13
KKTKW 18/4/2.01 Jld.2 ( 42 ) Ibu Pejabat Jabatan Ukur Dan Pemetaan Jalan Semarak 50578 Kuala Lumpur 12 Ogos, 1986. PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.6 TAHUN 1986 Peraturan Untuk Penggunaan Alat Ukurjarak Elektronik (EDM) Bagi Kerja Ukur Kadastra 1. Tujuan Pekeliling ini bertujuan untuk menetapkan keperluan teknikal dan prosedur penggunaan alat ukurjarak elektronik (EDM) dalam kerja ukur kadastra. 2. Latarbelakang Perkembangan teknologi yang pesat telah meningkatkan keupayaan alat EDM dan menghasilkan kejituan yang baik. Alat EDM ini didapati sesuai digunakan untuk kerja ukur kadastra. Dengan adanya tapak ujian EDM , maka dapatlah alat EDM diuji dari masa ke semasa dan seterusnya digunakan untuk kerja ukur kadastra. 3. Peraturan Peraturan untuk penggunaan alat EDM bagi kerja ukur kadastra yang berikut digubal berasaskan kepada EDM berjenis " vissible and infra-red lightwve" . Alat EDM selain dari jenis tersebut diatas tidak termasuk dalam peraturan ini. EDM untuk tujuan kerja ukur kadastra perlu mempunyai dua atau tiga ‘reflectors’ yang terdiri daripada ‘reflektor’ satu prizam buatan dan jenis yang sama. 4. Ujian Alat EDM 4.1 Untuk menentukan alat EDM sentiasa di dalam keadan baik., ianya mestilah diuji mengikut peringkat ujian seperti berikut :- ( a) Calibration ( b) Differential Field Test ( c) Semakan Harian

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.6 TAHUN … · Jalan Semarak 50578 Kuala Lumpur 12 Ogos, 1986. ... dari jenis tersebut diatas tidak termasuk dalam peraturan ini. EDM untuk

  • Upload
    dangthu

  • View
    228

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

KKTKW 18/4/2.01 Jld.2 ( 42 )

Ibu Pejabat

Jabatan Ukur Dan Pemetaan

Jalan Semarak

50578 Kuala Lumpur

12 Ogos, 1986.

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.6 TAHUN 1986Peraturan Untuk Penggunaan Alat Ukurjarak Elektronik (EDM)

Bagi Kerja Ukur Kadastra

1. Tujuan

Pekeliling ini bertujuan untuk menetapkan keperluan teknikal dan prosedurpenggunaan alat ukurjarak elektronik (EDM) dalam kerja ukur kadastra.

2. Latarbelakang

Perkembangan teknologi yang pesat telah meningkatkan keupayaan alat EDM danmenghasilkan kejituan yang baik. Alat EDM ini didapati sesuai digunakan untuk kerjaukur kadastra. Dengan adanya tapak ujian EDM , maka dapatlah alat EDM diuji darimasa ke semasa dan seterusnya digunakan untuk kerja ukur kadastra.

3. Peraturan

Peraturan untuk penggunaan alat EDM bagi kerja ukur kadastra yang berikut digubalberasaskan kepada EDM berjenis " vissible and infra-red lightwve" . Alat EDM selaindari jenis tersebut diatas tidak termasuk dalam peraturan ini. EDM untuk tujuan kerjaukur kadastra perlu mempunyai dua atau tiga ‘reflectors’ yang terdiri daripada‘reflektor’ satu prizam buatan dan jenis yang sama.

4. Ujian Alat EDM

4.1 Untuk menentukan alat EDM sentiasa di dalam keadan baik., ianya mestilahdiuji mengikut peringkat ujian seperti berikut :-

( a) Calibration

( b) Differential Field Test

( c) Semakan Harian

4.2 Calibration

Alat EDM beserta dengan’reflectors’nya hendaklah diuji di tapak ujian EDMdalam tempoh tidak melebihi 3 bulan menurut Pekeliling KPUP Bil. 3/86.

4.3 Differential Field Test

Apabila memulakan kerja baru, pengukur hendaklah menjalankan‘Differential Field Test’ ke atas EDM yang digunakan. Ini adalah perlu untukmempastikan bahawa alat tersebut masih berada dalam keadaan baik. Ianyahendaklah diuji menurut cara yang dihuraikan di Lampiran A.

4.4 Semakan Harian

Pada tiap-tiap hari kerja yang sama dijalankan, pengukur hendaklah mengukursemula garisan terakhir pada hari sebelumnya. Pengukuran ini dianggapsebagai ujian alat sahaja. Jika perbezaannya melebihi had 10mm, pengukurhendaklah menjalankan ‘Differential Field Test’ . Sekiranya ujian ini jugamenunjukkan perbezaan lebih daripada 10mm, penggunaan alat tersebuthendaklah diberhentikan.

5. Ukur Jarak

5.1 Bacaan Jarak

Bacaan jarak yang pertama hendaklah dicatitkan di garisan pertama dalamruang jarak. Bacaan kedua hendaklah dibuat sebagai semakan sahaja dandicatitkan dalam kurungan di bawah bacaan pertama. Kedua-dua bacaan jarakyang diperolehi mestilah di dalam had 10mm. Sekiranya tidak, pengukurhendaklah merujuk kepada per 4.4 di atas.

5.2 Jarak Minimum

Jarak minimum yang praktikal diukur dengan EDM ialah 1 meter. Bagigarisan pendek yang kurang dari 1 meter , ukuran secara ‘deduction method’seperti di Lampiran B hendaklah dijalankan.

5.3 Jarak Maksimum

Jarak maksimum yang dibenarkan bagi ukuran dengan EDM ialah 500 meter.Namun demikian jarak maksimum 500 meter yang dibenarkan ini tidakberhubung kait dengan ruang jarak tanda-tanda sempadan yang hendakditanam seperti yang terkandung di dalam Peraturan –Peraturan Ukur Jabatanini.

5.4 Mengukur Jarak Antara Tanda-tanda Sempadan Dalam Garisan.

Untuk mengatasi masalah mengukur jarak-jarak antara tanda-tanda sempadan

dalam garisan tanpa mengalihkan alat EDM dari stesen asalnya , ukuransecara ‘deduction’ seperti Lampiran C dibenarkan.

6. Catitan Dalam Buku Kerjaluar

6.1 Buku kerjaluar yang biasa digunakan bagi ukuran kadastra hendaklah terusdigunakan bagi mencatit ukuran EDM.

6.2 Bagi alat EDM yang boleh memberi jarak mendatar secara langsung , bacaansudut pugak tidak diperlukan. Dalam buku kerjaluar diruangan sudut pugak ,memadai dicatit huruf ‘H’ yang akan mengertikan bahawa sudut pugak tidakdibaca. Jarak mendatar yang diperolehi secara langsung ini hendaklahdicatitkan ke dalam ruangan jarak diukur dan seterusnya ruangan jarakmuktamat.

6.3 Bagi alat EDM yang tidak memberi jarak mendatar secara langsung , bacaansudut pugak hendaklah dicatitkan seperti amalan biasa. Jika sekiranya sudutpugak tersebut didapati rata , catitan huruf ‘R’ adalah memadai.

6.4 Bacaan suhu dan tekanan udara tidak diperlukan bagi sebarang kelas ukuran.

6.5 Bagi jarak yang diukur secara ‘deducation’, catitan jarak yang diperolehi ituhendaklah dibuat digaris ketiga dalam ruangan jarak muktamat. Lihat contohbuku kerjaluar yang dikepilkan di Lampiran D sebagai panduan.

6.6 Pelarasan bearing hendaklah dibuat mengikut Peraturan – Peraturan UkurJabatan seperti terkandung di dalam Appendix VI.

7. Borang Ujian EDM

Borang ujian EDM hendaklah ditampal pada sebelah dalam kulit buku kerjaluar.‘Constant error C’ tidak perlu dikenakan pada sebarang ukur jarak.

8. Jenis-Jenis Kerja

8.1 Pegawai-pegawai ukur adalah digalakkan menggunakan EDM sepenuhnyadalam sesuatu kerja ukur kadastra. Walaupun demikian pengukuran bolehjuga dibuat menggunakan rantai dalam keadaan seperti berikut :-

( a ) Alat EDM rosak semasa bekerja

( b ) Menanam tanda-tanda sempadan dalam garisan

( c ) Tanam Pastian

( d ) Pengambilan Ofset

8.2 Walaupun EDM telah memperbaharui cara-cara mengukur rantai ukur masih

digunakan lagi. Kedua-duanya saling membantu diantara satu sama lain dalamamalan pengukuran biasa, dan tiap-tiap alat berkeupayaan memberi keputusanjitu dalam keadaan yang tertentu. Perhubungan diantara kedua-dua caramengukur hendaklah sentiasa berada dalam perspektif. Bagi jarak pendekdalam keadaan biasa, cara mengukur dengan menggunakan rantai masihdidapati lebih cepat.

8.3 Penggunaan alat EDM untuk ukur kadastra hendaklah dilaksanakan secaraberperingkat-peringkat tertakluk kepada stok EDM yang ada.

Sekian." BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

(ABDUL MAJID BIN MOHAMED , JSM)

Ketua Pengarah Ukur dan PemetaanMalaysia.

Edaran Kepada:Semua Pengarah Ukur NegeriPengarah Ukur Topografi

Salinan kepada :

Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan

Pengarah Ukur Pemetaan

Pengarah Ukur Kadaster

Timbalan Pengarah Ukur Pemetaan

Timbalan Pengarah Ukur Kadaster

Setiausaha,

Lembaga Juruukur Tanah,Semenanjung Malaysia