15

Pem Ben Tang Anks Sr

Embed Size (px)

DESCRIPTION

p

Citation preview

  • Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada yang mana ia bertujuan untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

  • Matlamat KSSRMatlamat KSSR adalah untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.Dengan itu, diharapkan semoga murid-murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas seperti insan yang seimbang dari segi JERIS, menjadi warganegara yang bertanggungjawab, dan berkebolehan menjadi pekerja yang berilmu.

  • KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid akan mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap.

    KSSR memberi penekanan kepada 4M.

    (membaca, menulis, mengira dan menaakul)

  • Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.

  • KSSR diorganisasikan dalam bentuk bermodul dengan mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga diorganisasikan secara bermodul iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Setiap modul mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid.

  • Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.

  • Pendekatan BersepaduPerkembangan Individu Secara MenyeluruhPendidikan Seumur HidupPendidikan Yang Saksama Untuk Semua Murid

  • Mewujudkan semangat kepunyaan guru, ibu bapa dan muridEqual partnership tidak dapat dicapai kerana keputusan dan latihan hanya dari satu pihak. Dasar dan perancangan digubal pada peringkat kementerian dan diturunkan ke sekolah -pentadbir atau guru terpaksa akur.

  • 2. Jurang antara dasar dan pelaksanaanKekangan sumber manusia dan prasarana; komitmen pihak pengurusan, guru dan komuniti. Isu dan masalah menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran akibat pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandarLatihan dalam perkhidmatan kurang berkesan di kalangan guru. Penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; Bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.

  • 3. Kecekapan guruMenurut Cohan dan Manion (1981, pelajar sukakan guru yang cekap(Noran Fauziah Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob, 1993). Cekap- kebolehan guru mengajar dengan berkesan menggunakan kaedah mengajar yang sesuai; dapat mengawal ketenteraman kelas.Tumpuan kepada aktiviti pelajar dan tidak lagi di dominasi oleh guru-wujudkan suasana seronok belajar dan tidak berorientasikan peperiksaan (hasrat kerajaan) oleh guru. Justeru, adalah menjadi cabaran kepada pentadbir pendidikan mewujudkan transformasi seperti yang diharapkan oleh Menteri Pelajaran.

  • 4. Insfraktruktur berkesanInput pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan tidak diagih secara adil ke semua sekolah - wujud jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010,KPM). Kurang kemudahan prasarana -seperti bilik darjah dengan kemudahan khusus, buku teks - terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman.

  • 5. Jurang perbezaan sekolah bandar dan luar bandar.Layanan sama untuk semua sekolah yang mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza. Pencapaian ditentukan menggunakan standardatau piawaian yang sama - berdasarkan keputusan peperiksaan awam dan juga gred purata sekolah (GPS) berdasarkan markah penilaian SKPM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia). Sekolah luar bandar dan pedalaman tidak mampu bersaing dengan sekolah bandar atau sekolah elit yang mempunyai kemudahan infrastruktur dan pencapaian bidang kurikulum yang berbeza menyumbang kepada pengurangan markah SKPM tersebut.