogi Pendidikan Kesihatan

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU

Tahun / Kelas : 1 Bijak

Tarikh : 28 Februari 2008

Masa : 10.35pg – 11.35 pg

Bil Murid : 32 orang

Tunjang Pembelajaran : Kesihatan Diri Dan Keluarga

Tajuk : Kesihatan Diri

Hasil Pembelajaran :

Aras 1: Menyatakan bahagian tubuh badan.

: menyatakan cara menjaga kebersihan

gigi.

Aras 2 :Menerangkan kepentingan menjaga

kebersihan gigi.

Aras 3 : Menerangkan akibat kecuaian

menjaga kesihatan diri

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pemnbelajaran, murid

dapat:

1. mengenali bahagian tubuh badan dan menjaga

kebersihan mulut.

2. memahami cara melahirkan perasaan

mengikut situasi.

Pengetahuan sedia ada murid :

1. mengetahuai sebahagian nama anggota

badan.

2. mengetahui kepentingan menggosok gigi

ketika belajar di prasekolah.

Nilai Murni : Sayangi diri dan bersyukur

BBM : slaid Power Point, Lembaran kerja

Azman Bin Salleh750312-02-5163

Page 4: Pedagogi Pendidikan Kesihatan

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

KBKK : Membuat urutan

Langkah

Pengajaran

/ Masa

Perkembangan Isi

Pelajaran

Aktiviti

Pengajaran dan

Pembelajaran

Strategi / Alat/

Bahan / Nilai /

Catatan

Set Induksi

5 minit

Guru bersoal jawab dengan

murid sambil menunjukkan

bahagian anggota badan:

1. kepala

2. tangan

3. abdomen

4. kaki

soalan:

1. Apakah nama

bahagian yang cikgu

tunjuk?

Jawapan murid:

Seperti di atas.

Murid memerhati

dan mengangkat

tangan untuk

menjawab

soalan guru.

Strategi:

pemerhatian

Kecerdasan

Pelbagai:

Verbal

Linguistik

Langkah 1

10 minit

Guru menayangkan slaid

Power Point yang

menunjukkan bahagian

tubuh badan.

Murid melihat sambil

memegang bahagian tubuh

mereka mengikut slaid yang

dipaparkan.

Guru

menyediakan

slaid Power

Point.

Murid

mendengar dan

melihat

demngan penuh

perhatian.

Murid mengikut

arahan guru

supaya

Strategi:

Pemerhatian

Konstektual

ABM: Slaid

Power Point.

Kecerdasan

Pelbagai:

Kinestatik

Azman Bin Salleh750312-02-5163

Page 5: Pedagogi Pendidikan Kesihatan

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

memegang

bahagian yang

diterangkan.

Langkah 2

20 minit

-Guru menerangkan tentang

bahagian kepala kepada

murid dan menekankan

tentang penjagaan

kebersihan mulut.

- Guru menyoal murid:

Siapa yang gosok

gigi hari ini?

Kenapa kita perlu

menggosok gigi?

Berapa kali kita

perlu menggosok

gigi dalam sehari?

- Contoh jawapan Murid:

Saya

Supaya gigi kita

bersih, sihat dan

kuat.

Dua kali sehari.

- Guru tayangkan lirik

lagu ‘Gosok Gigi Kamu’

melalui slaid power

point.(rujuk lampiran)

- Guru Menyanyi kemudian

Murid

mendengar

dengan penuh

minat.

Murid cuba

menjawab

soalan guru.

Murid berdiri

sambil menyanyi

lagu bersama

guru dengan

perasaan

gembira.

Pendekatan:

Kontekstual

Teknik: Soal

jawab

Kaedah:

Sumbangsaran

ABM: Laptop,

LCD, Slaid

Power point

Kecerdasan

Pelbagai:

muzik

Azman Bin Salleh750312-02-5163

Page 6: Pedagogi Pendidikan Kesihatan

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

diikuti oleh murid.

Langkah 3

20 minit

- Guru menunjuk cara

memberus gigi dengan

betul.

- Murid mengikut guru

menggayakan cara

memberus gigi dengan

betul.

- Guru edarkan lembaran

kerja kepada murid.

(rujuk lampiran)

- Murid menulis nombor

mengikut urutan

memberus gigi secara

yang betul.

Murid memberi

tumpuan dan

mengikut arahan

guru.

Murid cuba

menyiapkan

lembaran kerja

yang diberikan

oleh guru

Kaedah :

Demonstrasi

KBKK:

Menurut urutan

ABM :

Lembaran kerja

Penutup

5 minit

- Guru menunjukkan hasil

kerja murid yang terbaik

kepada kelas.

- Guru memberi pujian

kepada murid yang telah

berjaya menyiapkan

lembaran kerja.

- Guru menerangkan

kepentingan menjaga

anggota badan dan

salah satunya ialah gigi.

- Guru membuat refleksi

Murid memerhati

dan mendengar

dengan penuh

minat.

Teknik :

ceramah

Kaedah:

sumbangsaran

Azman Bin Salleh750312-02-5163

Page 7: Pedagogi Pendidikan Kesihatan

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

dan menguji

pemahaman murid

dengan menyoal:

1. Apa akan berlaku

jika kita tidak

menjaga

kebersihan

anggota badan

kita?

2. Apa akan berlaku

kalau kita malas

gosok gigi?

- Contoh jawapan murid:

1. Anggota badan

kita akan sakit,

selekeh dan

berbau busuk.

2. Gigi kita akan

sakit,kuning,

rosak, berlubang

dan tertanggal.

Guru tamatkan sesi

pengajaran dan

pembelajaran hari ini

dengan memberi pujian

kepada murid di atas

jawapan atau pendapat

mereka.

Murid cuba

menjawab dan

memberikan

pendapat

mereka.

Murid dapat

menghargai ilmu

yang telahy

mereka pelajari

hari ini.

Nilai: sayangi

diri dan

bersyukur.

Azman Bin Salleh750312-02-5163

Page 8: Pedagogi Pendidikan Kesihatan

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

Refleksi Guru:

Azman Bin Salleh750312-02-5163

Page 9: Pedagogi Pendidikan Kesihatan

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

HURAIAN PENGGUNAAN KONSEP, KAEDAH DAN PENDEKATAN

KONSEP:

Konsep pembelajaran yang saya gunakan di dalam rancangan mengajar

ini lebih kepada konsep pembelajaran kontekstual. John Dewey (1916)

merumuskan bahawa pelajar akan belajar dengan lebih baik jika apa yang

dipelajari berkaitan dengan apa yang berlaku dipersekitaran. Berdasarkan apa

yang telah dinyatakan oleh John Dewey, kita boleh menganggap bahawa pelajar

menggunakan pengalaman mereka di tempat atau situasi yang lain lalu dikaitkan

dengan pembelajaran mereka.

Bermaksudnya, pelajar cuba menggabungkan isi kandungan pelajaran

yang diajar oleh guru dengan pengalaman harian mereka samada melalui

pengetahuan melalui ibu bapa, rakan – rakan atau media massa. Di dalam

rancangan mengajar ini, saya cuba mengaitkan pengalaman pelajar tentang

kepentingan kita sebagai manusia untuk menjaga kebersihan diri terutama gigi.

Pelajar mungkin telah diasuh untuk menggosok gigi di rumah dan juga

mengetahui atau berpengalaman mengalami sakit gigi. Melalui cara ini, pemahan

pelajar lebih dapat dipertingkatkan dan pembelajaran akan menjadi lebih

bermakna.

Selain itu, melalui konsep konstektual ini, pelajar dapat mengukuhkan lagi

pemahaman dan pengetahuan mereka. Sebagai contoh, pelajar telah

mengetahui kepentingan memberus gigi namun mereka belum mengetahui cara

memberus gigi dengan betul maka, selepas pembelajaran, pelajar telah

mengetahui cara dan urutan yang betul apabila memberus gigi.

Kesimpulannya, saya memilih konsep ini kerana pelajar yang saya pilih

adalah pelajar tahun satu. Mereka memerlukan sesuatu keadaan yang mereka

pernah alami agar dapat mengukuhkan lagi pemahaman mereka. Melalui

konstektual, pelajar belajar dari konkrit kepada yang abstrak maka,

kesesuaiannya untuk pelajar tahun satu untuk diajar menggunakan konsep

konstektual.

Azman Bin Salleh750312-02-5163

Page 10: Pedagogi Pendidikan Kesihatan

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

KAEDAH

Terdapat dua kaedah yang saya gunakan di dalam rancangan mengajar

saya ini iaitu kaedah demonstrasi dan sumbangsaran. Menurut Modul OUM

HBHE1203, Pedagogi Pendidikan Kesihatan (2007), Kaedah demonstrasi

merupakan cara pengajaran di mana sesuatu pertunjukan secara amali

dijalankan di hadapan murid – murid. Ia diamalkan bertujuan untuk

menerangakan isi pelajaran kepada murid agar pemahaman mereka dapat

dipertingkatkan lagi. Kaedah ini juga bergantung kepada bagaimana guru

tersebut mampu melakukannya dengan terbaik agar murid – murid dapat

menumpukan perhatian dan dapat menarik minat mereka .

Di dalam rancangan penagajaran saya ini, saya menggunakan kaedah

demonstrasi pada waktu menunjukkan cara – cara yang betul memberus gigi. Ini

amat penting untuk menerangkan kepada murid – murid gigi yang mana perlu

diberus dahulu dan kawasan – kawasan penting yang perlu di berus. Ini bagi

mengelakkan murid – murid salah memberus dan tertinggal kawasan – kawasan

penting itu di mana ia tetap akan menyebabkan kerosakkan gigi.

Selain itu, pada peringkat tahun satu, amat penting bagi seorang guru

menggunakan kaedah ini agar murid di tahap ini dapat melihat dan

memahaminya terlebih dahulu.

Kaedah yang kedua ialah kaedah sumbangsaran. Walaupun masih di

tahun satu, guru sebenarnya boleh membantu murid tahun satu melahirkan

pendapat mereka melalu kaedah ini dengan cara penyoalan. Secara tidak

langsung guru dapat melihat murid- murid yang berpotensi dan berani

menyuarakan pendapat. Ini penting kerana di peringkat ini, murid – murid tahun

satu cukup bersemangat dan berminat menjawab soalan – soalan yang

diutarakan oleh guru.

Kesimpulannya, saya memilih kaedah ini berasarkan tahap murid – murid

saya yang terdiri daripada tahun satu. Kaedah ini amat mudah untuk mereka ikuti

dan pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan seronok.

Azman Bin Salleh750312-02-5163

Page 11: Pedagogi Pendidikan Kesihatan

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDEKATAN:

Pendekatan yang saya gunakan di dalam rancangan pengajaran saya ini

ialah pendekatan Konstektual. Pemilihan pendekatan ini kerana saya konsep

pengajaran saya kali ini lebih berbentuk konstektual. Berdepan dengan pelajar

diperingkat tahun satu, pendekatan yang mudah dan bersifat pengalaman

sekeliling amat penting membantu mereka untuk belajar. Ia amat berlainan

dengan pendekatan untuk tahap dua kerana mereka dapat melihat sesuatu yang

lebih abstrak. Maka, pemilihan pendekatan ini adalah sebagai pemudah cara

untuk murid – murid tahun satu belajar melalui pengalaman mereka terutama

mengenali bahagian tubuh badan, menjada kebersihan gigi, cara menggosok

gigi dan akibat atau kesan daripada tidak menjaga kebersihan pada anggota

badan terutama gigi.

Kesimpulannya, pendekatan ini sememangnya dapat membantu guru

menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Murid pula

dapat menghubungkaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian. Melalui cara

ini, mereka akan menemui sesuatu pelajaran yang baru dan lebih bermakna.

Azman Bin Salleh750312-02-5163

Page 12: Pedagogi Pendidikan Kesihatan

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

RUMUSAN

Secara keseluruhan membuat tugasan ini, sedikit sebanyak telah

membantu saya meningkatkan lagi kemahiran mengajar saya. Sesungguhnya

walaupun telah bertahun mengajar namun, pastinya seseorang guru itu perlu

juga membuat rujukan atau ulangkaji ketika menyediakan rancangan mengajar

hariannya. Seorang guru juga perlu melihat dan menilai keberkesanan

penggunaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakannya. Ini

dapat membantu guru meningkatkan kualiti kerjanya dan secara tidak langsung

menjadikan pengajarannya lebih seronok dan memahamkan pelajarnya.

Dari sudut lain pula, penghasilan bahan – bahan berbentuk elektronik ini

amat bagus dan mampu menarik minat para pelajar. Melalui cara ini, pelajar

lebih teransang untuk mengikuti pelajaran dan guru dapat memanipulasi perisian

– perisian untuk menjadikan bahan tersebut lebih menarik dan bermakna.

Akhir sekali, saya berharap melalui tugasan ini, saya dapat

mepertingkatkan lagi mutu kerjaya saya sebagai seorang pendidik dan memberi

apa yang terbaik untuk pelajar, sekolah, masyarakat dan Negara.

Azman Bin Salleh750312-02-5163

Page 13: Pedagogi Pendidikan Kesihatan

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

BIBLIOGRAFI

Canadian Dental Assosiation, Flossing and Brushing, diperolehi pada 28

Februari 2008 dari http://www.cda-adc.ca/en/oral_health.asp

Open University Malaysia (2007) HBHE 1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan.

Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan

Kesihatan Tahun 1, diperolehi pada 28 Februari 2008 dari

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pk/hsp_p_kesihatan_y123456.pdf

Azman Bin Salleh750312-02-5163

Page 14: Pedagogi Pendidikan Kesihatan

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

Lembaran Kerja:

Nama: ______________________________ Kelas: __________

Berikan nombor pada gambar di bawah mengikut urutan cara memberus gigi

yang betul

Azman Bin Salleh750312-02-5163