29
INTERAKSI 3 PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SECARA KONSTRUKTIVISME, KONTEKSTUAL & MASTERI 1.PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SECARA KONSTRUKTIVISME Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka.

PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SECARA KONSTRUKTIVISME.docx

Embed Size (px)

Citation preview

INTERAKSI 3PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SECARA KONSTRUKTIVISME, KONTEKSTUAL & MASTERI

1.PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SECARA KONSTRUKTIVISMEKonstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia.Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing.Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan.Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri.Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka.Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina.Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.Seorang guru perlu melaksanakan pengajaran supaya murid dapat membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang dilalui dalam proses pembelajaran. Murid perlu asimilasikan idea baru atau menyesuaikan (accommodate)idea yang sedia ada.

PRINSIP KONSTRUKTIVISMEPembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.Murid cuba memperoleh pemahaman mengenai pengalaman baru & fenomena dengan cara membentuk atau membina makna mengenai perkara tersebut.Dalam konstruktivisme, pembelajaran dilihat sebagai :Pengubahan idea,Pembinaan & penerimaan idea baru,Penstrukturan semula idea sedia ada

Pandangan konstruktivismeMurid membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang dilalui.Amalan pengajaran konstruktivismePenggunaan data mentah & sumber primer, berserta bahan manipulatif, interaktif & fizikal membolehkan murid-murid memperoleh peluang serta membina pengalaman & kemahiran dalam membentuk pengetahuan baru atau menstruktur semula konsep alternatif mereka.Tugasan pembelajaran yang melibatkan kemahiran kognitif seperti mengelas & meramal akan meningkatkan kemahiran berfikir peringkat tinggi, membantu murid membina konstruk sendiri sama ada melalui proses asimilasi konsep baru atau mahupun menyesuaikan konsep sedia ada.Pengetahuan sedia ada murid membantu mereka mengikuti pembelajaran seterusnya. Pembelajaran seterusnya direka bentuk bersesuaian dengan perkembangan konstruk murid supaya proses pembelajaran tersebut bermakna kepada mereka.Pengetahuan diperoleh secara kognitif & interaksi dengan individu dan alam sekeliling.

Pengetahuan diperoleh daripada kontradiski mental yang terbit daripada interaksi murid dengan alam sekelilingMurid-murid membina idea atau konsep baru berdasarkan pengetahuan yang lalu & sedia ada.Murid-murid memilih maklumat, membina hipotesis & membuat keputusan melalui proses mengintegrasi & menyusun pengalaman mereka ke dalam struktur mental yang sedia ada.Murid-murid mempunyai tanggungjawab terakhir ke atas pembelajaran mereka sendiri.

2. PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SECARA KONTEKSTUAL

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu masyarakat, dan alam pekerjaan.Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir.Pembelajaran berlaku apabila murid berupayamenghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.Pengajaran-pembelajaran kontekstual menegaskan konsep pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan guru menghubungkan kandungan mata pelajaran dengan situasi sebenar. Ini akan memotivasi murid untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan kehidupan seharian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.Kaedah kontekstual, iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, murid boleh memahami isi dan konsep yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila murid memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga mereka memahami maksud dalam kerangka rujukan mereka sendiri (memori, pengalaman dan tindak balas sendiri).Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteksnya secara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak pengalaman sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Dengan demikian, murid menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata.Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on (aktiviti) dan pemikiran, iaitu minds-on (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Modul yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), antara lain menegaskan pembelajaran kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut;R : (relating/menghubung kait), iaitu murid belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.E : (experiencing/mengalami), iaitu murid belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta.A : (applying/mengaplikasikan), iaitu murid belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain.C : (cooperating/bekerjasama), iaitu murid belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi.T : (transfering/memindahkan), iaitu murid belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang diketahui.

Umumnya, pembelajaran kontekstual membolehkan (kelebihan):(i) pengajaran dan pembelajaran lebih menarik;(ii) meningkatkan minat;(iii) pembelajaran realistik, praktikal;(iv) pengalaman konkrit, penglibatan langsung murid; dan(v) menyuburkan pemikiran kreatif.

Kelemahan pendekatan kontekstual(i) tahap kefahaman dan kesediaan guru(ii) kekangan masa - persediaan dan mencapai matlamat(iii) sukar mendapatkan situasi pembelajaran sebenar bagi item pengajaran dan pembelajaran;(iv) kawalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid menjadi semakin kompleks;(v) hanya sesuai dalam kalangan murid-murid yang mempunyai tahap pencapaian tinggi

3. PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SECARA MASTERIPembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari.

Melalui pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid.Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran, dan diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran.Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan semua murid berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut.

MODEL PEMBELAJARAN MASTERI

Kriteria penentuan hasil pembelajaran:Berdasarkan Sukatan PelajaranDalam bentuk tingkah laku yang boleh diukurSecara eksplisit, jelas dan terperinciDalam domain kognitif, efektif dan psikomotor

Faktor penentu pengajaran dan pembelajaran:Kemudahan dan keupayaan murid yang berbezaKepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaranKemudahan yang sedia adaMasa yang diperuntukkan

Penilaian terhadap murid:Mengesan pencapaian muridMengenalpasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah.Mengesan sama ada hasil pembelajaran telah dikuasaiMengenalpasti sebab kelemahan murid dalam satu unit pembelajaran.Menentukan pengayaan dan pemulihanMenentukan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran

Mengadakan tindakan susulan:PengayaanPemulihanPengukuhan

Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran MasteriPeranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran.Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan pembelajaran masteri kerana lengkah-langkah tersebut di atas sudah disarankan dalam KBSR dan KBSM secara tersirat.

Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai;Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pembelajaran masteri;Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari;Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar melalui ujian diagnostik;Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.

Peranan dan Tugas Pelajar dalam Pembelajaran Masteri

Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar.Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding di antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sebaya dalam kumpulan.

Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus:

- tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai - belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi - betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar - memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai- membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi

Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari.

Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid Berdasarkan Bahan Pemebelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Berasaskan Masalah Pembelajaran Berasaskan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario Pembelajaran Berasaskan PermainanPendekatan berpusatkan murid Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu. Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.Pendekatan berpusatkan bahan Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting. Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani. Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas.Pendekatan berasaskan projek Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.Pendekatan berasaskan masalah Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh mendorong minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran berbahasa untuk menyelesaikan masalah. Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan tugasan untuk menyelesaikan masalah.Pembelajaran berasaskan aktiviti Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru. Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah.Pembelajaran berasaskan situasional Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contoh-contoh untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran.

PENDEKATAN PENGAJARAN PendekatanKamus Dewan (1998) pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA INDUKTIF DEDUKTIF EKLEKTIK KOMUNIKATIF INDUKTIF Pendekatan induktifbermula daripada spesifik kepada umum. Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus sehingga murid dapat membuat kesimpulan berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru. Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi menggalakkan murid berfikir perkaitan antara sesuatu. Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah menggunakan contoh-contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ini adalah sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru. Selain itu, soalan-soalan akan disediakan untuk membimbing murid membuat kesimpulan.

DEDUKTIF Merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui umum. Selepas itu, proses P&P diteruskan di mana para murid akan menganalisis rumus-rumus yang didedahkan terlebih dahulu melalui contoh-contoh yang dibentangkan. Pendekatan deduktifmerupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik. Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana murid bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu. Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus. Dalam penggunaan pendekatan ini, guru memberitahu objektif pembelajaran kepada murid-murid pada awal pengajaran. Selepas itu, barulah mereka dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri-ciri tertentu yang berkaitan bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapat kesimpulan baru.EKLEKTIK Pendekatan eklektikmenggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan indukif dan deduktif. Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan. Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar waktu itu. Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan. Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan generalisasi. Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif. Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif. Kesimpulannya, pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif. Mengikut pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan mampu mengandalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan murid.KOMUNIKATIF Pendekatan komunikatifmerupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari. Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi. Pendekatan ini wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, murid tidak menguasai kecekapan berkomunikasi. Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa. Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar murid dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi. Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara berkesan. Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-hari. Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANMata Pelajaran: Bahasa MelayuTahun: 3 BaktiBil.Murid: 25 orangMasa: 7.40pagi 8.40pagiTarikh: 19/ 3 / 2015Tema: Kesihatan dan KebersihanTajuk: Senaman Menyihatkan BadanSTANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARAN

2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul.2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dan bahan bukan grafik dengan betul.

Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid berupaya:i. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahami perkara yang dibaca. ii. Menyampaikan maklumat dalam latihan isi tempat kosong dengan betul.Sistem Bahasa Sistem bahasa : Imbuhan awalan Kosa kata:Mencederakan, menjamin, mendatangkan, manfaat.Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum Ilmu: Muzik, Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Nilaimurni: Tanggungjawab, perihatin, rasional Kreativiti:Memilih aktiviti yang sesuai untuk bersenam

Strategi KB : Mengenal pasti, menyelesaikan masalah TKP : Verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal, muzik, visual.kinestatik, visual BCB : Memproses maklumat tentang kebaikan bersenam. Pembelajaran kontekstual: Menghubung kait dengan amalan senamanharian.

Bahan Bantu BelajarBilJenisBilangan

1Komputer riba1

2Pembesar suara1

3Petikan25

4Lembaran kerja25

5Kertas sebak5

6Gambar5

7Buku teks25

Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah melakukan pergerakan senaman.

Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti PengajaranDan PembelajaranCatatan

Induksi Set(5 minit)-Aktiviti Chicken Dance.

Soalan cadangan:1. Pernahkah kamu melakukan pergerakan Chicken Dance?2. Apakah tujuan aktiviti pergerakan Chicken Dance ini diadakan?

Tajuk:Senaman Menyihatkan Badan1) Murid-murid disoal mengenai pengalaman mereka membuat pergerakan dalam lagu Chicken Dance.2) Guru memainkan lagu Chicken Dance dan membuat demonstrasi pergerakan.3) Murid-murid dan guru membuat pergerakan sambil diiringi oleh lagu Chicken Dancebersama-sama.4) Murid-murid disoal mengenai tujuan pergerakan dilakukan.5) Murid-murid dan guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk pembelajaran. BBB:-Pembesar suara-Komputer riba

Teknik:-Soal jawab-Demonstrasi

TKP:-Verbal-Muzik-Kinestetik

Nilai:-Berdisiplin

Langkah 1(15minit)

-Bacaan petikanSenaman Menyihatkan Badan.

-Isi petikan:1. Senaman baik untuk kesihatan.2. Senaman dapat menghindarkan penyakit.3. Senaman dengan cara yang betul.4. Senaman dapat memenuhi masa lapang.

-Kosa kata:-Mencederakan-Mendatangkan-Menjamin-Manfaat

1) Guru mengedarkan petikan kepada semua murid.2) Murid membaca petikan secara mentalis selama dua minit.3) Beberapa orang murid dipilih oleh guru untuk membacakan petikan secara mekanis.4) Murid membaca petikan secara kumpulan dan kelas.5) Murid-murid disoal mengenaiisi petikan berdasarkan perenggan.6) Murid-murid diminta mengeluarkan kosa kata yang terdapat dalam petikan.7) Guru menerangkan kosa kata tersebut.8) Guru membimbing jawapan muridBBB:-Lembaran petikan

TKP:-Verbal-Intrapersonal-Interpersonal

BCB:-K.membaca

Teknik:-Soal jawab

Nilai:-Berhati-hati-Prihatin

Langkah2(15minit)-Latihan isi tempat kosong.

-Jawapan latihan isi tempat kosong:1. Berjoging2. Terdapat3. Berehat4. Berjaga5. Terjejas

1) Guru mengedarkan latihan isi tempat kosong kepada murid-murid.2) Murid-murid diminta menjawab soalan dengan jawapan yang betul berdasarkan pilihan jawapan yang disediakan.3) Masa yang diberikan ialah selama lima minit.4) Setelah siap, beberapa orang murid dipilih untuk membacakan petikan dengan jawapan yang betul.5) Guru membimbing jawapan murid.6) Guru menyelitkan pembelajaran imbuhan awalan dalam latihan tersebut.BBB:-Lembaran latihan.

Teknik:-Penerangan-Perbincangan

TKP:-Verbal-Visual

KB:-Menyelesaikan masalah

BCB:-K.membaca-K.menulis

Langkah 3(20minit)-Aktiviti Sukan Kegemaran Saya.

Sampul tugasan:

1) Murid-murid diminta merujuk buku teks halaman 38.2) Murid-murid diterangkan tentang pyramid aktiviti kesihatan.3) Murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan.4) Ketua kumpulan diminta memilih gambar aktiviti sukan yang ditampal pada papan putih.5) Secara berkumpulan, murid-murid diminta membina satu perenggan pendek menceritakan tentang sukan yang diperoleh dari pada gambar. 6) Setiap kumpulan perlu membentangkan hasil perbincangan dihadapan kelas.7) Murid dan guru membincangkan jawapan bersama-sama.8) Guru membimbing jawapan murid.

BBB:-Kertas sebak-Gambar-Buku teks

TKP:-Interpersonal-Intrapersonal-Verbal-Visual

KB:-Mengenal pasti

BCB:-K.membaca-K.menulis

Nilai:-Bekerjasama-Bantu-membantu

Penutup(5 minit)Rumusan isi pelajaran.

Kognitif:-Makanan seimbang-Kumpulan makanan-Perkataan sinonim

Sosial:Bertepuk tangan untuk diri sendiri.

1) Murid-murid disoal kefahaman mereka terhadap tajuk pembelajaran.2) Guru bertanyakan tentang pyramida ktiviti kesihatan.3) Murid-murid diminta menyatakan nilai-nilai murni yang diperoleh dalam PdP.4) Murid dan guru sama-sama membuat pergerakan Chicken Dance dengan iringan muzik.5) Guru merumuskan isi pelajaran.

BBB:-Komputer riba-Pembesar suara

TKP:-Verbal-Interpersonal-Muzik

KB:-Merumus

Nilai murni:-Perihatin-Sayangi diri-Jaga kesihatan