10
1 | Page PEJABAT PERKAHWINAN, PERCERAIAN, PEMBATALAN DAN RUJU’ ORANG-ORANG ISLAM A. Permohonan Kebenaran Berkahwin Dalam Negeri B. Permohonan Kebenaran Berkahwin Luar Negeri Prosedur Permohonan: 1. Pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Pejabat Pendaftaran Perkahwinan, Perceraian, Pembatalan dan Ruju Orang Islam dengan mengisikan borang telah ditetapkan iaitu Borang 1 bagi lelaki dan Borang 2 bagi Perempuan berserta borang kaji selidik wali. 2. Pemohon hendaklah mengisikan borang permohonan dengan lengkap dengan menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan. 3. Permohonan hendaklah dihadapkan ke Pejabat Pendaftaran Perkahwinan, Perceraian, Pembatalan dan Ruju Orang Islam di daerah mana pemohon tinggal tidak lewat 14 hari (minima) sebelum tarikh pernikahan dilangsungkan. Jika permohonan dihadapkan kurang dari 14 hari dari tarikh pernikahan, pemohon hendaklah menghadapkan surat dengan menyatakan alasan yang munasabah. 4. Pemohon akan diberikan satu slip yang menetapkan tarikh pengambilan kebenaran berkahwin (Borang 4 / Borang 5). 5. Pemohon hendaklah mengambil Borang Kebenaran Untuk Berkahwin (Borang 4 / Borang 5) di Kaunter Pejabat Pendaftaran Perkahwinan di daerah mana pemohon tinggal mengikut tarikh yang telah ditetapkan di dalam slip pengambilan Kebenaran Berkahwin. 6. Borang Kebenaran Berkahwin (Borang 4 / Borang 5) hendaklah diserahkan kepada Jurunikah bertauliah.

PEJABAT PERKAHWINAN, PERCERAIAN, · PDF fileJabatan Imigresen Brunei ... Sijil Nikah dan Ta’liq akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari ... Bil Dokumen yang diperlukan 1 Salinan Kad

  • Upload
    hathuan

  • View
    478

  • Download
    8

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEJABAT PERKAHWINAN, PERCERAIAN, · PDF fileJabatan Imigresen Brunei ... Sijil Nikah dan Ta’liq akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari ... Bil Dokumen yang diperlukan 1 Salinan Kad

1 | P a g e

PEJABAT PERKAHWINAN, PERCERAIAN, PEMBATALAN DAN RUJU’

ORANG-ORANG ISLAM

A. Permohonan Kebenaran Berkahwin Dalam Negeri

B. Permohonan Kebenaran Berkahwin Luar Negeri

Prosedur Permohonan:

1. Pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Pejabat

Pendaftaran Perkahwinan, Perceraian, Pembatalan dan Ruju Orang Islam dengan

mengisikan borang telah ditetapkan iaitu Borang 1 bagi lelaki dan Borang 2 bagi

Perempuan berserta borang kaji selidik wali.

2. Pemohon hendaklah mengisikan borang permohonan dengan lengkap dengan

menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

3. Permohonan hendaklah dihadapkan ke Pejabat Pendaftaran Perkahwinan, Perceraian,

Pembatalan dan Ruju Orang Islam di daerah mana pemohon tinggal tidak lewat 14 hari

(minima) sebelum tarikh pernikahan dilangsungkan. Jika permohonan dihadapkan

kurang dari 14 hari dari tarikh pernikahan, pemohon hendaklah menghadapkan surat

dengan menyatakan alasan yang munasabah.

4. Pemohon akan diberikan satu slip yang menetapkan tarikh pengambilan kebenaran

berkahwin (Borang 4 / Borang 5).

5. Pemohon hendaklah mengambil Borang Kebenaran Untuk Berkahwin (Borang 4 /

Borang 5) di Kaunter Pejabat Pendaftaran Perkahwinan di daerah mana pemohon tinggal

mengikut tarikh yang telah ditetapkan di dalam slip pengambilan Kebenaran Berkahwin.

6. Borang Kebenaran Berkahwin (Borang 4 / Borang 5) hendaklah diserahkan kepada

Jurunikah bertauliah.

Page 2: PEJABAT PERKAHWINAN, PERCERAIAN, · PDF fileJabatan Imigresen Brunei ... Sijil Nikah dan Ta’liq akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari ... Bil Dokumen yang diperlukan 1 Salinan Kad

2 | P a g e

Lampiran-lampiran dokumen adalah seperti berikut:

Bil Dokumen yang diperlukan Jumlah

Salinan

1 Salinan Resit Pembayaran 2

2 Salinan Kad Pengenalan & Surat Beranak pemohon lelaki 2

3 Salinan Kad Pengenalan & Surat Beranak pemohon perempuan 2

4 Salinan Kad Pengenalan Wali pemohon perempuan 2

5 Salinan Surat Beranak Wali Aqrab / Wali Ab’ad (Jika bapa meninggal

dunia / berpindah Wali)

2

6 Salinan Sijil Kematian Bapa (Wali) 2

7 Salinan Sijil Nikah Kedua Ibu Bapa bagi pemohon Perempuan 2

8 Salinan Passport muka depan bagi pemegang Kad Pengenalan

ungu/hijau/warga asing

2

9 Salinan Sijil / Pengesahan Islam jika pemohon &/ Wali seorang Mu’allaf 2

10 Salinan Surat Sumpah bagi tambahan nama jika tidak terdapat dalam Sijil

Beranak

2

11 Surat pengesahan status/taraf kelamin dari Ketua Kampung atau Penghulu

di mana pemohon bermastautin

12 Surat Kebenaran Berkahwin dari Edjutan ABDB (bagi pemohon pegawai

ABDB & UNIT SIMPANAN GURKHA)

13 Sijil Nikah Asal dan salinannya (Jika pemohon kematian isteri/balu) 2

14 Salinan Sijil Kematian Suami/Isteri 2

15 Sijil Cerai Asal dan salinannya (Jika pemohon seorang duda/janda cerai

hidup)

2

16 Kebenaran Berpoligami dari Mahkamah Syariah (Borang 6) (jika pemohon

telah beristeri)

17 Kebenaran berwali Hakim dari Mahkamah Syariah (bagi perempuan yang

tidak mempunyai wali nasab mengikut Hukum Syara’, Wali enggan atau

wali tidak dapat dikesan dan sebagainya)

18 Kebenaran berkahwin daripada Hakim Syarie (bagi perempuan yang sudah

bercerai tetapi belum disetubuhi oleh suaminya)

Page 3: PEJABAT PERKAHWINAN, PERCERAIAN, · PDF fileJabatan Imigresen Brunei ... Sijil Nikah dan Ta’liq akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari ... Bil Dokumen yang diperlukan 1 Salinan Kad

3 | P a g e

19 Surat Pengakuan Cerai dari Ketua Kampung atau Mahkamah Sivil (Jika

pemohon seorang duda/janda cerai hidup sebelum memelok agama Islam)

ATAU Perintah Mahkamah Syariah mengenai Pembubaran Perkahwinan

jika sekiranya pemohon bercerai kerana salah seorang memelok agama

Islam

20 Borang Kaji Selidik Wali Bagi Pemohon Perempuan

Dokumen tambahan bagi Pemohon Warga Asing:

Bil Dokumen yang diperlukan

1 Surat Kebenaran Berkahwin dengan pasangan yang disebutkan dalam surat tersebut

dari pihak yang bertanggungjawab mengenai Perkahwinan dan Perceraian Orang Islam

di Negaranya atau pihak berkuasa yang berkenaan bagi Negaranya

2 Surat Kebenaran Berkahwin dengan Warganegara / Penduduk Tetap Brunei dari

Jabatan Imigresen Brunei

3 Salinan Surat Akuan Persetujuan bertulis kepada Jabatan Imigresen Brunei (bagi

pemohon lelaki warga asing sahaja)

4 Surat Pengesahan Wakalah Wali dari Pihak Berkuasa Agama Negara Pemohon dengan

menyebutkan secara jelas nama jurunikah yang diwakilkan dengan ditandatangani

bersama 2 orang saksi lelaki Islam dewasa (bagi pemohon perempuan warga asing dan

walinya tidak dapat hadir semasa hari pernikahan)

5 Surat pengesahan bujang dari negara berkenaan

6 Surat dari Embassy / Kedutaan masing-masing bagi pengesahan dokumen

C. Permohonan Pendaftaran Nikah Dalam Negeri (Bab 24)

Prosedur Permohonan:

1. Pernikahan hendaklah didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan dalam tempoh 14

hari dari tarikh pernikahan dilangsungkan melalui Jurunikah dengan menyertakan resit

pembayaran pendaftaran $10.00 dan Sijil Nikah $20.00

Page 4: PEJABAT PERKAHWINAN, PERCERAIAN, · PDF fileJabatan Imigresen Brunei ... Sijil Nikah dan Ta’liq akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari ... Bil Dokumen yang diperlukan 1 Salinan Kad

4 | P a g e

2. Sijil Nikah dan Ta’liq akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari (waktu berkerja) dari tarikh

pendaftaran nikah.

Lampiran-lampiran dokumen adalah seperti berikut:

Bil Dokumen yang diperlukan

1 Borang Kebenaran Berkahwin (Borang 4)

2 Borang Kebenaran Berwali Hakim (Borang 6) (Jika berkenaan)

3 Borang Catatan Perkahwinan (Borang 7)

4 Borang Izin Mauliah (Borang 8)

5 Borang Kebenaran Berpoligami (Borang 6) (Jika berkenaan)

D. Permohonan Pendaftaran Nikah Luar Negeri (Bab 29)

Prosedur Permohonan:

1. Pemohon dikehendaki mendaftarkan Perkahwinan yang berlangsung di luar negeri dalam

tempoh 6 bulan selepas salah satu atau kedua-dua pihak mula-mula sampai di Negara

Brunei Darussalam dengan mengisikan Borang 12.

2. Pemohon hendaklah membuat pembayaran Permohonan Pendaftaran Perkahwinan

sebanyak $10.00.

3. Pemohon hendaklah hadir dihadapan Pendaftar Perkahwinan untuk siasatan dengan

mengemukakan dokumen yang diperlukan.

Page 5: PEJABAT PERKAHWINAN, PERCERAIAN, · PDF fileJabatan Imigresen Brunei ... Sijil Nikah dan Ta’liq akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari ... Bil Dokumen yang diperlukan 1 Salinan Kad

5 | P a g e

Lampiran-lampiran dokumen adalah seperti berikut:

Bil Dokumen yang diperlukan

1 Salinan Kad Pengenalan & Surat Beranak pemohon lelaki

2 Salinan Kad Pengenalan & Surat Beranak pemohon perempuan

3 Salinan Passport pemohon Suami &/ Isteri (yang menunjukkan butir-butir diri dan tarikh

keluar / masuk ke Negara berkenaan untuk tujuan pernikahan)

4 Sijil Nikah Asal dan salinannya

5 Sijil Cerai Asal dan salinannya bagi duda cerai hidup / janda

6 Sijil Nikah Asal dan salinannya bagi yang duda cerai mati / balu

7 Gambar semasa akad nikah

8 Surat Pengesahan Nikah dari yang bertanggungjawab mengenai Perkahwinan &

Perceraian Orang Islam di Negara tempat bernikah

9 Salinan Surat Kebenaran Berkahwin

10 Salinan Surat Kebenaran Berpoligami (Borang 6) (Jika berkenaan)

11 Salinan Sijil Mati bagi duda cerai mati / balu

12 Salinan Sijil Pengesahan Memeluk Agama Islam (Bagi Saudara Baru)

13 Salinan Terjemahan Surat Nikah (sekiranya bahasa yang digunakan di dalam Surat Nikah

Asal selain daripada Bahasa Melayu dan Inggeris)

Tambahan Bagi Permohonan Pendaftaran Perkahwinan Luar Negara Tanpa Kebenaran

Prosedur Permohonan:

Perkahwinan Luar Negeri yang dilangsungkan tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu

daripada Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, Pembatalan dan Ruju Orang Islam hanya akan

didaftarkan setelah pemohon menyertakan dokumen berikut:

a) Perintah daftar / Pengesahan Nikah dari Mahkamah Syariah Negara Brunei

Darussalam (asal dan salinannya).

b) Resit pembayaran denda atas dakwaan bernikah tanpa kebenaran, ATAU

Page 6: PEJABAT PERKAHWINAN, PERCERAIAN, · PDF fileJabatan Imigresen Brunei ... Sijil Nikah dan Ta’liq akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari ... Bil Dokumen yang diperlukan 1 Salinan Kad

6 | P a g e

c) Surat pelepasan dakwaan daripada Ketua Pendakwa Syarie (jika tiada dakwaan

dibuat)

E. Permohonan Pendaftaran Nikah Sukarela (Bab 31) – Dalam Negeri / Luar Negeri /

bagi Muallaf

Prosedur Permohonan:

1. Pemohon hendaklah menggunakan borang yang telah ditetapkan (Borang 12) serta

menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

2. Pemohon hendaklah membuat pembayaran Permohonan Pendaftaran Perkahwinan

sebanyak $10.00.

Lampiran-lampiran dokumen adalah seperti berikut:

Bil Dokumen yang diperlukan

1 Salinan Kad Pengenalan & Surat Beranak pemohon lelaki

2 Salinan Kad Pengenalan & Surat Beranak pemohonperempuan

3 Salinan Passport pemohon Suami &/ Isteri (yang menunjukkan butir-butir diri dan tarikh

keluar / masuk ke Negara berkenaan untuk tujuan pernikahan)

4 Sijil Nikah Asal dan salinannya

5 Sijil Cerai Asal dan salinannya bagi duda cerai hidup / janda

6 Sijil Nikah Asal dan salinannya bagi yang duda cerai mati / balu

7 Gambar semasa akad nikah

8 Surat Pengesahan Nikah dari pihak Berkuasa Agama di Negara tempat bernikah

9 Salinan Surat Kebenaran Berkahwin

10 Salinan Surat Kebenaran Berpoligami (Borang 6) (Jika berkenaan)

11 Salinan Sijil Mati bagi duda cerai mati / balu

12 Salinan Sijil Pengesahan Memeluk Agama Islam (Bagi Saudara Baru)

13 Salinan Terjemahan Surat Nikah (sekiranya bahasa yang digunakan di dalam Surat Nikah

Asal selain daripada Bahasa Melayu dan Inggeris)

Page 7: PEJABAT PERKAHWINAN, PERCERAIAN, · PDF fileJabatan Imigresen Brunei ... Sijil Nikah dan Ta’liq akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari ... Bil Dokumen yang diperlukan 1 Salinan Kad

7 | P a g e

F. Pendaftaran Cerai Dalam Negeri (Bab 54(2))

Prosedur Pendaftaran:

1. Pendaftaran akan dibuat setelah Pejabat ini menerima Rekod Cerai dari Mahkamah

Syariah, Negara Brunei Darussalam.

2. Pemohon hendaklah membuat Pembayaran Pendaftaran sebanyak $10.00 dan sebanyak

$20.00 bagi Sijil Cerai setiap seorang.

G. Pendaftaran Cerai Luar Negeri (Bab 54(3))

Prosedur Pendaftaran:

1. Pemohon hendaklah menggunakan borang yang telah ditetapkan (Borang 20) serta

menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

2. Pernikahan pemohon hendaklah diakadkan dalam Negara Brunei Darussalam.

3. Pemohon hendaklah membuat Pembayaran Pendaftaran sebanyak $10.00 dan sebanyak

$20.00 bagi Sijil Cerai setiap seorang.

Lampiran-lampiran dokumen adalah seperti berikut:

Bil Dokumen yang diperlukan

1 Salinan Kad Pengenalan Bekas Suami & Isteri

2 Sijil Cerai Asal dan salinannya

3 Salinan Perintah Pembubaran dari Negara tempat bercerai

Page 8: PEJABAT PERKAHWINAN, PERCERAIAN, · PDF fileJabatan Imigresen Brunei ... Sijil Nikah dan Ta’liq akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari ... Bil Dokumen yang diperlukan 1 Salinan Kad

8 | P a g e

H. Permohonan Pendaftaran Pembatalan Perkahwinan (Bab 54(6))

Prosedur Memohon:

1. Pendaftaran akan dibuat setelah Pejabat ini menerima Rekod Pembatalan/Pembubaran

dari Mahkamah Syariah, Negara Brunei Darussalam.

2. Satu surat akan dikeluarkan kepada pasangan mengenai dengan Pembubaran tersebut.

I. Permohonan Pendaftaran Ruju’ – Bab 52

Prosedur Permohonan:

1. Pasangan Suami Isteri hendaklah mendaftarkan Ruju’ mereka kepada Pendaftar

Perkahwinan dimana mereka bermastautin dalam masa 14 hari ruju’ itu berlaku.

2. Pemohon hendaklah menggunakan borang yang telah ditetapkan (Borang 13) serta

menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

3. Pemohon hendaklah membuat pembayaran Pendaftaran sebanyak $10.00 dan

pembayaran sebanyak $20.00 bagi Sijil Ruju’.

Lampiran-lampiran dokumen adalah seperti berikut:

Bil Dokumen yang diperlukan

1 Salinan Kad Pengenalan Suami dan Isteri

2 Salinan Sijil Nikah

3 Salinan Surat Perintah dari Mahkamah Rendah Syariah (jika sabit cerai) / Salinan Resit

Permohonan Cerai di Mahkamah Rendah Syariah

Page 9: PEJABAT PERKAHWINAN, PERCERAIAN, · PDF fileJabatan Imigresen Brunei ... Sijil Nikah dan Ta’liq akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari ... Bil Dokumen yang diperlukan 1 Salinan Kad

9 | P a g e

J. Permohonan Membetulkan Kesilapan-kesilapan Catatan Dalam Daftar

Perkahwinan, Perceraian, Pembatalan dan Ruju’ Orang Islam (Bab 140)

Pemohon hendaklah mengisikan borang yang telah ditetapkan dengan lengkap dan menyertakan

dokumen-dokumen yang diperlukan.

Lampiran-lampiran dokumen adalah seperti berikut:

Bil Dokumen yang diperlukan

1 Salinan Kad Pengenalan Pemohon

2 Salinan Surat Beranak

3 Salinan Passport Malaysia (Muka depan sahaja), jika berkenaan

4 Salinan Entry Permit

5 Salinan Borang Masuk Islam bagi Muallaf

6 2 keping Sijil Nikah yang Asal

K. Permohonan Pemeriksaan Daftar dan Indeks Perkahwinan, Perceraian,

Pembatalan dan Ruju’ Orang Islam

Prosedur Memohon:

1. Pemohon hendaklah mengisikan borang yang telah ditetapkan dengan lengkap dan

menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

2. Daftar Pernikahan/Perceraian/Pembatalan/Ruju’ yang ingin diperiksa hendaklah

mengikut di daerah mana orang yang disebutkan dalam Daftar

Nikah/Cerai/Pembatalan/Ruju’ itu berkahwin.

3. Permohonan akan dikenakan bayaran sebanyak $5.00 bagi setiap pemeriksaan daftar dan

indeks.

Page 10: PEJABAT PERKAHWINAN, PERCERAIAN, · PDF fileJabatan Imigresen Brunei ... Sijil Nikah dan Ta’liq akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari ... Bil Dokumen yang diperlukan 1 Salinan Kad

10 | P a g e

Lampiran-lampiran dokumen adalah seperti berikut:

Bil Dokumen yang diperlukan

1 Salinan Kad Pengenalan Pemohon/Suami/Isteri

2 Salinan Sijil Mati bagi nama yang dipohonkan

3 Salinan Sijil Nikah/Cerai/Ruju’ (Jika ada)